You are on page 1of 29

ISI KANDUNGAN

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 Pengenalan 4

1.1 Latar Belakang Kajian 6

1.2 Penyataan Masalah 7

1.2.1 Kekurangan Dana 7

1.2.2 Pergantungan Terhadap Dana Kerajaan 8

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Signifikan Kajian 9

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.0 Definisi Wakaf 10

2.1 Dalil Pensyariatan Wakaf 12

2.1.1 Al-Quran 12

2.1.2 Hadis 13

2.1.3 Ijma 14

2.2 Jenis jenis Wakaf 15


2.2.1 Wakaf Am 15

2.2.2 Wakaf Khas 16

2.3 Fatwa Berkaitan Wakaf Pendidikan 17

2.3.1 Majlis Fatwa Kebangsaan 17

2.3.2 Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu 17

2.3.3 Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka 18

2.3.4 Fatwa Kerjaan Jordan 18

2.4 Kesan Wakaf Terhadap Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia 19

2.4.1 Pelajar 19

2.4.2 Kewangan 19

2.4.3 Pendidikan 19

2.4.4 Pentadbiran 20

2.5 Pelaksanaan Wakaf Pendidikan di Malaysia 21

2.5.1 Universiti Awam 21

2.5.2 Universiti Swasta 23

2.6 Cabaran dan Halangan 24

2.6.1 Kepincangan Pangkalan Data 24

1
2.6.2 Kekurangan Tenaga Pakar 25

2.6.3 Ketidakseragaman Perundangan 25

2.6.4 Kesedaran Masyarakat 26

2.7 Kesimpulan dan Cadangan 27

2.8 Rujukan 29

BAB 1
2
1.0 PENGENALAN

Peningkatan taraf hidup masyarakat turut memberikan impak ke atas kos melanjutkan

pengajian di institusi pengajian tinggi, baik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

mahupun swasta (IPTS). Bagaikan satu fenomena, bebanan kos pengajian ini terpaksa

ditanggung oleh para pelajar melalui pinjaman pendidikan yang diperoleh dari badan-badan

kerajaan pusat ataupun negeri, bank dan juga badan-badan korporat. Hal ini akan

memberikan kesan buruk kepada meraka seperti para pelajar akan dibebani dengan hutang

untuk mendapatkan pendidikan. Apatah lagi, menurut Islam tanggungjawab ini perlu dipikul

oleh ibubapa.

Wakaf memainkan peranan utama dalam permulaan sejarah tamadun Islam untuk

meningkatkan ekonomi, pendidikan dan sosial umat islam serta memberikan hak kepada

golongan tertentu seperti fakir miskin, anak yatim dan juga pembinaan masjid, surau,

madrasah, tahfiz, asrama anak yatim serta tanah perkuburan. Wakaf juga mempunyai potensi

yang besar dalam usaha membangunkan ekonomi masyarakat dan negara.

Selain itu, wakaf turut mempunyai ciri dinamik dalam menyusun sosioekonomi masyarakat

dan seterusnya memberikan impak positif dalam kemajuan sesebuah negara. Sistem wakaf

dikembangkan lagi melalui ijtihad ulama’ berdasarkan kepada istinbat hukum mengikut

realiti dan kesesuaian maslahat semasa. Justeru itu, tidak hairanlah pelbagai bentuk wakaf

dikemukakan kepada masyarakat Islam sehingga kita mula mendengar wakaf tunai, wakaf

manfaat, wakaf pendidikan, wakaf saham dan lain-lain lagi.

Matlamat mewujudkan institusi pendidikan tinggi melalui konsep wakaf yang diilhamkan

dari universiti-universiti terkenal dunia seperti Universiti alQarawiyyin di Fez, Moroko,

Universiti al-Azhar, Mesir, Universiti Cordova di Sepanyol dan Universiti al-Fateh,Turki.

Persoalannya, jika institusi pendidikan di Barat memiliki dana endowment berbillion ringgit

3
sedangkan endowment diciplak dari pada wakaf, mengapa tidak umat Islam menyemarakkan

peranan wakaf untuk memajukan bidang pendidikan negara sebagai kaedah pembiayaan

pendidikan masa kini.

4
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Wakaf pendidikan merupakan instrumen yang penting dalam pembangunan pendidikan

masyarakat Islam. Ketiadaan sumber pendapatan tetap seperti bantuan dari pihak kerajaan

atau penaja tetap serta kenaikan kos yuran pendidikan merupakan faktor utama kepada

pelaksanaan wakaf pendidikan ini.

