You are on page 1of 23

PEMBENTUKAN KUMPULAN (ESEI)

Nama Kumpulan : KUMPULAN 9

Nama Ketua Kumpulan : 1. INTAN FARIHAH BINTI MATALI

No Matrik : A20A1369 No Tel : 01125305703

No Nama Ahli No Matrik No. Tel

2 NURUL NABILAH BINTI AZAMI A20A1879 01133911255

3 NUR AINAA BINTI MD NASIR A20A1668 0189141135

4 NIK NURHANI HAMIMI BINTI NIK A20A1596 0194183816


HASSAN

5 RABIATUL ADAWIAH BINTI ABDUL A20A1917 01117860172


HALIM

6 CHAN KIT SENG A20A1290 0169629501

7 IRYNE ATHIRAH BINTI SHAHROL A20A1372 0175194441


ANUAR

8 NADIHA BINTI MOHD IBRAHIM A20A1577 0194469501

9 MUHAMMAD RAIF BIN MUHAMAD A20A1554 0174897526


FAZLEY

10 MUHAMMAD HAIRIE BIN MAZNON A20A1528 01115435712

Tajuk Isu : HAK ASASI ORANG ASLI DI MALAYSIA

Tarikh Penghantaran : Tandatangan

PENDAHULUAN

1
Orang Asli merupakan perkataan genetik bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi

di Malaysia bagi merujuk kepada orang asal yang menduduki Semenanjung Tanah Melayu

sejak azali lagi . Secara rasmi, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku etnik Orang Asli di

Semenanjung Tanah Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan

genetik dan asal-usul. Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia. Kebanyakannya

tertumpu di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah Kumpulan Semang atau negrito.

Kumpulan ini biasanya boleh ditemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara

semenanjung. Kumpulan ini menetap di wilayah selatan semenanjung. Kini di Malaysia,

tanggungjawab mengurus tanah, adat, kemajuan, kebajikan dan hal ehwal Orang Asli

diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Selain itu, terdapat usaha

bersepadu oleh jabatan kerajaan yang lain untuk mengintegrasi Orang Asli dan meningkatkan

taraf hidup mereka dengan menggalakkan dan membantu mereka untuk mendapat pekerjaan.

Selain itu terdapat juga Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia yang membantu

memperjuangkan kepentingan orang-orang Asli di Malaysia. Masyarakat Orang Asli juga

mempunyai hak seperti warganegara Malaysia yang lain. Oleh hal yang demikian wujudnya

penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) pada tahun 1999. Sejak

penubuhannya, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) telah berhadapan dengan

pelbagai aduan daripada Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Anak Negeri di Sabah dan

Sarawak, atau secara berkumpulan lebih dikenali sebagai orang Asal (Indigenous Peoples)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy, menegaskan masyarakat

Orang Asli mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang kerana nenek moyang mereka

adalah penduduk asal pertama di negara ini. Katanya, kedudukan istimewa masyarakat Orang

Asli diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi, malah termaktub di bawah Perkara 8(5)(c)

Perlembagaan Persekutuan.

PENGKAITAN ISU DENGAN KOMPONEN FALSAFAH

2
Hak Tanah Orang Asli

Berdasarkan tajuk kajian kami, antara isu yang dapat dilihat adalah berkaitan hak

tanah orang asli yang masih lagi menjadi isu permasalahan dan perbincangan di Malaysia.

Hak ke atas tanah amatlah penting kepada orang asli bagi membantu mereka menubuhkan

penempatan. Dengan adanya hak ini, Orang Asli dapat menubuhkan penempatan di kawasan

yang diiktiraf sebagai hak tanah milik mereka. Hal ini kerana, ada sesetengah daripada orang

asli di negara ini masih mengamalkan adat mereka iaitu berpindah randah bagi mendapatkan

tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Namun begitu, ada juga antara mereka yang telah

menubuhkan kawasan penempatan tetap di suatu kawasan. Walaubagaimanapun, hak ke atas

tanah bagi orang asli haruslah tetap dipertahankan. Menurut artikel yang dikeluarkan Berita

Harian di laman sesawangnya, Senator P. Waytha Moorthy telah mengesahkan masyarakat

Orang Asli juga berhak untuk mendapatkan hak yang sama rata di sisi undang-undang secara

adil dan saksama. Hal ini demikian kerana, masyarakat Orang Asli juga merupakan penduduk

asal negara yang harus dijaga dan dipertahankan oleh negara. Menurut beliau juga,

kedudukan masyarakat Orang Asli diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi termaktub di bawah

Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau lagi, hak adat yang dinikmati

oleh Orang Asli sebagai penduduk pertama di Semenanjung terus wujud dan tidak boleh

dipadamkan dengan mendakwa ia menjadi tanah negeri.

