You are on page 1of 40

DISEDIAKAN OLEH : PROGRAM

AIRIEN SOFIA BINTI MUHD AIMAN (B1810130) SMP

YASMIN MAISARAH BINTI ZULKIFFLI (B1010008) SMP

NORZILAWATI BINTI MOHD NOR (B1010089) SMP

MUHAMMAD AZRAEI BIN AZMAR (B1710035) BBAF

SUBJEK : CULTURE AND HERITAGE TOURISM (MPU 3033)

TUGASAN : TAMAN TAMADUN ISLAM, TERENGGANU

DISEDIAKAN UNTUK : SIR MUHAMMAD ARIF BIN NASIR

i
ISI KANDUNGAN

BAB 1 : LATAR BELAKANG 1


1.0 PENGENALAN 1
1.1 LATAR BELAKANG 2

BAB 2 : SUMBER WARISAN 3


2.0 Sumber Warisan 3
2.1 Komponen Sumber Warisan 3
2.1.1 Tarikan Taman Tamadun Islam 3
2.1.2 Perkhidmatan Taman Tamadun Islam 4
2.1.3 Kemudahan Perlancongan yang Lain 4
2.1.4 Infrastruktur Lain di Taman Tamadun Islam 5
2.1.5 Warisan Ketara dan Warisan Tidak Ketara 5
2.2 Jenis Perancangan 6
2.2.1 Kesahihan 7
2.2.2 Fizikal Tanah 7
2.2.3 Infrastruktur 8
2.2.4 Kemudahan Sosial 8
2.2.5 Taman dan Pemuliharaan 8

BAB 3 : PELAN SUSUN ATUR TEMPAT 9


3.0 Pelan Susun Atur Tempat 9
3.1 ZON A 10
3.2 ZON B 22

ii
BAB 4 : PENYELESAIAN KEKANGAN UTAMA 26
4.0 Kekangan Utama Yang Harus Diatasi 26

BAB 5 : IMPAK TEMPAT PEWARISAN DAN PELANCONGAN DI TERENGGANU


TERHADAP EKONOMI, SOSIAL & PERSEKITARAN 28
5.1 EKONOMI 28
5.1.1 Impak Positif 28
5.1.2 Impak Negatif 28
5.2 SOSIAL 29
5.2.1 Impak Positif 29
5.2.2 Impak Negatif 29
5.3 PERSEKITARAN 30
5.3.1 Impak positif 30
5.3.2 Impak Negatif 30

BAB 6 : KESIMPULAN 31
6.0 KESIMPULAN 31

RUJUKAN 32

iii
BAB 1
LATAR BELAKANG

1.0 PENGENALAN
Pelancongan merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting bagi negara
Malaysia. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai
keistimewaan dan tarikan pelancong dari serata dunia seperti makanan, budaya serta
tempat pelancongan yang menarik. Selain itu, Laporan Daya Saing Perjalanan dan
Pelancongan 2017 menyatakan bahawa Malaysia menduduki tangga ke-25 daripada
141 negara keseluruhan dan merupakan kelima terbaik di Asia.

Pelancongan menjadi sumber pendapatan tukaran asing ketiga terbesar di


Malaysia dan menyumbang 7% daripada ekonomi Malaysia pada tahun 2005. Agensi
kerajaan yang bertanggungjawab mempromosikan pelancongan di Malaysia ialah
Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.
Pada 20 Mei 1987, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
(MOCAT) telah ditubuhkan. TDC wujud dari 1972 hingga 1992, apabila menjadi
Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB), melalui Akta Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia, 1992.

Pada tahun 1999, Malaysia melancarkan kempen pemasaran sedunia yang


dikenali sebagai "Malaysia, Truly Asia" yang sebahagian besarnya berjaya dan
membawa lebih dari 7.4 juta pelancong. Pendapatan tambahan yang dihasilkan oleh
pelancongan membantu ekonomi negara semasa krisis ekonomi tahun 2008.

Terdapat beberapa jenis pelancongan yang menjadi tumpuan utama pelancong


ke Malaysia. Antara pelancongan yang menjadi tumpuan utama adalah pelancongan
eko, pelancongan agro, pelancongan budaya, pelancongan pendidikan, pelancongan
kesihatan dan sebagainya.

1
1.1 LATAR BELAKANG
Sektor Pelancongan Malaysia sering memaparkan keistimewaannya yang
tersendiri. Sebagai sebuah negara Islam, agama juga menjadi salah satu penyebab
tarikan kedatangan pelancong ke Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa tempat
keagamaan yang menjadi destinasi pelancong dari seluruh dunia. Antaranya adalah
Taman Tamadun Islam yang terletak di Terengganu. Taman Tamadun Islam adalah
sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni
bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala
Terengganu.

Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah


Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada bulan Mac 2005 bukan
sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang
juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di
tempat tersebut yang sering menjadi tarikan para pengunjung.

Projek pembinaan Taman Tamadun Islam melibatkan kontraktor tempatan


sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
bertanggungjawab memantau projek tersebut. Bahan asas pembinaan Taman
Tamadun Islam secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-
kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya
menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.
Pembinaan Taman Tamadun Islam mengambil masa selama lebih kurang 3 tahun.
Taman ini berkeluasan 23 hektar. Taman ini dibuka pada 2 Februari 2008.