Potensi yang ada pada wakaf pendidikan memerlukan strategi khusus yang berkesan bagi

meningkatkan peranan harta wakaf tersebut.Peranan wakaf dalam membangunkan institusi

pendidikan perlu diberikan keutamaan bagi menjamin peluang kepada masyarakat yang ingin

melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Dilihat dari sudut lakaran sejarah, peranan wakaf bagi membangunkan dan memartabatkan

institusi-institusi pengajian serta melahirkan ribuan cendekiawan terkenal dan tersohor di

seluruh dunia terutama dalam bidang keagamaan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Sudah tiba

masanya masyarakat Islam mengkaji semula peranan yang boleh dimainkan oleh institusi

wakaf.

Kertas kerja ini mengkaji kesan wakaf terhadap institusi pengajian tinggi di Malaysia serta

cabaran yang dihadapi oleh institusi yang menguruskan wakaf. Kertas kerja ini juga bertujuan

mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi cabaran dan halangan

dalam membangunkan wakaf ini agar pendidikan umat Islam dapat dimartabatkan dalam

melahirkan ulamak dan umarak yang tersohor di mata dunia.

5
1.2 PENYATAAN MASALAH

1.2.1 Kekurangan Dana

Dana merupakan asas penting dalam pembangunan hartanah dan ketidakcukupan dana bagi

sesuatu projek akan membantutkan proses pembinaan yang telah dirancang. Begitu juga

dengan harta ataupun aset wakaf terutamanya melibatkan pembangunan tanah wakaf.Hal ini

kerana untuk membangunakan tanah wakaf melibatkan kos yang besar dan dana yang

diperlukan juga adalah banyak. Kebanyakan projek pembangunan tanah wakaf ini merupakan

projek yang berimpak tinggi yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Namun, institusi wakaf di Malaysia berhadapan dengan masalah ketidakcukupan dana dalam

membangunkan harta wakaf. Jadi dengan dana yang ada pada institusi wakaf adalah tidak

mencukupi untuk menampung kos yang diperlukan. Kegagalan dalam menyediakan

peruntukan dana yang secukupnya bagi pembangunan dan pembinaan pada tanah wakaf akan

membantutkan perkembangan tanah wakaf tersebut. Hal ini telah menyebabkan wujud tanah-

tanah terbiar dan terbengkalai yang belum dibangunkan.

6
1.2.2 Pergantungan terhadap Kerajaan

Pengurangan bajet terhadap Universiti Awam (UA) adalah bagi mengelakkan pergantungan

keterlaluan terhadap kerajaan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.Beliau

berkata, berbeza dengan universiti luar negara, pergantungan universiti dalam negara

terhadap kerajaan terlalu tinggi hingga menyebabkan universiti negara kurang inisiatif untuk

berdiri sendiri.

Perkiraan itu juga telah diambil kira pandangan semua pihak, sebelum kerajaan

mengurangkan bajet itu.Kerana bila kita membuat Pelan Pendidikan Tinggi telah mengambil

kira pandangan semua pihak dalam Malaysia , Unesco, World Bank, dan pelbagai lagi.Dan

kita dapati kadar pergantungan UA tinggi kepada kerajaan iaitu mencapai 75- 95 peratus. Ini

terlalu tinggi berbeza luar negara AS misalnya, dalam 30 hingga 40 peratus sahaja,” katanya

ketika menjawab soalan tambahan Zairil Khir Johari yang bertanyakan mengenai sebab

penurunan Bajet 2016 kepada universiti awam.

Mengulas lanjut, Idris berkata, untuk permulaan memang pentadbir universiti agak sukar

untuk mencari dana sendiri namun beliau yakin dengan kemampuan UA untuk berdiri

sendiri.Jadi untuk memastikan kemampanan UA kita kita perlu kurangkan kadar

pergantungan kepada kerajaan, UA mampu lagi, ia tidak boleh selesa, boleh cari dana dengan

memberi latihan konsultasi dan lain-lain lagi.Mungkin pada peringkat permulaan mereka

gelabah sedikit, Insya-ALLAH saya yakin UA mampu,” katanya.

