You are on page 1of 166

PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT

TAHFIZ SELANGOR

NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 (Pind.1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT
TAHFIZ SELANGOR

NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai mematuhi sebahagian syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

FAKULTI ALAM BINA


Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018
ii
iii

DEDIKASI

To my beloved mother, sister and family thank you for the non-stop courages and spirits for
me completing this thesis.
My unbiological sister, Amni for always lend the shoulder and been around with me judging,
struggling despite all the laziness we had
Jaja, Ama, Maira, Shey, Mady & Illy, the lovely bosom ladies
Thank you for all the immeasureable helps, opinions, laughters we coloured together
Mr.MSMI, through the 6 years acquaintance along this ups and downs study
Not to be forgotten the buddies that I have shared my teenhood and adulthood with,
2012-2018 all the QS-Cecomelz members, may the ukhuwah lasts forever
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya


kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya mengikut perancangan dan masa yang telah di tetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Dr. Syamsul Hendra Bin


Mahmud selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya di mana beliau telah banyak
memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang tidak ternilai sepanjang proses
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ribuan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak luar yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi kerjasama yang
baik di dalam memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
banyak memberi bantuan dan sumbangan terutamanya dari segi sokongan moral dan
bantuan kewangan.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya


di atas segala tunjuk ajar dan bantuan yang ikhlas diberikan kepada saya sepanjang
proses kajian ini.
v

ABSTRAK

Pusat tahfiz iaitu institusi pendidikan Al-Quran berkembang pesat di Malaysia


kerana permintaan masyarakat dan kesedaran masyarakat tentang pentingnya
membaca atau belajar Al-Quran. Juga tanpa disedari, pembangunan pusat tahfiz
bercambah tanpa pemerhatian ke atasnya sehingga banyak kes kebakaran dalam
kelompok tahfiz dilaporkan. Saban hari, kebakaran semakin meningkat berlaku
dalam kelompok yang sama. Namun, kajian terhadap pusat tahfiz dalam mematuhi
piawaian keselamatan kebakaran hanya sekadar menilai tahap pematuhan. Oleh itu,
kajian penuh ke atas pusat-pusat tahfiz dalam mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawian adalah penting supaya dapat merungkai mengapa
tahap pematuhan pusat tahfiz masih lemah serta sekali gus untuk melihat sejauh
mana pusat-pusat tahfiz peka terhadap aspek ini dengan mengenalpasti langkah-
langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Kajian ini tertumpu
kepada sepuluh buah pusat tahfiz negeri Selangor dan dilaksanakan melalui kaedah
kualitatif. Pengumpulan data dilaksanakan dengan temubual semi-struktur iaitu
bersama sepuluh orang mudir sebagai responden. Hasil kajian mendapati bahawa
masalah utama pusat-pusat tahfiz ini adalah sumber kewangan yang terhad serta
kesulitan kehendak dan syarat JAIS yang rumit telah menyebabkan kesukaran
mereka menerima bantuan memperbaiki elemen-elemen keselamatan kebakaran
seterusnya kesukaran dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.
Walaubagaimanapun, langkah mengurangkan masalah serta beban yang ditanggung
dalam mematuhi piawaian melalui usaha sendiri mahupun alternatif daripada pihak
luar telah semakin giat dijalankan terutamanya dalam menjana kewangan dan
pemantapan ilmu keselamatan kebakaran. Ini disokong oleh pihak-pihak tahfiz yang
telah menggunakan pengalaman, pemahaman serta pandangan mereka dalam
mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.
vi

ABSTRACT

Tahfiz Institutes, which the Al-Quran education institution, is growing rapidly in


Malaysia due to community demands and community awareness on how important
of reading or studying the Quran. Also without realizing it, the development of the
tahfiz institutes sprouted rapidly without observation on it so many cases of fire in
tahfiz group was reported. Every day, fire cases are rising in the same group.
However, studies of tahfiz in compliance with fire safety standards are merely
assessing the level of compliance. Hence, a thorough study of tahfiz in identifying
problems faced in compliance with standards is essential in order to illustrate why
the Tahfiz center's compliance level is still weak and thus to see how far tahfiz are
sensitive to this aspect by identifying the steps taken to reduce the problem.. This
study focuses on ten of tahfiz institutes in Selangor and implemented through
qualitative methods. Data collection was conducted with semi-structured interviews
with ten people as respondents. The findings show that the major problems of these
tahfiz institues are limited financial resources as well as the complicated difficulties
and requirements of JAIS have caused their difficulty in improving fire safety
elements then caused difficulties in complying with fire safety standards. However,
mitigating measures and burdens in complying with standards through their own
efforts or alternatives from external parties and authorities have been intensively
implemented, especially in financial firms and the establishment of fire safety
knowledge. This is indeed supported from a survey of interview where the Tahfiz
parties use their own experience, understanding and views in compliance with fire
safety standards.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN PENYELIA iii


JUDUL IV
PENGAKUAN
ERROR! BOOKMARK NOT DEFINED.
DEDIKASI III
PENGHARGAAN IV
ABSTRAK V
ABSTRACT VI

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Kaedah kajian 8

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 12

2.1 Pendahuluan 12
2.2 Definisi Piawaian, Keselamatan dan Kebakaran 13
2.3 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
viii

keselamatan kebakaran 14
2.3.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi 15
2.3.2 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak dan syarat-
syarat yang diperlukan oleh JAIS 15
2.3.3 Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan
kebakaran yang terhad 16
2.3.4 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik 17
2.3.5 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem
keselamatan 18
2.3.6 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan
tindak balas daripada JAIS 19
2.3.7 Kebuntuan antara manfaat pematuhan dengan perkara penting
lain 20
2.4 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi
dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 20
2.4.1 Memohon bantuan kewangan 21
2.4.2 Mengenakan kadar bayaran yuran yang adil 21
2.4.3 Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba mengenai
tahap keselamatan dalam bangunan 22
2.4.4 Beterusan Mendapatkan Susulan dan Pengemaskinian
Daripada Pihak JAIS 22
2.4.5 Menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar
dan demonstrasi kebakaran 22
2.4.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam
kelas 23
2.4.7 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz 23
2.5 Proses Penubuhan Sekolah Islam dan Tahfiz Persendirian 24
2.5.1 Prosedur Pendaftaran Sekolah Islam Persendirian 24
2.6 Peruntukan Piawaian dan Perundangan Pencegahan Kebakaran
dan Elektrik 27
2.6.1 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984
(UKBS 1984) 27
2.6.2 Akta Perkhidmatan Bomba, 1988 30
ix

2.6.3 Akta Bekalan Elektrik 31


2.6.4 Keperluan-keperluan Am Yang Ditetapkan Oleh Jabatan
Bomba Dan Penyelamat, Malaysia untuk Pepasangan
Pencegahan Kebakaran 32
2.7 Rumusan Bab 36

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.2.1 Kajian Kualitatif 38
3.2.1.2 Rekabentuk Kajian Teori Grounded 39
3.3 Prosedur Kajian 40
3.3.1 Kajian Literatur 40
3.3.2 Proses Pengumpulan Data 41
3.3.2.1 Kaedah Pengumpulan Data 41
3.3.2.2 Instrumen Kajian 42
3.3.2.3 Sampel dan Populasi Kajian 44
3.3.3 Proses Penganalisaan Data 46
3.3.3.1 Analisa Kandungan 46
3.3.3.2 Pengekodan Teks 47
3.4 Rumusan Bab 49

BAB 4 ANALISIS DATA 50

4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Kajian Temu Bual 51
4.3 Analisis Bahagian A- Latar Belakang Responden & Pusat Tahfiz 53
4.3.1 Maklumat Responden 53
4.3.2 Maklumat Pusat Tahfiz 54
4.4 Pusat Tahfiz A 55
4.4.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 55
x

4.4.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang


dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 57
4.5 Pusat Tahfiz B 59
4.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 59
4.5.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 62
4.6 Pusat Tahfiz C 64
4.6.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 64
4.6.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 66
4.7 Pusat Tahfiz D 68
4.7.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 69
4.7.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 69
4.8 Pusat Tahfiz E 71
4.8.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 71
4.8.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 72
4.9 Pusat Tahfiz F 74
4.9.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 74
4.9.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 76
4.10 Pusat Tahfiz G 78
4.10.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 78
4.10.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 79
4.11 Pusat Tahfiz H 80
xi

4.11.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian


keselamatan kebakaran 80
4.11.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 81
4.12 Pusat Tahfiz I 82
4.12.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 82
4.12.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 83
4.13 Pusat Tahfiz J 85
4.13.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran 85
4.13.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 87
4.14 Analisis Bahagian B (objektif 1) - Masalah-masalah yang dihadapi
oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan
kebakaran 89
4.14.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi 91
4.14.2 Melalui konflik dengan kehendak dan syarat yang diperlukan
oleh JAIS 92
4.14.3 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan
tindak balas daripada pihak JAIS 93
4.14.4 Pengetahuan kepentingan keselamatan kebakaran yang
terhad 94
4.14.5 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik 95
4.14.6 Kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama 96
4.14.7 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem
keselamatan 96
4.14.8 Turut menggalas tanggungan lain 97
4.15 Analisis Bahagian C (objektif kedua) – Langkah-langkah yang
diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam
mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. 97
xii

4.15.1 Menjana kewangan perniagaan daripada perniagaan, usaha


sendiri dan yuran 102
4.15.2 Mencari tajaan untuk keperluan keselamatan kebakaran
daripada kenalan 103
4.15.3 Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru 104
4.15.4 Memohon, menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah,
seminar dan demonstrasi kebakaran 104
4.15.5 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz 105
4.15.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam
kelas 105
4.15.7 Memanggil badan bukan kerajaan memberikan ceramah 105
4.15.8 Mengadakan sesi kaunseling pentingnya keselamatan
kebakaran 106
4.15.9 Berterusan mengikuti serta mendapatkan susulan dan
kemaskini daripada pegawai JAIS 106
4.15.10 Memperbaiki teknik sistem pengurusan tahfiz 107
4.15.11 Menaiktaraf pemasangan elemen keselamatan kebakaran 107
4.15.12 Memohon bantuan kewangan dan derma 107
4.16 Rumusan Bab 108

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 109

5.1 Pengenalan 109


5.2 Semakan Objektif 110

5.2.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian


keselamatan kebakaran 110
5.2.2 Langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan
masalah-masalah mematuhi piawaian keselamatan
kebakaran 111
5.3 Masalah yang dihadapi semasa penyelidikan 113
5.3.1 Kesukaran memahami penyampaian maklumat yang
disampaikan oleh responden 113
5.4 Cadangan Dan Kajian Lanjutan 114
xiii

5.4.1 Pengurusan Sistem Keselamatan Kebakaran Pusat tahfiz 114

RUJUKAN 115

LAMPIRAN A-D 119


xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.2 Contoh Analisis Pengekodan Terbuka 48


4.1 Latar Belakang Responden dan Pusat Tahfiz 53
4.2 Latar Belakang Pusat Tahfiz yang Dikaji 54
4.14 Susunan Masalah-masalah yang Dihadapi 90
Dalam Mematuhi Piawaian Keselamatan
Kebakaran
4.15 Analisis Langkah-langkah yang Diambil 99
Untuk Mengurangkan Masalah-masalah yang
Dihadapi Dalam Mematuhi Piawaian
Keselamatan Kebakaran
xv

SENARAI RAJAH

NO.CARTA TAJUK HALAMAN

3.1 Bentuk Populasi dan Sampel Kajian 45


4.4 Bangunan Pusat Tahfiz A 55
4.5 Bangunan Pusat Tahfiz B 59
4.6 Bangunan Pusat Tahfiz C 64
4.7 Bangunan Pusat Tahfiz D 68
4.8 Bangunan Pusat Tahfiz E 71
4.9 Bangunan Pusat Tahfiz F 74
4.10 Bangunan Pusat Tahfiz G 78
4.11 Bangunan Pusat Tahfiz H 80
4.12 Bangunan Pusat Tahfiz I 82
4.13 Bangunan Pusat Tahfiz J 85
xvi

SENARAI CARTA

NO.CARTA TAJUK HALAMAN

1.1 Peringkat-peringkat Kajian 8


2.1 Aktiviti yang Terlibat Dalam Penubuhan 25
Sekolah Islam dan Pusat Tahfiz
xvii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

SINGKATAN KETERANGAN

CCC - Certificates Of Compliance Completion


JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor
MAIS - Majlis Agama Islam Selangor
NIOSH - National Institute for Occupational Safety and Health
DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
JPBM - Jabatan Persatuan Bomba Malaysia
PITAS - Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
iv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Instrumen Pengumpulan Data 119


B Transkrip Temu Bual Semi Struktur 125
C Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat 144
D Pengesahan Pengumpulan Data Temu Bual 145
Semi-struktur
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan berasaskan agama Islam di Malaysia menjadi proses


persediaan diri untuk menjadi pendakwah dan juru tarbiyyah atau pun ulama dan
kian berkembang sehingga wujudnya pondok-pondok, maahad tahfiz dan juga
madrasah yang dibina beberapa puluh tahun lalu. Sebahagian sekolah tahfiz
diuruskan oleh pihak kerajaan (pusat atau negeri) dan sebahagiannya pula diuruskan
oleh pihak swasta (Binyamin, 2013).

Bagi pusat atau sekolah tahfiz kerajaan, pembelajaran adalah berdasarkan apa
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya berjalan secara
sistematik serta teratur dengan memperkenalkan kurikulum bersekali dengan
akademik termasuk di peringkat SPM, sekurang-kurangnya pelajar tahfiz mempunyai
dua aliran dan kelulusan iaitu SPM dan tahfiz al-Quran (Nazura, 2017).
Kebiasaannya, sekolah tahfiz milik kerajaan mempunyai bangunan sendiri.
Manakala, pembelajaran di pusat atau sekolah tahfiz swasta ada kalanya tidak
beberapa sistematik dan teratur. Tetapi, masih ada juga yang diuruskan dengan baik
dan moden. Namun , berbeza dengan tahfiz kerajaan, pusat tahfiz swasta dibina di
atas tanah sendiri, disewa atau diwakafkan (Azhar, 2017).
2

Antara contoh tragedi tragis kebakaran pusat tahfiz adalah seperti Sekolah
Agama Rakyat Tauiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai
Pondok Pak Ya di Yan di Kedah yang terbakar. Tragedi sama berlarutan sehingga
Pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah juga hangus terbakar. Malah, berdasarkan rekod
Bernama, keadaan semakin membimbangkan apabila dalam tempoh Januari hingga
September 2017 sahaja, sebanyak 10 buah pusat tahfiz di Malaysia dilaporkan
musnah dijilat api. Perkara ini secara tidak langsung, telah mengakibatkan banyak
kerugian.

Aspek keselamatan yang diterapkan oleh pemilik premis terhadap bangunan


dan penghuni-penghuni iaitu tenaga pengajar dan pelajar sangat lemah. Banyak pusat
tahfiz yang didirikan di Malaysia hari ini kebanyakannya merupakan rekabentuk
sendiri yang tiada elemen-elemen keselamatan untuk dipraktikkan. Hal ini terbukti
atas siasatan yang dilakukan oleh pihak bomba sejurus berlakunya insiden-insiden
yang tidak diingini seperti kebakaran berlaku. Namun, perkara yang sama tetap
berlarutan dari semasa ke semasa walaupun beberapa tidakan tegas diambil.

Membuka dan menguruskan pusat tahfiz memerlukan keikhlasan namun


bahawa keikhlasan sahaja tidak mencukupi sehingga mengabaikan kepentingan
keselamatan (Khairol, 2017). Sebaliknya, ia harus disertai dengan kemampuan
mereka untuk mematuhi piawaian yang disediakan kerajaan. Oleh itu, aspek
keselamatan kini menjadi perhatian orang ramai terhadap pusat tahfiz dan maahad di
Malaysia disebabkan oleh kebakaran yang semakin merebak dan, tragedi ini sahaja
telah meragut banyak nyawa mereka yang tidak bersalah.

Oleh itu, maklumat terpeinci mengenai masalah mahupun kekangan yang


dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian perlu dirungkaikan
dengan segera supaya pihak berkuasa dan orang awam perlu peka serta juga boleh
mengambil tindakan-tindakan alternatif yang sewajarnya untuk membantu selain
dapat mengelakkan tragedi tidak diingini pada masa hadapan (Nizar, 2017).. Selain
3

itu, langkah-langkah yang diambil oleh Pusat tahfiz dalam mengurangkan masalah-
masalah tersebut juga perlu dikaji supaya dapat mengetahui sejauh mana aspek
keselamatan kebakaran menjadi keutamaan bagi mereka. Dengan hal yang demikian,
pentingnya kajian ini dilakukan.

1.2 Penyataan Masalah

Kini ternyata sebanyak 50 peratus daripada 956 buah pusat tahfiz yang
diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negeri sejak
September lalu, didapati dalam keadaan tidak selamat (Fairuz, 2017). Hasil daripada
pemeriksaan tersebut, banyak kesalahan yang telah disenaraikan. Antaranya adalah
tidak mempunyai peralatan kebakaran dan hasil pemeriksaan, sebanyak 291 notis
telah dikeluarkan sehingga 13 Oktober 2017. Alatan kebakaran tersebut juga adalah
seperti alat pengesan dan penggera kebakaran yang berfungsi untuk memberi amaran
kebakaran dalam bangunan. Jika masih berdegil tidak menyediakan peralatan-
peralatan kebakaran, peruntukan hukuman denda sebanyak lima ribu ringgit atau
penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan (Jabatan
Bomba dan Penyelamat, 2017)

Selain itu, aspek keselamatan kebakaran di Pusat tahfiz Darul Quran


Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung bukan sahaja banyak kesalahan, malah ada yang
diabaikan. Hasil siasatan mendapati ianya tidak berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan (Zahid,2017). Perkara ini telah menyukarkan Kementerian Pendidikan
atau jabatan agama untuk melaksanakan audit keselamatan secara komprehensif ke
atas pusat tahfiz terbabit yang dapat mengenalpasti tahap keselamatan sekolah
termasuk bahaya kebakaran dan langkah pembaikan dapat diambil dengan segera.
4

Oleh itu, pentingnya, semua pengendali sekolah agama di negara ini perlu
diwajibkan untuk berdaftar (Kasyfi Alawi, 2017).

Pusat-pusat tahfiz ini seharusnya memenuhi syarat dan keperluan yang


ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan JAKIM walaupun jika telah berdaftar.
Sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, tindakan pembatalan
lesen akan dikenakan (Datuk Seri Mahdzir Khalid,2017). Penguatkuasaan seperti ini
dilakukan supaya dapat menghindari pemilik premis daripada mengingkari terma dan
rujukan yang telah digariskan iaitu merangkumi penyediaan infrastruktur,
kokurikulum dan guru.

Di samping itu, dalam pembinaan sebuah bangunan, pemilik bangunan


dibenarkan menghuni sejurus diberikan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan atau
„Certificate Completion and Compliance’ (CCC) iaitu hasil pengesahan pemeriksaan
bangunan siap daripada pihak bomba. Hal ini kerana, untuk menjamin keselamatan
penghuni bangunan daripada bahaya kebakaran atau apa-apa kemalangan. Namun
begitu, masih banyak pusat tahfiz yang tidak menerima kelulusan tersebut tetapi
telah pun beroperasi. Antaranya termasuklah Darul Ittifaqiyah dan hanya satu
daripada 63 buah tahfiz di Negeri Sembilan yang memiliki sijil tersebut namun telah
juga beroperasi (Noh Omar, 2017).

Di samping itu, tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mendapati tiada elemen keselamatan
bangunan tersebut untuk kegunaan kecemasan. Mangsa-mangsa terperangkap
disebabkan oleh pintu dan tingkap di sekolah itu tidak mempunyai aspek
keselamatan. Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan mengenai
kejadian kebakaran di pusat-pusat tahfiz memandangkan sebanyak 211 kebakaran
berterusan dilaporkan sejak tahun 2015 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
2017). Malah, susulan tragedi kebakaran yang semakin meningkat ini termasuk
5

tragedi kedua terbesar selepas Pondok Pak Ya itu, pentingnya pecegahan kebakaran
sangat dituntuti.

Dengan hal demikian, insiden kebakaran ini secara tidak langsung


mencetuskan pertanyaan dalam pemikiran masyarakat mengenai kekangan atau
masalah yang dialami oleh institusi-institusi tahfiz yang semakin bercambah di
negara ini sejak beberapa tahun lalu sehingga sukarnya untuk mematuhi piawaian
yang ditetapkan. Bertambah kritikal apabila bekas bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak (2017) menyatakan bahawa masih yang tidak mematuhi piawaian
bomba walaupun telah menerima kelulusan pendaftaran daripada Majlis Agama
Islam. Rakyat pula banyak memandang remeh terhadap hal ini dek kerana pegangan,
pembinaan pusat tahfiz ini adalah sebagai amal jariah semata-mata.

Berdasarkan segala penyataan di atas, ternyata kurangnya penyiasatan


terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian
dan demikianlah betapa pentingnya kajian ini perlu dilakukan secara mendalam
supaya dapat merungkai kerumitan yang dialami oleh pihak tahfiz di samping semua
pihak berperanan mengambil tindakan daripada menyalahkan pihak tahfiz sahaja.
Seterusnya juga, daripada tahap pematuhan, langkah-langkah yang diambil oleh
pusat tahfiz dalam mengatasi masalah harus dikenalpasti agar dapat mengetahui
sejauh mana mereka benar-benar mengambil berat akan hal ini atau sebaliknya.

1.3 Persoalan Kajian

Melalui penyataan masalah kajian ini, timbulnya persoalan berkaitan


masalah-masalah serta langkah-langkah dalam mematuhi piawaian keselamatan
kebakaran. Persoalan tersebut adalah:
6

a. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz dalam


mematuhi piawaian keselamatan kebakaran?
b. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pusat-pusat tahfiz untuk
mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran?

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan di atas, demikianlah faktor kajian ini dilakukan di mana


objektif untuk kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.
ii. Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh pusat-pusat tahfiz untuk
mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian adalah di pusat-pusat tahfiz Negeri Selangor. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengetahui masalah yang dihadapi dalam kelompok pusat tahfiz
dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Pada masa yang sama, langkah-
7

langkah untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi


piawaian keselamatan kebakaran sepenuhnya.

1.6 Kepentingan Kajian

Maklumat dan perincian mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh


Pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran adalah penting supaya
pihak-pihak yang terlibat boleh mengambil alternatif sama ada menaiktaraf atau
memperbaiki piawaian. Selain itu, pentingnya juga supaya pusat-pusat tahfiz yang
didirikan di dalam negara ini tidak disisihkan dari segi semua sudut.

Selain itu, langkah-langkah yang diambil oleh pusat tahfiz sendiri juga harus
dikenalpasti supaya mereka sentiasa peka dengan keselamatan kebakaran. Dalam hal
ini, ia perlu menjadi keutamaan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil. Dengan
itu, tindakan boleh dikenakan pada pengusaha maahad tahfiz yang tidak mengambil
inisiatif, malah masih ingkar mematuhi kewajiban piawaian keselamatan juga perlu
dilihat, demi keselamatan penghuni dan pelajar maahad tahfiz. Dasar Pendidikan
Tahfiz Negara harus diikuti walaupun berbentuk sementara (sedang dirangka) atau
kekal (Zahid, 2017). Hal ini bertujuan memberi peringatan sekiranya masih gagal
mematuhi piawaian keselamatan.

Hal-hal pematuhan piawaian bukan memfokuskan tahap sesebuah pusat


tahfiz sahaja malah, keadaan semasa yang dihadapi seharian oleh pusat-pusat tahfiz
juga perlu diselidik supaya semua individu tidak menyalahertikan keselarian tahap
pematuhannya. Sesebuah institusi sekolah walaupun namanya ditempek istilah Arab,
Mandarin, Tamil atau apa jua bahasa, tetap wajib ada ciri-ciri keselamatan
8

sepertimana perlu dan layaknya bagi sebuah sekolah di negara ini.


Keteraturan masyarakat bermula daripada keteraturan sekolah. Jika bercelaru
sekolahnya, maka bercelarulah masyarakatnya (Roos, 2017).

1.7 Kaedah kajian

Secara amnya, terdapat lima peringkat yang terlibat bagi metodologi kajian
ini. Ini termasuklah kajian awal, kajian literatur, pengumpulan data, analisis data dan
yang terakhir, kesimpulan dan cadangan kajian masa hadapan. Peringkat-peringkat
kajian ini diterangkan seperti rajah di bawah.
9

Rajah 1.1: Peringkat-peringkat kajian


10

1.7.1 Kajian Awal

Kajian awal merupakan kerja kerja awalan sebelum pengumpulan data boleh
dilakukan. Pada peringkat ini, pembacaan, perbincangan dan pemerhatian dijalankan
bagi mendapatkan gambaran awal atau idea mengenai tajuk kajian yang ingin
dilaksanakan. Kemudian, pemahaman mengenai setiap aspek kajian perlu diketahui
dengan lebih mendalam terutama mengenai isu dan masalah yang timbul, agar kajian
dapat dilaksanakan mengikut susunan yang tepat dan mengikut arah tujuan yang
betul. Kajian awal turut meliputi kajian mengenai penyataan masalah, persoalan
kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian.

1.7.2 Kajian Literatur

Kajian literatur bertujuan untuk mendapatkan fakta yang tepat berkaitan


dengan kajian yang dilakukan. Kajian literatur dilaksanakan untuk mendapatkan teori
mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz serta langkah-
langkahnya yang diperolehi terutamanya daripada surat-surat khabar memandangkan
kebakaran semakin banyak berlaku. Selain itu juga adalah jurnal, dan tesis-tesis
terdahulu. Rujukan melalui Internet turut digunakan bagi mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan lebih meluas seperti di laman portal JAIS, MAIS dan lain-lain
badan organisasi terhadap sejarah, penubuhan, serta struktur yang terlibat dalam
pembangunan pusat-pusat tahfiz Malaysia.

1.7.3 Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini memfokuskan mengenai dapatan maklumat


daripada pihak-pihak tahfiz, seperti mana objektif kajian yang ingin mengkaji
masalah atau kekangan yang dihadapi oleh mereka menurut pengalaman, pandangan
11

serta situasi yang dialami sendiri. Begitu juga dengan usaha-usaha yang dilakukan
dalam mengurangkan masalah yang dialami. Maka kaedah temu bual semi-struktur
digunakan sebagai pengumpulan data dan borang temu bual semi-struktur adalah
instrument kajian yang berperanan menjadi panduan penyelidik semasa menemu bual
serta untuk dianalisis. Kesemuanya diterangkan dengan lebih jelas di dalam bab 3
(metodologi kajian).

1.7.4 Analisis Data

Analisis data dengan lebih jelas dibincangkan di dalam bab 3 iaitu


Metodologi Kajian. Analisis data akan dijalankan setelah data diperoleh melalui sesi
temu bual yang dijalankan. Analisis data dapat memberi gambaran yang lebih jelas
mengenai kajian yang dikaji agar memberi pemahaman yang senang kepada
penyelidik.

1.7.5 Rumusan dan Cadangan

Rumusan dan cadangan dibincangkan di dalam Bab 5. Hasil dapatan melalui


kajian literatur, metodologi kajian dan analisis data yang dilaksanakan, satu rumusan
dibuat bagi merumuskan semua hasil dapatan kajian termasuk mengemukakan
cadangan bagi kajian seterusnya. Ia merupakan langkah terakhir bagi mencapai
keputusan kajian dan memenuhi objektif kajian.
12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Memandangkan insiden kebakaran pusat-pusat tahfiz saban hari semakin


meningkat, pematuhan piawaian kini sangat ditekankan oleh pihak berkuasa dan
penyiasatan semakin giat dijalankan untuk mengenalpasti tahap keselamatan pusat-
pusat tahfiz. Walaupun begitu, telah banyak piawaian, serta perundangan ditetapkan
sebelumnya bagi membantu pihak-pihak bertanggungjawab terhadap keselamatan
dan kesihatan penghuni-penghuni bangunan. Namun, kepatuhan masih dalam
keadaan merosot. Prosedur pembinaan bangunan tetap perlu diikuti bagi menghindari
sebarang kecelakaan berlaku. Secara tidak langsung, dapat melaksanakan langkah-
langkah yang sesuai dalam mencegah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya
risiko kemalangan. Oleh itu, piawaian dan perundangan keselamatan kebakaran akan
diterangkan.
13

2.2 Definisi Piawaian, Keselamatan dan Kebakaran

Piawaian adalah hal-hal piawai iaitu piawai yang bermaksud sebuah


keputusan yang adil yang berhubung dengan iaitu sesuatu perkara yang ditetapkan
atau yang menjadi asas (bukan sesuatu sukatan, mutu dan lain-lain) kerana sudah
diuji. (Aziah,2016).

Perundangan pula adalah hal mengenai undang-undang dimana undang-


undang adalah set peraturan sama ada disetujui umum atau dibuat melalui badan
perundangan (badan statut- akta,enakmen,ordinan),untuk melindungi, mengaturkan,
dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial (Aziah,2016).

Seterusnya, keselamatan didefinisikan sebagai keadaan dilindungi daripada


atau tidak mungkin menyebabkan bahaya, risiko, atau kecederaan (Oxford,2018).
Manakala, kebakaran didefinisikan sebagai kesan yang nyata dari proses pembakaran
iaitu tindak balas kimia khas. Ia berlaku antara oksigen di udara dan sejenis bahan
bakar (Science Learning Hub, 2009). Dengan ini, keselamatan kebakaran membawa
maksud perancangan dan infrastruktur dalam organisasi yang direka untuk
mengurangkan kebakaran dan kesannya. Ini termasuk perkara seperti infrastruktur
tahan api terbina dalam, tindakan pencegahan, dan kehadiran peralatan pemadam
kebakaran (Safeopedia,2015).

Di samping itu, masalah merupakan “soal”, membawa maksud sesuatu yang


mesti diselesaikan.“Masalah-masalah” pula merujuk kepada pelbagai soal yang harus
diselesaikan di mana soal tersebut adalah lebih daripada satu (Aziah,2016). Melalui
Kamus Oxford pula, masalah merupakan satu perkara atau keadaan yang dianggap
sebagai tidak diingini atau berbahaya dan perlu ditangani dan diatasi. Selain keadaan,
masalah juga menunjukkan sikap manusia sehingga menyebabkan kesulitan kepada
14

diri sendiri dan orang lain. Manakala langkah-langkah adalah tindakan,


perbuatan, ikhtiar, usaha (Aziah,2016).

Oleh hal berkaitan definisi-definisi demikian, dalam bab ini akan


menerangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz
dalam mematuhi piawaian serta perundangan keselamatan kebakaran yang telah
ditetapkan oleh kerajaan mahupun pindaan oleh pihak berkuasa sebagai garis
panduan pusat-pusat tahfiz tersebut demi menjamin keselamatan penghuni bangunan.
Pada masa yang sama, adalah langkah-langkah adalah usaha yang diambil untuk
mengurangkan masalah agar dapat mengurangkan sebarang kemalangan di negara
yang disebabkan oleh tahap pematuhan itu sendiri.

Kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak


dapat diramal menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta
benda (Peyton dan Rubio, 1991).

2.3 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran

Pihak-pihak tertentu terutamanya orang awam kini hanya meluahkan


kebimbangan bila nyawa tidak berdosa tergadai. Walaupun bangunan bereka bentuk
moden yang dihuni pelajar tahfiz, ia boleh mengundang bahaya jika langkah
keselamatan tidak dilakukan secara serius. Persoalan yang sering difikirkan adalah
tragedi sebegini kerap berlaku dalam kelompok yang sama serta berterusan. Oleh itu,
terdapat beberapa faktor asas yang menjadi kekangan pusat tahfiz yang mungkin
sukar untuk mematuhi piawaian yang telah digariskan.
15

2.3.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi

Antara masalah lain yang dihadapi oleh premis bangunan adalah dari sudut
kewangan. Mengimbau tragedi kebakaran Grenfell Tower di London iaitu antara
kebakaran terbesar di dunia, Pengurusan Penyewaan Kensington dan Chelsea
(KCTMO) tidak menyegerakan pemasangan kemudahan sistem pemadam kebakaran
disebabkan dasar berjimat cermat (Salleh Buang, 2017). Walaupun mempunyai
kewangan lebihan dalam bajet tahunan, tetapi dengan menggunakan dasar jimat
cermat itu sebagai alasannya, ia enggan mengambil langkah-langkah keselamatan
yang sepatutnya diambil untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penghuni
rumah awam di bawah pengurusannya (Salleh Buang, 2017).

Di samping itu, seperti yang diketahui umum, pusat-pusat tahfiz didirikan


bukan bersifat komersial, tetapi bersifat tanggungjawab sosial. Yuran yang diterima
adalah rendah dan ianya untuk membiayai gaji tenaga-tenaga pengajar. Selebihnya
adalah sumbangan yang diterima daripada ibu bapa, orang luar dan syarikat-syarikat
persendirian. Hal ini menyebabkan banyak prasarana serba kurang serta kelengkapan
bangunan seperti alat atau sistem keselamatan kebakaran yang tidak sempurna.
(Roos Niza Mohd Shariff, 2016). Tambah-tambah lagi, pusat-pusat tahfiz yang telah
didirikan pada puluhan tahun dahulu. Disebabkan sudah terlalu lama dibina, mereka
yang menubuhkan sekolah pondok secara persendirian tidak mempunyai dana yang
cukup untuk mengubah suai atau membina sekolah baharu kerana tidak menerima
bantuan penuh daripada kerajaan, sekaligus tiada Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan
atau „Certificates of Completion Compliance‟ (CCC) (Mohd Zulkifli Zainuddin,
2017).

2.3.2 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang


diperlukan oleh JAIS
16

Setelah banyak pusat tahfiz disemak oleh bomba, dapat dilihat bahawa bukan
sahaja faktor kewangan menjadi kekangan malah Pusat tahfiz sebenarnya tidak peka
akan bahaya kebakaran di dalam bangunan. Jika penggunaan bangunan ditukar
menjadi tempat pengajian, seharusnya perlu merujuk kepada bomba. Kehendak yang
diperlukan oleh JAIS bagi memulakan penubuhan pusat tahfiz adalah sebanyak 20
orang pelajar. Malangnya mereka yang kebanyakannya berada di kawasan luar
bandar dan berbekalkan bilangan pelajar yang sedikit menganggap ianya tidak
berbahaya dan tiada keperluan dengan keperluan bomba (Khairulkheiza, 2017).

