You are on page 1of 80

1 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Biodata Pelajar

NAMA NOR NAJLA ALLIA BINTI MOHD AFANDI


KAD PENGENALAN 970111-10-5532
PROGRAM/AMBILAN PDPP PPC BAHASA ARAB AMBILAN JUN
2019 SEMESTER 2
ANGKA GILIRAN 2013182410013
ALAMAT RUMAH NO 31, JALAN MERANTI PUTIH 2, TAMAN
SRI MEWAH 8, BATU 7, 41050, MERU,
KLANG, SELANGOR
NO. TELEFON 013-9222469
EMEL najla.allia@yahoo.com

1
2 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Isi Kandungan
Bil Perkara No. Muka Surat
1 1.0 Pengenalan 5
1.1 Konsep
1.2 Kepentingan Unit Beruniform

2 2.0 Sejarah Kadet Remaja Sekolah 5-7


2.1 Pengasas
2.2 Penubuhan di Malaysia
2.3 Tujuan Penubuhan

3 3.0 Perlembagaan KRS 8-13


3.1 Prinsip-prinsip asas penubuhan
3.2 Perlembagaan Pertubuhan
3.3 Lambang dan Cogan Kata
3.4 Bendera
3.5 Lagu Pertubuhan

4 4.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 14-20


4.1 Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/daerah
4.2 Struktur peringkat sekolah
4.3 Struktur unit
4.4 Fungsi sekreteriat

5 5.0 Pengurusan dan Pentadbiran 20-29


5.1 Tanggungjawab pemimpin
5.2 Pakaian seragam kadet dan pemimpin
5.3 Takwim
5.4 Perancangan aktiviti

6 6.0 Kemahiran Asas Unit Beruniform KRS 29-38


6.1 Asas Pertolongan Cemas
6.1.1 Tujuan dan prinsip
6.1.2 Anduh dan Balutan
6.1.3 Merawat luka dan gigitan
6.1.4 Melecur, pitam dan patah
6.1.5 Keracunan dan terseliuh
6.1.6 Pemulihan pernafasan

7 7.0 Tali-Temali 39-42


7.1 Simpulan
7.1.1 Balak
7.1.2 Bunga Geti
7.1.3 Tindih Kasih
7.1.4 Buku Sita
7.1.5 Manuk

2
3 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

7.1.6 Belit
7.2 Ikatan
7.2.1 Seraya
7.2.2 Serong
7.2.3 Lilit Kacang

8 8.0 Asas Kawad Kaki dan Istiadat 43-50


8.1 Bahasa Hukuman
8.2 Kawad Statik
8.3 Kawad Dinamik
8.4 Kawad Istiadat
8.5 Kawad Formasi

9 9.0 Kembara Unit Beruniform 50-57


9.1 Orienteering/Pandu Arah
9.1.1 Tujuan
9.1.2 Peraturan
9.1.3 Prosesudr
9.1.4 Isyarat
9.1.5 Laporan
9.2 Ikhtiar Hidup
9.2.1 Masakan
Solar/Rimba/Kelompok
9.2.2 Membuat perangkap

10 10.0 Kraf Perkhemahan 58-60


10.1 Pengurusan dan Penjagaan Kem
10.2 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
10.3 Jenis-Jenis Gajet dan Kegunaanya

11 11.0 Kerohanian dan Moral 61

12 12.0 Keusahawanan 62

13 13.0 Pengurusan dan Persiapan Kem 63-66


13.1 KOnsep
13.2 Penglibatan
13.3 Sijil
13.4 Tujuan Kem
13.5 Jenis Kem
13.6 Struktur Organisasi
13.7 Staf Kem
13.8 Perancangan dan persiapan awal
13.9 Pemilihan tempat
13.10 Aspek Keselamatan
13.11 Kemudahan Asas
13.12 Pemeriksaan pagi

3
4 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

13.13 Surat-Menyurat
13.14 Laporan dan refleksi

14 14.0 Laporan Interaksi Minguan 67-73


14.1 Minggu 1
14.2 Minggu 2
14.3 Minggu 3
14.4 Minggu 4
14.5 Minggu 5
14.6 Minggu 6
14.7 Minggu 7

15 15.0 Amali Perkhemahan Unit Beruniform 74-77


15.1 Hari 1
15.2 Hari 2
15.3 Hari 3
15.4 Hari 4

16 16.0 Kesimpulan 78

17 17.0 Bibliografi 79

18 18.0 Lampiran 80

4
5 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.0 Pengenalan
1.1 Konsep
Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu
untuk diikuti dan dipatuhi.Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang
WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31
Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

1.2 Kepentingan Unit Beruniform

- Memupuk semangat berdisiplin


- Memupuk sikap berkepimpinan yang berwibawa
- Melahirkan individu yang bersemangat kerjasama dan berdisiplin
- Menambah kenalan
- Memupuk sikap berdikari

2.0 Sejarah Kadet Remaja Sekolah


2.1 Pengasas
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin
Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun
1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang
merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA)
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan
1 dan 2.

2.2 Penubuhan di Malaysia

Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan
KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian
Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah
dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa
kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah
mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM
(KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian
Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar

5
6 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada
semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.
Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada
20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun
Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan
Kepong, Kuala Lumpur.
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih
sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja
Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang
membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang
dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani
setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan
dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-
kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah
khusus dan umum.

2.3 Tujuan Penubuhan

- Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki


ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai
cabaran dalam kehidupan.

- Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu


dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan
nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi
menjayakan Wawasan 2020.

- Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah,
melepak dan juvana.

- Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para


pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan
memimpin.

- Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa
dan negara.

6
7 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan


mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

- Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-


isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

7
8 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

3.0 Perlembagaan KRS


3.1 Prinsip-prinsip asas penubuhan

Berpegang
Disiplin Cinta akan Sanggup
teguh kepada
yang kental agama negara Berkhidmat

3.2 Perlembagaan Pertubuhan


1.0 Nama dan Alamat Berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah
atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS

a. Peringkat Kebangsaan
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur
b. Peringkat Negeri
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
d. Peringkat Sekolah
Sekolag berkenaan
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan
oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa
2,0 Tujuan
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan
ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020

8
9 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan
pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran,
kebolehan mengurus dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.
3.0 Keahlian
3.1 Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan
3.2 Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.
3.3 KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh
institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan
3.4 Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti
yang dinyatakan di atas.
3.5 Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
3.6 Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih
diterima pakai.
4.0 Pakaian Rasmi KRS
4.1 Lelaki

a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.


b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green (Ukuran kaki 40 cm - 46
cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.

9
10 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

f. Spike boot
4.2 Perempuan

a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.


b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan
warna Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
d. Spike boot.
e. Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood
Dark Green
5.0 Pakaian Rasmi TKRS
5.1 Lelaki

a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.


b. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.
f. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
5.2 Perempuan

a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.


b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan
warna hijau muda ( L 109 ).
c. Seluar /Kain Sekolah.
d. Tali wisel merah.
e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
f. Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
6.0 Kawasan Kegiatan
6.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri-
negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah dan
sekolah-sekolah.
6.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud
Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak.
6.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud
sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

10
11 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

7.0 Jawatankuasa Penaung dan Penasihat


7.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah
- Menteri Pelajaran Malaysia
7.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah
- Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
8.0 Pelantikan
8.1 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar
sekolah.
8.2 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak
menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia
8.3 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada
Jawatankuasa Peringkat Sekolah.
8.4 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program
KRS/TKRS
8.5 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan
lagi aktiviti KRS/TKRS.
9.0 Kewangan
9.1 Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00
9.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan
kewangan KRS/TKRS
9.3 Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan
oleh penolong pendaftar.
9.4 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS/TKRS dilantik dalam mesyuarat
oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau Juruaudit
9.5 Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke
semasa atas arahan penolong pendaftar.
10.0 Pindaan Perlembagaan
10.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan.

11
12 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

3.3 Lambang dan Cogan Kata

Warna kuning Warna merah


melambangkan warna melambangkan
diraja yang menjadi keperwiraan dan sedia
tonggak kedaulatan berjuang
Negara Malaysia. mempertahankan negara
Perisai melambangkan yang tercinta
benteng ketahanan diri
daripada gejala yang
tidak sihat

Buku yang terbuka dan rehal


melambangkan peranan institusi Bulan dan bintang
pendidikan yang mementingkan melambangkan Agama
tradisi ilmu untuk semua tanpa Islam sebagai agama
mengira keturunan dan kaum, rasmi Negara Malaysia.
agama dan latar belakang budaya
ke arah melahirkan bangsa
Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Dua tangkai padi bersilang


melambangkan resmi padi iaitu
Warna hijau berilmu dan berketrampilan serta
melambangkan alam matang dan rasional dalam semua
sekitar yang sihat. tindakan.

Warna putih
melambangkan
keikhlasan serta
kesucian.

ILMU IMAN DAN


AMAL

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.


IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri

12
13 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

3.4 Bendera

Warna Hijau melambangkan


a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

3.5 Lagu Pertubuhan


Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia

13
14 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

4.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan


4.1 Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah

1.0 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan


Penaung Menteri Pelajaran Malaysia
Penasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi Pengarah Bahagian Sekolah
Timbalan Pengerusi Timbalan Pengarah Bahagian
Sekolah
Setiausaha Ketua Penolong Pengarah (HEM)
Bahagian Sekolah
Penolong Setiausaha Dilantik (Dua Orang)
Bendahari Dilantik
Ahli-Ahli Pengarah-Pengarah JPN Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Bhg. Dakwah &
Kepimpinan Pengarah Bahagian
Teknik & Vokasional Pengarah
Institut Aminuddin Baki Tiga ahli
dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua
Wakil Jurulatih TKRS
Juruaudit Dilantik
2.0 Jawatankuasa Peringkat Negeri
Penaung Menteri Pelajaran Malaysia
Penasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi Pengarah Pelajaran Negeri
Timbalan Pengerusi Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan
Setiausaha Ketua Unit Kokurikulum
Penolong Setiausaha 1 Penyelia Pasukan Pakaian Seragam
Penolong Setiausaha 2 Pegawai Tadbir KRS
Bendahari Dilantik
Ahli-Ahli Dilantik termasuk
Pegawai Pelajaran Daerah
2 Wakil Jurulatih KRS dan
2 Wakil Jurulatih TKRS

14
15 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Wakil PKPSM dan MGB


Juruaudit Dilantik
3,0 Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah
Penaung Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Penasihat Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi Pegawai Pelajaran Daerah
Timbalan Pengerusi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
(SPPK)
Setiausaha Penyelia
Penolong Setiausaha Dilantik
Bendahari Dilantik
Ahli Dilantik Termasuk 2 wakil
Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS,
Wakil PKPSM dan MGB
Ex-Offixcio Pegawai Tadbir KRS Negeri
Juruaudit Dilantik (2 orang)

4.2 Struktur peringkat sekolah

1,0 Jawatankuasa Peringkat Sekolah


Penaung Pengarah Pelajaran Negeri
Penasihat PPD
Pengerusi Pengetua/Guru Besar
Timbalan Pengerusi Pen.Kanan Kokurikulum
Setiausaha Dilantik
Penolong Setiausaha Dilantik
Bendahari Dilantik
Ahli-Ahli (7 orang dilantik + Ketua Platun
KRS/TKRS)
Juruaudit (2 orang) Dilantik di kalangan guru

15
16 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

4.3 Struktur unit

1.1 Kompeni (KRS)


Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni
berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan,
Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun

Carta Organisasi

Ketua Kompeni

Penolong Ketua
Kompeni

Ejutan

Pegawai Waran

Platun A Platun B Platun C Platun D

16
17 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.2 Platun KRS


Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1
sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet.

Carta Organisasi Platun

Ketua Kompeni

Ketua Kompeni

Ketua Kompeni

Platun A Platun A Platun A

1.3 Seksyen KRS


Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans
koperal dan 10 anggota kadet.

Carta Organisasi

Ketua Kompeni

Penolong Ketua
Kompeni

10 Anggota Kadet

17
18 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

2.1 Kompeni TKRS


Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni
berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Sarjan
TKRS dan 4 orang Ketua Platun

Carta Organisasi

Ketua Kompeni

Penolong Ketua
Kompeni

Ejutan

Sarjan TKRS

Platun A Platun B Platun C Platun D

2.2 Platun TKRS


Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1
sarjan TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal TKRS serta 30 anggota kadet.

Carta Organisasi

Pegawai Platun

Sarjan Platun

Seksyen 1 Seksyen 2 Platun 2

18
19 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

2.3 Seksyen TKRS


Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1
lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet.

Carta Organisasi

Ketua Seksyen

Penolong Ketua
Seksyen

10 Anggota Kadet

4.4 Fungsi sekreteriat


Sekretariat KRS merupakan satu kumpulan Pegawai Latihan KRS yang dilantik sebagai
jawatankuasa teknikal bagi membantu pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti KRS/TKRS di
peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Terdapat 3 kategori sekretariat KRS, iaitu:

1. Sekretariat KRS Kebangsaan


2. Sekretariat KRS Negeri
3. Sekretariat KRS Daerah

Fungsi setiap Sekretariat KRS diterangkan dalam jadual berikut.

Nom. Sekretariat Fungsi


1. Sekretariat KRS Kebangsaan 1. Membantu KPM dalam menentukan dasar
KRS.
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti di
peringkat kebangsaan.
3. Panel penguji kenaikan pangkat pegawai
latihan bagi pangkat Mejar dan Leftenan
Kolonel.
4. Membantu negeri-negeri dalam
menjalankan aktiviti di peringkat

19
20 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

kebangsaan dalam aspek teknikal dan


latihan.
2. Sekreteriat KRS Negeri 1. Mengetuai teknikal KRS/TKRS negeri.
2. Melaksanakan kursus-kursus anggota dan
pegawai di peringkat negeri.
3. Merancang dan mencadangkan aktiviti
peringkat negeri.
4. Melaksanakan aktiviti KRS/TKRS
peringkat negeri
5. Membantu daerah-daerah dari segi
teknikal dan kejurulatihan.
3. Sekretariat KRS Daerah 6. Mengetuai teknikal KRS/TKRS daerah.
7. Melaksanakan kursus-kursus anggota dan
pegawai di peringkat daerah.
8. Merancang dan mencadangkan aktiviti
peringkat daerah.
9. Melaksanakan aktiviti KRS/TKRS
peringkat daerah atas arahan PPD dan
JPN.
10. Membantu sekolah-sekolah dari segi
teknikal dan kejurulatihan.
11. Menjadi contoh kepada penampilan
seorang pegawai KRS

5.0 Pengurusan dan Pentadbiran


5.1 Tanggungjawab pemimpin
Tanggungjawab pemimpin diterangkan seperti berikut :

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa pada
setiap tahun.
2. Memastikan wujudnya perlembagaan dan peraturan KRS.
3. Memastikan aktiviti yang dirancang selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang terkandung
dalam Perlembagaan KRS.
5. Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan memastikan aktiviti tersebut
dijalankan mengikut ketetapan.

20
21 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

6. Memastikan minit mesyuara dan laporan aktiviti disediakan dan didokumentasikan


oleh ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab.
7. Bertanggungjawab mengurus penyertaan dan penglibatan ahli dalam setiap
pertandingan atau program yang disertai.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah
dari semasa ke semasa.

5.2 Pakaian seragam kadet dan pemimpin


Gambar Pakaian Penerangan
1. Pakaian Seragam Kadet Pelajar
(Putera dan Puteri) - Beret (Sherwood Dark Green)
- Lencana Beret (Logam)
Warna Emas Pelapik Merah
- Lanyard (Merah Single Line)
- Baju : Sherwood Dark Green, kolar
dot, lengan panjang, lencana poket
di sebelah kiri poket, butang baju 7
biji.
- Lencana : Sulam KRS kanan dan
kiri
- Shoulder tite (KRS Kanan, Negeri
kiri)
- Apulet Pangkat Sulam : pangkat
putih borderline merah Apulet
Sherwood Dark Green
- Seluar : Sherwood Dark Green
(Tiada Plat)
- Kasut : Spike Boot hijau/Full
leather/Drill boot
- Tanda nama : Di sebelah kanan,
hitam dan tulisan putih
- Alatan tambahan : Hackel merah,
mafla merah, sarung tangan putih

21
22 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Perempuan : Tudung Sherwood


Dark Green dimasukkan ke dalam
kolar baju.

2. Pakaian Seragam Kadet Pelajar


(Putera dan Puteri) - Beret : Sherwood Dark Green
- Lencana Beret (Logam) Warna
Emas Pelapik Merah
- Baju T : Sherwood Dark Green,
Round Neck Berkolar Lengan
Panjang, Poket Pen (sebelah kiri)
- Lencana : Di sebelah kiri hadapan
- Seluar : Sherwoon Dark Green
(Tiada Plat) atau seluar sekolah
(Olive Green)
- Tali Pinggang : Kanvas Sherwood
Dark Green berkepala emas dan
berlogo KRS
- Kasut : Spike Boot hijau dan
berstokin hitam
- Perempuan : Tudung Sherwood
Dark Green dimasukkan ke dalam
baju kolar

3. Pakaian Seragam Aktiviti Kadet


Pelajar (Putera Dan Puteri) - Beret : Sherwood Dark Green
- Lencana Beret (Logam) Warna
Emas Pelapik Merah

22
23 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Baju T : Sherwood Dark Green,


Round Neck Berkolar Lengan
Panjang, Poket Pen (sebelah kiri)
- Lencana : Di sebelah kiri hadapan
- Seluar : Trek Bottom berwarna
hitam
- Kasut : Getah atau sukan
berwarna hitam
- Perempuan : Tudung Sherwood
Dark Green dimasukkan ke dalam
baju kolar

4. Pakaian Seragam Rasmi Pegawai


(Lelaki dan Wanita) - Beret : Maroon (Pure Wool)
Lencana Wire Cap Badge
- Peakcap : Lencana wire cap
badge, bunga padi 2 lapis untuk
Ketua Sektor KRS Negeri/Pegawai
KRS Daerah/ Ketua Pen.Pengarah
KRS II dan ke atas
Bunga Padi Selapis
Mejar/Left.Kolonel/Pen. Pengarah
KRS Malaysia/Komandan KRS
Sekolah
Wanita : Bowler Hat: Lencana wire
cap badge, bunga padi 2 lapis
untuk ketua sektor krs negeri/
pegawai krs daerah/Ketua
pen. Pengarah krs II dan
keatas
- Bunga padi selapis mejar/left.
Kolonel/ Pen. Pengarak krs
Malaysia/Komandan krs
sekolah

23
24 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Apulet : Pangkat logam berwarna


emas sahaja
- Lanyard : Merah (Single-line)
*Pegawai Latihan Merah
(Beranyam Kecil)
Pegawai Pengurusan
- Baju : Bush Jacket Sherwood Dark
Green, belah belakang: two side
back vent, butang emas 7 biji
besar 6 biji kecil. Lencana poket
disebelah kiri poket, lengan pendek
lipatan 4 jari atau lengan panjang
- Seluar : Sherwood Dark Green
(Tiada plat dan iada poket di lutut)
- Pacat kecil
- Tali pinggang: Kanvas Sherwood
Dark Green berkepala emas dan
berlogo KRS
- Kasut : Kulit/PVC hitam, bertali dan
berstokin hitam
- Tanda Nama: Di sebelah kanan,
hitam dan bertulisan putih
- Kolat dot logam : Pelapik warna
merah biji saga (pegawai
pengurusan)
Tiada pelapik bagi pegawai latihan
- Tongkat : Logo KRS di kepala atau
ditepi
- Service Ribbon : Tengah-tengah di
atas poket baju kiri
- Kain Wanita : Sherwoon Dark
Green potongan A bersusun
belakang
5. Pakaian Seragam Pegawai (Lelaki
Dan Wanita) - Beret : Maroon (Pure Wool)
- Lencana Wire Cap Badge

