You are on page 1of 2

UNIT KOKURIKULUM SKBBSD 2

AKTIVITI ICE BREAKING ( TAHUN 4C, 4M, 4D, 5C, 5M, 5D, 6C, 6M, 6D )
TARIKH : 11 MAC 2024 MASA : ( 8:10 pagi - 10 :10 pagi )
Arahan : Guru semasa boleh memilih dan menjalankan mana-mana aktiviti yang dicadangkan di bawah yang
difikirkan sesuai. Jika tidak sempat menghabiskan aktiviti, guru yang seterusnya boleh menyambung
aktiviti tersebut. Jika telah selesai 1 aktiviti, boleh teruskan dengan aktiviti lain sehingga masa tamat.

Aktiviti 1
BOT PENYELAMAT
Tujuan :
Menjana idea, memupuk kerjasama antara murid.
Saiz kumpulan :
Murid berada di dalam kumpulan 4 @ 5 orang setiap kumpulan.
Situasi (Guru bacakan kepada kelas):
Kamu dalam pelayaran di dalam sebuah kapal persiaran mewah. Semasa berada di tengah lautan, kapal tersebut
telah dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang di arahkan untuk menaiki bot penyelamat dalam
kumpulan yang kecil. Setiap ahli kumpulan akan berada di dalam 1 bot penyelamat yang sama. Bot yang akan
kamu naiki mungkin akan berada dilautan atau mungkin juga akan hanyut ke mana-mana pulau. Setiap
kumpulan hanya dibenarkan membawa bersama 10 barang yang difikirkan berguna untuk kamu sehingga
pasukan penyelamat menjumpai kamu dalam tempoh yang tidak diketahui ( mungkin sehari,
seminggu,sebulan…).
Arahan kepada murid:
Bincangkan bersama ahli kumpulan untuk menyenaraikan 10 barang yang akan kamu bawa bersama. Pastikan
semua ahli bersetuju dan bersepakat dengan pilihan tersebut.
Susulan :
Setelah semua kumpulan selesai dengan tugasan di atas, setiap kumpulan akan membentangkan hasil
perbincangan dengan menyatakan 10 barangan tersebut dan sebab barang tersebut dipilih.

Aktiviti 2
TEKA – TEKI
Tujuan :
Semangat berkumpulan, kerjasama, kreatif
Saiz kumpulan :
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan
Tatacara permainan :
Dua kumpulan akan saling bertanya soalan teka-teki kepada kumpulan lawan. Setiap soalan yang berjaya
dijawab, kumpulan lawan akan mendapat 1 markah. Jika soalan gagal dijawab, 1 markah yang diperolehi
pasukan yang bertanya. Perjalanan permainan adalah berdasar kreativiti guru untuk menentukan bilangan
soalan, masa menjawab atau bilangan percubaan. Guru juga boleh mengemukakan soalan teka-teki ( boleh
google ada banyak ) dan murid akan menjawab teka-teki tersebut. Markah diberikan kepada kumpulan yang
berjaya menjawab dengan betul.
Aktiviti 3
TELEFON ROSAK
Tujuan :
Komunikasi berkesan

Kumpulan :
Murid dibahagikan kepada 2@3 kumpulan

Tatacara :
Setiap kumpulan akan membentuk 1 barisan. Guru akan membisikkan sepotong ayat kepada murid paling
hadapan. Murid tersebut akan membisikkan ayat tersebut kepada murid dibelakangnya dan ulangi langkah
sehingga murid terakhir. Murid terakhir akan menulis ayat yang disampaikan kepadanya di papan putih.
Bandingkan ayat yang guru sampaikan dengan ayat yang diterima oleh murid terakhir. Guru boleh memilih ayat
yang sesuai untuk diberikan kepada murid.

Susulan :
Pentingnya komunikasi berkesan agar maklumat yang disampaikan tidak berlaku kecairan yang akan
menyebabkan berlakunya salah faham.

Disediakan oleh,
Unit Kokurikulum
Sk Bandar Baru Sri Damansara 2
Mac 2024

You might also like