2.3.3 Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran


yang terhad

Banyak kempen, seminar, ceramah dan latihan mengenai kepentingan


keselamatan kebakaran dijalankan namun begitu, tahap masih lemah dan
mengecewakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Program-program ini
dijalankan adalah disebabkan oleh keprihatinan yang kurang oleh pemilik bangunan
dan orang awam serta peningkatan ketidakpatuhan masyarakat terhadap piawaian
dan perundangan yang ditetapkan (Canaan Building Inspection, 2017). Dengan erti
kata lain, kempen yang dijalankan tidak mampu membantu menaikkan tahap
kesedaran keselamatan kebakaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, masyarakat
mengambil sikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan, dimana mereka lebih
mementingkan tumpuan untuk mencari rezeki (Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, 2016).

Hal ini terbukti apabila kurangnya pengetahuan terhadap pengaplikasian


keselamatan kebakaran. Sebagai contoh, masih ada yang langsung tidak
mengutamakan keselamatan apabila sengaja menukar pintu rintangan api dengan
pintu biasa (Mohd Roji Kawi, 2016). Malah penggunaan elektrik juga dalam keadaan
yang membimbangkan kerana masih ada yang menggunakan tenaga elektrik
17

melebihi had yang telah ditetapkan atau menggunakan barangan elektrik tanpa henti.
Untuk masalah pendawaian elektrik di dalam bangunan sahaja 292 kematian
dilaporkan akibat dari kebakaran dan menyebabkan kerugian sebanyak RM 4.4 bilion
di seluruh negara. Pada 2015, pihak bomba dah terima 80,183 panggilan kecemasan
dengan purata 220 sehari.

Tambahan lagi, ramai individu yang masih tidak mengenali dan biasa dengan
alat pemadam kebakaran bertahun-tahun lamanya. Individu masih tidak
menggunakan alat pemadam api kebakaran yang banyak disimpan di dalam
bangunan ketika berlakunya kebakaran. Bukan sahaja tidak digunakan, cara
penggunaannya juga tidak diketahui. Mereka menganggap bahawa peralatan-
peralatan tersebut hanyalah dikendalikan oleh pihak bomba sahaja (Utusan Malaysia,
2011).

2.3.4 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik

Lambakan Pusat tahfiz di negara ini yang beroperasi turut dikesan tidak
mempunyai pengurusan yang sistematik. Sumber kewangan yang tidak mencukupi,
ditambah lagi dengan pengurusan yang tidak sistematik dari sudut pelbagai bahagian
menyebabkan pusat tahfiz lemah (Norshikin, 2017).

Hampir semua Pusat tahfiz yang beroperasi mempunyai yuran yang tidak
mencukupi secara tidak langsung menyebabkan pengurusan tidak seimbang. Malah,
jumlah derma yang disumbangkan tidak dapat ditetapkan untuk seorang individu
melainkan yuran yang sudah tahu nilai dapatan dan boleh merancang keperluan.
Budaya seperti pemberian beras, makanan dan lain-lain seperti zaman dahulu dan
kadar bayaran yuran secara ikhlas kini sudah tidak relevan lagi kerana semuanya
memerlukan kos demi guru-guru dan fasiliti yang baik (Jelani, 2017). Yuran juga
18

menjadi dilemma buat ibu bapa dan operator sendiri kerana jika caj yang dikenakan
oleh Pusat tahfiz tinggi, ibu bapa tidak akan hantar, apabila caj rendah Pusat tahfiz
masih boleh beroperasi tetapi tidak terjaga dan dilema.

2.3.5 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem keselamatan

Ciri-ciri keselamatan pada setiap elemen dalam bangunan sama ada tingkap,
pintu, bumbung atau lain-lain lagi merupakan perkara penting dalam memastikan
rumah dan penghuni-penghuni terpelihara daripada gangguan serta sebarang
pencerobohan. Perkembangan teknologi dalam industri pembinaan kini semakin
canggih seiring dengan arus permodenan dunia yang kian pesat, menyebabkan
pelbagai jenis sistem keselamatan pada elemen bangunan dipasang. Namun,
masyarakat tidak sedar bahawa peningkatan elemen keselamatan pada bangunan
secara tidak sengaja telah menyumbang kepada maut kebakaran yang tidak terkira
(Chris Jelenewicz, 2015).

Antara contoh pemasangan elemen keselamatan adalah seperti kunci pintu


magnetik, pagar bergeriji dan akses kad magnetik. Namun, kebanyakan peralatan
tersebut dikawal oleh sistem kawalan akses yang tidak mematuhi kod keselamatan
hayat. Ianya digunakan secara meluas selain merupakan kebiasaan bagi pemilik
bangunan demi memastikan aset dan keselamatan penghuni terjamin (Ong and
Suleiman, 2015) Kesalahan pengaplikasian peralatan ini adalah berpunca daripada
pengabaian kehendak keselamatan hidup daripada pengeluar. Faktor lain yang
menyumbang adalah bahawa banyak jabatan bomba dan pegawai jabatan bangunan
sendiri tidak mengetahui dengan banyak peralatan keselamatan dan akan sering
dilihat sebagai pelanggaran apabila mereka tidak memahami sepenuhnya teknologi
yang digunakan. (Siva Consultants, 2017).
19

Pemasangan sistem tersebut pada bangunan berisiko tinggi mengakibatkan


ramai penghuni terperangkap jika berlaku kebakaran. Hal ini terbukti apabila banyak
berita dan isu-isi di akhbar, televisyen dan alat media lain mennyebarkan kes
kematian akibat pemasangan sistem keselamatan dalam bangunan. Sebagai contoh
pintu terkunci di dalam tangga keluar menyumbang kepada enam kematian di
Bangunan Pentadbiran Cook County Chicago pada tahun 2003. Satu lagi kebakaran
bencana berlaku di kelab malam Buenos Aires pada tahun 2004 apabila pintu keluar
padlocked menyumbang kepada kematian lebih daripada 190 orang. Secara tidak
langsung, mereka tiada jalan keluar untuk menyelamatkan diri. Walaupun kebakaran
berlaku berbelas tahun yang lalu, ancaman masih boleh wujud hari ini jika
keselamatan tidak seimbang dengan perlindungan kebakaran.

Reka bentuk semua sistem kawalan akses yang dicadangkan perlu disemak
oleh arkitek, jurutera perlindungan kebakaran, atau perunding keselamatan bebas
untuk memastikan pematuhan terhadap semua kod keselamatan bangunan dan
keselamatan yang berkaitan (Siva Consultants, 2017). Bukan sahaja itu, individu
yang bertanggungjawab terhadap kemudahan dalam bangunan juga perlu memahami
keperluan menyelaraskan reka bentuk sistem keselamatan dengan jurutera
perlindungan kebakaran supaya pertimbangan keselamatan dan keselamatan hidup
tidak bertentangan dengan satu sama lain (Chris Jelenewicz, 2015).

2.3.6 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan tindak balas


daripada JAIS

Terdapat dua badan yang terlibat dalam mentadbir urus institusi tahfiz
persendirian di negeri Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
dan Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS). Satu kajian mendapati
bahawa prosedur untuk mendapatkan sijil pendaftaran dan memperbaharui sijil
pendaftaran JAIS amat sukar. Ini menyebabkan terdapat beberapa institusi tahfiz
20

persendirian di negeri Selangor tidak didaftarkan atas beberapa alasan di antaranya


dari segi prosedur,birokrasi dan sebagainya (Noorhafizah, 2017). Prosedur-prosedur
untuk mendapatkan sijil pendaftaran dan memperbaharui sijil pendaftaran untuk
memudahkan pihak institusi beroperasi dengan sempurna adalah penting kerana
ianya menjadi isu kesulitan pihak tahfiz dalam mematuhi piawaian. Pihak berwajib
juga perlu bersedia menerima sebarang laporan atau aduan dari pihak institusi
(Noorhafizah, 2017).

2.3.7 Kebuntuan antara manfaat pematuhan dengan perkara penting lain

Pada masa yang sama, orang yang bertanggungjawab menyedari pelanggaran


itu, tetapi tidak peduli untuk membetulkan keadaan. Walaupun banyak pemilik
premis dan pengendali bangunan akan cuba mematuhi peraturan keselamatan yang
ditetapkan, namun kajian telah mendapati bahawa hanya sebanyak 10-20% sahaja
pemilik yang mematuhi namun dengan melihat dari sudut kos dan manfaat yang akan
diperolehinya (Chief and Garis, 2013). Oleh itu, berhubung pematuhan dengan
keselamatan kebakaran, pihak berkuasa bukan sahaja perlu menjalankan pemeriksaan
di mana mereka boleh menyiasat pematuhan, tetapi sepatutnya dapat
menguatkuasakan penalti bagi yang gagal mematuhi. Amaran yang lebih formal
boleh diambil, dan akibat yang lebih serius mungkin berlaku Contohnya, pematuhan
memerlukan tindak balas undang-undang, termasuk denda dan / atau penjara.
Pendekatan ini hanya boleh digunakan untuk ketidakpatuhan atas dasar kes demi kes.

2.4 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran
21

Usaha bagi mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat tahfiz


adalah sangat wajar dilakukan kepada semua pelajar di sekolah serta kakitangan
mahupun yang tinggal di asrama. Ini adalah salah satu langkah keselamatan yang
perlu diamalkan sebagai satu aktiviti luar darjah. Pendedahan dalam bentuk
pencegahan ini akhirnya akan menguntungkan semua pihak. Terdapat beberapa
langkah asas yang boleh dipraktikkan oleh Pusat tahfiz selain menerima bantuan
daripada penyumbang atau pihak-pihak berkuasa.

2.4.1 Memohon bantuan kewangan

Bantuan kewangan bagi menyediakan kemudahan lengkap, sekali gus


mengelak daripada bahaya, termasuk kebakaran. Terdapat banyak alternatif untuk
Pusat tahfiz memohon bantuan kewangan dan tidak seharusnya bergantung semata-
mata pada yuran sahaja (Datok Nik, 2017) Katanya, semua pihak perlu lebih peka
dan mengambil perhatian mengenai aspek keselamatan memandangkan banyak
kejadian kebakaran berlaku dan mengorbankan ramai nyawa.

2.4.2 Mengenakan kadar bayaran yuran yang adil

Secara asasnya, seorang guru mendidik 10 pelajar dengan gaji sekitar RM


2000-RM3000, iaitu RM200-400 yurang dikenakan. Namun, ia tidak menampung
kos operasi dan lain-lain kemudahan asas. Seharusnya, penampatan asrama dibayar
dengan caj lain supaya dapat menguruskan hal-hal penyelenggaraan seperti
kemudahan, pendawaian dan penambahbaikan prasarana secara berkala (Jelani,
2017).
22

2.4.3 Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba mengenai tahap


keselamatan dalam bangunan

Pusat tahfiz boleh mendapat nasihat daripada Jabatan Bomba ketika proses
pembinaan, atau sekiranya bangunan sudah siap. Pusat tahfiz sangat digalakkan
meminta Jabatan Bomba memeriksa tahap keselamatan (Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia, 2015). Hal ini kerana, banyak antara punca berlaku kebakaran
dan kematian dalam kelompok Pusat tahfiz ialah sistem pendawaian usang, penghuni
memasak di dalam bilik, dapur memasak hampir dengan ruang tidur, menggunakan
mancis serta tiada laluan keluar bila berlaku kebakaran.

2.4.4 Beterusan Mendapatkan Susulan dan Pengemaskinian Daripada Pihak


JAIS

Pihak institusi perlu memandang serius terhadap aspek pendaftaran institusi


bagi memastikan proses pengurusan berjalan dengan lancar dengan sentiasa
mengikuti perkembangan pihak JAIS (Norhafizah,2017). Mereka, pihak berwajib
seharusnya perlu bersedia menerima sebarang laporan atau aduan dari pihak institusi.

2.4.5 Menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar dan demonstrasi


kebakaran

Sama ada pembelajaran dijalankan di dalam bangunan yang baru dibina


mahupun diwakaf oleh orang luar, dengan cara ini, pengusaha, pelajar, warden dan
tenaga pengajar tahu langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku
kecemasan (Aslina Abu Bakar, 2017). Secara tidak langsung juga dapat memupuk
kesedaran keselamatan kebarkaran di dalam diri setiap individu tertutamanya Mudir
supaya dapat menggerakkan sistem yang sepatutnya di dalam pengurusan. Kempen
23

dan cerama bukan sahaja membincangkan akan keselamatan kebakaran, tetapi tips
dan motivasi supaya kakitangan dapat memperbetulkan kekurangan dengan segera.

2.4.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam kelas

Selain daripada pengajian hafazan Al-Quran mahupun akademik di dalam


kelas, saluran mengenai ilmu keselamatan kebakaran perlu diterapkan dalam diri
kakitangan dan pelajar. Bukan sahaja perlu menghadiri kempen daripada pihak
kerajaan atau pun bukan kerajaan di luar, Malah, Mudir sendiri harus memikirkan
sendiri cara penerapan ilmu tersebut kepada semua individu di dalam bangunan dari
awal penubuhan. Aspek pendidikan kebakaran penting kerana sekiranya berlaku
sebarang kejadian terutamanya kebakaran di pusat tahfiz, pelajar terlibat tidak cemas
dan dapat bertindak dengan bijak menggunakan pengetahuan asas yang diperoleh
(Kamarulzaman Malek, 2017).

2.4.7 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz

Inisiatif Skuad Bomba Tahfiz diperkenalkan pada Mei lepas bagi menangani
masalah kebakaran di sekolah tahfiz, melibatkan sukarelawan dari institusi itu
sendiri dan sehingga kini disertai oleh 319 sukarelawan. Kita akan menyusun jadual
bagi balai-balai berhampiran memberi tunjuk ajar kepada mereka berkaitan
penggunaan alat pemadam api dan mengajar mereka cara-cara untuk menyelamatkan
diri dengan betul sekiranya berlakunya kebakaran," katanya. Pada 6 Mei lepas,
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Skuad
Bomba Pondok (zon utara) yang antara lain berperanan sebagai ejen kecil
menyampaikan mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan
kebakaran kepada komuniti sekolah pondok.
24

2.5 Proses Penubuhan Sekolah Islam dan Tahfiz Persendirian

Sekiranya hendak menubuhkan sebuah sekolah agama mahupun pusat tahfiz


persendirian, antara perkara awal yang perlu diambilkira adalah mengetahui prosedur
pembinaan tahfiz supaya tiada timbul masalah pada masa akan datang. Mengikut
Portal Jabatan Agama Islam Negeri, prosedur tersebut akan dijelaskan pada sub topik
seterusnya.

2.5.1 Prosedur Pendaftaran Sekolah Islam Persendirian

Seperti yang sedia maklum, Maahad tahfiz atau sekolah-sekolah agama


persendirian di Malaysia pada masa ini adalah masih terletak di bawah bidang kuasa
kerajaan Negeri atau lebih tepatnya Majlis Agama Islam negeri. Namun begitu,
Kementerian Pendidikan sedang melakukan perbincangan lanjut bersama JAKIM
sama ada untuk menyelaraskan pendaftaran sekolah tersebut dalam satu kementerian
atau mengekalkan kaedah yang diguna pakai sekarang (Mohd Roji Kawi, 2017). Hal
ini adalah kerana berikutan isu dan spekulasi berkaitan piawaian keselamatan di
pusat tahfiz dan madrasah seluruh negara selepas berlakunya kebakaran tingkat tiga
Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara.

Sebab-sebab pelarasan tersebut harus diperbincang dengan JAKIM walaupun


badan tersebut tidak memiliki sekolah antara lain adalah, JAKIM menyelaraskan
program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selain mengelola kelas agama dan
fardhu ain di seluruh negara (Mohd Roji Kawi, 2017)). Pada masa yang sama juga,
kerajaan melalui JAKIM kini sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
(DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran termasuk
pendaftaran sekolah-sekolah tersebut. Dengan cara ini, memudahkan pihak berkuasa
untuk melakukan pemantauan dan mengenakan apa-apa prosedur terhadap pusat-
pusat tahfiz negara (“Sekolah Agama Persendirian”, 2017).
25

Walaubagaimanapun, pihak persendirian yang ingin menubuhkan atau telah


menubuhkan maahad tahfiz dan sekolah-sekolah agama mestilah mengikuti terma
dan syarat proses yang sedia ada sekarang seperti berikut

Carta 2.1: Aktiviti yang terlibat dalam penubuhan sekolah Islam dan
Pusat Tahfiz
26

Berdasarkan jadual di atas, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk


menubuhkan sebuah sekolah islam atau pusat tahfiz persendirian adalah perlu
mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak
berwajib. Pembinaan sekolah mestilah mengikut prosedur pembinaan yang betul
walaupun menggunakan tanah sendiri iaitu bermula daripada kelulusan pelan,
peringkat pembinaan sehingga ke penyerahan kunci dan seterusnya penyerahan Sijil
Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Peringkat kedua adalah peringkat yang paling penting dalam pembinaan


bangunan namun sering diambil ringan oleh pemilik sekolah-sekolah islam dan
pusat-pusat tahfiz. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh arkitek
atau jurutera prosfesionl ini membuktikan bahawa bangunan adalah selamat untuk
dihuni dan telah selamat menjalani pemeriksaan daripada pihak berkuasa. Banyak
kes kebakaran yang berlaku pada pusat-pusat tahfiz hari ini adalah berpunca daripada
ketiadaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bomba termasuklah Darul
Ittifaqiyah. Sebagai contoh lain, hanya sebuah daripada 63 pusat tahfiz di Negeri
Sembilan dilaporkan memiliki Sijil ini. Pokok pangkal yang menyebabkan ketiadaan
sijil ini oleh premis-premis tersebut adalah mereka langsung tidak mengetahui proses
untuk mendapatkan kelulusan berkaitan (Khairul Najib Asarulah Khan, 2017).

Setelah menerima CCC, prosedur seterusnya adalah mengisi borang


pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama
Islam Daerah, atau di Bahagian Pendidikan Islam di Jabatan Agama Islam atau
mengikut terma Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Isu pendaftaran pusat
tahfiz juga kian berleluasa pada masa ini. Seperti yang dilaporkan September lalu,
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengenalpasti 25 pusat tahfiz yang
masih belum berdaftar di negeri itu, berbanding sebelum ini 15 tahfiz yang belum
berdaftar (Nurul Amanina Suhaini, 2017). Kesan daripada hal ini, pihak berkuasa
tidak mengetahui sama ada sekolah islam atau pusat tahfiz tersebut telah beroperasi.
27

Seterusnya, menyukarkan mereka untuk melakukan pemeriksaan berkala dan status


keselamatan penghuni secara tidak langsung mungkin berada dalam bahaya.

Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan


Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan kehendak-
kehendak yang dijelaskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Antara kehendak
tersebut adalah seperti kertas kerja permohonan, Minit Mesyuarat penubuhan
sekolah, sesalinan senarai ahli jawatankuasa pengurusan sekolah dan kelulusan
premis dari Bomba (CCC).

Walau bagaimanapun, keputusan kelulusan pendaftaran mengambil sedikit


masa kerana akan melalui beberapa peringat termasuklah semakan dokumen,
pemeriksaan premis, penyediaan laporan dan pembentangan laporan ke
Jawatankuasa Pendaftaran sekolah agama atau tahfiz persendirian. Setelah selesai
perkara-perkara tersebut, barulah Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Negeri setelah borang
tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama
Islam Daerah (PAID) (Jabatan Agama Islam Selangor, 2017).

2.6 Peruntukan Piawaian dan Perundangan Pencegahan Kebakaran dan


Elektrik

2.6.1 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (UKBS 1984)


28

Undang-undang sedia ada di Malaysia yang mengawal keselamatan


kebakaran dalam bangunan adalah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984
(Uniform Building By-Laws, 1984) iaitu terletak di bawah Akta Jalan, Saliran dan
Bangunan, 1974. Ianya diluluskan di parlimen sehingga ke peringkat pelaksanaan
bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu, kesemua Negeri di Malaysia kecuali
Sarawak yang sememangnya mempunyai ordinan bangunan sendiri, perlu mematuhi
undang-undang berkenaan bagi memberi peringatan bahawa kini banyak bangunan
strata dibina di seluruh negara.

Pelbagai kehendak serta keperluan berkenaan reka bentuk dan pembinaan


sesebuah bangunan ditetapkan mengikut sembilan bahagian seperti yang berikut:

i. Bahagian I: Permulaan
ii. Bahagian II: Pengemukaan pelan-pelan untuk diluluskan
iii. Bahagian III: Ruang kawasan, cahaya dan pengudaraan
iv. Bahagian IV: Kerja-kerja sementara berhubung dengan kerja-kerja bangunan
v. Bahagian V: Kehendak-kehendak struktur
vi. Bahagian VI: Kehendak-kehendak pembinaan
vii. Bahagian VII: Kehendak-kehendak menentang kebakaran
viii. Bahagian VIII: Penggera kebakaran, pengesan api, pemadam api dan akses
menentang kebakaran
ix. Bahagian IX: Pelbagai

Pada setiap Bahagian seperti yang disenarai pendekkan di atas, terdapat kerja-
kerja berkaitan untuk tajuk Bahagian tersebut iaitu diklasifikasikan sebagai Undang-
undang kecil. Undang-undang kecil tersebut menjelaskan maklumat lanjut mengenai
kehendak-kehendak sesuatu dengan lebih terpeinci.

Di samping itu, terdapat juga sepuluh jadual yang menyenaraikan kehendak-


kehendak reka bentuk terpeinci. Walaubagaimanapun jadual berikut sahaja yang
berkaitan dengan keselamatan kebakaran iaitu:
29

i. Jadual Kelima: Ketetapan kumpulan maksud


ii. Jadual Ketujuh: Jarak perjalanan maksimum
iii. Jadual Kelapan: Pengelasan sekatan kemerebakan api ke atas permukaan
dinding dan siling
iv. Jadual Kesembilan: Had-had kompatmen dan tempoh minimum ketahanan
api bagi elemen struktur
v. Jadual Kesepuluh: Kehendak-kehendak sistem pemadaman api, sistem
penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan

Jadual-jadual tersebut menentukan aspek-aspek utama bagi sistem keselamatan


kebakaran dalam bangunan begitu juga seperti undang-undang yang terdapat pada
Bahagian VII, Kehendak-kehendak Menentang Kebakaran dan Bahagian VIII,
Penggera kebakaran, pengesan api, pemadam api dan akses menentang kebakaran.
Bersama dengan kod dan standard yang dirujuk di dalam Undang-undang Kecil,
standard keselamatan kebakaran di Malaysia adalah setanding dengan mana-mana
negara maju dan ianya dianggap mencukupi untuk memastikan keselamatan awam
terjamin. Manakala, undang-undang yang berkaitan dengan pemasangan elektrik dari
sudut keselamatan kebakaran adalah sepeerti berikut:

i. Undang-undang Kecil 39 menyatakan kehendak-kehendak Cahaya dan


pengudaraan semulajadi.
ii. Undang-undang Kecil 154
iii. Undang-undang Kecil 155 menyatakan kehendak-kehendak cara gerakan
menentang kebakaran.
iv. Undang-undang Kecil 239 menyatakan kehendak-kehendak mengenai Sistem
komunikasi suara
v. Undang-undang Kecil 240 menyatakan kehendak-kehendak suis pengasingan
elektrik
vi. Undang-undang Kecil 253 menyatakan kehendak-kehendak Sistem kuasa
kecemasan seperti pengesan kebakaran, dan sistem perlindungan kebakaran.
30

Walaubagaimanapun, kesemua senarai undang-undang dan peraturan yang


ditetapkan tersebut hanya berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan bangunan
sebelum Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan. Apabila CCC diisukan, pihak berkuasa
tempatan termasuk Jabatan Bomba mempunyai sedikit kuasa di bawah undang-
undang dan peraturan ini untuk terus menguatkuasakan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk keselamatan penghuni.

Secara ringkasnya, kehendak-kehendak reka bentuk tersebut adalah bertujuan


menjamin keselamatan di samping untuk menghindari sebarang kesan buruk berlaku
disebabkan oleh pemilihan elemen yang tidak mengikut garisan yang ditetapkan.

2.6.2 Akta Perkhidmatan Bomba, 1988

Bagi sesebuah premis yang telah diluluskan iaitu memenuhi kepentingan


penggunaan dan penyelenggaraaan bangunan yang betul, keselamatan kebakaran
sangat diutamakan. Oleh itu, Akta Bomba digubal untuk memastikan bahawa
keselamatan kebakaran yang diaplikasikan terjamin serta berterusan. Terdapat lapan
bahagian di dalam akta ini iaitu:

i. Permulaan
ii. Pentadbiran
iii. Penghapusan bahaya kebakaran
iv. Air dan pili bomba
v. Perakuan bomba
vi. Penguatkuasaan
vii. Siasatan tentang kebakaran
viii. Kumpulan wang kebajikan
ix. Pelbagai
31

Berdasarkan lapan bahagian dalam Akta Bomba tersebut, bahagian yang


paling memberi kesan kepada pemilik dan pengurus bangunan adalah Bahagian III,
V dan VI. Di bawah Bahagian V telah jelas menerangkan bahawa sesebuah
bangunan yang telah dikelaskan secara tetap sebagai premis untuk dihuni,
dikehendaki untuk memperolehi Sijil Perakuan Kebakaran. Sijil tersebut dikeluarkan
secara rasmi oleh FRDM dan akan diperbaharui setiap tahun melalui pemeriksaan
oleh Pihak Berkuasa Bomba. Hal ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa
bangunan itu selamat daripada bahaya kebakaran.

Kewujudan Akta Bomba ini, membolehkan pihak bomba memantau. Pada


masa yang sama mengawal pengurusan dan pengoperasian bangunan-bangunan di
negara. Malah, yang lebih penting adalah memastikan bahawa peralatan keselamatan
kebakaran tidak terjejas sebagaimana berlaku pada masa-masa yang lalu.

2.6.3 Akta Bekalan Elektrik

Undang-undang ini diwujudkan bukan sekadar sebagai pengawalseliaan


terhadap harga dan lesen dalam pembakalan elektrik, malah mengawal pepasangan
elektrik tersebut selari dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan
cekap. Penggunaan elektrik yang salah seperti melebihi kadar yang ditetapkan serta
melanggar arahan panel meter yang dipasang, menyebabkan pengaliran kuasa yang
besar tidak mampu ditampung sekaligus menjadi punca berlakunya kejadian litar
pintas (Sinar Online, 2012).

Terdapat sebelas bahagian di dalam akta ini antaranya termasuklah:


i. Bahagian I: Permulaan
ii. Bahagian II: Perjawatan
iii. Bahagian III: Fungsi, tugas dan kuasa suruhanjaya
iv. Bahagian IV: Pepasangan berlesen dan berdaftar
32

v. Bahagian V: Kawalan kompeten


vi. Bahagian VA: Penggunaan elektrik dengan cekap
vii. Bahagian VI: Pembekalan oleh pemegang lesen
viii. Bahagian VII: Pemberitahuan kemalangan atau kebakaran
ix. Bahagian VIII: Siasatan dan timbang tara
x. Bahagian IX: Kesalahan dan penalti

Bahagian yang berkait rapat dengan keselamatan kebakaran adalah Bahagian


VA, Penggunaan elektrik dengan cekap dan Bahagian VII iaitu Pemberitahuan
kemalangan atau kebakaran.

2.6.4 Keperluan-keperluan Am Yang Ditetapkan Oleh Jabatan Bomba Dan


Penyelamat, Malaysia untuk Pepasangan Pencegahan Kebakaran

Berikut adalah garispanduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian


Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
untuk pepasangan pencegahan kebakaran. Keperluan-keperluan ini boleh dijadikan
rujukan dan panduan dalam menyediakan keperluan sistem pengurusan kebakaran
dari kelengkapan, fasiliti dalam sesebuah bangunan.

i. Semua tangga keselamatan hendaklah di kepong dengan tembok batu-bata


setebal 115 mm sepertimana yang ditandakan di dalam pelan.

ii. Adakan pintu rintangan api satu jam sepertimana yang ditandakan di dalam
pelan. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri, tertutup rapat dan
bukaannya hendaklah menghala ke dalam ruangan tangga.

iii. Adakan lampu tanda `KELUAR' kecemasan yang menggunakan dua kuasa
karan sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut
33

hendaklah dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Malaysia.

iv. Adakan lampu kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan sepertimana
yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut hendaklah dari jenis
yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

v. Adakan sistem pengudaraan bagi tangga keselamatan sama ada secara biasa
atau mekanikal.

vi. Saluran pendingin hawa hendaklah dipasang dengan sesekat api (Fire
Damper) yang boleh digerakkan dengan kuasa `fisible link' atau `motorised'
mengikut syarat-syarat penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Malaysia.

vii. Adakan sistem penyembur air automatik mengikut peraturan LPC atau mana-
mana peraturan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,

viii. Adakan sistem pancur basah mengikut peruntukkan dalam UBBL 1984.

ix. Adakan sistem pancur kering mengikut peruntukkan dalam UBBL 1984.

x. Adakan sistem saluran bantu mula (Hose Reel) mengikut syarat-syarat


penentuan Tatatertib Amalan Piawaian British atau mana-mana penentuan
yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xi. Adakan sistem pengesan haba / asap mengikut syarat-syarat penentuan


Tatatertib Amalan Piawaian British atau mana-mana penentuan yang
dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
34

xii. Adakan sistem penggera kebakaran jenis pecah kaca mengikut syarat-syarat
penentuan Tataertib Amalan Piawaian British atau mana-mana penentuan
yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xiii. Semua pintu-pintu yang menghala ke dalam bangunan hendaklah dari jenis
rintangan api dua jam.

xiv. Adakan sistem komunikasi bomba (Telefon Bomba). Sistem komunikasinya


hendaklah tiga hala dan penempatannya di dalam tangga keselamatan / lobi
menentang kebakaran, bilik motor lif, bilik pam bomba dan bilik janakuasa

xv. Adakan sistem siaraya (Public Address System) bagi bangunan ini dan
pemasangannya hendaklah menepati kehendak-kehendak Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Malaysia.

xvi. Adakan sebuah pusat pemerintahan dan kawalan kebakaran di lantai tetuan
(Designated Floor) yang dilengkapi dengan peti penggera kebakaran.

xvii. Adakan lif bomba sepertimana yang ditandakan di dalam pelan mengikut
syarat-syarat penentuan Piawaian British 2655 : Bahagian 1: Lampiran E.

xviii. Bagi bangunan yang melebihi 30 meter, semua tangga yang dicadang untuk
digunakan sebagai jalan keluar hendaklah dilanjutkan ke paras bumbung
untuk memberi akses kepadanya.

xix. Semua lubang perkhidmatan (service shaft) hendaklah ditutup pada setiap
tingkat dengan bahan rintangan api dua jam.

xx. Tangga `Central Core' hendaklah diadakan sistem isitekan mengikut


Piawaian Australia 1668 : Bahagian 1 : 1974 atau mana-mana penentuan
yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
35

xxi. a) Adakan 4.5 kg / 9 kg ABC alat pemadam api jenis debu kering sepertimana
yang ditandakan di dalam pelan.
b) Adakan 2.2 kg gas CO2 alat pemadam api sebagaimana yang ditandakan di
dalam pelan.

xxii. Adakan suis pengasingan elektrik “Electrical Isolation Switch” dan


hendaklah tidak menjejaskan lampu kecemasan apabila ia ditutup. Adakan
sistem `Smoke Spill Air' mengikut syarat-syarat penentuan yang dibenarkan
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xxiii. Adakan sistem `Smoke Extractor' pada basement dan `lower ground floor'
mengikut Piawaian Australia 1668 : Bahagian 1 : 1974 atau mana-mana
penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xxiv. Semua papan tanda keselamatan kebakaran hendaklah mematuhi M.S. 982 :
1985

xxv. Adakan `Graphic Design of Floor Plan' berlatarbelakang warna putih yang
menunjukkan tangga keselamatan, laluan-laluan keselamatan, jalan-jalan
keluar dan kedudukan alat-alat pencegah kebakaran. Penempatannya
hendaklah di tempat yang mudah dilihat.

xxvi. Kemukakan tiga ( 3 ) set buku operasi mengikut syarat-syarat Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Malaysia.

Walaupun terdapat peruntukan perundangan dan keperluan-keperluan am


seperti yang dinyatakan di atas, rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap
kesedaran yang tinggi dalam keselamatan kebakaran ini (Datuk Seri Ong Ka Ting,
2001).
36

2.7 Rumusan Bab

Dalam bab ini pelbagai bahagian telah ditulis untuk memberi penerangan yang
jelas secara kasarnya mengenai aspek-aspek keselamatan mahupun isu-isu yang
semakin berleluasa akibat daripada sikap pematuhan masyarakat terhadap
perundangan yang telah ditetapkan. Kesemua undang-undang atau piawaian yang
digariskan itu ditekankan supaya dapat membuka mata ramai pihak betapa
pentingnya keselamatan. Pengetahuan mengenai proses serta prosedur menubuhkan
pusat tahfiz juga merupakan perkara penting untuk diketahui umum supaya tiada
kesilapan berlaku dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak pada masa akan
datang. Malah, dapat melancarkan sistem pembelajaran di sekolah agama atau tahfiz
dengan baik sekaligus.

Kesimpulannya, kesemua pihak terlibat dari awal proses sehingga sekolah


berjaya beroperasi hendaklah memenuhi tanggungjawab dan peranan mereka dalam
usaha memajukan sekolah-sekolah islam dan pusat-pusat tahfiz di Malaysia. Hal ini
supaya dapat mengelakkan situasi tunding-menunding jari pada masa hadapan kelak.
Dengan itu, ilmu agama islam dapat dibawa ke persada dunia dengan baikknya.
37

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian menerangkan mengenai sistem yang digunakan untuk


mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Ia merangkumi pengaplikasian prinsip dan
kaedah dalam sebuah kegiatan, disiplin dalam kajian dan memenuhi segala kehendak
tertentu. Pada masa yang sama, bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data
untuk penyelidikan kajian bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang
ingin dicapai. Metodologi kajian merujuk kepada perilaku atau instrumen yang
digunakan dalam memilih dan menyediakan teknik penyelidikan (Mohd Najib,
1999).