Hak menduduki tanah dibawah subsekyen 8(1) Akta B4, pihak berkuasa negeri boleh

memberikan hak menduduki mana-mana tanah yang bukan merupakan tanah bermilik atau

tanah yang dipajakkan bagi apa-apa maksud dalam mana-mana kawasan orang asli atau rizab

orang asli. Subsekyen ini juga membolehkan Orang Asli untuk menduduki sesuatu kawasan

dan mengusahakan kawasan tersebut bagi tujuan menyara diri dan bukanlah hak untuk

memiliki tanah tersebut atau diberi pajak kepada Orang Asli. Malah terdapat juga peraturan

yang diberikan oleh menteri dalam melaksanakan akta ini iaitu Orang Asli dilarang untuk

3
menanam apa-apa tanaman tertentu atas tanah-tanah yang mengenainya hak-hak pendudukan

yang telah diberi dan hanya dibenarkan untuk aktiviti penebangan hutan secara terkawal serta

mengambil keluaran hutan dalam kawasan Orang Asli sahaja serta penangkapan burung dan

binatang liar oleh Orang Asli juga dikawal. Oleh yang demikian, isu hak tanah Orang Asli ini

dapat dikaitkan dengan falsafah metafizik yang menerangkan tentang ekologi yang berkaitan

dengan intelek hidupan dengan alam. Falsafah ini membuktikan bahawa manusia dan alam

tidak dapat dipisahkan kerana ia amatlah saling bergantungan antara satu dengan yang lain.

Antara faktor yang menyebabkan hak tanah Orang Asli masih lagi ditindas sehingga

sekarang adalah kerana undang-undang yang sukar difahami terutamanya oleh Orang Asli

yang kebanyakannya mempunyai masalah pemahaman, percakapan, pembacaan dan

penulisan. Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan satu kodifikasi undang-undang yang

merangkumi pelbagai aspek penting mengenai tanah yang merangkumi skop yang amat luas

dan mengatakan bahawa undang-undang dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan

sekiranya wujud dalam keadaan yang mudah difahami, tidak berbelit-belit sehingga hanya

segelintir anggota masyarakat yang faham apa maksudnya. Namun begitu, hal ini telah

menyukarkan masyarakat Orang Asli untuk memahami dan berkomunikasi dengan lebih

mendalam tentang undang-undang tersebut kerana kurangnya ilmu pengetahuan yang

menyebabkan mereka selalu ditipu dan ditindas oleh kerajaan negeri.

Malaysia mengamalkan Sistem Torren melalui Kanun Tanah Negara 1965 yang

hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah

dan tanah Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem

pendaftaran mengikut undang-undang tanah Malaysia. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa

untuk mengambil sebarang tanah termasuk tanah yang didiami oleh Orang Asli seperti yang

diperuntukkan oleh Akta Pengambilan Tanah 1960 (Noor Ashikin, 2011). Namun begitu,

orang asli seharusnya tetap diberikan pendidikan agar dapat membantu mereka untuk

4
berkomunikasi dengan baik dan dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diri mereka. Hal

ini dapat dikaitkan dengan falsafah epistemologi yang bermaksud kajian tentang ilmu dimana

orang asli haruslah menuntut ilmu untuk mendapatkan kebenaran ke atas sesuatu perkara.

Hak Pendidikan Orang Asli

Antara isu yang boleh dibahaskan lagi adalah tentang hak pendidikan untuk Orang

Asli. Artikel 14 UNDRIP menyatakan hak untuk mendapatkan pendidikan di semua

peringkat tanpa diskriminasi. Masyarakat Orang Asli juga turut memiliki hak yang sama

untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna walaupun mereka hidup terasing daripada

masyarakat lain. Sebagai tanda prihatin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

melakukan pelbagai inisiatif untuk membendung masalah keciciran dalam kalangan pelajar

Orang Asli.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar Orang Asli tercicir dalam pelajaran ialah

kerana mereka tidak dapat memupuk minat dalam budaya belajar, kurang motivasi dan

semangat untuk melangkah lebih jauh dan sukar memahami penyampaian maklumat

menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat

menguasai 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik kerana

kurangnya latihan dalam kehidupan mereka. Selain itu, masalah 3M akan menyebabkan

pelajar Orang Asli sukar menguasai mata pelajaran yang memerlukan penyelesaian masalah.

Daya penaakulan yang lemah ini berpunca daripada sifat mudah jemu dan bosan ketika

belajar. Bagi membendung masalah ini daripada berlarutan, kerajaan Malaysia melalui KPM

telah mewujudkan Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Murid Orang Asli dan Penan

(KAP) pada tahun 2007 bertujuan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

Program ini secara khusus ditumpukan kepada murid Orang Asli di semenanjung dan

Kaum Penan di Sarawak. Bagi murid Orang Asli, KAP dikhususkan kepada sekolah 100%

5
Orang Asli sahaja dengan mengutamakan unsur learning is fun. Matlamat KAP adalah untuk

melahirkan murid Orang Asli yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia,

mencintai alam persekolahan dan sosiobudaya mereka serta dapat menyesuaikan diri dengan

sosiobudaya negara ini. Objektif KAP pula adalah untuk membolehkan murid Orang Asli

menguasai 3M, berminat hadir ke sekolah, mempraktikkan amalan kebersihan, kesihatan dan

keselamatan, berinteraksi dengan masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk melahirkan

perpaduan dan keharmoniaan serta bersikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan seharian.

Selain itu faktor yang menyumbang kepada keciciran kanak-kanak Orang Asli ialah

faktor geografi. Menurut kajian Mazdi Marzuki (2014), pelajar yang tinggal di kawasan

pedalaman berhadapan dengan masalah aksesibiliti ke sekolah kerana jarak sekolah yang jauh

daripada kawasan kediaman di tambah pula dengan kualiti jalan raya yang rendah akibat

tidak diturap dan di sesetengah tempat masih menggunakan jalan batu dan tanah merah

menyebabkan pelajar ke sekolah dalam keadaan tidak selesa. Antara usaha kerajaan untuk

membantu pelajar-pelajar tersebut adalah dengan memperkenalkan Program Sekolah Model

Khas Komprehensif (K9). Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asrama untuk murid.

