You are on page 1of 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal : Kedua MINGGU


: 7 Ogos 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
2
Tajuk : Kekemasan Buku Nota (Sejarah)

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan oleh guru sepanjang minggu
ini agak memberangsangkan kerana setiap aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang
telah dibuat dengan teliti dan mengikut focus dan objektif yang ingin dicapai. Walau
bagaimanapun, saya mendapati satu masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah ini, iaitu
ramai antara mereka yang tidak mempunyai buku nota yang kemas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Pemerhatian yang dilakukan sepanjang minggu ini. Berikut merupakan hasil daripada
pemerhatian yang telah dilakukan:-
a. Murid-murid tidak mempunyai buku nota yang kemas.
b. Ada di antara mereka tidak menyiapkan kerja rumah.
c. Ada juga segelintir murid tidak mempunyai buku nota.
d. Ada juga segelintir memberi alasan bahawa buku nota tertinggal di rumah.
Melalui analisis, saya boleh melihat murid-murid menghadapi masalah.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Bagi kemahiran menulis, beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh para
pengkaji untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kekemasan tulisan.
Kebanyakan murid tidak dapat mengawal tekanan mereka semasa menulis dan lemah dalam
penguasaan motor halus mereka. Levine (1987) dalam sebuah artikel yang bertajuk “Kajian Kes Ke
Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu” oleh Noraini
Binti Ombi (2009) menyatakan bahawa cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk
tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak
menghadapi kesukaran memegang pensel dan fleksibiliti pergerakan tangan juga akan menjadi
kesan bentuk tulisan yang tidak kemas. Tamabahn lagi, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(2003) yang telah dinyatakan dalam kajian Mary Anak Langat yang bertajuk “Kesan Penggunaan
Lembaran TGB Dalam Membetulkan Teknik Menulis Huruf Kecil Murid Tahun Tiga”, kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dengan betul. Hal ini
bermakna tulisan yang kemas dan cantik bermula semenjak pertama kali menjejak kaki ke alam
persekolahan. Kegagalan seseorang menguasai peringkat pratulisan merupakan punca seseorang
mempunyai masalah dalam penulisan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengambil beberapa langkah. Antaranya ialah setiap
hari menyemak buku nota mereka setelah masuk ke kelas. Melihat keadaan buku nota dan
memberi peringatan kepada para murid yang belum ada buku nota untuk membeli yang baru.
Selain itu, memberi pujian kepada murid yang telah membalut dan menjaga buku nota dengan
baik. Saya juga mengutip buku nota dan menyimpannya agar murid-murid tidak kehilangan buku
nota atau tertinggal di rumah.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM
5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid
menjaga kekemasan buku nota mereka.

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya menggunakan pendekatan Skinner iaitu memberi peneguhan positif kepada murid-
murid. Berikut merupakan langkah-langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi
masalah buku nota:-
a. Menyemak buku nota setiap hari selepas masuk ke kelas.
b. Memberi peringatan kepada murid yang belum mempunyai buku nota untuk membeli
buku nota yang baru dengan kadar yang segera.
c. Memberi ganjaran kepada murid yang telah menjaga kekemasan buku nota.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


8 Ogos 2018.

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan
murid yang memberi tumpuan dalam menjaga kekemasan buku nota. Selain itu, didapati seramai
85% murid dapat menyiapkan latihan dan menghantar buku nota mereka pada setiap hari selepas
prose PdP dilaksanakan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Saya berasa puas hati dengan usaha murid dalam memastikan buku nota mereka kemas dan
teratur. Pendekatan ini mampu meningkatkan keyakinan murid dalam pelajaran serta
menambahkan minat dan motivasi untuk murid belajar.

RUJUKAN
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge, Massachusetts:
Educators Publishing Service, Inc.
Noraini Binti Ombi. (2009). Kajian kes ke atas kekemasan tulisan murid Tahun 2 dalam Kelas
Pemulihan Khas Bahasa Melayu. In Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL
Tahun 2009 (pp. 215-227).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Buku Panduan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

You might also like