You are on page 1of 27

001210-01-1141

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih pada pihak pentadbiran sekolah Pusat
Tingkatan Enam Tun Syed Zahiruddin, khasnya Pengetua, Puan Hajah Nor Afzan Binti Mat
Salleh dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Hajah Ramlah Binti Haji Amin kerana
memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Norliza Binti Md Zin selaku guru mata pelajaran Geografi. Beliau
telah meluangkan masa yang banyak dengan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga hendak berterima kasih
kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang
penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Tan Soon Seng dan Puan Tho Sat
Yoon dengan jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan kewangan dan moral
kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu Fua Yin Yin dan Haw Jun Jie serta
semua kawan lain atas kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Tidak lupa
juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa untuk
menjawab soal selidik.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

I
001210-01-1141

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka


Surat

1. Penghargaan I

2. Isi Kandungan II-III

3. 1.0 Pengenalan 1

4. 2.0 Objektif Kajian 2

5. 3.0 Lokasi Kajian 3-5


3.1 Ciri Fizikal 3
3.2 Ciri Budaya 3
3.3 Peta Daerah Jasin 4
3.4 Pete Lakaran Terminal Bandar Baru Merlimau 5

6. 4.0 Kaedah Kajian 6


4.1 Pemerhatian 6
4.2 Soal Selidik 6
4.3 Temu Bual 6
4.4 Rujukan 6

7. 5.0 Hasil Kajian 7-20


5.1 Susun Atur Terminal dan Kemudahan serta Perkhidmatan. 7-15
5.1.1 Peta Bentuk Susun Atur Terminal Bandar Baru Merlimau. 7
5.1.2 Jadual Kemudahan dan Perkhidmatan di Terminal Bandar Baru 8-10
Merlimau.
5.1.3 Jadual Kepuasan Pengguna Terhadap Kemudahan dan
Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang Disediakan di 11
Terminal Bandar Baru Merlimau.
5.1.4 Graf Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Kemudahan dan
12-15
Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang Disediakan di
Terminal Bandar Baru Merlimau.
II
001210-01-1141

5.2 Faktor mempengaruhi letakan Terminal Bandar Baru Merlimau. 16-17


5.3 Kesan Kewujudan Terminal Bandar Baru Merlimau Terhadap Alam 18-19
Sekitar di Kawasan Merlimau.
5.4 Cadangan Penambahbaikan untuk Meningkatkan Kemudahan dan
Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Terminal Bandar Baru 20
Merlimau.

8. 6.0 Kesimpulan 21

9. 7.0 Senarai Rujukan 22

10. 8.0 Lampiran 23-34


8.1 Gambar 23-24
8.2 Borang Soal Selidik 25-34

III
001210-01-1141

1.0 PENGENALAN

Tajuk kajian kerja kursus Geografi STPM 2019 saya bertajuk “Tahap Kepuasan
Pengguna Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Terminal Bandar
Baru Merlimau”. Melalui kajian ini, saya mendapati beberapa isu masalah terhadap
penggunaan kemudahan awam yang sedia ada pada masa kini.

Antara isu semasa ialah tambang pengangkutan awam. Tambang pengangkutan awam
pada masa kini semakin meningkat akibat harga minyak pasaran yang semakin melambung.
Hal ini telah mengakibatkan kos sara hidup masyarakat semakin tinggi menjadikan ia sejenis
beban kepada pengguna. Contohnya, pada masa dahulu tambang bagi perkhidmatan bas
awam dari Merlimau ke Melaka hanya dikenakan bayaran RM2.00, tetapi kini tambang
tersebut telah berganda menjadi RM4.00. Oleh demikian, ramai penduduk di Merlimau
jarang menggunakan bas awam ke destinasi yang mereka diingini.

Seterusnya, isu tentang persaingan teksi dengan “GRAB”. Pada masa kini, kerajaan telah
meluluskan syarikat “GRAB” untuk menjalankan urusniaga mereka dan lulusan ini telah
mempengaruhi pemandu teksi. Hal ini kerana tambang yang diperlukan untuk menaiki
“GRAB” akan lebih murah berbanding menaiki teksi. Disamping itu, perkhidmatan “GRAB”
adalah perkhidmatan 24 jam, dan mudah ditempahkan dengan secara online. Ini telah
menggalakkan ramai pengguna minat memilih perkhidmatan “GRAB” dan juga terhakis
minat untuk menaiki teksi.

Namun demikian, juga terdapat pengguna yang sering manaiki bas dan teksi dalam
perjalanan harian mereka sebagai contoh pelajar sekolah atau pelajar asing, pekerja asing,
orang muda yang baru musuk alam pekerjaan, pelancong asing dan juga individu yang tidak
memiliki kenderaan sendiri. Bagi mereka, pengangkutan awan seperti bas dan teksi telah
banyak memberi faedah kepada mereka.