7
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengkaji kesan wakaf terhadap institusi pengajian tinggi di Malaysia

2. Untuk mengkaji wakaf sebagai sumber alternetif bagi membiaya universiti dan pihak IPT

3. Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari, terkini dan inovatif supaya dapat

mengurangkan pergantungan terhadap dana kerajaan

1.4 SIGNIFIKAN KAJIAN

Terdapat beberapa kesan wakaf terhadap IPT awam dan swasta yang dapat dilihat antaranya

ialah pihak pengurusan dapat menggunakan dana wakaf tersebut untuk penyelenggaraan

sistem atau membaik pulih IPT contohnya seperti membaiki semula struktur bangunan yang

telah rosak atau lusuh dan menambah kemudahan internet untuk kebaikan para pelajar secara

percuma.Selain itu, ianya juga dapat digunakan untuk membiaya gaji pengawal keselamatan

dan warden.Hal ini dapat menjadikan IPT sebagai sebuah intitusi pengajian yang mampu

berdiri sendiri serta teguh tanpa pergantungan terhadap dana dari kerajaan.Antara kesan

lainnya ialah kebergantungan pelajar terhadap ibu bapa dapat dikurangkan memandangkan

pihak IPT dapat menyediakan banyak kemudahan dengan menggunakan dana wakaf.Secara

tidak langsung hal ini akan meringankan bebanan dari segi kewangan bagi keluarga yang

kurang berkemampuan.

8
BAB 2

2.0 DEFINISI WAKAF

Wakaf menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu yang diberikan untuk kegunaan

orang ramai atau sesuatu yang diuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama

Islam. Sebagai contoh, tanah wakaf ialah tanah yang diuntukkan bagi keperluan agama

seperti untuk perkuburan, mendirikan masjid, dan lain-lain.

Wakaf berasal dari bahasa Arab waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari kata kerja waqafa. Ia

mempunyai pelbagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi

bahasa, waqf membawa maksud berhenti (‫)السكن‬, menegah (‫ )المنع‬dan menahan (‫)الحبس‬. Dari

segi istilah wakaf adalah menahan benda agar tidak dimiliki serta agar manfaatnya boleh

disedekahkan. Maka jadilah pemilikan harta tersebut beralih kepada pemilikan Allah SWT.

Definisi wakaf oleh para ulama’:

 Ibn Hajar al-Haitami menyebut takrif wakaf dalam konteks syariah sebagai:

“Menahan harta yang boleh dimanfaatkan selama bendanya masih baik dengan cara

memutuskan hak kepemilikan atas harta tersebut, dan dialihkan untuk kepentingan-

kepentingan yang dibolehkan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 25/307)

 Ibnu Qudamah mendefinisikan wakaf sebagai: “Menahan pokok (zat harta) dan

menyedekahkah buah (hasil)” (Lihat al-Mughni, 12/175)

 Sayyid Sabiq menyebut wakaf ialah menahan benda yang menjadi milik pewaqaf dan

menyedekahkan manfaatnya di jalan Allah SWT. (Lihat Fiqh al-Sunnah, 3/515)

 Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebut, wakaf ialah menahan harta benda yang kekal

zatnya serta boleh dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan ia diserahkan kepada pihak

9
yang telah ditentukan dengan harapan ia dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

(Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 8/155)

Berdasarkan definisi yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa wakaf ialah satu amalan

dengan menyerahkan sebahagian harta dimiliki untuk dimanfaatkan oleh masyarakat

bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia memutuskan segala bentuk hak dan

penguasaan pewakaf ke atas harta yang diwakafkan. Harta yang hendak diwakafkan perlu

jelas pemilikannya dan juga perlulah memberi manfaat dan faedah. Begitu juga harta tersebut

perlulah bersifat kekal fizikalnya.

10
2.1 DALIL PENSYARIATAN WAKAF

2.1.1 AL-QURAN

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama

seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula

mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa

yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meluputi ilmu

pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang

sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa

jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

11
2.1.2 HADIS NABI

Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,

ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya”

(Hadith Riwayat Muslim)

(Hadith dari Ibni Umar r.a.) dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu

dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang

bermaksud:

“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku

tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-

cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau

perintahkan kepadaku dengannya?”

Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:

“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”

Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh

dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke

atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan

tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa

menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar

dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.

12
2.1.3 IJMA’

 Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah

disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar,

Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya

mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di

Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby:

6/339, Al-Mustadrah 4/200).

 Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan

kelapangan rezeki, kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185,

Al-Zarkasyi 4/269).

 Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari

kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan

pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah

mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375).

13
2.2 JENIS WAKAF

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:

i)Wakaf Ahli (wakaf keluarga)

wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)

Wakaf ini terbahagi kepada 2 iaitu :-

WAKAF AM

Wakaf Am merupakan mana-mana bentuk harta wakaf yang dibuat untuk tujuan-tujuan

kebajikan atau khairat umum tanpa menentukan mana-mana benefisiari khusus (sama ada

terdiri daripada individu ataupun mana-mana organisasi/institusi) ataupun tujuan-tujuan

khusus yang tertentu. Wakaf dalam bentuk ini boleh diaplikasikan kepada perkara-perkara

atau tujuan-tujuan kebajikan umum yang dapat meningkatkan lagi imej Islam dan

masyarakatnya. Sebagai contoh seorang mewakafkan tanahnya untuk tujuan kebajikan umat

Islam secara umum tanpa menetapkan sebarang syarat kepada harta yang diwakafkan.

14
WAKAF KHAS

Wakaf Khas pula bersifat khusus apabila pewakaf menentukan manfaat wakaf yang dibuat

untuk tujuan-tujuan khusus ataupun benefisiari tertentu. Sebagai contoh, seseorang pewakaf

akan menetapkan kepada siapakah wakafnya dibuat atau untuk tujuan apakah wakafnya mesti

dilaksanakan. Contohnya pewakaf mewakafkan tanah untuk perkuburan atau mewakafkan

tanah hanya untuk orang miskin di sesuatu tempat yang dinyatakan.Antara contoh wakaf khas

ialah :-

1) wakaf tunai

2) wakaf manfaat

3) wakaf pendidikan

4) wakaf saham

Wakaf khas merupakan wakaf yang popular di Malaysia. Pada masa kini kewujudan wakaf

seperti wakaf pendidikan, wakaf perubatan, wakaf tempat ibadat, wakaf untuk anak yatim

dan fakir miskin adalah dalam kategori wakaf khas. Kertas kerja ini hanya akan

memfokuskan kepada wakaf pendidikan di Malaysia

15
2.3 FATWA FATWA BERKAITAN WAKAF PENDIDIKAN

Kami melihat keputusan berkaitan wakaf pendidikan telah diputuskan oleh badan fatwa,

bukan semata-mata di Malaysia tetapi di dunia. Kami mulakan dengan fatwa di Malaysia:-

2.3.1 Majlis Fatwa Kebangsaan

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77

yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk

wang tunai adalah dibolehkan dan dibenarkan untuk dilaksanakan bagi tujuan kebajikan dan

kemaslahatan umat Islam.1

Walaupun ia bermaksud wakaf tunai, tetapi dalam isu pendidikan juga digalakkan untuk

memberi wang secara wakaf tunai.

2.3.2 Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu (15 Mei 2001)

Menukarkan Wakaf Khas Tapak Asrama Pelajar-Pelajar Sekolah Kepada Wakaf Khas Untuk

Pendidikan

Keputusan: Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu

Terengganu untuk menukarkan Wakaf Khas tapak asrama pelajar-pelajar sekolah (KRM 678,

Lot 1397, Mukim Kuala Ibai) daripada Tuan Haji Awang Umar bin Haji Muhammad kepada

Wakaf Khas untuk pendidikan.

16
2.3.3 Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka (5 September 2006)

Pentafsiran Hukum Syara’ Ke Atas Wakaf-Wakaf Yang Tidak Jelas Penyerahannya

Antara keputusan: Semua masjid, surau, sekolah agama (institusi pengajian agama) dan tanah

perkuburan di negeri Melaka adalah wakaf jika telah ditentukan oleh waqif bagi tujuan

tersebut untuk dinikmati manfaat dan faedahnya oleh orang ramai.

2.3.4 Fatwa kerajaan Jordan

Fatwa tersebut mentakrifkan waqaf sebagai: “Tanah, harta yang boleh dipindahkan atau

tidak boleh dipindahkan yang diberi atas sebab kebaikan yang tidak terputus sampai bila-

bila. Ianya merangkumi masjid dan kawasannya, makam-makam, zawiyah, kubur kaum

muslimin yang dikhususkan. Dan juga (yang diwaqafkan) itu sama ada untuk pendidikan

atau bukan.”

