You are on page 1of 2

KUALA LUMPUR: Bermula hanya sekadar suka-suka ingin mencuba sukan

mendaki batu, akhirnya bertukar menjadi serius hingga berjaya


meletakkan Siti Nur Sara Salehhodin, 32, menjadi atlet untuk sukan
berkenaan.

Lebih manis lagi, Siti Nur Sara yang kini bertugas sebagai jurulatih selam
skuba menunjukkan kesungguhannya dalam bidang itu menjadi titik tolak
kepadanya untuk terus menggapai impian menyertai Sukan ASEAN pada
2018 selepas terpilih daripada beberapa calon atlet lain.

Lebih mesra dipanggil Sara, beliau berkata, tidak mudah untuk menyertai
sukan yang dipelopori oleh golongan lelaki kerana pelbagai tanggapan
negatif yang didengarnya, namun tidak mengendahkan perkara itu.

"Ramai yang mempertikaikan saya berjaya menyertai Sukan ASEAN


kerana masih baru dalam sukan ini di mana saya bermula pada 2015 dan
menyertai pertandingan pada 2018.

"Tetapi ini semua berkat kesungguhan dan latihan yang dijalani serta
sokongan keluarga, jadi tiada istilah lelaki sahaja yang boleh menyertai
sukan ini kerana untuk terpilih ke Sukan ASEAN ini sangatlah sukar.

"Ini menjadi pengalaman manis bagi saya biarpun tidak berjaya


membawa pulang pingat, tetapi berjaya membuktikan jika kita
bersungguh, semua boleh diatasi," katanya.

Biarpun sisi peribadi Siti Nur Sara lasak, beliau tetap menyedari
kecantikan juga tidak lari daripada jiwa wanita.

"Saya juga mencuba sesuatu yang berlainan dalam rutin harian apabila
turut menyertai program EcoBeautySquadMY anjuran The Face Shop.

"Memang sangat mencabar kerana dalam keadaan kita yang sentiasa


aktif dan perlu tampil menawan.

"Teknik yang diajar di dalam bengkel secara dalam talian adalah ilmu
kecantikan yang saya rasakan suatu benda baharu.

"Malah ia mengajar saya untuk sentiasa bersedia dan pengurusan masa


kerana saya melakukan dua perkara dalam satu masa.
"Saya individu yang suka mencabar diri untuk mencapai kejayaan dan
diharap wanita lain juga mempunyai inspirasi sama," katanya.

Sara berkata, kecintaan beliau terhadap sukan lasak memang tidak


dinafikan berikutan kini beliau baru saja menamatkan pengajian sarjana
dalam bidang Pendidikan Sains Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kini, beliau berjinak-jinak menjadi atlet sukan meluncur udara sepenuh


masa.

Menceritakan ketika berusaha melayakkan diri menyertai Sukan ASEAN


2018, beliau mengalami kecederaan lutut dan dinasihatkan doktor untuk
menjalani pembedahan jika tidak keadaan boleh menjadi lebih teruk.

"Tetapi memikirkan ini sajalah peluang, saya kata tak mengapa, saya
hendak teruskan pertandingan dan setiap hari saya akan melakukan rutin
latihan dan kemudian proses pemulihan selama lima bulan.

"Apabila kita memilih untuk aktif dalam apa-apa sukan lasak, kecederaan
adalah perkara biasa dan jiwa perlu kental. Jika tidak memang kita akan
mudah putus asa," katanya.

Katanya, wanita memang sinonim dengan sifat lemah lembut dan pasti
mentaliti ahli keluarga bahawa anak perempuan perlu sentiasa dilindungi.

You might also like