You are on page 1of 4

 

Tembikai adalah buah   bebas lemak, rendah kalori dan merupakan makanan


yang ideal kerana kandungan seratnya yang tinggi. Tembikai 
juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi, menjadikannya penambah
tenaga yang hebat. Ia amat menyegarkan dan mampu menghilangkan dahaga
dan boleh didapati sama ada berisi merah mahupun kuning cerah. 
Sesuai dijadikan jus segar.

Nanas mempunyai jambul  hijau yang tajam dan mencacak. Buah nanas boleh


dianggap sebagai buah yang paling eksotik dan menakjubkan. Ianya memiliki
aroma yang unik, hangat dan mempesonakan. Buah ini
amat versatil dan memiliki isi yang sedap. Ianya enak
dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang perisa
tambahan. Buah nanas juga sesuai untuk dijadikan jus atau
ditambah ke dalam acar, kebab, kari, pencuci mulut
dan sebagai hiasan makanan

Jambu Batu memiliki  aroma yang sangat harum dengan rasa aromatik manis-


asid. Bersaiz sekecil bola besball, berkulit hijau nipis dengan isi putih yang
mempunyai tekstur yang amat rangup dan manis. Sesuai dimakan secara segar
ataupun sejuk. Isinya yang manis sering digunakan sebagai perisa tambahan
dalam pelbagai minuman, salad buah-buahan, pencuci mulut, gula-
gula dan jem.

Jambu Air berbentuk seperti  loceng dan tergolong dalam
keluarga beri yang boleh dimakan. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti
putih, hijau pucat, hijau, merah, ungu, ungu kemerahan ke ungu gelap
atau hitam. Apabila matang, kulit bawahnya akan terkeluar sedikit dan
mempunyai lekuk di tengah. Jambu air yang segar biasanya
kelihatan berkilat dan menyerupai buah epal apabila
matang. Jambu air sangat kaya dengan vitamin A dan C. Enak dimakan segar.
 Mangga merupakan buah  yang paling popular dan mewah di dunia. Mangga
Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, tekstur,
aroma, dan rasa. Memiliki isi kuning yang sangat lembut dan
rasa manis dengan sentuhan masam yang amat lazat. 
Kebiasaanya dimakan secara segar dan isinya juga boleh
digunakan untuk dijadikan jus, jem, pencuci mulut dan
juga sebagai bahan perisa dalam pelbagai jenis masakan.

Rambutan mempunyai kulit  berwarna merah pekat atau kuning cerah berserta
rerambut yang terkeluar dari permukaan kulit, kerinting dan berwarna hijau di
hujungnya. Isinya lutsinar, mempunyai rasa yang dihalusi dengan bau yang
manis tajam. Boleh dimakan begitu sahaja menggunakan
tangan. Ianya merupakan makanan ringan diwaktu cuaca panas. Banyak
digunakan juga dalam pelbagai minuman dan pencuci mulut.

Belimbing sememangnya  enak untuk dimakan juga cantik apabila dipandang.


Isinya mempunyai bau yang menyerlah dan memiliki rasa
masam manis, seringkali digunakan dalam pelbagai minuman komersial. Buah
belimbing mampu menghilangkan rasa dahaga. Apabila dipotong secara
melintang, potongannya akan berbentuk seperti bintang dan
selalunya digunakan sebagai hiasan untuk salad dan pencuci mulut.
Ciku juga dikenali dengan  nama sapodilla, buah ini mempunyai rasa unik yang
tersendiri. Isinya lembut berwarna seperti madu dan
mempunyai rasa yang manis seakan campuran vanilla, gula perang dan rut bir.
Di bahagian tengahnya terdapat biji hitam yang tidak boleh dimakan.
Ciku enak dimakan segar atau sebagai pencuci mulut
atau sebagai campuran kek dan dijadikan inti pankek yang eksotik.

Nangka merupakan buah  tempatan yang sangat popular sebagai pencuci


mulut. Berat buahnya mencecah lebih 15 kg. Purata saiz buahnya adalah
diantara 30-60 cm panjang dan 23-30 cm lebar. Kulitnya
berwarna hijau kekuningan dan bertompok-tompok. Isinya rangup mempunyai
rasa yang manis dan nyaman. Setiap isinya mengandungi
biji putih dan boleh dimakan setelah direbus atau dibakar.

Malaysia dikurniakan  dengan buah betik yang lazat dengan rasa yang manis.


Sesetengahnya akan kekal berwarna hijau setelah matang akan tetapi
kebanyakannya bertukar menjadi kuning keemasan atau oren setelah matang.
Betik mempunyai isi yang cantik, wangi dan berwarna merah jambu seperti ikan
Salmon, dengan biji berwarna kelabu hitam yang banyak di
bahagian tengah buah tersebut. Hidangkan secara kepingan
atau kiub sebagai pencuci mulut yang menyelerakan dan
boleh ditambah di dalam salad buah, kari, salsa atau yogurt.
Durian digelar sebagai  “Raja Buah“. Buahnya besar berwarna hijau gelap
diselaputi duri yang bujur lebar dan tajam di hujungnya.
Ianya perlu dipegang dengan cermat. Isi durian enak dimakan secara segar dan
pastinya penuh nikmat. Rasanya lemak manis dan lembut. Kepada yang
menyukai rasa dan bau yang sederhana boleh memasukkan isi durian
ke dalam ais krim, jem atau pencuci mulut.  

Bentuknya seakan buah  epal mempunyai kulit tebal berwarna ungu gelap.


Isinya terdiri daripada 5 hingga 7 ulas putih yang berair.
Sebahagian ulasnya memiliki biji besar berwarna merah
jambu gelap yang tersimpan di dalam empulur, ianya perlu dibuang terlebih
dahulu sebelum dimakan. Isinya manis menyegarkan dan mempunyai aroma
yang kuat seperti kuih tat. Buah manggis mempunyai kandungan antioksida
yang tinggi. Boleh dimakan secara segar ataupun sebagai salad buah-buahan

Pisang sememangnya  dikenali sebagai buah tropika yang terbaik. Ianya


adalah salah satu buah yang paling sihat untuk dimakan dan juga paling versatil.
Terdapat beratus-ratus jenis pisang dari yang manis, keemasan, senang dikupas
dan boleh dimakan begitu sahaja. Pisang yang hijau hanya digunakan untuk
bahan masakan sahaja. Biasanya dimakan segar atau sebagai pencuci
mulut, hiasan dan perisa minuman.  

 Duku didapati secara gugusan dan memiliki kulit nipis berwarna kuning


cair. Setiap isinya berulas 5 serta lutsinar. Bau isinya amat menyenangkan di
samping rasa manis serta teksturnya yang berair. Isinya terdapat biji yang
pahit dan tidak boleh dimakan.

You might also like