17
2.4 KESAN WAKAF TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

DI MALAYSIA (IPT)

2.4.1 Pelajar

wakaf asrama pelajar, wakaf biasiswa, wakaf saraan, wakaf bangunan dan wakaf peralatan

pembelajaran seperti buku, meja, alatulis dan sebagainya dapat meringankan bebanan pelajar

serta ibu bapa.Semua jenis wakaf tersebut memberi banyak kesan positif terhadap para

pelajar antaranya ialah dapat menjimatkan kos tanpa perlu membelanjakan wang terhadap

kemudahan tersebut

PIHAK IPT DAN UNIVERSITI

2.4.2 Kewangan

Antara kesan yang dapat dilihat ialah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pihak universiti

terhadap perlatan dan utiliti seperti asrama,kelas, surau dan lain lain.Tambahan dana yang

ada boleh digunakan oleh pihak IPT untuk penambah baikan lain terhadap utiliti dan

infrastruktur seperti perpustakaan, makmal komputer dan lain-lain untuk kemudahan para

pelajar.

2.4.3 Pendidikan

Keperluan pendidikan yang baik bukan sahaja mampu melahirkan modal insan yang

berkualiti dari sudut pengetahuan dan kemahiran, malah ia menjurus kepada penerapan

sahsiah dan nilai murni diri. Kualiti dan keupayaan modal insan sebegini mampu melahirkan

ramai tokoh dan cendiakawan terkenal di seluruh dunia sekaligus mendorong kepada

peningkatan produktiviti dan pendapatan negara.

18
2.4.4 Pentadbiran

Kesan Wakaf dari segi pentadbiran ialah mampu menyediakan peluang-peluang pendidikan

dan memperbanyakkan peluang pekerjaan.Selain itu, sekiranya diurus tadbir secara

sistematik ia berperanan membangun IPT dan membentuk dana berterusan tanpa terlalu

bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan sekali gus membantu meringankan

beban kewangan kerajaan. Kebergantungan sesebuah universiti kepada dana yang diberikan

oleh kerajaan perlu dilihat semula dan untuk menjadi sebuah universiti yang berdikari konsep

amalan wakaf perlu dilaksanakan demi kemajuan umat Islam.

19
2.5 PELAKSANAAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.5.1 Universitit Awam

 Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dana Wakaf Ilmu: Dana Wakaf Ilmu ditubuhkan UPM pada tahun 2011, menawarkan

peluang untuk komuniti kampus dan orang awam untuk menyumbang kepada dana waqf.

Dana wakaf tersebut mempunyai beberapa skim: Waqf Am, Waqf Kitab, Waqf Kemudahan,

dan Waqf Keperluan Khas. Sumbangan Waqf dibuat melalui kaunter waqaf UPM, kotak

pengumpulan waqf ditempatkan di pelbagai pejabat di UPM, CIMBClicks, potongan gaji

bulanan, dan kemudahan tuntutan kakitangan (e-claim). Sebanyak RM7.1 juta telah

dikumpulkan sehingga Mei 2016. Hasil daripada dana wakaf tersebut telah memberi manfaat

kepada para pelajar UPM.

 Universiti Sains Malaysia (USM)

Wakaf Tunai ISDEV: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) telah mendapat

kelulusan dana wakaf dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 24 November 2009. Dana

ini diuruskan oleh Yayasan Universiti Sains Malaysia (USM). Dana wakaf ini dikumpulkan

melalui kupon tunai yang dikeluarkan serta pemindahan wang melalui bank. Kemudian ia

ditukarkan (badal) kepada aset tetap sebaik sahaja mencukupi jumlah yang sesuai untuk

membuat pertukaran. Sebanyak RM 50,000 telah dikumpulkan sehingga Mei 2016. Hasil

dana wakaf ini digunakan untuk pendidikan serta pembangunan penyelidikan.

20
 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Klinik Wakaf (USIM): Sebuah klinik pakar telah dibina sebagai klinik wakaf melalui

kerjasama antara USIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Klinik ini telah dibuka di

Nilai Square dan mula beroperasi pada April 2014. Klinik wakaf ini diberikan dana

sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Sebanyak RM 4.25 juta telah disumbangkan oleh kerajaan negeri sehingga Mei 2016. Klinik

ini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada asnaf seperti komuniti miskin dan kurang

bernasib baik yang tinggal sekitar kawasan USIM.