Metodologi kajian amat penting sebelum pelaksanaan gerak kerja kajian. Ia


bertindak sebagai sebuah percancangan teliti supaya memudahkan proses pencarian
maklumat dan juga memastikan setiap maklumat yang diperoleh bertepatan dengan
kajian yang ingin dilakukan. Tanpa pengurusan perancangan yang terpeinci, pelagai
38

masalah akan timbul daripada pelbagai sudut. Oleh itu, bab ini akan menjelaskan
peringkat-peringkat penyelidikan dan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk
mendapatkan data bagi menganalisis kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian merujuk kepada satu proses yang sistematik yang melibatkan proses
merancang kaedah kajian, mengumpul data, menghurai data dan melaporkan
maklumat (Chua, 2011). Dengan kata lain, kajian merupakan satu kaedah yang
dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong
oleh data-data kuantiti dan kualiti. Ia dilakukan dengan mengumpul data daripada
individu, kumpulan individu, bahan-bahan dokumentasi dan pelbagai sumber
maklumat yang lain (Soy, 1997). Kajian boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu
kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian campuran.

Objektif yang perlu dicapai adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat
tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran dan langkah-langkah yang
diambil dalam mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi. Untuk tesis ini,
rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif. Kategori ini sangat
penting dalam menentukan kaedah metodologi yang akan digunakan untuk
membantu dalam proses analisis kajian.

3.2.1 Kajian Kualitatif


39

Kaedah kualitatif adalah sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang


didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu
permasalahan sosial (Cresswell,2011). Dalam kajian tesis ini, kaedah kualitatif
digunakan kerana bersesuaian serta menepati dengan ciri-ciri kajian kualitatif itu
sendiri. Hal ini kerana, memandangkan kes kebakaran semakin serius berlaku dalam
kelompok pusat tahfiz, pengkaji bergantung kepada pandangan pihak-pihak tahfiz
dengan menanyakan soalan yang luas dan umum supaya dapat memahami masalah
serta langkah yang dialami oleh mereka, pengalaman, dan struktur kehidupan yang
dilalui. Seterusnya, kefahaman maklumat yang disampaikan daripada pihak tahfiz
adalah realiti dan bukan sesuatu yang statik.

Di samping itu, pengkaji sendiri mendapatkan maklumat secara terpeinci dan


mendalam iaitu secara interaksi dan bersemuka dengan mudir (pengetua) pusat tahfiz
tersebut sepanjang pengumpulan dan penganalisaan data. Segala data yang diperoleh
adalah berlatarbelakangkan persekitaran yang semulajadi tanpa sebarang manipulasi
ke atas pemboleh ubah yang dikaji. Secara tidak langsung, pengkaji dapat membina
konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.
Walaubagaimanapun kajian kualitatif ini menyumbang „sesuatu‟ kepada kajian
berstatistik. „Sesuatu‟ di sini bermaksud yang bermakna dan tidak boleh diukur
(Schostak, John F2002).

3.2.1.2 Rekabentuk Kajian Teori Grounded

Rekabentuk Grounded Theory (GT) merupakan salah satu daripada


rekabentuk dalam dalam kjian kualitatif. Ia merupakan sesuatu yang bersifat
konseptual atau teori sebagai hasil pemikiran induktif dari data yang dihasilkan
dalam penelitian mengenai suatu fenomena. Atau suatu teori yang dibangun dari data
suatu fenomena dan dianalisis secara induktif, bukan hasil pengujian teori yang telah
ada.
40

Dalam kajian ini, teori grounded digunakan kerana pengkaji ingin


membina teori mengenai objektif yang perlu dikenalpasti iaitu masalah-masalah
dalam mematuhi piawaian dan langkah-langkah yang diambil dengan lebih
mendalam secara khusus dan bersituasi.

3.3 Prosedur Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat dua proses yang perlu dilakukan
supaya dapat menyusun data dengan lebih teratur. Proses pertama iaitu kajian
literatur dan kemudiannya adalah proses pengumpulan data.

3.3.1 Kajian Literatur

Kajian literatur bertujuan untuk memperolehi pemahaman secara dasar


terdahulu serta mendapatkan fakta yang tepat berkaitan dengan kajian yang
dilakukan. Kajian literatur dilaksanakan untuk mendapatkan teori mengenai masalah-
masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz serta langkah-langkahnya yang diperolehi
terutamanya daripada surat-surat khabar memandangkan kebakaran semakin banyak
berlaku. Selain itu juga adalah jurnal, dan tesis-tesis terdahulu. Rujukan melalui
Internet turut digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan lebih
meluas seperti di laman portal JAIS, MAIS dan lain-lain badan organisasi terhadap
sejarah, penubuhan, serta struktur yang terlibat dalam pembangunan pusat-pusat
tahfiz Malaysia.
41

3.3.2 Proses Pengumpulan Data

Seterusnya, setelah memahami teori yang hendak dikaji, proses kajian


seterusnya adalah untuk mengumpul data. Proses-proses ini bertujuan mendapatkan
data mengikut kaedah yang bersuaian dengan objektif.

3.3.2.1 Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini memfokuskan mengenai situasi pihak-


pihak tahfiz seperti mana objektif kajian yang ingin mengkaji masalah-masalah yang
dihadapinya. Maka bagi kajian ini, kaedah data yang akan digunakan ialah kaedah
temu bual untuk mencapai objektif pertama dan objektif kedua kajian (Robson,
2007).
.

3.3.2.1.1 Temu Bual

Proses temu bual ini dijalankan dari semasa ke semasa dengan responden
mengikut jadual yang ditetapkan oleh responden. Temu bual mempunyai perbezaan
cara melaksanakannya, iaitu temu bual dilakukan secara lisan (perbualan), dan
jawapan direkod secara bertulis, melalui rakaman, video dan media elektronik yang
lain. Responden untuk temu bual ini adalah pihak tahfiz iaitu pengetua bagi setiap 10
buah pusat tahfiz tersebut mahupun wakil pihak tahfiz yang mewakili pengetua jika
berlaku ketiadaannya.

Jenis temu bual yang digunakan pula ialah temu bual semi-struktur. Knox &
Burkard (2009) menekankan bahawa penggunaan kaedah wawancara separuh
42

berstruktur boleh mendedahkan pengalaman peserta. Manfaat menggunakan kaedah


ini adalah lebih tepat, maklum balas adalah lebih tinggi iaitu sekitar 60 hingga 70%,
terutamanya temu bual bersemuka dan jawapannya boleh lebih diterokai
menggunakan soalan "mengapa" untuk dijawab (Naoum, 2007). Melalui kajian ini,
temu bual bersemuka sangat penting kerana dapat mengenalpasti masalah yang
dialami oleh setiap pusat tahfiz dengan lebih mendalam memandangkan orang ramai
semakin memberikan tumpuan pada isu-isu yang berkaitan dengannya.

3.3.2.2 Instrumen Kajian

Pemilihan instrumen yang sesuai adalah sangat penting kerana ia akan


mempengaruhi pemerolehan data. Data yang diperoleh akan menentukan sama ada
objektif penyelidikan dicapai. Menurut Mok (2010), instrumen kajian adalah satu
proses untuk mengumpulkan data yang tidak hanya termasuk pemilihan atau reka
bentuk instrumen, tetapi juga termasuk prosedur dan syarat yang digunakan oleh
instrumen tersebut.

3.3.2.2.1 Borang temubual semi-struktur

Memandangkan kaedah pengumpulan data adalah secara temu bual,


instrumen yang diaplikasikan untuk kajian ini ialah borang temu bual semi-struktur.
Proses penyediaan soalan temu bual adalah proses yang paling penting kerana
soalan-soalan yang dirancang harus meliputi semua soalan yang diperlukan untuk
mendapatkan jawapan yang tepat untuk mencapai tujuan kajian. Setiap soalan yang
disediakan mesti terperinci, cukup munasabah dan mudah dipahami supaya objektif
penyelidikan dapat dipenuhi.
43

Oleh itu, soalan yang dikemukakan telah dirangka terlebih dahulu supaya
soalan yang diberikan kepada responden menepati objektif kajian yang
dikehendaki.Maklumat-maklumat yang diperolehi akan disusun dan dibandingkan
dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian literatur.

Soalan temu bual semi berstruktur disediakan terdiri daripada tiga bahagian,
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ialah latarbelakang
responden dan pusat tahfiz, bahagian B pula soalan-soalan untuk memenuhi objektif
1 yang ingin dicapai iaitu masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dan
bahagian B pula soalan-soalan untuk memenuhi objekti 2, langkah-langkah yang
diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran

Bahagian A

Dalam bahagian pertama soalan kajian, maklumat umum responden akan


diperlukan yang termasuk nama responden, kedudukan responden semasa dan tahun
pengalaman kerja mereka. Maklumat mengenai latar belakang pusat tahfiz juga amat
penting supaya dapat memahami keadaan serta situasi pusat tahfiz sendiri seperti
tahun penubuhan, jumlah pelajar dan kakitangan, jenis pengajian dan sumber
pembinaannya.

Bahagian B

Bahagian B adalah soalan-soalan untuk mengumpulkan maklumat untuk


mencapai objektif pertama kajian yang merupakan masalah-masalah yang dihadapi
oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Setiap data yang
44

diperolehi daripada pihak tahfiz tersebut akan disoal lagi seperti apa, mengapa,
bagaimana, bila, dan siapa untuk mengetahui sebab-sebab dan sebagainya.

Bahagian C

Begitu juga dengan bahagian C iaitu soalan-soalan untuk mengumpulkan


maklumat bagi mencapai objektif kedua kajian yang merupakan langkah-langkah
yang diambil untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz
dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Setiap data yang diperolehi
daripada pihak tahfiz tersebut akan disoal lagi seperti apa, mengapa, bagaimana, bila,
dan siapa untuk mengetahui sebab-sebab dan sebagainya.

3.3.2.3 Sampel dan Populasi Kajian

Kajian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi mewakili


keadaan sebenar populasi bagi membolehkan satu rumusan atau kenyataan dibuat
terhadap sesuatu yang dikaji (A. Mahdzan, 2007). Tambahan lagi, kajian kualitatif
merujuk kepada kajian yang dijalankan memerlukan pemerhatian yang teliti. Kajian
kualitatif tidak memerlukan bilangan responden yang banyak tetapi memperolehi
maklumat yang berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil
dalam satu kumpulan (Hamzah, 2010). Ini bermaksud, sampel diambil daripada
beberapa unit dalam suatu populasi seperti individu, organisasi dan sebagainya bagi
mewakili populasi tersebut dan sampel yang dikaji akan menggambarkan populasi
tersebut secara generalisasi mengenai populasi tersebut.

3.3.2.3.1 Persampelan Rawak Mudah


45

Jenis persampelan yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah persampelan


rawak mudah. Persampelan rawak mudah ialah persampelan di mana setiap elemen
dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
Persampelan ini merupakan salah satu jenis di dalam persampelan rawak yang
dikategorikan sebagai sampel kebarangkalian. Kelebihan atau kebaikan pensampelan
rawak mudah ini ialah jika bilangan sampel besar maka sampel yang dipilih akan
mewakili populasi (Noraini Idris, 2013). Oleh itu, hanya 10 buah Pusat tahfiz di
Selangor dikaji bagi merungkai objektif yang ingin dicapai.

Pusat-pusat Tahfiz Negeri


Selangor

10 buah Pusat
Tahfiz yang dikaji

Rajah 3.1: Bentuk populasi dan sampel kajian

Bagi penyelidikan ini, “Pematuhan Piawaian Keselamatan Kebakaran Pusat-


pusat tahfiz” populasinya adalah pusat-pusat tahfiz di Negeri Selangor. Manakala, 10
buah pusat tahfiz yang akan diwakili oleh mudir (pengetua) setiap satu daripadanya
di Negeri Selangor dikaji bagi mewakili dan memperlihatkan semua ciri populasi
dengan tepat. Hal ini kerana, mereka mempunyai segala maklumat, perspektif,
pengalaman atau apa sahaja bahan berkenaan pusat tahfiz yang dikelola supaya dapat
mencapai kedua-dua objektif kajian ini. Secara tidak langsung penyelesaian daripada
pihak yang lebih spesifik boleh dirangka selain memahami fenomena dengan lebih
jelas.

Secara keseluruhannya, jumlah populasi bagi pusat tahfiz di Negeri Selangor


seperti yang tertera di portal Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS) adalah sebanyak
46

139 buah. Walaubagaimanapun, berdasarkan jadual penentuan saiz sampel seperti


yang disyorkan oleh Krecjie dan Morgan (1970), sampel yang perlu digunakan
adalah melebihi 30 buah. Disebabkan faktor masa, kewangan dan lain-lain yang
terhad, sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang responden yang mewakili
setiap 10 buah tahfiz . Teknik penentuan sampel 10 buah pusat tahfiz yang dikaji
pula adalah berdasarkan senarai kesemua pusat tahfiz Negeri Selangor, setiap unit di
dalam senarai tersebut dipilh secara rawak kerana populasi dalam persampelan rawak
ini mempunyai ciri-ciri yang seragam.

3.3.3 Proses Penganalisaan Data

Peringkat seterusnya selepas pengumpulan data adalah analisis data. Analisis


data adalah proses menukarkan data mentah, yang merupakan jawapan dari soalan
yang dibuat sebelum ini menjadi kenyataan yang bermakna. Kaedah menganalisis
data adalah penting kerana ia mempengaruhi penyampaian hasil kajian secara
keseluruhan. Dalam kajian ini, kaedah analisis kandungan digunakan. Semua
maklumat yang bermakna dan data yang dikumpulkan diteliti, ditapis dan
dikategorikan untuk memudahkan proses menganalisis data. Berikut adalah kaedah
yang digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data yang dikumpul oleh
responden.

3.3.3.1 Analisa Kandungan

Pengumpulan dan analisis data pada kajian kualitatiif dengan menggunakan


rekabentuk teori grounded merupakan proses yang saling berhubung dan harus
dilakukan secara bergantian. Jenis kaedah analisis data dalam rekabentuk teori
grounded ini dilakukan dalam analisis kandungan, yang merupakan proses
penguraian data, pembuatan konsep dan penyusunan kembali dengan cara yang baru.
47

Kajian kualitatif turut menggunakan analisis kandungan bagi menganalisis tema-


tema daripada temu bual dan juga pemerhatian. Tujuan analisis kandungan dalam
penelitian teori grounded adalah untuk menyusun teori, memberikan ketepatan
proses penelitian, (membantu peneliti mengatasi bias dan asumsi yang keliru, dan
memberikan landasan, memberikan kepadatan makna, dan mengembangkan
kepekaan untuk menghasilkan teori)

3.3.3.2 Pengekodan Teks

` Analisis kandungan kualitatif teori grounded akan dianalisis menggunakan


analisis tema dengan pengekodan dan pengkategorian. Selalunya, proses analisis
data berlaku secara berterusan dan non-linear (Rosmawati, 2011). Kaedah ini
mempunyai tujuan yang lebih luas, tidak hanya membolehkan penyelidik
memberikan beberapa tema, atau mengembangkan rangka kerja deskriptif yang
teorinya berdasarkan konsep-konsep yang terjalin secara longgar. Menurut Strauss
dan Corbin (1990: 57) prosedur analisis dalam grounded theory direka sebagai
berikut:

a) Membina teori lebih daripada sekadar menguji pada teori.


b) Memberikan proses kajian suatu kepastian / keketatan yang diperlukan
untuk membuat teori menjadi ilmu pengetahuan “yang baik”.
c) Membantu penganalisaan yang bebas dari bias-bias dan andaian-andaian
yang terbawa, dan yang boleh berkembang selama proses kajian
berlangsung.
d) Memberikan dasar atau alas (grounding), membina kepaduan, dan
mengembangkan kepekaan dan integrasi yang diperlukan untuk
menghasilkan teori yang kaya, tersusun secara ketat (tightly woven),
penerangan teori yang lebih mendekati kenyataan / realiti yang ada.
48

3.3.3.2.1 Pengekodan Terbuka (Open Coding)


Pengekodan Terbuka (Open Coding) adalah proses melakukan pengekodan
yang memperincikan, menguji, membandingkan, konseptualisasi, dan melakukan
bentuk kategori data.Sebab biasa untuk menggunakan soalan terbuka adalah bahawa
penyelidik tidak mempunyai hipotesis yang jelas tentang jawapan, yang akan
menjadi banyak dan pelbagai.

Analisis melalui pengekodan terbuka boleh agak rumit juga memerlukan


kemahiran yang hebat untuk melaporkan maklumat dengan tepat. Cara terbaik untuk
menganalisis adalah dengan mengodkan maklumat dari segi idea dan tema. Tujuan
pengkodan soalan tersebut adalah untuk mengurangkan bilangan jawapan individu
yang banyak kepada beberapa kategori umum jawapan yang boleh diberikan kod
berangka. Oleh itu, untuk pertanyaan terbuka dalam soalan temu bual, kajian
menggunakan kaedah pengekodan terbuka ini. Maklumat dan data yang
dikumpulkan telah diberikan kepada pengekodan yang sesuai dari segi idea dan
tema. Proses pengekodan ini memerlukan bacaan berulang oleh penyelidik untuk
mengenal pasti kata kunci untuk menyerlahkan dan mengkategorikan data. Data yang
telah diserlahkan dipindahkan ke dalam jadual ringkasan yang digunakan untuk
menggambarkan hasilnya. Data yang sama dari semua maklumbalas dari jumlah
responden dikategorikan ke sub-tajuk dan diberikan kod yang mengandungi huruf
dan nombor. Contoh analisis pengekodan bagi kajian ini adalah seperti jadual
berikut.

Jadual 3.2: Contoh Analisis Pengekodan Terbuka


BAHAGIAN B
Jawapan data Data Kod
Objektif 1 Apakah masalah-masalah Masalah-masalah B
yang dialami oleh pusat dalam mematuhi
tahfiz ini dalam piawaian
mematuhi piawaian keselamatan
keselamatan kebakaran? kebakaran
49

Responden Ok sebenarnya..secara kekurangan bajet B1


peribadi saya
la….kekurangan yang
pertama..kekurangan
bajet. Tangga
keselamatan pun berapa
ribu nak buat kan.
BAHAGIAN C
Objektif 2 Disebabkan kekurangan Langkah-langkah C
bajet, apa langkah- yang diambil untuk
langkah yang pihak mengurangkan
tahfiz ini ambil untuk masalah-masalah
mengurangkan masalah dalam mematuhi
ini? piawaian
keselamatan
kebakaran
Responden Satu..dengan keluarga Dana ahli keluarga C1.1
sendiri dah boleh
kumpulkan dana
semua…orang Yuran C1.2
kata..ada…apa-apa..dan
juga aaa….yuran…
yuran kena ambil la
sebab zaman sekarang ni
semua benda

Kod B dan C tersebut mewakili bahagian soalan yang mana Bahagian B dan
nombor 1 di sebelah B mewakili bilangan data bagi Soalan No.B begitu juga untuk
C.

3.4 Rumusan Bab

Dalam melaksanakan kajian, metodologi adalah tulang belakang bagi


memastikan kelancaran perjalanan kajian. Keseluruhan bab ini menerangkan secara
terpeinci mengenai kaedah penyelidikan yang telah dirancang kemudian dijalankan
bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan pada awal kajian. Pada
akhir kajian ini akan dibentuk satu kesimpulan untuk menjawab persoalan yang
timbul dan cadangan terbaik bagi kajian akan datang.
50

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan mengenai data dan maklumat yang diperoleh hasil
daripada kajian yang telah dijalankan. Analisa data diperoleh melalui kaedah kajian
yang diterangkan di dalam Bab 3 iaitu berdasarkan temu bual semi-struktur daripada
pihak tahfiz. Sebanyak sepuluh buah pusat tahfiz negeri Selangor diselidik dengan
terpeinci dan hasil data diilustrasikan dalam bentuk jadual dan graf.

Pematuhan piawaian keselamatan kebakaran adalah sangat penting supaya


keselamatan penduduk di dalam bangunan terjamin. Dalam konteks ini bermaksud,
kepatuhan pusat-pusat tahfiz di Malaysia terhadap piawaian dapat menghindari
kerugian yang sangat besar dan di samping risiko kehilangan nyawa dan harta benda.
Selain daripada faktor bentuk binaan bangunan, banyak lagi aspek lain orang ramai
harus peka terhadap bahaya kebakaran pada setiap masa.
51

Memandangkan kejadian kebakaran semakin besar dan serius berlaku dalam


kelompok pusat tahfiz, kajian ini dibuat adalah untuk mencapai objektif terutamanya
untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat tahfiz dalam
mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Sangat jelas kini, ramai masyarakat
ingin tahu kekangan atau kerumitan yang pusat tahfiz sendiri hadapi dalam mematuhi
piawaian. Perkara ini seterusnya, tidak harus dinilai melalui pandangan mata kasar
serta menunding jari sesuka hati, malah sebagai individu yang bertimbang rasa,
sangat perlu untuk dalami situasi keadaan yang mereka hadapi setiap hari. Pada masa
yang sama mengetahui masalah, dapat juga ketahui punca mengapa Pusat-pusat
tahfiz antara yang terbanyak mengalami kejadian kebakaran berbanding dengan
institusi-institusi swasta yang lain seperti rumah-rumah orang tua, pusat kebajikan
atau sebagainya.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi


oleh pusat tahfiz juga turut dikenalpasti supaya dapat mencapai objektif kedua.
Sejauh mana mereka mengambil berat akan hal yang semakin menular ini dalam
sehaluan mengekalkan atau meningkatkan kecemerlangan pusat tahfiz untuk jangka
masa yang panjang. Sama ada mereka benar-benar mengambil iktibar akan kes-kes
yang berlaku sebelumnya atau masih kekal sama. Banyak langkah yang boleh
diambil sendiri oleh pihak tahfiz tanpa mengharapkan pihak berkuasa terlebih dahulu
antaranya seperti mempersiapkan diri dengan sedikit ilmu pengetahuan kebombaan
seperti mempunyai alat pemadam api persendirian, ilmu pencegahan dan mengawal
kebakaran dan cara menyelamatkan diri sebelum tiba bantuan dari Jabatan Bomba
Dan Penyelamat.

4.2 Analisis Kajian Temu Bual


52

Temu bual semi-struktur telah dilakukan kepada 10 orang Mudir (pengetua)


pusat tahfiz di Selangor iaitu merangkap pengetua pusat tahfiz. Sepanjang proses
pengumpulan data dilakukan, borang temu bual semi-struktur menjadi panduan
untuk bertanya, seterusnya maklumat direkodkan. Pengkaji terlibat secara langsung
iaitu bersemuka sendiri dengan reponden semasa menemu bual.

Soalan-soalan yang ditanyakan adalah mengenai latar belakang pusat tahfiz


dan responden seterusnya, maklumat mengenai masalah dan langkah yang diambil
oleh pusat tahfiz yang terlibat. Sampel borang temubual berstruktur dilampirkan di
Lampiran A sebagai rujukan. Alasan penyelidik memilih temubual semi-struktur
adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari responden selain
mengetahui perkara-perkara lain yang terlibat dengan lebih mendalam.

Maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kaedah temubual ini dianalisis


dengan menggunakan kaedah Analisis Kandungan. Menurut A. S. Long (2009),
analisis kandungan merupakan satu bentuk analisis terhadap bahan–bahan media
cetak bertulis seperti jurnal, buku, laporan bertulis, akhbar, majalah dan sebagainya
juga bahan – bahan elektronik seperti CD, radio, drama, filem dan sebagianya.
Menurutnya lagi, ia sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
istilah, konsep, frasa dan sebagainya bagi melengkapkan penyelidikan. Penyelidik
memilih untuk menggunakan kaedah analisis ini kerana ia adalah kaedah paling
sesuai dan mudah digunakan bagi kaedah temubual ini. Hal ini demikian kerana,
segala maklumat temubual telah direkodkan dalam bentuk penulisan dan juga
rakaman audio. Setelah semua maklumat diekstrak, seterusnya jadual akan
digunakan bagi mewakili maklumat yang diperolehi. Kemudian kesimpulan akan
dibuat berdasarkan jadual ini.
53

4.3 Analisis Bahagian A- Latar Belakang Responden & Pusat Tahfiz

Bahagian ini membincangkan mengenai demografi pusat tahfiz bagi


memberikan gambaran yang jelas mengenai latar belakangnya. Sepuluh orang mudir
terlibat sebagai responden yang mewakili pusat tahfiz bagi menjawab mengenai
demografi institusi.

4.3.1 Maklumat Responden

Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden Setiap Pusat Tahfiz

Pusat Tahfiz Jawatan Pengalaman (Tahun)

A Mudirah (Pengetua) 6
B Mudir (Pengetua) 14
C Mudirah (Pengetua) 6
D Mudirah (Pengetua) 4
E Mudir (Pengetua) 3
F Mudir (Pengetua) 10
G Mudir (Pengetua) 9
H Mudir (Pengetua) 28
I Mudir (Pengetua) 13
J Mudir (Pengetua) 6

Jadual 4.1 menunjukkan latar belakang responden mewakili pihak tahfiz yang
telah memberi kerjasama dalam temubual yang dijalankan oleh penyelidik. Mengikut
jadual di atas, kesemua responden merupakan mudir (pengetua) pusat tahfiz dan
hanya seorang daripada sepuluh responden tersebut mempunyai pengalaman kurang
dari 5 tahun iaitu pusat tahfiz E. Manakala sekolah tahfiz H merupakan responden
yang mempunyai pengalaman tertinggi iaitu 28 tahun dan merupakan seorang bekas
kakitangan di Pejabat Kesihatan Sungai Besar di Daerah Sabak Bernam yang
54

berusaha untuk menubuhkan intitusi tahfiz bagi memelihara kesucian kalimah Allah
s.w.t. Kemudian, tiga daripada sepuluh responden di atas merupakan mudirah iaitu
pengetua perempuan yang juga sebagai penaung pusat tahfiz perempuan. Kesemua
jawapan dari responden yang terlibat dalam sesi temubual bersama penyelidik telah
membantu untuk mencapai kedua-dua objektif kajian ini kerana kerana setiap
jawatan yang dipegang oleh semua responden yang terlibat adalah jawatan yang
penting dan sememangnya berkaitan.

4.3.2 Maklumat Pusat Tahfiz

Jadual 4.2: Latar Belakang Pusat Tahfiz yang dikaji

Bilangan Bentuk
Pusat Tahun Bilanga Sumber
Daerah Kapasiti Pengajian
Tahfiz Penubuhan n Blok Pembinaan
(orang)
A Petaling 2012 147 2 Tahfiz dan fardhu Sendiri
ain
B Petaling 2013 30 1 Tahfiz sahaja Sendiri

C Petaling 2011 90 1 Tahfiz, fardhu ain Sendiri


dan akademik
D Petaling 2016 30 1 Tahfiz, fardhu ain Sendiri
dan akademik
E Petaling 2013 72 3 Tahfiz, fardhu ain Waqaf
dan akademik
Bentuk
F Petaling 2011 63 1 Tahfiz, fardhu ain
dan akademik Organisasi

G Petaling 2008 105 3 Tahfiz, fardhu ain Waqaf


dan akademik
Tahfiz, fardhu ain
H Sabak 1988 97 3 Sendiri
Bernam dan akademik

I Sabak 1997 89 3 Tahfiz dan fardhu Sendiri


Bernam ain
J Sabak 2016 30 1 Tahfiz sahaja Waqaf
Bernam

Jadual 4.2 menunjukkan maklumat mengenai latar belakang kesemua buah


tahfiz yang dikaji. Maklumat ini dianalisis secara umum melalui jawapan yang
diterima daripada temubual yang dijalankan.
55

4.4 Pusat Tahfiz A

Daripada analisis yang dibuat, pusat tahfiz A terletak di daerah Petaling dan
jarak antara Bandar adalah sebanyak 20km. Ia dikelolakan dan ditubuhkan oleh
sebuah keluarga bermula daripada bapa dan diwarisi oleh anaknya iaitu Mudirah
(pengetua perempuan) sekarang. Pusat tahfiz ini merupakan pusat tahfiz perempuan
dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2012. Terdapat seramai 136 orang
pelajar serta 11 orang guru dan keseluruhannya adalah seramai 147 orang. Pengajian
di sini berbentuk tahfiz dan fardhu ain secara sepenuh masa. Pembinaan pusat tahfiz
ini sepenuhnya hasil perusahaan sendiri iaitu daripada keluarga. Pengoperasian pusat
tahfiz dijalankan di pusat komersial iaitu sebanyak 2 blok sahaja.

Rajah 4.4: Dua blok pusat tahfiz A

4.4.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran

Bagi pusat tahfiz A, dalam menyediakan peralatan keselamatan kebakaran,


pihak ini mengaku agak sukar untuk penuhi pada awalnya. Penyediaan alat
perlindungan kebakaran seperti pemadam api dan tangga keselamatan juga
mengambil masa yang lama disebabkan kewangan yang terhad. Hal ini kerana,
56

tangga keselamatan mencecah ribuan ringgit untuk dibina. Malah, merasa perkara
tersebut bukan perkara utama kerana harus mendahului urusan yang lain terdahulu.

Selain itu, mudir juga mengatakan bahawa hampir kesemua pusat tahfiz
mengalami masalah dalam mendapatkan pendaftaran tetap iaitu memenuhi
kehendak-kehendak yang diperlukan oleh JAIS. Mereka melalui konflik ini apabila
terdapat tiga kehendak asas yang dikenakan iaitu semua bomba, kesihatan dan pihak
berkuasa tempatan. Oleh itu, dalam memenuhi banyak keperluan dan syarat
penyediaan alat-alat keselamatan kebakaran, susun atur bangunan dan sebagainya
memerlukan banyak sokongan kewangan, pengurusan dan usaha barulah pendaftaran
disahkan. Walaubagaimanapun disebabkan kehendak yang terlalu banyak ini, Mudir
merasa perkara tersebut agak leceh seterusnya dilengah-lengahkan.

Bukan sahaja kehendak, tetapi prosedur pendaftaran yang panjang dan agak
melecehkan seperti pengisian borang, pengesahan dan penyemakan sehingga lengkap
membuatkan Pusat tahfiz A berputus asa untuk meneruskan pendaftaran pada
awalnya. Tambah-tambah lagi dengan ketiadaan kakitangan lain, pusat tahfiz A
harus ditinggalkan tanpa pemantauan kerana Mudir terpaksa berulang-alik ke Jabatan
Agama Islam serta membuat susulan berkali-kali. Bukan itu sahaja, tindak balas
daripada kakitangan JAIS sendiri sangat tidak membantu dalam mempercepatkan
proses pendaftaran kerana seorang pegawai hanyalah untuk menguruskan pusat
tahfiz tertentu sahaja. Bermakna, pegawai lain tidak tahu menahu jika ditanya status
sesuatu Pusat tahfiz. Hingga akhirnya, Mudir merasa malas untuk berdaftar,
seterusnya banyak kehendak tidak dipatuhi.

Walaubagaimanapun, hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati


bahawa pihak tahfiz A mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan
kebakaran yang amat cetek. Hal ini kerana, walaupun tidak diakui sendiri oleh
mudir, penyelidik mendapati bahawa mereka mempunyai masalah yang sama seperti
57

mengubahsuai penggunaan bangunan dan seterusnya terus menjalankan


pengoperasian tanpa peka serta sedar akan bahaya kebakaran yang sentiasa wujud
dalam bangunan. Malah, dalam kalangan mereka juga turut dengan sengaja
melengah-lengahkan kehendak-kehendak bomba seperti yang diperlukan oleh JAIS
sehingga tiada pendaftaran dilakukan.

Selain itu Pusat tahfiz A mengalami masalah kerana di sini sepenuhnya


diuruskan oleh Mudir. Walaupun ahli kelurga turut terlibat sama, seperti ayah dan
ibunya namun hanya membantu perkara yang kecil-kecilan sahaja. Oleh itu, Mudir
kadangkala terpaksa berkejar-kejaran menguruskan kesemua bahagian termasuk
keselamatan kebakaran. Hal ini menyebabkan banyak urusan tergendala dan
diketepikan dahulu sehingga kehendak bomba terpaksa diabaikan. Malah, apa-apa
keperluan borang dan kertas kerja juga tiada siapa yang boleh membantu.

4.4.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Disebabkan bajet yang tidak cukup untuk melengkapi kehendak yang tiada
seperti pintu, tangga dan alat pemadam api, Mudir telah menjana kewangan daripada
pernigaan. Perniagaan yang diusahakan berbentuk jualan barang-barang kesihatan
dan dilakukan secara tak langsung dan langsung kepada orang ramai. Ahli
keluarganya juga sama-sama membantu melaburkan apa yang tidak mencukupi.
Selain itu, sebahagian jumlah yuran juga akan diambil untuk memenuhi prasarana
yang sepatutnya. Oleh itu, hasil daripada kewangan tersebut termasuk sumbangan
daripada individu-individu yang prihatin juga, sedikit sebanyak telah membantu
Pusat tahfiz ini dalam penukaran pintu, penyediaan tangga kecemasan dan lain-lain
lagi.
58

Pusat tahfiz A juga akan memastikan bahawa premisnya didaftarkan di


bawah JAIS agar mudah menerima apa-apa jenis bantuan.Oleh itu, mudir akan
sentiasa memastikan pengurusan yang mantap daripada semua sudut dan penubuhan
yang kukuh untuk jangka masa yang lama, Mudir telah memastikan Pusat tahfiz
didaftarkan dengan JAIS dengan apa cara sekali pun. Akui ianya memakan masa
yang lama, Mudir kerap menghubungi JAIS untuk mengenalpasti status pendaftaran
walaupun tiada individu lain yang boleh dipertanggungjawabkan. Hasil setelah
hampir selama 2 tahun menanti, baru disahkan JAIS. Pembaikan terhadap elemen-
elemen keselamatan kebakaran hanya ditampung oleh yuran tahunan sahaja.

Bagi pusat tahfiz A, Mudir telah mengambil langkah menghadiri kursus


keselamatan kebakaran yang dianjurkan sendiri oleh dan badan-badan persendirian.
Kursus tersebut telah ditawarkan sendiri oleh pihak berkenaan memandangkan kes
kebakaran semakin serius berlaku. Kursus khas untuk pengetua juga anjuran daripada
JAIS telah dihadiri. Sedar akan kepakaran yang kurang, pengetahuan yang terhad dan
kakitangan yang tidak mencukupi, Mudir juga akan mengambil langkah dalam
menghadiri dan memohon demonstrasi kebakaran yang dianjurkan oleh pihak bomba
secara percuma.
59

4.5 Pusat Tahfiz B

Kemudian, bagi pusat tahfiz B, ia terletak di daerah Petaling dan dikendalikan


oleh pasangan suami isteri pada tahun 2013. Pusat tahfiz ini merupakan sebuah pusat
tahfiz berasrama untuk pelajar lelaki yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir
miskin seramai 25 orang manakala kakitangan pula 5 orang termasuk pengelola pusat
tahfiz ini. Pengajian di sini adalah sepenuhnya percuma tanpa bayaran berasaskan
tahfiz sahaja. Pengajian di sini adalah tahfiz sahaja dan pembinaannya adalah hasil
sendiri iaitu dijalankan di sebuah rumah dua tingkat, juga merupakan rumah
kediaman pengetua dan isterinya. Namun, bangunan tersebut hanya disewa sahaja.