Taman Tamadun Islam ini menempatkan 22 replika bangunan berkaitan sejarah


Islam dunia. Taman tema ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu zon A dan zon B. Zon
A adalah bahagian kompleks tamadun taman Islam manakala zon B adalah kawasan
awam seperti Masjid Kristal, Pusat Konvensyen dan sebagainya.

2
BAB 2
SUMBER WARISAN

2.0 Sumber Warisan


Warisan merupakan peninggalan artifak fizikal dan ciri tidak ketara sesebuah
kelompok atau masyarakat yang diwarisi daripada generasi terdahulu, masih dikekalkan
pada masa kini. Warisan-warisan ini termasuk budaya yang Nampak ketara seperti
bangunan, monumen, buku, hasil seni, dan artifak. Warisan yang tidak ketara pula
seperti cerita rakyat dan tradisi, pengetahuan, dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga
warisan semulajadi termasuk ciri muka bumi dan biodiversiti yang penting.

2.1 Komponen Sumber Warisan


Sumber warisan sangat penting dalam pembangunan sektor perlancongan.
Terdapat beberapa komponen sumber warisan seperti tarikan, perkhidmatan,
kemudahan perlancongan, infrastruktur serta warisan ketara dan warisan tidak ketara.

2.1.1 Tarikan Taman Tamadun Islam


Taman Tamadun Islam memiliki bahagian monumen masjid yang menjadi tarikan
ramai pengunjung. Di Taman Tamadun Islam mengandungi 21 monumen masjid dari
seluruh dunia. Empat daripada monumen masjid di dalamnya mempunyai studio mioni
dan 40 tempat duduk untuk tayangan bermaklumat. Selain pembinaan 21 replika yang
sedia ada, kerajaan negeri turut membina kincir angin yang saiznya lebih besar atau
menyamai saiz kincir angina yang digunakan oleh masyarakat Islam pada zaman
dahulu.

Taman Tamadun Islam merupakan satu-satunya taman tema yang


menempatkan monumen dan replika Islam yang indah serta bersejarah dari seluruh
dunia. Taman Tamadun Islam memiliki banyak tarikannya. Selain daripada Masjid

3
Kristal yang menjadi tarikan utama di Taman Tamadun Islam, terdapat juga replica
monument lain yang boleh dinikmati kehalusan seni binanya seperti Taj Mahal dari
India, Al-Hambra dari Sepanyol, Menara Kaylan dari Uzbekistan, dan Kudus Minar dari
Indonesia. Terdapat juga monumen Masjid Samarra dari Iraq, Kompleks Sulayman dari
Turki, Sheikh Lutfallah dari Iran, Masjid Xian dari China, Kul Sharif dari Rusia, dan
Qairawan dari Tunisia.

2.1.2 Perkhidmatan Taman Tamadun Islam


Perkhidmatan merupakan kemudahan asas yang disediakan di sesebuah
tempat. menikmati pelbagai warisan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang
disedakan di Taman Tamadun Islam adalah perkhidmatan bot penambang. Pengunjung
boleh menggunakan bot penambang dari jeti Shahbandar ke jeti Tok Ku Paloh yang
terdapat di Taman Tamadun Islam. Selain itu, turut disediakan perkhidmatan Buggy
bagi memudahkan pengunjung bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa
kepenatan berjalan kaki.

2.1.3 Kemudahan Perlancongan yang Lain


Pelancong atau pengunjung yang datang ke negeri Terengganu boleh memilih
untuk menggunakan pengangkutan awam untuk menjelajah lokasi menarik di Bandar
Raya dengan menaiki ‘Bas Kite’. Bas tersebut berkonsepkan rumah tradisional
Terengganu yang dilengkapi skrin LED TV serta WiFi. Selain itu, bas tersebut
mempunyai tingkap direka khas untuk keselesaan penumpang menikmati panorama di
sekitar Bandar Terengganu.

‘Bas Kite’ menyediakan kemudahan pelancong dan mereka boleh memilih dua
laluan yang disediakan iaitu laluan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali
sebagai Masjid Terapung atau laluan Masjid Kristal. Melalui laluan berkenaan, bas
tersebut akan berhenti di 16 lokasi tarikan perlancongan yang ditetapkan serta akan
memudahkan pelancong menjelajahi keunikan dan keistimewaan Bandar Raya
Terenganu.
4
2.1.4 Infrastruktur Lain di Taman Tamadun Islam
Masjid Kristal bukan sahaja dapat memuatkan 700 orang Jemaah pada satu-satu
masa, malah turut dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi
yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet untuk
membaca al-Quran elektronik. Kawasan ini turut dibahagikan kepada enam bahagian
iaitu bahagian 1 adalah Masjid Kristal dan perumahan khas imam dan bilal, bahagian 2
adalah monumen masjid yang menjadi mercu Islam dari seluruh dunia, bahagian 3
adalah Pusat Konvensyen, bahagian 4 pula terdiri daripada Lagun taman terbuka
wakaf, trek jogging, dan Astaka serta kawasan memancing. Pada bahagian 5 terdapat
Kompleks masuk TTI, Pusat Astronomi, dan Pusat Komersil. Bahagian terakhir iaitu
bahagian 6 merupakan bahagian masuk ke TTI.

