You are on page 1of 72

BAHAN PEMBELAJARAN BERTULIS

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KERTAS PENERANGAN

PENDIDIKAN MORAL 3
(Moral Studies 3)
Semester 3
Edisi Pertama Mac 2011

Edisi Kedua November 2016

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia

http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan
mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM)
dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER TIGA ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa
Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu
Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM : WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016)

Kod Pengesahan Silibus : SFB/PMX041/12005/P2(12016)


Tarikh Pengesahan WIM : 01 November 2016
PENGESAHAN JAWATANKUASA PEMANDU KURIKULUM

KLUSTER SUBJEK UMUM - PENDIDIKAN MORAL 3

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Kluster
Subjek Umum bagi subjek PENDIDIKAN MORAL 3 telah disemak dan DISAHKAN
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kurikulum bil. 2/2016 yang diadakan pada 01
November 2016. Sehubungan itu, WIM ini hendaklah digunapakai bermula Januari 2017
di seluruh Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

.................................................. ................................................................
(SHAHRULNIZAM BIN SHARIP) (SYED MOHAMAD NOOR BIN SYED MAT ALI)
Pengerusi Kluster Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa

Pemandu Kurikulum
KANDUNGAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM Error! Bookmark not defined.


SENARAI SINGKATAN ...................................................................................................... i
KERTAS PENERANGAN MODUL ....................................................................................1
PM 3041 PENDIDIKAN MORAL ....................................................................................1
GROUP CLUSTERING MODULE 1 ..............................................................................2
LA 1 MASYARAKAT MALAYSIA 4
LA 2 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA 38
LA 3 1MALAYSIA 55
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM

KLUSTER SUBJEK UMUM - PENDIDIKAN MORAL 3

Ahli Jawatankuasa :

1. En.Shahrulnizam Bin Sharif ADTEC Shah Alam


(Pengerusi Kluster Subjek Umum)
2. Pn Waheeda Binti Rahmat ILP Ledang
(Penolong Pengerusi Kluster)
3. En. Sanjay Vengatravana ILP Selandar
(Ketua Penyelaras)
4. Pn. Lim Pek Su ILP Pasir Gudang
5. Pn. Anjitha a/p Kalimuthu ILP Pasir Gudang
6. Pn. Kavitha Palaniappan ILP Pasir Gudang

7. En. Mohammad Hakimi Bin Jasmi ILP Bukit Katil

Urusetia :

1. Pn. Norpisah Binti Jumin BKT, Ibu Pejabat


2. En. Ismail Bin Mohd Taha BKT, Ibu Pejabat

Sesi 1 :

Tarikh dibangunkan : 22 - 25 Ogos 2016


Tempat : Hotel Soleil, Kuala Lumpur

i
SENARAI SINGKATAN

IS INFORMATION SHEET

WS WORK SHEET
AS ASSIGNMENT SHEET

KOD KURSUS

SEMESTER

NO. MODUL

KREDIT

NO. LE

JENIS WIM

PM - 3 04 -1 LA1-IS

ii
KERTAS
PENERANGAN
MODUL 1
PM 3041 PENDIDIKAN MORAL 3

1
GROUP CLUSTERING MODULE 1

LA1 MASYARAKAT MALAYSIA

1.1 Masyarakat Majmuk


1.1.1 Asal usul masyarakat malaysia
1.1.2 Asas - asas kebudayaan masyarakat di malaysia
1.1.3 Perayaan utama kaum di malaysia
1.2 Kesan Masyarakat Majmuk
1.3 Pendekatan Menangani Cabaran Pembinaan Negara
1.3.1 Usaha –usaha kearah masyarakat majmuk
1.3.2 Strategi pemantapan perpaduan

LA2 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

2.1 Sistem Demokrasi Di Malaysia


2.1.1 Pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri
2.2 Pilihan Raya
2.2.1 Definisi pilihan raya
2.2.2 Fungsi pilihan raya
2.2.3 Suruhanjaya pilihan raya dan perjalanan pilihan raya di malaysia
2.2.4 Sistem pilihan raya
2.2.5 Undang- undang dan peraturan pilihan raya
2.2.6 Elemen – elemen penting pilihan raya
2.2.7 Bilangan bahagian pilihan raya
2.2.8 Pengundi
2.2.9 Calon wakil rakyat
2.2.10 Proses Pilihan Raya
2.3 Peranan Dan Tanggungjawab Warganegara Dalam Kerajaan Demokrasi
2.3.1 Mengundi
2.3.2 Melibatkan diri dalam rancangan Kerajaan
2.3.3 Memberikan pendapat melalui saluran yang betul
2.3.4 Menjaga nama baik negara
2.3.5 Amalan berterima kasih

2
LA3 1 MALAYSIA

3.1 Pengertian 1 Malaysia


3.2 Asas 1 Malaysia
3.3 Aspek-Aspek Utama 1 Malaysia
3.3.1 Penerapan teras-teras perpaduan
3.3.2 Penerapan nilai-nilai aspirasi

3
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
NAMA KLUSTER SUBJEK UMUM

KOD DAN NAMA


PM 3041 PENDIDIKAN MORAL 3
MODUL

PENGALAMAN
LA1 MASYARAKAT MALAYSIA
PEMBELAJARAN

NO. TUGASAN 1.1 Masyarakat Majmuk


BERKAITAN
1.1.1 Asal usul masyarakat Malaysia
1.1.2 Asas - asas kebudayaan masyarakat di Malaysia
1.1.3 Perayaan utama kaum di Malaysia
1.2 Kesan Masyarakat Majmuk
1.3 Pendekatan Menangani Cabaran Pembinaan Negara
1.3.1 Usaha –usaha kearah Masyarakat Majmuk
1.3.2 Strategi Pemantapan Perpaduan

AMAL PENDIDIKAN MORAL DENGAN MEMAHAMI MASYARAKAT


MAJMUK DI MALAYSIA SERTA MEMAHAMI SISTEM DEMOKRASI
OBJEKTIF
PRESTASI DI MALAYSIA SUPAYA MELAHIRKAN MASYARAKAT MALAYSIA
AKHIRAN (TPO) YANG HARMONI , BERSATU PADU DAN MENCINTAKAN
NEGARA.

OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH:-


MEMBOLEH (EO)
1. MENERIMA KEPELBAGAIAN AGAMA, BUDAYA DAN ADAT
RESAM MASYARAKAT MALAYSIA.
2. MENGHORMATI DAN PRIHATIN TERHADAP KEPELBAGAIAN
AGAMA, BUDAYA DAN ADAT RESAM MASYARAKAT MALAYSIA.
3. MENUNJUKKAN RASA BANGGA AKAN KEPELBAGAIAN AGAMA,
BUDAYA DAN ADAT RESAM MASYARAKAT MALAYSIA.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 4
LA1 MASYARAKAT MALAYSIA

1.1 MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat Majmuk

1.1.1 Asal - Usul masyarakat Malaysia 1.1.2 Asas – Asas Kebudayaan


Masyarakat di Malaysia
- Melayu , Cina dan India
- Melayu, Cina , India ,Masyarakat
Sabah dan Masyarakat Sarawak

Rajah 1.1 Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa.


Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap
kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang
tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit
politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri
daripada berbilang kaum. Tiga kaum utama di Malaysia, Cina, Melayu dan India telah pun
menetap di tanah ini selama 6 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada
hampir 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan
Nyonya, Kadazan, Dusun dan Iban.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 5
1.1.1 Asal – Usul Masyarakat Malaysia

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat
beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para
sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
 Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
 Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal
daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan
Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat
bukti yang kukuh.

i) Kedudukan geografi Tanah Melayu


Tanah Melayu terletak di antara China dan India menjadi laluan perdagangan yang strategik. Ia
terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua negara. Tanah Melayu
merupakan tempat pertembungan dua musim angin yang bertiup pada setiap tahun.

 Mei - Ogos : Musim tiupan angin barat daya.


 November - April : Musim tiupan angin timur laut.