Kesimpulannya, isu yang dihadapi sekarang telah membawa beberapa kesan kepada para
pengguna. Walau bagaimanapun, juga terdapat pengguna yang suku menaikinya. Oleh itu,
saya berharap pihak berkuasa mengambil berat dan melakukan tindakan untuk menaik
tarafkan perkhidmatan pengangkutan awam agar lebih banyak pengguna yang gemar
menggunakannya.

1
001210-01-1141

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk;

- Melakar susun atur Terminal Bandar Baru Merlimau dan kemudahan serta
perkhidmatan.

- Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi letakan Terminal Bandar Baru Merlimau.

- Membincangkan kesan kewujudan Terminal Bandar Baru Merlimau terhadap alam


sekitar di kawasan kajian.

- Mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kemudahan dan


perkhidmatan pengangkutan awam di Terminal Bandar Baru Merlimau.

2
001210-01-1141

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN

3.1 Ciri Fizikal

Ciri fizikal di sekitar Terminal Bandar Baru Merlimau yang paling utama adalah terminal
ini terletak di kawasan tanah rata, kawasan ini sangat sesuai dijadikan kawasan perumahan,
membina kedai dan membina kilang. Hal ini menyebabkan proses pembandaran dijalankan
dengan pesat dan penduduk menjadi semakin padat. Selain itu, terdapat sebatang sungai iaitu
Sungai Merlimau terletak di berlakang terminal tersebut. Pengangkutan sungai tidak
dijalankan di Sungai Merlimau kerana saiz sungai ini terlalu kecil dan kedalaman sungai
terlalu cetek.

3.2 Ciri Budaya

Antara ciri budaya di sekitar terminal adalah terdapat pelbagai jenis bangunan antaranya
rumah kediaman, kedai, bangunan kerajaan dan lain-lain. Tidak lupa juga terdapat banyak
sekolah terletak di sini dari sekolah rendah hinggalah institusi pengajian tinggi sebagai
contoh terdapat sekolah rendah seperti SK Merlimau 1, SJK(C) Merlimau dan SRA Jaim
Merlimau. Bagi sekolah menengah pula terdapat SMK Dang Anum dan SMK Dato’ Abdul
Rahman Ya’Kub. Tidak lupa, disini juga terdapat institusi pengajian tinggi seperti Politeknik
Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin. Ciri budaya yang lain seperti perkhidmatan pasar raya
juga terdapat disini antaranya ialah Pasaraya Top Opal, Pasaraya Bandar Baru, Pasaraya
Fresco, Pasaraya Tenten dan lain-lain. Selain perkhidmatan pasaraya, juga terdapat
perkhidmatan lain seperti perkhidmatan klinik kesihatan, perkhidmatan bank, restoran dan
kafe, perkhidmatan pos dan perkhidmatan awam yang lain seperti pusat pasukan penyelamat
api (bomba), dan juga balai polis Merlimau.

3
001210-01-1141

3.3 Peta Daerah Jasin

Petunjuk
Kawasan
Kajian

Skala
1 cm : 2.5 km

Sumber : Google image

4
001210-01-1141

3.4 Peta Lakaran Terminal Bandar Baru Merlimau

4.0 KAEDAH KAJIAN

5
001210-01-1141

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, borang soal selidik, temu bual, rujukan dan borang pemerhatian.

4.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan selama beberapa hari di Terminal Bandar
Baru Merlimau. Ciri fizikal dan ciri budaya, kemudahan dan perkhidmatan di kawasan kajian
telah diperhatikan dan dicatatkan sebagai hasil kajian. Hasil pemerhatian telah dituliskan
sebagai ciri fizikal dan ciri budaya di lokasi kajian dan juga jadual kemudahan dan
perkhidmatan di Terminal Bandar Baru Merlimau

4.2 Soal Selidik

Borang soal selidik yang sesuai pengkaji buat untuk mendapatkan dan mengumpul
maklumat yang tepat berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak
terpilih kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada 2 bahagian
iaitu bahagian A dan Bahagian B. Kajian ini menggunakan 2 jenis pengukuran, iaitu skala
guttman dan skala likert tiga aras. Skala Likert 3 aras iaitu 1=puas hati, 2=sederhana, 3=tidak
puas hati. Borang soal selidik ini diedarkan kepada pengunjung ketika pengkaji pergi ke
destinasi tersebut.