2.1.5 Warisan Ketara dan Warisan Tidak Ketara


Warisan merupakan elemen penting dalam sektor perlancongan. Warisan
dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara.
Warisan ketara merupakan sesuatu yang dilihat dan dipegang sama ada static atau
mudah alih. Warisan ketara statik merujuk kepada tapak tanah yang bersejarah,
monumen, bangunan, atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan. Sebagai contoh,
monumen-monumen dan masjid-masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam,
Terengganu. Antaranya, Tugu Kompleks Suleyman dari Turki, Menara Kalyan dari
Uzbekistan, masjid dari Afghanistan, Arab Saudi, Brunei,China, India, Indonesia, Iran,
Iraq, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan, Palestine, Russia, Sepanyol, Syria, Thailand,
dan Tunisia. Warisan ketara mudah alih pula terdiri daripada batu nisan, tekstil, ukiran
kayu, manik, dan manuskip. Senarai warisan budaya ketara yang lain adalah Tapak
Warisan Budaya, Bandar atau Kota Bersejarah, Lanskap Budaya, Tapak Suci
Semulajadi, Warisan Budaya Mudah Alih, Muzium, Warisan Budaya Dalam Air,
Kraftangan, Warisan Dokumentari dan Digital, serta Warisan Sinematografi.

5
Warisan tidak ketara pula merupakan warisan tidak nyata iaitu ilmu dan
kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa serta
persuratan. Sebagai contoh, acara perayaan, ritual dan kepercayaan, seni
persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan permainan
tradisional, Tradisi Lisan, dan Tradisi Makanan.

Selain warisan ketara dan warisan tidak ketara, terdapat satu lagi jenis warisan
lain iaitu warisan semulajadi. Warisan semulajadi tersebut terdiri daripada Taman
Negara dan Taman Negeri, Taman Laut, Kawasan Tanah Lembab, Hutan Simpan Paya
Bakau, Hutan Simpan, Rezab Hidupan Liar, Rezab Mergastua, Rezab Orang Asli,Pusat
Pemulihan Hidupan Liar, serta Sungai, Tasik, dan Laut.

2.2 Jenis Perancangan


Perancangan memiliki tiga jenis iaitu perancangan strategik, perancangan
taktikal, dan peranacangan operasian. Perancangan strategik merupakan perancangan
jangka masa panjang. Rancangan strategik adalah rancangan umum yang
komprehensif atau menyeluruh yang menerangkan rancangan menyeluruh untuk
mencapai misi dan matlamat, melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan
matlamat jangka panjang organisasi, memiliki risiko yang tinggi kerana melibatkan
perancangan keseluruhan, dan memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi.

Perancangan taktikal pula adalah perancangan jangka masa sederhana. Satu


pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila dan di amna sesuatu
strategi itu akan dilaksanakan. Perancangan ini diterjemahkan daripada perancang
jangka panjang oleh pengurus peringkat pertengahan. Tempoh perancangan ini lebih
singkat berbanding perancangan strategik iaitu satu hingga tiga tahun. Perancangan ini
turut dikenali sebagai rancangan fungsian yang meliputi perancangan sesuatu jabatan
seperti perancangan pemasaran, perancangan kewangan, perancangan sumber
manusia dan lain-lain.

6
Perancangan operasian merupakan perancangan jangka masa pendek.
Perancangan ini dilakukan secara teliti oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masa
paling pendek kurang daripada satu tahun. Penekanan diberikan kepada tugas-tugas
rutin serta dilakuakn secara berulang-ulang contohnya kerja harian, mingguan dan
bulanan. Kebiasaannya perancangan operasian ini berkaitan dengan aktiviti
pengeluaran.

2.2.1 Kesahihan
Mengikut Akta PBD 1976, seseorang yang menjalankan pembangunan mestilah
dapat kebenaran merancang. Kebenaran merancang hendaklah mengandungi nama
seseorang iaitu pemaju. Secara dasar,sesuatu petak tanah boleh memperolehi
seberapa banyak kebenaran merancang yang diingini oleh pemohon dengan syarat
semua kebenaran merancang menetapi dasar perancangan Bandar di kawasan
tersebut. Walau bagaimanapun, di Malaysia, Pihak Berkuasa Peranacngan Tempatan
(PBPT) biasanya membatalkan kebenaran merancang dahulu apabila mereka luluskan
kebenaran merancang baru. Selain itu, kebenaran merancang sah untuk tempoh 12
bulan tetapi ia boleh dilanjutkan. Perlanjutan tempoh mesti dipohon sebelum tempoh
sah yang asal tamat. Sekiranya kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dalam tempoh
sah, maka kebenaran merancang akan terus sah tanpa perlu dilanjutkan tempoh.