Selat Melaka memisahkan di antara Tanah Melayu dengan Sumatera. Ia juga menjadi 'rumah
separuh jalan' kepada kegiatan perdagangan.

ii) Zaman Baru di Tanah Melayu


Semasa penduduk di Lembah Nil sudah membentuk peradaban tamadun, Tanah Melayu dalam
zaman batunya.Puak-puak : Orang Negrito dan Semang bergerak turun dari Utara ke Selatan
dan disusuli oleh orang Melayu Asli dari daerah Yunan pada 300S.M

iii) Kerajaan Melayu Sebelum Pembukaan Melaka

a) Kerajaan Kedah Tua


Tumpuan pedagang India dari Teluk Benggala. Di puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai
tanda arah bagi kapal yang berlabuh. Pelabuhan Sungai Merbuk menjadi pusat penumpuan
dan pengagihan barang. Pada abad ke-9, Kedah diserang oleh Kerajaan Chola dari India
Selatan.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 6
b) Kerajaan Langkasuka
Kerajaan ini terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu daerah Patani. Terdapat banyak bekalan
bahan makanan dan air di kawasan tersebut. Kerajaan ini juga menghasilkan kayu wangi,
gading gajah dan sumbu badak yang ditukar dengan saudagar China untuk kain sutera,kapas
dan tembikar.

c) Kerajaan Funan
Kerajaan ini terletak di Sungai Mekong dan kerajaan Hindu pertama di Asia Tenggara. Pada
abad ke-3, kerajaan Funan (Fang-Shih-Man) menakluki Utara Tanah Melayu dan menguasai
pelabuhan. Abad ke-6 pula, kerajaan Chen Ha menewaskan Kerajaan Funan dan mendirikan
kerajaan Khmer.

d) Kerajaan Srivijaya
Pada abad ke-7, muncul kerajaan Srivijaya yang menguasai Tanah Melayu, Selat Sunda dan
Selat Melaka. Pada abad ke-11, mereka telah menguasai Sumatera, Pulau Jawa, Tanah
Melayu dan Pulau Kalimantan. Pada abad ke-13, pemberontakan yang berlaku telah
melemahkan kuasa kerajaan Srivijaya dan membuka ruang untuk kemunculan kerajaan
Majapahit dan Empayar Siam.

e) Kerajaan Majapahit
Kerajaan ini telah berpusat di Jawa Timur di bawah pimpinan Gajah Mada. Kerajaan ini juga
telah menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan Jawa Barat. Setelah kematian Gajah
Mada, keagungan kerajaan telah merosot.

f) Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Kerajaan ini berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1395.
Parameswara terlibat dalam pemberontakan menetang pemerintahan Majapahit dan melarikan
diri dari Temasik serta membunuh pemerintah Temasik. Malah pemerintahan Siam marah dan
menghantar tentera menangkap Parmeswara. Parameswara dan pengikut melarikan diri ke
Muar dan ke Melaka. Kemudian beliau telah mengistiharkan diri sebagai Raja Melaka. Bagi
menghadapi ancaman Siam, mewujudkan hubungan diplomatik dengan China. Kerajaan
tersebut telah berkembang pesat sehingga jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 7
iv) Kedatangan Orang Cina
Orang-orang Cina telah mula datang berniaga semenjak wujudnya Kerajaan Kedah Tua dan
Melaka. Penghijrahan beramai-ramai pada abad ke-19 adalah untuk bekerja di lombong bijih
timah di Lukut dan Sungai Ujong. Disamping itu, negara China menghadapi kadar pertumbuhan
penduduk yang pesat, masalah peperangan, perolakkan dalam negeri, masalah
pengangguran,dan kebuluran.

v) Kedatangan Orang India


Pada abad ke-19, pihak British telah membawa masuk buruh dari India dan Sri Lanka.
Kebanyakkan mereka bekerja di ladang kopi, teh dan perusahan getah. Ada juga yang
berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital dan kakitangan keretapi Tanah Melayu.
Penghijrahan buruh dari India dan Sri Lanka ke Tanah Melayu adalah kerana keadaan ekonomi
dan sosial yang buruk di India, kemajuan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu dan yang
akhirnya ialah galakkan daripada kerajaan Inggeris.

1.1.2 Asas - Asas Kebudayaan Masyarakat di Malaysia

Kepentingan adat resam di dalam kehidupan masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak
dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan
sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam
merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat
menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Malaysia didiami oleh pelbagai kaum
dengan pelbagai agama, kebudayaan dan Bahasa pertuturan.

Jadual 1.1.2 Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia

Bumiputera Bukan Bumiputera

Melayu Cina
Kadazan (Dusun) India
Murut Sikh
Bajau Siam
Iban (Dayak Laut) Baba & Nyonya
Dayak Darat Portugis
Melanau
Bidayuh

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 8
Setiap kaum mengamalkan agama, bahasa, adat resam dan kebudayaan masing-masing.
Jadual Berikut menerangkan agama dan bahasa kaum majaroti di Malaysia.

Jadual 1.1.2 Masyarakat Pelbagai Kaum Dan Pelbagai Bahasa Di Malaysia

Kaum Melayu Cina India


Agama Islam Buddhism Hindu
Confucianisme
Taoisme
Bertutur Bahasa Melayu Hokkien Tamil
Hakka Telegu
Kantonis Malayalam
Hainan

a) Adat Resam Masyarakat Melayu

Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih
dan Adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.
Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam
adat ini juga, pewarisan harta pusaka di utamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung
pula menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat
ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan diberikan kaum lelaki. Selain itu, adat
ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam.
Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi biar mati
anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak
dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur
Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu :-

i) Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai
setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 9
itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-
adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu
mengandung, bersalin dan selepas lahir.

ii) Sewaktu Mengandung - Melenggang perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini
dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh
atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Peralatan untuk upacara ini termasuk:-

i. Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan


ii. Segantang beras
iii. Sebiji kelapa
iv. Beberapa urat benang mentah
v. Damar
vi. Minyak kelapa atau minyak urut
vii. Lilin
viii. Tepak sirih yang lengkap isinya

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang
bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.
Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang
yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah
kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan diatas perut terus ke
hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek
dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika
sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita
hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan
peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan
ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 10
iii) Perkahwinan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan
meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat
beberapa peringkat penting.

iv) Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini
penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu,
adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya
adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai
latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik,
wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanda berupa cincin belah rotan dan jika
pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau
bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan
terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan
kos dan masa.

v) Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan
dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan
mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding
untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu,
perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang
akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan
persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 11
vi) Akad Nikah

Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat
Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran
agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan
selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang
belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan
dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin
perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga
boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Kebiasaannya majlis akad nikah akan
dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada
hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis
diadakan menyerupai majlis pertunangan.
Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji
atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan
lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok
imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan
samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan
khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain
hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan
membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki
dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah
berbunyi "Aku nikahkan dikau(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak
..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima
nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz
tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas
itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya
yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan
sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat
berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 12
untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa
tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan
menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke
tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan
juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar.
Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

vi) Kematian

Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara
sesama Islam adalah fardu kifayah. Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu
dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat
dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-
kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Mayat tersebut akan
diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki
dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.
Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan
dibakar. Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan.
Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat
dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan
dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu
mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih.
Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula
sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur
barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.
Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid. Sebelum jenazah
dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas
dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat
dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si
mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 13
sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada
si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh
masyarakat Melayu pada hari ini.

a) Adat Resam Masyarakat Orang Cina

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan
yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat
resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya.

i) Kelahiran

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek
ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

ii) Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu
tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita
masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-
tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan
anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama
nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja
dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

 Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya
ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir
akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 14
dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik
atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.
Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan
tidak tercapai.
Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka
kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan,
wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga
serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila
kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

iii) Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan
adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu
eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan
implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk
memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina
merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

 Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina
terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang
kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan
rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 15
perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutamanya tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

 Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-
warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka
akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan
di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan
memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya
di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-
masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga
si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.
Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan
oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada
sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau
sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan
cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.
Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Pada hari

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 16
ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya
menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja,
terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

iv) Kematian

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan
soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut
adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. Apabila berlaku
kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir
kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya
mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah
pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat
Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut
dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita.
Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu
yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah
untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Apabila berlaku kematian, ahli
keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si
mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu
sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan
si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika
ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa. Ada juga segelintir
masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk
mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama
ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina.
Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.
Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat
digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai
terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya
mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu
masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada
kayu yang

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 17
diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada
golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada
zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori
kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah.
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan
mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat
Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu
kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi
jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya
iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di
alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam.
Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si
mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.
Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian
mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di
bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa
kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke
rumah berpandukan kertas tersebut.

c) Adat Resam Masyarakat Orang India

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang
telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti
masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat
India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat
resam masyarakat India secara umum.