Rajah 4.5: Bangunan Pusat Tahfiz B

4.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran

Selain itu untuk pusat tahfiz B, oleh kerana pembelajaran yang dilaksanakan
adalah sepenuhnya percuma, bajet untuk keselamatan kebakaran sangat lah terhad.
Tidak seperti pusat tahfiz lain yang menjadikan yuran sebagai sumber kewangan,
Pusat tahfiz B berharap semua keselamatan kebakaran daripada penyumbang.
60

Berdasarkan temu bual lagi, Mudir akui tidak mampu untuk menyediakan tangga
keselamatan kerana bajet untuk pembiayaan sewa rumah juga turut tersangkut.

Pusat tahfiz B juga mengharungi masalah yang sama sepertimana yang


dihadapi oleh pusat tahfiz A dan lain-lain iaitu konflik ini apabila harus memenuhi
banyak keperluan dan syarat penyediaan alat-alat keselamatan kebakaran, susun atur
bangunan dan sebagainya. Malah bilangan pelajar pada awal penubuhan juga tidak
mengikut syarat yang diperlukan. Oleh itu, mudir merasa perkara tersebut agak leceh
seterusnya dilengah-lengahkan.

Selain itu, kegagalan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JAIS
untuk mendaftar, menyebabkan Pusat tahfiz B tidak mampu untuk meneruskan lagi.
Malah, proses pengesahannya juga memakan masa yang lama sehingga penukaran
pegawai baru. Hal ini menyebabkan prosedur pendaftaran diubah dan kesemua
dokumen yang telah dihantar oleh Mudir turut hilang. Mudir menjelaskan lagi
bahawa pegawai yang berurusan dengannya juga membuat kerja seperti melepaskan
batuk ditangga sahaja. Kehilangan dokumen yang disediakan oleh mudir dan
pihaknya juga tidak langsung dipertanggungjawab sebaliknya dilepaskan begitu
sahaja.

Walaubagaimanapun, hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati


bahawa pihak tahfiz B juga mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan
kebakaran yang amat cetek kerana, menjalankan pengoperasian tanpa peka serta
sedar akan bahaya kebakaran yang sentiasa wujud dalam bangunan. Malah, dalam
kalangan mereka juga turut dengan sengaja melengah-lengahkan kehendak-kehendak
bomba seperti yang diperlukan oleh JAIS sehingga pendaftaran masih di dalam
proses.
61

Bertambah teruk lagi apabila dalam persediaan untuk berdaftar, Pusat tahfiz
B tidak mampu untuk menyediakan penyata bank atau apa-apa dokumen yang
membuktikan aliran keluar masuk duit. Hal ini kerana, pengurusan kewangan Pusat
tahfiz ini sejak awal lagi hanya diuruskan oleh Mudir dan isterinya sahaja. Tiada
kakitangan lain yang bertanggungjawab untuk menumpukan bahagian kewangan
seperti pembiayaan bil, yuran dan prasarana. Malah, tiada rekod kewangan yang
dilakukan oleh Mudir dan isterinya. Hal ini menyebabkan proses pendaftaran mereka
sentiasa tersangkut dan berulang-ulang sehingga Mudir tidak terdaya untuk
meneruskan lagi. Dengan hal yang demikian, piawaian keselamatan kebakaran yang
digariskan dianggap biasa oleh Mudir dan secara tak langsung, banyak kehendak
bomba yang tidak dapat dipenuhi seperti tangga keselamatan dan alat perlindung
kebakaran.

Berdasarkan temu bual dengan mudir bagi pusat tahfiz B lagi, mereka tidak
menerima apa-apa sumbangan serta sokongan untuk pembaikan keselamatan
daripada pihak kenamaan. Hanya daripada individu biasa sahaja. Malah pihak-pihak
bernama hanya berkunjungn serta mengkritik apa yang sepatutnya diperbaiki.

Akhir sekali, hanya satu sahaja pusat tahfiz yang terbeban dengan tanggungan
lain seperti yang ditunjukkan di dalam jadual iaitu sebanyak 10% . Hal ini kerana,
Dalam kesukaran pusat tahfiz B menyediakan tangga keselamatan dan kehendak
keselamatan lain yang memakan ribuan ringgit, Mudir juga mengalami kesulitan lain
dari sudut kewangan iaitu pembiayaan sewa rumah sebanyak RM2,400 sebulan.
Malah mengalami tunggakan sebanyak 7 bulan berturut. Hal ini menyukarkan
mereka untuk mematuhi piawaian keselamatan kebakaran dalam jangka masa
pendek.
62

4.5.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Oleh kerana banyak yang harus dipenuhi, mudir mengambil langkah


mengusahakan perniagaan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar. Pelbagai
produk dijual untuk menjana kewangan supaya dapat penuhi apa yang masih tidak
cukup. Walaupun agak banyak jumlah yang perlu dilangsaikan, Pusat tahfiz ini tidak
mengambil langkah untuk memohon derma

Seperti yang dilakukan oleh mudir Pusat Tahfiz B, pada awal pemindahan
pusat tahfiz ke Bukit Bandaraya tersebut, tiada tangga keselamatan disediakan kerana
struktur bangunan tersebut hanyalah rumah biasa. Pusat tahfiz tidak mampu untuk
membiayai kos tangga sebanyak RM6000. Langkah yang telah diambil ialah mencari
penyumbang dan tajaan dalam kalangan rakan-rakan. Pelbagai informasi diberikan
oleh rakan-rakan termasuk Mudir Pusat tahfiz lain dalam memberikan pertolongan.
Hasil kumpul daripada rakan-rakan, sedikit demi sedikit dapat membina tangga
keselamatan.

Walaubagaimanapun bagi pusat tahfiz B, mudir juga telah mengambil


langkah yang sama iaitu sentiasa mendapatkan susulan daripada JAIS. Namun, ianya
hanya separuh jalan sahaja disebabkan faktor masa yang terlalu panjang dan
kekurangan pihak pengurusan yang sedikit menyebabkan status pusat tahfiz ini
masih di dalam proses pendaftaran.

Memandangkan masih dalam proses pendaftaran, banyak pengetahuan perlu


dimantapkan agar aspek keselamatan kebakaran tidak diabaikan sewenang-
wenangnya. Tambahan lagi atas nasihat bomba supaya hadir agar dapat mewujudkan
kesedaran terhadap pentingnya keselamatan kebakaran. Oleh itu, Mudir mengambil
63

langkah untuk memantapkan ilmu dengan menghadiri kursus keselamatan kebakaran


yang dianjurkan oleh kerajaan iaitu kursus keselamatan kebakaran pusat-pusat tahfiz
di bawah Dasar Tahfiz Negara.

Pusat tahfiz B pula, disebabkan oleh pihak bomba telah berulang kali datang
memantau, mereka menggalakkan Pusat tahfiz ini untuk berdaftar supaya
keselamatan dan aspek-aspek lain turut terjamin. Oleh itu, mudir telah berusaha
memperbaiki sistem pengurusan dengan memastikan segala dokumen berkenaan
dengan maklumat pelajar, kewangan, dan keseluruhan Pusat tahfiz tersebut telah
dibuat semula dan difailkan dengan baik. Malah, salinan juga dibuat jika apa-apa
berlaku.

Tidak seperti pusat-pusat tahfiz yang lain, pusat tahfiz B mempunyai beban
yang berlebihan kerana pengajian yang diberikan adalah sepenuhnya percuma. Tiada
yuran tahunan yang boleh menampung perbelanjaan asas pelajar-pelajar, kakitangan
mahupun bangunan yang digunakan.Tambahan lagi, pusat tahfiz B terpaksa
menanggung sewa bangunan yang tertunggak sehingga mencecah RM16000. Oleh
itu, mereka menyediakan tabung bantuan pada setiap majlis yang dijemput untuk
memohon sedikit sumbangan daripada orang ramai. Walaubagaimanapun, mudir dan
pihaknya cuba menghindari permohonan derma yang keterlaluan
64

4.6 Pusat Tahfiz C

Seterusnya ialah pusat tahfiz C. Pusat tahfiz ini juga terletak di daerah
Petaling dan telah ditubuhkan pada tahun 2011. Ia merupakan sebuah pusat tahfiz
perempuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar berumur 12 tahun hingga 18 tahun.
Bilangan pelajarnya kini lebih daripada 80 orang dan terdapat yang duduk di luar
mahupun di asrama. Manakala, guru dan kakitangan pengurusan pula adalah
sebanyak 10 rang sahaja. Pengajian di sini melibatkan semua perkara seperti tahfiz,
fardhu ain dan juga akademik iaitu termasuk subjek akademik Bahasa Arab,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Pusat tahfiz ini juga giat menjalankan aktiviti
kokurikulum seperti silat dan memanah. Walaupun giat menjalankan aktiviti, pusat
tahfiz ini hanya mempunyai 1 blok kerana pengoperasiannya ialah di sebuah rumah
teres dua tingkat iaitu berhampiran dengan pusat tahfiz B. Pembinaannya adalah
hasil sendiri daripada pihak pengetua yang ingin menerapkan pendidikan Al-Quran
pada generasi masa kini.

Rajah 4.6: Bangunan Pusat Tahfiz C

4.6.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
65

Walaupun pusat tahfiz C dikira antara pusat tahfiz yang terbaik dari sudut
pengurusannya dan juga berdaftar, namun mereka tetap kekurangan bajet dalam
menyediakan infrastruktur keselamatan.

Pihak tahfiz juga tidak lari daripada mengalami konflik dengan kehendak-
kehendak JAIS. Dari awal penubuhan Pusat tahfiz C, ia beroperasi terlebih dahulu
tanpa berdaftar. Mengikut Mudir daripada temu bual tersebut, operasi yang
dijalankan itu adalah secara haram dari sudut undang-undangnya. Hal ini kerana,
bilangan pelajar pada waktu tersebut adalah beberapa orang sahaja walhal kehendak
yang diperlukan oleh JAIS adalah 20 orang. Sepanjang beroperasi itu, Pusat tahfiz
tidak langsung mengikuti syarat dan kehendak-kehendak yang ditetapkan
termasuklah keselamatan kebakaran. Malah, pusat tahfiz beroperasi seperti biasa di
rumah sehinggalah setelah beberapa tahun apabila permintaan daripada ibu bapa
semakin berkembang, Pusat tahfiz kemudiannya semakin membesar dan melebihi
bilangan yang ditetapkan. Barulah mudir mengambil langkah untuk berdaftar dan
memenuhi kehendak yang ditetapkan. Oleh itu, dalam masa yang singkat, mereka
terpaksa mengambil tahu semua perkara termasuklah hal bomba.

Apabila telah mampu memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan,


Perkara yang sama juga berlaku pada pihak tahfiz C, iaitu berhadapan dengan sikap
tidak kerjasama pegawai JAIS dan prosedur yang amat memenatkan.

Selain itu, Mudir akui bahawa pihaknya memang kurang pengetahuan


mengenai keselamatan kebakaran sehinggalah tragedi kebakaran terbesar berlaku.
Tambahan lagi, semasa bomba menjalankan pemeriksaan, banyak yang masih perlu
diperbaiki dan dikehendaki. Antaranya seperti pemasangan pagar bergeriji
keselamatan, tangga keselamatan dan penggunaan pedawaian yang betul.
66

Seterusnya,. memandangkan Pusat tahfiz baru mahu mengikuti kehendak


piawaian setelah mencukupi syarat, banyak kesalahan dan kekurangan diperbaiki.
Semuanya bermula daripada pengurusan supaya segala perkara teratur.

4.6.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz C juga, oleh kerana bajet yang sederhana sahaja untuk
peralatan kebakaran, Mudir mengambil usaha untuk menjana kewangan daripada
bisnes seperti menjual karpet. Kemudian, dijualkan kepada orang awam, rakan-rakan
dan ibu bapa pelajar. Hasil daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada madrasah
dan menjadi tampungan untuk kekurangan kelengkapan kebakaran.

Pusat tahfiz C juga menggunakan langkah yang sama iaitu mencari


penyumbang dalam kalangan rakan-rakan melalui perkembangan teknologi seperti
komunikasi “whatsapp” dan sosial media sahaja. Hal ini kerana, Mudir sangat peka
dengan nasihat yang diberikan oleh bomba sejurus menjalankan pemeriksaan ke atas
premis mereka. Beliau mengaplikasikan langkah ini sebagai tindakan segera untuk
memenuhi beberapa kehendak bomba salah satunya adalah alat pemadam api.

Seterusnya, dalam mengatasi masalah kehendak JAIS, mudir berusaha keras


dalam mendapatkan status pendaftaran. Beliau kerap berulang alik ke pejabat
semata-mata mendapatkan susulan daripada pegawai yang terlibat sehingga sah
didaftarkan. Hasil daripada usaha tersebut, pihak tahfiz telah menerima pelbagai
bantuan daripada JAIS seperti pentauliahan guru, kursus keselamatan dan lain-lain
lagi yang mampu menampung kekurangan kewangan mereka dalam pembaikan
elemen keselamatan kebakaran.
67

Sedar akan kekurangan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran,


mudir telah melakukan banyak alternatif dalam mengurangkan masalah tersebut
untuk memantapkan kesedaran serta peka dengan isu keselamatan kebakaran seperti
mengadakan ceramah mengenai keselamatan kebakaran diberikan kepada semua
pelajar dan kakitangan pusat tahfiz serta diadakan di dalam pusat tahfiz itu sendiri
sahaja. Ia menekankan akan bahanya api dan pentingnya pencegahan. Demonstrasi
kebakaran juga turut dijalankan. Demonstrasi diketuai oleh pasukan bomba yang
hadir pada tengah malam untuk membuat latihan kecemasan kebakaran. Latihan
tersebut merangkumi cara penggunaan alat pemadam api, cara memadamkan api,
prosedur keluar daripada bangunan dan pelbagai lagi. Selain itu juga, pusat tahfiz C
telah berjaya menubuhkan skuad bomba. Beberapa orang pelajar dipilih supaya
mengetuai hal-hal kecemasan. Mereka dilatih untuk memberi arahan jika berlaku
kecemasan seperti kebakaran dan berperanan penting dalam memastikan
keselamatan antara para pelajar terjamin. Malah, mereka juga dibawa ke Balai
Bomba untuk menghadiri sesi ceramah mengenai cara pencegahan kebakaran dan
infor lain-lain lagi. Mudir turut melantik kaunselor daripada pihak luar untuk
memberikan khidmat kaunseling kepada para pelajar. Antara lain perkara yang
ditekankan selain keselamatan diri adalah mengenai keselamatan kebakaran. Hal ini
demikian, kebakaran semakin menular dalam kalangan Pusat tahfiz. Tambah-tambah
lagi Pusat tahfiz ini adalah kesemuanya perempuan. Mudir pusat tahfiz C sangat peka
dengan kepentingan keselamatan kebakaran sehingga bukan sahaja menghadiri atau
mengadakan ceramah, tetapi juga menerapkan pengajaran keselamatan kebakaran di
dalam sistem pembelajaran. Setiap kali mengadakan perhimpunan, guru-guru akan
sentiasa memperingatkan para pelajar akan pentingya keselamatan kebakaran.
Informasi mengenai alat-alat kebakaran juga diterangkan di dalam kelas.

Mudir menggunakankan pengalamannya yang bekerja di bahagian


pentadbiran sebuah syarikat jurutera. Antara perkara yang dibuat ialah melantik
kerani dan beberapa orang ustazah untuk mengambil bahagian dalam semua sudut
pengurusan termasuklah keselamatan kebakaran.
68

4.7 Pusat Tahfiz D

Seterusnya, pusat tahfiz D adalah sebuah institusi tahfiz berasrama untuk


pelajar perempuan yang terletak di daerah Petaling. Penubuhannya baru menjangkau
dua tahun, tiga bulan iaitu bermula pada tahun 2016. Jumlah pelajar di sini juga baru
mencecah 25 orang dan 5 orang lagi adalah kakitangan pengurusan dan guru.
Pengambilan pelajar adalah berumur 12 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, seawal
10 tahun masih boleh dipertimbangkan dan harus melepasi temuduga yang
dijalankan. Pengajian di sini adalah sepenuh masa, berasaskan al-quran, fardhu ain
dan akademik seperti sekolah-sekolah agama lain. Bilangan setiap kelas adalah
seramai 10 hingga 12 orang sahaja bersama seorang ustazah. Selain hafazan, Pusat
tahfiz ini juga turut aktif dalam seni silat gayong dan penglibatan dengan program
jati diri. Sumber pembinaannya juga adalah hasil sendiri iaitu oleh pasangan suami
isteri yang kedua-duanya juga merupakan kakitangan kerajaan di sebuah sekolah.
Pengoperasian pusat tahfiz dijalankan di tengah-tengah deretan rumah teres dua
tingkat dan blok pembelajaran hanyalah satu sahaja.

Rajah 4.7: Bangunan Pusat Tahfiz D


69

4.7.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran

Bagi pusat tahfiz D, pengubahsuaian bangunan yang dilakukan adalah sendiri


dan tidak mampu untuk membayar perunding atau mana-mana kontraktor yang
berkelayakan. Penyediaan alat-alat keselamatan kebakaran hanyalah minima
berbanding yang sepatutnya seperti alat pemadam api,pintu dan tangga keselamatan
sahaja.

Dari awal penubuhan pusat tahfiz D juga, ia telah beroperasi terlebih dahulu
dengan beberapa bilangan pelajar sahaja walhal kehendak yang diperlukan oleh JAIS
adalah 20 orang. Penekanan mengenai keselamatan mula serius apabila jumlah
bilangannya telah menepati kehendak JAIS. Oleh itu, banyak keperluan yang perlu
dipenuhi memandangkan mudir tidak membuat apa-apa persediaan mengenai
keselamatan kebakaran pada awal penubuhan tersebut.

Namun hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati bahawa pihak


tahfiz D juga mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan kebakaran
yang amat cetek kerana, menjalankan pengoperasian di dalam bangunan yang
diubahsuai penggunaannya. Mudir ttidak peka serta sedar akan bahaya kebakaran
yang sentiasa wujud dalam bangunan. Malah, dalam kalangan mereka juga turut
dengan sengaja melengah-lengahkan kehendak-kehendak bomba seperti yang
diperlukan oleh JAIS sehingga pendaftaran hanya berstatus sementara dan tiada
langkah segera mengurangkan masalah tersebut.

4.7.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran
70

Bagi pusat tahfiz D, walaupun bajet yang sederhana, Mudir tidak mengalami
masalah kewangan yang serius kerana ditampung dengan gaji tetap sebagai penjawat
awam daripada beliau dan suaminya sendiri. Malah, kewangan juga diusahakan
sendiri melalui perniagaan yang dilakukan seperti jualan apam balik dan aiskrim.
Mereka juga turut mengusahakan penyewaan khemah untuk kegunaan majlis dan
sebagainya. Dengan hasil perniagaan yang dihasilkan, mudir telah memperbaki susun
atur dalam bangunan untuk menjamin keselamatan pelajar. Namun untuk pusat tahfiz
ini, tangga keselamatan tidak disediakan kerana khuatiri dimasuki oleh penceroboh.
Merekah hanya menyediakan tali melepaskan diri kerana pelajar-pelajar di sini
adalah perempuan.

Bagi pusat tahfiz D dan J pula, penubuhannya baru menjangkau tidak


melebihi 3 tahun. Status pusat tahfiz kedua-duanya adalah masih di dalam proses.
Namun begitu, mudir sentiasa berterusan mendapatkan susulan daripada pihak JAIS
sehingga sekarang supaya pendaftaran berjaya dilakukan. Demonstrasi kebakaran
juga masih di dalam status permohonan.
71

4.8 Pusat Tahfiz E

Bagi pusat tahfiz E, penubuhannya di daerah Petaling merupakan cawangan


yang kedua daripada empat cawangan iaitu ditubuhkan pada tahun 2013. Pusat tahfiz
ini juga merupakan salah satu institusi pengajian tahfiz yang komited melahirkan
Generasi Al-Quran. Ia juga merupakan cawangan kedua dalam rangkaiannya yang
juga diseliakan oleh Centre Pusat tahfiz itu sendiri dan menerima kemasukan untuk
pelajar perempuan dan lelaki. Jumlah keseluruhan para pelajar pada masa kini adalah
sebanyak manakala kakitangan pula ialah. Pembinaan blok telah diagihkan mengikut
segmen iaitu maahad tahfiz, pusat perubatan islam dan pengajian awam. Pengajian di
sini termasuk ketiga-tiga sudut iaitu tahfiz, akademik dan fardhu ain. Pelajar-pelajar
diwajibkan untuk menghafal surah As-Sajdah, Yasiin, Ad-Dukhan, Al-Mulk, Al-
Insan dan barulah mereka dibenarkan untuk menghafal juzuk satu dan juzuk-juzuk
seterusnya. Hasil daripada pembinaan pusat tahfiz yang pertama, ianya menerima
sambutan yang sangat menggalakkan sehingga pembinaan kedua pula dijalankan
iaitu hasil waqaf dari individu dan sumbangan orang ramai.

Rajah 4.8: Bangunan Pusat Tahfiz E

4.8.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
72

Mudir pusat tahfiz E pula akui bahawa, untuk membangunkan Tahfiz ini,
perlu usaha yang sangat kuat daripada semua pihak walaupun Pusat tahfiz ini
mempunyai pengurusan kewangan yang sistematik. Namun, hampir 60% semuanya
hasil daripada sumbangan orang ramai yang tidak lokek membantu dan pemimpin-
pemimpin yang prihatin. Tanpa bantuan tersebut, Pusat tahfiz ini tidak akan
membesar seperti sekarang.

Namun bagi pusat tahfiz E, dalam memperbaharui pendaftaran, semakin


menjangkau ke tahun baru, semakin ketat syarat-syarat yang dikenakan oleh JAIS.
Termasuklah kehendak-kehendak bomba yang semakin berat. Sebagai contoh,
pembaharuan yang terkini dilakukan adalah perlu mempunyai pili bomba. Namun,
faktor kewangan, pihak tahfiz tidak dapat menyediakan pili tersebut dengan segera.

Di samping itu, melalui temubual yang dijalankan dengan mudir pusat tahfiz
E, didapati masalah yang dihadapi adalah pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran
dengan JAIS. Walaupun Pusat tahfiz ini komited daripada semua sudut, tidak dapat
dinafikan sememangnya untuk mendapatkan pembaharuan daripada pihak JAIS amat
sukar.

4.8.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz E, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan untuk
mengekalkan kestabilan operasi pusat tahfiz. Selain dapat merapatkan ukhuwah,
PIBG juga diwujudkan oleh Pihak Tahfiz supaya dapat membantu hal-hal ehwal
murid. Malah, pendapat serta cadangan daripada mereka sangat digalakkan supaya
73

dapat memperbaiki apa yang kurang sama ada dari segi pelajaran, prasarana atau
sebagainya. Penubuhan ini juga mendapat respon yang positif apabila ada kalangan
ibu bapa yang sanggup turun padang menyumbangkan kepakaran masing-masing
untuk menaik taraf Pusat tahfiz. Sebagai contoh, mereka yang bekerja di dalam
pembinaan seperti jurutera atau arkitek sama-sama memberi bantuan dari sudut
perancangan plan bangunan dan elemen keselamatan kebakaran. Hal ini secara tidak
langsung, dapat membantu peruntukan kewangan Pusat tahfiz.

Pusat tahfiz ini juga ke arah usaha mendapatkan susulan daripada pihak JAIS
untuk pembaharuan pendaftaran secara konsisten. Sejurus memenuhi kehendak dari
sedikit demi sedikit, pihak tahfiz akan memastikan urusan dengan pegawai JAIS
dikemaskini.

Walaupun mempunyai sistem keselamatan yang mantap, pusat tahfiz tetap


mengambil alternatif mengadakan ceramah mengenai keselamatan kebakaran
diberikan kepada semua pelajar dan kakitangan pusat tahfiz serta diadakan di dalam
pusat tahfiz itu sendiri sahaja. Ia menekankan akan bahanya api dan pentingnya
pencegahan. Demonstrasi kebakaran juga turut dijalankan serta diketuai oleh
pasukan bomba yang hadir pada tengah malam untuk membuat latihan kecemasan
kebakaran. Latihan tersebut merangkumi cara penggunaan alat pemadam api, cara
memadamkan api, prosedur keluar daripada bangunan dan pelbagai lagi.
74

4.9 Pusat Tahfiz F

Kemudian, pusat tahfiz F pula terletak di daerah Petaling dan telah didirikan
secara tidak rasmi pada tahun 2008 iaitu tidak berdaftar. Proses pendaftarannya
sudahpun lengkap pada 2012 dan merupakan sebuah institusi pendidikan yang telah
beroperasi selama empat tahun, kini dengan jumlah 52 orang pelajar yang terdiri
daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada 7 hingga 12 tahun. Manakala
kakitangan pula adalah seramai 11 orang. Institusi ini memberi khidmat kepada
anak-anak penduduk sekitar Jalan Kebun dan Shah Alam. Terdapat banyak
permintaan dari asnaf untuk belajar di sini, tetapi setakat ini, hanya mampu
mengambil beberapa asnaf miskin dan yatim sahaja. Pada asalnya, kedua-dua lelaki
dan perempuan dikelaskan dalam satu bangunan yang sama. Setelah semakin besar,
Pusat tahfiz ini kemudiannya mengasingkan pusat tahfiz antara lelaki dan
perempuan. Pembinaannya adalah hasil sebuah organisasi yang terdiri daripada
badan pemegang amanah, majlis lembaga tadbir dan badan pengurusan.

Rajah 4.9: Bangunan pusat tahfiz F

4.9.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
75

Berdasarkan temu bual dengan Mudir pusat tahfiz F, beliau menceritakan


masalah yang dialami tiga tahun lepas di mana pemilik ingin menjual rumahnya iaitu
Pusat tahfiz sekarang atas sebab-sebab perancangan kewangan. Mereka ditawarkan
membeli bangunan tersebut dengan harga RM 400,000.00 (Ringgit Malaysia empat
ratus ribu sahaja) dalam tempoh 6 bulan yang akan berakhir pada hujung bulan Julai
2014. Pemilik berhasrat menjualnya pada umum jika pihak tahfiz gagal membeli
dalam tempoh tersebut. Dengan kedudukan kewangan yang sederhana dan masa
yang suntuk, amatlah sukar untuk menyediakan jumlah wang tersebut, dan
kemungkinan besar mereka terpaksa berpindah.

Di samping itu, pusat tahfiz F telah bangun dan berjaya mendirikan sebuah
lagi tahfiz lelaki di kawasan yang sama, namun disebabkan berpindah ke bangunan
yang diwakafkan, amatlah sukar untuk mereka melengkapkan semula semua
peraturan dan syarat-syarat bagi pendaftaran penuh dengan JAIS di premis baru.
Perkara ini sedikit sebanyak agak menggangu pengajian pelajar. Bukan itu sahaja,
mereka juga mengalami masalah untuk menukar pendaftaran sementara ke
pendaftaran tetap. Pembinaan perpusatakaan dan kantin merupakan antara syarat
untuk pendaftaran tetap. Ia juga akan mempengaruhi kedudukan kewangan kerana
memerlukan banyak pengubahsuaian ke arah susun atur keselamatan.

Perkara yang sama juga berlaku pada pihak tahfiz F iaitu berhadapan dengan
sikap tidak kerjasama pegawai JAIS dan prosedur yang amat memenatkan walaupun
syarat yang dikenakan telah hampir berjaya dipenuhi.

Selain itu, seperti yang ditemu bual Mudir mengatakan masih banyak yang
baru dipelajari oleh kakitangan dan pelajar-pelajar di pusat tahfiz F. Banyak
penggunaan elektrik digunakan dalam satu soket kerana pejabat terletak di dalam
bangunan yang sama dan urusan pejabat dilakukan setiap hari.
76

Tidak dinafikan bahawa pengurusan di Pusat tahfiz F adalah cemerlang


kerana terdiri daripada ramai kaitangan.Pematuhan piawaian keselamatan juga baik
kerana terdapat tangga keselamatan, laluan keluar, alat pemadam api dan
pemasangan pagar bergeriji. Namun, Pihak Tahfiz berhadapan dengan konflik
apabila bomba telah menasihati agar menukar pagar bergeriji kerana iainya tidak
boleh dibuka dari dalam. Walhal beberapa tahun lepas, pengurusannya telah meneliti
dengan betul dan menerima pendapat sendiri daripada pembekal pagar itu. Pihak
tahfiz telah cuba memenuhi kehendak-kehendak bomba namun mengalami
kekeliruan dengan spesifikasi elemen daripada pembekal dengan bomba.

4.9.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Walaupun tiada masalah yang kritikal dari sudut kewangan kerana berbentuk
organisasi, Pusat tahfiz F mula berjinak-jinak dengan perniagaan supaya dapat
menampung perbelanjaan pengurusan. Mudir akui bahawa kewangan adalah sumber
utama kelancaran sistem pusat tahfiz persendirian. Oleh itu, pihak tahfiz ini juga
turut mengusahakan perniagaan sendiri yang masih dalam peringkat perancangan
lagi.

Organisasi yang ditubuhkan juga mempunyai tanggungjawab untuk


memastikan pusat tahfiz ini berdaftar tetap dengan JAIS. Walaubagaimanapun,
mudir akui bahawa usaha-usaha untuk memenuhi kehendak JAIS terutamanya
kehendak bomba masih dalam usaha pembaikan kerana bomba telah menjalankan
pemeriksaan di sini lebih daripada sekali.

Pihak Tahfiz F kini dalam proses untuk memohon kepada pihak


bomba mengenai latihan dan demonstrasi kebakaran kerana sebelumnya, tiada
77

sebarang latihan dilakukan kerana tiada kepakaran. Permohonan adalah secara


percuma dan disyorkan sendiri oleh pihak bomba semasa menjalankan penyiasatan.
Melalui temu bual pihak tahfiz F juga, pihak tahfiz kerap menerima tawaran secara
panggilan daripada badan-badan bukan kerajaan untuk memberikan ceramah
mengenai keselamatan kebakaran. Pihak tahfiz juga dalam usaha untuk memberikan
respon terhadap tawaran tersebut kerana masih lemah dalam pengetahuan
keselamatan. Mudir pusat tahfiz F sangat peka dengan kepentingan keselamatan
kebakaran sehingga bukan sahaja menghadiri atau mengadakan ceramah, tetapi juga
menerapkan pengajaran keselamatan kebakaran di dalam sistem pembelajaran. Setiap
kali mengadakan perhimpunan, guru-guru akan sentiasa memperingatkan para
pelajar akan pentingya keselamatan kebakaran. Informasi mengenai alat-alat
kebakaran juga diterangkan di dalam kelas.

Setelah menerima nasihat daripada bomba untuk memasang pagar bergeriji


yang selamat iaitu yang boleh buka dari dalam, pihak tahfiz F mengambil langkah
mewujudkan yang baru untuk pemasangan di asrama lelaki yang baru sahaja
ditubuhkan itu. Manakala yang sedia ada di bangunan itu akan ditukar apabila bajet
yang dikehendaki mencukupi.
78

4.10 Pusat Tahfiz G

Bagi pusat tahfiz G, ia telah berjaya ditubuhkan di sebuah lot daerah Petaling.
Pusat tahfiz ini secara rasmi di tubuhkan pada 14 mei 2008. Pada mulanya pusat
tahfiz ini bertempat di Masjid Lembaga Getah Malaysia. Permulaan operasi, maahad
ini hanya menampung seramai 15 orang pelajar, dan 4 orang tenaga pengajar.Tetapi
pada awal tahun 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 100 orang. Binaan
blok adalah sebanyak 3 buah iaitu terdiri daripada pejabat, asrama dan blok
pembelajaran yang termasuk surau. Pengajian di sini menawarkan pendidikan Tahflz
Al-Quran diniah (agama) dan akademik (kementerian) kepada para pelajar dengan
menggunakan sistem pendidikan yang berkualiti serta mempunyai peperiksaan
kepada pelajar seperti UPKK, PSRA (tahun 5 & 6) dan UPSR (tahun 6) seimbang
dunia dan akhirat dan pelajar di sini ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Tahfiz
dan Pra- Tahfiz. Pembinaan pusat tahfiz ini merupakan hasil sumbangan ikhlas
seorang individu yang telah mewakafkan bangunan serta sebidang tanah milik beliau
di Lot Sungai Buloh, Selangor untuk kegunaan pihak organisasi ini bagi
menempatkan pelajar pelajar tahfiz yang berdaftar.

Rajah 4.10: Bangunan Pusat Tahfiz G

4.10.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
79

Bagi pihak tahfiz G, mereka tidak mengalami masalah kewangan yang


kritikal kerana mempunyai pengurusan yang bertanggungjawab terhadap perkara
yang diagihkan. Tetapi, responden sangat bersetuju mengatakan bahawa pusat-pusat
tahfiz di Malaysia semestinya mempunyai masalah kewangan kerana seratus peratus
diuruskan sendiri dan tiada sumber tetap yang boleh mengawal perbelanjaan.

Selain itu, mudir pusat tahfiz G banyak menggunakan elektrik dalam


satu soket. Alasannya adalah kerana tidak mempunyai socket lain yang boleh
digunakan selain daripada penyambung soket. Mudir juga mengatakan bahawa
urusan pejabat dilakukan setiap hari.

4.10.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Pusat tahfiz C dan G juga menggunakan langkah yang sama iaitu mencari
penyumbang dalam kalangan rakan-rakan melalui perkembangan teknologi seperti
komunikasi “whatsapp” dan sosial media sahaja. Hal ini kerana, Mudir sangat peka
dengan nasihat yang diberikan oleh bomba sejurus menjalankan pemantauan. Beliau
mengaplikasikan langkah ini sebagai tindakan segera untuk memenuhi beberapa
kehendak bomba salah satunya adalah alat pemadam api.

