You are on page 1of 7

FORUM MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

PENGERUSI Bismillahirahmannirrahim Alhamdulillahirabbilalamin


(JANNAH) Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin
Wa ala alihi wasohbihi ajmain Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera sidang
hadirin yang dirahmati Allah Segala puji-pujian ke
hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua
dalam forum remaja negeri pada pagi nirmala yang
bening lagi ceria ini. Hadirin yang dihormati Sebelum
saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang cantik
bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas
terlebih dahulu tajuk forum remaja kita pada hari ini.
Tajuk forum kita berkisar tenting Malu Sebahagian
daripada Iman. Sebelum kita mulakan forum kita pada
hari ini, izinkan saya mulakan dengan sepatah dua kata.
seperti yang kita tahu, Malu dianggap sebagai tanda
harga diri kerana dikatakan seseorang itu dapat merasai
maruah dan harga dirinya apabila kita mempunyai
perasaan malu. Perasaan malu dapat mengawal
seseorangan supaya tidak menyeleweng daripada norma
masyarakat dan sekaligus dapat membentuk satu suasana
sosial yang lebih harmoni. Baiklah sidang hadirin,
sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik
perbincangan molek kiranya kita berkenalan dengan ahli
panel kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya, saudari
FARIHA yang merupakan ahli panel yang pertama,
selamat datang saudari, apa khabar?

PANEL 1 Terima kasih saudari pengerusi. Alhamdulillah, saya


(FARIHA) baik-baik sahaja

PENGERUSI Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, iaitu


(JANNAH) saudari UMMU selamat datang saudari. Saudari apa
khabar?

PANEL 2 Alhamdulillah, khabar baik saudari pengerusi.


(UMMU)
PENGERUSI Usai salam perkenalan dengan semua ahli panel, kembali
(JANNAH) kita pada topik forum kita iaitu Malu sebahagian
daripada Iman. Sidang hadirin yang dihormati, sebelum
kita melangkah dengan lebih jauh lagi, eloklah kiranya
kita menelusuri Mengapa islam sangat mengutamakan
sifat malu dalam akhlak seseorang Muslim? Bagi
menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan
pertama kepada ahli panel pertama. Saudari FARIHA
mohon saudari merungkaikan persoalan ini kepada
semua.

PANEL 1 Awal Bismillah pembuka bicara,Terima kasih saudari


(FARIHA) pengerusi majlis. Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada sidang hadirin yang dihormati, Malu dan Iman -
Gandingan yang menghiaskan manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada
cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada
pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah
malu."
Berdasar hal itu, malu merupakan sifat yang paling mulia
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya.
Seseorang yang memiliki sifat malu mampu menahan
dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan keji. Oleh
sebab itu sifat malu menjadi pelengkap kesempurnaan
seseorang insan. Menurut Ibnu Maskawaih, sifat malu
merupakan sikap yang boleh mempertahankan diri
daripada melakukan dosa. Orang yang malu, takut
melakukan perbuatan yang tidak baik. Hakikatnya sifat
ini salah satu sifat peribadi orang yang beriman.
Sifat malu dan masyarakat Melayu sebenarnya begitu
sinonim, saling bertaut antara satu sama lain. Bahkan
banyak pepatah Melayu yang mengungkapkan perkataan
malu. Kita biasa mendengar pepatah seperti "malu-malu
kucing", "malu bertanya sesat jalan", "malu berdayung
berdayung perahu hanyut", "malu makan perut lapar",
dan lain-lain lagi. Pepatah Melayu yang sedemikian itu
sebenarnya lahir daripada tata pergaulan dan budaya
masyarakat Melayu itu sendiri.
Sebenarnya timbul rasa malu pada seseorang bermula
daripada mata. Barangkali itulah hikmahnya mengapa
Allah S.W.T. meletakkan kedudukan deria penglihatan
ini di bahagian atas tubuh manusia. Tujuannya tentu
untuk memudahkan hamba-hamba-Nya melihat. Apabila
mata melihat perkara dosa dan maksiat, disalurkan
kepada hati. Dengan itu mudah dijauhi.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w meminta umatnya agar
berhati-hati apabila melihat sesuatu, agar tidak
menggunakan nikmat mata yang diberikan oleh Allah itu
ke arah kemaksiatan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w telah
bersabda seperti yang diriwayatkan daripada Abi
Umaimah r.a yang bermaksud: "Tidaklah orang Islam itu
apabila dia memandang pada kehormatan wanita
kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan
diberikan oleh Allah S.W.T. suatu ibadah yang terdapat
padanya kemanisan (iman) dalam hatinya."
Seandainya hati seseorang sudah dihiasi dengan iman
yang sempurna maka lebih dalamlah sifat malunya.
Tetapi seandainya nafsu lebih banyak menguasai hati
nescaya hilanglah rasa malunya.