i) Sewaktu Mengandung
Adat ‘Valaikaappu’ adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk
gelang tangan baru yang dikenali sebagai ‘Suulkaappu’. Suul bermaksud `kandungan ibu dan
Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 18
dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Adat Valaikaappu diadakan pada hari
dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau
ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang
dipanggil cumanggali. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada
beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan
bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali
sebagai ‘ciir’ diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk
barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat
dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan
seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali
sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan
dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah
mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantinc dan seterusnya akan dikalungkan
dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari
perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu.
Seterusnya lampu minyak ’kuttu vilakku’ dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan
sebagai memulakan upacara.
Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai
jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. Adat ini dimulakan dengan upacara
sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada
kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan
dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. Sebagai
tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa
gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.
Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang
dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-
tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang
cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita
hamil tersebut. Salah seorang cumanggaliakan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan
menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu
rumah. Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan.
Nasinasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan
kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini.
Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 19
perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki. Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil
tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara
valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut
faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.

ii) Perkahwinan

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan


antarapasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya
Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah
seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam
jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam
sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum
hari perkahwinan.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup
bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara
menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang
yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin
perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua
dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah
sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya,
memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti
(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali
dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa faktor penting
yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan
hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali,
valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok
pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 20
iii) Kematian

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah
ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian
adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh .
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara
ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia,
mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah
lampu minyak ataukaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa
terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus
diasap sebagai symbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si
mati sebelum disembahyang.
Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki
dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan
diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati
dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan
seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam
mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut
diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan
kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa
keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya
dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa
tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja
boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau
sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan
menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula
akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan,
minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan
minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak
tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan
sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas
dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan
dhoti bagi mayat lelaki.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 21
Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah
menghormati tetamu. Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke
dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir
dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat
berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala
mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit
syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh
kaum perempuan sahaja.
Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru
itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati
mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud
minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian
hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau
cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada
masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari
atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk
dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri
disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli
keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda
penghormatan. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut
diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat
pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak
sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.
Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti
dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia
seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai
menggantikan rambut.
Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng,
biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-
bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri. Mayat orang India akan diusung ke tanah
perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung
perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan
digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan
dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti
pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 22
perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang
dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api untuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam
dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda
keizinan mayat dikebumikan.
Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa
Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam.
Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut'
sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada
di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang
kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk
mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia
akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan
dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut.
Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara
penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.

d) Adat Resam Masyarakat Sarawak

i) Bagi Masyarakat Iban, sejenis budaya lama yang popular dipanggil pemburuan kepala
(head hunting). Seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada keluarga
bakal mertuanya ataupun sebagai lambang kepahlawanan mereka. Kini, amalan ini
sudah tidak diamalkan. Masyarakat Iban mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil
‘ utai basai gagamit’ (tidak ada masalah besar yang tidak boleh diatasi).
ii) Masyarakat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah
keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni
oleh sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas. Rumah panjang suku Kelabit pula
tidak ada bilik untuk keluarga, Cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar
dengan ruang sebelah dalam.
iii) Bagi rumah orang iban, di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur. Jika
ada keramaian, makanan dihidang di beranda (ruai). Sebelah luar bilik juga terdapat
ruang yang dipanggil ‘panggan’, iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki. Di
bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi dan ayam.
iv) Masyarakat Iban mempunyai upacara-upacara khas dalam adat kematian. Upacara
tersebut melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan dengan ‘tuai rumah’
(ketua rumah). Dalam kelahiran pula, bayi yang baru dilahirkan dimasukkan garam ke
mulutnya.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 23
v) Proses ini dipanggil ‘ngetup garam’. Sementara ibunya akan melalui proses ‘bekindu’
ataupun berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam.

e) Adat Resam Masyarakat Sabah

i) Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah juga mempunyai berbagai-bagai kebudayaan dan


adat resam. Misalnya apabila berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan
seluruh masyarakat. Unggun Api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.
ii) Beberapa konsep seperti ‘mihad’, iaitu menangisi mayat, ‘memojuk’ iaitu memandikan
mayat, ‘menguman’, iaitu menghias dan mendandan mayat, ‘lobong’, iaitu kubur serta
‘panukup’, iaitu kenduri.
iii) Bagi Kelahiran, proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli
keluarga dan jiran. Adat ‘mintuhun’ pula ialah adat menjejakkan kaki bayi ke tanah.
iv) Dalam kehidupan masyarakat Bajau, terhadap empat kategori norma atau nilai, iaitu
hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.

Setiap kaum utama sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai
identity dan pengelompokan masing-masing. Pada peringkat awal, percampuran antara kaum
ini amat sukar untuk berlaku lantaran taburan petempatan mereka yang terasing. Amalan
budaya dan agama mereka juga berbeza-beza. Kepelbagaian ini menyebabkan hampir tiada
perpaduan yang dapat dikecapi dalam Negara dalam tempoh pendudukan kuasa asing
tersebut. Selepas kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai dasar dan
program bagi memastikan wujud perpaduan antara kaum.

1.1.3 PERAYAAN UTAMA KAUM DI MALAYSIA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.
Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut bertujuan untuk memperingati peristiwa penting
yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis
perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang
terdapat di negara ini. Antara perayaan utama yang diraikan dapat difahami melalui Jadual
berikut.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 24
Jadual 1.1.3 Perayaan Utama Kaum Di Malaysia
Jenis Perayaan Huraian
 Diraikan setahun sekali dalam bulan syawal mengikut kalendar Islam
Aidilfitri sebagai hari kegembiraan setelah umat Islam berpuasa selama
sebulan pada bulan Ramadhan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan
sebelum bulan Syawal.

 Perayaan ini diraikan oleh Masyarakat Melayu dan kaum lain yang
beragama Islam.
 Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Masyarakat Melayu akan
Aidiladha mengorbankan haiwan ternakan mereka sebagai mengenang
keyakinan Nabi Ibrahim yang teguh kepada tuhan.

 Perayaan ini diraikan oleh orang Melayu dan kaum lain yang
beragama Islam.

 Perayaan ini menandakan kedatangan tahun baru menurut calendar


Tahun Baru Cina Cina. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar
mereka (tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing,
monyet, ayam jantan, anjing dan babi). Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri

 Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-


ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan
jalinan hubungan sesama keluarga

 Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Cina walaupun berlainan


agama.

 Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas Tahun Baru yang juga
Chap Goh Mei merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina.

 Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Cina.

 Perayaan Kuih Bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelapan.
Perayaan Kuih Perayaan ini diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan
Bulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada
abad ke-14 di Negara China. Kuih Bulan dijadikan alat untuk
menyampaikan mesej dalam intinya. Tanglung turut menjadi

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 25
sebahagian daripada perayaan (kegunaannya pada waktu itu ialah
sebagai medium isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain).

 Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Cina.

 Perayaan ini juga dipanggil perayaan pelita. Diraikan dalam bulan


Deepavali ‘Kartikai’ dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada Oktober atau
November. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol
keterangan yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan).

 Perayaan ini diraikan oleh masyarakat India yang beragama Hindu.

 Perayaan ini diraikan sempena memperingati kemenangan tuhan


Thaipusam ‘Lord Muruga’ mengalahkan kejahatan. Namanya diambil daripada
Bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai mengikut kalendar hindu (merujuk
pada bulan Januari atau Februari) dan Pusam bermaksud perayaan.

 Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini.

 Perayaan ini diraikan oleh masyarakat India yang beragama Hindu.

 Perayaan Thai Ponggal merupakan perayaan menuai atau petani.


Thai Ponggal Perayaan ini dirayakan pada awal bulan ‘Thai’. Perayaan ini kurang
disambut di bandar, tetapi masih diraikan oleh masyarakat India yang
tinggal di ladang-ladang atau estet-estet

 Perayaaan ini disambut untuk meraikan tamatnya musim menuai padi


Gawai
 Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada
kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun
setiap tahun.

 Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di


Sarawak
 Perayaan ini disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu setelah
Perayaan Tadau selesai menuai padi. Untuk menyambut perayaan Tadau Kaamatan
Keamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini
kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut.
Kebiasaannya malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau
pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 26
beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’
iaitu beras yang diperam diberikan kepada 'bobohigan' sebagai tanda
kegembiraan dan kesyukuran.

 Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.


Krismas  Hari Krismas disambut pada 25 hb Disember setiap tahun sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan
dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu
berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan diletakkan di
bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut. Christmas Carol
dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir
yang diundang.

 Perayaan ini diraikan oleh Masyarakat pelbagai kaum yang beragama


Kristian.