Seterusnya, tahap pendidikan ibu bapa yang rendah juga mempengaruhi pencapaian

akademik anak-anak Orang Asli. Mereka tidak dapat membantu anak-anak mereka dalam

pelajaran. Pendapat ini disokong oleh Harun (2003) yang mendapati taraf pendidikan ibu

bapa yang rendah mengakibatkan mereka tidak tahu perkembangan dan pendidikan anak-

anak. Kebanyakkan ibu bapa pelajar Orang Asli tidak mengambil berat tentang kehadiran

anak mereka ke sekolah apatah lagi memantau pencapaian mereka. Justeru, kerajaan melalui

Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) dan KPM menjalankan program pendidikan yang

tidak formal kepada para ibu bapa iaitu Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP).

Matlamat KEDAP ialah untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan masyarakat

6
Orang Asli, penguasaan kemahiran asas 3M, menggalakkan anak-anak ke sekolah, membantu

anak-anak dalam bidang pelajaran di rumah dan meneruskan usaha kerajaan untuk

membasmi kemiskinan tegar menerusi agenda pendidikan. Pelajar KEDAP menunjukkan

tindak balas positif apabila mereka lebih berkeyakinan dalam komunikasi dengan guru dan

mereka turut menjaga penampilan dan pemakaian ketika melawat anak-anak di sekolah. Ibu

bapa yang mengikuti program KEDAP berjaya memotivasikan anak-anak mereka untuk

belajar bersungguh-sungguh dan mengambil peluang untuk menimba ilmu dengan lebih

bersemangat untuk ke sekolah apabila ibu bapa mereka juga turut ke sekolah.

Komponen falsafah yang boleh diselitkan dalam isu ini ialah epistemologi yang boleh

ditakrifkan sebagai teori pengetahuan yang benar dan membicarakan tentang hakikat, sumber

dan kesahihan sesuatu ilmu yang membolehkan seseorang individu ataupun masyarakat

membuat keputusan yang tepat dalam urusan yang dilakukan. Maka pendidikan merupakan

aspek yang sangat penting dalam kehidupan semua rakyat Malaysia termasuk masyarakat

Orang Asli bagi mengubah kehidupan mereka ke arah jalan hidup yang lebih sejahtera.

Hak Kewarganegaraan Orang Asli

Kewarganegaraan Malaysia merujuk kepada penduduk yang bermastautin di Malaysia

dengan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam Peraturan Kewarganegaraan

Malaysia 1964. Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak yang istimewa dan tidak

terkecuali kepada Orang Asli yang juga menetap di negara ini sejak dahulu lagi dan mendapat

perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Namun begitu, hak dan keistimewaan

Orang Asli seolah-olah tergugat kerana berlaku ketidaksamarataan hak dan perlindungan

terhadap orang asli. Orang asli telah diperlakukan dengan tidak adil dalam perkara yang

merupakan hak dan keistimewaan mereka yang tidak patut dipertikaikan. Contohnya, baru-

baru ini telah muncul satu isu berkenaan tanah adat Orang Asli yang dituntut sesebuah pihak

7
yang ingin melaksanakan projek pembalakan dan penanaman, justeru itu perkara ini telah

mendapat tentangan dari pihak lain yang membela kepentingan orang asli ini. Tuntutan

sebegini akan menyebabkan Orang Asli kehilangan tanah adat dan secara tidak langsung

mengugat identiti, budaya dan kesejahteraan Orang Asli. Hal sebegini tidak wajar berlaku

kerana sudah termaktub bahawa Orang Asli sememangnya mempunyai hak dan

keistimewaan.

Masyarakat Orang Asli telah diiktiraf di Mahkamah Tinggi yang juga termaktub

dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kesamarataan dan

menyatakan perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi

perlindungan, kesentosaan atau kemajuan Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk

perizaban tanah) atau perizaban bagi Orang Asli dan juga suatu perkadaran yang munasabah

daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Hal ini membuktikan

bahawa tuntutan ini tidak logik di mata undang-undang itu sendiri. Apabila dilihat dari segi

perspektif yang berbeza mengenai hal ini, jika seseorang itu menghormati dan mengakui hak

dan keistimewaan kaum tertentu di Malaysia ini khususnya Orang Asli, perkara sebegini

tidak akan terjadi. Namun apabila perkara sebaliknya berlaku, tuntutan sebegini lah yang

akan muncul. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan haruslah mengambil serius sebarang tuntutan

atau ketidakadilan dalam perkara-perkara yang melibatkan hak dan keistimewaan Orang Asli

kerana kebajikan Orang Asli terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan persekutuan

boleh mengambil penyelesaian dengan menyaman pihak-pihak yang mencabar hak Orang

Asli tersebut supaya hal sebegini tidak terulang kembali walaupun terpaksa membawa kes ini

ke mahkamah dan memakan masa yang lama untuk perbicaraan.