2.2.2 Fizikal Tanah


Taman Tamadun Islam terletak di pulau Wan Man,Kuala Terengganu. Taman
ini adalah seluas 23 hektar iaitu sebahagian daripada projek pembangunan Kuala
Terengganu sebagai Bandar tebingan sungai. Bentuk fizikal tanahnya yang strategik
untuk pembinaan bangunan serta sektor perindustrian , telah mengembangkan lagi
sektor perlancongan di negeri Terengganu.

7
2.2.3 Infrastruktur
i. Menyediakan plaza, dataran hijau dan ‘park’ serta pelbagai kategori tanah
lapang untuk menjadikan Bandar sebagai satu Bandar bertaman dan ‘liveable’;
ii. Menyediakan kemudahan tempat letak kereta dengan lebih banyak, sistem
perparitan yang lebih bagus, sistem pelupusan sampah-sarap, perdagangan,
dan lain-lain perkhidmatan Bandar yang lengkap dan mesra alam;
iii. Menyediakan laluan kemudahan-kemudahan utiliti (service protocol) untuk
bekalan kabel elektrik, paip air, pembetungan, telefon dan sebagainya.

2.2.4 Kemudahan Sosial


i. Reka bentuk kemudahan perlu disesuaikan dengan fungsi dan aktiviti yang akan
dijalankan atau reka bentuk yang mudah supaya boleh digunakan untuk pelbagai
aktiviti.
ii. Reka bentuk kemudahan turut mengambil kira keperluan dan kemudahan OKU
dengan menitikberatkan ciri reka bentuk sejagat (universal design).
iii. Reka bentuk pusat komuniti perlu mudah diselanggara, sesuai dengan iklim
tempatan, melambangkan ciri budaya tempatan dan menggunakan bahan
binaan yang selamat dan berdaya tahan.
iv. Pusat komuniti dilengkapi dengan kemudahan sokongan iaitu tempat letak kereta
yang mencukupi dan penyediaan landskap yang mudah diselanggara.

2.2.5 Taman dan Pemuliharaan


i. Memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan bangunan yang mempunyai
kepentingan budaya dan warisan setempat;
ii. Memulihara bangunan-bangunan bersejarah, bernilai warisan bagi tujuan
perniagaan, pemulihan, pembangunan semula dan pengubahsuaian.

8
BAB 3
PELAN SUSUN ATUR TEMPAT

3.0 Pelan Susun Atur Tempat


Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman
tersebut adalah seluas 23 hektar. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon
iaitu Zon A dan Zon B. Zon A adalah di mana terdapatnya Taman Monumen yang
mempunyai 22 jenis replika bangunan dan tugu. Zon B pula adalah kawasan awam
yang boleh dikunjungi oleh pelancong mahupun penduduk setempat untuk melakukan
aktiviti riadah ataupun melakukan program-program rasmi. Tarikan yang terdapat di Zon
B ini adalah seperti Pelayaran Sungai, Pelayaran Kristal, Restoran B’Beteng, Pusat
Konsensyen, Villa Kristal, Masjid Kristal, Taman Islam dan Tasik Pahlawan.

9
3.1 ZON A
Taman Monumen ini mempunyai 22 replika bangunan yang berkaitan dengan
sejarah Islam Dunia. Replika yang terdapat di taman ini adalah berskala antara 1:4
hingga 1:22 berbanding dengan bangunan asal.

10
1. Masjid Negara, Malaysia

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur.


Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid
ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia
dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu.

11
2. Masjid Kudus Al-Minar, Indonesia

Masjid Kudus Al-Minar ataupun


lebih dikenali sebagai Masjid
Menara Kudus ialah masjid yang
dibangunkan oleh Sunan Kudus
pada tahun 1549 Masihi
menggunakan batu dari Baitul
Maqdis dari Palestin sebagai
batu pertama.

3. Masjid Pattani, Thailand

Masjid Pattani merupakan masjid yang terbesar di Thailand. Ia dibina


pada tahun 1954 dan mengambil masa selama 9 tahun untuk disiapkan.

12
4. Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh
senibina moden Islam. Masjid ini terletak di ibu negara Brunei iaitu Bandar
Seri Begawan.

5. Taj Mahal, India

Bangunan
Taj Mahal
ini dibina
sabagai
lambang
cinta Shah
Jahan
kepada
isterinya
yang telah
meninggal
dunia.

13
Bangunan asal telah mengambil masa selama lebih daripada 20 tahun
dan menggunakan lebih daripada 20,000 tenaga kerja.

14
6. Masjid Badshahi, Pakistan

Masjid Badshahi dibangunkan oleh raja keenam Kesultanan Mughal, Raja


Aurangzeb pada tahun 1671 dan disiapkan pada tahun 1673 di Lahore,
Pakistan. Masjid Badshahi adalah masjid dan mercu tanda bagi destinasi
pelancongan untuk bandar Lahore.

7. Kubah As-Sakhrah, Palestin

Kubah As-Sakhrah bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah


kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan
tempat Nabi Muhammad SAW berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.

