You are on page 1of 6

MENGHURAIKAN STATUS BUMIPUTERA SECARA MUDAH – Adakah

Siam adalah Bumiputera?


BRITISH PERPERLULKAN TAKRIF MELAYU SEJAK LEBIH SERATUS TAHUN DULU

Untuk tahu dengan lebih mendalam pasal benda ni, kitorang interview sejarawan negara, Prof Emeritus
Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Menurut Prof Khoo, takrif Melayu diperperlulkan oleh British pada tahun
1913, apabila British masa tu meluluskan Enakmen Tanah Simpanan Melayu.

“Seorang Melayu mestilah beragama Islam, bertutur dalam


bahasa Melayu secara lazim dan mengamalkan adat istiadat
Melayu.” – Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun begitu, menurut Prof Khoo, sebelum Perang Dunia Ke-2 pihak British membahagikan orang
Melayu kepada dua kategori iaitu…

1. The Malays – Mereka yang dah lama berada di Semenanjung Tanah Melayu dan mereka ni
digelar sebagai ‘Rakyat Raja’

2. Other Malaysians – Mereka yang datang dari seberang, kecuali orang Bugis dan Minang (sebab
mereka dah tubuh kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan). Mereka ini bukan ‘Rakyat Raja’.
Malaysia masa tu diertikan sebagai gugusan Kepulauan Melayu.

Malah menurutnya lagi, bila diadakan buat kali pertama Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu pada
1939, Persatuan Melayu Pulau Pinang tidak dijemput kerana persatuan tu ditubuhkan oleh masyarakat
India Muslim. Di Singapura pulak, bila tertubuhnya Kesatuan Melayu Singapura pada 1927, India
Muslim dan orang Arab tidak dibenarkan menjadi ahli.

“Di Singapura sebelum perang (Perang Dunia ke-2) berlaku


banyak perselisihan. Sehinggakan orang Melayu ketika itu
panggil orang India beragama Islam itu sebagai DKK, Darah
Keturunan Keling dan orang Arab pula DKA, Darah Keturunan
Arab. Inilah keadaan sebelum perang.” – Prof Khoo Kay Kim.

Walaupun selepas merdeka, takrifan Melayu dalam Perlembagaan masih lagi berdasarkan apa yang
ditetapkan oleh British dulu. Kerana itulah, apabila seseorang Melayu itu murtad, dia bukan lagi dianggap
sebagai Melayu.

Oleh itu, masyarakat India Muslim boleh diiktiraf sebagai Melayu kerana mereka beragama Islam dan
majoriti mereka bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.

Sebelum Malaysia ditubuhkan pada 1963 dengan penggabungan Sabah dan Sarawak, orang Melayu di
Semenanjung hanya dipanggil sebagai Melayu dengan takrifan yang tadi tu. Tapi selepas penubuhan
Malaysia, Perkara 153 perlembagaan ditambah dengan memasukkan anak negeri Sabah dan Sarawak.
TIDAK ADA ISTILAH BUMIPUTERA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Menurut pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, istilah Bumiputera yang kita selalu dengar tu sebenarnya
tidak ada dalam Perlembagaan. Katanya, istilah Bumiputera hanya muncul bila kerajaan
memperperlulkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an.

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk


melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak
negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan
Perkara ini.” – Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, perkara ni ada diterangkan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor
Abdullah. Menurutnya, selepas Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia, penduduk di
kedua-dua negeri tu diperluli sebagai native atau anak negeri. Tapi selepas itu, istilah anak negeri
diperluli pula sebagai Bumiputera.

Maka dengan itu, perlembagaan mengiktiraf kedudukan istimewa dua kelompok iaitu orang Melayu dan
kaum-kaum Bumiputera. Dalam Perkara 153,perlembagaan memberikan hak-hak istimewa kepada orang
Melayu dan Bumiputera seperti kuota-kuota khas dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen
perniagaan dan kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Takrif bumiputera untuk masuk UiTM. Imej dari ined.uitm.edu.my

Oleh itu, orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak boleh ditakrifkan sebagai Bumiputera. Walaupun
begitu, menurut Prof Khoo, masih ada perkara yang membeza dua kelompok ini, antaranya:

1. Seorang Melayu mestilah beragama Islam.

2. Seorang Bumiputera tidak semestinya beragama Islam dan jika mereka memeluk Islam serta
seterusnya berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, mereka boleh diiktiraf sebagai
Melayu.

