You are on page 1of 5

BMC 10303 FONETIK DAN FONOLOGI

RESENSI

KAJIAN DIALEK
MELAYU
SARAWAK
NAMA: SYAMILA NURAIN BINTI MOHD ZAMREE
NO. MATRIK: 066227
NAMA PENSYARAH: PUAN NAZILAH BINTI MOHAMAD

SM BAHASA MELAYU KONTEMPORARI DENGAN


MEDIA INTERAKTIF (KEPUJIAN) | BAM
SESI 2021/22
Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Walaupun penduduk Melayu

Sarawak bukan golongan terbesar di negeri ini, namun jumlahnya tidak kecil. Terlalu ramai

orang Melayu yang terlibat dalam pemerintahan negeri Sarawak. Sebenarnya, sejak zaman

pemerintahan Brooke, orang Melayu menduduki tempat yang khusus dalam sistem

pentadbiran. Tradisi itu masih wujud dalam pelantikan pegawai sekarang. Oleh itu, jelaslah

bahawa bahasa Melayu itu berperanan penting dalam kalangan masyarakat Melayu di

Sarawak terutamanya untuk berkomunikasi dalam bidang pentadbiran kerana kebanyakan

pegawai pentadbiran di negeri Sarawak ini terdiri daripada orang Melayu. Namun begitu,

walaupun masyarakat di Sarawak ini bertutur Bahasa Melayu, mereka tetap menggunakan

dialek kawasan masing-masing dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, tiga kajian

tentang dialek Melayu Sarawak telah dijalankan oleh tiga pengkaji berbeza iaitu James T.

Collins, Mohd. Ali Salim, dan Nur Sayani Shahira binti Mat Ghani.

Antara bahan bacaan yang dipilih untuk merumuskan kajian tentang dialek Melayu

Sarawak ini adalah buku ‘DIALEK MELAYU SARAWAK’ yang ditulis oleh James T.

Collins yang diterbitkan pada tahun 1987 di bawah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di

Kuala Lumpur. Selain itu, buku ‘DIALEK MELAYU SARAWAK’ oleh Mohd. Ali Salim

yang diterbitkan pada tahun 2015, juga di bawah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di

Kuala Lumpur turut dirujuk untuk memahami kajian dialek Melayu Sarawak ini. Di samping

itu, sebuah hasil penulisan projek akhir pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

tahun 2020 iaitu Nur Sayani Shahira binti Mat Ghani yang bertajuk ‘FONOLOGI DIALEK

MELAYU SARAWAK DI KAMPUNG TAMBIRAT, KOTA SAMARAHAN’ juga telah

dipilih untuk melengkapkan resensi tentang kajian dialek Melayu Sarawak ini.
Antara kesemua kajian dialek Melayu Sarawak yang dipilih, pengkaji pertama iaitu

James T. Collins telah menjalankan kajian tentang dialek ini adalah untuk membuat

perbandingan antara bahasa Melayu Sarawak dengan bahasa Melayu standard sekali gus

dalam proses melengkapkan Projek Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu yang diushakan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selain itu, pengkaji kedua iaitu Mohd. Ali Salim pula menjalankan kajian dialek

Melayu Sarawak ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pembaca tentang golongan

kata, contoh ayat dan perbualan dalam dialek Melayu Sarawak. Untuk memudahkan

pembaca, kajian dalam bentuk buku ini ditulis dengan menyenaraikan perkataan-perkataan

dalam dialek Melayu Sarawak mengikut golongan kata seperti kata nama, kata ganti nama,

kata kerja, kata adjektif, kata tugas, dan kata ganda yang sesuai dijadikan rujukan oleh

pengkaji bahasa dan juga seluruh masyarakat yang ingin mempelajari dan memahami dialek

Melayu Sarawak.

Manakala pengkaji ketiga pula iaitu Nur Sayani Shahira binti Mat Ghani juga

telahmenjalankan kajian tentang dialek Melayu Sarawak tetapi lebih menekankan elemen

fonologi. Kajian yang dijalankan oleh Nur Sayani Shahira ini adalah bertujuan untuk

mengkaji sistem fonologi dialek Melayu Sarawak yang dituturkan di sebuah kampung di

Sarawak iaitu Kampung Tambirat Asajaya, Kota Samarahan.


Dari segi metodologi kajian pula, ketiga-tiga pengkaji ini telah menggunakan pelbagai

jenis kaedah kajian untuk mengumpul data dan maklumat berkenaan dialek Melayu Sarawak.

James T. Collins telah memilih kaedah pemilihan pemaklum iaitu menemu bual penduduk

tempatan, kaedah penyusunan, pengumpulan dan analisis soal selidik, dan juga kaedah

perakaman, pencatatan dan analisis wacana & cerita. Mohd. Ali Salim pula telah

menggunakan kaedah temu bual penduduk tempatan negeri Sarawak serta merakam

perbualan mereka bagi mengumpul contoh ayat yang dituturkan, cara sebutan, dan perbualan

dalam dialek Melayu Sarawak, manakala kaedah kajian yang dilaksanakan oleh Nur Sayani

Shahira pula adalah kaedah temu bual, kaedah merekod audio informan, dan kaedah

penganalisisan data.

Terdapat satu kaedah sama yang digunakan oleh ketiga-tiga pengkaji iaitu kaedah

temu bual. Selain daripada kaedah temu bual, kaedah lain yang dijalankan oleh Mohd. Ali

Salim adalah sama dengan kaedah lain Nur Sayani Shahira tetapi berbeza dengan kaedah lain

James T. Collins.
Setelah meneliti ketiga-tiga kajian tentang dialek Melayu Sarawak ini, dapat

dirumuskan bahawa kajian yang dijalankan oleh pengkaji pertama iaitu James T. Collins

adalah berkenaan perbandingan antara bahasa Melayu Sarawak dengan bahasa Melayu

standard, manakala kajian yang dijalankan oleh pengkaji kedua pula iaitu Mohd. Ali Salim

adalah berkenaan pendedahan tentang golongan kata, ayat dan perbualan dalam dialek

Melayu Sarawak kepada masyarakat secara umum. Di samping itu, kajian pengkaji ketiga

iaitu Nur Sayani Shahira pula adalah berkenaan dengan analisis fonologi dialek Melayu

Sarawak di sebuah kawasan khusus di Sarawak iaitu di Kampung Tambirat. Di sini juga

dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga pengkaji ini memilih isu yang berlainan serta

mempunyai tujuan kajian yang berbeza walaupun topik utama mereka adalah sama iaitu

berkenaan dengan dialek Melayu Sarawak.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa kajian-kajian yang telah dijalankan oleh tiga

orang pengkaji ini menunjukkan bahawa dialek Melayu Sarawak ini sangat unik kerana

mempunyai gaya bahasa dan dialek khas dalam kalangan masyarakat mereka sendiri. Selain

itu, kajian ini juga membantu masyarakat untuk melihat perbandingan antara bahasa Melayu

Sarawak dengan bahasa Melayu standard terutamanya perbezaan dari segi sebutan, ejaan, ciri

tatabunyi dan sebagainya.

Oleh yang demikian, saya bersetuju kajian seperti ini terus dijalankan kerana kajian

sebegini boleh memberi pendedahan kepada masyarakat Melayu di Sarawak atau

masayarakat di negeri-negeri yang lain tentang golongan kata, contoh ayat dan perbualan

dalam dialek Melayu Sarawak bagi memudahkan lagi proses berkomunikasi dengan

masyarakat negeri Sarawak ini.

You might also like