1.2 KESAN MASYARAKAT MAJMUK

Kepelbagaian kaum ini telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian budaya, bahasa, agama
dan adat resam di Malaysia yang merupakan satu keunikan dalam masyarakat Malaysia pada
hari ini. Kewujudan masyrakat majmuk ini dapat dilihat dengan jelas pada hari ini walaupun
telah berlaku proses asimilasi, percampuran dan perkongsian budaya. Keadaan ini berlaku
kesan daripada berlakunya persefahaman, sikap toleransi dan sikap tolak ansur yang
diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan
pembentukan Malaysia.

Pada masa kini, terdapat berbagai-bagai perubahan positif dari pelbagai aspek seperti
penempatan, pekerjaan, pendidikan, dan budaya yang memperlihatkan jurang perbezaan kaum
dan memelihara keamanan masyarakat. Sebenarnya perbezaan yang terdapat di kalangan
masyarakat berbilang bangsa ini tidak menjadi masalah perkauman kepada masyarakat
sekiranya setiap kaum saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Malah kita mampu
hidup di bawah satu bumbung dengan aman dan damai sekiranya sikap toleransi terus
diamalkan.

a) Kepelbagaian Budaya

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 27
Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia telah melahirkan pelbagai budaya dan perayaan
di Malaysia dan setiap perayaan ini disambut dengan penuh meriah dalam keadaaan aman dan
harmoni. Semua ini lahir hasil daripada kemajmukan penduduknya yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina, India dan minoriti lain. Pada hari ini, semua kaum bersama-sama memeriahkan
pertunjukkan budaya masing-masing agar ia terus kekal dan tidak pupus ditelan zaman. Begitu
juga dengan sambutan perayaan dan majlis keraian pada setiap tahun.

Rumah terbuka yang diadakan ketika menyambut hari perayaan seperti Hari Raya, Hari
Deepavali, dan Tahun Baru Cina sering diadakan oleh para pemimpin dan orang perseorangan
bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum di bawah satu bumbung. Amalan kunjung-
mengunjungi antara satu sama lain ketika musim perayaan bukan sahaja memeriahkan
keadaan malah turut memupuk hubungan persahabatan dan persefahaman antara penduduk
yang berbilang kaum. Bahkan, majlis perkahwinan juga turut mengundang jemputan daripada
kaum yang berlainan keturunan bagi meraikan kemeriahan tersebut.

b) Pendidikan

Dasar Pendidikan Negara di Malaysia juga turut mengalami perubahan positif dan
membanggakan seluruh warganya yang berbilang kaum. Di bawah Dasar Pendidikan
Kebangsaan, setiap kaum diberikan peluang untuk mendapatkan peluang pendidikan yang
bergantung kepada potensi akademik. Kerajaan dan pihak-pihak tertentu telah menyediakan
bantuan kewangan kepada anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi dalam negara atau luar negara. Peluang dan kemudahan pendidikan yang terbuka
luas kepada semua anggota masyarakat yang berbilang kaum ini telah memperluaskan
penyertaan kanak-kanak setiap kaum dalam pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Keadaan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang
berpendidikan dan mahir dalam membantu pembangunan negara demi kepentingan bersama.

c) Pekerjaan

Terdapat pelbagai jenis peluang pekerjaan telah diceburi oleh masyarakat berbilang kaum telah
berubah dan berkembang dengan baik. Di Malaysia, orang Melayu pada hari ini tidak lagi hanya
terlibat dalam pertanian dan perikanan, sebaliknya mereka juga mengambil bahagian dalam
sektor perniagaan, perusahan, harta tanah, perbankan, malahan turut menjadi ahli professional
dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan juga pihak swasta. Selain itu masyarakat india juga
tidak terkongkong dalam bidang perdagangan dan pengangkutan seperti zaman pemerintahan
PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 28
British yang membawa mereka masuk ke Tanah Melayu. Kini Kaum India turut mewarnai dunia
pekerjaan sektor swasta dan kerajaan. Perubahan yang sedemikian dapat mewujudkan
peluang pekerjaan yang sama rata antara semua kaum dan ini merapatkan jurang perbezaan
pekerjaan yang berlaku sebelum ini pada zaman pemerintahan pihak British

d) Bahasa

Kepelbagaian etnik menyebabkan wujudnya pelbagai bahasa yang turut memperlihatkan sikap
keterbukaan antara kaum dimana semua kaum bersedia untuk menerima dan belajar bahasa
kaum lain. Namun Bahasa Malaysia adalah Bahasa Rasmi Negara seperti mana yang diperakui
dalam perlembagaan Negara. Namun demikian, rakyat bebas mempelajari Bahasa ibunda
masing-masing. Namun bahasa yang menyatupadukan semua kaum di Malaysia adalah
Bahasa Malaysia. Lantaran itu, bahasa sebenarnya tidak menjadi penghalang dalam mencapai
kesefahaman dan penyatuan penduduk di Malaysia.

e) Politik

Malaysia mempunyai kuasa politik yang adil dan saksama terhadap semua kaum tanpa
mengira fahaman mereka. Pencapaian kerjasama dalam bidang politik antara ketiga-tiga kaum
iaitu antara Melayu, Cina dan India telah lahir sejak terbentuknya Parti Perikatan UMNO-MCA-
MIC (United Malays National Organisation-Malayan Chinese Association-Malayan Indian
Congress) iaitu pada tahun 1954.

Semenjak ketiga-tiga kaum ini bergabung dan berganding bahu menjalankan tugas dan
tanggungjawab bersama dalam memastikan jentera pentadbiran berada dalam keadaan baik
dan aman damai. Sehingga ke hari ini, kerjasama politik antara ketiga-tiga kaum ini berlanjutan
dan amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat berbilang kaum terus terpelihara.

f) Penempatan

Penempatan juga turut mempengaruhi masyarakat majmuk Malaysia. Pada zaman


pemerintahan British dahulu semua kaum diasingkan penempatannya mengikut kaum masing-
masing, di mana kaum Melayu di luar bandar, kaum Cina di bandar dan kaum India di kawasan
perladangan. Namun kini, semua kaum bebas berada di mana-mana sahaja dan memilih
penempatan sendiri mengikut kesesuaian pekerjaan dan kemampuan mereka.

Masyarakat Malaysia pada hari ini berpindah dan menetap di kawasan yang dikehendaki
masing-masing dan tinggal di kawasan perumahan yang berhampiran atau bersebelahan

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 29
dengan kaum Cina atau India. Keadaan ini menjadikan masyarakat lebih bersikap terbuka dan
merapatkan lagi jurang perbezaan yang pernah dilakukan oleh penjajah British dahulu.

1.3 PENDEKATAN MENANGANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA

1.3.1 Usaha- usaha ke arah Masyarakat Majmuk

Terdapat beberapa usaha ke arah masyarakat majmuk yang telah dilaksanakan.


Antaranya ialah :-

a. Menggalakkan Penduduk Berhijrah dari Satu Kawasan ke Kawasan lain.

Menempatkan penduduk yang berbilang kaum disuatu kawasan yang sama boleh
menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap. Beberapa kaedah telah
dikenal pasti sebagai langkah untuk membolehkan rakyat Negara ini supaya berpindah
dari penempatan masing - masing seperti :

1. Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Pegawai kerajaan


dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat di wilayah – wilayah
yang memerlukan khidmat mereka. Selain itu, pegawai-pegawai ini juga boleh
digalakkan untuk menyertai seminar, persidangan dan program latihan di seluruh
negara.

2. Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.


Dalam rancangan ini, peniaga-peniaga dikawasan mundur diberi keutamaan untuk
berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan aktiviti ekonomi
mereka.

3. Dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan


tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan-
pasukan keselamatan dari wilayah-wilayah lain.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 30
b. Penyeragaman Sistem Pendidikan (Melalui Dasar- Dasar Pelajaran)

1. Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes 1951 , Penyata Fenn-wu 1952,
Undang- undang pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung dengan isu pendidikan
berperanan memupuk perpaduan.

2. Dasar- dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam
sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuhkan dan digantikan dengan sistem
pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh.

3. Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat. Peruntukan yang besar juga


disediakan untuk perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.

c. Peranan Media Massa

1. Alat- alat mediamassa pada waktu itu seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)
dan akhbar digunakan untuk pembinan bangsa. Pendedahan kepada pelbagai
berita, laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang
wujud.

2. Media masa juga dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang
memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Hal ini sekali gus mengurangkan
masalah prasangka akibat berbagai-bagai maklumat yang tidak tepat.

d. Integrasi ekonomi

1. Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan


Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional
dan lain-lain.