3. Walaupun Melayu itu Bumiputera, tapi Tanah Rizab Melayu masih lagi tidak boleh dijual atau
dibeli oleh orang Bumiputera kerana ia hanya khas untuk orang Melayu mengikut peraturan-
peraturan setiap negeri.

4. Masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah simpanan mereka di negeri
masing-masing.
ORANG ASLI BUKAN BUMIPUTERA?

Kita tadi dah cerita pasal takrif Melayu dan Bumiputera. Tapi muncul pulak persoalan tentang kedudukan
Orang Asli sama ada komuniti ini diiktiraf sebagai Bumiputera atau tidak. Ini kerana, pada 2010, bekas
Menteri, Zaid Ibrahim ada mendedahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan
orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sebagai Bumiputera. Manakala, Orang Asli tidak termasuk
dalam senarai ini.

“Hanya ‘ Malays and the Natives of Sabah and Sarawak’


dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di
negara ini,… Sepatutnya merekalah orang yang paling layak
sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera
bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.” –
Zaid Ibrahim. Dipetik dari Malaysiakini.

Dalam hal ini, Datuk Mohd Noor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan) ada menerangkan sesuatu.
Katanya, Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli
juga adalah aborigin bagi Semenanjung. Manakala, di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli, tapi
semua penduduknya adalah native atau Bumiputera.

Jadi, apa beza antara aborigin dan pribumi. Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan pribumi pula
adalah mereka yang dilihat bersesuaian dengan keadaan sekeliling mereka seperti orang Melayu.

Walaupun begitu, sehingga kini Orang Asli masih lagi belum diiktiraf sebagai Bumiputera dalam
perlembagaan tetapi hanya diperluli sebagai Orang Asal.

“Tentang Orang Asli, memang telah ditetapkan mereka akan


dipanggil sebagai Orang Asal. Hak mereka tetap sama dengan
Bumiputera, cuma Bumiputera itu digunakan untuk pribumi di
Sabah dan Sarawak.” – Prof Khoo Kay Kim.

Oleh itu, walaupun Orang Asal/Asli tidak disebut dalam perlembagaan secara jelas sebagai Bumiputera,
tapi hak mereka tetap sama seperti mana yang masyarakat Bumiputera dapat. Apatah lagi mereka adalah
Orang Asal yang menetap di negara ini.
KOMUNITI BABA NYONYA DAN CHETTI JUGA PERNAH MINTA STATUS BUMIPUTERA

Sebelum ni, masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya juga pernah minta kerajaan supaya iktiraf
mereka sebagai Bumiputera. Ini kerana, kebanyakan mereka masih lagi bercakap dalam bahasa Peranakan
iaitu gabungan bahasa Melayu dan dialek Cina tertentu.

“Dengan status itu (Bumiputera), kami berharap bahawa


sejarah dan budaya kami yang kaya sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka akan diberikan pengiktirafan yang sebetulnya.”
– Ronald Gan, Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia.
Dipetik dari The Star.

Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan masih lagi belum kata apa-apa pasal hal ini. Walaupun begitu,
usaha ni pernah dapat sokongan dari Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Selain tu, ada juga masyarakat yang dikatakan layak mendapat status Bumiputera, iaitu masyarakat Chetti
di Kampung Chetti, Melaka. Masyarakat ini terhasil dari perkahwinan lelaki Chetti (kaum India) dengan
wanita Melayu, Cina dan Nyonya.

Menurut laporan, masyarakat Chetti ada memohon supaya mereka diiktiraf sebagai Bumiputera. Tapi
nampaknya, permohonan itu ditolak. Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ada bagi nasihat
supaya mereka tidak berputus asa dalam membuat permohonan tersebut.