24
25 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Lanyard : Merah (Single Line)


*Pegawai latihan
Merah (beranyam kecil) *Pegawai
Pengurusan
- Baju : Warna Sherwood Dark
Green, lengan panjang, kolar
badge logam berwarna emas,
lencana poket di sebelah kiri poket,
butang 7 biji, Apulet pangkat
logam/sulam
- Seluar : Sherwood Dark Green
berkepala emas dan berlogo KRS
- Kasut : Spike Boot Hijau/Full
leather/dril boot
- Tanda nama : Di sebelah kanan,
hitam dan bertulisan putih
- Alatan tambahan : Hackle kuning,
mafla kuning, sarung tangan
- Service ribbon : Tengah-tengah di
atas poket baju kiri
- Wanita : Tudung Sherwood Dark
Green masuk ke dalam baju
6. Pakaian Seragam Pegawai Baju T
Dan Seluar (Lelaki Dan Wanita) - Beret : Maroon (Pure Wool)
- Lencana Wire Cap Badge
- Baju : Warna maroon, round neck
berkolar kuning, lengan panjang
dan pergelangan lengan berwarna
kuning, poket pen sebelah kiri
- Lencana : Sebelah kiri hadapan
bersulam
- Seluar : Sherwood Dark Green
(Tiada Plat) atau seluar trek hitam
- Tali pinggang : Kanvas Sherwood
Dark Green berkepala emas dan
berlogo KRS

25
26 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Kasut : Spike Boot Hijau/Full


leather/Drill Boot
- Wanita : Tudung Sherwood Dark
Green

7. Pakaian Seragam Pegawai Lelaki - Beret Maroon (Pure Wool)


Dan Wanita / Jurulatih Sekolah / - Lencana Wire Cap Badge
Komandan Sekolah - Lanyard : merah (Single line)
*Pegawai Latihan
- Merah (Beranyam kecil) *Pegawai
Pengrusan
- Baju : Warna Light Green (L109)
lengan pendek bagi lelaku, lengan
panjang bagi wanita, kolar badge
emas, lencana poket di sebelah kiri
poket, butang 7 biji, Apulet pangkat
logam/sulam
- Seluar : Sherwood Dark Green
(Tiada plat dan tiada poket di lutut)
- Kain potongan A bersusun di
belakang bagi wanita
- Pacat seluar kecil
- Tali pinggang : Kanvas Sherwood
Dark Green berkepala emas dan
berlogo KRS bagi lelaki
- Kasut: Kulit/PVC hitam, bertali dan
berstokin hitam
- Tanda nama : Di sebelah kanan,
hitam dan bertulisan putih

26
27 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Pelapik kolar badge : warna merah


biji saga (pegawai pengurusan)
Tiada pelapik bagi pegawai latihan
- Tongkat : logo KRS di kepala atau
ditepi
- Service Ribbon : Tengah-tengah di
atas poket baju kiri

27
28 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

5.3 Takwim
Contoh Takwim KRS Sekolah Menengah

Bulan Minggu Aktiviti Tindakan


Jan 2 Pengenalan KRS
Pengenalan kawad kaki
4 Kerohanian
Pembelajaran kawad
Feb 2 Minggu Silaturrahim (Orientasi)
Kawad Kaki
4 Ketahanan diri (Ikatan)
Kawad
Mac 2 Ketahanan diri (Ikhtiar Hidup)
Alam Sekitar
4 Ketahanan Diri (Pertolongan
cemas/bantu mula) Pengetua/Penolong
Asas kebombaan Kanan Kokurikulum/
April 2 Kebudayaan Penyelaras/Penasihat
Khidmat Masyarakat /Jawatankuasa

4 Keusahawanan
Kawad
Mei 2 Ketahanan Diri (Perkhemahan)
Kawad
4 Ketahanan Diri (Kompas)
Kawad
Jun 2 Ketahanan Diri (Ikatan Tali)
Kawad (Ulangkaji)
4 Ulangkaji Kawad
Julai 2 Asas perkhemahan
Kawad
4 Asas Pandu Arah & Masakan rimba
Ogos 2 Perkhemahan Perdana
4 Jamuan Akhir Tahun

28
29 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

5.4 Perancangan aktiviti


Contoh Aktiviti KRS Sekolah Menengah

Pendaftaran Ahli Hari Kokurikulum


Pertandingan Kawad Kaki Pertandingan Masakan Rimba
Perkhemahan Perdana Pembelajaran Bahasa Hukuman Kawad
Perjumpaan Kebudayaan Pertandingan Hukuman Kawad
Pembelajaran Pertolongan Asas dan Jamuan Akhir Tahun
Bantu Mula
Pembelajaran Asas Pandu Arah Pertandingan Menyanyi Lagu Patriotik

6.0 Kemahiran Asas Unit Beruniform KRS


6.1 Asas Pertolongan Cemas

6.1.1 Tujuan dan prinsip


Tujuan pertolongan cemas diberikan adalah seperti berikut :

• Menyelamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
• Mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk
Memberi rawatan pertolongan yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan
atau keadaan pesakit menjadi bertambah teruk
• Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada pesakit
• Bantuan lanjutan
Daparkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera

Prinsip pertolongan cemas pula diterangkan seperti berikut:

• Penilaian (assessment).
Ahli perlu menilai keadaan untuk menentukan sama ada selamat untuk
menyelamatkan mangsa dan keadaan persekitaran kemalangan (keselamatan diri,
orang sekitar atau kemudahan sekitar)
• Bertenang
Ahli perlu bertenang dan tidak panik dengan keadaan. Panik akan menjejaskan

29
30 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

keupayaan ahli untuk berfikir dan bertindak untuk menyelamatkan mangsa. Mulakan
usaha pertolongan cemas dengan 3C= Check, Call, Care.
• Minta bantuan daripada orang yang berhampiran
Ahli perlu meminta bantuan daripada orang sekeliling untuk mendapatkan bantuan
daripada pihak bomba, ambulans atau polis dengan membuat panggilan atau
mendapatkan bantuan luar yang dapat berbuat demikian. Jika boleh dapatkan seorang
penolong kerana dia dapat menjadi saksi dan membantu anda dalam keadaan yang
sukar dikendalikan oleh anda seorang. Contohnya mengalihkan mangsa ke tempat
yang selamat.
• Bertindak untuk menyelamat dengan pantas, cekap dan penuh keyakinan
Tindakan ahli yang pantas cekap dan penuh keyakinan akan melancarkan usaha dan
proses menyelamatkan mangsa. Tindakan yang melulu dan gopoh akan
membahayakan diri ahli dan mangsa.
• Sentiasa menjaga keselamatan diri dan mangsa.
Tidak kira tindakan atau usaha ahli menyelamatkan mangsa, keselamatan diri dan
mangsa perlu sentiasa diutamakan. Usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan
keselamatan diri ahli sementara berusaha mengeluarkan mangsa daripada keadaan
bahaya.
• Hantar pesakit ke hospital untuk rawatan susulan profesional dan rapi daripada
pihak bertauliah
Usaha ini dilakukan agar mangsa mendapat rawatan yang sempurna dan dikendalikan
oleh doktor/ jururawat dengan kepakaran dan ubat yang lebih berkesan serta
menyembuhkan.

30
31 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

6.1.2 Anduh dan Balutan

Jenis Anduh Fungsi Gambar


Anduh besar 1. Mengampu bahagian angota
(Large Arm Sling)
atas yang luka atau cedera
2. Mengurangkan pergerakan
serta sakit anggota atas

Anduh kecil 1. Mengampu kecederaan di


(Small Arm Sling)
bahagian bahu
2. Mengampu tulang klavikal
yang cedera
3. Mengampu anggota atas
yang cedera.

Anduh leher dan 1. Mengampu pergerakan


lengan (Collar
anggota atas yang mengalami
and Cuff Sling)
patah tulang klavikal.

31
32 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Jenis Balutan Fungsi Gambar


Pembalut tiga
segi
(Triangular
Bandage)

Pembalut lebar 1. Penetapan tuap (sling)


(Broad supaya tidak bergerak
Bandage) 2. Menetapkan
pembebatan yang
Pembalut dilakukan
panjang 3. Mengampu bahagian
(Narrow yang cedera
Bandage)

32
33 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

6.1.3 Merawat luka dan gigitan

Jenis Luka Rawatan Am


Luka terhiris - Bersihkan luka
atau calar Luka kecil dan tidak banyak berdarah boleh terus dicuci
(Laceration) Cucurkan di bawah paip yang mengalir
Luka tercucuk - Tekanan terus pada luka
(Puncture Hentikan pendarahan
Wood) Lapik kain bersih atau gause
Luka melecet Tekan dengan jari terus pada luka
atau terkoyak Teruskan tekanan hingga darah berhenti
(Abrasion Jika kain basah dengan darah tambah kain lain.
Wound) - Tinggikan bahagian luka melebihi aras jantung
- Luka kecil boleh disapu antibiotik dan antiseptic
- Dressing balut dan plaster
Luka kecil tak berdarah sembuh dengan cepat jika didedahkan
Luka basah lebih baik ditutup dengan gauze dan ditampal
plaster
Luka berdarah pelru tutup dengan gauze dan dibalut
Ais boleh mengurangkan pendarah

Jenis gigitan Rawatan Am


Patukan ular - Tenangkaan mangsa.
berbisa - Longgarkan pakaian magsa.
- Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu
banyak.
- Awasi mangsa dari renjatan.
- Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
- Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

33
34 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

6.1.4 Melecur, pitam dan patah


Bagi merawat bahagian lecuran antara rawatan am yang boleh dilakukan ialah :

- Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat


- Alirkan air atau rendam angota yang tercedera beberapa ketika
- Tenangkan mangsa
- Longgarkan pakaian dan tanggalkan apa-apa sahaja yang dipakai oleh mangsa
- Jangan tanggalkan apa sahaja bendasing yang ada pada tempat yang cedera
- Cuci tempat yang cedera dengan cermat, balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan
- Jika gelembung timbul, jangan pecahkan gelembung tersebut kerana ia menyebabkan
jangkitan
- Bawa mangsa ke hospital segera.