Keistimewaan dan hak sesebuah kaum haruslah dibela dan ditegakkan agar negara

dapat dipacu dengan betul dan seiring dengan hasrat negara dalam mencapai negara maju. Isu

ini dapat dikaitkan dengan kompenan falsafah ontologi yang berkaitan dengan kajian sifat

8
dan asal usul mengenai realiti mutlak. Hal ini bagi melindungi dan menjaga kepentingan

warganegara Malaysia iaitu Orang Asli sendiri.

Hak Mengamalkan Tradisi Budaya dan Adat Resam Orang Asli

Hak untuk mengamalkan tradisi budaya dan adat resam orang Asli merupakan salah

satu hak asasi orang Asli di Malaysia. Daripada Artikel 11 UNDRIP mengatakan bahawa

orang Asal mempunyai hak untuk mengamalkan dan menggiatkan semula tradisi dan adat

resam kita, seperti tapak arkeologi dan sejarah, artifak-artifak, rekabentuk, teknologi, seni

visual, persembahan dan kesusasteraan kita. Bagi mengekalkan dan memelihara warisan adat

budaya dan kesenian Orang Asli supaya tidak ditelan arus kemodenan, Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) menerusi ketua pengarahnya yang ke-4 telah menubuhkan Muzium

Orang Asli di Selangor pada tahun 1987 daripada Artikel Harian Metro 13 November 2019.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Oktober 2020) menyatakan masyarakat

orang Asli didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan

mereka adalah peranan dewa-dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup orang

Asli banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang didiami.

Dengan itu hutan rimba, gunung, petir, bukit dan sebagainya dianggap mempunyai makna

tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa perlakuan-perlakuan ritual dan

pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka. Selain itu,

perubahan yang melanda masyarakat ini berkaitan dengan kepercayaan mereka terhadap

animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini disebabkan

gerakan dakwah agama lain semakin kuat termasuk agama Islam. Namun demikian, masih

banyak lagi masyarakat orang Asli yang mengamalkan unsur-unsur animisme dan proses

sinkretisme dengan agama-agama lain.

9
Komuniti Orang Asli merupakan sebuah masyarakat minoriti peribumi yang tinggal di

Semenanjung Malaysia. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan masih

mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan

lama tinggalan nenek moyang mereka (Rosley, N. A., 2009). Masyarakat orang Asli

mempunyai hak dalam mengamalkan pelbagai jenis adat budaya, pantang larang,

kepercayaan, amalan kesihatan dan nilai hidup mereka yang unik dan tersendiri. Mereka

mempunyai satu nilai hidup yang harmoni antara insan dan alam persekitaran semulajadi. Hal

ini kerana, hubungan mereka sesama manusia dan alam persekitaran telah banyak

mempengaruhi cara hidup dan sumber ekonomi mereka (Mee, S. & Ibrahim, Y., 2008).

Masyarakat orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana

lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah

memasuki dunia moden. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat

dengan makhluk-makhluk ghaib di alam semesta ini. Masyarakat Orang Asli ini juga

mempunyai satu nilai hidup yang harmoni di antara sesama insan dan alam persekitaran

semulajadi mereka. Oleh itu, budaya dan adat resam yang diamalkan oleh Masyarakat Orang

Asli haruslah dikekalkan untuk generasi akan datang.

Hal ini menimbulkan kepatuhan ahli komuniti berkenaan ke atas pantang larang

disebabkan beberapa perkara seperti wujudnya ketakutan dan ancaman kepada ahli

masyarakat orang asli yang melanggarinya. Hubungan mereka sesama manusia dan alam

persekitaran mereka banyak mempengaruhi cara hidup dan sumber ekonomi mereka. Mereka

kebiasaannya menetap di tiga kawasan petempatan utama iaitu di kawasan pedalaman,

pinggiran dan perbandaran. Oleh hal yang demikian, masyarakat Orang Asli adalah

sebahagian dari kehidupan kita sebagai manusia yang memiliki hak untuk meneruskan

kehidupan adat resam, pantang larang, budaya dan sebagainya. Kehidupan masyarakat ini

10
perlu dikekalkan tradisinya supaya menjadi khazanah warisan yang mengekalkan identiti dan

jati dirinya (Alias, A., 2012).

Akses Kesihatan Kepada Orang Asli

Kepentingan akses kepada kesihatan dapat meningkatkan taraf hidup dan kesihatan

golongan Orang Asli yang merupakan salah satu cabaran utama dalam merealisasikan

pembangunan yang seimbang di Malaysia. Menurut satu artikel di laman sosial, satu kajian

telah dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis tahap pengetahuan,

pemahaman dan pengamalan dalam penjagaan kesihatan Orang Asli yang dijalankan di Kem

Brincang dan Kampung Leryar di daerah Tanah Tinggi Cameron. Data kajian diperolehi

melalui soal selidik, temubual dan pemerhatian di lapangan menunjukkan tindak balas

responden seramai 77 orang wanita Orang Asli. Hasil kajian mendapati, taraf kesihatan dan

kesuburan wanita Orang Asli adalah tinggi iaitu 78 peratus responden berada ditahap

optimum. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan masyarakat Orang Asli di Kem

Brinchang dan Kampung Leryar telah berubah arah daripada kepercayaan sistem perubatan

tradisional kepada sistem perubatan moden.