4.3 Temu Bual

Pengkaji menemu bual dua orang informan di Terminal Bandar Baru Merlimau. Salah
seorang terdiri daripada pemandu teksi dan seorang lagi ialah terdiri daripada para
pengunjung. Tujuan utama temu bual ini adalah mengetahui kesan kewujudan terminal,faktor
mempengaruhi letakan terminal serta cadangan penambahbaikkan untuk meningkatkan
kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan awam di Terminal Bandar Baru Merlimau.

4.4 Rujukan

Pengkaji telah merujuk bahan-bahan yang berkaitan pengangkutan awam. Rujukan ini
bukan sahaja terdiri daripada media cetakan akan tetapi juga terdiri daripada media
elektronik. Terdapat 7 rujukan yang pengkaji rujuk iaitu buku, artikel, jurnal, akhbar, thesis,
internet dan kamus.

5.0 HASIL KAJIAN

6
001210-01-1141

5.1 Susun Atur Terminal dan Kemudahan serta Perkhidmatan.

5.1.1 Peta Bentuk Susun Alur Terminal Bandar Baru Merlimau.

5.1.2 Jadual Kemudahan dan Perkhidmatan di Terminal Bandar Baru Merlimau.

7
001210-01-1141

Bil. Jenis Perkhidmatan Jumlah

1 Balai bomba 1

2 Balai polis 1

3 Bank 2

4 Bengkel kerete 1

5 Farmasi 1

6 Gerai jualan 5

7 Institusi pengajian tinggi 2

8 Kedai alat tulis 1

9 Kedai buah-buahan 1

10 Kedai Bunga 1

11 Kedai cat 3

12 Kedai emas 2

13 Kedai fotostat 1

14 Kedai gunting rambut 3

15 Kedai jam 1

16 Kedai kain, baju dan perkhidmatan menjahit 3

17 Kedai karpit 1

18 Kedai kerepek dan biskut 1

19 Kedai makan 19

20 Kedai makanan ternakan 1

21 Kedai motor 1

22 Kedai optik 1

23 Kedai songkok 1

24 Kedai telekomunikasi 1

25 Klinik 2
8
001210-01-1141

26 Pasaraya 7

27 Pejabat Pos 1

28 Perniagaan agro 1

29 Pusat pengumpul besi buruk 1

30 Pusat tuisyen 1

31 Sekolah menengah 2

32 Sekolah rendah 4

33 Stesen minyak 2

34 Tandas awam 3

35 Telefon awam 2

36 Tempah beribadah 5

Sumber : Pemerhatian di kawasan kajian.

Merujuk jadual di atas, pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan disediakan di sekitar
Terminal Bandar Baru Merlimau. Salah satu kemudahan dan perkhidmatan yang terbanyak di
sana adalah gerai makanan dengan bilangan sebanyak 19 buah seperti yang direkodkan dalam
jadual. Punca banyaknya gerai makan di sana adalah disebabkan tapak perniagaan itu telah
disediakan oleh kerajaan dan disewa kepada peniaga dengan kadar sewa yang rendah
menyababkan ramai peniaga meniaga di sana. Perletakan gerai makanan di sekitar terminal
dapat dijadi tempat persinggahan bagi pengguna pengangkutan awam terutamanya semasa
menunggu bas atau pengguna yang lapar juga boleh makan di sana. Di sana, makanan
berbilang kaum dapat dijumpai kerana terdapat peniaga yang berbilang kaum di sana.
Sebagai contoh terdapat gerai makanan seperti Gerai Makan Haji Mohamad yang diusahakan
oleh peniaga kaum Melayu, Gerai Makan Ku Fook yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina,
dan Gerai minuman manis yang diusahakan oleh peniaga kaum India.

Kemudahan lain yang terdapat di sekitar Terminal Bandar Baru Merlimau adalah seperti
perkhidmatan pejabat pos, perkhidmatan kesihatan seperti Klinik Kesihatan Merlimau atau

9
001210-01-1141

Klinik Dr.Ting, perkhidatan pembankan seperti Maybank, Bank Simpanan Nasional,


perkhidatan membaiki motorsikal, perkhidmatan fotostat seperti Kedai Fotostat 2020 dan
lain-lain lagi. Perkhidmatan-perkhidatan ini merupakan punca utama yang menarik pengguna
datang ke terminal ini, hanya datang ke satu tempat iaitu Terminal Bandar Baru Merlimau,
mereka terus dapat menikmati pelbagai perkhidmat di sekitarnya. Oleh itu, terminal ini telah
banyak memberi faedah kepada pengguna pengakutan awam dan juga penduduk tempatan.
Bukan itu sahaja, tempat ini juga telah dijadi sebagai tumpuan pembangan oleh kerajaan oleh
menampung penduduk yang semakin padat dari masa ke masa. Selain dari perkhidmatan di
atas, kedai komputer seperti PC World diadakan sejajah dengan perkembangan teknologi
tambahan pula kedai ini berdekatan dengan institusi pengajian tinggi seperti Politenik.