Sejak insiden kebakaran semakin membesar dalam kelompok pusat tahfiz,


Pengetua dan kaki tangan lain dalam pusat tahfiz G sudah mula menggerakkan
aktiviti seperti demonstrasi dan ceramah kepada semua pelajar. Hal ini kerana,
kakitangan Pusat tahfiz ini tidak tahu bahawa servis ceramah yang dilakukan
daripada bomba sebelumnya juga adalah percuma.
80

4.11 Pusat Tahfiz H

Pusat tahfiz H pula terletak di daerah Sabak Bernam dan tertubuh sejak tahun
1988. Kini setelah 30 tahun, pusat tahfiz ini telah berjaya melahirkan lebih kurang
2000 pelajar. Bilangan pelajar pada tahun 2018 pula adalah seramai 85 orang.
Manakala, kakitangannya pula adalah seramai 12 orang. Blok pembelajarannya
terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dibina separuh kayu dan batu hasil
sumbangan orang ramai dan organisasi dijadikan pejabat, asrama pelajar muslimat
dibahagian bawah dan mussolla dan kelaz tahfiz di atas. Pusat tahfiz ini pada
asalnya hanya menawarkan pengajian tahfiz sepenuh masa. Memandangkan ilmu
akademik dan diniah juga adalah penting dalam kehidupan dan membina kerjaya, di
atas kesedaran itu, pengetua telah mengitegrasikan pengajian tahfiz Al Quran dan
akademik serta diniah sebagai “tiga dalam satu”. Pelajaran wajib dipelajari disetiap
perigkat usia mengikut tahap UPSR, PSRA, PMR, SPM, SMA, STPM dan STAM.

Rajah 4.11: Bangunan Pusat Tahfiz H

4.11.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
81

Kemudian bagi pusat tahfiz H, tiada masalah kewangan secara kritikal


dialami kerana penubuhannya lebih daripada 15 tahun, memudahkan orang ramai
memberikan sumbangan kerana telah dikenali. Namun, dalam penyediaan keperluan
keselamatan kebakaran, kebanyakan alat pemadam kebakaran aktif di pusat tahfiz H
adalah sumbangan daripada pihak bomba kerana kos untuk membeli alat-alat
tersebut daripada pembekal mencecah ribuan ringgit.

Bagi pusat tahfiz H, biarpun selamat dan baik dari struktur binaan bangunan,
namun Pusat tahfiz ini lari daripada masalah pengetahuan keselamatan kebakaran.
Hal ini kerana, banyak alat pemadam api yang disumbangkan dan juga ada yang
dibeli dilonggok sahaja di dalam stor. Malah, melalui temu bual dengan mudir,
mengatakan bahawa kebanyakan kakitangannya juga tidak tahu malah alpa untuk
menyelenggara peralatan tersebut secara berkala. Selain daripada itu, latihan
penggunaannya juga tidak dipraktikkan menyebabkan tong-tong pemadam api
tersebut lama di simpan di di bilik stor.

4.11.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Pihak Tahfiz H pula kini dalam proses untuk memohon kepada pihak bomba
mengenai latihan dan demonstrasi kebakaran kerana sebelumnya, tiada sebarang
latihan dilakukan kerana tiada kepakaran. Permohonan adalah secara percuma dan
disyorkan sendiri oleh pihak bomba semasa menjalankan penyiasatan. Pihak tahfiz
juga kerap menerima tawaran secara panggilan daripada badan-badan bukan kerajaan
untuk memberikan ceramah mengenai keselamatan kebakaran serta dalam usaha
untuk memberikan respon terhadap tawaran tersebut kerana masih lemah dalam
pengetahuan keselamatan.
82

4.12 Pusat Tahfiz I

Kemudian untuk pusat tahfiz I, ia terletak di daerah Sabak Bernam dan


lokasinya daripada pekan Sungai Besar adalah sejauh 25km. Pusat tahfiz ini telah
ditubuhkan pada tanggal 1.3.1997 dengan bilangan pelajar pada ketika itu hanya 4
orang sahaja. Namun, kini semakin meningkat sebanyak 80 orang dan kakitangan
pengurusan serta guru pula ialah seramai 9 orang. Bangunannya pula terdiri daripada
3 buah blok iaitu bangunan pengajian perempuan, bangunan pengajian serta asrama
lelaki dan pentadbiran, dan surau. Pengajian di Tahfiz ini hanyalah tahfiz dan fardhu
ain sahaja. Ia dijangkakan akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun mengikut
kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan
diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya.
Pembinaan pusat tahfiz ini adalah hasil waqaf daripada bekas pengetua pusat tahfiz
ini yang telah memberikan tanahnya untuk membangunkan pusat tahfiz sehingga
sekarang.

Rajah 4.12: Salah satu blok pusat tahfiz I

4.12.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
83

Bagi pusat tahfiz I juga tiada masalah dari sudut kewangan kerana
mempunyai pengurusan yang cekap selain berpengalaman lama dalam bidang
pendidikan. Pusat tahfiz ini telah ditubuhkan lebih daripada 15 tahun dan setiap
masalah yang berlaku daripada sudut kewangan utamanya, dapat diatasi dengan baik
oleh kakitangan di pusat tahfiz ini.

Selain itu, banyak elemen dalam bangunan pusat tahfiz I yang telah rosak
akibat daripada perbuatan para pelajar termasuklah pintu dan cermin tingkap.
Kerosakan terhadap bahan tersebut berterusan tanpa melakukan sebarang
penyelenggaraan sehinggalah dengan kehadiran bomba yang mengarah untuk
memperbetulkan elemen-elemen tersebut. Walaupun Mudir dan pihaknya mengambil
tindakan dengan menggantikan elemen-elemen tersebut hampir setiap tahun, namun
disebabkan oleh kurang pemerhatian penggunaan, banyak kerosakan berlaku
seterusnya harus diselenggara. Selain itu, peralatan keselamatan juga seperti
pemadam api turut tidak diselenggara secara berkala. Hal ini demikian menyebabkan
para pelajar bermain alat-alat tersebut.

4.12.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Pihak tahfiz I juga telah dan akan menghadiri banyak ceramah, seminar dan
demonstrasi yang diadakan oleh pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan
termasuklah program yang dianjurkan di bawah Dasar Tahfiz Negara. Kursus
pendawaian yang menfokuskan penggunaan elektrik dengan betul juga kini turut
aktif dihadiri oleh pelajar-pelajar lelaki Pusat tahfiz ini. Kursus tersebut dilakukan di
sekitar kawasan Sabak Bernam memudahkan lagi Pihak Tahfiz untuk menghantar
para pelajarnya. Bukan itu sahaja, kewujudan skuad bomba masih di dalam peringkat
perancangan setelah pihak bomba mecadangkan pihak tahfiz ini menubuhkan skuad
84

bomba tahfiz semasa pemeriksaan dilakukan supaya dapat membantu jika perkara-
perkara kecemasan berlaku. Namun beberapa pelajar yang dipilih dalam skuad
bomba tahfiz sentiasa mewakili Pusat tahfiz dalam menghadiri apa-apa ceramah
yang dianjurkan oleh pihak bomba.
85

4.13 Pusat Tahfiz J

Akhir sekali, pusat tahfiz J pula adalah sebuah pusat tahfiz baru yang terletak
di daerah Sabak Bernam. Lokasi pusat tahfiz ini adalah di dalam sebuah kawasan
pedalaman dan berada di tengah-tengah sawah padi. Pusat tahfiz ini baru sahaja
didirikan pada tahun 2016 iaitu baru dua tahun beroperasi. Ianya masih dalam proses
pembesaran kerana mendapat galakan daripada ibu bapa yang sangat jitu. Pelajar di
sini terdiri daripada 25 orang lelaki dan 3 orang guru yang turut berperana sebagai
pihak pengurusan. Namun terdapar juga pelajar-pelajar perempuan dalam nama
tahfiz yang sama namun kesemua pelajar pusat tahfiz lelaki dan perempuan
ditempatkan di bangunan pentadbiran yang lain. Pengajian di sini pula sepenuhnya
tahfiz dan pebangunannya bermula daripada sumbangan seorang individu yang
memberikan rumah dan tanahnya untuk dijadikan pusat tahfiz. Memandangkan
bilangan pelajar semakin meningkat, pihak tahfiz seterusnya membina sebuah lagi
bangunan sebagai asrama pelajar. Sumber pembinaan bangunan baru tersebut adalah
hasil sumbangan orang ramai.

Rajah 4.13: Bangunan Pusat Tahfiz J

4.13.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran
86

Bagi Pusat Tahfiz J, banyak kehendak bomba yang tidak dapat dipenuhi oleh
pusat tahfiz J memandangkan bangunannya adalah sumbangan daripada orang awam.
Antaranya seperti binaan longkang yang perlu ditambak supaya memudahkan
kemasukan jentera bomba jika berlaku kecemasan. Namun disebabkan faktor
kewangan yang sangat sempit, pembinaan tersebut perlu mengambil masa. Pihak
Tahfiz ini juga terpaksa memenuhi kehendak-kehendak bomba apabila betul-betul
mempunyai lebihan kewangan kerana tiada sumber kukuh untuk menyelesaikannya.
Daripada temubual yang dijalankan, mudir menjelaskan walaupun terdapat berita
mengenai saluran dana kepada sekolah agama dan pusat tahfiz sebanyak 50 juta di
kawasan itu, namun pihak tahfiz ini tidak menerima apa-apa lagi. Dengan ini, mereka
tidak dapat memperbaiki semua prasarana yang kurang. Bukan sahaja itu, dalam
menukar status tanah juga memerlukan jumlah wang yang banyak memakan belanja
beribu-ribu. Oleh itu, Mudir mendahului keutamaan perbelanjaan dalam mendirikan
bangunan berbanding pembayaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk
penukaran tersebut.

Seterusnya, semasa awal penubuhan pusat tahfiz J, ia beroperasi selama


setahun tanpa berdaftar. Hal ini kerana, bilangan pelajar pada waktu tersebut
hanyalah 5 orang sahaja walhal kehendak yang diperlukan oleh JAIS adalah 20
orang. Pusat tahfiz beroperasi seperti biasa di rumah sehinggalah mencukupi
bilangan kapasiti yang diperlukan oleh JAIS. Namun, JAIS hanya akan mengesahkan
pendaftaran jika pusat tahfiz mendapat kelulusan daripada bomba dan pejabat
kesihatan. Barulah Mudir mengambil langkah dari masa ke semasa itu memenuhi
kehendak bomba.

Setelah bilangan pelajar mencukupi, pihak tahfiz telah mengalami kerumitan


dengan prosedur JAIS pula. Mudir mengatakan bahawa tindak balas daripada
pegawai tidak beberapa meberangsangkan.
87

Walaubagaimanapun, hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati


bahawa pihak tahfiz J mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan
kebakaran yang amat cetek. Hal ini kerana, walaupun tidak diakui sendiri oleh
mudir, penyelidik mendapati bahawa mereka mempunyai masalah yang sama seperti
mengubahsuai penggunaan bangunan dan seterusnya terus menjalankan
pengoperasian tanpa peka serta sedar akan bahaya kebakaran yang sentiasa wujud
dalam bangunan. Malah, dalam kalangan mereka juga turut dengan sengaja
melengah-lengahkan kehendak-kehendak bomba seperti yang diperlukan oleh JAIS
sehingga tiada pendaftaran dilakukan dan tiada mengambil langkah untuk mencegah
daripada bahaya kebakaran.

Selain daripada itu, pihak tahfiz J juga tidak ramai dihadiri oleh orang-orang
besar ataupun bernama menjenguk dan menyertai apa-apa yang dilakukan.
Sebaliknya, hanya individu biasa sahaja yang banyak meghulurkan bantuan. Hal ini
kerana, Pusat tahfiz ini masih baru untuk dibandingkan dengan Pusat-pusat tahfiz
yang berada di sekitarnya. Malahan, pemasangan papan tanda nama pun tidak
ditubuhkan lagi.

4.13.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi


dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz J, sumber kewangan adalah masalah utama. Tambah-


tambah lagi pusat tahfiz ini baru mula berkembang selama dua tahun dan bangunan
pentadbirannya adalah sebuah rumah papan yang diwaqafkan. Walaupun begitu,
tidak banyak alternatif yang dilakukan memandangkan pihak pengurusannya hanya
dua orang sahaja. Mudir hanya mencari tajaan serta penyumbang daripada kenalan
rapat dan ahli keluarga. Segala pembaikan keselamatan kebakaran juga dilakukan
88

sikit demi sedikit mengikut keadaan semasa dan apabila pengumpulan wang
mencapai tahap yang memuaskan dan

Di samping itu, penubuhannya baru menjangkau tidak melebihi 3 tahun.


Status pusat tahfiz kedua-duanya adalah masih di dalam proses. Namun begitu,
mudir sentiasa berterusan mendapatkan susulan daripada pihak JAIS sehingga
sekarang supaya pendaftaran berjaya dilakukan.

Selain itu melalui temu bual, Pihak Tahfiz J tidak memohon sebarang
demonstrasi atau ceramah untuk diadakan sendiri kerana hanya menunggu giliran
kehadiran daripada pihak bomba. Faktor keluasan jalan masuk yang sempit juga
mungkin salah satu faktor bomba tidak dapat hadir dalam masa yang singkat untuk
mengadakan latihan. Namun, telah banyak menghadiri seminar yang dianjurkan.
Sama ada keselamatan kesihatan serta sebagainya. Malah, seminar tersebut juga
menerangkan cara-cara mengatasi masalah yang mereka alami,
89

4.14 Analisis Bahagian B (objektif 1) - Masalah-masalah yang dihadapi oleh


pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bahagian ini adalah bertujuan untuk menganalisis maklumat mengenai


masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran
bagi setiap pusat tahfiz yang dikaji. Setiap maklumat yang diperoleh daripada
temubual yang dibuat membantu penyelidik dalam mengetahui maklumat terperinci
mengenai perkara yang dilalui oleh pusat-pusat tahfiz seterusnya menjawab objektif
pertama dan kedua kajian.

Berikut merupakan senarai jawapan dan analisis bagi setiap soalan yang telah
ditanya bagi setiap pusat tahfiz yang dikaji. Jawapan daripada responden telah
hasilnya telah dianalisis dan dipersembahkan di dalam bentuk jadual berikut dengan
lebih jelas. Semua sebab atau keterangan bagi setiap jawapan tersebut telah
diterangkan secara terpeinci oleh responden seperti yang dijelaskan di bawah.

Rajah 4.14: Graf Jumlah Pusat Tahfiz bagi Masalah-Masalah Yang Dihadapi Mematuhi
Piawaian Keselamatan Kebakaran
Masalah-masalah yang dihadapi mematuhi piawaian keselamatan
kebakaran

Kebuntuan antara manfaat…


Konflik dengan kehendak dan…
Kerumitan prosedur…
Konflik dengan kehendak-…
Turut menanggung kesulitan lain
Jumlah
Sistem pengurusan tidak… kekerapan
Pengetahuan kepentingan dan…
Kurang keprihatinan d pihak-…
Sumber kewangan tidak…
0 2 4 6 8 10
90

Hasil analisis yang telah dijadualkan di dalam Jadual 4.3 dan Rajah 4.11,
didapati bahawa terdapat lapan masalah yang dialami oleh pusat-pusat tahfiz dalam
mereka mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Antaranya ialah sumber
kewangan yang tidak mencukupi iaitu sebanyak sembilan buah pusat tahfiz daripada
sepuluh mengalaminya. Masalah kedua tertinggi pula adalah konflik dengan
kehendak dan syarat yang diperlukan oleh JAIS semasa pendaftaran.
Walaubagaimanapun, tiada pusat tahfiz yang mengalami kebuntuan antara manfaat
pematuhan dengan perkara penting yang lain. Susunan masalah-masalah yang
dihadapi ini disusun seperti dalam jadual yang berikut dan diterangkan dengan jelas
mengenai pengalaman, pandangan serta pemahaman yang dilalui oleh pusat-pusat
tahfiz sendiri.

Jadual 4.14: Susunan Masalah-masalah yang Dihadapi Oleh Pusat Tahfiz Dalam
Mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran

Masalah-masalah yang dihadapi PUSAT TAHFIZ Jumlah


mematuhi piawaian keselamatan kekerapan
A B C D E F G H I J
kebakaran
Sumber kewangan tidak √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9/10
mencukupi
Melalui konflik dengan kehendak
dan syarat yang diperlukan oleh 8/10
√ √ √ √ √ √ √ √
JAIS
Berhadapan dengan kerumitan
prosedur pendaftaran dan tindak √ √ √ √ √ √ √ 7/10
balas daripada pihak JAIS
Mempunyai pengetahuan
kepentingan dan ilmu keselamatan √ √ √ √ √ √ 6/10
kebakaran yang terhad
Tidak mempunyai sistem √ √ √ 3/10
pengurusan yang sistematik
Kurang menerima keprihatinan √ √ 2/10
daripada pihak-pihak bernama
Mengalami konflik dengan
kehendak-kehendak sistem √ 1/10
keselamatan
Turut menanggung kesulitan lain √ 1/10
Kebuntuan antara manfaat
pematuhan dengan perkara penting 0
lain
91

4.14.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi

Berdasarkan jadual 4.4, hasil kajian mendapati bahawa 9 daripada 10 pusat


tahfiz yang dikaji mengalami masalah yang sama iaitu sumber kewangan yang tidak
mencukupi. Malah, masalah ini juga merupakan masalah yang paling tinggi iaitu
sebanyak 90% pusat-pusat tahfiz yang mengalaminya dan kesemua pihak tersebut
memberikan pandangan yang jelas mengenai masalah ini bagi pusat-pusat tahfiz lain
di Selangor mahupun luar Selangor.

Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pusat-
pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian ialah sumber kewangan pusat tahfiz tidak
mencukupi. Tambahan lagi, hakikatnya kini pertumbuhan Pusat-pusat tahfiz
bagaikan cendawan selepas hujan hasil daripada galakan dan dorongan ibu bapa yang
mahukan anak-anak mereka soleh seterusnya menjadi saham di akhirat kelak. Hal ini
demikian kerana, melalui hasil temu bual semua responden, dapat dilihat bahawa
penubuhan Pusat tahfiz ini sememangnya didirikan atas niat untuk membangunkan
agama islam dan mewujudkan hafiz dan hafizah yang cemerlang. Mereka tidak
mengambil hal akan soal wang, semua mudir dan kakitangan lain gigih berusaha
semampu yang boleh untuk mencukupkan apa yang perlu dan yakin semuanya
dipermudahkan. Selain itu juga terbukti dalam masa sumber kewangan yang terhad,
kesemua Pusat tahfiz yang dikaji sama ada yang kukuh atau tidak
walaubagaimanapun tidak mengenakan caj yuran yang mahal mahupun tambahan
lain. Kadar yang dikenakan adalah sederhana iaitu dari RM100-RM450 sekepala
sahaja. Sebaliknya ada yang percuma kerana faktor kemiskinan. Tidak dinafikan juga
bahawa, terdapat Mudir yang sememangnya kukuh dari sudut kewangan dalam
membina pusat tahfiz dan kebanyakannya ianya adalah daripada mereka yang
mendirikan Pusat tahfiz secara sampingan sebagai saham akhirat dan sedia ada
mempunyai kerjaya lain yang tetap serta latar belakang akademik yang baik.
92

4.14.2 Melalui konflik dengan kehendak dan syarat yang diperlukan oleh JAIS

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 80% daripada pusat
tahfiz yang dikaji melalui konflik dengan kehendak dan syarat yang diperlukan oleh
JAIS. Malah, masalah ini telah mencatatkan masalah yang kedua tertinggi
berbanding masalah-masalah lain. Walaubagaimanapun, masalah ini disokong lagi
dengan semua perspektif daripada mudir-mudir yang ditemubual bahawa semua
pusat tahfiz Malaysia melalui konflik ini dalam proses penubuhannya.

Seperti yang diketahui, setiap pusat tahfiz yang didirikan haruslah berdaftar
dengan JAIS supaya sah dan terjamin daripada semua sudut bahagian seperti bomba,
kesihatan dan kehendak pihak berkuasa tempatan. Masalah konflik ini semakin serius
lagi apabila ketiga-tiga kehendak yang diperlukan ini sangat membebankan pihak
tahfiz. Bukan sahaja sumber kewangan menjadi punca, malah kehendak dan syarat
tersebut juga mempengaruhi masa dan usaha yang sangat melecehkan kerana
memerlukan pengesahan daripada ramai pihak berkuasa. Bagi pihak tahfiz yang akur
dengan kehendak-kehendak tersebut pula, mereka turut mengalami ketidaklulusan
daripada pihak bomba sendiri akibat daripada peralatan keselamatan kebakaran yang
masih tidak mencukupi. Hal ini seterusnya telah menyebabkan banyak pihak tahfiz
berputus asa dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Pusat tahfiz yang
kecil-kecilan mahupun sederhana yang baru membangun, banyak kehendak yang
perlu dipenuhi termasuklah aspek keselamatan kebakaran seperti laluan kecemasan,
pintu dan tangga keselamatan, tingkap berjiriji kecemasan, alat-alat pemadam api,
pendawaian yang baik, pengesan asap dan aliran keluar masuk wang yang sistematik
serta kakitangan yang berkelayakan. Hal ini menimbulkan rasa leceh seterusnya hal-
hal di atas tersebut menyebabkan pengabaian pada kehendak-kehendak keselamatan
kebakaran.
93

Walaupun kesempitan sumber kewangan, namun ianya juga bermula dengan


konflik syarat-syarat dan kehendak-kehendak yang diperlukan oleh JAIS dalam
penubuhan pusat tahfiz iaitu pendaftaran sementara. Dalam hal ini, kebanyakan
mudir yang ditemui terus mendirikan pusat tahfiz adalah sebagai inisiatif saham
akhirat namun melalui kemampuan yang ada sahaja. Proses penubuhan pusat tahfiz
bertambah mudah apabila terdapat orang awam yang mewakafkan bangunan untuk
dijadikan pusat tahfiz. Walaubagaimanapun, kerumitan serta kekeliruan bermula
apabila, pada awal penubuhan persendirian oleh individu-individu ini, bilangan
pelajar hanya sedikit sahaja yang mana ia telah melanggar kehendak yang diperlukan
oleh pendaftaran JAIS iaitu 20 orang dan ke atas. Secara tidak langsung,
pengoperasian dijalankan secara tidak rasmi dan diteruskan.Seterusnya menyebabkan
keabaian terhadap piawaian keselamatan kebakaran. Malah bangunan tersebut tidak
mempunyai reka bentuk yang selamat untuk semua penghuni. Oleh itu untuk
masalah ini, orang luar yang berkeinginan untuk mewakafkan bangunan mereka
harus mengimbangkan faktor keselamatan yang akan dihuni oleh para pelajar dan
guru kerana berkemungkinan berisiko dan memberi kesan pada masa akan datang.
Untuk individu yang mahu mendirikan pusat tahfiz juga seharusnya tidak sewenang
menerima reka bentuk bangunan yang tiada unsur-unsur keselamatan.

4.14.3 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan tindak balas


daripada pihak JAIS

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 70% daripada pusat
tahfiz yang dikaji berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan tindak
balas daripada pihak JAIS. Jumlah yang dipersembahkan di dalam jadual bagi
masalah ini juga telah mencatatkan masalah yang ketiga tertinggi daripada masalah-
masalah yang lain berlaku dalam pusat-pusat tahfiz yang dikaji. Seperti masalah di
atas, ia juga masalah ini juga mendapat respon daripada mudir-mudir yang
94

ditemubual bahawa pusat tahfiz Malaysia tidak sah jika tidak berhadapan dengan
kerumitan tindak balas JAIS.

Seterusnya, pendaftarn secara rasmi setelah mencukupi kehendak kapasiti


serta kehendak lain yang ditetapkan, pendaftaran dilakukan supaya terjamin dari
semua sudut dan boleh beroperasi sebagai pusat tahfiz yang disahkan rasmi.
Walaupun begitu, prosedur pendaftaran yang panjang dan agak melecehkan seperti
pengisian borang, pengesahan dan penyemakan sehingga lengkap membuatkan rata-
rata responden atau secara umumnya hampir semua pusat tahfiz persendirian di
Malaysia mengalami kerumitan dengan proses pendaftaran serta tindak balas
daripada pegawai-pegawai JAIS sendiri. Tiada apa-apa respon selama berbulan-
bulan daripada JAIS walaupun borang berserta dokumen-dokumen telah dihantar,.
Malah, pergerakan ke JAIS berpuluh-puluh kali dilakukan untuk mendapatkan
susulan status pendaftaran. Perkara ini memberi kesan kepada pegusaha Pusat tahfiz
sehingga timbul rasa putus asa seterusnya mengabaikan keselamatan kebakaran.

Berlainan dengan pihak tahfiz G,H dan I yang lebih mudah disebabkan oleh
fakor penubuhan yang lebih awal.

4.14.4 Pengetahuan kepentingan keselamatan kebakaran yang terhad

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 60% daripada pusat
tahfiz yang dikaji mempunyai pengetahuan kepentingan keselamatan kebakaran yang
terhad. Jumlah yang dipersembahkan di dalam jadual bagi masalah ini juga telah
mencatatkan masalah yang keempat tertinggi daripada masalah-masalah yang lain
berlaku dalam pusat-pusat tahfiz yang dikaji.
95

Selain itu adalah pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran


pihak-pihak tahfiz yang terhad. Ianya diakui oleh mudir-mudir yang ditemu bual.
Walaupun pembelajaran dilakukan di dalam bangunan yang telah diubahsuai
penggunaan, hakikatnya, kepatuhan terhadap piawaian disedari. Namun, dengan
bilangan pelajar adalah sedikit, menyebabkan perkara tersebut seperti biasa tanpa
perlu merujuk pada mana-mana pihak berkuasa seperti bomba. Tiada kesedaran akan
bahaya kebakaran di dalam bangunan . Pengetahuan terhadap penyelenggaan
peralatan kebakaran juga lemah walaupun telah memenuhi kehendak bomba yang
diperlukan. Akibatnya, banyak alat-alat keselamatan kebakaran yang berlonggok
serta tidak berfungsi di dalam bangunan. Penggunaan elektrik dalam satu soket juga
berterusan diaplikasikan. Apabila kurangnya pengetahuan terhadap keselamatan
kebakaran, semua perkara diambil sambil lewa.

4.14.5 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 30% sahaja daripada
pusat tahfiz yang dikaji mempunyai pengurusan yang tidak sistematik. Pengurusan
pihak tahfiz hanya dilakukan oleh mudir sahaja yang menyebabkan hanya beliau
yang berulang alik menguruskan hal-hal tahfiz termasuk keselamatan kebakaran.
Pengurusan pusat tahfiz juga didapati ada yang terdiri daripada ahli keluarga seperti
campuran ibu bapa dan suami isteri. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu
pengurusan keselamatan kebakaran kerana ketiadaan kakitangan yang memfokuskan
hal tersebut. Hal ini menyebabkan elemen keselamatan kebakaran diketepikan kerana
banyak perkara yang harus dilakukan oleh mudir dalam satu masa. Hal-hal
pendafataran serta pembaharuan seharusnya diambil oleh orang yang lebih
berkelayakan atau lebih baik apabila tanggungjawab diberikan dengan betul serta
sistematik mengikut setiap sudut walaupun kakitangan adalah ahli keluarga supaya
sentiasa dapat dikemaskini.
96

4.14.6 Kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama

Mengikut jadual 4.4, hasil kajian mendapati bahawa 20% sahaja daripada
pusat tahfiz yang dikaji kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama. Ia
merupakan masalah kedua paling rendah dialami oleh pusat-pusat tahfiz. Masalah
kurang menerima keprihatinan daripada pihak-pihak bernama kebiasannya berlaku
pada pusat tahfiz yang baru sahaja membangun kerana tidak beberapa dikenali oleh
orang ramai lagi terutamanya menteri besar, wakil rakyat dan sebagainya. Bagi pihak
tahfiz tertentu, perkara ini dikira sebagai masalah kerana mereka ketiadaan sokongan
yang boleh membantu dalam menaiktaraf pusat tahfiz. Memandangkan kebakaran
kini makin kerap berlaku, mereka kadangkala memerlukan pemantauan daripada
pihak-pihak bernama bukan untuk mengharapkan sumbangan, namun sikap ambil
berat yang membolehkan pusat tahfiz ini bersemangat untuk memperbaiki sistem
keselamatan kebakaran yang sedia ada.

4.14.7 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem keselamatan

Berdasarkan jadual 4.4, hasil kajian mendapati bahawa 10% sahaja daripada
pusat tahfiz yang dikaji mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem
keselamatan. Ia merupakan masalah yang paling rendah dan sedikit dialami oleh
pusat-pusat tahfiz Malaysia kerana kebanyakannya telah memperbaiki dan sedar
akan masalah ini.

Selain itu, bagi pihak tahfiz yang patuh dengan kehendak-kehendak


keselamatan kebakaran pula, konflik dengan spesifikasi elemen keselamatan
terutamanya bahagian pintu geriji yang dianggap „safety‟ tetapi hanyalah „security‟
bagi bomba. Oleh itu, penukaran segera dengan segera harus dilakukan untuk ke
beberapa kalinya. Perkara ini menyebabkan penggunaan kewangan lain untuk
pemasangan yang baru. Tambah-tambah lagi elemen yang perlu diperbaharui adalah
97

canggih dan terkini yang pastinya jauh lebih mahal. Pengumpulan dana untuk
pembaikian pula mengambil masa dan menyebabkan kehendak keselamatan tersebut
tergandala malah ada yang terbiar sahaja akhirnya

4.14.8 Turut menggalas tanggungan lain

Dalam masa tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk


memenuhi kesemua kehendak bomba, terdapat juga tanggungan lain lagi yang tidak
dapat dijelaskan. Sebagai contoh, terpaksa melangsaikan kos penyewaan premis atau
rumah dan pembelajaran guru-guru terlebih dahulu. Pembiayaan sewa rumah pun
terpaksa ditunda inikan pula untuk memenuhi piawaian keselamatan. Malahan juga,
gaji yang dikenakan bukan memakan sebanyak ratusan. Tapi untuk guru yang
berkelayakan, ada yang melebihi RM1500 sebulan seorang. Tanpa kewangan,
kelancaran penambahbaikan Pusat tahfiz mungkin terbatas.

4.15 Analisis Bahagian C (objektif kedua) – Langkah-langkah yang diambil


untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran.

Bahagian ini adalah bertujuan untuk menganalisis maklumat mengenai


langkah-langkah yang diambil oleh pusat tahfiz untuk mengurangkan masalah yang
dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran bagi setiap pusat tahfiz
yang dikaji. Pandangan bagi setiap langkah juga dijelaskan. Setiap maklumat yang
diperoleh daripada temubual yang dibuat membantu penyelidik dalam mengetahui
maklumat terperinci mengenai perkara yang dilalui oleh pusat-pusat tahfiz seterusnya
menjawab objektif pertama dan kedua kajian.
98

Berikut merupakan senarai jawapan dan analisis bagi setiap soalan yang telah
ditanya bagi setiap pusat tahfiz yang dikaji. Jawapan daripada responden telah
hasilnya telah dianalisis dan dipersembahkan di dalam bentuk jadual berikut dengan
lebih jelas. Semua sebab atau keterangan bagi setiap jawapan tersebut telah
diterangkan secara terpeinci oleh responden seperti yang dijelaskan di bawah.
99

Jadual 4.15: Analisis Langkah-langkah Mengurangkan Masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi
piawaian keselamatan kebakaran

Masalah-masalah yang dihadapi Langkah-langkah mengurangkan Jumlah


dalam mematuhi piawaian masalah-masalah yang dihadapi A B C D E F G H I J
Kekerapan
keselamatan kebakaran dalam mematuhi piawaian

Menjana kewangan daripada √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10/10


perusahaan perniagaan
Mencari tajaan keperluan
keselamatan kebakaran daripada √ √ √ √ 4/10
kenalan
Sumber kewangan yang tidak
mencukupi Menubuhkan PIBG √ 1/10

Mengenakan kadar bayaran 0


yuran yang adil
Memohon bantuan kewangan
dan derma
Melalui konflik dengan kehendak Mendapatkan nasihat daripada
dan syarat yang diperlukan oleh Jabatan Bomba mengenai tahap 0
JAIS keselamatan dalam bangunan
Berterusan mengikuti serta
Berhadapan dengan kerumitan
prosedur pendaftaran dan tindak
mendapatkan susulan dan √ √ √ √ √ √ 6/10
kemaskini daripada pegawai
balas daripada pihak JAIS
JAIS
100

Masalah-masalah yang dihadapi Langkah-langkah mengurangkan


dalam mematuhi piawaian masalah-masalah yang dihadapi Jumlah
keselamatan kebakaran dalam mematuhi piawaian A B C D E F G H I J
Kekerapan

Memohon, menghadiri dan


mengadakan aktiviti ceramah,
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10/10
seminar dan demonstrasi kebakaran
daripada bomba

Mewujudkan Skuad Bomba Tahfiz √ √ √ 3/10

Pengetahuan kepentingan keselamatan Memanggil badan bukan kerajaan


kebakaran yang terhad √ √ 2/10
memberikan ceramah

Memberikan khidmat pendidikan


√ √ 2/10
kebakaran di dalam kelas

Mengadakan sesi kaunseling


√ 1/10
pentingnya keselamatan kebakaran

Tidak mempunyai sistem pengurusan Memperbaiki teknik sistem √ √ √ 3/10


yang sistematik pengurusan tahfiz
101

Masalah-masalah yang dihadapi Langkah-langkah mengurangkan


dalam mematuhi piawaian masalah-masalah yang dihadapi Jumlah
keselamatan kebakaran dalam mematuhi piawaian A B C D E F G H I J
Kekerapan

Mengalami konflik dengan kehendak- Menaiktaraf pemasangan elemen


√ √ √ 3/10
kehendak sistem keselamatan keselamatan kebakaran

√ 1/10
Turut menggalas tanggungan lain Memohon derma dan kewangan

Kurang menerima keprihatinan pihak-


- 0
pihak bernama
102

Berdasarkan jadual 4.15, hasil kajian mendapati bahawa masalah utama iaitu
sumber kewangan yang tidak mencukupi dikurangkan dengan mengambil langkah
dalam perusahaan perniagaan, yuran dan usaha sendiri dimana kesemua tahfiz
mengambil langkah ini. Namun tiada yuran yang adil dikenakan, hanya yuran
tahunan. Walaubaimanapun, tiada pusat tahfiz yang mendapatkan nasihat daripada
Jabatan Bomba mengenai tahap keselamatan dalam bangunan dalam konflik
kehendak-kehendak dan syarat yang diperlukan oleh JAIS memandangkan ini adalah
masalah kedua tertinggi. Langkah yang terbanyak seterusnya adalah dalam
memantapkan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran iaitu dengan pelbagai
alternatif terutamanya melalui seramah, seminar serta demonstrasi, penubuhan skuad
bomba tahfiz, sepertimana yang dicadangkan di dalam Dasar Tahfiz Negara dan
lain-lain aktiviti ilmu keselamatan kebakaran. Usaha dalam membaiki teknik sistem
pengurusan juga dilakukan supaya kelancaran pembelajar pusat tahifz terjamin iaitu
sebanyak 3 buah tahiz yang bersetuju dan menggerakkan langkah tersebut.