15
8. Masjid Agung Samarra, Iraq

Masjid Agung Samarra ialah


sebuah masjid pada abad ke-9
yang terletak di Samarra, Iraq.
Pembinaan masjid ini bermula
pada tahun 848 Masihi dan
selesai dibina pada tahun 851
Masihi.

9. Masjid Sheikh Lutfallah

Masjid ini dibina


pada tahun 1603
dan siap dibina
pada tahun 1619.
Tujuan masjid ini
dibina adalah
untuk menjadi
kegunaan khas
bagi kerabat
diraja dan tidak
terbuka kepada rakyat. Disebabkan itu, masjid ini tidak mempunyai
menara dan lebih kecil berbanding masjid yang lain.

16
10. Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Masjid ini dibina pada tahun 1598.


Masjid ini mempunyai dua menara
di sebelah kanan dan di sebelah
kiri. Masjid ini mempunyai
keunikan tersendiri dengan
mempunyai 16 tingkap di bahagian
tepi masjid.

11. Masjidil Haram, Arab Saudi

Masjidil
Haram ialah
masjid paling suci
mengikut
kepercayaan umat
Islam. Masjidil
Haram dibina
mengelilingi Kaab
ah, iaitu
kiblat umat Islam
apabila mengerjakan solat. Replika bagi Masjidil Haram yang terdapat di
Taman Monumen ni adalah 18 kali lebih kecil daripada binaan yang asal.

17
18
12. Masjid Aleppo Citadel, Syria

Masjid ini merupakan masjid yang terbesar dan tertua di bandar Aleppo,
Syria. Masjid ini dikatakan sebagai makam Nabi Zakaria. Masjid ini dibina
pada abad ke-8. Struktur masjid tersebut telah banyak dibaiki dan diubah
kerana berlaku kerosakan semasa pertempuran dalam Perang Saudara
Syria.

13. Masjid Mohammad Ali, Mesir

Majid ini telah dibina bersama


kubu dan telah menjadi salah
satu mercu tanda dan tarikan
bagi pelancong di Mesir. Masjid
ini telah dibina oleh
Muhammad Ali sebagai
peringatan atas kematian anak
sulungnya.

19
20
14. Masjid Nabawi, Arab Saudi

Masjid Nabawi
merupakan masjid
yang kedua paling
suci bagi umat
Islam. Di sini juga
terdapat makam
Rasulullah SAW.
Masjid ini pada
asalnya telah
dibina oleh
Rasulullah bersebelahan dengan rumahnya selepas berlaku peristiwa
Hijrah.

15. Masjid Suleyman, Turki

Pembinaan bagi masjid ini bermula pada tahun 1550 dan disiapkan pada
tahun 1557. Perkarangan masjid ini pernah menjadi gudang bagi

21
menyimpan senjata api sewaktu Perang Dunia yang Pertama. Masjid ini
juga telah banyak kali dibaikpulih akibat daripada kerosakan kerana
berlakunya bencana alam seperti gempa bumi.

16. Masjid Besar Qairawan, Tunisia

Masjid ini dibina pada tahun 50 Hijrah dan dibina oleh jeneral Arab iaitu
Uqbah Bin Nafi. Nama lain bagi masjid ini adalah Masjid Uqbah iaitu nama
bagi jeneral yang membina masjid ini. Ia merupakan tempat beribadah
yang tertua di Tunisia.

17. Masjid Al-Hambra, Sepanyol

22
Masjid ini merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Masjid ini
juga pernah menjadi istana dan juga pernah beropesi sebagai mahkamah.
Kini masjid ini beroperasi sebagai muzium agar pelancong dapat melihat
keindahan gaya seni bina Islam.

18. Menara Kalyan, Uzbekistan

Menara ini dibina pada tahun 1127


untuk memudahkan urusan umat
Islam agar dapat mendengar azan
apabila sudah memasuki waktu
solat. Kecantikan menara ini telah
menyebabkan Genghis Khan
mengarahkan orangnya untuk
tidak dimusnahkan dan menara ini
juga digunakan sebagai
tempat hukuman mati bagi pesalah

19. Masjid Besar Agadez,


Nigeria

Masjid ini dibina pada tahun


1515 dan kemudiannya dibaikpulih pada tahun 1844 tanpa mengubah

23
bentuk asalnya. Masjid ini adalah unik kerana menggunakan lumpur untuk
membina masjid ini. Perkara ini telah menjadi tarikan untuk pelancong
datang untuk melihat seni binaan yang telah digunakan untuk membina
masjid ini.

20. Masjid Kul Shariff, Rusia

Masjid ini merupakan masjid yang


terbesar di Rusia dan Eropah.
Masjid ini mengambil masa selama
9 tahun untuk disiapkan. Kemudian
masjid ini telah ditutup pada tahun
1996 atas alasan ingin membaik
pulih infrastruktur sehingga dibuka
semula pada tahun 2005.

21. Masjid Xian, China

24
Masjid ini merupakan salah satu
masjid yang tertua di China. Tidak
seperti masjid lain yang berada di
Taman Monumen ini yang
menggunakan sepenuhnya gaya
pembinaan dan seni bina arab.
Masjid ini menggunakan seni bina
dan gaya pembinaan cina. Oleh itu,
menara ini tidak mempunyai kubah
ataupun menara seperti masjid yang
lain.