Pitam berlaku apabila aliran darah ke otak berkurangan seketika, menyebabkan keadaan
tidak sedar yang sementara. Keadaan ini disebabkan rasa sakit yang keterlaluan, emosi yang
stress secara melampai atau berdiri lama dalam cuaca panas.

Rawatan kecemasan bagi pitam :

- Meninggikan kaki melebihi paras jantung


Buka salur pernafasan dan periksa pernafasannya.
- Membekalkan udara bersih kepada mangsa
Melonggarkan pakaian yang ketat di sekitar leher, dada dan pinggang
Buka tingkap dan minta orang yang berada di sekitar mangsa supaya beredar
- Menenangkan mangsa
Sebaik sahaja mangsa sedar, kerapkan menenangkan mangsa dan membantu untuk
duduk dengan perlahan.

Patah bermaksud tulang yang retak atau patah serta merupakan kecederaan atau keretakan
yang disebabkan oleh daya hentaman secara tepat atau tidak tepat. Boleh juga dimaksudkan
dengan terputusnya kesinambungan tulang.

Tanda-tanda patah :

- Rasa sakit
- Ada lebam dan bengkak
- Sukar bergerak
- Rasa lemah
- Kebas
- Bentuk kaki atau tangan kelihatan teralih.

34
35 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Cara merawat patah :

- Hentikan pendarahan jika ada


- Menyuruh mangsa berehat
- Elakkan mangsa daripada bergerak
- Bawa ke hospital

Jenis patah di Cara merawat


tengah badan
1. Patah Jari - Boleh menggunakan balutan kecil untuk mengelakkan jari
bergerak dan memburukkan keadaan
2. Patah siku - Jangan cuba melurus atau membengkokkan siku
- Selitkan lapikan yang lembut antara anggota yang patah dan
badan mangsa untuk memastikan bahawa balutan tidak
menjejaskan perletakan tulang yang patah.
- Balut anggota yang tercedera pada badan mangsa, mulakan
dengan pergelangan tangan dan pingul, kemudian di atas
dan bawah siku.
-
3. Patah - Boleh menggunakan kaedah anduh kecil.
pergelangan
tangan

Jenis patah di Cara merawat


bawah badan
1. Betis - Beritahu mangsa supaya jangan bergerak. Pegang dengan
teguh anggota yang tercedera dengan tangan anda
- Jika terdapat suatu luka, kawal pendarahan. Tekan luka
dengan pad atau pembebat yang berseih. Letakkan lapisan
yang lembut pada luka dan balut pembebat.
- Bagi kaki yang patah, balut kedua-dua belah kaki pada lutut
dan buku lali, kemudian di atas dan di bawah tempat yang
cedera.
- Hubungi bantuan. Angkat dan topang bahagian anggota
yang tercedera. Periksa peredaran darah pada tangah atau
kaki setiap 10 minit.

35
36 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

2. Sendi lutut - Bantulah mangsa supaya berbaring. Sokong kaki dan


lututnya dalam kedudukan yang selesa.
- Bungkus lapikan yang lembut di sekeliling sendi dan
kemudian balut dengan perlahan-lahan di tempatnya.
- Bawalah mangsa ke hospital sebagai kes yang memerlukan
pengusung.
3. Keretakan - Angkat dan sokong kaki bagi mengurangkan bengkak
kaki - Tuam kaki dengan ais
- Hantarkan mangsa ke hospital dengan mengekalkan
kakinya terangkat ke atas.

6.1.5 Keracunan dan terseliuh


Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan
atau minuman yang tercemar. Bawa mangsa keracunan makanan segera ke hospital atau
klinik yang berdekatan dengan segera jika teruk. Namun jika kesan yang dihadapi tidak terlalu
teruk, perkara berikut boleh dilakukan :-

1. Beri mangsa minum air secukupnya


2. Dapat oral rehydration salt dan berikan minuman ini kepada mangsa
3. Beri rehat secukupnya
4. Bawa ke hospital jika kesan semakin teruk.

Cara merawat buku lali yang terseliu :-

- Sokonglah buku lali dalam kedudukan yang selesa


- Tuam kecederaan untuk mengurangkan bengkak dengan menggunakan ais
- Lapik buku lali dengan lapisan yang tebal dan kemudian balut dengan kemas
- Angkat dan sokong anggota kaki yang tercedera
- Nasihatkan mangsa supaya jangan gerakkan buku lali dan dapatkan rawatan doctor
jika kesakitan semakin teruk.

36
37 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

6.1.6 Pemulihan pernafasan


Pemulihan pernafasan atau CPR adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung
(cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan
oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di
mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.

Cara-cara melakukan CPR

- Menekan dada dalam istilah perubatan dipanggil ‘chest compression’. Untuk


melakukannya, pastikan mangsa dalam keadaan baring di permukaan yang keras dan
rata. Berlututlah di sisi rusuk mangsa, dan tetapkan keadaan kedua tangan anda di
mana kedua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi
di antara satu sama lain (lihat rajah). Pastikan lengan anda lurus, dan letakkan serta
tetapkan posisi dasar tapak tangan anda di tengah-tengah dada mangsa. Lakukan
tekanan dada mangsa dengan menggunakan kekuatan berat badan anda, dan
bukannya kekuatan tangan anda. Tekanan Dada yang anda lakukan itu sebenarnya
akan menolong mengepam jantung mangsa yang telah berhenti, dan menggerakkan
semula aliran darah. Tekanan yang berulang-ulang akan memastikan pergerakan
darah berterusan.

- Setiap kali membuat tekanan dada mangsa, pastikan ianya tertekan ke dalam
sekurang- kurangnya 2 inci, dan di antara tekanan lepaskan semula daya yang
dikenakan kepada dada supaya ianya kembali kepada kedudukan asal.
Sasarkan sebanyak 100 kali tekanan dada dalam masa 1 minit.

- Teruskan tekanan dada itu sehinggalah pertolongan sampai. Jangan bimbang


tentang kemungkinan masalah pernafasan yang mungkin mangsa alami, dan
tak perlu fikirkan yang lain melainkan ‘tekanan dada’ sahaja.

Kaedah CPR turut diterangkan dengan kaedah berikut :

- “C”– “Do Chest Compressions” – 30 tekanan dada dilakukan sebagaimana


kaedah yang diterangkan di atas.

- “A” – “Check the Airway” – Saluran Udara akan diperiksa di mana kedudukan
kepala dan rahang dipastikan sesuai untuk memudah perjalanan aliran udara.
Kaedah “Dongakkan Kepala, dan Angkatkan Rahang” adalah kaedah yang
biasa dilakukan bagi memudahkan saluran udara terbuka

37
38 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- “B” – “Do rescue Breathing” – Di sini penyelamat akan memicit hidung mangsa
hingga tertutup sepenuhnya, dan melakukan hembusan udara dari mulut ke mulut atau
menggunakan alat yang khas. Kaedah ini membolehkan mangsa menerima lebih gas
oksigen yang masuk ke paru-parunya. Penyelamat biasanya aka memberikan bantuan
pernafasan ini sebanyak 2 kali sebelum mengulangi tataca ‘tekanan dada’ seperti yang
telah diterangkan sebelum ini. Kitaran ini akan berterusan iaitu 30 tekanan dada dan
2 kali hembusan nafas, sehinggalah bantuan ambulan sampai dan kakitangan yang
telah dilengkapi dengan peralatan yang lebih sesuai mengambil alih tugas
melaksanakan CPR tersebut.

38
39 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

7.0 Tali-Temali
7.1 Simpulan

Jenis simpulan Fungsi simpulan Cara Simpulan


7.1.1 Balak 1. Mengikat kayu 1. Balutkan tali pada
balak, tiang kapal, kayu.
atau bungkusan 2. Lilit hujung tali
yang besar supaya yang pendek pada
mudah ditarik. talinya ke arah
2. Permulaan kepada kayu.
ikatan serong 3. Tarik bahagian tali
yang panjang
seupaya menjadi
kemas
7.1.2 Bunga Geti 1. Menyambung 2 tali 1. Mulakan simpul
yang tidak sama 2. Kemudian masukkan
saiz hujung tali B supaya
2. Mengikat tali bersilang untuk
kesuatu tanjul membentuk simpul
3. Seterusnya tarik kedua-
dua tali tersebut untuk
membentuk simpul

7.1.3Tindih Kasih 1. Membuat gegelung 1. Mulakan ikatan dengan


tali yang tidak membentuk satu
terjerut bulatan.
2. Mengikat leher 2. Kemudian, masukkan
binatang supaya hujung tali ke dalam
tidak terjerut bulatan tersebut.

39
40 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

3. Boleh digunakan 3. Masukkan hujung tali ke


dalam kerja bawah tali dan
menyelamat masukkan kembali ke
dalam bulatan tersebut.

7.1.4 Buku Sila 1. Menyambung 2 tali 1. Letakkan hujung A dan B


yang sama saiz di atas satu sama lain.
2. Mengikat pembalut 2. Masukkan hujung A
segi tiga semasa dibawah B
pertolongan cemas 3. Kemudian, lakukan
ikatan yang sama
dengan memasukkan B
di bawah
7.1.5 Manuk 1. Digunakan untuk 1. Mulakan simpul pada
mengikat tali pada kayu.
tiang atau balak. 2. Kemudian, buat satu lagi
2. Tidak mudah simpulan di atas
terburai dan kayu simpulan tadi.
dapat ditarik ke 3. Tarik hujung tali.
tempat yang
dikehendaki
dengan selamat.
3. Juga digunakan
semasa
memulakan dan
mematikan ikatan
seraya dan silang
gunting.

