You are on page 1of 13

Sesi __________________

Kursus PENGAJARAN AWAL BAHASA ARAB, Kod ECH6113

1.0 AL-QURAN & HADIS


Topik Aplikasi teknologi dalam pengajaran.
Tarikh 27 / 8 / 2022
Nama & ASMA-MARDHIAH BINTI ABU BAKAR Program BECE
No.Matrik I21105156

Soalan Markah (20 %)

SOALAN TUGASAN INDIVIDU:


i. Rancang aktiviti yang bersesuaian menggunakan teknologi dan boleh
dilaksanakan di dalam bilik darjah
ii. Anda bebas memilih aplikasi teknologi yang bersesuaian untuk pembelajaran
iii. Tuliskan laporan bertulis yang mengandungi :
a) Pengenalan
b) Kepentingan pengaplikasian teknologi dalam pembelajaran awal Bahasa
Arab kepada kanak-kanak.
c) Rancangan pengajaran mengikut format
d) Refleksi – kekuatan & kelemahan aktiviti pengajaran & pembelajaran
e) Cadangan penambahbaikan

1
Sesi __________________

BIL. ISI KANDUNGAN M/S

1.0 Pengenalan 3

2.0 Kepentingan pengaplikasian teknologi dalam pembelajaran awal Bahasa Arab 4-5

kepada kanak-kanak.

3.0 Rancangan pengajaran mengikut format 6-11

4.0 Refleksi – kekuatan & kelemahan aktiviti pengajaran & pembelajaran 11-13

Cadangan penambahbaikan

2
Sesi __________________

1.0 PENGENALAN

Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada saya ialah untuk menyediakan satu
Rancangan pengajaran harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
pembelajaran sebelum melaksanakannya. RPH ini bertunjangkan kerohanian, sikap dan nilai
iaitu subjek bahasa Arab yang bertajuk ‘Mari mengenal huruf hijaiyah’. Sesi aktiviti ini
dilakukan kepada murid yang berumur 4-5 tahun. Pendekatan RPH ini ialah pembelajaran
berdasarkan kepelbagaian kecerdasan yang mana murid dapat memperoleh kecerdasan
verbal-linguistik iaitu murid berkomunikasi dengan baik. Kecerdasan visual-ruang pula
dengan mengecam warna atau bentuk huruf manakala kecerdasan kinestetik kebolehan
menggunakan badan dalam menyelesaikan masalah seperti menyusun huruf di papan putih
dan kecerdasan muzik iaitu kebolehan mengesan irama dan lagu dengan baik seperti
menghafal lagu huruf hijaiyah.

Aktiviti ini melakukan satu kaedah dan dua teknik. Kaedah yang digunakan ialah
kaedah tunjuk cara iaitu pendidik memperkenalkan dahulu huruf hijaiyah dan cara
menyebutnya. Teknik yang digunakan ialah teknik soal jawab iaitu latihan memadankan
huruf hijaiyah dan teknik terakhir ialah bermain. Teknik bermain ialah pendidik
menggunakan aktiviti kotak muzik untuk meningkatkan lagi kemahiran murid-murid.

Strategi yang digunakan dalam P&P ini ialah menggunakan alat teknologi dan
aplikasi pengajaran dan pembelaran yang sedia ada. Aplikasi ini adalah memudahkan pelajar
dan guru dalam melaksanakan P&P, bagi mencapai objektif dan mewujudkan pembelajaran
yang efektif. Oleh itu, RPH ini disediakan untuk dijalankan bersama murid agar pembelajaran
murid lebih teratur dan tersusun.

3
Sesi __________________

2.0 Kepentingan pengaplikasian teknologi dalam pembelajaran awal Bahasa Arab


kepada kanak-kanak.