PENGERUSI Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang


(JANNAH) Mengapa islam sangat mengutamakan sifat malu dalam
akhlak seseorang Muslim, merupakan penjelasan
terperinci dan menarik daripada saudara ahli panel
pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada
ahli panel kedua,saudari UMMU tentang apakah
keutamaan malu yang perlu dijadikan sebagai pedoman
kehidupan.

PANEL 2 Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana


(UMMU) menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini.
Untuk menjawab persoalan ini, Pertama, bahwa malu
sifat para Nabi, terutama Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam. Disebutkan dalam hadits riwayat
Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri ia
berkata:

‫م َأ َش َّد َحيَا ًء ِم ْن ْال َع ْذ َرا ِء فِي ِخ ْد ِرهَا‬Pَ َّ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسل‬
َ ‫َكانَ النَّبِ ُّي‬
“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lebih pemalu daripada
seorang gadis pingitan yang dipingit di kamarnya.” (HR.
Bukhari dan Muslim)
Kalau Nabi melihat sesuatu yang beliau tidak suka,
biasanya kami bisa melihat dari wajah beliau.
Kedua, rasa malu itu pembuka segala kebaikan.
Sebagaimana dalam hadits yang kita sebutkan tadi,
bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

‫الحيَا ُء الَ يَْأتِي ِإاَّل بِ َخي ٍْر‬


َ
“Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan.”
Dalam hadits yang lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam bersabda:

ُ‫ْال َحيَا ُء َخ ْي ٌر ُكلُّه‬


“Malu itu adalah baik semuanya.” (HR. Muslim)

Sidang hadirin yang dihormati

Yang Ketiga, rasa malu itu menutup segala macam pintu


keburukan. Berkata Fudhail bin Iyadh bahwa tanda
kesengsaraan adalah hati yang keras; mata yang tak
pernah menangis karena takut kepada Allah; sedikit rasa
malu; sangat rakus terhadap dunia; terlalu banyak angan-
angan.
Berkata Ibnu Hibban dalam kitab Raudhatul Uqala wa
Nuzhatul Fudhala, kewajiban orang yang berakal
senantiasa punya sifat rasa malu. Karena rasa malu itu
adalah akarnya akal. Bahkan rasa malu itu benih-benih
kebaikan dan meninggalkan rasa malu itu hakekatnya
adalah akar kebodohan dan benih-benih keburukan.
Makanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

َ ‫ِإ َّن ِم َّما َأ ْد َر‬


َ‫ك النَّاسُ ِم ْن كَاَل ِم النُّبُ َّو ِة ِإ َذا لَ ْم تَ ْستَحْ ِي فَا ْف َعلْ َما ِشْئت‬
“Sesungguhnya diantara yang didapatkan manusia dari
perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; “Jika
kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” (HR. Bukhari)
Maksudnya kata para ulama, orang kalau sudah hilang
rasa malunya, dia tidak malu lagi berbuat maksiat.
Wanita kalau sudah kehilangan rasa malunya, tidak malu
dia mempertontonkan auratnya. Lelaki yang sudah
kehilangan rasa malunya, dia tidak malu untuk berbuat
atau berkata kotor.
Kata Ibnul Qayyim, Kata al-haya’ (rasa malu) berasal
dari kata al-hayah (hidup), siapa yang tidak punya haya’,
maka berarti dia mayat di dunia. Dan di akhirat dia akan
sengsara. Karena ada hubungan yang sangat erat antara
perbuatan dosa dan sedikitnya rasa malu.

