You are on page 1of 2

Nikmat Keamanan dan Perpaduan di Malaysia

"Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru yang dihormati, seterusnya para hadirin yang budiman. Salam
sejahtera dan salam perpaduan!

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Para hadirin sekalian,

Mari kita renung-renungkan dan mendalami sejenak, dalam kehidupan kita


ini, apakah erti nikmat kebahagiaan yang sebenar? Ada orang berkata,mempunyai
wang, kereta, rumah besar, aset serta simpanan yang banyak, itulah kebahagiaan.
Tapi, adakah itu nikmat kebahagiaan sebenar yang kita inginkan?
Justeru itu, pada pagi yang ceria ini, saya ingin mengajak hadirin yang
budiman untuk sama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu ‘Nikmat Keamanan
dan Perpaduan di Malaysia’.
Merujuk kepada kamus dewan, keamanan bermaksud tenang, damai dan
tenteram, bebas daripada keadaan kacau bilau, peperangan, pergaduhan dan bebas
daripada gangguan yang tidak menyenangkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia, ialah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun


penduduknya berbilang bangsa, agama, adat resam dan budaya. Namun kita tetap
mampu untuk hidup aman di bawah satu bendera pusaka iaitu Jalur Gemilang.
Ramai pemimpin dunia yang mengagumi keamanan dan kemajuan yang kita kecapi.
Sebenarnya, kejayaan demi kejayaan yang kita perolehi ini tidaklah datang
melayang dan tidak pula datang bergolek, tetapi hasil perpaduan dan kerjasama
semua kaum.
Hadirin yang dikasihi,

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia, negara yang aman damai.


Kita tidak hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Masih segar dalam ingatan,
tragedi 27 Disember 2008. Selama 22 hari, Negara Israel dengan rakus dan ganas
menceroboh, membedil, menghancurkan keamanan sebuah negara kerdil bersama
Palestin. Ribuan nyawa termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa telah terkorban.
Inilah harga sebenar keamanan yang begitu mahal sekali.

Hadirin sekalian,

Kalau berada di Palestin, bunyi dentuman dan percikan api meragut ribuan
nyawa. Di Malaysia, bunyi dentuman dan percikan bunga api menandakan
bermulanya satu musim perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina.
Kini, Malaysia merupakan negara yang aman di dunia. Namun begitu, “
Lautan mana tidak bergelora. Bumi mana tidak ditimpa hujan”. Walaupun ada
segelintir pihak cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dengan menimbulkan isu-
isu sensitif, tetapi semuanya diselesaikan dengan semangat perpaduan rakyat
Malaysia.

Sidang Hadirin sekalian,

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sekiranya, rakyat negara
ini tidak bersatu, bolehkah dan dapatkah negara kita terus kekal aman sehingga hari
ini? ‘Tepuk dada dan tanya selera’, sebelum kaki melangkah pergi, sebelum bicara
ternoktah di sini, izinkan saya menguntaikan serangkap pantun.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Hati di paut, jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.

Sekian, terima kasih.

You might also like