2. Dasar- dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak
zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman kemerdekaan dapat
dimansuhkan.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 31
e. Penyatuan Fahaman Politik

1. Sistem kerajaan campuran (campuran dari segi pelbagai kaum) merupakan salah
satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum. Sistem ini
dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel.

2. Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan
Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala
Lumpur. Justeru, muncul parti perikatan, iaitu hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC.

3. Setelah Barisan National muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.


Parti- parti komponen dalam Barisan Nasional ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Jadual 1.3.1 Parti – parti Komponen Barisan Nasional


Kawasan Singkatan Parti-parti Komponen

UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

MCA Persatuan Cina Malaysia


Semenanjung
MIC Persatuan India Malaysia

PPP Parti Kemajuan Rakyat

GERAKAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia

AKAR Angkatan Keadilan Rakyat

PBDS Parti Bangsa Dayak Sarawak

Sarawak SNAP Parti Kebangsaan Malaysia

PBB Parti Pusaka Bumiputera Bersatu

SUPP Parti Bersatu Rakyat Sarawak

PBRS Parti Bersatu Rakyat Sabah

Sabah PDS Parti Demokratik Sabah

SAPP Parti Kemajuan Sabah

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 32
4. Pindaan Akta Hasutan juga dikeluarkan bagi membolehkan dua perkara sensitif
berikut yang tidak dibincangkan secara umum, iaitu kedudukan istimewa orang
Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu.

f. Aspek- aspek Sosial Lain.

1. Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan


dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan lain-lain.

2. Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi


nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.

1.3.2 Strategi Pemantapan Perpaduan

Kerajaan berpendapat negara memerlukan peranannya untuk memastikan nilai yang ingin
diterapkan dalam memupuk perpaduan dapat dilaksanakan. Justeru, beberapa dasar telah
diperkenalkan oleh kerajaan bagi tujuan membentuk dan memantapkan perpaduan.

Dasar-dasar ini meliputi semua aspek sama ada sosial,ekonomi dan politik. Di bawah ini,
disenaraikan beberapa dasar yang berperanan penting dalam memasti dan memupuk
semangat perpaduan tersebut.

a. Rukun Negara

1. Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada
berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

2. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan


MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalan ialah Majlis
Perundingan Negara (MPN).

3. Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa
mesyuarat pertama MPN, iaitu pada 27 Januari 1970.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 33
b. Objektif Rukun Negara

1. Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif iaitu:

1. Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.

2. Memelihara cara hidup demokratik.

3. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama


secara adil dan saksama.

4. Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutamanya terhadap kebudayaan


masing-masing

5. Membina masyarakat progresif dengan teknologi.

2. Semua rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip- prinsip Rukun Negara.


Penghayatan yang baik akan membantu kepada pencapaian masyarakat
Malaysia yang bersatu padu.

Rajah 1.3.2 5 Prinsip Rukun Negara

5 Prinsip Rukun Negara

 Kepercayaan Kepada Tuhan

 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

 Kesopanan dan Kesusilaan

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 34
Maksud 5 Prinsip Rukun Negara

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan agama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi


Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan


kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan
taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 35
3. Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan


keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak
boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga
sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama


tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan hak asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
kehidupan masyarakat dan negara tidak akan aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di
mana semua anggota masyarakat akan berasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 36
e. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang
individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk
tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau
sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan dalam masyarakat
majmuk yang harmoni. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai
murni.

SOALAN LATIHAN

1. Nyatakan sektor pekerjaan masyarakat cina dan india semasa penjajahan British.

2. Senaraikan 3 agama utama yang diamalkan oleh masyarakat di semenanjung


Malaysia?

3. Jelaskan adat perkahwinan masyarakat Melayu.

4. Terdapat beberapa usaha-usaha ke arah masyarakat majmuk yang telah dilaksanakan


oleh kerajaan. Beriklan 3 contoh usaha- usaha tersebut?

5. Senaraikan 5 prinsip Rukun Negara.

PM3041-LA1 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 37
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
NAMA KLUSTER SUBJEK UMUM

KOD DAN NAMA


PM 3041 PENDIDIKAN MORAL 3
MODUL

PENGALAMAN
LA 2 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
PEMBELAJARAN

NO. TUGASAN 2.1 Sistem Demokrasi Di Malaysia


BERKAITAN
2.2 Pilihan Raya

2.2.1 Definisi Pilihan Raya


2.2.2 Fungsi Pilihan Raya
2.2.3 Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Perjalanan
Pilihan Raya Di Malaysia
2.2.4 Sistem Pilihan Raya
2.2.5 Undang-Undang Dan Peraturan Pilihan Raya
2.2.6 Elemen-Elemen Penting Pilihan Raya
2.2.7 Bilangan Bahagian Pilihan Raya
2.2.8 Pengundi
2.2.9 Calon Wakil Rakyat
2.2.10 Proses Pilihan Raya

2.3 Peranan Dan Tanggungjawab


Warganegara Dalam Kerajaan
Demokrasi

2.3.1 Mengundi
2.3.2 Melibatkan Diri Dalam Rancangan Kerajaan
2.3.3 Memberikan Pendapar Melalui Saluran Yang
Betul
2.3.4 Menjaga Nama Baik Negara
2.3.5 Amalan Berterima Kasih

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 38
AMAL PENDIDIKAN MORAL DENGAN MEMAHAMI MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA SERTA MEMAHAMI SISTEM DEMOKRASI
OBJEKTIF
PRESTASI DI MALAYSIA SUPAYA MELAHIRKAN MASYARAKAT MALAYSIA
AKHIRAN (TPO) YANG HARMONI , BERSATU PADU DAN MENCINTAKAN
NEGARA.

OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH:-


MEMBOLEH (EO)
1. MEMAHAMI KONSEP DEMOKRASI DAN PERJALANAN PILIHAN
RAYA DI MALAYSIA.
2. MENGETAHUI KONSEP PILIHAN RAYA YANG MENJADI TERAS
KEPADA KONSEP DEMOKRASI YANG DIAMALKAN DI
MALAYSIA
3. MENGENAL PASTI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI.
4. MENGHARGAI DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
DALAM KERAJAAN DEMOKRASI.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 39
LA2 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih


mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi,
kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu
langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan
adil untuk semua pihak.

2.0 Sistem Demokrasi di Malaysia

Demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara


perwakilan. Demokrasi berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihanraya. Dalam
proses pilihanraya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili
mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen.

Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak Tanah Melayu


mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun, rakyat di negara ini, telah diberi
pengalaman mengenai pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.Sistem ini telah dipupuk
perkembangannya dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan
ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang
ekonomi, politik, sosial dan sebagainya hingga ke hari ini. Walau demikian, kebebasan
yang kita nikmati tidak bersifat mutlak tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu
yang perlu kita adakan, terutamanya dalam masyarakat majmuk. Sekatan-sekatan itu
pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya, tetapi dibuat berdasarkan
kehendak rakyat melalui Parlimen.

2.1 Pilihan Raya

2.2.1 Definisi Pilihan Raya


1. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau
syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dasar atau badan atau institusi kerajaan.

2. Pilihan raya disifatkan sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian.
Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan satu isu. Melalui

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 40
pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan kepada mereka untuk
menyelesaikan isu-isu masyarakat.

2.2.2 Fungsi pilihan raya


1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
2. Mengekalakan pucuk pimpinan.
3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
4. Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti
politik.

2.2.3 Suruhanjaya Pilihan Raya dan Perjalanan Pilihan Raya di Malaysia

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957


mengikut perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
2. Urusan dan perjalanan pilihan raya di Malaysia dipertanggungjawabkan sepenuhnya
kepada SPR. Pada masa kini, kedudukan SPR termaktub dalam perkara 113-120
Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan peranan SPR senagai sebuah
badan yang berperanan menyelia dan menjalankan proses demokrasi negara
melalui pilihan raya yang adil dan saksama. Oleh itu SPR merupakan sebuah badan
yang bebas daripada pengaruh politik. Antara fungsi SPR adalah :
a) Mengkaji dan membuat persempadan bahagian-bahagian pilihanraya.
b) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
c) Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
d) Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon
memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.

3. Ahli- ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan majlis Raja-raja. Ahli-
ahlinya terdiri daripada seorang pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga
orang ahli lain yang akan membantu SPR. Syarat kelayakan ahli SPR ialah:
a) Berumur tidak lebih daripada 65 tahun
b) Seorang yang tidak muflis
c) Tidak memegang jawatan bergaji yang lain
d) Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.

