You are on page 1of 4

Tajuk Kajian Kes : IBU BAPA BERSIKAP SAMBIL LEWA TERHADAP

MASALAH KESIHATAN ANAK-ANAK

Nama kanak-kanak : LATEEFA AISY BINTI ABDUL AZEEZ


MUHAMMAD RAYKAL DANISH BIN MOHD MUKRIZ

Umur Kanak-kanak : 3 TAHUN

Jantina : LELAKI & PEREMPUAN

Kajian kes ini bertajuk Ibu Bapa Bersikap Sambil Lewa Terhadap Masalah Kesihatan

Anak-Anak. Kajian ini tertumpu kepada sikap segelintir ibu bapa kepada anak-anak

asuhan di taska yang memandang rendah terhadap masalah kesihatan anak

mereka.

MASALAH/ PERISTIWA

Seorang anak asuhan bernama Lateefa Aisy berusia 3 tahun mengalami

gejala ‘wheezing’ atau nafas berbunyi dan sesak nafas setelah makan sekeping roti

yang disapu mentega kacang. Pengasuh yang bertugas segera menghubungi ibu

bapa anak asuhan itu namun keadaan Lateefa yang semakin teruk menyebabkan

pengasuh mengambil keputusan untuk segera membawa anak asuhannya itu ke

klinik kesihatan yang terdekat. Setelah dirawat oleh doktor yang bertugas, keadaan

kanak-kanak itu beransur pulih. Doktor memaklumkan bahawa Lateefa tidak boleh

makan sebarang jenis makanan kekacang kerana dia mempunyai alahan. Ibu bapa

Lateefa mengetahui tentang masalah alahan yang dihadapi anaknya namun

menggunakan alasan terlupa untuk memaklumkan kepada pihak taska. Di dalam

rekod anak asuhan juga tiada sebarang rekod mengenai alahan kekacang.
Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Raykal Danish yang berusia 3 tahun

mengalami kerengsaan dan gatal-gatal pada kulit serta ekzema iaitu kulit menjadi

kemerah-merahan gatal dan rasa pedih setelah makan ayam goreng yang disajikan

oleh pihak pengusaha taska sebagai makanan tengah hari. Akibat ketidakselesaan,

Raykal menangis sambil menggaru-garu kulitnya yang gatal dengan kasar sehingga

terluka. Setelah kegatalan tidak berhenti, pengasuh segera menghubungi ibu bapa

Raykal. Seperti yang dijangka, Raykal mengalami alahan pemakanan iaitu alah pada

ayam dan juga telur namun ibu bapa Raykal tidak pernah memaklumkan perkara itu

kepada pihak taska.

ANALISIS

Ibu dan bapa kepada kedua-dua orang anak asuhan ini mengambil sikap

sambil lewa tanpa memaklumkan masalah kesihatan iaitu alahan anak-anak mereka

kepada pihak taska. Alahan-alahan ini adalah sangat bahaya dan boleh membawa

maut seperti alahan kekacang yang dihadapi Lateefa telah menyebabkan tekak

merasa sempit secara tidak langsung menyukarkannya untuk bernafas. Sekiranya

terlewat menghentikan alahan ini, Lateefa berisiko besar untuk maut akibat

kesesakan untuk bernafas. Kegagalan ibu bapa memaklumkan mengenai alahan

anak-anak mereka terhadap pihak taska adalah satu tindakan yang tidak

bertanggungjawab.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pihak pengusaha taska perlu mengadakan mesyuarat tergempar pada

hujung minggu iaitu pada hari semua ibu bapa cuti untuk memastikan semua ibu

bapa boleh hadir bagi membincangkan isu kesihatan anak-anak mereka.


Pihak pengusaha taska perlu menetapkan satu peraturan baru dalam

memastikan ibu bapa memberikan maklumat terperinci mengenai masalah kesihatan

anak-anak mereka.

Pihak pengusaha taska perlu memastikan ibu bapa membekalkan sebarang

jenis ubat-ubatan dan alat cegah alahan seperti EpiPen sebagai persediaan

sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.

Pihak pengusaha boleh mencadangkan pemakaian gelang Medic Alert

terhadap anak-anak asuhan bagi menerangkan masalah kesihatan yang dihadapi

mereka.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN/ (RAWATAN)

Apabila melibatkan isu kesihatan anak-anak asuhan, segala tindakan perlu

dillaksanakan dengan segera kerana kelambatan dalam menangani isu kesihatan ini

boleh meragut nyawa anak-anak asuhan. Mesyuarat tergempar bersama ibu bapa

dan pihak taska perlu dijalankan pada hujung minggu yang terdekat bagi

mengelakkan perkara yang sama berulang terhadap anak-anak asuhan yang lain.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

...............................

Nama
Tarikh

You might also like