You are on page 1of 2

AKTIVITI BASE CAMP OPUB BSMM 2022

MASA: 8.00 P.M.- 10.00 P.M.


TEMPAT: 6 BETA & 5 ALFA
GURU TERLIBAT: SAIFUL, HAFIZAH, SYAHNAZ, KHAIRUL NIZAM, ROSZLEN
AKTIVITI: CARI-INOVASI
TEMPOH: 20 MINIT (SETIAP KUMPULAN)
JUMLAH PEMAIN: 5 ORANG (1 KUMPULAN)
ALAT-ALAT: KAD MANILA, PEN MARKER, KOTAK KADBOD

OBJEKTIF: Menggalakkan ahli bergaul dan berkenalan antara satu sama lain. menyedarkan ahli
bahawa kerjasama adalah penting untuk menjayakan sesuatu tugas.

ARAHAN:

1. Kad manila yang dipotong menjadi beberapa bentuk dan saiz yang boleh membentuk satu
segi empat bagi setiap kumpulan.
2. Satu set segi empat mengandungi 5 keratan bagi kumpulan yang terdiri daripada 5 orang
ahli. Semua keratan kertas itu mestilah terdiri daripada warna yang sama, tetapi bentuK dan
saiz berbeza.

LANGKAH:

1) Gaulkan keratan kertas tebal atau kad manila yang secukupnya untuk setiap ahli di dalam
kotak.
2) Bahagikan murid kepada 2 kumpulan, 5 orang setiap satu kumpulan
3) Terangkan kepada muridbahawa mereka dikehendaki mengambil hanya satu keratan sahaja
daripada kotak
4) Setelah mendapat keratan,murid perlu mencari keratan yang sepadan daripada rakan lain
dan mencantumkannya sehingga menjadi (BENTUK ASAL).
5) Apabila mereka telah mendapat semua keratan dengan betul, guru akan memberikan objek
yang perlu dilakar di atas kertas masing-masing TANPA ahli duduk dan lukis secara
berdekatan
6) Tempoh masa 10 minit diberi untuk murid melakar objek yang disebut kan
7) Setelah masa tamat, murid boleh mencantum semula kesemua kad tersebut menjadi satu
8) Guru akan memberi penilaian markah kepada kumpulan yang dapat menghasilkan lukisan
terbaik
RUBRIK PERMARKAHAN

BIL PERKARA MARKAH


1. Kerjasama antara ahli kumpulan /10
2. Pembahagian tugas /10
3. Komunikasi /10
4. Kekemasan /10
5. Idea /10
6. Displin /10
JUMLAH /60

You might also like