4.15.1 Menjana kewangan perniagaan daripada perniagaan, usaha sendiri dan


yuran

Hasil analisis objektif pertama mendapati bahawa sumber kewangan yang


tidak mencukupi merupakan masalah utama bagi setiap tahfiz yang dikaji. Oleh itu,
salah satu langkah yang diambil oleh setiap tahfiz adalah dengan menjana sumber
kewangan daripada perusahaan perniagaan, usaha sendiri dan yuran tahunan. Namun
secara umunya, pusat semua pusat tahfiz yang dikaji menggerakkan
pengoperasiannya dan menampung perbelanjaan hasil daripada yuran tahunan
pelajar. Kadar yang dikenakan adalah tidak tinggi tetapi sederhana iaitu RM250
hingga RM450 sahaja yang hanya mampu menampung perbelanjaan asas sahaja.
Selebihnya adalah usaha dan alternatif sendiri.

Seterusnya, sedar akan kekurangan dana dalam penambahbaikan


infrastruktur, pusat tahfiz juga bergiat aktif dalam menjana kewangan daripada
103

perniagaan kerana, kos penyewaan sahaja mencecah ribuan ringgit. Begitu juga
dengan keperluan keselamatan kebakaran. Hasil kajian ini telah menjelaskan bahawa
pusat tahfiz tidak mampu untuk melengkapkan kesemua peralatan tersebut dengan
segera dan serentak kerana harus menjana kewangan terlebih dahulu di samping
mengumpul dana serta sumbangan yang diterima.

Bagi Pusat Tahfiz E, G, H, I tidak mengalami masalah dalam sudut kewangan


secara kritikal kerana sistem pengurusannya yang sangat konsisten dan telah
berpengalaman lebih dari 5 tahun. Oleh sebab itu, kewujudan keempat-empat pusat
tahfiz ini telah dikenali oleh masyarakat serta memudahkan pusat tahfiz dalam
menerima banyak sumbangan sekali gus melancarkan pengurusan pihak tahfiz.
Namun begitu, setiap pusat tahfiz ini tetap mengambil langkah dalam menjana
kewangan kerana khuatiri ketidakseimbangan dana pada masa depan. Langkah yang
diambil dalam memastikan sumber kewangan terjamin adalah dengan usaha sendiri.
Ini bermaksud, individu di dalam organisasi termasuk mudir mengeluarkan
perbelanjaan sendiri untuk menampung apa yang tidak mencukupi.

4.15.2 Mencari tajaan untuk keperluan keselamatan kebakaran daripada


kenalan

Selain daripada perusahaan perniagaan, usaha sendiri dan yuran tahunan,


terdapat juga pusat tahfiz yang mencari tajaan untuk keperluan kebakaran daripada
kenalan-kenalan sendiri disebabkan oleh kos peralatan keselamatan kebakaran yang
tinggi. Faktor lain juga disebabkan penggunaan keselamatan kebakaran dengan
segera seperti yang telah dinasihati oleh bomba hasil daripada pemantauan.
104

4.15.3 Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Terdapat juga pusat tahfiz yang menubuhkan PIBG dalam pelancaran


pengoperasian mereka. Hasil daripada kajian mendapati bahawa persatuan ini
memberikan banyak faedah dalam sudut pembaikan pengurusan dan menampung
segala kekurangan. Suara dan hak daripada ibu bapa juga diambil berat dan supaya
dapat memperbaiki serta menaiktaraf sistem keselamatan kebakaran di dalam
bangunan. Malah, sumbangan kepakaran daripada pihak ibu bapa sendiri menjamin
kualiti pengurusan pusat tahfiz tersebut.

4.15.4 Memohon, menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar dan


demonstrasi kebakaran

Tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan pihak-pihak tahfiz yang dikaji


masih lemah. Hal ini sendiri diakui oleh mudir pusat-pusat tahfiz tersebut. Oleh itu,
banyak langkah yang telah dipraktikkan oleh setiap pusat tahfiz dalam meningkatkan
ilmu keselamatan kebakaran. Antaranya ialah dengan memohon, menghadiri dan
mengadakan aktiviti cerama, seminar dan demonstrasi kebakaran.

Berdasarkan jadual 4.14 di atas, jelas menunjukkan bahawa kesemua pusat


tahfiz telah bergiat aktif dalam memantapkan kesedaran dalam keselamatan
kebakaran. Perkara ini menunjukkan bahawa isu ini sangat diambil berat oleh pihak
berkuasa sehingga banyak program dan ceramah berkaitan keselamatan kebakaran
dianjurkan. Malah, berdasarkan temu bual dengan mudir, ceramah yang dihadiri juga
memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang membelenggu pusat
tahfiz. Namun, sumber untuk membaik pulih harus diusahakan.
105

4.15.5 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz

Antara langkah lain dalam memperkasakan pengetahuan kepentingan


keselamatan kebakaran adalah dengan mewujudkan skuad bomba tahfiz. Namun,
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.15, tidak semua pusat tahfiz yang telah
mewujudkan skuad bomba tersebut. Alternatif ini adalah hasil galakan yang
disyorkan oleh bomba sebagai pencegahan kebakaran. Dengan wujudnya skuad ini,
pihak tahfiz dapat mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dilakukan jika
berlakunya keselamatan.

4.15.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam kelas

Terdapat juga pusat tahfiz yang konsisten memberikan pembelajaran


mengenai keselamatan kebakaran di dalam kelas. Hal ini kerana, mereka sedar akan
kekurangan ilmu serta kepentingan keselamatan kebakaran yang telah banyak
menyebabkan konflik, kekeliruan, kesalahan terhadap penyalahgunaan elektrik, alat-
alat kecemasan dan sebagainya setelah menerima arahan daripada pihak bomba.
Pihak tahfiz juga sentiasa mengingatkan para pelajar akan bahaya kebakaran di
dalam bangunan melalui kelas sahaja.

4.15.7 Memanggil badan bukan kerajaan memberikan ceramah

National Institute of Safety and Health (NIOSH) giat menjalankan ceramah


dan seminar kepada pusat-pusat tahfiz memandangkan masalah kebakaran dalam
kelompok pusat tahfiz semakin meningkat. Berdasarkan temu bual dengan mudir,
pihak NIOSH sendiri menawarkan pusat-pusat tahfiz aktiviti-aktiviti tersebut kerana
pentingnya akan kesedaran terhadap pekerja mengenai keselamatan dan latihan
kebakaran dan penyertaan dalam latihan seperti ini akan membantu untuk
106

memberikan rasa segera kepada orang yang terlibat dalam hal kehidupan atau
kematian.

4.15.8 Mengadakan sesi kaunseling pentingnya keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz yang berkemampuan, mereka melantik sendiri pegawai


kaunselor daripada universiti tempatan untuk memberikan kaunseling kepada para
pelajar akan pentingnya keselamatan diri yang merangkumi segala aspek termasuk
kebakaran.

4.15.9 Berterusan mengikuti serta mendapatkan susulan dan kemaskini


daripada pegawai JAIS

Pada masa yang sama, MAIS, JAIS dan PITAS perlu memberikan kerjasama
terhadap penubuhan Pusat tahfiz ini. Hal ini kerana, masalah yang di alami oleh
mereka juga bukanlah berpunca daripada pusat tahfiz itu sendiri. Akan tetapi, tidak
mendapat kerjasama daripada pihak luar yang menyebabkan mereka lemah dan tiada
semangat untuk mematuhi piawaian itu sendiri. Walhal, mereka telah cuba sedaya
upaya untuk mendapatkan susulan. Oleh itu pihak JAIS perlu menyemak semula
prosedur-prosedur untuk mendapatkan sijil pendaftaran dan memperbaharui sijil
pendaftaran untuk memudahkan pihak institusi beroperasi dengan sempurna. Pihak
berwajib juga perlu bersedia menerima sebarang laporan atau aduan dari pihak
institusi.
107

4.15.10 Memperbaiki teknik sistem pengurusan tahfiz

Berdasarkan Jadual 4.15 di atas, terdapat beberapa buah pusat tahfiz yang
tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Perkara ini seterusnya
berpotensi menjejaskan banyak perkara pengoperasian pusat tahfiz. Namun begitu,
selepas menemu bual reponden daripada pusat-pusat tahfiz berkenaan, langkah
dalam memperbaiki mutu serta teknik pengurusan ada diambil. Walaupun tidak
secara keseluruhan dan sempurna, langkah memperbaiki dapat membantu kelancaran
aktiviti pusat tahfiz.

4.15.11 Menaiktaraf pemasangan elemen keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz yang mengalami konflik terhadap kehendak-kehendak


sistem keselamatan, pihak tahfiz masih dalam usaha memperbaiki serta menaiktaraf
sistem dan elemen tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat antara mereka yang tidak
dapat menyegerakan pembaikan tersebut atas faktor kewangan. Bantuan daripada
MARA juga telah mampu mengurangkan masalah kerosakan pendawaian yang telah
usang.

4.15.12 Memohon bantuan kewangan dan derma

Hasil temubual dengan responden mendapati bahawa hampir kesemua pusat


tahfiz tidak memohon bantuan kewangan atau derma. Selain daripada tidak suka
meminta-minta, pihak tahfiz juga menjelaskan bahawa permohonan tersebut
memerlukan pengesahan daripada JAIS di mana memerlukan banyak prosedur.
108

4.16 Rumusan Bab

Berdasarkan data yang dikumpul oleh responden, penyelidik berjaya


menganalisis data menggunakan kaedah analisis yang sesuai seperti yang dinyatakan
dalam Bab 3 kajian ini. Berdasarkan bab ini, secara keseluruhan, dapat disimpulkan
bahawa penyelidik telah berjaya mencapai objektif penyelidikan dimana semua data
dan maklumat oleh responden berpuas hati dengan apa yang diperlukan oleh
penyelidik untuk memenuhi objektif tersebut.

Menurut hasil kajian, objektif penyelidikan No.1 dan No.2 yang merupakan
"masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran" dan " langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan
masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran " berjaya dikenalpasti. Kesimpulan mengenai analisis
penyelidikan dan cadangan untuk penyelidikan masa depan dibincangkan dalam bab
yang berikut - Bab 5.
109

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan menerangkan hasil penyelidikan yang dibuat dan ia
adalah berasaskan pada analisis yang dibincangkan dalam bab 4. Bab ini akan
merumuskan hasil analisis yang telah dijalankan. Seterusnya, merujuk kepada hasil
analisis yang telah diperolehi padangan serta cadangan akan diberikan bagi
memperbaikkan lagi masalah dan langkah dalam pematuhan piawaian keselamatan
kebakaran.

Di samping itu juga, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan


penyelidikan turut dibincangkan. Cadangan untuk penyelidikan akan datang juga
dikemukakan supaya kajian dapat dijalankan dengan teratur dan terpeinci.
110

5.2 Semakan Objektif

Kajian ini telah menggunakan kaedah grounded theory di mana penyelidik


telah menggunakan teori-teori yang diambil daripada kajian literatur iaitu melalui
pembacaan jurnal, tesis-tesis lama, akhbar dan artikel. Kesemua teori tersebut dikaji
serta teori baru juga ditambah dengan menemu bual responden-responden dan
perbincangan mengenai dapatan kajian bertumpu kepada dua objektif kajian.

5.2.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan


kebakaran

Kajian ini secara tidak langsung telah mencapai objektif yang diketengahkan.
Ia menjelaskan dengan terpeinci masalah-masalah yang dihadapi sendiri oleh Pusat-
pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran yang terdiri daripada
seperti beikut:

1. Sumber kewangan yang tidak mencukupi


2. Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang
diperlukan oleh JAIS
3. Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendataran dan tindak balas
daripada pihak JAIS
4. Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran
yang terhad
5. Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik
6. Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem keselamatan
7. Kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama
8. Turut meggalas tanggungan lain
111

Analisis penyelidikan yang dijalankan telah berjaya mengenalpasti, kesemua


8 masalah yang dialami oleh pusat tahfiz yang berada pada tahap penting dalam
mengurangkan kebakaran dalam kelompok pusat tahfiz berdasarkan maklum balas
yang diberikan oleh responden melalui temu bual yang dijalankan. Ini menunjukkan
majoriti responden bersetuju bahawa masalah-masalah tersebut membelenggu pusat-
pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian. Ini adalah jawapan kepada status pematuhan
piawaian yang masih lemah dalam kelompok pusat tahfiz. Oleh itu, tiga masalah
utama paling penting dengan ialah sumber kewangan yang tidak mencukupi,
berhadapan dengan konflik kehendak-kehendak JAIS dan kerumitan pendaftaran
tahfiz itu sendiri. Kesemuanya telah berjaya dirungkai dan dijelaskan.

Kesimpulan daripada masalah tersebut didapati bahawa sumber dalam


memperbaiki pembangunan pusat tahfiz adalah sangat terhad kerana pusat tahfiz
adalah seratus peratus dibangunkan oleh individu itu sendiri. Walaubagaimanapun,
kesalahan tidak seharusnya dipersalahkan kepada pihak tahfiz namun orang luar
yang prihatin dalah menyumbangkan bangunan perlu peka terhadap aspek-aspek
keselamatan supaya pengubahsuaian penggunaan bangunan dapat dihindari dan
secara langsung bahaya kebakaran dapat dielakkan.

5.2.2 Langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan masalah-masalah


mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Kajian ini juga telah mencapai objektif kedua yang diketengahkan. Ia


menjelaskan dengan terpeinci langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan
masalah-masalah mematuhi piawaian keselamatan kebakaran seperti:

Meningkatkan sumber kewangan:


1. Menjana kewangan daripada perusahaan perniagaan
112

2. Mecari tajaan untuk keperluan keselamatan kebakaran


3. Mewujudkan PIBG

Meningkatkan pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran

4. Memohon, menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar dan


demonstrasi kebakaran daripada bomba
5. Mewujudkan skuad bomba tahfiz
6. Memberikan pendidikan ilmu kebakaran di dalam kelas
7. Memanggil badan bukan kerajaan mengadakan ceramah
8. Mengadakan sesi kaunseling mengenai keselamatan kebakaran
9. Berterusan mendapatkan susulan dan kemaskini daripada pihak JAIS
10. Memperbaiki sistem pengurusan pusat tahfiz
11. Menaiktaraf pemasngan elemen-elemen keselamatan kebakaran
bangunan
12. Memohon derma dan kewangan untuk menanggung tanggungan lain

Hasil temu bual mendapati, telah banyak langkah yang dipergiatkan oleh
pusat-pusat tahfiz dalam mengurangkan masalah yang dialami terutamanya dalam
meningkatkan sumber kewangan serta ilmu pengetahuan keselamatan kebakaran dan
kesedaran bahaya kebakaran. Memang tidak dinafikan juga, anjuran daripada pihak
luar terhadap aktiviti keselamatan kebakaran semakin diperluas.

Walaubagaimanapun, ianya mendapat timbang rasa daripada pihak bomba


yang memahami akan kondisi Pusat tahfiz dan telah menyediakan piawaian minima
untuk pusat tahfiz patuhi sejak 2017. Hal ini kerana, banyak kehendak-kehendak
yang tidak dapat dilunaskan oleh pihak tahfiz kerana terdapat tanggungan lain yang
harus didahului terlebih dahulu.
113

Dalam pada itu, platform media sosial seperti akhbar, radio dan televisyen
memainkan peranan penting dalam memperingati serta menekankan ibu bapa bahawa
memilih Pusat tahfiz yang serba boleh daripada semua sudut jika ingin menghantar
anak mereka. Hal ini kerana, kebanyakan ibu bapa mengalami dilemma terhadap caj
pembayaran yuran. Jika ianya mahal, maka mereka tidak menghantar anak-anak pada
institusi tersebut. Oleh itu, pentingnya platform ini supaya dapat menjelaskan lagi
faktor-faktor lain dalam memilih Pusat tahfiz. Nyawa sangat berharga berbanding
wang ringgit

Secara keseluruhannya, terdapat 12 langkah yang diambil oleh pusat-puat


tahfiz dalam mengurangkan masalah. Langkah-langkah yang diambil juga
menunjukkan bahawa pusat tahfiz masih bergiat aktif dan membangunkan institusi
ke arah yang lebih jauh. Kesimpulannya langkah-langkah ini haruslah sentiasa
dikembangkan dari masa ke semasa di mana semua pihak di dalam negara harus
berperanan supaya keselamatan kebakaran pusat tahifz ini dapat terjamin
sepenuhnya.

5.3 Masalah yang dihadapi semasa penyelidikan

Semasa menjalankan penyelidikan, penyelidik telah mengalami beberapa


kesukaran sepanjang proses tersebut. Berikut adalah masalah yang dihadapi oleh
penyelidik semasa penyelidikan

5.3.1 Kesukaran memahami penyampaian maklumat yang disampaikan oleh


responden
114

Memandangkan responden-responden kajian ini merupakan pengetua dan


juga individu yang berlainan umur, latar belakang serta pendidikan, terdapat
kesukaran untuk memahami apa yang mereka sampaikan. Cara penyampaian mereka
ada yang tidak formal dan juga mengikut loghat keturunan contohnya bahasa jawa.
Hal ini kerana, Pusat-pusat tahfiz Selangor banyak ditubuhkan di kawasan
pedalaman. Bagi mereka yang berusia pula, sukar untuk memahami soalan yang
diajukan, sebaliknya menjawab perkara yang tidak berkaitan. Hal ini terpaksa
diulangi beberapa kali sehingga memenuhi kehendak objektif.

5.4 Cadangan dan kajian lanjutan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa perkara yang boleh
digunakan untuk dikaji sebagai penyelidikan lanjutan iaitu.

5.4.1 Pengurusan Sistem Keselamatan Kebakaran Pusat tahfiz

Selain daripada kewangan, akademik, pembelajaran dan lain-lain, kajian


mengenai pengurusan sistem keselamatan kebakaran perlu diselidik lagi untuk
melihat sejauh mana Pusat-pusat tahfiz di Malaysia mengambil berat akan hal ini.
Perkara ini bukan dilihat pada sudut pengaplikasian kehendak aktif dan pasif
keselamatan kebakaran sahaja, namun bagaimana dan sejauh mana cara yang
digunakan oleh Pusat tahfiz menguruskan sistem tersebut daripada awal penubuhan
sehingga sekarang. Sebagai contoh, seperti agihan masa untuk latihan dan
demonstrasi, bajet kewangan bahagian keselamatan dan penyelenggaraan dan
sebagainya . Ianya akan memberikan impak positif yang besar kepada semua pihak
supaya sentiasa menjadi amalan dan budaya dalam memperkasa hal ini.
115

RUJUKAN

Selangor, P. (2012) „Akta Jalan, Parit Dan Bangunan [Akta 133]‟, Undang-Undang
Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986

Akta 672 (1990) Akta Bekalan Elektrik [Akta 447] Undang-undang Malaysia. Edited
by Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkhidmatan, A. (2009) „Akta Perkhidmatan BombaUndang-Undang Akta


Perkhidmatan‟.

Dan, J. B. and Malaysia, P. (2017) „Senarai Semakan Kehendak Kebombaan‟, (3),


pp. 7–10.

Khudzairi, N. B. H. M. (2007) „Sikap dan Tindakbalas Penghuni Bangunan Dalam


Menghadapi Situasi Kebakaran‟, (April).

Chief, F. and Garis, L. (2013) „The Non-Random Nature of Fire Safety Inspection
Compliance‟, (June).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2007) Pelaksanaan Kaedah


Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan Oleh Profesional. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Semenanjung Malaysia.

Ong, C. and Suleiman, M. Z. (2015) „Problems in Implementation of Fire Safety


Management in Malaysia Government Hospital‟, Advance of Environmental
116

Biology, 9(March), pp. 47–50. doi: 10.13140/RG.2.1.4150.4887.

Badarudin Mat Isa & Syahrul Nizam Kamaruzzaman. Keselamatan Bangunan dan
Kawalan Kebakaran. Malaysia, 2012
Abd, R.G, Mohd K. and Noorhafizah (2012) „Pegurusan Institusi Tahfiz Persendirian
Negeri Selangor‟

Aslina Abu Bakar, (2017, September 20). Pusat tahfiz lemah soal keselamatan,
Berita Harian Online.

Roos Niza Mohd Sharif, (2017, October 9). Piawaian keselamatan maahad tahfiz,
Utusan Online.

Sufiah Akmal, (2017, September 14). Tak sangka cucu saudara turut terkorban, Sinar
Online.

Bomba: 50% pusat tahfiz tidak selamat,( October 15, 2017). Free Malaysia Today

Pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah Tidak Berdaftar Dengan Kementerian Pendidikan


(2017, September 14). Malaysian Digest

Ahmad Kasyfi Alawi. (2017, September 14). Apa Boleh Kita Belajar Daripada
Insiden Kebakaran Pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah? Kasyfi Alawi News

Jawatankuasa Penyeragaman Sekolah Tahfiz Harus Diwujudkan, Khalid. (2017,


September 15). Free Malaysia Today.

Pusat tahfiz tiada sijil layak menduduki, (2017, September 14). The Malaysian
Insight.

Rohana Ismai, (2017, Mac 2). Bina sekolah pondok kena ada kelulusan bomba, Sinar
Online
117

Mohd Roji Kawi, (2017, September 16) Masih teliti mekanisme pendaftaran sekolah
agama - KP Pelajaran, BH Online.

Sekolah agama persendirian, madrasah tahfiz didaftar bawah Jakim, (2017, April
27). Malaysiakini

Khairul Najib Asarulah Khan, (2017, Oktober 6). Bomba akan bantu pusat tahfiz, My
Metro.

Nurul Amanina Suhaini, (2017, September 25). 25 Sekolah Tahfiz Di Johor Tidak
Berdaftar, BH Online.

Mohd Roji Kawi, (2016, Mei 24). Kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran
masih rendah – Bomba, BH Online.

Salleh Buang, (2017, Julai 6). Tragedi Grenfell Tower dedahkan kelemahan, Utusan
Online.

Roos Niza Mohd Shariff, (2017, Oktober 9). Piawaian keselamatan maahad tahfiz,
Utusan Online.

Mohd Zulkifli Zainuddin, (2017, September 15). Sekolah pondok tiada ciri
keselamatan, BH Online.

Fire Behaviour. (2009). Science Learning Hub, The University of Wakaito

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (2017). Portal Rasmi


Daripada laman sesawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:
http://www.bomba.gov.my/

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, (2017, November 29) Permohonan/Proses


Pendaftaran Sekolah
118

Daripada laman sesawang Jabatan Agama Islam Selangor


http://www.jais.gov.my/content/permohonanproses-pendaftaran-sekolah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, (2017, Disember 3) Pendaftaran Sekolah


Agama dan Tahfiz Swasta
Daripada laman sesawang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
http://www.jawi.gov.my/my/agensi-swata-umum/komuniti-soalan-
lazim/1188-soalan-lazim-bahagian-pelajaran

Canaan Building Inspection, (2017) http://www.canaanbuildinginspector.com/


119

LAMPIRAN
120

Lampiran A
MASA
TARIKH
HARI

BORANG TEMU BUAL

TAJUK KAJIAN

PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT


TAHFIZ

Bagi menjawab objektif Projek Sarjana Muda iaitu

1. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat Tahfiz dalam mematuhi


Piawaian Keselamatan Kebakaran
2. Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat Tahfiz
dalam mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran

MAKLUMAT RESPONDEN

Nama Institut :

Nama Responden :

Jawatan :

Pengalaman :

Cop Institut :
121

1) Kajian yang dijalankan hanya bertujuan untuk penyelidikan akademik semata-mata


dan segala maklumat yang diberikan adalah SULIT.
2) Soalan temubual ini terbahagi kepada dua Bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian
B
3) Bahagian A merupakan soalan berkenaan latar belakang syarikat secara ringkas.
4) Bahagian B. C, D merupakan soalan semi-struktur berkenaan masalah dan langkah
dalam ketidakpatuhan kehendak keselamatan kebakaran yang yang telah
dikenalpasti melalui kajian literatur yang dijalankan.

BAHAGIAN A: Maklumat Latar Belakang Individu/Institut

1) Bolehkah anda terangkan secara ringkas latar belakang Pusat Tahfiz ini?

BAHAGIAN B: Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pusat Tahfiz Dalam


Mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran

1) Bolehkah anda jelaskan apakah sebenarnya masalah-masalah yang dihadapi oleh


Pusat Tahfiz dalam mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran?

2) Bolehkah anda jelaskan sebab bagi setiap pemilihan jawapan tersebut?


122

3) Selain daripada itu, apakah masalah-masalah di bawah ini turut dihadapi olehPusat
Tahfiz dalam mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran?

B Senarai masalah yang dihadapi Ya Tidak


1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi
2 Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu
keselamatan kebakaran yang terhad
3 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang
sistematik
4 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak
sistem keselamatan
5 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran
dan tindak balas daripada pihak JAIS
6 Mangalami dengan konflik dengan kehendak dan
syarat yang diperlukan oleh JAIS
7 Kebuntuan antara manfaat perbaiki keselamatan
kebakaran

4) Bolehkah anda menjelaskan sebab bagi setiap pemilihan jawapan di atas?

B1:

B2:

B3:

B4:

B5:

B6:
123

BAHAGIAN C: Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah-Masalah


Yang Dihadapi Oleh Pusat Tahfiz Dalam Mematuhi Piawaian Keselamatan
Kebakaran

1) Bolehkah anda jelaskan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan dalam


mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Pusat Tahfiz dalam mematuhi piawaian
keselamatan kebakaran?

2) Bolehkah anda jelaskan sebab bagi setiap pemilihan jawapan tersebut?

3) Selain daripada itu, apakah langkah lain lagi yang diambil di bawah ini turut dialami
oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran?
124

Langkah-Langkah Ya Tidak
Mengurangkan Masalah
Masalah- masalah yang
C Yang Dihadapi Dalam
dihadapi
Mematuhi Kehendak
Keselamatan Kebakaran
1 Sumber kewangan yang tidak Memohon bantuan kewangan
mencukupi dan derma
Mengenakan kadar bayaran
yuran yang adil
2 Memohon, menghadiri dan
mengadakan aktiviti ceramah,
Mempunyai pengetahuan seminar dan demonstrasi
kepentingan dan ilmu kebakaran
keselamatan kebakaran yang Mewujudkan skuad Bomba
terhad Tahfiz
Memberikan khidmat
pendidikan kebakaran di dalam
kelas
3 Berhadapan dengan kerumitan
Berterusan Mendapatkan
prosedur pendaftaran dan
susulan dan kemaskinii
tindak balas daripada pihak
daripada JAIS
JAIS
4 Tidak mempunyai sistem Mengenakan kadar bayaran
pengurusan yang sistematik yuran yang adil
5 Mengalami konflik dengan
kehendak-kehendak dan syarat-
syarat yang diperlukan oleh
JAIS Mendapatkan nasihat daripada
6 Kebuntuan antara manfaat Jabatan Bomba mengenai
perbaiki keselamatan tahap keselamatan dalam
kebakaran bangunan
7 Mengalami konflik dengan
kehendak-kehendak sistem
keselamatan
4) Bolehkah anda huraikan bagi setiap jawapan di atas?
C1

C2

C3

C4

C5

C6

C7
125
Lampiran B- Contoh Transkrip Temu Bual Semi-struktur

Kod/
Malumat/Data (Pusat Tahfiz A)
Tema
Pengkaji Ok boleh saya tahu sejarah penubuhan tahfiz di sini? Sama ada sini bangunan
waqaf ke….boleh ustazah ceritakan?
Responden ayah saya nak sekolah tahfiz…memang turun temurun mewarisi. Jadi
tertubuhlah di sini. Terutamanya di Selangor ni kan banyak Tahfiz, tapi
kebanyakannya yuran mahal…jadi kita nak tubuhkan Pusat Tahfiz untuk
orang yang sederhana…yang kalau kata untuk empat ratus macam tak mampu
pula kan..tapi saya tak salahkan dorang..tadika sekarang sahaja dah empat
ratus kan..yang balik hari. Ni duduk asrama empat ratus setengah. Jadi kita
nak bagi semua orang merasa..jadi untuk yang mampu tu, datang belajar.
Bayar yuran tak mahal sangat, tak murah sangat…Yuran tak mahal sangat dua
ratus setengah. Yang belakang tiga ratus..jadi sekarang kita ada 3 lot..sebelum
ni ayah saya buka yang lelaki di Sungai Buloh, jadi bila saya ambil alih, saya A1
buka yang perempuan pula. Pelajar pula ada 140 orang…termasuk kakitangan
ahli kelurga saya emm adalah dalam 7 orang. Dan bangunan ni kami sendiri
usahakan tapi secara sewa la. Cuma bukan waqaf…
Pengkaji Sini kakitangan ada berapa?
Responden Sekarang yang mengajar ada sepuluh orang. Bulan depan mungkinlah…
sebelas. Yang buat urusan management…tujuh orang…
Pengkaji Oh ada juga yang buat management? Ditempatkan dimana ye?
Responden Kita balik rumah lah…ayah saya, emak saya, kakak saya… C4.2
Pengkaji Oh keluarga sendiri la….orang luar ada ambil ke?
Responden Orang luar daripaa Jemaah pengurusan…itu semua 7 orang..keluarga dan
orang luar. JAIS memang mintak 7 orang atau lebih lah..Jadi kita minta
parents pelajar ke apa la..
Pengkaji Okay…aaa…..boleh kita tengok tajuk saya berkenaan dengan Pusat Tahfiz
dan keselamatan kebakaran sebab kita tengok sekarang ni Pusat Tahfiz banyak
terbakar la macam baru-baru ni kes yang Darul Ittifaqiyah tu kan…so dalam
tempoh menubuhkan Pusat Tahfiz ni, at the same time kena patuh piawaian tu
kan. Sebenarnya apa kekangan atau masalah-masalah Pusat Tahfiz ni dalam
menyediakan kehendak-kehendak bomba…
Responden Ok sebenarnya..secara peribadi saya la ….kekurangan yang B1
pertama..kekurangan bajet
Pengkaji Dana?
Responden Ha…Kewangan. Sebab macam kalau nak mohon untuk bomba kan, dia nak
tangga keselamatan, tong la pe la….
Pengkaji Haah…ada syarat-syarat dia.
Reponden Tangga keselamatan pun berapa ribu nak buat kan. Banyaklah…banyak B1
benda. Macam yang jais ni…hm..kita kertas kerja tu kena buat..lepastu kena
proses..proses yang sangat panjang. Ha….jadi kena pegi banyak B5
kali…banyak kali kena follow up semua. Lepastu kertas kerja sendiri
kan…kalau macam yang baru biasanya takde…yang pertama taktahu nak
buat macam mana…yang kedua takde orang yang boleh buat B3
Pengkaji Assist?
Responden Ha…yang buat kertas kerja tu..
Pengkaji Maksudnya takde pengurusan yang focus untuk benda tu eh?
Responden Ha….macam tulah..macam sekolah kan dia ada kerani-kerani buatkan. Ni
kalau maahad, dia lah tu…dia lah semua benda…semua benda dia…bila B3
masa dia nak pergi JAIS, pastu kadang setengah orang ni kalau kita dengar
macam kawan-kawan saya kan, kadang nak pergi tu pun susah dah.
Ha…nak nak pergi tu susah dah..semua benda kewangan..
Pengkaji Kakitangan pun tak cukup ye?
Responden Kakitangan pun takde..kalau tinggal maahad takde orang nak jaga.. B3
Pengkaji Nak ambil kakitangan pun kena ada jugak ye?
Responden Ha..ye….
126

