You are on page 1of 1

Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini bagi melahirkan rasa kesyukuran di

atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlan kami hamba-hambaMu yang


sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami.


Sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SK Mahkota Sari ini, kami
memohon ihsan daripadaMu ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan. Lindungilah kami daripada segala
keburukan dan keaiban, hindarilah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran
dan kemaksiatan.

Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan


agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara kami.

Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam.

Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah
perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya
Allah, kami bersyukur kepada Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai,
harmoni, percaya mempercayai, saling menghormati serta tolong-menolon
gsehingga ke hari ini. Ya Allah kekalkan Kemerdekaan dan keamanan ini sepanjang
masa.

You might also like