22.Masjid Sultan, Singapura

25
Masjid ini pada mulanya telah diuruskan oleh pihak pengurusan lembaga
amanah untuk menjaga penyelenggaraan masjid. Pihak berkenaan telah
membuat keputusan untuk menaik taraf masjid yang sedia ada kerana
peningkatan umat Islam di Singapura. Proses menaiktaraf masjid ini
mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan sehingga kini, masjid
tersebut masih digunakan dan menjadi masjid yang paling utama di
Singapura.

3.2 ZON B
Zon B merupakan kawasan awam yang terbuka kepada orang awam atau
pelancong. Mereka yang ingin ke sana tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk
memasuki Zon B ini tetapi sekiranya orang awam atau pelancong ingin mengikuti aktiviti
yang disediakan, mereka perlu membuat bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak
Taman Tamadun Islam.

1. Masjid Kristal

26
Masjis Kristal ini merupakan sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan
Taman Tamadun Islam di Zon B. Masjid ini telah dirasmikan pada tahun 2008
oleh Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Keunikan masjid ini adalah dibina daripada kaca dan keluli dan dibina di atas
Sungai Terengganu yang menyebabkan masjid ini seperti kelihatan terapung.

2. Pusat Konvensyen

Pusat Konvensyen ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2500 orang


dan sangat sesuai sekiranya ingin mengadakan upacara perasmian,
promosi syarikat, pelancaran produk dan ia juga sesuai untuk bengkel

27
atau seminar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain. Pusat
Konvensyen ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan
menunjukkan pelbagai program boleh dilakukan serentak.

3. TTI River Cruise

Taman Tamadun Islam menawarkan pelayaran selama 2 jam dengan


pengalaman menjamu selera yang membolehkan penumpang dapat
menikmati makanan tempatan Terengganu sambil melihat pemandangan.

4. Villa Kristal

5. Taman Pahlawan

28
6. Restoran B’Beteng

29
BAB 4
PENYELESAIAN KEKANGAN UTAMA

4.0 Kekangan Utama Yang Harus Diatasi


Taman Tamadun Islam merupakan satu destinasi pelancongan yang amat
menarik dan juga merupakan satu destinasi yang membolehkan pelancong atau orang
awam berhibur sambil membelajari ilmu-ilmu seni bina Islam di seluruh dunia. Jika
dilihat, Taman Tamadun Islam ini mampu menarik lebih ramai lagi pelancong namun
disebabkan oleh beberapa kekangan yang telah menyebabkan Taman Tamadun Islam
ini kurang diberi tumpuan oleh pelancong mahupun orang awam.

Antara kekangan yang boleh dapati adalah pihak Taman Tamadun Islam kurang
mempromosikan tentang taman tersebut. Ini kerana tidak ramai pelancong terutama
daripada negeri yang lain mengetahui tentang kewujudan Taman Tamadun Islam ini.
Kebanyakkan pelancong hanya mengetahui tentang kewujudan Masjid Kristal ini tanpa
mengetahui bahawa masjid tersebut berada di dalam kawasan Taman Tamadun Islam.
Perkara ini boleh diatasi dengan mempromosikan taman ini dengan menggunakan
platform-platform media sosial seperti facebook dan instagram. Pihak yang berkenaan
juga boleh membuat pengiklanan di televisyen, radio dan memaparkan tentang Taman
Tamadun Islam dalam surat khabar tempatan. Cara lain yang boleh digunakan adalah
mengambil artis yang merupakan anak jati Terengganu sebagai duta kepada Taman
Tamadun Islam ini agar lebih diketahui oleh orang ramai.

Seterusnya adalah daripada segi pembersihan infrastruktur. Berdasarkan soal


selidik yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Kebanyakkan pelancong
adalah tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan tandas di Taman Tamadun Islam
ini. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh kehadiran pelancong yang ramai dan
kekurangan pekerja untuk membersihkan tandas. Oleh itu, pihak Taman Tamadun
Islam perlu mengambil berat tentang kebersihan persekitaran dan juga kebersihan
tandas agar dapat menjaga imej sebagai taman tema yang menerapkan nilai Islam.

30
Selain itu, Taman Tamadun Islam ini merupakan taman tema yang menerapkan
konsep keislaman di samping berhibur. Akan tetapi kebanyakkan pelancong tidak dapat
memberi perhatian sepenuhnya kerana mereka cepat merasa bosan ketika melalui dari
satu monumen ke monumen yang lain. Perkara ini boleh di atasi oleh pihak Taman
Tamadun Islam dengan menyediakan muzik ataupun sebarang tanda bagi menyambut
tetamu. Pihak Taman Tamadun Islam boleh membawa budaya negara luar ketika
berada di monumen tersebut. Contohnya, sekiranya pelancong berada di monumen
Masjid Xian, China. Maka pekerja yang sepatutnya boleh menyambut mereka dengan
memakai pakaian cheongsam ataupun menerapkan sebarang budaya yang berasal
daripada tempat asal monumen tersebut.