 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

Selain mendapat dana wakaf dari kerajaan Malaysia, dana wakaf turut dikumpulkan melalui

sumbangan syarikat-syarikat besar serta yayasan luar negara. Sebanyak RM 3.5 juta dana

wakaf yang telah terkumpul sejak tahun 1999. IIUM dicatatkan telah berjaya menaja

sebanyak 4000 pelajar secara tahunan hasil daripada dana wakaf yang telah berjaya

dikumpulkan.

21
2.5.2 Universiti Swasta

 Universiti Islam Malaysia (IUM)

Kelahiran UIM sebagai universiti wakaf yang pertama diMalaysia telah menjadi anjakan

paradigma dalam memajukan dan meningkatkan taraf institusi wakaf pendidikan dan

pembangunan ekonomi masyarakat Islam.Selain itu, UIM juga mampu memberi sumbangan

yang besar terhadap pembangunan modal insan sebagai satu wadah perjuangan dalam Islam.

 University College Bestari (UCB)

Pihak UCB mengambil inisiatif bagi memudahkan pengumpulan dana wakaf ini, tanah

320 ekar yang merupakan hak milik UCB dibahagikan bernilai RM 300 untuk 1 Meter

dibahagikan kepada 0.1 meter persegi dan dijual dengan harga RM 30.00 serta

dikecualikan daripada cukai pendapatan. Tujuan pemecahan bahagian tanah menjadi lot-

lot kecil ini untuk mensosialisasikan wakaf dan memudahkan masyarakat untuk berwakaf.

Sehingga wakaf tidak eksklusif untuk golongan kaya sahaja bahkan golongan

menengah ke bawah atau golongan marhaen juga mampu berwakaf.

22
2.6 CABARAN DAN HALANGAN
2.6.1 Kepincangan Pangkalan Data

Data merupakan perkara penting dalam menjadi rujukan untuk sesuatu peristiwa dan

transaksi yang berlaku. Penyimpanan data yang baik akan memudahkan rujukan pada masa

hadapan sekiranya ia diuruskan dengan betul. Selain itu, penyimpanan data secara sistematik

juga antara aspek yang dapat membantu pengurusan sesebuah institusi dapat berjalan dengan

baik.Manakala kekurangan yang berlaku pada penyimpanan data sesuatu transaksi akan

memberi kesan yang negative kepada institusi itu sendiri.

kepincangan pangkalan data wakaf ini merupakan satu isu yang masih belum selesai hingga

ke hari ini. Situasi ini berlaku berikutan daripada kekurangan sistem yang lama iaitu tiada

sistem pangkalan data yang sistematik dan juga pemegang amanah yang lama telah

meninggal dunia.Tambahan lagi sistem wakaf yang lama adalah melibatkan kadi atau

penghulu sebagai pemegang amanah bagi tanah yang diwakafkan. Jadi apabila pemegang

amanah ini meninggal dunia, berlaku masalah pada rekod tanah wakaf iaitu rekod tidak

lengkap dan ada yang tidak mempunyai sebarang rekod

Kesan daripada situasi ini menjadi satu rentetan sehingga ke hari ini apabila ada pewaris

individu yang berwakaf ini menuntut tanah yang diwakafkan dan pihak Majlis Agama Islam

Negeri tidak dapat melakukan sebarang tindakan kerana tiada maklumat yang lengkap

berkaitan tanah tersebut. Selain itu, juga ianya akan memberi kesan buruk iaitu berlaku

pencerobohan dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa tanah tersebut

merupakan milik mereka.

23
2.6.2 Kekurangan Tenaga Pakar

Menurut Puad (2014), antara kekangan yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS) adalah kekurangan tenaga pakar dalam aspek teknikal dan profesional. Tenaga pakar

ini merangkumi bidang shariah, perundangan dan juga pelaburan dan pembangunan

tanah.Pengurusan wakaf akan mengalami cabaran sekiranya kekurangan kakitangan yang

mahir dalam bidang perancangan dan pembangunan tanah.