4. Bagi menjalankan dan menyeleraskan urusan pilihan raya, SPR juga telah
menubuhkan sebuah urus setia yang diketua oleh seorang Setiausaha yang juga

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 41
bertindak sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir Urus Setia dengan dibantu
oleh sekumpulan kakitangan awam.
5. Bagi memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif, adil dan saksama, urus setia
SPR diwajibkan mengikut garis panduan dan dasar- dasar SPR dari semasa ke
semasa. Untuk memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya, urus setia SPR juga
menubuhkan cawangannya yang dikenali sebagai Pejabat Pilihan Raya Negeri di
setiap negeri, kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

2.2.4 Sistem Pilihan Raya

1. Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana
parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan
Undangan Negeri, boleh menubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri. Sistem
yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan ‘First- Past-The –Post- System’.
2. Calon-calon yang memperoleh majoriti akan diistiharkan pemenang di bahagian
pilihan raya yang berkenaan.

2.2.5 Undang- Undang dan Peraturan Pilihan Raya

1. Bagi memudahkan perlaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan


peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi
sepenuhnya. Undang- undang dan peraturan-peraturan yang digubal ditunjukkan
dalam jadual (2.2.5)

Jadual 2.2.5 Undang-undang dan Peraturan Pilihan Raya

1 Perlembagaan Persekutuan
2 Perlembagaan Negeri
3 Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
4 Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
5 Peraturan-Peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
6 Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
7 Peraturan-Peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 42
2. Semua undang- undang dan peraturan berkait secara langsung dengan proses
pilihan raya. Walau bagaimana pun, terdapat juga beberapa undang-undang yang
walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya,
tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya.

3. Antara Akta tersebut adalah Akta Polis 1962, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

2.2.6 Elemen- Elemen Penting Pilihan Raya

1. Bahagian pilihan raya


2. Pemilih
3. Calon
4. Proses pilihan raya

2.2.7 Bilangan Bahagian Pilihan Raya

1. Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk
mewakili penduduk- penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di parlimen (pilihan
raya umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).

2. Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan
Undangan Negeri.

2.2.8 Pengundi

1. Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pengundi itu
mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya
bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

2. Di Malaysia, seseoran itu layak untuk mendaftar jika dia:


a) Seorang warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan.
c) Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
d) Tidak hilang kelayakan.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 43
3. Seseorang pengundi akan hilang kelayakan sekiranya dia:
a) Pada tarikh kelayakan, dia ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara.
b) Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau
penjara untuk tempoh 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh
kelayakan.
c) Telah didapati bersalah dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
d) Telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan Daftar Pemilih

1. Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan


dalam undang-undang.

2. Daftar-daftar pemilih baharu disediakan setiap tiga bulan sekali dan pendaftaran
tersebut dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.

3. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam,daftar


pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalam tempoh
sebulan.

4. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia
dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan
daripada daftar berkenaan.

2.2.9 Calon Wakil Rakyat

1. Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili
sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.

2. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi
syarat-syarat berikut:
a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon.
c) Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 44
3. Seseorang calon akan kehilangan kelayakan sekiranya dia:
a) Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman.
b) Bankrap.
c) Memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’.
d) Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.
e) Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman
penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari
RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.
f) Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

4. Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negerin seperti yang
ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dalam tempoh lima tahun, kecuali
jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60
hari selepas tarikh pembubaran.

5. Pilihan Raya Kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,
sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini, tarikh
kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR.

2.2.10 Proses Pilihan Raya

1. Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran ‘writ’
pilihan raya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus.

2. Pada masa yang sama, satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh
hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari Penamaan Calon


1. Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh SPR bagi
calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan
raya kepada Pegawai Pengurus.

2. Kertas-Kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong


atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan calon mestilah
dikemukakan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 45
3. Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.

4. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus
akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Deposit
1. Wang deposit berjumlah RM 10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM 5,000 bagi kerusi
negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari
penamaan calon.

2. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah
undi yang diperoleh semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan
raya berkenaan.

Penggunaan Simbol
Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti
jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon
bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh SPR untuk dicetak
pada kertas-kertas undi.

Kempen
1. Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelaskan manifesto
mereka masing-masing.Mereka juga boleh menggunakan media elektronik.
2. Deposit akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk
dan sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.
3. Sepanjang tempoh berkempen , pihak polis akan mengeluarkan garis- garis
panduan kepada calon-calon yang bertanding dari semasa ke semasa untuk
memastikan kempen pilihan raya berjalan secara aman.
4. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya akan
disediakan oleh SPR dan perkara-perkara ini perlu diberi perhatian oleh calon-calon
dan petugas-petugas parti. Lazimnya, kempen pilihan raya adalah berupa:
a) Pengedaran risalah dan surat
b) Poster
c) Ceramah tertutup dan ceramah umum
d) Kempen dari rumah ke rumah

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 46
Hari Mengundi
1. Hari mengundi merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi,
hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan
pengumuman keputusan pilihan raya. Namun, waktu membuang undi ditetapkan
dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

2. Bagi kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan


kelancaran proses membuang undi. Selain itu, waktu membuang undi mungkin
berbeza antara satu daerah ke satu daerah ayng lain. SPR biasanya akan
mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara
pilihan raya seperti:
a) Tarikh mengundi
b) Lokasi tempat mengundi
c) Waktu mengundi di semua tempat mengundi
d) Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

3. Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap


tempat mengundi mempunyai seoarng Ketua Tempat Mengundi yang mengawal
selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani
mengira undi.

Kebenaran Untuk Memasuki Tempat Mengundi

1. Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat didalam daftar pemilih bagi
sesuatu tempat sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Kad
pengenalan diri pemilih perlu ditunjukkan di tempat mengundi.

2. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya


pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi :
a) Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
b) Ketua Tempat Mengundi dan Kakitangannya
c) Calon-calon dan wakil calon
d) Ejen- ejen mengundi dan ejen mengira undi
e) Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 47
Cara- cara Mengundi

1. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan
menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas
undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya
memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.

2. Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Raskyat dan Dewan Undangan Negeri),
kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang
berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’.

Undi Pos

1. Undi pos dihantar dengan pos seawal yangh mungkin kepada pemilih yang layak
mengundi melaluai pos.

2. Kertas undi pos mestilah sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam
5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur- prosedur yang lengkap telah disediakan
untuk menjaga kerahsiaan undi.

Ejen Mengundi

1. Undang-undang membenarkan calaon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga


kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa.

2. Peranan ejen adalah untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut


undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Pengiraan Undi

1. Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di
sebuah pusat pengiraan undi yangh telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu
bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang
ditetapkan.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 48
2. Semasa undi dikira, mereka yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat
mengira undi. Mereka adalah :
a) Ahli-ahli dan pegawai-pegawai SPR
b) Pegawai yang dilantik oleh SPR
c) Kerani mengira undi
d) Calon, wakil dan ejen mengira undi

3. Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan


mengikut proses yang betul seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan
peraturan dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

Penjumlahan Rasmi Undi


1. Selepas selesai pengiraan di tempat- tempat mengundi dan pusat pengiraan undi,
keputusan-keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di
pusat penjumlahan undi.
2. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan
calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan
raya berkenaan.

Petisyen Pilihan Raya


1. Keputusan pilihanraya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat
atas sebab- sebab berikut :
a) Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan
pilihan raya.
b) Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya oleh mana-mana
pihak.
c) Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan
oleh calon dan ejen-ejen.
d) Calon atau ejen-ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.

2. Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21


hari selepas tarikh keputusan pilihan raya berkenaan terbatal, SPR akan
mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian
pilihan raya tersebut.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 49
2.3 Peranan dan Tanggungjawab Warganegara Dalam Kerajaan Demokrasi

Rajah 2.2.10 Peranan dan Tanggungjawab Warganegara Dalam Kerajaan Demokrasi

Peranan dan Tanggungjawab Warganegara dalam Kerajaan Demokrasi

Mengundi Memberikan
Pendapat Melalui
 Menunaikan Melibatkan Diri Saluran Yang Betul
hak Dalam Rancangan  Mempraktikan
warganegara Kerajaan kebebasan
 Menyertai bersuara
Kempen yang
dijalankan
warganegara

Menjaga Nama Baik Mengekalkan Amalan


Negara Berterima Kasih

 Mengawal tindakan  Menghargai


dan percakapan Sumbangan Kerajaan

2.3.1 Mengundi

Dalam negara demokrasi, setiap warganegaranya bertanggungjawab mengundi


bagi memilih pemimpin untuk menentukan corak pemerintahan negara pada masa
hadapan. Walaubagaimanapun, tidak semua warganegara layak mengundi. Seseorang
yang sudah mendaftar kepada SPR sahaja yang boleh mengundi.Dalam pada
itu,seseorang yang sudah berdaftar sebagai pengundi hanya layak mengundi di tempat
namanya didaftarkan namanya sebagai pemilih. Selain itu, seseorang yang layak
mengundi dibenarkan mendaftarkan namanya hanya di satu kawasan pilihan raya
sahaja.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 50
2.3.2 Melibatkan Diri Dalam Rancangan Kerajaan

Sebagai warganegara, kita harus melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.