Pembelajaran awal bahasa Arab ini bukanlah perkara mudah, maka salah satu usaha bagi
mencapai matlamat tersebut adalah dengan penggunaan teknologi yang canggih. Hal ini
adalah untuk membantu kanak-kanak memahami bahasa Arab dengan cepat dan jelas. Lebih-
lebih lagi, pelbagai subjek agama berteraskan bahasa Arab seperti al-Quran, Jawi, dan Fardhu
ain.

Penggunaan teknologi telah menjadi satu keperluan kerana ia memberi pelbagai manfaat
kepada semua bidang, lebih-lebih lagi di dalam bidang pendidikan. Antara kepentingan
penggunaan teknologi dalam P&P mampu meringankan beban para pendidik. Contohnya,
jika pendidik ingin pelajar mudah menghafal surah-surah pendek hanya perlu cari di aplikasi
‘youtube’ untuk dipamerkan secara kerap sahaja. Pendidik tidak perlu meluangkan masa yang
lebih utuk persediaan P&P, hanya perlu bijak memilih teknik bagi mendapat keberkesanan
hasil daripada pembelajaran murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan dengan
penggunaan powerpoint, flash, video, visual. Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai
imaginasi yang tinggi. Seorang pakar psikologi, Marjorie Taylor berpendapat alat pemikiran
kanak-kanak adalah menggunakan imaginasi. Pembelajaran secara visual mampu memberi
penjelasan kepada mereka perkara yang sukar seperti isu ketuhanan.

Penggunaan teknologi memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
dengan pelbagai keupayaan. Murid yang lemah pembelajaran dapat mempelajarinya dengan
segera. Contohnya adanya alat bantu mengajar seperti menggunakan komputer di kelas,
penerangan sesuatu pembelajaran dijelaskan secara terperinci.

4
Sesi __________________

Kesimpulannya, strategi penggunaan teknologi adalah salah satu inisiatif kanak-kanak


cintakan bahasa Arab atau nama lain dipanggil Bahasa Syurga. Oleh itu, penggunaan
teknologi dalam pembelajaran bahasa Arab sangat digalakkan bagi keberkesanan kanak-
kanak dalam pembelajaran bahasa Arab. Dari segi, sebutan yang tepat dan jelas, bentuk
penulisan yang kreatif serta pemahaman yang betul tanpa hanya penghafalannya.

5
Sesi __________________

3.0 RANCANGAN PERLAKSANAAN HARIAN (RPH)

Nama Guru ASMA-MARDHIAH BINTI ABU BAKAR

No. K/Pengenalan 000818-10-0586

Tarikh / Hari 26 Ogos 2022

Masa 10.00-10.30am (30 Minit)

Umur 4-5 Tahun

Bil Kanak-kanak 1:25

Tajuk Mari mengenal Huruf Hijaiyah

Pendekatan Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan

Subtema Mengenal, Mengecam dan Menyebut Huruf hijaiyah

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Standard Kandungan
PI 1.1 Mengetahui huruf hijaiyah

PI 1.3.3 Menyebut perkataan dengan mudah dalam bahasa


Standard Pembelajaran
arab.

BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut


perkataan.
Kesepaduan
BM 1.4.6 Bersoal jawab menggunakan ayat
mudah berdasarkan bahan rangsangan
Objektif
Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mengenal, mengecam, huruf hijaiyah dengan baik
6
Sesi __________________

2. Mendengar dan dapat menyebut huruf hijaiyah dengan


lancar.
3. Bersoal jawab dengan yakin menggunakan ayat mudah
berdasarkan bahan rangsangan

Kad imbasan huruf hijaiyah (bergambar serta tulisan rumi)


Pembesar suara
Projektor
Radio
Bahan Bantu Mengajar
Kotak
Kertas huruf
Komputer riba
Pelekat kertas
Langkah-Langkah : Permulaan Pengajaran
Perlaksanaan
1. Pendidik membawa murid-murid ke ruang kelas dan
bertanya khabar.

2. Pendidik bermesra terlebih dahulu dengan murid-


murid.

a. Pendidik bertanya berkaitan dengan cuaca harini?

b. Pendidik bertanya kepada murid sudah sarapan ke


belum?

c. Pendidik bertanya siapa tahu lagu alif ba ta?

