You are on page 1of 8

Tips Untuk Paper 4 Exam SHO

By Azahan Arif on Tuesday, February 17, 2015 at 8:14 AM

Credit to: @Mohamad Eday

for paper 4 SHO :

ni 2 tips yg aku kumpul dari insan2 yg baik hati share diorg punye pengalaman,

hari ini sy nak berkongsi pengalaman sy dalam menduduki paper 4 exam sho.

untuk makluman sy bukanlah pandai sebab 2 lah sy repet paper ni 3 kali.

mudah2han bermanfaat bg yg nak amik exam paper 4 nanti.jgn pulak ade yg pertikaikan knape sy xde
pun ditany soalan mcm 2.sebab lain org temuduga lain soalanye.

perkara pertama kite mesti faham ialah wpa kite.kalau kite xfaham memang kite fail.antara soalan
ditanye tentang wpa adelah1.knape kite pilih hazard ini.

2.knape hazard ni paling kriktikal kite pilih


3.knape nilai ini yg kite pilih (kebarangkalian,akibat,risiko) berdasarkan ape kite pilih risk rating tersebut.

selain itu perkara biase yg die tanye adelah

1.safety comitee

2.sho.(tugas2,industry yg wajib lantik sho dan lain2 berkenaan sho)

3.beza osha n fma

4.ape itu hazard,bahaya,risiko,insiden,accident,near miss.beza antara bnde ni.contoh beza insiden n


accident,beza bahaya n hazard

5.borang2 berkaitan keselamatan.(nadopod dan lain2, masa bila borang trsebut di isi?fungsi borang
tersebut dan lain2 soalan yg related)

6.cf dan pe design( jentera yg perlukan cf??ape yg perlukan pe design?)

7.perancah (undang2 berkaitan,perancah,berape meter perlu p.e design?undg2 mane wajibkan diselia
dan diperiksa oleh oyk?dan lain2 perkara yg related dgn perancah.)

8.jangan terkejut jika dia tanye yg xrelated dengan wpa or keje kite sekarang sebab sy pernh ditanye
pasal kilang dan chemical.kne study.kalau kite bagi alasan kite xmahir sebab xkeje dlm bdg 2 nanti die
akan tanye bile kamu dapat gb 2 bukan kamu keje construction je boleh tp kilang n lain2 pun boleh.
9. state 4 akta dlm OS yg diketahui.

10. camne tau likelihood and severity.ape peraturan safety yg latestaccident, peranan SHO

11. ERP

12. 1st aid

13.competent person

paling penting jangan buat2 tahu bnde yg kite xtahu.

examiner ni org berpengalaman n die tahu kalu kite tipu.

sy pernah diajukan soalan tentang chemical n sy xtahu.dialog nye lebih kurang mcm ni

examiner : chemical ini bahaya or tidak

saya : maaf sy tidak tahu

examiner : mcmane kamu nak jadi sho kalu kamu xtahu?

saya : oleh kerana sy xtahu sy xberani kate tahu nanti sy akan bahayakn pekerja2 saya,contoh chemical 2
bahaya tp sy kate xbhaya.ini boleh membahayakn pekerja sy.
examiner: hbis 2 ape yg awk buat??

saya ; saya akan rujuk pade lebih arif trlebih dahulu,sperti enginieer,pm,supervisor n lain2 managment
team yg mungkin mahir.jike xmahir sy akan rujuk kepada jbatan kerjaan yg berkenaan sperti dosh,doe
dan kkm.

dah pasti baru sy boleh buat keputusan.

alhamdulillah percubaan kali ke 3 sy pd tahun 2012 lulus.itu adelah antara penglmn sy amik exam paper
4 sho.mungkin ni boleh dijadikan tips/panduan bg yg nk amik exam ni nanti.perlu di ingat soalan yg
ditanye tdk semstinye same.

jawapan sy bg 2 pun xsemestinye betul post ni hnyelah sbgai panduan n perkongsian sahaja.

dan mungkin ade yg sy trlpas pandg kerana sudah 2 tahun lebih sy amik exam tersebut.semoge
bermanfaat.

p/s: harap2 boleh tambah bagi sesiapa yg telah lepas exam 4 ni

ini maklumat tmbahan dr Aliff Asyraf


Meh nak tambah skit Tips Presentation Paper 4.

Biasanya Killer answer dia adalah macamana kita definasikan Quantitative Risk Matrix Table tu. Utk
Likelihood apa yang tuan2 tafsirkan utk 1-4/1-5 tu,

Severity camne pulak? Contoh Hazard Keselamatan yang paling tinggi RR yang tuan2 dapat tu, camne
tuan2 nak convince examiner yang hazard tu paling tinggi?

Apa evidence yang sepatutnya tuan tunjuk, jawab dan terangkan. Selain dari itu, commonly salah
seorang Examiner tu OHD, so logically apa soalan yg seorang OHD akan tanya, tentulah pasal Hygiene &
Occupational Health (Module 3 SHO Course).

So hadamkan pasal CLASS Regulation, USECHH. Contoh klu dia tanya apa itu Time Weight Average?
Threshold Limit Value? Regulation mana yang cakap kena buat CHRA? Apa yang membuatkan kita kena
buat Medical Surveillance? Contoh chemical Hazardous to Health? Bagi menjawab soalan macam dialog
kat atas tu, kan lagi bagus kalau kita letak MSDS/CSDS berkenaan Chemical yg examiner tu tanya.

Lagi bagus klu kita boleh convincekan dia if kita nak cakap bahaya or tak bahaya chemical tu based on
MSDS/CSDS dia. Terserlah lagi criteria kita sebagai SHo yg sememangnya memerlukan kita buat research
yg terperinci sebelum kita conduct Risk Assessment.