PENGERUSI Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang


(JANNAH) keutamaan malu yang perlu dijadikan sebagai pedoman
kehidupan. Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin
yang dihormati. Terlalu banyak kemungkaran tanpa rasa
bersalah, apakah ini kerana sudah hilangnya sifat malu?
Jadi, apakah faktor kepincangan malu di dalam
masyarakat kini. Silakan saudari FARIHA

PANEL 1 Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada


(FARIHA) hari ini. Bismillah.. Baiklah sebenarnya Antara faktor
kepincangan malu di dalam masyarakat adalah hilangnya
rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat
suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya
malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila
sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat
maksiat akibat dia membuang perasaan malu.
Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana
pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di
khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan
bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka
sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta
jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula
melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak
beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula
dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan
menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.
Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah
sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila
pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman,
juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-
macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit
hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu
kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu
sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki
sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan
menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu
dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak
menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami
ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut
ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah
dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu,
menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk
berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Pentingnya memiliki sifat malu kerana dengan perasaan
malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan
mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh
dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat
yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba
sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan
perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai
dirinya.

pengerusi terima kasih saudari fariha. sungguh intelektual


(JANNAH) pemikiran saudari panel kita yang pertama. memang
tidak dapat disangkal lagi, perasaan malu sebagaimana
yang dikaitkan dengan maruah, dan harga diri amat
penting dipupuk kepada anggota-anggota masyarakat. hal
ini bagi membentuk masyarakat yang pandai menjaga
maruah dan harga diri sebagai seorang umat islam .
seterusnya, soalan saya kepada ahli panel kedua, apakah
pengajaran yang perlu kita ambil daripada topik kita pada
hari ini iaitu malu sebahagian dari iman ?

PANEL 2 Terima kasih Saudari pengerusi majlis


(UMMU)
َ َ‫م ق‬Pَ َّ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسل‬
‫ال‬ َ ‫َع ْنهُ ع َْن النَّبِ ِّي‬ ِ ‫ع َْن َأبِي هُ َر ْي َرةَ َر‬
ُ ‫ض َي هَّللا‬
ِ ‫َو ْال َحيَا ُء ُش ْعبَةٌ ِم ْن اِإْل ي َم‬
‫ان‬ ً‫اِإْل ي َمانُ بِضْ ٌع َو ِستُّونَ ُش ْعبَة‬

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda


bersabda: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang,
dan malu adalah sebahagian daripada iman".(HR Bukhari
No: 8) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Iman memiliki lehih 60 cabang. Sifat Malu adalah
sebahagian daripada keimanan seseorang.
2. Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki
perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika
tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul.
3. Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’
Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis:
a. Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir,
ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang
dikurniakan Allah kepada seorang hamba.
b. Malu yang terhasil dari usaha dan latihan, yang
merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan
keagungan-Nya. Ia merupakan salah satu bahagian darjat
keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya
dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-
sifat yang hina

PENGERUSI Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan


(JANNAH) oleh panel kita sebentar tadi.
Terima kasih saudari UMMU. Demikian perbincangan
daripada semua ahli panel kita tentang topik Malu
Sebahagian daripada Iman. Sidang hadirin yang
dihormati.
Kalau berjalan dah sampai ke batas
kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara
Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang sudi
hadir menyaksikan pertandingan forum remaja ini.
Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri
bicara ini dan mohon mengundur diri. Sekian,
wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah
matullahi wabarakatuh

You might also like