40
41 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

7.1.6 Belit 1. Mengikat tali pada Rujuk gambar


tiang untuk
mematikan ikatan
ke pokok atau Ke
pacang kerana cara
begini mudah di
buka dan tidak
mudah tanggal
ikatannya

41
42 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

7.2 Ikatan

Jenis Ikatan Fungsi Ikatan Cara Ikatan


7.2.1 Seraya Mengikat kayu Rujuk Gambar :
berpalang

7.2.2 Serong Mengikat 2 batang Rujuk Gambar :


kayu secara
bersilang

7.2.3 Lilit Kacang Digunakan untuk


menganyam ranting
pada rangka kayu
untuk dijadikan
papan seperti
pemuka meja.

42
43 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

8 Asas Kawad Kaki dan Istiadat


8.1 Bahasa Hukuman
Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawad yang baik. Semua jurulatih
hendaklah mahir dengan bahasa hukuman. Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu
"Bahasa amaran" dan bahasa perbuatan ". Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang
dan terang.

Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara " bahasa amaran
" dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa berhenti seketika
(“pause” ) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza;
ada yang " masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ". Jika perlu kembali semula
kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".

8.2 Kawad Statik

Perkara Hukuman Perbuatan


Sedia Baris…sedia - Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45
darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja.
- Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat
dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah;
kedua-dua lutut bertahan lurus; badan
tegak; timbang keberatan badan antara
tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu
tarik ke bawah dan ke belakang (supaya
dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama
rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah;
kedua-dua siku rapat ke badan ;
pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam;
belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus
menghala ke bawah dan rapat kepada
telunjuk serta di belakang sedikit daripada
penjahitan seluar; langut kepala
memandang terus ke hadapan.

Senang Senang…Diri - Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45


diri darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh
12 inci.

43
44 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Dalam masa yang sama kedua-dua tangan


ke belakang dan letakkan belakang tangan
kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari
bersilang, empat-empat jari bersusun lurus
menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan
badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat
kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak
bergerak
Rehatkan Rehatkan…Diri - Dalam kedudukan senang diri, naikkan
diri tangan dari punggung ke pinggang dalam
satu pergerakan dan rehatkan semua
anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan
kaki tidak berubah.
Luruskan Ke kanan…lurus - Penanda kanan diam.
barisan - Yang lain langkah kaki kanan 6 inci ke
hadapan dan hentak kaki kiri disebelah kaki
kanan, kedua – dua tangan lurus dan rapat
ke badan.
- Kemudian palingkan muka ke kanan;
serentak dengan itu anggota dalam barisan
hadapan angkat tangan ke paras bahu
melalui sebelah belakang anggota di
kanannya, jari genggam.
Pandang…depan - Palingkan muka ke hadapan dan turunkan
tangan ke sebelah rusuk serentak dengan
pantas.
Tutup Tutup barisan…gerak - Barisan hadapan langkah kaki kanan ke
barisan belakang 30 inci dan kaki kiri 15 inci,
kemudian hentak kaki kanan di sebelah kaki
kiri.
- Barisan belakang langkah ke hadapan
bermula kaki kanan diikuti kaki kiri,
kemudian hentak kaki kanan di sebelah kaki
kiri.
Pusing Bergerak ke - Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus,
kanan kanan…kanan pusing hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke

44
45 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung


kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri.
- Apabila sampai ke hala yang baru tapak
kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke
kanan dan tumit kaki kiri terangkat.
- Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas
kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Pusing Bergerak ke kiri…kiri - Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus,
kiri pusing hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke
kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki
kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri
dan tumit kaki kanan.
- Apabila sampai ke hala yang baru tapak
kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri
dan tumit kaki kanan terangkat.
- Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas
kaki kiri.
- Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah
kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan
sedia.
Pusing Menghadap ke - Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus,
belakang belakang…belakang hendaklah berpusing 180 darjah mengikut
dan pusing pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas
hadapan. Menghadap ke tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
hadapan…belakang mengangkat hujung kaki kanan dan tumit
pusing kaki kiri.
- Apabila sampai ke hala yang baru tapak
kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke
kanan dan tumit kaki kiri terangkat.
- Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas

45
46 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di


sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.

8.3 Kawad Dinamik


Perkara Hukuman Perbuatan
Cepat jalan Dari - Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari
kanan/kiri…cepat tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan
jalan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta
lenggangkan tangan separas bahu, tangan
kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di
bahagian atas menghala ke hadapan ,
kedua-dua lengan lurus.
- Masa berjalan badan tegak, buka dada,
serta pandang ke hadapan 200 meter.
Berhenti Hen…ti - ‘Check’ atas kaki kanan.
- Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada
masa yang sama kedua - dua tangan
dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.
Perlahan Dari kanan/kiri - Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke
jalan perlahan … jalan hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung,
lutut lurus dan tapak kaki selari dengan
bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke
rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar.
Berat badan di atas kaki kiri.
- Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi
15 inci supaya cukup 30 inci ( satu langkah
) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada
masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan
15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi.
- Langkah ke dua : Tolak kaki kiri ke hadapan
15 inci dalam keadaan tergantung, lutut
lurus dan tapak kaki selari dengan bumi.
Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.
Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15

46
47 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

inci supaya cukup 30 inci (satu langkah)


dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses
seperti itu dibuat berterusan.
Belok Kanan/kiri…belok - Samada berjalan dalam satu barisan (file)
atau bertiga-tiga, maka orang yang di
sebelah dalam hendaklah membelok
seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri
atau ke kanan 90 .
- Panjang atau pendek langkah bergantung
kepada kedudukan barisan. Anggota di
dalam barisan, pendekkan langkah dan
anggota di barisan luar, panjangkan
langkah.
Berpusing ke Menghadap ke - Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri
kanan hadapan/belakang, jejak ke bumi. ’Check’ kaki kanan dan
semasa cepat kanan…pusing @ hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan.
jalan bergerak ke Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90
kanan/kiri, darjah ke kanan dan terus berjalan.
kanan…pusing
Berpusing ke Menghadap ke - Hukuman “pusing” diberi semasa kaki
kiri semasa hadapan/belakang, kanan jejak ke tanah. Angkat kaki kanan
cepat jalan kiri…pusing @ dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa
bergerak ke yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri
kanan/kiri, dan terus berjalan.
kiri…pusing
Belakang Bergerak ke - Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan
pusing kanan/kiri, jejak ke tanah, ’check’ kaki kiri, tarik kaki
semasa cepat belakang pusing kanan di belakang tumit kaki kiri dalam
jalan keadaan menghala ke kanan (in), hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki
kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan
- Dengan pantas langkah kaki kanan dan
terus berjalan (maju).
Tukar Tukar langkah - Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan
langkah semasa berjalan, jejak tanah.

47
48 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

tukar - Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri.


langkah…tukar - Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,
langkah…tukar - Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
langkah - Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus
cepat jalan.
Dari cepat Tukar langkah - Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke
jalan ke perlahan jalan, bumi.
perlahan jalan perlahan…jalan - ’Check’ dengan kaki kanan, kemudian
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan.
- Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus
melakukan pergerakan perlahan jalan.
Dari perlahan Tukar langkah - Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan
jalan ke cepat cepat jalan…cepat jejak ke bumi, dan " jalan "ketika kaki kiri
jalan jalan jejak ke bumi dan hendaklah secara
berturut-turut. dan mulakan pergerakan
cepat jalan dengan kaki kanan.
- Tangan dilenggangkan
Hormat ke Hormat…hormat - Diberi serupa dengan hukuman " berhenti",
hadapan ke skuad hendaklah berhenti, hormat ke
ketika hadapan…hormat hadapan, turun tangan kemudian hormat
berjalan sekali lagi , turun tangan, pusing ke
belakang, berjalan dengan cepat jalan
Hormat ke Hormat…hormat - Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak
kanan/kiri ke ke bumi. Check atas kaki kanan dan
ketika kanan/kiri..hormat langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa
berjalan yang sama bawa tangan kanan ke
kedudukan hormat dan palingkan muka ke
kanan atau kiri dengan pantas.
- Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun
tangan dan palingkan muka ke hadapan)
- Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam
cepat masa.
Hormat Selaku penerima - Diberi serupa dengan hukuman " berhenti",
selaku sijil, Hormat ke skuad hendaklah berhenti, hormat ke
penerima sijil hadapan…hormat hadapan, turun tangan satu langkah kaki

48
49 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di


sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia
- Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan
siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri,
tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua
belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki
kanan ke belakang hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi ,
turun tangan, pusing ke belakang, berjalan
dengan cepat jalan.

8.4 Kawad Istiadat

Kawad Istiadat Bahasa Hukuman


Istiadat menaikkan Arahan masuk baris :
bendera Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga
- Ketua platun barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia,
memberi arahan berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-
masuk baris tengah, di mana saya menghadap. Faham itu skuad? (3x)
Tiga barisan di hadapan saya…gerak
Luruskan barisan Ke kanan…lurus
Nombor Dari kanan…nombor
Ketua platun Assalamualaikum, Tuan
melaporkan kekuatan Pegawai kadet/(apa-apa pangkat) seramai (bilangan) siap
kepada pegawai atau untuk upacara menaikkan
jurulatih bendera/perasmian/penutup/periksa/lain-lain
Upacara menaikkan Bendera
bendera
PIC yang bertugas menyahut : Tuan!
PIC keluar dari barisan dan bergerak ke tiang bendera
PIC meletakkan bendera di atas bahu kanan
Nyanyian lagu Negaraku
Negaraku
Nyanyian lagu KRS Lagu KRS

49
50 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

PIC yang bertugas menaikkan bendera bergerak masuk ke


dalam barisan.
Bacaan doa Doa

PIC yang bertugas menyahut : Tuan!