5.1.3 Jadual Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan


Pengangkutan Awam yang Disediakan di Terminal Bandar Baru Merlimau.
10
001210-01-1141

Bil. Item Tahap Kepuasan Pengguna

1 2 3

ƒ % ƒ % ƒ %

1. Tambang 10 33.3 15 50.0 5 16.7

2. Ketepatan Masa 5 16.7 16 53.3 9 30.0

3. Keselesaan Bas/Teksi 15 50.0 13 43.3 2 6.7

4. Keselesaan Terminal 13 43.3 14 46.7 3 10.0

5. Kebersihan Terminal 12 40.0 15 50.0 3 10.0

6. Keselamatan Terminal 9 30.0 15 50.0 6 20.0

7. Kekerapan Bas 5 16.7 11 36.7 14 46.7

8. Destinasi 9 30.0 18 60.0 3 10.0

9. Keselesaan Awam 11 36.7 18 60.0 1 3.3

10. Keselamatan Bas/Teksi 12 40.0 16 53.3 2 6.7

Sumber : Borang Soal Selidik

mpunyai tempat Gambar 2 : Terminal juga mempunyai tandas


an tempat duduk. awam untuk pengguna pengakutan awam

5.1.4 Graf Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan


Pengangkutan Awam Yang Disediakan Di Terminal Bandar Baru Merlimau.

11
001210-01-1141

Sumber : Borang Soal Selidik

Graf Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Kemudahan dan


Perkhidmatan Pengangkutan Awam Yang Disediakan Di Terminal
Bandar Baru Merlimau.

Peratus (%)
100% 3.3
6.7 10.0 10.0 10.0 6.7
90% 16.7 20.0
30.0
80%
46.7
70% 43.3
46.7 50.0 60.0 53.3
60% 50.0 60.0
50.0 Tak Puas Hati
Petunjuk
50% Sederhana
53.3 Petunjuk
Puas Hati
40%
36.7
30%
50.0
20% 43.3 40.0 40.0
33.3 36.7
30.0 30.0
10% 16.7 16.7

0% Item
am
a

s
ng

si

i
al

al

al
ks

ks
Ba
as

na
in

in

in

Item
ba

Te

Te
Aw
M

rm

rm

sti
n
m

s/

s/
pa
er
n

De
Te

Te
Ta

Ba

Ba
n
ta

ra

aa
pa

an

an

ke
n

an
les
aa
aa
te

at
ih

Ke

at
les

se
Ke

les

lam
rs

lam
Ke

Skala
se

be
se

se
Ke

se
Ke
Ke

Ke

Ke

Skala
1cm : 10%
1 cm = 10 %
Graf di atas menunjukkan tahap kepuasan penggunan terhadap kemudahan dan
perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di Terminal Bandar Baru Merlimau.

Bagi item tambang, paling ramai responden memilih sederhana iaitu seramai 15 orang
responden atau bersamaan 50.0%, kedua ramai adalah puas hati iaitu 10 orang (33.3%) dan
yang paling kurang adalah tidak puas hati iaitu seramai 5 orang responden atau bersamaan
16.6%. Pengguna tidak puas hati kerana mereka rasa tambang bas dan teksi terlalu mahal
manakala bagi yang puas hati pula, meraka rasa tambang bas dan teksi berpatutan dan mesra
pengguna.
12
001210-01-1141

Bagi ketepatan masa pula, seramai 16 orang responden (53.3%) memunjukkan


sederhana, 9 orang responden (30.0%) menunjukkan tidak puas hati dan hanya 5 orang
responden (16.7) yang menunjukkan puas hati. Pengguna menyatakan tidak puas hati kerana
meraka selalu membazir yang banyak untuk menunggu bas sampai. Bagi yang puas hati pula
menyatakan meraka dapat sampai di tempat kerja setiap hari pada masanya.

Seterusnya, bagi item keselesaan bas atau teksi, separuh dari semua responden iaitu 15
orang responden (50.0%) menunjukkan puas hati, 13 orang responden (43.3%) menunjukkan
sederhana dan 2 orang responden (6.7%) menunjukkan tidak puas hati. Pengguna yang
berpuas hati menyatakan bahawa keadaan bas dan teksi amat baru dan bersih dan juga selesa
kerana mempunyai penghawa dingin. Bagi yang tidak puas hati pula menyatakan pengguna
bas terlalu banyak dan amat sempit kadang-kadang tiada tempat duduk yang cukup
menyebabkan mereka kurang selesa.