Akhir sekali, kekangan yang saya dapati adalah berkemungkinan disebabkan


oleh keperluan membayar tiket bayaran masuk telah menyebabkan kurangnya
kunjungan daripada penduduk tempatan. Pelancong daripada luar negeri ataupun luar
negara mungkin berminat untuk memasuki Taman Monumen itu kerana bagi mereka ia
adalah satu destinasi pelancongan yang perlu dilawati. Bagi penduduk tempatan,
mereka tidak mempunyai kehendak untuk memasuki ke Taman Monumen tersebut
kerana mereka tahu ia merupakan destinasi pelancongan yang melibatkan kos. Pihak
Taman Tamadun Islam boleh mengadakan promosi dalam tempoh yang tertentu untuk
memberi kemasukan percuma kepada anak jati Terengganu. Dengan cara itu,
penduduk setempat akan dapat merasai pengalaman memasuki Taman Monumen
secara percuma. Kelebihan daripada promosi itu adalah sekiranya penduduk tempatan
berpuas hati dengan infrastruktur yang terdapat di Taman Monumen, mereka akan
menghebahkan tentang Taman Tamadun Islam dan seterusnya berlakunya pemasaran
secara hebahan.

31
BAB 5
IMPAK TEMPAT PEWARISAN DAN PELANCONGAN DI
TERENGGANU TERHADAP EKONOMI, SOSIAL &
PERSEKITARAN

5.1 EKONOMI
5.1.1 Impak Positif
Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan tempat-tempat pewarisan di negeri
Terengganu telah dijadikan sebagai lokasi pelancongan paling popular dan digemari
oleh para pelancong pada masa kini. Secara amnya, pembangunan tempat pewarisan
dilihat amat memberi impak yang positif dari sudut pembangunan industri pelancongan
negara serta menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan
dan kerajaan. Ini dapat dilihat dari beberapa contoh destinasi seperti Perkampungan
Cina, Kompleks Kraf Noor Arfa dan Pasar Payang di mana wujudnya kepelbagaian
sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dalam usaha
pembangunan diri dan komuniti dalam ruang pembangunan tersebut. Dengan itu,
peluang pekerjaan yang tinggi akan menjana sumber pendapatan yang menyumbang
kepada peningkatan taraf hidup masyarakat.

5.1.2 Impak Negatif


Namun, boleh jadi impak negatif juga kerana akan berlakunya permintaan yang
tinggi dalam kalangan para pelancong. Ini akan mengakibatkan harga barang dan
perkhidmatan meningkat. Misalnya, apabila tiba musim cuti perayaan atau cuti sekolah,
para pelancong semestinya membuat banyak tempahan untuk menginap di mana-mana
hotel pilihan mereka. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang datang ke tempat
pelancongan untuk menempah dan membeli cenderamata pilihan mereka. Seterusnya,
impak yang paling mendatangkan mudarat kepada ekonomi ialah kurangnya

32
sumbangan pelancongan terhadap komuniti. Hal ini kerana komuniti tempatan belum
sesuai dengan budaya tempatan.

5.2 SOSIAL
5.2.1 Impak Positif
Dari sudut sosial pula, kewujudan tempat pewarisan dan pelancongan di
Terengganu akan membolehkan usaha pengekalan serta perkongsian mengenai
budaya warisan tempatan untuk jangka masa panjang kepada pelancong. Hal ini
kerana semakin banyak pendedahan dilakukan, maka dari situ mereka yang
kebanyakannya minat terhadap asal usul tempat pewarisan dan pelancongan akan
timbul rasa ingin tahu yang tinggi terhadap tempat kegemaran mereka. Jika dapat
dilihat, beberapa tempat pewarisan di Terengganu mempunyai kepelbagaian sejarah
dan asal-usul sendiri, maka amat penting untuk didedahkan bagi rujukan umum.
Seterusnya, dengan pembangunan tempat pewarisan dan pelancongan Terengganu
akan memberi kesan dari aspek cara hidup komuniti tempatan. Misalnya, komunikasi
antara komuniti tempatan dan pelancong asing dengan menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Hal ini secara langsung dapat melancarkan pertuturan dan
meningkatkan berkomunikasi dalam kalangan komuniti tempatan. Pada masa yang
sama pelancong asing boleh mempelajari budaya tempatan malah boleh fasih dalam
Bahasa Malaysia seperti pelancong asing yang telah menjadi selebriti di Malaysia iaitu
“Mat Dan” atau nama sebenarnya adalah Mohammad Kareef Daniel Abdullah yang
berasal dari Bristol, United Kingdom. Akhir sekali, pembangunan pelancongan dapat
mencegah dan mengurangkan jenayah serta gejala sosial di kawasan mereka. Hal ini
kerana, mereka mempunyai pekerjaan kesan daripada pembangunan pelancongan.