Langkah-langkah Perlaksanaan

1. Pendidik menayangkan aplikasi ‘Belajar Bahasa


7
Sesi __________________

Arab’ di projektor.

Icon aplikasi “Belajar Bahasa Arab’

2. Pendidik memberi penerangan kepada kanak-kanak


tentang aktiviti harini. Sebarang aktiviti
menggunakan aplikasi, murid perlu memilih dan
pendidik akan menekannya.

3. Permulaannya, pendidik memperkenalkan huruf


hijaiyah menggunakan aplikasi berserta gambar dan
tulisan rumi.

4. Sebutan huruf juga disertakan, bacaan dipandu oleh


pendidik. Kemudian, pendidik meminta murid
untuk menyebut bersama-sama.

5. Kemudian, pendidik menayangkan lagu huruf


hiyaiyah bagi membantu memudahkan pelajar
menyebut dan menghafal huruf hijaiyah.

6. Seterusnya, aktiviti memadankan huruf hijaiyah.


Terdapat 2 huruf yang berlainan, dan 1 huruf yang
sama dengan gambar huruf yang dipaparkan di
projektor. Pendidik akan menyoal dan murid akan
memilih jawapannya.

7. Selesai mengunakan aplikasi, pendidik melakukan

8
Sesi __________________

aktiviti kotak muzik huruf hijaiyah.

8. Cara bermain aktiviti tersebut, murid diminta untuk


beri kotak tersebut kepada kawan sebelah ketika
muzik dijalankan.

*Muzik yang dijalankan menggunakan radio

9. Apabila muzik berhenti, pendidik meminta untuk


murid mengambil satu kertas lipatan (huruf berserta
gambar).

10. Pendidik meminta murid untuk menyebut huruf


pada kertas tersebut dengan jelas.

11. Setelah itu, pendidik meminta murid menampalkan


kertas huruf hijyaiyah mengikut turutan di papan
putih pada gambar ulat beluncas.

*Gambar huruf sudah disediakan pada gambar ulat


beluncas. Dari kepala hingga ke kaki.

*Gambar ulat beluncas sudah dilukis sebelum


aktiviti kotak muzik dimulakan.

Kotingensi

12. Sekiranya kanak-kanak berjaya mengenal huruf


dengan baik dan menyebut huruf dengan lancar,
pendidik akan memberi pujian dan tepukan kepada
9
Sesi __________________

kanak-kanak.

13. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya mengenal


dengan baik dan menyebut huruf dengan lancar,
pendidik akan membimbing dengan menunjukkan
kad imbasan dan membacanya mengikut rumi.

Penutup

14. Selesai melakukan aktiviti kotak muzik, pendidik


mengimbas kembali apa yang kanak-kanak pelajari
dengan kad imbasan huruf yang bergambar seperti
di aplikasi.

15. Pendidik memberi tepukan dan pujian kepada


kanak-kanak setelah selesai aktiviti.

Perhatian

1. Keselamatan :
b. Memastikan kanak-kanak tidak berebut bahan bantu
mengajar ketika melakukan aktiviti.
c. Memastikan alatan yang digunakan tidak
berbahaya.

2. Kebersihan :
d. Memastikan kawasan aktiviti bersih dan selesa.
e. Pastikan semua alatan perlu dibersihkan selepas
menggunakan.

3. Kesihatan :
f. Memastikan kanak – kanak sihat untuk melakukan
10
Sesi __________________

aktiviti.
g. Pastikan pendidik dalam keadaan sihat dan tidak
bergejala
h. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan selepas
melakukan aktiviti

Kriteria Kejayaan Saya boleh : Mengenal, mengecam dan menyebut huruf


hijayah dengan betul.

Tahap Pencapaian TM :20


SM :5
BM :5
Refleksi Sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya mencapai objektif
kerana sebilangan besar murid dapat menguasai kemahiran yang
dipelajari.