Rancangan-rancangan ini diusahakan untuk membangunkan negara demi kebaikkan
rakyat. Melalui kerjasama semua pihak, rancangan yang diaturkan beroleh kejayaan
hingga membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara.

Kerajaan turut mengadakan pelbagai kempen untuk kepentingan pelbagai


golongan rakyat di peringkat negara, negeri dan daerah. Sebagai contoh, kempen
kerajaan yang boleh disertai golongan pelajar adalah kempen anti merokok, kempen
membaca, kempen kehijauan, kempen keselamatan di jalanraya dan sebagainya.

Diperingkat negara, kerajaan giat menganjurkan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni di seluruh negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita harus
melibatkan diri dengan mengamalkan budi bahasa dan nilai murni dalam kehidupan
seharian. Selain itu, kita harus menimbulkan kesedaran di kalangan anggota keluarga,
rakan-rakan, dan sesiapa sahaja tentang kempen tersebut. Kita hendaklah seterusnya
mengalakkan mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan pelbagai nilai murni
dalam kehidupan sehari -hari.

Masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan pengundi memilih


pemimpin dalam pilihan raya. Oleh yang demikian, seseorang pemilih yang layak
mengundi mestilah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Dia hendaklah
memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa untuk memerintah negara demi
kecemerlangan negara dan bangsa pada masa hadapan. Demikianlah pentingnya
tanggungjawab mengundi kepada setiap warganegara yang layak mengundi.

2.3.3 Memberikan Pendapat Melalui Saluran Yang Betul

Dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia, rakyat


diberi kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara, khususnya dari segi memberikan
pendapat memang penting dalanm usaha membangunkan negara yang menepati
aspirasi rakyat. Kepelbagaian pendapat membina daripada rakyat dapat dimanfaatkan
oleh kerajaan demi kecemerlangan negara pada masa hadapan.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 51
Walaupun kita memiliki kebebasan bersuara dan digalakkan memberi pendapat,
kita tidak boleh menyatakan apa-apa sahaja sesuka hati. Sebagai contoh, kita tidak
boleh mencerca orang, menimbulkan isu-isu sensitif, atau menyatakan sesuatu perkara
yang bertujuan menghasut. Hal ini demikian supaya ketenteraman awam dan keamanan
negara tidak tergugat.

Selain itu, sesuatu pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang betul.
Sebagai contoh, jika kita berpendapat bahawa sesuatu kawasan atau tempat rekreasi di
tempat tinggal kita perlu dipelihara dan dikekalkan, kita hendaklah mengemukakannya
kepada pihak Persatuan Penduduk setempat, atau Majlis Kerajaan Tempatan, atau
wakil rakyat. Hal ini demikian supaya cadangan tersebut tidak disalahertikan. Itulah
sebabnya kita harus menunjukan pendapat kita kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dalam kebanyakan akhbar dan majalah, terdapat ruang “pendapat pembaca” atau
“forum pembaca”. Ruang-ruang ini juga merupakan saluran yang baik untuk orang ramai
mengemukakan pendapat dan cadangan. Malah, ruang seperti ini membolehkan
sesuatu pendapat dibahaskan secara sihat dan dapat diikuti oleh pelbagai lapisan
masyarakat, termasuk pihak kerajaan dan agensi-agensinya.

2.3.4 Menjaga Nama Baik Negara

Sebagai warganegara kita perlu mengawal setiap tindakan, baik dari segi
perkataan mahupun perlakuan. Tingkah laku yang bersopan dan beradab hendaklah
selalu kita amalkan. Amalan yang buruk dapat memalukan bangsa dan negara Malaysia
harus kita jauhkan. Hal ini perlu dilakukan di mana-mana saja kita berada, sama ada di
dalam atau di luar negara.
Sikap atau amalan kita dapat mempengaruhi imej atau nama baik negara di mata
dunia. Melalui sikap dan amalan yang positif, keamanan dan kemakmuran akan dapat
kita nikmati. Imej negara akan dipandang tinggi, dihormati disegani, dan disenangi oleh
negara-negara lain. Rakyat Malaysia akan dihormati dan dikagumi sebagai bangsa yang
berhemah dan berbudi pekerti. Justeru banyak negara yang ingin bersahabat dan
berurusan dalam pelbagai perkara dengan negara kita.
Negara kita, tanggungjawab kita. Justeru, nama baik negara adalah tanggungjawab
setiap warganegara. Salah satu caranya ialah setiap warganegara harus mengawal
tindak - tanduk mereka.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 52
2.3.5 Amalan Berterima Kasih

Pelaksanaan pelbagai rancangan pembangunan serta penyediaan pelbagai kemudahan


dan perkhidmatan sememangnya merupakan tugas dan tanggungjawab kerajaan yang dipilih
oleh rakyat. Pelaksanaan tugas dan tanggungjawab secara berkesan oleh kerajaan sudah tentu
memberikan keselesaaan dan kemakmuran kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, rakyat
harus menghargai keberkesanaan kerajaan dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab
tersebut. Rakyat seharusnya melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan atas
daya usaha membangunkan negara dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
berkenaan.

Berikut merupakan beberapa contoh kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan


oleh kerajaan. Kebanyakkan perkhidmatan dan kemudahan ini memberikan keselesaan dan
perlindungan keselamatan kepada diri kita, keluarga serta rakyat seluruhnya.

Gambarajah 2.3.5 Kemudahan / Perkhidmatan dan Faedah kepada Rakyat

Kesihatan dan Perubatan

 Menyediakan hospital dan klinik


kesihatan yang baik dan selesa serta
pegawai perubatan terlatih dan ubat-
ubatan untuk rakyat mendapatkan
perlindungan kesihatan.

Pendidikan

 Menyediakan sekolah, pusat pengajian


tinggi, tenaga pengajar, pusat sumber, dan
peralatan yang berkaitan sebagai
kemudahan untuk rakyat memperoleh ilmu
pengetahuan.

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 53
Pengangkutan

 Menyediakan sistem pengangkutan


darat seperti jalan raya serta jalan
keretapi, pengangkutan laut, dan
pengangkutan udara untuk kemudahan
perjalanan yang cepat, selesa dan
selamat kepada rakyat.

SOALAN LATIHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang


diamalkan di negara kita?

2. Jelaskan pentingnya pilihan raya?

3. Apakah peranan utama wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya?

4. Apakah peranan utama wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya?

5. Nyatakan tiga fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

a) _______________________________________________________________

b) _______________________________________________________________

c) _______________________________________________________________

PM3041-LA2 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 54
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
NAMA KLUSTER SUBJEK UMUM

KOD DAN NAMA


PM 3041 PENDIDIKAN MORAL 3
MODUL

PENGALAMAN
LA 3 1 MALAYSIA
PEMBELAJARAN

NO. TUGASAN 3.1. Masyarakat Majmuk


BERKAITAN
3.2. Asas 1 Malaysia
3.3. Aspek- Aspek utama 1 Malaysia
3.3.1 Penerapan

AMAL PENDIDIKAN MORAL DENGAN MEMAHAMI MASYARAKAT


MAJMUK DI MALAYSIA SERTA MEMAHAMI SISTEM DEMOKRASI
OBJEKTIF
PRESTASI DI MALAYSIA SUPAYA MELAHIRKAN MASYARAKAT MALAYSIA
AKHIRAN (TPO) YANG HARMONI , BERSATU PADU DAN MENCINTAKAN
NEGARA.

OBJEKTIF DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH:-


MEMBOLEH (EO)

1. MEMAHAMI PENGERTIAN DAN KONSEP 1 MALAYSIA YANG


DIASPIRASI KERAJAAN.
2. MENYATAKAN SEMULA ASAS – ASAS PENDIRIAN KONSEP 1
MALAYSIA
3. MENGAPLIKASIKAN ASPEK-ASPEK UTAMA YANG
TERKANDUNG DALAM 1 MALAYSIA

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 55
LA3 1MALAYSIA

Pengenalan 1 Malaysia

“ 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat


Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”.
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia

Keinginan kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya


tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi meliputi
segala aspek seperti sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu, Perdana Menteri Dato’ Sri
Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang mula
diperkenalkan pada tahun 2009. Konsep ini bersandarkan prinsip “ Rakyat didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan
sejajar dengan peruntukkan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

3.1 Pengertian 1Malaysia

1. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat


Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai- nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. 1Malaysia bukan satu dasar
baharu yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan serbelum ini, sebaliknya dasar ini
merupakan pelengkap kepada pendekatan- pendekatan yang sedia ada untuk
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, kearah mencapai kemajuan
dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan Negara Malaysia.