Pengkaji Ni kalau macam prosedur JAIS tadi, ambil masa yang lama ke?
Responden Ha…lama jugak lah..mula-mula kita ambil borang, lepastu kalau orang
taktahu, dia ambil borang dulu lepastu balik rumah, isi borang, kena pergi
hantar balik…lepastu orang daripada JAIS tu akan datang..pegawai akan
datang..cek….pastu kalau borang tu tak cukup kena…kena perlukan kan lah
apa lagi yang dia nak. Ha….sebenarnya em…benda ni senang-senang je
tapi…bila nak penuhkan semua yang…
Pengkaji Checklist dia? Syarat-syarat?
Responden Ha…list-list tu, syarat-syarat tu dia ambil masa lah. Ha…jadi itulah….Jadi B4
last sekali orang kata em tak payah lah….macam tu.. Lagi ada soalan?
Pengkaji Pusat tahfiz ini ada masalah dari sudut pendaftaran?
Responden Mana? Sini? Aaaa..takde..
Pengkaji Semua dah daftar lah?
Responden Memang dah daftar…cuma memang masalah la bagi kami mula-mula
tu..kena..lagi satu yang macam saya perasan, yang dekat JAIS sendiri, saya tak
tahu la daerah lain..yang macam daerah aaa Petaling ni..macam…em…
Pengkaji Endah tak endah?
Responden Bukan endah tak endah…kita tak tahu cukup orang ke tak.. B5
Pengkaji Oh kakitangan JAIS tu sendiri?
Responden Ha…sebabnya macam kalau kita ni kan…kita berurusan dengan sorang, B5
macam kita pergi..sini Ustaz Ansar. Pastu ape-ape hal kita tanya orang lain,
orang lain taktahu.
Pengkaji Oh….
Responden Ha…kadang-kadang kita submit tu..
Pengkaji Bersungguh dah?
Pengkaji Kita dah submit dah..banyak kali dah…haa..kita dah hantar borang yang B5
sama..pastu masih minta lagi..
Pengkaji Maksudnya progress dorang?
Responden Sebabnya…dia pun…kita pun tak boleh salahkan dia juga..sebab dia B5
banyak…macam banyak tingkat pulak…kita pergi hantar sini dia akan proses
demi proses…proses dia tu pun banyak tingkat juga..
Pengkaji Makan masa?
Responden Ha…memakan masa…lepastu em….tulah..mungkin takde ramai orang ke…tu B5
saya tak tahu lah..
Pengkaji Kemudian…aaa kalau macam Pusat Tahfiz ini ditubuhkan, Bahagian
keselamatan tu dia ambil endah sangat tak? Maksudnya penumpuan terhadap
ibadat, agama kan…kemudian, abaikan keselamatan kebakaran ke tidak?
Responden Saya rasa la…bukan tak endah..nak kata tak endah sangat tu…tak lah. B6
Mungkin dia macam….em…orang kata, “biar dulu la…” macam lengah-
lengah…haaa…biar dulu la..macam satu tong tu seratus lebih. Satu tong api
pemadam api tu…kan..pastu kalau nak buat aaa….tangga keselamatan,
macam kalau bangunan ni kena tebuk…ha…dia kena tebuk. Yang itu pun…
Pengkaji Kena ikut pelan bomba kan?
Responden Ha…nak plan pun kena cari orang…banyak la…memang banyak yang dia B3
mintak la…
Pengkaji Yela…kakitangan pun sikit…pape pun kena dia.. B3
Responden Ha…lepastu kalau macam kata em…nak dapat bantuan kan..bantuan…hanya
diberi selepas dapat JAIS
Pengkaji Oh….
Responden Ha….kalau tak…kalau tak dapat….
Pengkaji Oh…maknanya dia nak tengok pendaftaran tu dulu la?
Responden Ha…kelulusan JAIS. Kalau takde tu, takde orang layan. B6
Pengkaji Oh…macam tu…
Responden Ha…Itu yang kalau kita tengok banyak Pusat Tahfiz yang macam baru nak B1
buka ke apa ke..dia banyak aaa…minta derma apa semua tu. Sebab semua
benda tu perlukan duit zaman sekarang. Nak tukar pintu, nak buat tangga,
127

pemadam api kena beli…pastu segala urusan ni kalau…kalau nak suruh orang
kena upah. Kalau kita sendiri pun kena keluarkan duit juga..
Pengkaji Kira Pusat Tahfiz ini dananya hasil daripada yuran?
Responden Ha ah..yuran..
Pengkaji Lagi?
Responden Yuran…pastu ada la..ada..ape ni sumbangan individu la..tapi kita takde minta
macam tahfiz lain…kadang..kita pergi dekat kedai, ha…dah kenal dah..dah
kenal dah Tahfiz ni. Sebab apa? Sebab selalu Nampak tabung dia….kita
takde…cuma..kalau siapa yang nak bagi tu, kita terima la..tapi kita takde pergi
minta..aaaa minta tepi jalan macam tu takdela..
Pengkaji Okay..kalau macam aaa…masalah-masalah tadi tu, apa langkah-langkah
macam Pusat Tahfiz ni…sekarang isu ni semakin membesar kan…kes-kes
macam ni…orang pun macam baru nak ambil tahu, buka mata semua tu
kan…jadi, apa langkah-langkah Pusat Tahfiz ini sendiri sebenarnya nak
mengatasi masalah tu?
Responden Masalah apa? Kebakaran ke yang derma tu?
Pengkaji Ha…kewangan..masalah JAIS…
Responden Okay…kalau macam yang saya..saya sekolah dulu pun, aaa…saya belajar di C1.3
South Africa, lepastu macam guru-guru ni semua dia ada bisnes dia
sendiri..tapi…dia dah ada…kewangan dia tu dah kukuh dah..pastu baru dia
buka maahad. Jadi kalau dia buka maahad, dia tak…aaaa nak kata..sampai
kena pergi…hantar pelajar tu…minta derma tu
tak…dia…sebabnya…satu..dengan keluarga sendiri dah boleh kumpulkan
dana semua…orang kata..ada…apa-apa..dan juga aaa….yuran…yuran kena C1
ambil la sebab zaman sekarang ni semua benda guna duit kan..aaaa setengah
free, free pun kita tengok juga lah..
Pengkaji Oh…setengah ada yang free?
Responden Ha..ada yang free….
Pengkaji Kalau yang free tu macam mana dorang dapat kewangan?
Responden Yang saya nampaklah…yang saya nampak…yang free tu kan bukan
dia…negara Islam kan…jadi semua orang Islam, bagi zakat, dia pergi dekat
Madrasah. Macam kat sini, kita dah ada JAKIM yang terima kan…tapi kalau
macam kat sini, kalau nak buat free pun, kita sendiri tu kena ada kekuatan
lah…kita kena ada sendiri…kita tak boleh buat sendiri ha lepastu..suruh
pelajar minta. Kan…sebab pelajar datang, nak belajar. Yang khidmat tu lain la
kan…kata khidmat…kata la sapu sampah ke pe ke…sekitar madrasah..tulah..
Pengkaji Kalau macam langkah-langkah nak atasi masalah JAIS, macam lesen pun
kene renew juga eh? Itu semua memang makan masa juga ke?
Responden Itu…dia…aaaa…sebenarnya dia kena banyak follow up la.. C3
Pengkaji Kena chase, kejar-kejar eh?
Responden Sebab kita…kadang-kadang…kita dah hantar kan, kita hantar…dia kata okay
nanti kita akan hubungi…pastu nak habis dah..dia punya apeni…errr
tempoh..takde-takde call lagi..
Pengkaji Oh…tak dapat info?
Responden Ha…..jadi memang…masa mula-mula saya…memang orang pun cakap la C3
memang kena banyak follow up la..takpela dia kata nanti saya..takpe kita
telefon..yang pasti apa yang kita nak tu dah dapat dah..kadang-kadang dia pun
banyak kan…
Pengkaji Banyak kerja…
Responden Ha..banyak kerja
Pengkaji Kakitangan sikit pula kan…
Responden Macam kita nak tunggu list err queue tu pun…macam kita pergi kan..kita B5
pergi, okay. “bila…bila nak datang?” Haa…dia banyak queue…dia…kalau
tak silap saya tadika pun bawah ni juga…mungkin tadika itu ada…ada
apa..ada tahfiz ke apa…saya taktahu lah…jadi dia termasuk juga..dia banyak
lah queue nya…
128

Pengkaji Queue nak kena tunggu ya?


Responden Ha…nak kena tungu dia datang dulu..pastu dia nak kena proses
Pengkaji Kalau macam tadi, langkah-langkah nak kena follow up kan, jadi kalau betul-
betul follow up dia memang…boleh dapat?
Responden Boleh dapat….nak kena pastikan kita punya borang tu lengkap lah…kalau tak
dia akan datang pulangkan..
Pengkaji Oh dia pulangkan balik…
Responden Yang dia nak tu apa…Kalau tak cukup…haaa dia tak nil ah..kalau macam
Pusat Tahfiz dia 20 orang pelajar, baru dia proceed. Kalau tak, dia biarkan
je…
Pengkaji Untuk bangunan seperti ini, ada kapasiti dia…
Responden Ha…ye..ye…
Pengkaji Kalau sini memang cukup syarat?
Responden Kat sini….ada..lebih kurang lah..80 katil..sini ade…sini tiga..sini tiga…tiga
tingkat
Pengkaji Yang hujung sana?
Responden Oh yang hujung sana tu tak…yang tu dah pindah…yang tu..budak lelaki
punya..
Pengkaji Oh sini perempuan punya?
Responden Ha..sini perempuan
Pengkaji Oh ha….Azzahrah perempuan kan?
Responden Perempuan dan lelaki…
Pengkaji Oh lelaki ada juga…Bomba pernah datang cek?
Responden Pernah..
Pengkaji So macam…apa er..ada masalah?
Responden Aaaa…kat sini..mcm kat sini banyak pintu..jadi kita..yang tu takde
masalah..cuma yang bahagian…ok dia dua blok kan…dia macam ni..blok
sini..dengan sini…ok sini ada pintu, untuk ape….untuk keluar
ni…aaa…tangga ni kan…ok…lepastu..yang sini tengah kan…yang tengah
ni…kecil je..dia punya pintu..haa yang tu laa yang dia complaint..sebab dia
kata kalau…ada…kecemasan, pelajar tak beratur…lepastu yang kat sini, ada
satu pintu kecemasan, ada satu tangga biasa…jadi setiap tingkap ada tu
lah..ada tiga pintu…
Pengkaji Okay…kemudian ada tak hantar pelajar ke….atau kakitangan kat sini ke
latihan kebakaran ke…
Responden Aaaaa…haritu dorang datang…yang NGO tu buat.. C2.1
Pengkaji Oh adalah… NGO tu ke…atau Pusat Tahfiz ini yang request?
Responden Ha….itu..masa saya pergi…kursus bomba haritu, bomba cakap dia pun boleh
terima la kalau ada request..
Pengkaji Kalau request bayar ke?
Responden Aaaa…tak. Bomba free…tapi setakat ni yang dengan bomba takde lagi C2.1
la..cuma yang…macam ada yang NGO kebakaran tu dia datang sini, dia
bagitahu kita…aaa…macam…dia bagilah…dia ajar kita macam mana…
Pengkaji Dekat sini lah? Dia ajar cara nak guna…?
Responden Haah…setakat ni yang pergi..takde lagi lah…cuma kursus macam individu C2.1
je..saya sendiri pergi tu ade lah..
Pengkaji Oh kursus individu ada? Kursus latihan?
Responden Kursus…em…untuk pengetua sahaja..yang saya pergi haritu melalui
PINTAR..PINTAR Selangor…haa….NGO juga..
Pengkaji Kalau kewangan di sini, biasa kalau bantuan macam mana? Apa langkah-
langkah untuk memohon bantuan? Kerana ketidakcukupan prasarana dan
sebagainya…
Responden Bantuan..macam..kalau sayalah, masa mula-mula tu abah saya lah yang C4.2
banyak bantu…aaaa dengan..abang saya..dia bantu..apa yang tak cukup..dia
cukupkan..
Pengkaji Maksudnya dari usaha sendiri lah eh?
129

Responden Ye….lepastu..tahun lepas, peruntukan Dasar Tahfiz Negara. Sebelum-sebelum C2.1


ni dari JAIS takdelah…belum pernah dapat..saya taktahu la kena mohon ke
ape ke…tapi yang pertama kali yang saya dapat yang tulah..Dasar Tahfiz
Negara. Yang tu tak minta pun.. untuk pendawaian…ha..untuk C6.2
pendawaian..masih dalam proses lagi lah..yang aaaa…apeni…dari Mara..dia
yang buatkan..dia yang cek wiring…
Pengkaji Ada masalah wiring ke sebelum tu?
Responden Aaaaa…takde..cuma..cuma dia ni lah..dia datang cek semua Pusat Tahfiz yang
berdaftar lah..yang tak berdaftar…biasanya yang tidak berdaftar nil ah susah
nak dapat bantuan..yela sebab orang pun taktahu..jadi macam mana orang nak
bantu..kalau macam…dengan PINTAR NI, emm…berdaftar dengan tak
berdaftar setakat ni yang kita tahu dalam Persatuan ni…kita tahu gitu jela..Jadi
yang dalam PINTAR ni tak perlu daftar apa kan…yang kita tahu Pusat Tahfiz
tu kat situ je lah..kalau yang berdaftar pun..benda tu wujud..Pusat Tahfiz tu
wujud daripada situ
Pengkaji Bila sudah dapat sumber kewangan daripada DTN, sumber kewangan itu
digunakan untuk apa?
Responden Untuk bangunan…untuk renovate semua tu..tapi..kalau macam yang hari tu,
sebab sekarang ni kan dah besar..masa yang saya dapat bajet tu masa…dia
ikut statistic 2016..tahun 2016, pelajar saya 30 orang lebih..masa dapat tu 80
orang lebih..jadi bangunan tu kita dah tambah…dulu sini kedai makan…
Pengkaji Jadi renovate tu…ikut pelan?
Responden Sepatutnya macam tulah…ini kita buat..lepastu kita minta kelulusan.. B2
Pengkaji Dah dapat kelulusan?
Responden Belum lagi..saya baru pegi buat…
Pengkaji Semasa hendak renovate, design semua siapa yang buat ya?
Responden Design…biasanya kita sendiri la..
Pengkaji Takde arkitek ke…or mana-mana consultant?
Responden Takde…kalau tak macam…itu lah macam yang saya cakap tadi..macam B1
mahal kan…tapi yang haritu pun bomba datang..dia kata okay..ini..ini…dia
cakaplah…jadi kita macam ada idea la lebih kurang…contoh…tangga
keselamatan, dia tak boeh yang straight tu. Dia kena..ada tangga..pastu dia ada
mcm hentian kan..kemudian dia nak…dulu kita buat..sini tiga tingkat kan,
setiap tingkat ada acess kepada tangga..jadi kita buatlah..
Pengkaji Nak buat tu kena ada dana jugak kan
Responden Ha yela…
Pengkaji So cara nak dapatkan dana balik tu macam mana ya?
Responden Itu..emmm…biasanya kita…macam kat maahad nil ah…kita buat awal tahun C1
ke…awal tahun kan ada pendaftaran kan..jadi masa awal tahun tu ok
lah…boleh lah..kita kena susun lah..jangan buat terbengkalai pula..
Pengkaji Ada tak alternatif lagi untuk melantik guru atau untuk menambah lagi dari
sudut pengurusan keselamatan ke..atau staf ke?
Responden Err..yang tambah guru tu…sebab sekarang setiap asrama ada guru yang B3
bujang la…yang dia tinggal sini..sebab dia tinggal jauh. Dia duduk sini..Jadi
kita…err…kita daripada situ la kita minta ustazah tengok-tengokkan kat atas..
Pengkaji Kemudian…perlantikan ustazah tadi tersebut tengok latar belakang dari sudut
apa?
Responden Saya kalau kat sini…ada sijil khatam..ok la..saya ambil la..sijil khatam tu
daripada madrasah dia la…
Ok…rasanya itu sahajalah temubual saya. Terima kasih banyak-banyak
ustazah kerana sudi nak luangkan masa ye…
Responden Ye sama-sama….takde ape pon..
130

Kod/Te
Maklumat/Data (Pusat Tahfiz B)
ma
Pengkaji Bagaimana ustaz boleh dirikan Pusat Tahfiz ni..
Responden Tergeraknya sebab sebelum ni saya mengajar…di Tahfiz…dalam 14
tahun..dalam masa tu saya terdorong untuk buat ni…satu, yang belajar
diinterview. Dia betul-betul nak diinterview. Bila interview, tak lepas. Tak
boleh baca, tak boleh tulis. Seminggu dua minggu kami panggil. Habis nak
belajar macam mana kalau iv tak lepas… Kedua, tujuan kita nak buka
sebab untuk mendidik…kalau nak ambil yang bagus saja, yang jahat tu
nak campak mana… Henry gurney..nabi bentuk akhlak…kita pandai
macam mana, tapi takde akhlak.. student ada 26 orang..anak yatim dan A1
fakir miskin semuanya..
Pengkaji Kakitangan di sini bagaimana?
Responden Saya ada 4 lah..ustaz daripada luar…2 di luar, dua di sini…tinggal rumah
di perumahan orang asli..
Pengkaji Sekarang kita tengok kes-kes kebakaran pada Pusat Tahfiz semakin besar,
dan mostly Pusat Tahfiz ditubuhkan sendiri macam di sini. Disebabkan
semakin banyak, boleh tahu apa masalah-masalah untuk mematuhi
piawaian ini? Bomba pernah datang tak? Sebab apabila bomba dah datang,
baru dapat tahu banyak ketidakcukupan. Contoh tiada CCC, tiada
pendaftaran…
Responden Modal bak orang kata tu bergolok gadai juga la…ahahaha…orang rumah
dulu saya bekerja…dia ada KWSP…first deposit saya 27000…pinjam
sana, pinjam sini..pinjam abang..nak cukup 27000 tempoh satu
minggu..alhamdulillah tuhan mudahkan..saya pun dah ada deposit, kerja
pun dah berhenti…owner tak bagi kunci, sewa lah hotel..saya baru dalam
proses pendaftaran sebenarnya…yang member tu daftar 2013, baru dapat.
Saya dulu daftar 2013 la pergi…tanya…setelah dah lama tak nampak B5
kan…apehal ni lama sangat kan…dokumen-dokumen dah dihapuskan..ikut
cara bos baru. Kau ape bodoh sangat? Kau simpan la aku punya
profil…kalau kita tak refer, silap saya takde copy…yang kedua, saya dah
buat-buat, satu JAIS, satu saya. Maknanya dah endorsed. Kalau saya refer B3
balik, kalau dia kata takde, ada bukti dah buat. Member saya pun dah
seminggu. Kata minggu ni buat, minggu depan sampai. Apa korang buat?
Mungkin dalam situasi tu dia takde yang betul kerja dalam agama. Tapi
akademik ni takde macam tu… B5
Pengkaji Ustaz ada follow up?
Responden Tanya juga kadang kan…tapi tak terfikir pula pendaftaran ni macam tu B2
gaya…tak terfikir la kan. Ok Alhamdulillah dah buat pendaftaran,
mungkin dia akan hantar surat. Takdelah fikir benda jadi macam ni. Tanya
member, dia kata ustaz kena follow up..oh..yang tu kita tak tahu la…yang C3
follow up pun kata takde..semingu sekali, seminggu sekali pergi..apetah B5
kita yang dah 2, 3 tahun…memang kena la..bukan kata kita tak percaya
diaorang..tapi kenapa nak kena buat macam ni…bukan kita ada masa nak B3
turun naik turun naik..kan….macam kita nak follow up, follow up, macam
korang tak buat kerja la pula…ha ni menyibuk tiap-tiap minggu nak
tanya…orang mesti cakap macam tu…aku buat kerja, aku tahu la…orang
mungkin cakap macm tu…saya mungkin macam tu juga…takpela
mungkin dorang buat keje dia..nanti dah siap settle urusan dia akan telefon
kita…saya fikir macam tu…mungkin macam tu..rupanya tak macam B5
tu…kita kena follow up, follow up…saya pula kalau mikir follow up orang C3
jemu juga…eh aku tahu la aku buat kerja. Ha…orang akan cakap macam
itu..member saya pun sama…banyak…banyak madarasah yang macam
tu…nasib baik ada copy..kalau takde copy agak-agak? kita buat kerja
bukan senang….photostat ic orang…AJK apa semua…saya pula computer
rosak…dokumen dalam pendrive semua…pindah kan..bila pindah…pula
letak mana..ustaz ni takde sponsor? Bulan-bulan macam mana nak
131

bayar..Overhead 12 ribu ni..saya kata..saya cuba untuk belajar..Datuk tu B8


datuk ini…ustaz tak boleh buat tu..buat ni nanti budak-budak tu nak B9
makan apa…saya yakin Allah taala yang bagi segalanya..kita ikhtiar apa
yang mampu..5 tahun pun datu tu cerita…ada hantar duit? Saya pun di sini
sudah 5 tahun dah pun… Ustaz takde sponsor itu la ini laaa…macam mana
nak hidup? Hantar duit!
Pengkaji Siapa ya Datuk tesebut? Dapat keprihatinan yang cukup tak daripada
mereka?
Responden Adala something…orang bernama..orang kenamaan lah….kalau dorang B9
prihatin, dia ada bagi sponsor saya la…kalau prihatin, hulur lah….sekadar
cakap ustaz tak boleh itu ini…saya usaha…untuk berdaftar..tak daftar pun
macam ni juga..kalau daftar pun menyusahkan saya…nak buat apa
daftar…sama juga..kan..bagi saya, pendapat saya lah…kalau nak dapat B2
sumbangan tu…daftar ke tak daftar…salah ke nak bagi? Kalau kata you
duduk USM memang kena daftar…kalaupun takde daftar, kita kena ada
Ihsan..Ihsan, budi bicara….dah tentu kita tahu dia susah…nak perlu daftar
ke? Budi bicara kita…silakan…saya nak bagi sumbangan, nak kena tulis
surat kat JAIS ke? RM50 ni saya nak sumbang kat awak saya kena tulis
surat kat JAIS ke…patut ke? Macam tu la jadinya…
Pengkaji Apabila bomba sudah datang, ada apa-apa pesanan dari mereka?
Responden Tangga…tangga keselamatan la…dia mesti kena ada dua tangga. Sebab tu
Pusat Tahfiz ke..taska ke..kitaorang akan corner lot….kalau tengah-tengah B8
dah menggangu kiri kanan kan..sewa tu agak mahal jugak lah…macam ni
2600..tapi alhamdulillah lah owner rumah bagi dalam 2400..dia pun
Melayu kita..mungkin faham dengan keadaan kita kan…tunggakan pun
ada..dalam 7 bulan..2400 kali 7 lah..kita kena ada dalam 16000 setengah
nak settlekan hutang..pasal pendaftaran pun lambat… dalam proses la
sebenarnya…saya dah buat pendaftaran 2013 lagi dah buat...sebelum ni
takde masalah pun. Bertahun-tahun kan..tapi sejak kebelakangan
ni..berlakunya kebakaran di Keramat tu kan..baru la pihak berkenaan tu
buka mata..sebelum ni mana ada ambil port. Ada..individu yang sumbang B2
tu ada sebenarmya…tapi dorang nak mintak surat kelepasan kad untuk
come tax daripada dorang bayar ribu-ribu bayar sana baik dorang infak
pada madrasah. Ada setengah madrasah yang tak berdaftar tu takde surat
pelepasan cukai tu…setakat resit kita ade..sejak berlaku tu, macam-macam B3
lah..kan..bila dah berlaku tu…dengan bombanya… Dia kata tu jelah…
akan datang balik lah…maknanya tu kita faham lah…tak clear lagi
lah…saya nak kena settlekan cover tu…
Pengkaji Maksudnya, nak patuh piawaian tu, ada masalah la.. Kekangan?
Responden Kekangannya contoh macam saya, dorang nak mintak bulan-bulan duit B3
keluar masuk…macam saya mana ada…kita takde sharp..katalah bulan-
bulan overhead saya dua belas ribu…kalau dia minta data untuk duit
keluar masuk tu..nak bagi macam mana…mungkin dia akan kata kita
menipu..mungkin dia kata kita makan duit..dia taktahu…mungkin..ha tu
jadi kemungkinan mungkin,mungkin,mungkin dia yang banyak
tu…padehal dia taktahu kita punya masalah...cakap sembang gebang boleh
lah..dia tahu kita punya masalah? Dia minta itu..minta ini…contoh kata la,
dia nak minta saya bulan-bulan ok…tiga bulan sekali nak minta duit B3
overhed..duit keluar masuk gini…gini..kita tak buat benda-benda macam
tu…
Pengkaji Yang minta tu siapa ya?
Responden Pihak-pihak yang berkenaan lah kan..kalau ada pendaftaran
ni..mungkin…pendaftaran mungkin pihak JAIS ke mungkin…pihak
kerajaan pusat ke…dorang ada pemantauan..keluar masuk apa semua
kan..kitaorang dapat macam-macam mesej..setiap bantuan yang dia bagi
tu, dia akan tengok..contoh dia bagi 10000, 10000 tu pegi mana..buat apa
dengan 10000 tu..tu yang dia nak tengok keluar masuk…kalau kita nak
132

makan duit buat apa…kita bukan orang macam mana diorang fikir…
Pengkaji Di sini pengurusan kewangan itu sendiri macam mana ya? Siapa yang
akan sediakan?
Responden Pengurusan kewangan kalau duit masuk, kita settle sendiri la kan…kadang B3
bil apa semua..kita buat sendiri..yelah kita nak gajikan orang pun..paling
kurang kalau seribu setengah ustaz..Shah Alam miskin Bandar pun tiga
ribu…miskin bandar…kalau seribu setengah…kalau yang anak yatim dan
fakir miskin tiada bayaran..saya kadang-kadang..macam-macam bisnes
yang kita buat ni, salah satu untuk kita tampung lah..kalau ada individu C1.3
yang bagi duit…alhamdulillah lah kan kita dapat cover dari kawan-
kawan..yang ada kawan-kawan lain…akan bagi info la…contoh ada
masalah pembayaran sewa rumah…dorang info kadang..kita dapat
collection..kita settle la satu-satu
Pengkaji: Kalau dapat collection tu, ada menambahbaikan prasarana keselamatan?
Responden Keselamatan ada…yang pemadam api tu…ada ahamdulillah…start
daripada kes itu, diorang memang bagi..bomba dah tengok tangga..tak
lulus..tangga tu dia nak ikut piawaian dia…kena kepung..dia ada piagam-
piagam untuk keselamatan la..bagus la sebenarnya benda tu..tapi kalau nak
dapat kelulusan tu…kita kena nak ikut…takde duit nak buat apa..paling B1
kurang 6000 kena ada..kita pun sewa sangkut…nak cari 5,6 ribu?..kena
cari penyumbang la. Member saya pun ada 1,2…semalam ada jumpa..ada
yang nak datang tengok laa untuk buat cover ke kan…ha alhamdulillah C1.3
la…

Pengkaji Okay…jadi langkah-langkah yang diambil sekarang apa sahaja ya?


Responden Saya tak terfikir la nak memohon bantuan ni…bukan nak takbur…saya di C1.3
sini pun dah lima tahun dah…Alhamdulillah ada sumbangan daripada
individu...orang yang datang ikhlas. Ustaz, ni ada sumbangan sikit…
Pengkaji Maksudnya, ustaz memang tidak sendiri memohon bantuan lah?
Responden Takde..nak kata kita berlagak, takde…ni bukan kerja main-main..kita nak
bagi anak orang makan…kita nak bentuk dia.
Pengkaji Untuk tangga keselamatan tersebut, dapat sponsor daripada member?
Ha…kita ada kawan-kawan kan…bomba dah tegur kesilapan tangga tu,
jadi saya suruh member buatkan semula. Ikut safety lah kan….memang
kita utamakan keselamatan sebenarnya..owner pun dah buat grill, tapi grill C7.2
tu boleh buka dari dalam…kira ok lah..tak terperangkap…dia ada grill,
tapi ada juga pintu..bomba tengok pun kira ok lah kira pasal owner buat
pun dia dah tahu…
Pengkaji Di sini ada ubahsuai penggunaan rumah?
Buat tu jelah…Ha..kat dapur je lah..buat tu ape namanya…dia
panggil..kabinet tu la..macam ni, kalau ikut itu hari ada almari di tengah-
tengah ni…tapi bomba taknak ni…dia suruh clearkan…kalaupun dia tak
lulus, nak kena pecah ke? Kalau awak kata saya nak lawan awak…terserah
pada awak lah kan..dah 3 kali sebenarnya bomba datang…3 ke 4 kali….
Pengkaji Okay…dari sudut keselamatan kebakaran, ustaz ada pergi mana-mana
latihan?
Ada ni…3 februari di Perak… C1.1
Pengkaji Kursus ini berdasarkan Dasar Tahfiz Negara?
Ye saya..PITAS…eh..PINTA…yang ini di Sabak Bernam…Niosh pun
ada..Datuk Lim Lam Thye yang buat buku keselamatan. Dan telah pergi
kursus di Bangi..
Pengkaji Kira bomba pun telah datang untuk buat demonstrasi kebakaran? C1.1
Responden Yang itu belum…mungkin dia nak tunggu kelulusan baru buat demo itu
kita taktahu lah kan..
Pengkaji Jadi, ustaz-ustaz yang mengajar di sini kelayakannya macam mana?
133

Kelayakan ok…yang baik..


Pengkaji MBSA ada menghantar orang juga? Berfungsi untuk apa ya?
Responden MBSA function kalau pendaftaran, naik signboard semua daripada
MBSA..kalau yang tidak berdaftar, dia akan diarah untuk cabut
signboard..kalau banner pun ikut law, memang tak boleh…MBSA minta
saya yang untuk buat signboard..cari gambar…kita keperluan nak buat pun B1
takde…
Pengkaji Bilangan kapasiti ikut yang ditetapkan?
Responden Kalau ikut betul…4 kaki, untuk satu orang. Kalau macam tu berapa besar
kita nak pakai..kalau 6 orang? Agak-agak berapa orang boleh duduk? Tak
boleh ramai-ramai….kalau orang anak ramai pun tak boleh lulus..kalau
anak saya 10? Bomba pun tak lulus….kalau nak ikut semua banyak
benor….
Pengkaji Kemudian, daripada sudut pengurusan keselamatan, ustaz ada
pertingkatkan lagi?
Responden In shaa allah…pintu pun dah ada banyak…bahagian dapur memang tidak
diusik…makanan hari-hari dapat tajaan daripada orang luar..alhamdulillah
la..komuniti semua bagus…prihatin..
Pengkaji Sememangnya pusat tahfiz yang didirikan memang ada masalah ya dalam
mematuhi piawaian?
Responden Kewangan la…sewa kadang-kadamg…pasal kita memang takde sponsor B1
sharp..kalau yang berdaftar ni, bila bantuan daripada kerajaan, JAIS
dorang akan hantar la…ha…tu kelebihan yang berdaftar…dalam proses
tak dapat juga..mereka baru bagi minggu lepas agihan untuk sekolah
tahfiz..ada yang dapat 10000…yang dalam proses tak dapat..wang
pendahuluan pun tak dapat..bagi saya daftar ke tak daftar ke macam ni
jugak…dah 5 tahun..nak bagi, bagi. Taknak bagi sudah.. So far dah 5
tahun juga jalan…sini setahun. Yang lama dah 4 tahun.
Pengkaji Pindah sebab apa ya?
Owner nak jual rumah…kita kena pindah la..cari lain. Masa mula-mula
pindah saya ada buat tahlil..keselamatan memang la..sebab kita dah tahu
kan. Bekalan air dan getah paip memang saya standbykan di sini…
Pengkaji Okay…nampaknya sampai situ sahajalah interview saya. Terima kasih
ustaz sebab sudi meluangkan masa
Responden Ya..sama….inshaallah
134

Kod/
Malumat/Data (Pusat Tahfiz C)
Tema
Pengkaji Ok usatzah, boleh tak terangkan latar belakang pusat tahfiz ini dan ustazah
sekali
Responden Ok…sebenaranya pusat tahfiz ni seperti adik syahira tahu… perempuan… A1
yang pelajar-pelajar nya berumur 12 tahun hingga 18 tahun. Tapi bilangan
pelajar buat masa ni lebih daripada 80 orang dan terdapat yang duduk di
luar jugak.. DAN ada jugakdi asrama. Guru dan kakitangan pengurusan
pulak dalam 10 rang je… Pengajian di sini tahfiz, fardhu ain dan juga
akademik. Then…sini juga aktif buat silat dan memanah. Asal usulnya
saya lah yang dirikan…dan suami saya belakang takbir je