PIC membaca doa
Ketua platun melapor Assalamualaikum Tuan
semula kepad pegawai Pegawai kadet/(apa-apa pangkat) seramai (bilangan)
atau jurulatih memohon kebenaran meneruskan tugas yang lain.

8.5 Kawad Formasi


- Juga dikenali sebagai kawad persembahan
- Melibatkan asas-asas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadibeberapa bentuk
formasi supaya lebih menarik

9 Kembara Unit Beruniform


9.1Orienteering/Pandu Arah
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal
dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke
satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan
yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan
tertentu

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan
antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun
(tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan
disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

9.1.5 Tujuan
1. Sukan untuk semua
2. Meningkatkan kecergasan fizikal
3. Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
4. Memberi cabaran dan keseronokan
5. Membina sikap positif dan keyakinan diri
6. Menggunakan persekitaran yang sihat
7. Meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas
8. Memupuk sifat keberanian dan ketenangan dalam keadaan cemas

50
51 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

9.1.6 Peraturan
Sekiranya anda menyertai orienteering sama ada sebagai aktiviti atau sebagai
pertandingan, terdapat beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi seperti Pertandingan
Sukan Antara Kolej UITM pada Februari 2020.

Konsep Pertandingan :

• Jenis atau konsep pertandingan orienteering adalah ‘Score Orienteering’ yang mana
setiap pasukan terdiri dari 4 orang peserta
• Setiap pasukan bebas melawat mana-mana checkpoint tanpa perlu mengikut
turutan. Setiap CP mempunyai markah tertentu berdasarkan kesukaran CP tersebut.

Peraturan Pertandingan

• Peserta mestilah berdaftar dengan kolej yang diwakil sahaja.


• Peserta dikehendaki mendaftar 30 minit sebelum pertandingan bermula.
• Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk atau jenis kenderaan.
• Penggunaan sebarang alat elektronik seperti telefon bimbit atau walkie talkie adalah
dilarang sama sekali.
• Peserta diwajibkan mempunyai kompas semasa pertandingan dijalankan
• Had masa pertandingan yang diberikan ialah selama 1 jam.
• Pasukan yang lewat dari had masa pertandingan dikira batal.

Pelepasan permulaan.

• Peserta akan dilepaskan dengan serentak


• Peserta wanita akan dilepas terlebih dahulu dan seterusnya peserta lelaki

Penentuan pemenang

• Pemenang akan ditentukan berdasarkan markah yang tinggi


• Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penentuan pemenang akan dikira
pada masa yang terpantas.

51
52 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

9.1.7 Prosedur

Prosedur Perkara
Pendaftaran 1. Daftarkan diri anda dengan mengisi butir-butir di dalam kad
kawalan. Sekiranya Pengelola acara menyediakan lebih
dari satu landasan, tentukan anda memilih landasan yang
betul/sesuai.
2. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan waktu
mula anda dari pengelola acara.
3. Lakukan pemanasan badan apabil waktu mula hampir tiba.
4. Anda tidak perlu berbaris menunggu untuk memulakan
acara,memadailah dengan bersedia di garis permulaan
antara 30-60 saat sebelum waktu mula anda.
5. Anda tidak boleh berlepas sebelum waktu mula.
Memulakan acara 1. Anda akan diberikan peta beberapa ketika sebelum anda
memulakan acara. Ini bertujuan untuk anda menyemak
kedudukan anda dan meneliti peta tersebut
2. Sebaik saja anda di arahkan untuk memulakn acara,
bergeraklah ke tempat peta utama . Salin kesemua titi
kawalan dan keterangan kawalan dari peta utama ke atas
peta anda . Jangan membuang masa ketika menyalin.
3. Setelah selesai menyalin segeralah beredar supaya tidak
menganggu peserta lain.
Di Titik Kawalan 1. Tentukan anda tiba di titik kawalan yang betul dengan
memstikan nombor kawalan anda betul.
2. Tebuk kad kawalan di kotak yang betul
3. Segera jauhkan diri dari kedudukan titik kawalan bagi
mengelakan peserta yang lain mengetahui dengan muda
kedudukan titik kawalan tersebut.
Di titik penamat 1. Serahkan dengan segera kad kawalan untuk dicatit masa
tamat.
2. Segera beredar supaya tidak menganggu/menghalang
peserta yang lain akan tiba.
3. Anda dinasihatkan supaya jngan terus duduk tetapi
berjalan-jalan sementara menunggu kadar nadi kembali ke
paras biasa.

52
53 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

9.1.8 Isyarat

Perkara Maksud dan tujuan


Titik kawalan - Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta
(Control Point) yang perlu dilawati oleh peserta
- Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas
- Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada
penjaga dititik ini.
Penanda kawalan - Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang
(Control Marker) betul.
- Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah
muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik
kawalan (dalam lingkungan 10m).
- Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang
(puncher) yang unik.
- Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40
dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
Keterangan kawalan - Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
(Control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang
Description) disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
- Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam
bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.
Landasan (Course) - Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan
titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat.
Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan
disalin oleh peserta kemudiannya.
- Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

9.1.9 Laporan
Lampiran A

53
54 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

9.2 Ikhtiar Hidup


9.2.1 Masakan Solar/Rimba/Kelompok
Masakan rimba ialah aktiviti memasak tanpa menggunakan peralatan seperti perkakas dapur
dan perkakas tersbeut digantikan oleh daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat
atau lumpur. Kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan

Juga dikenali sebagai ‘backwoodsman’

Terdapat pelbagai jenis kaedah memasak :

1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas


Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, dipotong dan isinya dikeluarkan.
Bahagian atas digunakan sebagai penutup.
Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api.
Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.
2. Memasak menggunakan daun
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan.
Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api
Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan,
kobis dan kulit jagung.
3. Memasak menggunakan ranting dan dawai
Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal dari
pokok beracun.
Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu
Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan
4. Memasak menggunakan kepingan batu
Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana
Api dihidupkan atas permukaan batu dan dibiarkan selama 30 minit. Permukaan batu
dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya.
Bersihkan permukaan batu dengan kain. Goreng telur, ikan atas permukaan batu yang
panas itu.
5. Memasak menggunakan buluh
Buluh sesuai diadikan sebagai bekas memasak
Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang

54
55 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Dalam memasak masakan rimba, kemahiran menghidupkan api perlu diambil perhatian.

Persediaan :

1. Guna ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun
selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran
pembakaran.
2. Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai
bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan
menghasilkan asap yang banyak.
3. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-
ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.
4. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada
baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

Menyalakan api :

1. Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun api.
Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda
selesai menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya dipatahkan
kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.
2. Bahan-bahan untuk memulakan api :
- Daun kering
- Ranting
- Kayu kering yang besar
- Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut
3. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung
kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Memadamkan api :

1. Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api dipadamkan. Jangan


tinggalkan bara atau kesan pembakaran. Jirus api tersebut dengan air.
2. Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga mampat. Letakkan semula rumput
yang telah dipindahkan dari kawasan yang digunakan, kemudian jiruslah dengan air
supaya rumput itu dapat hidup semula.

55
56 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

9.2.2 Membuat perangkap


Jenis am perangkap :

1. Perangkap berumpan
Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan
umpan.
Dengan umpan, dapat menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya
masuk ke dalam perangkap.
Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai
bagi binatang tersebut.
2. Perangkap tidak menggunakan umpan
Tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang.
Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan
perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan
atau minum.

Contoh Lain Bagi Jerat Penerangan


Perangkap Lubang - Perangkap ini merupakan kombinasi
bentuk lubang perangkap dan
perangkap menimpa.

Spring Snare - Perangkap ini menggunakan


simpul geser (laso knot) pada tali
perangkap.
- Umumnya untuk binatang yang
berukuran kecil, seperti burung dapat
digunakanperangkap tali sederhana
yang diletakan di atas tanah ataupun
digantung.

56
57 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

- Tali laso yang telah diberi umpan


diikatkan pada dahan pohon atau
batu yang berat.
- Perangkap ini baik untuk kancil atau
binatang yang lebih besar seperti
rusa.

Ground Snare - Perangkap ini di buat pada jalur yang


selalu binatang datang,untuk itu kita
perlu tahu dan dapat membezakan
jalan mana

57
58 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

10 Kraf Perkhemahan
10.1 Pengurusan dan Penjagaan Kem
Antara tip-tip penjagaan khemah ialah :

- Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang berada dalam


keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan
mengeluarkan tiang/pancang.
- Elakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan
susah untuk dibuka.
- Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan binatang mencari
dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.
- Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
- Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik atau dengan ap acara
sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak
- Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan
khemah.
10.2 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
Gajet yang dibina mempunyai tujuan dan faedahnya yang tersendiri:

- Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan


keselesaan.
- Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.

Antara faedah membuat gajet ialah :

- Memupuk semangat kekitaan dalam kumpulan


- Semangat pertandingan yang sihat
- Melahirkan idea-idea baru
- Meninggikan mutu perkhemahan

58
59 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

10.3 Jenis-Jenis Gajet dan Kegunaanya

Jenis Gajet Penerangan Contoh


Gajet kawasan Diletakkan di bahagian hadapan
pintu sekali sesuatu kawasan
perkhemahan seperti bahagian
pintu hadapan, bahagian pagari,
bahagian pintu belakang.

Gajet kawasan Dibuat dari bahan semulajadi .


dapur Gajet sampingan dapur seperti rak
pinggan mangkuk, rak alatan tajam
seperti pisau, parang dan kapak
dan macam-macam lagi.

Gajet kawasan Seperti gajet tempat meletak besen


tempat air, menyimpan alat pergigian,
basuhan menyimpan sabun dll.

Gajet kawasan Gajet-gajet seperti tempat kasut,


tempat tinggal penyangkut baju, meja tulis, gajet
katil, papan kenyataan, buaian dll.