Murid mudah memahami mata pelajaran tersebut kerana


pendidik menggunakan aplikasi teknologi yang membantu
kanak-kanak untuk lebih fokus ketika belajar. Aplikasi teknologi
bahasa Arab ini membantu murid lebih mudah dan cepat belajar.
Hal ini dapat mengubah suasana suram kepada ceria dalam
pembelajaran dan pengajaran di tadika. Visual yang dipaparkan
memberi kesan kepada ingatan kanak-kanak yang membantu
mereka mudah mengingati pelajaran berdasarkan bunyi
(lagu) ,visual seperti warna dan kartun. Tunjuk ajar oleh
pendidik menggunakan aplikasi teknologi dalam menyebut dan
mengecam huruf membantu kanak-kanak mengenal pasti setiap
huruf tanpa ragu.

Kebaikan

11
Sesi __________________

Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (P&P), aktiviti


mengenal huruf hijaiyah berjalan lancar dengan adanya bahan
bantu mengajar yang efektif. Aplikasi teknologi adalah terbaik
kerana dipenuhi visual yang dipaparkan pada skrin layar
berbanding melihat gambar pada buku sahaja. Aplikasi belajar
bahasa Arab telah dibahagikan beberapa bahagian untuk
mengenal huruf hijaiyah secara berperingkat. Maka, setiap
bahagian tersebut, mampu memberi kefahaman yang jelas
kepada murid secara satu persatu dari segi mengecam bentuk
huruf, menyebut dan menyusun huruf tersebut. Ini membantu
mempercepatkan tahap murid ke prestasi ke seterusnya.

Keburukan

Disebabkan P&P ini melibatkan penggunaan teknologi seperti


radio bagi aktiviti bermain kotak muzik. Kanak-kanak keliru
dengan ‘passing’ kotak kepada kawannya dengan segera. Hal ini
kerana bunyi radio yang perlahan. Murid yang jauh tempat
duduknya daripada radio tidak mendengar lagu dengan baik. Hal
ini menyebabkan kanak-kanak lambat ketika ‘passing’ kotak
kepada kawannya. Masa yang lama ketika melakukan aktiviti
menyebabkan murid lain tidak berpeluang melakukan aktiviti
tersebut.

Kelemahan daripada segi aktiviti pula, kanak-kanak hanya lebih


kepada mengenal berbanding gaya bentuk penulisan huruf
hijaiyah. Aktiviti yang dilakukan hanya mengenal, mengecam
dan menyebut , maka untuk pengaplikasian dalam bentuk
penulisan murid-murid akan lemah pada bahagian tersebut. Hal
ini akan menyukarkan pendidik dengan mengadakan sesi
pengajaran yang lain iaitu khas kepada penulisan pula.

12
Sesi __________________

Cadangan

Dalam menjalankan P&P ini, terdapat murid yang tidak


berpeluang melakukan aktiviti bermain kotak muzik dengan
baik. Hal ini disebabkan kualiti suara radio yang tidak berfungsi
dengan baik. Oleh itu, cadangan dalam mengatasi P&P tersebut
ialah dengan menggunakan radio yang suaranya lebih berkualiti.
Dengan berbuat demikian, sebarang aktiviti yang melibatkan
radio akan datang dapat memudahkan pendidik dan pelajar
semasa P&P.

Cadangan bagi kelemahan aktiviti ini, seharusnya pendidik


mengimbangkan pembelajaran mengenal huruf hijaiyah ini. Hal
ini kerana pembelajaran yang melibatkan bahasa sukar untuk
difahami sekiranya tidak mengaplikasikan kepada murid dengan
baik. Maka bagi memudahkan sebarang pembelajaran yang
melibatkan bahasa, aktiviti yang dilakukan dalam mengenal
huruf hijaiyah ini diselitkan aktiviti penulisan, contoh
mewarnakan huruf ataupun menulis huruf mengikut titik-titik.

13

You might also like