Sejak negara mencapai kemerdekaan pelbagai program kesihatan diberikan kepada

penduduk supaya kesihatan penduduk terjamin. Usaha dilakukan seperti pembinaan hospital,

suntikan, dan ubat-ubatan kepada penduduk bandar dan juga luar bandar menunjukkan

negara sangat mengambil berat tentang aspek kesihatan semua rakyatnya termasuklah

masyarakat orang asli. Dengan adanya inisiatif penjagaan kesihatan ini, penyakit-penyakit

yang berbahaya juga dapat dielakkan dan jangka hayat penduduk dapat ditingkatkan.

Walaupun masih terdapat lagi Orang Asli yang percaya dengan ubat-ubatan tradisional,

namun penerapan kesihatan yang moden turut menggalakkan mereka supaya mengamalkan

perubatan secara moden. Kesihatan wanita Orang Asli perlu diberi tumpuan kerana

11
dikatakan golongan wanita Orang Asli sangat berisiko dalam menghidapi penyakit yang

mengalami kekurangan zat makanan (Kementerian Pembangunan Wanita dan

Wilayah,2002). Wanita Orang Asli mempunyai paras kekurangan folate dan zat besi yang

tinggi. Mereka juga berhadapan dengan masalah cacing dan malaria sehingga menjejaskan

kesihatan wanita yang mempunyai anak kecil (Haslinah,2009; Syarifah Shyfaniza,2010).

Melalui RMK ke-9 pihak Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) telah memperuntukkan

sebanyak RM470,000.00 untuk tujuan kesihatan dan perubatan penduduk Orang Asli.

Belanjawan 2013 juga memberi peruntukan sebanyak RM88 juta ringgit bagi melaksanakan

program pembangunan ekonomi dan projek bekalan air bagi masyarakat Orang Asli.

Pembangunan kesihatan dalam kalangan masyarakat Orang Asli ini sangat relevan bagi

melahirkan dan menjana generasi Orang Asli yang sihat untuk memenuhi hasrat dan

matlamat pembangunan negara. Pihak kerajaan telah membelanjakan hampir RM30 juta

untuk menjayakan program ini (JAKOA,20)

Kehidupan masyarakat Orang Asli kini yang lebih moden telah melahirkan generasi

yang lebih berpengetahuan mengenai kesihatan. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui taraf

pendidikan Orang Asli di Kem Brinchang yang rata-ratanya mempunyai tahap pendidikan

sehingga peringkat SPM. Keterdedahan ilmu yang didapati di sekolah telah membuka minda

masyarakat Orang Asli terutama di Kem Brinchang bahawa pentingnya pengetahuan

kesihatan dalam kehidupan seharian. Walaupun kaum wanita Orang Asli di Kampung Leryar

tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, namun mereka juga mempunyai

pengetahuan mengenai kesihatan. Hal ini disebabkan kerana ketersampaian maklumat

mengenai kesihatan oleh pihak hospital telah menyebabkan kaum Orang Asli di Kampung

Leryar mengetahui mengenai kesihatan walaupun persekitaran mereka tidak semoden Orang

Asli di Kem Brinchang. Berdasarkan pemerhatian dikawasan kajian, rata-rata masyarakat

Orang Asli mempunyai amalan kebersihan pada tahap yang maksimum iaitu persekitaran

12
kawasan mahupun di dalam rumah yang sentiasa bersih dan teratur. Sistem saliran dan

perparitan juga dalam keadaan yang bersih dan tidak terdapat sampah yang dibuang begitu

sahaja.

KAITAN ISU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Isu pendidikan untuk orang asli berkait rapat dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkambangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kerpercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap kerharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Antara elemen dan unsur penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan ialah

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Apabila mendapat pendidikan yang

sewajarnya, orang asli mampu menjadi individu yang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang

baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan

diri yang baik (jasmani). Unsur intelek merujuk kepada kemahiran asas 3M, membaca,

menulis dan mengira serta berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.

Unsur emosi pula dapat dilihat apabila orang asli yang berpendidikan mempunyai emosi yang

matang dan stabil, individu itu juga akan memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

antara satu sama lain. Dengan kemunculan unsur rohani dalam diri orang asli yang berilmu,

individu itu dapat memupuk serta membina disiplin kendiri, menyedari dan percaya pada

tuhan selain bersyukur dengan pemberian tuhan.

13
Seterusnya, unsur jasmani merujuk kepada kesedaran orang asli tentang kepentingan

kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal disamping menggunakan

kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Keseimbangan antara

keempat-empat aspek tersebut akan menghasilkan masyarakat orang asli yang mampu hidup

secara harmonis dengan diri dan orang lain dan memiliki ketahanan untuk menghadapi segala

cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan masalah yang timbul.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan juga merupakan elemen penting dalam

falsafah pendidikan kebangsaan. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan menyebabkan

individu mengakui tentang kewujudan tuhan. Masyarakat Orang Asli akan menyedari bahawa

hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh tuhan. Dengan ini,

individu akan bertanggungjawab atas perbuatan sendiri kerana yakin dengan pembalasan

tuhan. Masyarakat yang percaya kepada tuhan akan mengikut dan mengamalkan segala

ajaran agama. Orang Asli akan melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.