59
60 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Gajet kawasan Gajet tempat menjemur kain,


pengeringan ampaian yang kekal tidak boleh
digerak dibina di kawasan tempat
membasuh.

60
61 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

11.0 Kerohanian dan Moral


Matlamat :
Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental,
berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang
memerlukan khidmat dan bimbingan.

Objektif :
Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan
akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara.

Antara yang termasuk bagi yang beragama Islam ialah :


- Kelas Fardhu Ain
- Bacaan Yasin
- Marhaban dan berzanji
- Usrah
-Tamrin
-Kursus kefahaman Islam
-Hafalan doa-doa dalam kehidupan seharian
-Kebudayaan islam seperti nasyid, sajak dan lain-lain
-Ceramah agama

Manakala bagi yang bukan beragama Islam :


- Penghayatan nilai daripada peribahasa dan kisah-kisah sejarah
-Penghayatan nilai-nilai murni

61
62 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

12.0 Keusahawanan
Matlamat: :
Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masing-
masing dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina
asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan sebagai
budaya hidup

Objektif :

- Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan


bahan-bahan terbuang seperti kayu, logam dan jerami sehingga dapat menghasilkan
bahan kraftangan, hiasan, tulisan khat dan lain-lain.
- Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar
dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan.
- Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang
keusahawanan sebagai satu cara hidup.

62
63 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

13.0 Pengurusan dan Persiapan Kem


13.1 Konsep
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, digunung dan
sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait
rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bermakna anda
menerima atau memikul tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaita dengan persekitaran anda. Kini perkhemahan menjadi
satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan
dengan unit-unit beruniform. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad.

13.2 Penglibatan
Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori:
(i) Kategori murid Sekolah Rendah
(ii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah
(iii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas
(iv) Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahun
dan ke atas
v) Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas)

13.3 Sijil
Sijil akan diberikan sebagai bukti penyertaan perkhemahan tersebut.

13.4 Tujuan Kem


1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan
2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri
3. Menghayati erti Batasan kehidupan
4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti
5. Meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan
6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental

13.5 Jenis Kem


1. Perkhemahan ringkas
2. Perkhemahan kumpulan
3. Perkhemahan secara besar-besar

63
64 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

13.6 Struktur Organisasi

Melantik ahli jawatankuasa sama ada induk atau jawatankuasa kerja . Ahli jawatankuasa
induk terdiri daripada penaung, penasihat, pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan
bendahari. Manakala ahli jawatankuasa kerja terdiri daripada logistik, sajian, kerohanian,
program dan aktiviti, majlis perasmian dan dokumentasi

13.7 Staf Kem

Staf kem terdiri daripada pengurus tapak perkhemahan, serta jurulatih yang menilai
pencapaian peserta.

13.8 Perancangan dan persiapan awal

Perancangan melibatkan penyediaan kertas kerja yang mana kertas kerja mestilah
mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh
pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut :-

- Tajuk
- Tarikh
- Matlamat
- Objektif
- Plan tindakan
- Pengisian program
- Sumber tenaga
- Sumber kewangan
- Kawalan
- Penilaian

Manakala persiapan awal melibatkan tinjauan yang perlu dilakukan sebelum program
dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan
kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan
perlu.

Manakala surat menyurat perlu diperhatikan seperti permohonan kelulusan program daripada
pengetus. Pelantik jawatankuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat
kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital
dan lain-lain lagi.

Sumber kewangan perlulah jelas. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana
pihak. Perancangan terhadap perbelanjaan juga perlulah disenaraikan seperti pembelian
bahan makanan, alatan dan sebagainya.

64
65 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Alatan perlulah disediakan yang mana perlulah dipastikan alatan yang hendak diguna tersebut
perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan
dikumpulkan di satu tempat.

Pengangkutan perlulah diteliti jenis yang sesuai bagi bilangan peserta. Tempahan perlulah
dilakukan dengan awal supaya tidak berlaku kesusahan.

13.9 Pemilihan tempat

Jawatankuasa perlulah meneliti tempat yang sesuai untuk menjalankan perkhemahan. Ciri-
ciri berikut perlulah diambil kira :-

1. Tanah yang rata dan selesa berbaring


2. Ada perlindungan dari bukit atau pokok menghalang ancaman angin
3. Dekat dengan punca air
4. Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya
5. Mendapat cahaya matahari
6. Mempunyai jalan perhubungan yang baik

13.10 Aspek Keselamatan

Antara aspek keselamatan yang perlu diperhatikan dan diambil perhatian ialah :-

- Sistem kawalan (Santri)


Jadual giliran kawalan malam perlu disediakan
- Kod Laluan
Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli
- Peralatan
Lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan
Peti ubat yang lengkap dan terkawal.
Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantu mula.
sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau cedera.\
- Keselamatanapi
Jangan membiarkan api tanpa pengawasan. Jangan merokok dan menyala api di
dalam khemah. Hanya lampu suluh sahajadibenarkan. Padamkan api dengan segera
jika angin kuat bertiup ke arahkhemah.Jangan membuang pontong rokok dan bara api
merata tempat. Jangan memasang api tanpa tujuan.
- Keselamatan air
Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu licin, lerengcuram,kayu-kayu
merbahaya dan arus laju.Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu berenang. Apa

65
66 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

bila mandi di sungai sentiasa mengadap ke arah hulu sungai. Jangan turun ke dalam
sungai, jika arus laju.Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau pelampung
- Keselamatan di kawasan perkhemahan
Berkhemah di tempat yang selamat Buang objek tajam yang berada kawasan
perkhemahan. Perlu diwujudkan pasukan kawalan (sentri). Wujudkan sistem
kecemasan seperti password, tandaan boundry. Tabur sulfur (belerang) di keliling
kawasan atau khemah.

13.11 Kemudahan Asas

Kemudahan asas di tapak perkhemahan perlulah dipastikan sebelum hari perkhemahan


bermula.

13.12 Pemeriksaan pagi

Pemeriksaan pagi dilakukan oleh pegawai bertugas setiap pagi selalunya pada pukul 8 pagi.
Antara yang dinilai ialah kekemasan dalam dan luar khemah, susun atur peralatan, pakaian
dan gajet yang dibawa.

13.13 Surat-Menyurat

Surat menyurat yang berkaitan dengan perkhemahan yang dijalankan perlulah berada dalam
simpanan ahli jawatankuasa dan jurulatih supaya dapat menjadi rujukan jika berlaku apa-apa.

13.14 Laporan dan refleksi

Laporan dan refleksi mestiah disiapkan oleh peserta perkhemahan termasuklah semua aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang hari perkhemahan berlangsung.

66
67 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.0 Laporan Interaksi Minguan


14.1 Minggu 1

Tarikh 7 Januari 2020

Masa 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub

Kehadiran 18/18

Aktiviti:

1. Pengenalan ringkas kursus MPU2031


2. Taklimat tatacara pemakaian uniform KRS
3. Pengenalan dan latihan kawad kaki statik
- Sedia
- Senang diri
- Rehatkan diri
- Luruskan barisan
Refleksi:

1. Kami telah diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang Maklumat Kursus


MPU2031. Jumlah interaksi bagi kursus ini berbeza dengan kursus yang lain iaitu
hanya sebanyak 5 kali sahaja iaitu bersamaan dengan 5 minggu. Ini kerana jumlah
interaksi yang selebihnya akan dilengkapkan ketika perkhemahan unit beruniform
nanti.
2. Pensyarah kursus telah menunjukkan kami tatacara pemakaian aksesori yang betul.
3. Pensyarah telah melatih kemahiran kawad statik sehingga kami betul-betul
menguasainya. Masing-masing berasa seronok kerana berpeluang untuk
mempraktikkan semula kawad kaki yang telah dipelajari di zaman sekolah dahulu.

67
68 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.2 Minggu 2

Tarikh 14 Januari 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Pengenalan dan latihan istiadat menaikkan bendera
2. Latihan nyanyian lagu Kadet Remaja Sekolah
3. Pengenalan dan latihan kawad kaki statik
- Masuk baris
- Buka barisan
- Bergerak ke kanan dan kiri
- Menghadap ke belakang dan hadapan
-Keluar baris
Refleksi Gambar
1. Kami telah mempelajari perkara-perkara
yang perlu dilakukan ketika istiadat
menaikkan bendera seperti bahasa
hukuman yang digunakan oleh ketua
platun, cara menaikkan bendera dan
nyanyian lagu KRS dengan betul.
2. Saya berasa seronok melihat kawan-
kawan yang ditugaskan untuk
menjalankan upacara naikkan bendera
kerana mereka kelihatan sangat semangat
untuk mencuba benda baru.
3. Walaupun cuaca agak panas, tetapi kami
berasa sangat bersemangat berkawad di
padang kawat.

68
69 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.3 Minggu 3

Tarikh 28 Januari 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Upacara menaikkan bendera
2. Ulangkaji kawad statik yang telah dipelajari pada minggu lepas
3. Pengenalan dan latihan kawad dinamik
4. Pengenalan dan latihan tali temali
Refleksi
1. Ulangkaji yang kami lakukan bersama pensyarah sangat memberi faedah kerana
kami dapat memperbaiki kesilapan yang sama dalam kawad statik.
2. Pada kali ini kami dapat mempelajari jenis-jenis tali dan fungsinya.
3. Walaupun pada awalnya kami berasa agak keliru tetapi pensyarah telah
menggunakan pendekatan yang baik untuk menerangkan kepada kami satu
persatu.
4. Kami juga telah mempelajari sedikit demi sedikit nama simpulan dan ikatan yang
ada.
5. Kami juga dapat mempraktikkan sedikit demi sedikit cara simpulan yang dipelajari
bersama rakan-rakan supaya menjadi lebih faham akan apa yang dipelajari

69
70 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.4 Minggu 4

Tarikh 4 Februari 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Upacara menaikkan bendera
2. Ulangkaji kawad statik yang dipelajari pada minggu lepas
3. Pengenalan kepada asas kawad kaki yang baru, kawad dinamik
- Hormat ke kanan
- Hormat ke hadapan
Refleksi Gambar
1. Kami dapat mempelajari cara melakukan
hormat kanan dan ke hadapan.
2. Pensyarah telah menerangkan dengan
perlahan-lahan langkah-langkah yang
perlu diikuti supaya kami mudah faham.
3. Kami juga telah menggunakan teknik
kiraan atas saranan pensyarah supaya
lebih mudah hafal dan faham pergerakan
tersebut.