Responden Sebenarnya kalau ikutkan masalah dia begini, kebiasaannya…bila kita


membina sekolah, kita akan mendaftar, betul…..bila kita buat
permohonan, dan kita baru dapat dan duduk. Tapi di madrasah lain, syarat B6
dia JAIS. Dia kena kecukupan 20 pelajar. Beroperasi
dulu…aaaa..beroperasi dulu, maknanya secara haram. Beroperasi dahulu,
baru apply. Buat permohonan kepada JAIS. Di situlah timbul beberapa
masalah sebenarnya. Sebab di situ baru kita, Oh…baru nak pergi buat
bomba, baru nak cari kesihatan…kan…dalam masa tu baru nak buat. Yang
saya tahu sebab mungkin di situ kelonggaran undang-undang. Tidak ada
sistem…atau pun tidak ada peraturan terlebih dahulu…nak buat kena ada B2
ini, ini….kebanyakan pusat tahfiz tidak tahu…sama seperti di sini pada
permulaan dulu…bila tidak berdaftar, jahil…kita tidak tahu…tu banyak B6
yang takde.. sebab kita dah 3 kali bomba datang…ada je benda yang tak
cukup…bila berdaftar tu in shaa allah tahu peraturan gini…kena ada fire
extinguisher, kena ada pintu keluar, signage, kena ada lampu
emergency..kan…kena ada pintu kedua ataupun pintu kecemasan…dan
kena ada lah sekali kalau rumah dua tingkat kena ada pintu kedua di
atas…kalau ada tingkap, boleh buka…dipanggil, window escape…ataupun
door escape di atas…dan pintu keluar masuk kena ada dua jalan…di depan
dan di belakang..semua syarat-syarat tu..kita tahu semasa kita berurusan
dengan bomba..kalau kita tak berurusan kita taktahu apa syarat dia....dan
last sekali kita kena ada detector…detector yang paling baik bukan asap
sahaja, tapi api…benda tu kita tahu bila kita daftar dengan bomba…bomba
datang cek…oh..”ustazah takde ni, ustazah takde tu….so kita, kita
perbaiki….
Pengkaji Dari segi pendaftaran, ada masalah tak? Mungkin tidak berdaftar pada
permulaan dahulu kerana proses itu sendiri…atau macam mana?
Responden Dia proses memang mengambil masa yang lama…
Pengkaji Tu yang beropasi dulu tu?
Responden Yes….kelemahan…bukan kelemahan la…mungkin satu pegawai, satu
daerah…satu daerah pegang banyak…banyak maahad…macam bomba
sekarang bergiat aktif..sejak kebakaran besar berlaku di Darul Ittifaqiyah
tu..dia cek secara rambang je, tanpa inform. Ada pengetua ke, takde
ke…terus masuk tengok…mana yang takde, bagitau…so kita
tahu…sekarang baru berlaku…mereka jalan bomba…masa berlaku yang
kebakaran besar tu, bulan berikutnya kat sini, berikutnya kat sini… ubat
nyamuk, litar pintas…Alhamdulillah banyak rahmat sebenarnya berlaku di
sebalik kejadian itu..ada pihak kerajaan ambil tahu…baru datang Giat
Mara..selalu berlaku pada bangunan yang lama…aaa…yang berlaku
kebakaran ada wiring yang tak betul…bila kita diberi makluman, bagus
juga JAIS…bila berlaku kebakaran, mereka panggil..taklimat
keselamatan..setiap daerah dah complete dah setiap taklimat keselamatan
dan kita tahu apa berlaku…kita tahu apa persediaan kita masa bukak
beroperasi ni….dia guna untuk kita, yang rumah dan
sekolah….contoh…ni..yang socket ni, tak boleh pakai extension even nak
135

charge kan…itu yang membuatkan litar pintas..itu yang membuatkan B2


terbakar…jangan pandai-pandai ada extension…kami pun pandai-pandai
buat extension..so bila kita dapat maklumat ni, kita tak buat.. kadang-
kadang la….especially, aaa…apa tu..alat-alat elektrik yang
berat..apa..contohnya pemanas air…
Pengkaji Maksudnya, ini dari sudut pengetahuan kan…
Responden Yes…benda-benda ni bukan sahaja pada Maahad, kita sebagai orang biasa
pun, orang awam, taktahu apa keselamatan yang sepatutnya kita guna pada
sekolah atau pada rumah pun…tak patut ada extension wire…kalau kita nak
tambah, tambah satu kat sini…jangan tambah extension…pemanas air tak
boleh buat..yang kering tiba-tiba tu…kami jahil…kes yang terbaru dekat
Seksyen 27 tu, sebab bukan pasal Madrasah, pasal budak-budak dalam tu
dia…main ubat nyamuk..ada yang budak super aktif, dia suka main ubat
nyamuk…mula-mula dah terbakar, lepas tu dah padam..rupanya dalam tilam
ni, ubat nyamuk tu life lagi…dia punya marak dia tu…ada kat
dalam…dorang dah cuci semua…dalam dia-dam terbakar..terus terbakar
Pengkaji Terbakar besar ke?
Responden Ubat nyamuk…dia main-main dekat dalam bilik, lepastu…dia..benda ni dia
terbakar..pihak sekolah dah cuci dah semua..tapi tak perasan ada bantal yang
ada saki baik…dia kecil je…masa azan asar tu la dia marak…itu
je…kesalahan individu…madrasah dah betul dah…ada tangga…semua
cukup…
Pengkaji Pemantauan macam mana ya?
Responden Pemantauan bomba lah..
Pengkaji Maksud saya, pemantauan kanak-kanak tadi…
Responden Tenaga pengajar…guru katakan dapatan 10 paling kurang…1 guru dalam 11
atau 12 pelajar yang handle…jadi guru pun tak boleh pantau semua..katakan
budak tu lari kat atas ke..kita tak perasan..setakat kita pantau yang depan
mata kita….kawan-kawanlah kena ada rakan sebimbing…
Pengkaji Kalau macam Pusat Tahfiz di sini semua berdaftar kan…untuk renew..ada
masalah?
Reponden Alhamdulillah berdaftar…renew…takde…cuma kita…nampak…
Pengkaji Setakat ni ada sangkut dengan apa-apa pendaftaran ke…
Responden Setakat ni tiada… Semua lulus….injection berkala untuk pelajar…kita
buat..untuk tingkatan 1..tingkatan 3…tingkatan 5…
Pengkaji Selain daripada tu, dari sudut kewangan di sini pula macam mana? Sebab
ada juga Pusat Tahfiz yang tidak mampu nak sediakan prasarana..dan di sini
pun bomba dah komen banyak..
Responden Tu la…macam madrasah ni, madrasah perempuan…saya pengetua
perempuan…saya tak keluar bagi tazkirah..saya takde ceramah…masa saya
di sini lah..sepenuhnya….kalau lelaki mungkin…dia boleh keluar..bagi
ceramah…minta tabung…saya takde..saya hanya berserah pada Allah
Taala…permudahkan rezeki…itu je..
Pengkaji Jadi sumber kewangan daripada mana? Yuran lah?
Responden Yuran pelajar….yuran pelajar dan juga individu..alhamdulillah bantuan
kerajan baru nak datang..hujung tahun haritu..nak kata operasi bulanan
memang sakit..bayangkan pusat tahifz ni…operasi sahaja 22 ribu
sebulan..sedangkan dana yang kita dapat, daripada yuran baru 20..yang lebih
tu, kita usaha…kena ada satu backup yang strong la…memang nak cakap,
selalu rasa macam cukup…selalu akan timbul benda tu kecukupan..kita ada
allocation untukanak yatim, fakir miskin…kita memang raikan dia…
Pengkaji Apa lagi kekangan lain yang mungkin orang taktahu sepanjang Pusat Tahfiz
ini beroperasi? Daripada kepakaran sudut pengurusan kelamatan kebakaran
macam mana?
Reponden Sebenarnya daripada awal la…memang ada niat nak buka madrasah, niat
kerana Allah Taala dan kebanyakannya Madrasah, dia buka kerana niat
136

hanya kerana Allah kan…jadi kita…macam saya sendiri memang segan nak
minta sumbangan…saya memang tak pernah buat..tapi Alhamdulillah…saya
yakin..bila kita bantu Agama Allah, Allah bantu kita daripada apa…rezeki
yang kita sendiri tidak jangka…sepanjang 7 tahun beroperasi..jadi
bila…saya fikir-fikir dari sudut keselamatan, itu sebenarnya bergantung
pada management masing-masing..memang sangat susah pada awalnya B1
kerana saya memerlukan modal untuk membayar tenaga pekerja di bahagian
pengurusan…pengalaman saya, saya memang bekerja dengan satu syarikat C4.2
yang agak besar iaitu engineer. So saya pula bahagian management memang
tahu macam mana nak handle satu office. Apa-apa dulu memang saya yang
urus. Memang jenuh…banyak juga benda yang tak cukup..jadi kita cuba je
cukupkan daripada segi keselamatan dulu..iaitu kumpul wang..itu yang
paling utama…macam dapur ni…cik tengok ..saya tak bagi budak masak kat
dapur. Dapur kalau nak masak, kat luar. Lepastu saya ada satu lagi saya
tengah siapkan..pun saya nak buat macam mana saya buat kat sini…biar dia
elakkan benda berlaku sesuatu yang tak elok kan…sebab C4.2
bila…alhamdulillah la pengalaman saya bahagian management, saya tengok
benda ni jadi kita cukupkan dulu keperluan pelajar….jadi saya
cukupkan..bukan ala-ala kadar….saya nak budak mujahadah…tapi dalam
masa yang sama kita nak dia selesa di sini…keselamatan…benda tu sangat-
sangat jaga…kita dah buat dua escape door kat sini…sebagai pengurusan
kena up to date lah…
Pengkaji Ada apa-apa lagi masalah tak Puan dalam mematuhi piawaian?
Responden Sebenarnya….bila kita dah ada niat nak buka madrasah semasa ada B1
kesukaran, dari segi kewangan lah contoh….tangga tu mahal…dalam 5000.
Lama juga nak ada tu…sebab kami di kawasan perumahan… macam mana
pun kita kena usahakan. Kalau tak boleh nak follow pun dari segi bangunan.
Macam awal dulu, kita taktahu tak boleh beroperasi di tengah..di situ rasa
macam tak selamat…so pindah rumah tepi..tanah kecil…bukan corner C1.3
lot…end lot…jadi tanah dah besar. Kita usaha walaupun modal
kecil….mudah-mudahan Allah bagi…
Pengkaji Selain daripada tu, apa langkah-langkah Puan yang mungkin dah buat atau
belum dalam mengatasi untuk megurangkan masalah yang dihadapi oleh
Pusat Tahfiz ini tadi?
Reponden Sebenarnya…itu lah macam kitat takde tadi…bila dah buka Tahfiz, kita
kena patuh piawaian keselamatan….kalau kita takde duit, bajet
terhad…tangga di caj 7000, 5000…saya buat…tukar lagi tangga takut budak C1.3
jatuh kan..cara saya buat, kadang-kadang terpaksa juga tanya kawan…ada
bajet tak…boleh tak infak sikit…kita kena rajin juga tanya benda tu..kawan-
kawan rapat..melalui whatsapp sahaja..kita tak perlu mengharap 100%..kita
kena ada usaha untuk cari dana….macam saya, masa saya nak lengkapkan
prasarana keselamatan tangga tu…saya meniaga..jual karpet pada parents,
sahabat-sahabat…dan duit tersebut disumbangkan pada Madrasah..saya buat
jualan langsung..
Pengkaji Okay..lagi dari sudut keselamatan kebakaran, Pusat Tahfiz atauan atau ada
menghadiri latihan atau ceramah?
Responden Oh alhamduillah…disebabkan pengetahuan kami pun terbatas mengenai
kebakaran ni kan…semua tahu tu tak lah..bomba memang rajin datang
sini…saya ingat 3 ke 4 kali bomba datang..lepastu buat lagi latihan C2.1
kebakaran..latihan macam mana nak guna fire extinguisher..lepastu malam
mereka datang dalam 11 ke..12..mereka nak buat demonstrasi
kebakaran..kami kena sediakanlah…minyak petrol, minyak diesel..apa
lagi..err kayu…nak tengok macam mana cara kepakaran tu guna fire
extinguisher..semua diterangkan dan ajar..bagi kesempatan pada pelajar
untuk cuba…tapi kami renew
Pengkaji Dari sudut keprihatinan orang besar ada tak? Seperti menjenguk dan
sebagainya…
137

Reponden Takde…YB takde menjenguk..cuma saya ingat YB SUK ada sorang..YB C9


Zaidi…dia prihatin..dia datang alhamdulillah. Yang lain tahu, tahu macam
tu jelah..bukan kita nak banggakan tidak..tapi sebagai orang
awam..sebenarnya sangat bersyukur kalau ada YB datang..sebab dia dilantik
oleh rakyat..dia sepatutnya tahu…sorang lagi..YB Dr Darulyah…dia bagi
makan..program-program dia dia minta anak-anak ni hadir seperti program
kesihatan di Hotel…lagi siapa ya…macam Nik Nazmi bahagian Pengajian
Tinggi, dia pun bagi motivasi…dia sediakan pengangkutan..JAIS pun bagi
program di Klang…
Pengkaji Banyak juga bantuan dapat lah?
Responden Bantuan daripada duit, JAIS tak bagi…baru ni je lah yang JAKIM C1
bagi..aaa…yang lain SUK bagi..tapi tak banyak. Saya dapat 5000 sahaja
dalam setahun.
Pengkaji Okay…apa lagi langkah-langkah lain yang diambil untuk menaiktaraf
bahagian keselamatan Pusat Tahfiz ni?
Responden Bila kita bina di Shah Alam ni, kita bina di kawasan
perumahan…sebenarnya bagus..penurun keberkatan…alhamdulillah di sini
mereka raikan lah..mereka acknowledge our present lah kat sini…dari segi
apa-apa program keselamatan kita maklumkan kepada
penduduk…pengerusi penduduk…dia sangat menghargai kita di sini…tapi
ada juga yang sebaliknya..dihalau…
Pengkaji Rumah ini sendiri atau owner?
Responden Di sini sewa…tapi owner sangat bagus…katalah sewa 3500, dia bagi 2500
sahaja…Alhamdulillah…
Pengkaji Biasanya bahagian keselamatan di sini, siapa yang in charge? Puan sorang
sahaja ke?
Responden Saya dan kerani…pegawai admin saya ada lah..lepastu ustazah..dia akan
bagitahu..
Pengkaji Kira mereka semua berkelayakan lah ya? Kerana ketinggian kelulusan juga
mempengaruhi pengetahuan keselamatan…
Responden Okay…rata-rata, guru-guru yang mengajar al-quran ni adalah guru-guru
yang layak untuk hafal alquran lah…dan diberi tauliah…diberi oleh JAIS
sampai 2019 termasuk saya..daripada semasa ke semasa, memang akan
diberi motivasi…dan saya juga ada kaunselor di sini…saya ambil dia untuk
5 hari sahaja…setiap minggu dua hari…satu sesi kaunseling, 200 kena
bayar…
Pengkaji Dia kaunsel dari sudut apa ya?
Responden Mengawal emosi, menangani stress…apa itu keselamatan di Pusat C2.3
Tahfiz…cara-cara untuk keselamatan diri dari sudut pencerobohan,
penjagaan wanita…di sini banyak program dibuat untuk pelajar…
Pengkaji Puan ada mengaplikasikan apa-apa sistem sendiri keselamatan kebakaran di
sini? Praktis ke…
Responden Oh dah ada dah…kita buat haritu…last bulan 12….banyaklah yang kita dah C2.1
buat..kita ajar pelajar, kita bagi satu team…kita submit team bomba pada
balai bomba terdekat..
Pengkaji Team bomba yang macam mana ye tu?
Responden Tiap-tiap bulan, team ni akan ke bomba untuk latihan dan belajar…so bila C2.2
ada kebakaran, budak-budak ni yang akan menggerakkan…suruh budak
lain turun..
Pengkaji Yang ini bomba yang syorkan atau Puan sendiri buat ye?
Yes…bomba syorkan…kita hantar…kita tinggal tulis surat je…dan bawa
team ni pergi buat latihan bomba..masa kejadian, mereka akan pastikan tiada
budak tertinggal dan dalam 2 minit sahaja boleh keluar…jangan bawa satu
barang pun…alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya..kalau cik
Syahira tengok kita ada buat kunci lock….yang emergency lock tu…supaya
kunci budak tak letak merata-rata…so kunci tu letak situ sahaja..if anything
138

happen ambil di situ je..


Pengkaji Kalau grill pula macam mana? Mengalami konflik tak?
Responden Grill boleh buka…kita buat escape window semua di atas…setiap pintu ni C7.2
semua boleh buka. Semua pintu ni boleh dibuka tak dikunci….kita akan
pastikan ada satu pintu yang boleh dibuka…at least kita dah buat apa bomba
punya requirement…macam bomba datang haritu, dia cek dia tengok tangga
sebelah sana. Escape window tu you have to go through pelajar punya
bilik…dia kata tak sesuai…dia suruh ubah tangga…tapi kami punya bajet B1
sekerat. Saya taknak esok bila bomba cek lagi, tapi tak ubah…saya terpaksa C1.3
jana pendapatan la…yang lakunya sebab kami main whatsapp kan….tapi
kami tak minta..buat something yang we get the profit…macam tabung kat
kedai tu saya tak buat….bagi saya tak perlulah…bagi saya, saya taknak
berlebihan..memang kos operasi tinggi…bila JAKIM datang bagi dana,
Alhamdulillah..
Pengkaji Sebab ni persendirian kan?
Responden Tapi kita masih under JAIS lah even swasta…apa-apa kita kena dengan
JAIS…setiap bulan kena update JAIS berapa pelajar, kehadiran guru,
pelajar…kita juga dipantau oleh Jabatan Agama Islam…
Pengkaji Masa pendaftaran Pusat Tahfiz, ada masalah tak?
Responden Kita tak cukup syarat…daftar dapat full kelulusan tahun 2014..nak bagi
lulus tu dalam setahun..masa mula beroperasi tu tak cukup syarat..nak cukup
syarat tu slow-slow la…tak semua tempat juga dibenarkan untuk buka
Tahfiz..masalah lokasi sehingga sekarang sebab status masih tak
sahih..cuma dibuka di corner lot.
Pengkaji Rumah ni ada di renovate ke? Maksudnya, setelah diduduki kemudia
renovate?
Responden Saya tak renovate pun..rumah ni memng dah macam ni…cuma saya tambah
awning untuk pelajar selesa…tu pun banyak..15 thousand…SUK bagi masa
tu 5 thousand…
Pengkaji Ada apa-apa masalah lain tak sepanjang Pusat Tahfiz ini beroperasi untuk
patuhi piawaian? And ada langkah-langkah lain lagi?
Responden Itulah…itu saje yang boleh saya katakana…apa-apa terjadi pun berbalik
pada niat kita untuk buka pusat tahfiz ini..in shaa allah semunya
dipermudahkan…
Pengkaji Yelah…terima kasih Puan luangkan masa…
139

Kod/
Malumat/Data (Pusat Tahfiz F)
Tema
Pengkaji Boleh ustaz perkenalkan diri dan tahfiz ni?
Responden Latar belakang lah kan..ok in shaallah. Pertama sekali..nama saya
Adni..selaku mudir Maahad Tahfiz Al Aqsa. Maahad ini mula beroperasi
2008 secara tidak rasmi. Dan 2012 secara rasmi iaitu berdaftar dengan JAIS.
2012-2017 dan 2017 kiranya maahad dah dikira yang berdaftar dengan JAIS
dan MAIS. Maahad ini boleh dikategorikan sebagai Maahad Tahfiz Al Aqsa
Rendah. Dan maahad Tahfiz ni asalnya bangunan inilah….semua lelaki dan
perempuan. Bila membesar, kita menyewa Taman Alam Permai di sini
jugak….depan ni je untuk maahad lelaki. Dan tahun ini dengan izin Allah
kita dapat sumbangan daripada masyarakat lah di Bukit Naga. Ni namanya
Jalan Kebun. Sebelah Kesas sana Bukit Naga. Yang kite sewa di sini
berpindah ke Bukit Naga…di sini tu hanya sementara jelah….sebelum ni tak
pindah lagi….nak cari tempat lebih sesuai…jadi tahun lepas ada orang
sumbang rumah dia. Macam ni juga…tapi bangle la..dia sebiji rumah..untuk
ditempatkan pelajar lelaki..Jadi untuk 2018 ni, dia ada lelaki dan
perempuan…Dan kalau di google, sini la dia tunjuk. Dan office semua di
Taman Malindo iaitu di sini…Jadi office kita tu belum seperate lg. Jadi saya
lebih berada di sanalah..sebab Januari lagi..banyak nak kena setup dan
sebagainya..Walaubagaimanapun alamat surat menyurat di sini. Dan kami di
sini ada pengelola la… yang memantau. Saya di peringkat mudir, operasi
sekolah. Dan di atas ataupun yang memiliki Mahad ini ialah Pertubuhan
Wakaf Al Aqsa..dia ada lembaga amanah dia..mana-mana maahad tahfiz
yang berdaftar dengan JAIS haruslah dimiliki dengan mana-mana. Yang ini
juga swasta, tapi syarat kena ada NGO ka..pertubuhan ka..ataupun persatuan
penduduk ka..itu dikatakan syarat pendaftaran…maksudnya maahad tak
boleh running atau berdaftar melainkan dia bagitahu siapa yang memiliki
Maahad ni..dia ada dia punya Board…jadi mudir yang melaporkan pada
PWAA.

Pengkaji Jadi, tesis saya mengenai keselamatan kebakaran, objektif saya adalah
masalah dan langkah. Cuma nak tahu apa masalah-masalah atau kekangan
Pusat Tahfiz ni dalam mematuhi piawaian? Maksudnya dari segi
menyediakan peralatan dan sistem kebakaran…apa yang susah untuk patuhi
piawaian ni sebenarnya?
Responden Pertama sekali, Maahad Tahfiz ini, kita menubuhkan maahad ini bermula
dengan individu-individu…yang mana ada anak-anak, yang mana mereka
tidak yakin dengan sistem pendidikan yang ada pada harini… yang boleh
memberikan pendidikan agama dan islam dan alquran kpd anak mereka.
Ditubuhkan maahad tahfiz ini berdasarkan inisiatif beberapa orang
individu…dia bukan ditubuhkan daripada kerajaan, tapi daripada indvidu-
individu yang ada kesedaran…untuk nak…contoh istilah home schooling
kan…nak didik anak-anak..nak jaga anak-anak…dengan sistem sendiri..jadi
individu dengan kemampuan yanga ada kan…dua tiga orang mak
bapak..jadi pakat2, jadikanlah rumah saya sebagai kelas tahfiz…rumah,
bukan sekolah….di rumah memang bentuk rumah lah..memang tak ikutlah
piawaian kementerian..sekolah kementerian..rumah tentu berbeza
dengan..penubuhan yang tak official..mana maahad dan kebanyakan..untuk
pengetahuan cik, di Selangor ada 400 maahad tahfiz..Selangor sahaja..yang
berdaftar hanya 200..ni sumber daripada sumber PU Hafiz…pengerusi
PITAS..yang membantu JAIS dalam memantapkan tahfiz di Selangor..jadi, C1
mula dengan individu-individu..individu ni mana ada bajet…bermula
dengan ada yang seadanya…kemudian, masyarakat nampak kita buka
maahad, dan mula menghantar anak-anak mereka..orang yang nak belajar
alquran, kita kena tolak ke? orang nak kenal allah, kita nak kata tak boleh
ke? Kemudian kita…pakatlah…pakat2 dan daftar dengan JAIS…buat secara
140

rasmi..
Pengkaji Bagi yang tidak berdaftar tu pula, apa punca mereka demikian ya?
Responden Ni saya punya pengalaman la…contoh la kan…pendaftran pun ada B6
pelbagai..pendaftaran sementara…pendaftran tetap…ada dua
pendaftaran..dengan JAIS…jadi maknanya, untuk mendapat pendaftran
tetap, mereka punya syarat kena dapat kelulusan daripada bomba, persatuan
penduduk dan kesihatan..jadi kena dapat ketiga tiga persetujuan daripada
pihak berkuasa nin baru JAIS bagi kelulusan pendaftaran
sementara…sementara baru…jadi, ini mungkin msalah juga..msalah
apa…tak dapat bomba punya kelulusan…ha…mungkin tak dapat kita kata
penduduk tak support..contoh kita buat kat sini, kalau penduduk kata kata
tak aman, terganggu lalu lintas atau sebagainya…ini tak dapat lah
recommendation..surat tu…
Pengkaji Jadi bagaimana cara untuk dapatkan support tu?
Responden Jadi kita Al Aqsa, nak masuk rumah orang bagi salam dulu pada ketua
kampong ke..kepada pengerusi taman ke…kita kena jadi orang masyarakat
la…takkan lah kita duduk sini kita tak bergaul dengan orang sekeliling
kan…kita pun di sini, kat sini masyarakat welcome..contoh maahad kami
kalau ramdhan kita offer solat kat sini….solat terawih..nak buat mesyuarat,
bagi dewan..nak kenduri, kita bagi…maknanya hubugan baik sgt
penting..sebab nak menyokong maahad adalah masyarakat…masyarakat ini
power…mereka yang akan bantu…JAIS pun akan refer pada mereka..tp
saya tak nampak pun mereka kritikal pada persatuan penduduk ni…dan B6
sebab apa setengah tu tak daftar? sebab masyarakat pun dah terima
mereka..jadi buat apa mereka nak daftar lagi…mungkin juga attach dengan
masjid dan surau..jadi tak perlu pada pendaftaran..maksudnya, kan 200 tak
berdaftar…bahkan dia boleh running pun…bahkan ber batch-batch yang
keluar daripada Maahad dah…dan yang ketiga daripada kesihatan..macam
disini, daftar dengan JAIS, bomba datang…first dia datang, dia suruh kita
buat tangga kedua…tangga keselamatan kat belakang..sebelum ni
takde…tapi di sini, kita jadikan ianya utama..bahkan minima syarat yang
ditentukan JAIS kita buat…sebab kita buat institute agama, agama kan..kita
taknak jadi fitnah…jadi perkara-perkara ini, kami ikut apa yang JAIS
nak..bomba, kesihatan kemudian PBT…tiga benda ni mesti kena
dapat..mungkin ketiga ini menjadi susah bagi Maahad lain…dan satu lagi,
kebanyakan maahad tahfiz ni…dia dibuka…mudir kan..semua benda dia
fikir…macam kita ada pemegang amanah..yang akan buat kerja semua
tu…saya hanya pendidikan sahaja…pembahagian tugasan tu penting untuk
melancarkan…bagi saya tak nampak lah susah…saya nampak ini antara
faktornya…yang kedua, memang cabaran juga la…cabaran
contoh…pendafataran sementara ke tetap…syarat memang semakin
tinggi…contoh sekolah kena ada kantin..sekolah kena ada kita kata
perpustakaan..biar la kecil pun takpe, tapi cuba fikirkan…tapi kalau rumah
macam ni macam nak buat…itu juga menjadikan orang kadang-kadang..
malaslah nak daftar ni..syaratnya panjang sangat..kemudian guru-guru pun
kena ada tauliah…dia kena pergi kursus untuk lesen..itu pun mungkin
dianggap rasa renyah atau leceh lah…tapi kami sedang ke arah memberikan
pendidikan yang kondusif…
Pengkaji Tadi ustaz kata dari 2008-2011 baru rasmi? Jadi dalam tempoh tersebut, apa
masalah sebenarnya?
Responden Tiada apa masalah….mula dengan 11 orang…2009 tampah 5 orang..bila B6
semakin banyak..ibu bapa pun semakin byk idea utk membantu..jadi utk
marketing maahad kita..keperluan2 tu perlu..daftar…sekarang google dah
ada…sekarang kami mencari ekar untuk buat kompleks…sebab syarat utk
buat sekolah sekurang-kurangnya ada 6 ekar…dengan TNB, loji dan
sebagainya…mcm ni baru 3 ekar…tapi mungkin lah…cik datang ni kami
ada team yang menguruskan bahagian dana..mudir tak perlu fikir…sebab
141

kita ada lembaga yang menguruskan…maahad lain tiada satu team dana
yang mantap…dan PIBG ynag menyokong..seorang ustaz nak fikir dana
lagi…
Pengkaji Dan kebanyakan mereka, mereka tidak minta bantuan pun…mereka hanya
terima siapa yang nak bagi..
Responden Kemudian, gini juga…yang seterusnya, ialah…bermula daripada kecil- B6
kecilan…sbb yg mula buat mungkin bukan daripada kerajaan. Bila nak masuk
pendaftran, bila nak masuk pendaftaran, syarat-syarat banyak dan ketat dari
tahun ke tahun…macam..kteorang maahad ni, lepas 5 tahun sudahpun boleh
dapat yang tetap…tapi smapai skg tak dpt lagi tetap..tapi basicnya macam
bomba, PBT, kesihatan yangtu dapat dah…tp bila berlaku kebakaran baru ni,
bomba datang lagi sekali…bomba, JAIS, giat mara…kerajaan salurkan bantuan
pada giat mara pada maahad. termasuk tangga kedua….wiring tak kena apa
semua…bagi Pihak Aqsa, kita sudah cuba lengkapkan minima yang
diminta…dan baru-baru ni pun PITAS iaitu PU Hafiz mereka buat meeting
untuk meletakkan piaiwan minima keselamatan kebakaran utk maahad tahfiz.
Kalau ikut kerajaan tu memang sampai bila maahad takkan buat…macam
Selangor ni agak…semangat sikit dan paling kita kata…ustaz2 prihatin…tapi
yang minima tak keluar lg. contoh, bomba datang…dia cakap tangga tu buat
bagi ada je…kalau kami bgtahu spec sebenar dia memang kamu tak boleh
buat…kemudian, yg grill pun dia btahu buat bagi ada yang boleh access dari
dalam…tp dia juga memahami akan kemampuan pusat tahfiz…lampu di tangga
malap, smoke detector takde…
Pengkaji Dari sudut kakitangan di sini, mempengaruhi tak sistem keselamatan?
Maksudnya
Responden Majoriti…kira pengalaman staff ni macam pengelola pun dari kakitangan guru-
guru…maksudnya guru yang berpengalaman lah dengan sekolah2…kemudian
peringkat operasi..jadi dari segi keilmuan dari sudut kesealamtan tu ada B2
lah…guru yang dari Mesir tu, kami offer, dia dtg…mungkin ilmu keselamatan
orang luar kurang…dari segi sekolah, dia ada akta..jaga dan
menjaga..keselamatan murid, keselamatan guru…kawasan persekitaran…tp
bagi saya dari segi ilmu tu memang kurang lah..contoh, kalau berlaku
kebakaran taktahu nak buat apa..
Pengkaji Langkah pusat tahfiz ini sendiri?
Responden Sebagai langkahnya, kita pun bukan tak seberapa berat. Tp bila berlaku kita
lebih alert lah. Dan kita pun diziarahi JKR. Memaklumkan pihak bomba untuk C2.1
mengadakan demonstrasi latihan kebakaran. Free sahaja. Kita tulis surat saje.
Tapi belum buat lah. Dalam planning peringkat pengurusan memang nak
panggil pihak bomba. Dan ada masa yang sama, ada juga yang pihak swasta
pihak NIOSH offer, beberapa kali dah…jika maahad ada ruangm, dia akan
datang..dan mereka juga offer..dan kita juga mencari kesesuaian lah..untuk
memanggil lah..call saje..tapi yang terbaik bomba lah….sebab alamat sini ada
pada bomba Shah Alam.. Sebab yang satu lagi tiada…dia dtg, dia marah lah
sebab tak malum alamat..jadi tu langkah yang cuba kita ambil lah. Dari segi C2.3
kedua, kita kata taklimat kepada anak2 murid tentang topic keselematan.
Bukan dari kebakaran sahaja tapi diri juga. Tu memang HEM…setiap kali C7.2
assembly sahaja, kita akan ingatkan..Kemudian dari sudut update dengan gril2
tadi kan. Bila dah pindah sana. Memang kita dah buat dah yang boleh buka.
Macam kita ada asrama. Majority ulang alik, 85 orang pelajar..tp buat juga
asrama dalam 20,30 orang. 10 pmpn, 20 lelaki. Bila asrama ni, kita buat grill
yang boleh buka dari dalam…maksud dia berbeza dari security dan safety…tu
yang maahad ni konfius…jsebab bomba dah tegur haritu..mcm ni security
sahaja…tak safety…jadi kita update dari situ la..cuma takk seaggressive..dan
yang baru ni, tangga takde lagi….yang sini minima dah okay…kat sini grill
kena tukar…dan kita kena bagitahu pelajar…bomba suruh letak mcm box kat
sini yang dorang boleh ambil kunci kat sini…ataupun kunci guna masterkey
ka…
142

Pengkaji Dari sudut peruntukan semua ni mcm mana utk sediakan semua tu?
Responden Kalau dana ni, maahad secara umumnya semua daripada C1.3
masyarakat..Masyarakat yang meyakini. Kita kata…operasi maahad ni…Jika
kita dapat berikan keyakinan dalam mendidik, tarbiyah anak2 mereka jadi
orang yg baik…dari segi rekod pun elok… dan masyarakat sgt mudah untuk
sumbang…
Pengkaji Tapi tiada minta derma?
Responden Dari segi minta derma, Selangor ada polisi. Kena mohon dari pejabat agama C1.1
islam daerah untuk kutipan khairat. Boleh buat…kita buat…tapi kita buat 2
kali je..dan lepastu kita buat tu kita kena bgtahu..contoh unutk
renovasi..berapa bajet..kita kumpul semua cukup dah..kemudian buat
laporan…cara kutip tu kita buka kaunter sebab kita surat kuasa…buka kaunter
di masjid ketika solat jumaat. Tp kena jumpa pengerusi masjid
dahulu…maksudnya kalau orang buat apa-apa event ke, kita bole…tapi kita
tak buat macam tu la..yang kita buat di masjid..kalau ada apa-apa program,
kita minta la…tapi kena buat tazkirah ka apa ka…tapi kutipan khairat tu
memang boleh buat di mana-mana saja…kemudia juga..tapi kami ni takde lah
banyk sangat kutip sebab dah lebih 10 tahun dan rekod pun baik..jadi memang
dapat dari masyarakat…
Pengkaji Keprihatanan daripada orang bernama?
Responden Mahaad tahfiz ni pernah mendapat perhatian daripada bekas menteri Selangor,
Mohd Taib..bahkan guru kami pun bekas pengajar Mohd Taib…yang
mengajar tiap-tiap minggu. Tapi masa tu dia bukan menteri besar la…mereka
datang apa yang maahad perlu..ontoh kita perlu laptop guru…then dorang
bagi..kemudian sumbangan daripada pihak korporat…masyarakat di Selangor
memang prihatin..kalau lah berdasarkan yuran pelajar memang tak cukup
la…seorang dalam 310 sebulan. Tetapi seorang pelajar peruntukkan 800
ringgit. Kira kalau nak belajar kena bayar 800 ringgit. Lagi 500 ni adalah
sumbangan orang ramai. Kami di maahad sentiasa nak mengurangkan
yuran…bukan menambhakan…sehinggakan kami mahu memberi tanpa
bayaran..jadi dari segi dana ni maknanya usaha yang maahda buat
perkemaskan sistem. Sehingga dapar kepercayaan dr msayrakt. Dan usaha
yang kedua maahad ada bisnes. Kita terlibat dengan pelaburan…sebab kalau
ikut yuran pelajar, tiap bulan kita disisik 15-20k…tpi kita dapat bisnes ni
untuk dapat jumlah ini…sebab kita tidak berfikir ke arah nak meminta…kita
kalau nak minta, maruah nak letak mana..kita kena berfikir untuk
bisnes…maknanya, faktor utama utk keberlangsungan adalah dengan buat
bisnes. Klau kita buat, maruah tinggi sikit kan…contoh kita buat jualan
produk2 makanan, kemudia barang-barang hygiene…jadi itu antara benda
yang kita cuba buat la…tp kita jug mencari binnes yang low risk untuk buat
pelaburan..conto kita ada emas,…emas ni orang bagi..kalau harga emas naik,
kita jual emas itu..ini baru kecil sahaja.

Pengkaji Semasa renovation ikut plan atau tidak?


Responden Kalau kita tengok susun atur maahad ni, memang tak ikut plan B6
MBSA..maksud, kita tak boleh bina bangunan lebih daripada 5 kaki. Tp kita
buat habis all put tanah kita…tp dari segi aspek kejuruteraan memang ikut…
Pengkaji Siapa yang design?
Responden Pengelola. Maksunya pertubuhan maahd tahfiz al aqsa. Sebab kita habis bina B6
tanah sebab ianya keperluan... Nak bagi suasana yang selesa untuk pelajar
belajar. Tp mmg maahad yang buat kat rumah memang tak sesuai dari sudut
keselamat. Tp ni semua untuk keperluan anak-anak, hajat ibu bapa…dari
undang2 dunia memang salah lah…tp dari segi undang akhirat tu serah dekat
Allah nilai mcm mana kan…untuk mendapatkan syarat tetap JAIS ada effect
la. Tp ini yang setakat kita mampu buat…tp tulah nak buat maahad betul2
kena ada 6 ekar…
Pengkaji Macam mana dari sudut langkah penambahan kepakaran keselamatan..
143

Responden Tulaa sama ada kami panggil NIOSH ataupun…sebab mereka antara NGO
yang pakar kan dalam bidang ni..…daripada sudut pengelola sendiri di
peringkat kita ni memnag takde lagi la orang yng pakar..tp knowledge tu ada
cuma saya bgtahu la..tak menyeluruh…nak tawakal pun tak boleh kena usaha
sebanyak mungkin dulu…
Pengkaji Advantage bila daftar dengan JAIS
Responden Bila kita berdaftar, memang kita disalurkan degan bantuan. Tetapi kita punya
pendaftaran ni, dari sudut kemaslahatan…maknanya gini..kita madrasah,
mesti ada kemeterian, ataupun pihak yang memantau..berjalannya syllabus di
sini…jadi MAIS dand JAIS pantau..sebab guru-guru international kita,
mereka di scan, ada iv, di hantar ke bukit aman…sebelum kita dapa imegresen
punya cop visa…ada iv di MAIS dan JAIS…lepastu hantar nama ke JAKIM
dan JAKIM sebelum hantar nama ke imegresen, kena ke bukit aman..untuk
tengok tenaga pengajar ini ada masalah di negara dia…tu lah advantage dari
JAIS…advantage bukan sahaja sumbangan..bahkan JAIS bukan bagi pun
sangat…dafar ini untuk sah kita operasi…setiap bulan memang kita kena
submit endorsement..walaupun fail kita banyak kali mereka buat
hilang…suruh buat baru lagi…ini lah kejenuhan-kejenuhan yang kami
hadapi..macam nil ah reality maahad. Macam pondok Pak Ya tu kan…Bahkan
ramai graduan Pak Ya yang kerja di JAKIM…bahkan mereka tak disemak
bomba pon…
144

Lampiran C: Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat


145

Lampiran D: Pengesahan Pengumpulan Data Temu Bual Semi-struktur

You might also like