Falsafah pendidikan Kebangsaan juga menjadi panduan dalam meningkatkan akses

kesihatan Orang Asli dengan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan. Hal ini kerana,

pendidikan dalam ilmu perubatan akan menjadi salah satu faktor masyarakat orang asli

berkembang menceburkan diri dalam bidang kesihatan. Jelas demikian, sumbangan terhadap

keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara dapat direalisasikan melalui

pendidikan kepada generasi muda orang asli terutamanya dalam skop kesihatan. Sehubungan

itu, Kerajaan berperanan besar dalam mewujudkan sebuah masyarakat orang asli yang

mampu berdikari dengan  meningkatkan tahap kesedaran mengenai pendidikan dan

penjagaan kesihatan. Oleh itu, masyarakat orang asli perlu disediakan kemudahan fasiliti

kesihatan secara meluas dan ini memberi peluang ramai penglibatan dalam kalangan pelajar

Orang Asli. Secara tidak langsung, masyarakat orang asli terjamin mendapat penjagaan

14
kesihatan yang berkualiti untuk mencegah segala penyakit berbahaya seperti penyakit kusta,

kancing gigi dan lain- lain lagi.

KAITAN ISU DENGAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara mempunyai ikrar yang menggariskan lima prinsip Rukun negara yang

dapat menyatukan semua rakyat Malaysia. Prinsip rukun negara jelas kunci kepada

keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia. Antara prinsip rukun negara

yang dapat dikaitkan dengan isu berkaitan orang asli ialah Keluhuran Perlembagaan.

Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk

memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka

sebagai warganegara. Begitu juga berkaitan kedudukan istimewa masyarakat orang Asli yang

sudah termaktub dalam perlembagaan yang telah diiktiraf dalam Mahkamah Tinggi malah

termaktub di bawah Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan

bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat pribumi daripada sebarang ketidakadilan

berkaitan hak mereka termasuklah kebajikan Orang Asli iaitu merujuk kepada Jadual

Kesembilan, Senarai Persekutuan No 16 Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, isu mengenai ketidakadilan hak orang asli dapat juga dikaitkan

dengan prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan daripada prinsip

kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi

undang-undang. Kebebasan asasi juga turut diberi kepada Orang Asli yang berada di dalam

Malaysia. Maka tidak wajar timbul sebarang isu yang menggugat hak orang asli seperti

berkaitan tanah adat orang asli yang dicerobohi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk

kepentingan tertentu. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima

dan dipertahankan kedaulatannya kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan

berwibawa. Dengan adanya undang-undang ini, Orang Asli dapat melakukan apa-apa sahaja

15
aktiviti seharian asalkan perbuatan tersebut tidak melanggar undang-undang serta dapat hidup

dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan

Setrerusnya, prinsip rukun negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Prinsip ini juga dapat dikaitkan dengan situasi yang dihadapi oleh orang asli yang mana

perlunya menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya

bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan

kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Tidak dinafikan ada hak dan

keistimewaan telah diberi kepada bumiputera termasuk orang asli namun sebagai rakyat

Malaysia yang bersopan santun dan bertatasusila, kita haruslah menerima dan menghormati

perlembagaan tersebut dan tidak menimbulkan isu sensitif berkaitan hak yang telah diberikan

kepada warganegara tersebut. Rukun negara ini perlulah dihayati oleh semua rakyat Malaysia

tanpa mengira bangsa, agama, pangkat dan umur agar keamanan dapat dinikmati bersama.

Hak tanah orang asli juga dapat dikaitkan dengan prinsip rukun Negara kerana orang

asli juga merupakan rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, orang asli tetap mengikut prinsip

Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang dengan mematuhi undang-undang Negara

dalam mendapatkan hak tanah mereka dengan bantuan sistem kehakiman walau sering

ditindas oleh pihak kerajaan. Namun begitu, ia tidak memutuskan semangat mereka untuk

terus berjuang mempertahankan hak tanah mereka bagi tujuan mempunyai tempat

penginapan tetap yang dapat menjamin keselamatan keluarga mereka daripada ancaman

bahaya serta tanah yang subur untuk tanam tanaman bagi memperoleh sumber makanan dan

sumber pendapatan yang dapat menyara keluarga mereka.

Kerajaan Malaysia juga seharusnya melaksanakan sistem undang-undang dengan adil

dan saksama terhadap pembahagian hak tanah ke atas orang asli. Hal ini dapat dibuktikan

dengan adanya perlembagaan yang telah digubal bagi memastikan hak tanah orang asli ini

16
sentiasa terpelihara dan dipertahankan bagi mengekalkan generasi mereka untuk terus

melestarikan alam semula jadi seperti flora dan fauna daripada pupus. Utusan Borneo Online

pada tahun 2018 mengatakan bahawa bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir

Mohamad memberi jaminan kepada orang asli dalam membantu menyelesaikan masalah isu

pencerobohan tanah adat orang asli di Gua Musang yang menuntut pengiktirafan wilayah

tanah adat melalui kaedah Geran Komuniti. Kerajaan Negeri seharusnya memberi kerjasama

dengan orang asli dalam menyelesaikan serta memudahkan urusan pemerwataan tanah adat di

kawasan terbabit agar isu ini dapat diselesaikan secara baik dengan persetujuan kedua-dua

pihak. Maka dengan itu semua rakyat Malaysia dapat dilayan dengan adil dan saksama.