70
71 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.5 Minggu 5

Tarikh 11 Februari 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Upacara menaikkan bendera
2. Ulangkaji kawad static dan dinamik yang dipelajari pada minggu lepas
3. Pengenalan dan latihan kawad kaki dinamik
- Hormat selaku penerima sijil
- Belakang pusing semasa cepat jalan
4. Taklimat perancangan perkhemahan unit beruniform
Refleksi
1. Kawad kaki dinamik pagi hormat selaku penerima sijil bagi saya merupakan kawad
yang saya gemari kerana pergerakannya yang cukup tenang.
2. Walaupun pergerakannya banyak, tetapi pensyarah telah menerangkan dengan
baik.
3. Kami telah berlatih banyak kali sehingga faham dan mengikut saranan pensyarah
supaya melakukan pergerakan dengan kiraan.
4. Pada hari ini juga, taklimat perancangan perkhemahan UB telah dilaksanakan. Kami
berasa semangat untuk melaksanakan perkemahan tersebut.

71
72 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.6 Minggu 6

Tarikh 18 Februari 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Upacara menaikkan bendera
2. Ulangkaji kawad kaki statik dan dinamik yang telah dipelajari
3. Pengenalan dan latihan kawad dinamik
- Perlahan jalan
4. Mengemaskini gerak kerja perkhemahan unit beruniform
Refleksi
1. Buat pertama kali saya berpeluang untuk mempelajari kawad perlahan jalan.
2. Kawad ini memerlukan pergerakan yang seragam bersama ahli yang lain.
3. Pada hari ini juga kami telah mengemaskini apa-apa gerak kerja yang telah
dilakukan untuk perkhemahan. Jawatankuasa juga telah dilantik, dan masing-
masing telah memulakan gerak kerja masing-masing.
4. Walaupun terdapat sedikit masalah berkaitan dengan tarikh perkhemahan, tetapi
masalah telah diselesaikan oleh Ketua Jabatan Unit GERKO.

72
73 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

14.7 Minggu 7

Tarikh 3 Mac 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Upacara menaikkan bendera
2. Ulangkaji kawad statik dan dinamik yang telah dipelajari
3. Taklimat terakhir pengurusan perkhemahan unit beruniform dan perjalanan
program
Refleksi
1. Pensyarah telah membahagikan kami kepada dua kumpulan supaya kami dapat
membuat latihan sesama rakan.
2. Latihan dijalankan selama satu jam.
3. Lebihan satu jam lagi, kami gunakan kesempatan untuk membuat taklimat dan
persediaan akhir bagi gerak kerja perkhemahan.
4. Semua ahli jawatankuasa telah mengemaskini apa-apa gerak kerja yang telah
dilakukan.

73
74 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

15.0 Amali Perkhemahan Unit Beruniform


15.1 Hari 1

Tarikh 9 Mac 2020


Masa 8:00 pagi-10:30 malam
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Haji Mohd Khairul Nuzul bin Hassan
En. Abdul Satar bin Hamzah
En. Mohd Azman bin Basirun

Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Berkumpul di hadapan GERKO IPGKDA dan bergerak ke PULAKO IPSAH
2. Ujian tali temali
3. Ulangkaji anduh balutan

Refleksi Gambar
1. Kami telah berkumpul di GERKO IPGKDA
untuk urusan ‘loading’ barang ke dalam
bas sebelum bergerak ke PULAKO IPSAH
2. Basa tiba agak lewat kerana telah berlaku
sedikit masalah komunikasi. Namun kami
telah tiba di IPSAH pada masa yang telah
ditetapkan.
3. Sebelum ujian tali temali dimulakan, kami
telah diberikan peluang untuk melakukan
ulangkaji tentang simpulan dan ikatan
bersama jurulatih yang hadir
4. Kami telah dibahagikan kepada dua
kumpulan,satu kumpulan membuat ujian
simpulan dan ikatan manakala yang lagi
satu membuat ulangkaji anduh dan
balutan.

74
75 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

15.2 Hari 2

Tarikh 10 Mac 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Haji Mohd Khairul Nuzul bin Hassan
En. Abdul Satar bin Hamzah
En. Mohd Azman bin Basirun

Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Ujian tali temali
2. Ujian anduh dan balutan
3. Ulangkaji dan ujian kawad kaki

Refleksi Gambar
1. Kami telah menyambung semula ujian tali
temali yang masih belum selesai.
2. Kumpulan yang selesai dengan ujian, telah
memulakan ulangkaji anduh dan balutan.
3. Kami juga telah menerima ilmu baru
berkenaan dengan fungsi anduh dan
balutan ketika waktu kecemasan dengan
adanya simulasi daripada jurulatih yang
bertugas.
4. Pada hari ini juga kami berpengalaman
berkawad dalam keadaan memakai anduh
dan balutan di padang kawad.

75
76 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

15.3 Hari 3

Tarikh 11 Mac 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Haji Mohd Khairul Nuzul bin Hassan
En. Abdul Satar bin Hamzah
En. Mohd Azman bin Basirun

Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Amali kembara dan masakan rimba
2. Penilaian ulangan
3. Malam ikatan bersaudara

Refleksi Gambar
1. Kami telah menjalankan amali kembara di
sekitar kawasan PULAKO IPSAH. Kami
telah diajar menggunakan aplikasi kompas
dan orienteering melalui telefon bimbit.
2. Kami diajar untuk menggunakan klu di
setiap checkpoint. Ada sesetengah
kumpulan menyediakan klu yang agak
rumit untuk diselesaikan.
3. Ketka masakan rimba, kami berjaya
menghidupkan api walaupun cuaca agak
suram dan hujan renyai. Sungguh ajaib.
4. Kami berjaya memasak 3 jenis lauk iaitu
sambal sardin, tumis kacang panjang, telur
dadar. Tidak dilupakan kami berjaya
membuat roti lilit.
5. Malam kebudayaan dilaksanakan dengan
tema ‘Padang Pasir’.

76
77 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

15.4 Hari 4

Tarikh 12 Mac 2020


Masa 10:00 pagi-12:00 tengahari
Pensyarah Mejar (KRS) Haji Mohd Nashri Bin Yaakub
Haji Mohd Khairul Nuzul bin Hassan
En. Abdul Satar bin Hamzah
En. Mohd Azman bin Basirun
Tuan Haji Hashim bin Asman
Kehadiran 18/18
Aktiviti
1. Majlis penutup
2. Upacara menurunkan bendera

Refleksi Gambar
1. Kami bersiap sedia mengemaskan barang-
barang yang ada untuk pulang.
2. Kerusi dan meja disusun semula untuk
persediaan majlis penutp.
3. Kami telah menerima sijil penyertaan bagi
perkhemahan ini yang disampaikan oleh
Tuan Haji Hasjim bin Asman.
4. Kami telah melakukan upacara
menurunkan bendera sebagai penanda
berakhirnya perkhemahan di PULAKO
IPSAH.

77
78 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

16.0 Kesimpulan
Sememangnya penyertaan dalam unit beruniform KRS banyak mengajar kami erti semangat
bekerjasama, kekitaan, persahabatan dan juga unsur kepimpinan yang perlu dipraktikkan
dalam kehidupan seharian. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah tidak
dapat kami lupakan dan akan diamalkan dalam kehidupan seharian. Dengan kemahiran yang
telah dipelajari, kami akan berusaha untuk mendalami lagi kemahiran tersebut dan berusaha
untuk mengajarkannya kepada orang lain khususnya bakal murid kami pada masa hadapan.

78
79 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

17.0 Bibliografi

Abd Aziz Latif. (2017, November). Universiti Sains Malaysia. Didapatkan dari Rawat Segera
Luka Lecuran: http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/774-rawat-segera-luka-
lecuran

Abdul Alim Abdul Rahim. (2007). Panduang Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering.
Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan. (2019). Guru Besar.my. Didapatkan dari Buku
Panduan Persekutuan Pengakap Malaysia: https://gurubesar.my/buku-panduan-
persekutuan-pengakap-malaysia/

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan. (t.t). Buku panduan TKRS dan KRS.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Indonesia Dokumen. (2007). Didapatkan dari Pengurusan dan persiapan perkhemahan:


https://dokumen.tips/documents/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahan-
567838e43c4b5.html

Kembara Kedah. (2009, Mac). Kembara Kedah. Didapatkan dari Ikhtiar Hidup, Membuat
Jerat: http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/ikhtiar-hidup-membuat-jerat.html

Salifah Saliah. (2014). Bila-bila masa, di mana mana jua - Persatuan Bulan Sabit Merah.
Cheras: Semarak Murni Enterprise.

Syiera Jafri. (2017, Februari). World Scout Creating A Better World. Didapatkan dari Masakan
Rimba: https://www.scout.org/id/node/318966

Unit Kokurikulum dan Badan Beruniform. (2018). SMK Teluk Kerang Pontian, Johor.
Didapatkan dari Faedah Menyertai Unit Beruniform:
https://smktelokkerang.blogspot.com/2015/03/faedah-menyertai-badan-
beruniform.html

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2020). KOR Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA).
Didapatkan dari Apakah itu CPR: http://www.ukm.my/sispa/aktiviti/cpr/

79
80 BUKU LOG UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

18.0 Lampiran

80

You might also like