Bagi keselesaan terminal pula, seramai 14 orang responden (46.7%) menunjukkan


sederhana, 13 orang responden (43.3%) yang menunjukkan puas hati dan 3 orang responden
(10.0%) mununjukkan tidak puas hati. Pengguna yang puas hati menyatakan keadaan
terminal mempunyai kipas, ia menyebabkan pengguna tidak rasa terlalu panas. Bagi yang
tidak puas hati pula menyatakan walaupun terdapat papan tanda “dilarang merokok” tetapi
masih mempunyai pengguna lain yang merokok disana menyebabkan mereka kurang selesa.

Bagi item kebersihan terminal, separuh dari 30 orang responden menunjukkan


sederhana iaitu 15 orang responden atau bersamaan 50.0%, bagi responden yang puas hati
pula adalah seramai 12 orang atau bersamaan 40.0%, bagi 3 orang responden (10.0%) yang
lain pula menunjukkan tidak puas hati. Pengguna menyata puas hati kerana keadaan terminal
amat bersih dan tong sampah juga ada disediakan di terminal manakala bagi yang tidak puas
hati pula menyatakan sampah dibuang dilongkang tidak dibersihkan menyebabkan bau yang
busuk.

Bagi keselamatan terminal, terdapat 15 orang responden atau bersamaan 50.0%


menunjukkan sederhana, 9 orang responden atau bersamaan 30.0% daripada 30 orang
reponden menunjukkan puas hati dan 6 orang responden atau bersamaan 20.0% menunjukkan
tidak puas hati. Pengguna yang puas hati menyatakan terdapat banyak kedai di sekeliling
terminal, ramai orang lalu-lalang di sini menyebabkan mereka merasa selamat. Bagi yang
tidak puas hati pula menyatakan terlalu ramai pekerja asing berkumpul di sana.
13
001210-01-1141

Seterusnya, bagi kekerapan bas terdapat kadar tidak puas hati yang paling tinggi.
Buktinya, terdapat 14 orang responden daripada 30 orang responden atau bersamaan 46.7%
menunjukkan tidak puas hati, bagi responden yang menunjukkan sederhana juga terdapat 11
orang responden (36.7%) dan bagi puas hati pula hanya 5 orang responden (16.7%)
menyatakan demikian. Kebanyakkan pengguna menyatakan tidak puas hati kerana kekerapan
bas terlalu sedikit dan tiada bas lagi selepas pukul 5 petang. Bagi yang puas hati pula
menyatakan sekurang-kurangnya mereka dapat pergi ke tempat kerja mengunakan bas.

Bagi destinasi, 18 orang responden atau bersamaan 60.0% menunjukkan sederhana, 9


orang responden (30.0%) menunjukkan puas hati dan hanya 3 orang responden atau
bersamaan 10.0% daripada 30 orang responden menunjukkan tidak puas hati. Pengguna
menyatakan puas hati kerana mereka boleh pergi ke tempat kerja yang jauh dari rumah
meraka menggunakan bas dan suri rumah juga menyatakan mereka boleh pergi membeli
barangan keperluan mereka menggunakan bas manakala yang menyataka tidak puas hati pula
menyatakan perhentian bas jauh dari kediaman rumah dan bas tidak dapat sampai ke
kediaman rumah mereka.

Bagi keselesaan awam, 18 orang responden atau bersamaan 60.0% daripada 30 orang
responden menunjukkan sederhana, 11 orang responden (36.7%) munujukkan puas hati dan
hanya seorang responden atau bersamaan 3.3% menunjukkan tidak puas hati. Pengguna yang
puas hati menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan tersedia
di sana dan ia memudahkan kehidupan harian pengguna pengangkutan awam. Bagi yang
menyatakan tidak puas hati menyatakan belia tidak puas hati kerana terdapat bayaran
dikenakan bagi sesiapa yang ingin menggunakan tandas awam, belia juga menyatakan tandas
awam sepatutnya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa dikenakan bayaran.

Akhir sekali, bagi keselamatan bas atau teksi pula, 16 orang responden atau bersamaan
53.3% menunjukkan sederhana, 12 orang responden menunjukkan puas hati dan hanya 2
orang responden atau bersamaan 6.7% daripada 30 orang responden menunjukkan tidak puas
hati. Pengguna yang puas hati menyatakan pemandu bas dan teksi sentiasa memandu dengan
berhemah dan mengikut peraturan jalan raya. Bagi yang tidak puas hati pula menyatakan
terlalu ramai pekerja asing yang menggunakan bas menyebabkan mereka merasa tidak
selamat kerana takut barang berharga meraka dirompak atau dicuri oleh pekerja asing.