Menurut Azha (2013) antara kekangan yang berlaku dalam menguruskan wakaf pendidikan

ialah berpunca daripada kelemahan dalam perancangan dan pembangunan tanah wakaf

tersebut. Selain itu, kekurangan tenaga pakar dalam institusi pendidikan wakafdari segi aspek

pengurusan dan kefahaman berkaitan wakaf. Hal ini demikian telah menyebabkan institusi ini

mempunyai kekangan sehingga memberi kesan terhadap perkembangan institusi pendidikan

wakaf itu sendiri. Tambahan lagi,ia juga akan memberi kesan yang kurang baik kepada

Majlis Agama Islam Negeri tersebut kerana mereka akan membazirkan wang, tenaga dan

masa sekiranya masalah initidak dibendung dengan segera

2.6.3 Ketidakseragaman Perundangan

Wakaf Perundangan wakaf di Malaysia berada dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri

(MAIN) dan juga ditadbir berdasarkan enakmen pentadbiran negeri. Namun terdapat

beberapa negeri yang telah mempunyai enakmen wakaf yang khusus iaitu Selangor, Melaka,

Perak dan juga Negeri Sembilan. Tetapi bagi negeri – negeri yang lain masih lagi

menggunakan enakmen pentadbiran negeri masingmasing. Pusat wakaf berhadapan dengan

masalah pentadbiran yang tidak seragam untuk semua negeri. Penyeragaman perundangan

dalam institusi wakaf perlu diambil kira dalam mewujudkan pengurusan yang berkesan

24
2.6.4 Kesedaran Masyarakat

Tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat juga boleh memberi kesan

terhadap pengurusan institusi wakaf. Hal ini kerana masyarakat kurang memahami ciri-ciri

wakaf yang dinamik.Kebanyakan mereka menganggap wakaf hanya boleh berfungsi kepada

aspek kegamaan dan pendidikan semata-mata. Hal ini menggambakan bahawa konsep wakaf

dalam kalangan masyarakat belum lagi mencapai kepada kefahaman yang jelas.

Antara salah faham terhadap penggunaan tanah wakaf untuk satu fungsi sahaja sedangkan

kaedah istibdal tanah wakaf mampu untuk mengembangkan tanah kearah yang lebih baik.

Sebagai contoh kebimbangan masyarakat terhadap pembangunan tanah wakaf sekiranya

digunakan untuk perkara melanggar syarak seperti pusat perjudian. Keadaan ini juga telah

memberi kesan kepada perkembangan tanah wakaf dan pada masa yang sama memberi

kekangan terhadap pengurusan wakaf itu sendiri. Oleh itu, perlunya kepada pemantauan yang

ketat terhadap aktiviti yang dijalankan terhadap pembangunan tanah wakaf.

Tambahan lagi masyarakat juga menganggap wakaf hanya untuk orang yang beragama Islam

sahaja.Persepsi ini juga merupakan salah faham yang wujud dalam masyarakat disebabkan

oleh kurang memahami konsep wakaf yang sebenar. Wakaf sebenarnya juga dibolehkan

untuk orang yang bukan beragama Islam. Masyarakat perlu sedar peranan besar wakaf yang

mampu membangunkan ekonomi malah lebih daripada itu dan wakaf bukanlah semata-mata

untuk mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin. Menurut Kahf (2003),

sumbangan wakaf adalah meluas meliputi semua aspek kebajikan sosial walaupun ada ahli

politik dan ekonomi mengkelaskan tugas tersebut adalah tanggungjawab kerajaan sebagai

contoh pendidikan, kesihatan dan juga aspek keselamatan.

25
2.7 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Potensi pengembangan dana wakaf menerusi instrumen wakaf pendidikan amat luas dan

tidak terhad. Malah semua orang boleh berwakaf mengikut kemampuan masing-masing.

Namun begitu ia memerlukan komitmen dan usaha berterusan. Justeru beberapa langkah

dicadangkan. Merubah mentaliti masyarakat yang masih melihat wakaf dalam skop tradisi

dengan meningkatkan kesedaran berwakaf kepada bidang pendidikan tinggi. Sehingga kini

belum ada kajian terperinci yang dapat membuktikan kesahihan punca sebenar pengabaian

institusi dan amalan berwakaf di kalangan umat Islam. Memberi kesedaran kepada

masyarakat untuk berwakaf dalam bentuk wang ringgit supaya manfaatnya dapat

diperluaskan kepada pelbagai bidang. Ini kerana ramai yang seronok bersedekah berbanding

wakaf yang menjanjikan manfaat duniawi dan ukhrawi. Memperbanyakkan aktiviti promosi

dan kempen bagi memperoleh dana wakaf tunai melalui media massa dan media sosial. Ini

kerana dana yang ada masih tidak mencukupi untuk menampung kelangsungan pembangunan

wakaf, implikasinya wakaf tidak berperanan dalam pembangunan negara

Sejumlah peruntukan tetap wakaf untuk pendidikan tinggi perlu dimasukkan dalam

belanjawan negara setiap tahun sebagai sumbangan wakaf irsod oleh pemerintah untuk

menyemarakkan wakaf pendidikan tinggi di Malaysia. Sumbangan sektor korporat dalam hal

ini juga ditagih. Untuk itu dicadangkan agar kerajaan menyediakan suatu mekanisme

pelepasan cukai dan rebat kepada syarikat yang terlibat.