Last sekali, ingat skit pasal Notifications2 yang perlu kita notify pada DOSH. Contoh Form JKJ101- 105,
JKKP 6-8. Ingat pesan saya, paling mustahak EVIDENCE yang tuan2 perlu tunjuk pada Examiner bagi
menyokong tahap risiko tuan2 tadi. EVIDENCE tak semestinya pada Accident Statistics je. Gambar pun
evidence jugak kan? Hakikatnya kita sebenarnya lagi tahu pasal WPA kita tu, sebab kita yg buat.
Examiner tak tahu apa2 pun.

Cuma dia main psychology utk tgk confident level kita dan cara penyampaian kita pada mereka. Banyak
lagi sebenarnya tips ni. Tapi penat plak jari nak tulis. Hehe. Sy doakan kejayaan mengiringi tuan2 semua.
Salam

Pastikan Hazard Keselamatan dan Kesihatan yang paling tinggi tu, tuan2 kumpul seberapa banyak info
mengenainya. Emphasized that 2 main HAZARD tu. Contoh, andai kata lah tuan2 dapat Hazard Health
yang paling tinggi tu adalah NOISE. So tuan2 kena make sure dari segi supporting documents tu ada utk
menyokong yang noise tu memang hazard yg paling critical kat workplace tuan2.

Contoh supporting documents, bagi lah Noise Mapping utk area tu. So kat situ mmg ada tunjuk yang
tahap desibel kat area tu mmg tinggi. Lagi, mungkin boleh bagi Audiometric Report salah seorang
pekerja yang dah lama exposed dgn Noise kat area situ. Dan sebagai persediaan utk Question & Answer
yg tuan2 kena serang dari examiner selama 20 minit, hadamkan la Legal and Regulation yang berkaitan.

Dah kalau Noise tu Hazard paling Critical, baca dan hafal lah main point dalam Noise Regulation (FMA
1964). Tahu tahap bunyi busing yang dibenarkan, berapa lama PEL, had maksimum yg tak boleh
terdedah pada bila2 masa, training & campaign yang tuan2 boleh suggest dalam Hierarchy of Control,
pasal Audiometric... Bla bla bla. Barulah berminat examiner nak dengar presentation tuan2 dak? Heheh
Tips paling mustahak dan terakhir dari saya adalah mind set tuan2 dari sebelum masuk bilik exam tu,
sampailah korang nak keluar dari bilik tu. Paling penting korang kena anggap yg examiners sdg menanti
dlm bilik tu adalah Top Management dari Company tuan.

Anggap senario hari tu seolah olah tuan sedang berhadapan dengan CEO tuan2, bagi menjelaskan
masalah yang mungkin pihak syarikat tgh hadapai. Masalah mengenai keselamatan dan kesihatan yang
mungkin dah banyak merugikan profit company. So skarang tuan2 adalah SHO yg dimintak utk present
dan advise boss2 besar utk solve this problem. Sbb apa saya ckp cmni? Sbb biasanya, semua calon akn
cerita mende sama dalam presentation dia.

Dan examiners tu dari pagi sampai lah ke petang dengar mende sama yg dah sedikit sebanyak buat
diaorg bosan. Mood diaorg yg tuan2 kena jaga sekarang. So camne nak jaga mood dia? Kat mana
biasanya mende sama yg calon repeat ni? Biasanya bila masuk slide SARANAN atau yg korang panggil
Hierarchy of Control. Contoh Hierarchy of Control yg korang bagi utk Hazard paling kritikal tu bila dah
masuk bab Administrative Control. Kalau boleh menarikkan saranan yg korang nak present tu.

Kalau utk Admin Control, elakkan mende common macam Competency Training for workers, PTW,
Signboard dll. Contoh nak menarikkan saranan tu, mungkin korang boleh tulis "conducted pre-daily site
inspection by Project Engineer, Supervisor & HSE Officer (specific kan kat situ). Dalam masa sama explain
kat CEO tu, korang boleh cakap yg mungkin hasil dari kajian korang utk Control measures sebelum ni tak
berapa sesuai. Sebelum ni Inspection just buat by weekly dan tu pun dibuat oleh Work leader sorang. So
korang sarankan mungkin lepas ni korang boleh mintak 3 orang Subject Matter Expert (SME) yg mmg
lebih faham dan tahu hazard dan risiko utk proses kerja ni dilakukan setiap hari sebelum kerja dijalankan
dengan menggunakan checklist yg lebih spesifik dan sesuai. So, itulah maksud sy kenapa korang kena
anggap examiners tu CEO.
Kalau korang tulis hantar budak gi training, seolah2 syarikat tuan2 tak pernah hantar budak2 training
atau pihak majikan membenarkan pekerja yg tak COMPETENT lakukan tugas tu. So secara logik and
common praktis, mcm tak masuk akal la kan? Pendek kata, setiap saranan yg tuan2 nak present dari
Elimination sampailah ke PPE tu, biarlaj sesuatu yang memang belum ada atau dipraktikan utk proses
kerja dalam WPA korang tu.

So, semua saranan tu adalah utk penambah baikan dalam HIRADC yg tuan2 rasa wajar dan praktik utk
Majikan tuan2 laksanakan bagi mengurangkan risiko dan kemalangan utk proses kerja yg tersebut.
Selebihnya, saya serahkan kat tuan2 camne nak menarikkan Slide dan cara tuan present WPA tuan2
nanti. Good luck!

ini saya amek dr membe kepada membe kepada membe, so mgkn tuan asal dy adalah Pizul Apih .. tq
bnyk2.. sbb saya pon amek 26/2 ni..

tq bro @ Aliff Asyraf sbb bg penambahan

all the best

You might also like