14
001210-01-1141

5.2 Faktor Mempengaruhi Letakan Terminal Bandar Baru Merlimau

Faktor utama yang mempengaruhi letakan Terminal Bandar Baru Merlimau adalah
pandang darat bentuk permukaan bumi di kawasan Merlimau. Bentuk muka bumi yang rata
dan luas menjadikan tempat itu terpilih untuk membina terminal bas. Pembinaan terminal di
kawasan tanah rata adalah amat mudah berbanding dengan kawasan tanah tinggi. Hal ini
dikatakan demikian kerana pembinaan di kawasan tanah rata sangat mudah dan
pembangunan di sini lebih mudah berbanding tanah tinggi.

15
001210-01-1141

Selain itu, kepadatan penduduk juga merupakan salah satu faktor peletakan Terminal
Bandar Baru Merlimau, perkembangan yang pesat disekitar terminal menyebabkan demografi
penduduk semakin padat. Kewujudan kilang-kilang dan institusi pengajian tinggi
menyebabkan wujudnya perluang pekerjaan yang banyak dan perluang melanjutkan pelajaran
yang tinggi. Oleh itu, banyak orang muda yang ingin mencari perkerjaan atau melanjutkan
pelajaran datang dan menetap di Merlimau. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap
pengangkutan awam seperti bas dan teksi semakin meningkat, oleh itu pembinaan terminal di
sini adalah sangat menguntungkan penduduk tempat yang tidak mempunyai kenderaan
sendiri.

Di samping itu, faktor yang seterusnya adalah kedudukannya yang strategik. Terminal ini
agar mudah dikunjungi dan juga terdapat pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan di
sekitar Terminal Bandar Baru Merlimau sebagai contoh pelbagai jenis kedai makanan,
pasaraya, perkhidmatan bank, perkhidmatan pos, perkhidmatan kesihatan di sekitar terminal,
hal ini memberi faedah kepada penduduk tempatan dan semua pengguna pengangkutan
awam. Peletakan terminal di kawasan ini akan memudahkan pengguna melakukan aktiviti
harian mereka. Sebagai contoh, suri rumah yang tidak memiliki lesen memandu juga boleh
menggunakan pengangkutan awam seperti bas untuk datang ke Terminal Bandar Baru
Merlimau untuk membeli barang keperluan hari seperti sayur-mayar dan lain. Bagi warga
emas pula juga boleh pergi ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kesihatan hanya
menggunakan pengangkutan awam.

Oleh itu, peletakan Terminal Bandar Baru Merlimau dipengaruhi oleh pelbagai jenis
faktor. Kita mengetahui bahawa kerajaan memilih kawasan tersebut untuk menjadikan tapak
pembinaan adalah untuk membawa kemudahan dan faedah kepada penduduk tempatan dan
semua pengguna pengankutan awam pada waktu yang sama juga dapat menggalakkan orang
awam lain menggunakan pengangkutan awam.

Gambar 1 : Kedai-kedai yang16terdapat di sekitar Terminal


Bandar Baru Merlimau
001210-01-1141

Gambar 2 : Gerai-gerai makan yang merupakan tempah singgahan


pengguna pengangkutan awam

Gambar 3 : Gerai jualan kuih-muih di sekitar terminal

5.3 Kesan Kewujudan Terminal Bandar Baru Merlimau Terhadap Alam Sekitar di Kawasan
Merlimau

Kesan utama kewujudan Terminal Bandar Baru Merlimau adalah berlakunya


pencemaran alam sekitar. Pencemaran seperti pencemaran udara akan berlaku disebabkan
pelepasan asap dari kenderaan pengangkutan awam terutamanya dari bas dan teksi. Bas dan
teksi yang menggunakan bahan api fosil akan membebaskan gas-gas pencemar yang akan
menyebabkan kesan rumah hijau seperti gas carbon dioksida, gas carbon monosida, nitrogen
dioksida dan gas plambum. Gas-gas ini akan menjejaskan kesihatan manusia seperti sesak
nafas dan asma. Bukan itu sahaja, kewujudan terminal ini juga akan menyebabkan

17
001210-01-1141

pencemaran seperti pencemaran bunyi. Bunyi hon dan bunyi engin kenderaan menyebabkan
penduduk tidak dapat berehat dengan baik turut menyebabkan mereka berasa tekanan lagi
teruk lagi akan menyebabkan penduduk menjadi pekak.

