You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Menurut Abdul Chaer (1994), beliau menyatakan bahawa semantik adalah kajian bahasa
yang menghubungkan makna kalimat dengan wacana atau teks. Aspek semantik dikatakan
bersifat gramatis sekiranya mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik
memberikan penjelasan dari segi linguistik yang bersifat formal dan tetap. Bidang semantik
berbeza daripada sintaksis kerana sintaksis merupakan bidang linguistik yang memberi fokus
terhadap kajian struktur bahasa dan bukannya makna bahasa tersebut. Bidang linguistik yang
berhubungan dengan semantik ialah pragmatik. Pragmatik ialah bidang bahasa yang
mengkaji berkenaan dengan penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan konteks
yang sesuai. Oleh hal yang demikian kerana, pengkaji akan mengkaji tajuk yang berkaitan
dengan semantik yang membawa kepada perubahan makna iaitu membawa kepada peluasan
dan penyempitan makna.

1.2 Definisi Konsep

Secara umumnnya, semantik merupakan kajian yang berkenaan dengan makna sesuatu
perkataan, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau
tulisan. Oleh hal yang demikian kerana, pengkaji akan mengkaji makna yang membawa
kepada perubahan iaitu terbahagi kepada dua, peluasan makna kepada penyempitan makna.

You might also like