2. Dalam erti kata lain, 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan
membantu aspirasi Negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika dapat diterapkan ke
dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Pengertian ini
adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana
yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah
negara yang kukuh dan stabil . Ini hanya akan dicapai apabila rakyatnya bersatu
padu.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 56
3. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada
konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain dimana identiti kaum-kaum
etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya
1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan
serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu
aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

4. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum, di


mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar masyarakat
dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat
dalam sesebuah negara. 1Malaysia juga bertujuan memperkukuhkan hubungan dan
kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat
kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga jika dihayati sepenuhnya oleh semua
pihak mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju
dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

5. Dalam usaha perpaduan kaum menurut 1 Malaysia, rakyat daripada pelbagai kaum
dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga
perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Bagi
pihak pemimpin pula, kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala
keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia tetapi
perlulah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

3.2 Asas 1Malaysia

Menjadi asas kepada semua ini ialah prinsip keadilan untuk semua kaum yang
membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana
pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-
kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan perlembagaan memberikan pembelaan kepada golongan yang
memerlukannya akan tetap dilaksanakan.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 57
1Malaysia merupakan penerusan agenda membina Negara. Untuk mencapai kemajuan
negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu. Perkara ini perlu dimulakan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum yakni membawa kepada perpaduan yang
utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar. Justeru, bagi memenuhi hasrat di atas, asas-asas utama 1
Malaysia adalah :

(a) Perpaduan ialah prasyarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara, iaitu
mencapai status 'Negara Maju’ menjelang 2020.

(b) 1Malaysia ialah penerusan agenda membina negara.

(c) Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara
menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia
bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan
dalam kalangan rakyat Malaysia.

(d) Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu.
Perkara ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka
urusan pembangunan Negara akan berjalan dengan lebih lancar.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 58
Gambarajah 3.2 Pendekatan 1Malaysia

PERPADUAN

NEGARA
MAJU

ASPEK 1 ASPEK 2

Teras – teras Nilai – nilai


Perpaduan Aspirasi

3.3 Aspek - aspek utama 1Malaysia


Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:

3.3.1 Aspek Pertama- Penerapan Teras- teras Perpaduan


Aspek ini menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat
Malaysia.Teras perpaduan ini adalah komponen asas yang menguatkan semangat
bersatu padu dikalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh
nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Prinsip utama
yang terkandung dalam teras-teras perpaduan adalah:

Penerimaan
Malaysia menekankan sikap penerimaaan dalam kalangan rakyat bebrbilang kaum, di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup
bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Sikap ini adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 59
Kenegaraan
Prinsip ini bagi memastikan pelaksanaan 1Malaysia yang berasaskan :
(a) Perlembagaan Persekutuan
(b) Rukun Negara

Keadilan Sosial
1. Semua rakyat akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.keadilan
ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap
yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan- peruntukan
perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang
memerlukannya akan tetap dilaksanakan.

2. Ketiga-tiga teras perpaduan tadi didukung pula oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-
nilai berikut:

(a) Hormat- menghormati


Hormat – menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam
serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-
peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

(b) Rendah hati (Tawaduk)


Rasa rendah hati atau tawaduk ialah perasaan insaf bahawa kita semua ialah
rakyat dalam sebuah negara yang sama dan kita perlu hidup secara harmoni.
Kata ini juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum malah setiap individu
ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri, dan seharusnya kita
memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan
masyarakat dan negara.

(c) Kesederhanaan
Bermaksud pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam
negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat
ekstream tidak langsung boleh diterima kerana boleh membawa kepada masalah
ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 60
(d) Berbudi bahasa
Budi bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan
kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi
menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

3.3.2 Aspek kedua- Penerapan Nilai-nilai Aspirasi

1. Nilai - nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang
perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara
kearah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam
mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi
negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

2. Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia ini, nilai- nilai aspirasi berikut
perlu diberi penekanan, iaitu:

(a) Budaya berprestasi tinggi


Sifat ini bertujuan memastikan setiap perkara dan setiap tugas mencapai tahap
yang terbaik. Sikap sambil lewa dan ‘acuh tak acuh’ tidak boleh wujud dalam
masyarakat yang berdaya maju. Budaya ini perlu dilaksanakan secara
berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap
pencapaian atau kemajuan.

(b) Budaya ketepatan


Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju,
rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati
waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan
kewajipan. Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat
berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. Negara luar
akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan
ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang
berteraskan eksport.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 61
(c) Budaya ilmu
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah bertujuan memupuk
rakyat yang sentiasa cenderung untuk memburu pengetahuan yang terkini dan
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

(d) Integriti
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan
sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani
dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih
dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan sebarang
tanggungjawab. Rakyat juga perlu berusaha memperbaiki kesilapan.Setiap
perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan
hasil yang sempurna. Selain itu, rakyat juga boleh menerima kritikan dan teguran
dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah
pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk
membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Di samping itu, seorang
rakyat itu seharusnya boleh mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala
tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala
kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu
perlu dijauhi.

(e) Ketabahan
Ketabahan perlu dipupuk dalam situasi rakyat mengharungi masalah dan
cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah
mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta
semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
Penggembelengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi
segala rintangan dan dugaan ialah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu
matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi juga wajar
dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-
perkara yang terdahulu. Selain itu, sikap mudah mengalah, kecewa dan
menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam
menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi
menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 62
(f) Kesetiaan

Budaya ini mewajarkan kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan


kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta. Prinsip
kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat
negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan
dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri. Kesetiaan pada pemimpin atau ketua dalam sesuatu
organisasi ialah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan
kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada
ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua
akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina kepercayaan dan
menjalin satu ikatan antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh
melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan
sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

(g) Kebijaksanaan

Budaya ini memandu rakyat tentang cara berhadapan dengan sebarang masalah
dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

(h) Budaya inovasi / penerimaan

Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baharu
dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu
dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-
masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian
baharu dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi
perintis. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza
sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara
dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Perlakuaan atau sikap
toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ia diterima dengan

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 63
ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua
perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama

Rajah 3.3.2 Nilai- Nilai Aspirasi

Budaya
Berprestasi Tinggi

Budaya
Inovasi Ketepatan

Budaya
Kebijaksanaan Ilmu

Kesetiaan Integriti

Ketabahan

Melalui Gagasan 1Malaysia yang berdiri atas slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan’ diyakini akan menjana satu transformasi ketara ke arah sebuah Negara
Malaysia yang maju, didukung oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi
martabatnya pada pandangan dunia. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu
mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 64
SOALAN LATIHAN

1. Konsep 1Malaysia memberi penekanan kepada dua aspek utama iaitu

I. __________________________________________________________
II. __________________________________________________________

2. Nyatakan 3 nilai murni yang menjadi asas kepada teras-teras perpaduan.

I. __________________________________________________________
II. __________________________________________________________
III. __________________________________________________________

3. Apakah perbezaan antara gagasan 1Malaysia dan konsep asimilasi yang diamalkan
oleh Negara-negara lain.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Berikan 2 kesan negatif kepada Negara jika rakyat tidak mengamalkan budaya
ketepatan dalam melaksanakan tugas mereka.

I. __________________________________________________________
II. __________________________________________________________

Budaya ilmu memainkan peranan penting dalam mencapai kemajuan Negara.

5. Jelaskan pernyataan di atas.


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 65
Rujukan Buku Rujukan (Tajuk, Pengarang, Penerbit):

1. Pengajian Malaysia, Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin,Oxford Fajar Sdn.Bhd

2. Asal- Usul Masyarakat Majmuk, Rosnani Rifin, Golden Books Distributors,2013

3. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Koo Kee Peng, Wan Hasmah Bt Mamat,Tay

Siok Eian, AG Grafik Sdn. Bhd

4. Pendidikan Moral Tngkatan 5, Kaladevi A/P Arumugam, Chang Keng Ling, Napisah Bt

Muhammad, Dewan Bahasa dan Pustaka,2003

PM3041-LA3 IS WIM/PM3041/12011/S03/P1(22016) 66

You might also like