Selain itu, kesan seterusnya adalah menjejaskan tahap kebersihan. Kewujudan terminal
menyebabkan ramai datang ke kawasan Merlimau, kewujudan mereka menyebabkan
wujudnya banyak penjaja menjaja di sana. Penjaja kebanyakan menjual makanan dan
minuman di sana. Sifat pengguna yang tidak bertanggungjawab suka membuang plastik
bungkusan makanan atau minuman yang habis dimakan merata-rata tanpa memikir
akibatnya. Pembuangan sampah merata-rata terutamanya membuang ke dalam longkang akan
menyebabkan longkang tersumbat yang mengeluarkan bau yang busuk. Selain itu, di sana
juga akan menjadi tempat pembiakan haiwan vektor penyebar penyakit berjangkit seperti
tikus, lipas, nyamuk dan lalat. Haiwan-haiwan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit
seperti penyakit kencing tikus, demam denggi dan taun. Penyakit ini akan menjejaskan
kesihatan penduduk tempatan dan ia juga perlu kerajaan mengeluarkan duit yang banyak
untuk membersihkan dan menghapuskan haiwan tersebut.

Di samping itu, kewujudan Terminal Bandar Baru Merlimau juga akan menyebabkan
kesesakan jalan raya. Kesesakan jalan raya biasanya berlaku pada hari-hari dan masa yang
tertentu sebagai contoh pada hari Selasa, Rabu dan Ahad. Disebabkan adanya terminal di
sana, salah satu jalan raya di sana digunakan untuk menjadi tapak pasar tani dan pasar malam
untuk memudahkan pengguna kederaan awam pergi ke sana. Pada setiap hari Selasa dan
Ahad di sana merupakan tapak pasar tani diadakan, masa operasinya bermula seawal pukul 7
pagi hinggal pukul 12 tengah hari. Selain itu hari Rabu pula terdapat pasar malam diadakan di
situ pada masa pukul 3. 30 petang hingga pukul 9 malam. Pada masa-masa ini jalan raya akan
menjadi sesak tambahan pula jika terdapat pengguna jalan raya yang mementingkan diri
sendiri yang menghentikan kederaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya seperti di tepi
jalan, hal ini akan menghalang lalu lintas kederaan yang lain dan akan tambah lagi kesesakan
jalan raya. Perbuatan ini amat tidak harus dicontohi oleh orang ramai untuk mengelakkan
kesesakan jalan raya menjadi lebih teruk lagi. Kesesakan jalan ini akan menyebabkan
penduduk tempatan sukar untuk keluar ke rumah disebabkan kesesakan jalan raya. Selain itu,
secara tidak langsung kesesakan jalan raya akan menyebabkan penduduk membazir masa

18
001210-01-1141

mereka, dan kesesakan ini akan membebaskan gas pencemar dan bunyi hon kenderaan akan
menyebabkan pencemaran bunyi.

ang dibuang Gambar 2 : Bekas minuman yang


dibuang didalam langkang

Gambar 3 :Kesesatan lalu lintas semasa


pasar malam diadakan
5.4 Cadangan Penambahbaikan untuk Meningkatkan Kemudahan dan Perkhidmatan
Pengangkutan Awam di Terminal Bandar Baru Merlimau

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dijalankan adalah kerajaan boleh berusaha
untuk membesarkan jalan raya, jalan raya yang terlalu sempit menyebabkan belakunya
kesesakan jalan raya terutamanya pada masa adanya pasar tani dan pasar malam, keluar
masuk bas dan teksi juga akan terhalang oleh kesesakan menyebabkan bas sampai lambat
dari masa yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan pengguna pengangkutan awam

19
001210-01-1141

membazirkan masa mereka. Selain daripada membesarkan jalan raya, kerajaan juga boleh
mengadakan jalan khas untuk penggunaan bas sahaja untuk melacarkan perjalanan bas.

Selain itu, cadangan kedua adalah kerajaan boleh memperbanyakkan bilangan tong
sampah di kawasan terminal dan di atas bas. Kerajaan haruslah menambahkan bilangan tong
sampah tidak mengira di terminal atau di atas bas untuk mengelakkan mereka membuang
sampah merata-rata. Kerajaan juga boleh memberi dendaan kepada sesiapa yang membuang
sampah merata. Sejauh mana yang kita tahu, membuang sampah merata-rata akan
menyebabkan banyak kesan sampingan yang akan menjejaskan kesihatan penduduk dan
pengguna pengangkutan awam. Bukan sahaja menyediakan tong sampah yang cukupi,
kerajaan juga mengupah pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan terminal dan juga
mengumpul sampah tersebut untuk mengelakkan sampah tersebut daripada mengeluarkan
bau yang busuk.