Objektif rukun Negara juga dapat dikaitkan dengan hak tanah ke atas Orang Asli

menerusi prinsip yang pertama iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakat. Perpaduan antara Orang Asli dengan rakyat Malaysia dapat dilihat lebih erat

dengan adanya kawasan petempatan tetap bagi Orang Asli. Hal ini kerana, tanah yang

diduduki bagi menjadikan kawasan petempatan dapat dikunjungi oleh orang luar untuk tujuan

penyelidikan dan aktiviti kunjung mengunjung antara rakyat Malaysia.

Seterusnya objektif rukun Negara yang dapat dikaitkan dengan hak tanah ke atas

Orang Asli ialah menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan

yang kaya dengan pelbagai corak. Objektif ini sangat berperlihatkan dengan budaya orang

Asli yang menjadikan kawasan hutan sebagai kawasan petempatan. Adat pindah randah yang

diturunkan kepada generasi masa kini masih diguna pakai bagi sesetengah Kaum Orang Asli.

Hal ini amatlah memperlihatkan bahawa tradisi yang diamalkan berkaitan dengan objektif

rukun Negara ini.

KAITAN ISU DENGAN KONSEP SEJAHTERA

17
Akses kepada kesihatan orang asli juga dapat dikaitkan dengan konsep sejahtera. Hal

ini demikian kerana konsep sejahtera terdapat dalam pernyataan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dengan kata lain pendidikan bertujuan melahirkan insan yang sejahtera.

Sebagai contoh kerajaan mentransformasi penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kualiti

dan menyedia akses sejagat. Hal ini kerana jika akses kepada kesihatan orang asli disediakan

dengan mencukupi kepada golongan tersebut maka mereka akan hidup dalam kesejahteraan.

Melalui konsep sejahtera mikrokosmik iaitu gabungan empat elemen penting seperti

jasmani, hal ini dapat dijelaskan dengan kesihatan tubuh badan masyarakat orang asli tersebut

jika mereka mendapatkan pelbagai akses kesihatan yang disediakan oleh kerajaan. Manakala

emosi yang stabil dapat diterangkan dengan memberikan kaunseling kepada mereka agar

tidak rasa disisihkan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Seterusnya, dari aspek rohani

penyediaan akses kesihatan dapat membantu masyarakat orang asli untuk melakukan ibadah

serta ajaran agama mereka masing-masing dengan mudah.

Akhir sekali iaitu aspek intelektual, jika masyarakat orang asli mempunyai kesihatan

yang baik serta hidup dalam kesejahteraan mereka akan dapat melahirkan masyrakat yang

pandai. Manakala dari aspek makrokosmik atau luaran, akses kesihatan amat penting untuk

masyarakat orang asli agar mereka dapat hidup secara sejahtera. Sejajar itu, aspek ekologi

ialah tentang kehidupan secara semulajadi masyarakat orang asli yang lebih selesa dengan

kehidupan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terjaga dapat membuatkan penduduk

masyarakat orang asli dapat menikmati kehidupan mereka dengan lebih selamat. Akhir

sekali, aspek budaya terhadap akses kesihatan yang disediakan hendaklah selari dengan

budaya masyarakat asli sebagai contoh menggunakan kaedah-kaedah perawatan secara

tradisional menggunakan herba dan akar kayu.

18
Konsep sejahtera yang terdapat dalam adat dan budaya masyarakat orang asli seperti

adat kematian dimana masyarakat orang asli telah mengamalkan kepercayaan turun-menurun

daripada nenek moyong mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat ini perlu

menjaga si mati pada waktu malam dan kemudian ahli keluarga perlu memandikan si mati

dan memakaikan pakaian yang cantik untuk menghiasi si mati. Adat dan kepercayaan ini

selari dengan konsep sejahtera dalam konteks makrokosmik yang dimana masyarkat orang

asli mengamalkan konsep budaya dalam kehidupan seharian mereka dan konteks

mikrokosmik dalam pengurusan diri rohani.

Selain itu, masyarakat orang asli juga mengamalkan adat resam seperti adat kelahiran.

Adat ini dikatakan sebagai adat resam kepada masyarakat orang asli kerana adat ini

memberikan kepercayaan dan pantang larang kepada kaum ibu yang dimana kaum ibu ini

perlu mematuhi segala pantang larang ketika mengandung dan melahirkan zuriat mereka.

Adat ini selari dengan konsep sejahtera yang dimana konsep ini menggalakkan orang asli

meneruskan warisan mereka dan budaya kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, semasa

kaum ibu mengandungkan anak mereka, si bapa tidak boleh membunuh binatang kerana ia

dianggap mengancam nyawa si bapa dan si anak. Tambahan pula, selepas besalin wanita

tersebut perlu pantang selama sebulan dan tidak boleh mendekati suaminya sepanjang

tempoh tersebut. Hal ini, menunjukkan konsep sejahtera memainkan peranan penting dalam

kehidupan masyarakat ini dan ia menjadikan adat ini sebagai budaya dan peraturan yang

harus dipatuhi masyarakat ini dengan slogan “Biar mati anak jangan mati adat”.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, isu hak asasi Orang Asli ini dapat dikaitkan dengan falsafah

metafizik yang membuktikan bahawa Orang Asli juga berhak mendapat hak yang sama rata

dalam mendapatkan keadilan hak tanah mereka. Tambahan lagi, kajian yang kami lakukan ini

19
juga dapat dikaitkan dengan falsafah epistemologi dimana hak pendidikan untuk orang Asli

telah diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah melakukan

pelbagai inisiatif bagi membendung masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli.