Sebuah panel pelaburan semula wang wakaf di IPT yang berwibawa perlu ditubuhkan agar

modal sedia ada berkekalan dan manfaatnya boleh digunakan selama-lamanya. Menurut

Osman (2002) sekiranya institusi wakaf mempunyai cukup kakitangan, kewangan,

pengurusan dan kemahiran maka ia boleh berperanan dengan lebih luas dan efektif. Memberi

26
tumpuan khusus kepada produk saham wakaf seperti yang diamalkan oleh pihak-pihak

tertentu.

Mengadakan seminar pelaksanaan wakaf dan endowment di Malaysia bagi melihat kaitannya

dengan hukum syarak, aspek perundangan, perbezaan dan bagaimana wakaf boleh

diketengahkan sebagai instrumen pembiayaan pendidikan oleh IPT.

Ini kerana dalam konteks Malaysia universiti awam terutama yang berstatus universiti

penyelidikan perlu mempunyai sumber kewangan yang mapan untuk menghadapi autonomi

sepenuhnya. Dengan pelaksanaan dasar autonomi universiti tidak lagi terikat dengan tadbir

urus agensi awam dan dibenarkan untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung 30%

kos operasi melalui perniagaan, pelaburan berisiko tinggi dan penyewaan ruang.Menurut

Zaini (ibid.), lebih 70% pelajar ijazah sarjana muda di Harvard University, mendapat tajaan

daripada dana endowment termasuk juga gaji profesor, prasarana fizikal dan dana

penyelidikan.

27
2.8 RUJUKAN
Wan Azmi Bin Wan Ahmad, Muhammad Muzakkir Bin Othman@Seman, Mohd Hafiz Bin
Abdul Wahab, Norhasimah Binti Shaharuddin, 2014,
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9888/1/Pembangunan%20Waqaf%20
Pendidikan%20Di%20Ipt%20Malaysia.pdf

Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, 2019, Bayan Linas Sirir ke 191 : Wakaf
Pendidikan dan Manfaatnya, https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3553-
bayan-linnas-siri-ke-191-wakaf-pendidikan-dan-manfaatnya

Mohd Ali Muhamad Don, 2016, Peranan Wakaf untuk Pembangunan Pendidikan Tinggi;
Sejarah Silam dan Pelaksanaan di Malaysia

Maffuza binti Salleh, Noor Syahida binti Abdul Rahman, 2014, Wakaf Pendidikan di Malaysia : Satu
Tinjauan, http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/034-WAKAF
PENDIDIKAN-DI-MALAYSIA.pdf

Mohd Syakir Mohd Taib , Wan Kamal Mujani, Ermy Azziaty Rozali & Kartini
AbooTalib@Khalid, 2017, Perkembangan Wakaf Pendidikan di Malaysia,
http://ejournal.ukm.my/ijwas/article/download/22753/7219

Rabiatul Hasanah Mahmood, Nazifah Mustaffha, Latifah Bibi Musafar Hameed, Norhanizah
Johari, 2071, Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Isu Dan Cabaran
http://conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC%20005.pdf

Hasyeilla Abd Mutalib, Rohayati Hussin, Nur Aqidah Suhaini, Norhana Aziani Mohd
Bostaman,https://www.academia.edu/14995754/UNIVERSITI_ISLAM_MALAYSIA
_TRANSFORMASI_PEMBANGUNAN_INSTITUSI_WAKAF_PENDIDIKAN_20
14

Mutiara Dwi Sari, Ab Aziz Yusof, Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor, 2016,
Pembangunan Wakaf Pendidikan di University College Bestari, Terengganu
https://www.researchgate.net/publication/311513064_Pembangunan_Wakaf_Pendidik
an_di_University_College_Bestari_Terengganu

28

You might also like