5.2.2 Impak Negatif


Akan tetapi, pembangunan yang berterusan tempat pewarisan dan pelancongan
di Terengganu sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap aspek sosial.
Antaranya seperti berlakunya kes kecurian di beberapa buah kawasan. Ini kerana boleh
terjadi tempat pewarisan dan pelancongan dijadikan tempat tumpuan masyarakat untuk
melakukan aktiviti kecurian. Kita boleh ambil contoh seperti di Pantai Redang atau
Rantau Abang di mana sudah banyak kali ada kes individu mencuri telur penyu yang

33
sepatutnya dibawa ke pusat penyu dan ekosistem. Hal ini membawa kebimbangan
dalam kalangan komuniti setempat dan seharusnya dibanteras dengan segera.

5.3 PERSEKITARAN
5.3.1 Impak positif
Kebaikan daripada kewujudan tempat pelancongan boleh digunakan untuk
melindungi alam semula jadi, hidupan liar, dan pelbagai jenis spesis di hutan di
samping dapat membantu penduduk tempatan menjadi sebuah masyarakat yang
bertamadun dan berpendidikan dengan menyedari akan kepentingan memelihara
sumber yang ada di hutan semula jadi. Bukan sahaja masyarakat tempatan yang
memperolehi faedah daripada aktiviti ekopelancongan tetapi ia juga memberi manfaat
yang besar kepada pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk mengambil
peluang menghargai dan berada dalam persekitaran semulajadi yang dilindungi.
Disamping itu, potensi pembangunan tempat pelancongan juga boleh memberi motivasi
kepada penambahan penetapan kawasan semula jadi untuk tujuan pemuliharaan dan
perlindungan pada masa akan datang.

5.3.2 Impak Negatif


Walau bagaimanapun, pembangunan tempat pelancongan juga berpotensi
menghasilkan kesan negatif kepada alam sekitar. Berdasarkan sensitivitinya, budaya
dan sumber semula jadi serta persekitaran destinasi ekopelancongan yang biasanya
dikenali sebagai kawasan perlindungan yang asli boleh terjejas dengan mudah melalui
aktiviti pelancong terutamanya apabila strategi pengurusan pengunjung tidak berfungsi
dengan baik. Keadaan infrastruktur dan kegiatan pelawat yang tidak diuruskan secara
lestari melalui aktiviti ekopelancongan juga boleh menyebabkan tekanan dan kesan
negatif terhadap sesebuah kawasan alam semulajadi seperti yang terjadi di Pulau
Perhentian, Terengganu di mana kebanyakan terumbu karang boleh dikatakan telah
terjejas akibat aktiviti pelancongan yang tidak terkawal. Oleh itu, menjadi sangat penting
untuk mewujudkan strategi pengurusan ekopelancongan yang lestari kerana alam
semula jadi bersifat rapuh “fragile environment”. Kaedah pengurusan yang tidak cekap
untuk melindungi alam sekitar boleh menyebabkan matlamat utama ekopelancongan
sebagai langkah konservasi akan terhalang sekiranya tidak diiuruskan dengan baik

34
kerana ia merupakan salah satu sistem sokongan yang penting untuk kelestarian
sumber alam sekitar.

35
BAB 6
KESIMPULAN

6.0 KESIMPULAN
Taman Tamadun Islam mempunyai potensi yang besar bukan sahaja dalam
bidang pelancongan malahan juga dalam bidang dakwah Islam. Seni kemahiran Islam
merupakan salah satu teknik yang sering menjadi tarikan dan warisan sejak dari zaman
dahulu. Oleh itu, pihak yang berkenaan hendaklah memberikan lebih perhatian agar
dapat mempromosikan seni bina Islam serta menarik pelancong mengenali
keistimewaan negeri Terengganu sendiri yang dikenali sebagai salah sebuah negeri
yang terkenal dengan pelancongan menarik dan pantai yang indah.

Selain itu, Taman Tamadun Islam juga akan memberikan para pelancong
sebuah pengalaman yang menarik kerana bukan hanya dapat melihat replika seni bina
Islam dari seluruh dunia malahan para pelancong juga berpeluang untuk menaiki bot
penambang yang menjadi salah satu tarikan utama pelancong. Justeri itu, amat penting
bagi mempromosikan tarikan dan keistimewaan taman tema ini agar lebih dikenali
bukan sahaja dalam kalangan pelancong luar negara, malahan juga dalam kalangan
pelancong tempatan sendiri.

36
RUJUKAN

Azim, D. S. (2020). Ekopelancongan Memberi Kesan Positif Kepada Kesedaran Dan Tingkahlaku
Pemuliharaan. Jurnal Hospitaliti dan Jaringan, 19-26.
Bahari, S. (2019). Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar.
Didapatkan dari Majalah Sains: https://www.majalahsains.com/ekopelancongan-dan-
impak-kepada-ekonomi-sosial-dan-alam-sekitar/
Norlida Hanim Mohd Salleh, M. S. (2017). Impak Pembangunan Pelancongan Ke Atas
Persekitaran Manusia Dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman. Akademika 87(3), 49.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Retrieved from


http://www.motac.gov.my/

Taman Tamadun Islam. Retrieved from https://www.tti.com.my/

Zairin Akma Zolkapli, C. S. (2012). Retrieved from Taman Tamadun Islam Sebagai Produk
Pelancongan Islam:Persepsi, Kepuasan dan Jangkaan Pelancong:
https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1D3.pdf

37

You might also like