Disamping itu, cadangan penambahbaikan yang boleh dijalankan adalah menambahkan


bilangan bas dan teksi. Hal ini adalah perlu untuk memastikan kekerapan bas dan bilangan
teksi yang mencukupi yang dapat menampung permintaan yang tinggi terhadap
pengangkutan awam. Hal ini dapat menjimatkan masa penggunaan dalam segi masa
menunggu bas akan menjadi lebih pendek dan teksi pula akan sentiasa ada apabila
diperlukan. Bukan itu sahaja, jadual masa bas yang sistematik dan konsisten haruslah
dipamerkan di terminal. Jadual masa amatlah diperlukan untuk pengguna pengangkutan
awam merujuknya, pengguna boleh mengetahui masa bas akan sampai dengan merujuk
jadual masa, pengguna juga boleh mengetahui bila bas yang pertama dan terakhir akan
sampai. Oleh itu, pengguna tidak membazirkan masa yang panjang untuk menunggu di
terminal.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kemudahan pengangkutan awam merupakan kemudahan yang penting


dan mampu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat, darjah ketersampaian Merlimau
juga akan meningkat dengan adanya Terminal Bandar Baru Merlimau, lebih ramai pengguna
datang ke Merlimau untuk menikmati segala kemudahan yang sedia ada di sini. Jika semua
lapisan masyarakat turut menggunakan perkhidmatan ini untuk menggantikan penggunaan
20
001210-01-1141

kenderaan sendiri, banyak kebaikan akan dirasai oleh pengguna dan penduduk tempatan
sebagai contoh, lebih sedikit kesan pencemaran alam sekitar kepada manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana lebih banyak kenderaan di atas jalan raya, lebih banyak gas
pencemar akan dibebaskan, jika mereka tukar menggunakan pengangkutan awam
mengantikan kenderaan sendiri, kuantiti gas pencemar yang dibebaskan akan berkurang.
Bukan itu sahaja kesesakan jalan raya juga sekali gus berkurang disebabkan bilangan
kenderaan di atas jalan raya telah berkurang.

Sebagai warga Merlimau, kita haruslah bersyukur kerana kerajaan telah menyediakan
kemudahan pengangkutan awam yang lengkap dan telah membina Terminal Bandar Baru
Merlimau di kawasan ini yang banyak memberi manfaat kepada para penduduk dan
pengguna pengangkutan awam. Oleh itu, kita haruslah menghagai dan menjaga kemudahan
yang telah disediakan oleh kerajaan dengan baik seperti menjaga kebersihan sekitar dan tidak
membuang sampah merata-rata agar lebih ramai orang atau generasi akan datang dapat
menikmati kemudahan ini. Kita harus memahami bahawa sistem pengangkutan awam yang
maju dan canggih merupakan asas membangunan sesuatu tempat, dengan mengambil contoh
Merlimau, kawasan ini telah menjadi lebih maju jauh berbanding dengan dulu. Oleh itu, saya
berharap semua warga Merlimau menjadikan terminal ini sebagai sesuatu kebanggaan dan
menjaganya dengan baik agar perbelanjaan kerajaan untuk memajukan ia tidak menjadi sia-
sia.

7.0 Senarai Rujukan

1. Kamus Dewan, 2010. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka


2. http://eseispm.blogspot.com/2018/08/spm-meningkatkan-mutu-perkhidmatan.html?m=1
3. http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/langkah-untuk-menggalakkan-orang-
ramai.html?m=1

21
001210-01-1141

4. https://www.thevocket.com/5-faktor-yang-perlu-diambil-berat-untuk-tingkatkan-mutu-
pengangkutan-awam-di-malaysia/
5. Impak Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar; Hazeeq Harun; Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
2017
6. Buku Rujukan Subjek Geografi Tingkatan 6, Semester 3, Edisi Ketiga 2019; Haji Rodzli
Hashim, Mohd Roslan Harun; Oxford Fajar Sdn. Bhd.

22
001210-01-1141

8.0 Lampiran

8.1 Gambar

Gambar 1 : Sebuah bas tiba di terminal. Gambar 2 : Keadaan pengguna sedang


menunggu bas di terminal.

Gambar 3 : Tempat letak teksi di Gambar 4 : Kedai-kedai di sekitar terminal


Terminal Bandar Baru Merlimau

Gambar 5 : Kedai-kedai di sekitar terminal Gambar 6 : Gerai makan di sekitar terminal

23
001210-01-1141

Gambar 7 : Suasana pasar malam yang Gambar 8 : Pengkaji sedang mengedarkan


diadakan setiap hari Rabu borang soal selidik kepada responden

g mengedarkan Gambar 10 : Pengguna jalan raya yang tidak


da responden bertanggungjawap tidak meletak kereta di tempat
yang ditetapkan

24

You might also like