Isu ini juga dapat dikaitkan dengan falsafah aksiologi yang mana menerangkan tentang teori

nilai baik atau buruk dan benar atau salah sesuatu perkara seperti Masyarakat Orang Asli

yang mendapat hak kesihatan yang benar dengan bantuan pihak kerajaan. Maka kami dapat

simpulkan disini bahawa hak isu ini berkait rapat dengan setiap falsafah yang dipelajari.

Isu hak asasi Orang Asli ini juga dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, Rukun Negara dan juga Falsafah sejahtera. Sebagai buktinya, isu pendidikan

untuk Orang Asli dan akses kesihatan Orang Asli amat berkait rapat dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan negara. Hal ini dapat dilihat apabila falsafah ini adalah usaha

berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Masyarakat Orang Asli terutamnya anak-anak muda dapat menyeimbangkan diri

dengan adanya pendidikan yang diberikan kepada mereka. Masyarakat Orang Asli dapat

mengetahui bahawa kesihatan yang baik amat penting untuk meneruskan hidup dengan

bahagia. Dengan adanya falsafah ini juga, masyarakat Orang Asli ini dapat belajar cara untuk

menjadi seorang insan yang seimbang dari keempat-empat elemen.

Isu kewarganegaraan dan hak tanah Orang Asli dapat dikaitkan dengan Rukun

Negara. Rukun Negara mempunyai ikrar yang menggariskan lima prinsip Rukun negara yang

dapat menyatukan semua rakyat Malaysia. Prinsip rukun negara jelas kunci kepada

keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia. Isu kewarganegaraan Orang

Asli dapat diselesaikan dengan adanya perlembagaan negara. Perlembagaan negara

merupakan undang-undang tertinggi negara kita. Maka, masyarakat Orang Asli yang

merupakan penduduk asal di negara ini wajar mendapat kewarganegaraan sama seperti

20
masyarakat yang lain. Hak tanah orang Asli juga dapat diselesaikan dengan adanya lima

prinsip Rukun Negara ini.

Falsafah sejahtera pula dapat membantu kami dalam menerangkan akses kepada

kesihatan Orang Asli dan hak mengamalkan budaya dan adat resam. Dengan adanya akses

kesihatan yang baik, masyarakat orang asli dapat menjaga kesihatan mereka dan meneruskan

kehidupan sebagai insan yang berkualiti dan dapat menjalankan kehidupan dengan sejahtera.

Dengan adanya falsafah ini juga, masyarakat Orang Asli dapat mengamalkan budaya adat

resam mereka walaupun berada diera globalisasi ini. Amalan yang masih boleh diguna pakai

dapat diturunkan kepada generasi seterusnya agar sentiasa ingat tentang asal usul mereka.

Secara keseluruhanya, daripada kajian yang kami lakukan, kami mendapati Hak asasi

Orang Asli ini memberikan pengajaran kepada kami bahawa hak yang ada di negara ini

adalah hak bersama selagi termaktub dalam perlembagaan. Kami juga mendapat pengajaran

agar sentiasa untuk tidak menindas hak orang lain. Hal ini kerana ia akan menyebabkan

pertelingkahan kepada pihak yang terlibat dan akan menyebabkan pelbagai provokasi. Maka,

bagi mengelakkan ia berlaku semua pihak haruslah sentiasa memberi peluang kepada semua

pihak untuk bersuara dan mengamalkan ajaran dan pegangan mereka selagi tidak menyalahi

undang-undang negara. Akhir kata, sebagai seorang insan, untuk menjadi insan yang

cemerlang kita haruslah pandai dalam menyeimbangkan elemen-elemen yang telah dipelajari

agar dapat hidup dengan sejahtera di dunia dan di akhirat.

21
RUJUKAN

Malaysia.kini, (27 julai 2019), https://www.malaysiakini.com/news/485643 , Malaysia.kini

blog.

Wikipedia, (8 april 2020) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kewarganegaraan_Malaysia,

Wikipedia Malaysia.

Berita nasiona , (20 Januari 2019), Masyarakat Orang Asli ada hak sama

rata,https://www.sinarharian.com.my/article/8591/BERITA/Nasional/Masyarakat-Orang-

Asli-ada-hak-sama-rata, Berita Nasional.

Mohd Zulkifli Zainuddin, (17 jun 2019), Orang asli tuntut kerajaan negeri warta

tanah,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/575133/orang-asli-tuntut-

kerajaan-negeri-warta-tanah,Berita harian

Wikipedia, (29 oktober 2018),

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_8_Perlembagaan_Malaysia, Wikipedia.

Bernama, (2019) ,Kurang kesedaran sebab Orang Asli tak dapat pendidikan sempurna,

https://www.sinarharian.com.my/article/47109/BERITA/Nasional/Kurang-kesedaran-sebab-

orang-asli-tak-dapat-pendidikan-sempurna, Bernama

Ainol Hamidah binti Ahmad, Saemah Rahman (2018) Persepsi Murid Orang Asli Terhadap Kurikulum

dan Relevansi Dalam Kehidupan,

http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1108.pdf Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Mutakir, 14 januari 2020, Ada negeri tak ikhtiraf tanah adat Orang Asli.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/535099/ada-negeri-tak-iktiraf-tanah-adat-

orang-asli ,myMetro.

22
23

You might also like