You are on page 1of 16

MORAL CUKAI DALAM KALANGAN

PEMBAYAR CUKAI INDIVIDU DI MALAYSIA


Penyelidikan terkini oleh Organization for Economic Co-operation Development (OECD) menunjukkan
bahawa tingkahlaku moral pembayar cukai mempunyai potensi meningkatkan hasil cukai dalam kedua-dua
tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Selaras dengan saranan OECD yang mencadangkan
penyelidikan lanjut ke atas fungsi tingkahlaku moral di negara membangun, kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti penggerak moral cukai dalam kalangan pembayar cukai individu di Malaysia. Moral cukai
merujuk kepada motivasi dalaman pembayar cukai untuk membayar cukai.

Sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam sistem percukaian di Malaysia,
Tuan/Puan dijemput berkongsi pandangan berkenaan moral cukai. Segala maklumat yang diberikan
adalah sulit dan hanya akan digunakan bagi tujuan penyelidikan dan penerbitan sahaja. Alamat e-mel
Tuan/Puan tidak akan direkodkan. Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkenaan kaji
selidik ini, Tuan/Puan boleh berhubung dengan saya di talian 017-3105715 atau e-melkan kepada
tehsuhaila@raudah.usim.edu.my.

Terima kasih di atas kerjasama dan penyertaan Tuan/Puan.

TEH SUHAILA TAJUDDIN


Pelajar Doktor Falsafah 
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

1
BAHAGIAN A: SITUASI I
Encik Hakim merupakan pemastautin dan telah mendaftar sebagai pembayar cukai pendapatan
penggajian di Malaysia. Pada Tahun Taksiran 2021, Encik Hakim membuat tuntutan pelepasan belanja
gaya hidup tertakluk kepada jumlah maksimum RM2,500 (Situasi I). Kesemua resit pembelian dan
pembayaran disimpan oleh Encik Hakim bagi tujuan tuntutan pelepasan berkenaan.

Ketika mengisi borang cukai pendapatan, beliau menyedari terdapat pelepasan tambahan belanja gaya
hidup berjumlah RM2,500. Walaupun tidak mempunyai resit, Encik Hakim mengambil peluang membuat
tuntutan berlebihan ke atas belanja gaya hidup sebanyak RM2,500 dengan niat mengurangkan
tanggungan cukai sebanyak RM325. Keseluruhannya, beliau membuat tuntutan pelepasan belanja gaya
hidup RM5,000 (Situasi II) bagi Tahun Taksiran 2021. Beliau mengandaikan kebarangkalian untuk diaudit
dalam kalangan pembayar cukai pendapatan penggajian adalah amat rendah. Jika anda mengalami situasi
yang sama, apakah reaksi anda?

Pengiraan cukai pendapatan kena bayar oleh Encik Hakim bagi Tahun Taksiran 2021 adalah
seperti berikut:

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

You might also like