You are on page 1of 3

BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI

6.2 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja


Standard Murid boleh:
Pembelajaran 6.2.1 Memerihalkan persekitaran selamat di tempat kerja.

a) Persekitaran Selamat Di Tempat Kerja

Persekitaran Kawasan di sekeliling ruang dapur

Selamat Terlepas daripada segala bahaya atau bencana

Tempat kerja Ruang tempat melakukan kerja

1. Persekitaran selamat di tempat kerja merupakan kawasan di sekeliling tempat


kerja yang terpelihara daripada segala bahaya atau bencana yang boleh
mendatangkan kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kalangan
pekerja.

2. Kecuaian di tempat kerja boleh meningkatkan kadar kemalangan yang


mengganggu aliran kerja dan mengurangkan tahap produktiviti. Situasi ini dapat
dielakkan dengan :
i. Merancang susun atur dapur dengan ergonomik dan mematuhi peraturan
keselamatan yang berkaitan.
ii. Meningkatkan aspek keselamatan di tempat kerja
iii. Mewujudkan pergerakan yang lancar serta lebih selesa semasa menjalankan
tugas
BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI
6.2 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja
Standard Murid boleh:
Pembelajaran 6.2.2 Menerangkan punca kemalangan di tempat kerja

b) Punca Kemalangan di Tempat Kerja

Manusia
1. Kecuaian Manusia
Kecuaian manusia boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini. Berikut adalah
langkah untuk mengelak kemalangan berlaku di tempat kerja.

1 Merancang masa sebelum memulakan kerja penyediaan


makanan

2 Elakkan meninggalkan dapur semasa sedang memasak


untuk mengelakkan masakan hangus atau terbakar

3 Sentiasa memeriksa dan mengawasi masakan yang


menggunakan alat penjimat masa seperti ketuhar

4 Elakkan memasak sekiranya mengantuk, pening atau


mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk

5 Pastikan kepala hos gas ditanggalkan setelah selesai


menggunakan dapur memasak

2. Pakaian Semasa Bekerja


√ Pakaian perlu bersesuaian dengan pekerjaan dan tidak terlalu ketat.
√ Kurangkan penggunaan barang perhiasan
√ Pakai kasut yang bersesuaian dan tidak terlalu ketat
√ Pastikan tapak kasut sentiasa kering bagi mengelakkan tergelincir di tempat kerja
√ Penggunaan pelapik kasut membantu meningkatkan keselesaan
√ Kasut bertutup membantu melindungi kaki daripada kecederaan
Only two pages were converted.
Please Sign Up to convert the full document.

www.freepdfconvert.com/membership

You might also like