Sebelum ini, ada juga yang mengatakan masyarakat keturunan Portugis telah diiktiraf sebagai
Bumiputera. Tapi rupa-rupanya, masyarakat ini masih lagi belum diiktiraf sebagai Bumiputera. Ini
kerana, mereka sebenarnya hanya berjaya dapat peluang untuk melabur dalam Amanah Saham
Bumiputera (ASB), masa Dr Mahathir jadi Perdana Menteri. Masyarakat Siam, Portugis, Muallaf dan
India Muslim juga dibolehkan melabur dalam Amanah Saham Nasional Bumiputera. Klik imej untuk
baca lebih lanjut.
MASYARAKAT SIAM DIIKTIRAF STATUS BUMIPUTERA

Berbeza dengan masyarakat Siam, kabinet sebelum ini dah buat keputusan untuk mengiktiraf masyarakat
ini sebagai Bumiputera. Banyak juga IPTA yang dah terima masyarakat Siam masuk kerana status
Bumiputera mereka. Walaupun begitu, masih terdapat kekeliruan di peringkat agensi kerajaan dalam hal
ini.

“Dengan pengiktirafan ini, kami berharap benar untuk


menikmati hak sebagai Bumiputera. Tetapi nampaknya, bukan
itu yang terjadi kerana sehingga kini, masih banyak jabatan dan
agensi kerajaan yang kata masyarakat Siam bukan
Bumiputera.” – Senator Datuk Seri Boon Som a/l Inong. Dipetik
dari Sinar Harian.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz ada arahkan supaya semua jabatan
kerajaan memberikan layanan dan keistimewaan Bumiputera kepada masyarakat Siam di negara ini. Ini
kerana, pengiktirafan tu dah pun diberikan oleh kerajaan.

Pengiktifaran Bumiputera masih lagi diperingkat kerajaan pusat dan belum sampai pindaan
perlembagaan

Seperti yang dikatakan tadi, Perlembagaan Persekutuan masih lagi meletakkan orang Melayu dan anak
negeri Sabah dan Sarawak sebagai mereka yang mendapat keistimewaan. Kerajaan juga nampaknya
belum ada niat nak pinda perlembagaan sebab ia dah pasti memerlukan dua per tiga majoriti di Dewan
Rakyat.

“…dalam perlembagaan hanya menyebut orang Melayu dan


etnik di Sabah dan Sarawak sebagai Bumiputera, jadi kita perlu
meminda perlembagaan dan sekarang kita tidak ada dua per
tiga (majoriti di Dewan Rakyat), maka tidak boleh pinda
perlembagaan.” – Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri. Dipetik dari Utusan Malaysia ( 24/06/2012).

Bagaimanapun, Nazri Aziz juga pernah kata yang perkara ni sebenarnya hanya sentuh soal persuratan
sahaja. Tapi apa yang lebih penting kerajaan pusat telah membuat pengiktirafan Bumiputera kepada
masyarakat tertentu. Oleh itu, pihak agensi kerajaan perlu melayan golongan yang diberikan status
Bumiputera ini sesuai dengan keistimewaan yang Bumiputera perlu dapat. Tapi kalau ada pertikaian
tentang pemberian status ini, kita perlulah merujuknya kepada pihak kehakiman untuk membuat
keputusan.

“Di negara ini sekarang, kita mengamalkan sistem pengasingan


kuasa. Parlimen hanya ada hak untuk meluluskan undang-
undang. Kemudian ada badan eksekutif, ia diketuai oleh cabinet,
eksekutif hanya mempunyai satu tugas iaitu menguatkuasakan
undang-undang yang sudah diluluskan. Tetapi bila timbul
masalah tentang tafsiran undang-undang, hanya bahagian
kehakiman ada hak membuat keputusan. Dalam hal ini, jika
timbul masalah, perlu pergi ke mahkamah. Mahkamah akan
tetapkan takrifnya.” – Prof Khoo Kay Kim.
Baru-baru ni, Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) menuntut kerajaan supaya
mewartakan komuniti itu sebagai bumiputera, mendirikan satu mercu tanda India Muslim di Putrajaya
(atau Kuala Lumpur) dan melantik seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan
hal ehwal komuniti tersebut.

Jadinya, pihak kerajaan yang diwakili oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersetuju untuk mengkaji
tuntutan tersebut termasuklah dalam mengiktiraf masyarakat India Muslim di negara ini sebagai
Bumiputera.

Tapi sekarang ni timbul pulak persoalan, boleh ke mana-mana komuniti diiktiraf sebagai Bumiputera?
Apa beza Bumiputera dengan Melayu? Apa syarat-syarat nak jadi Bumiputera dan Melayu?

By Azar Ishak
Posted on July 24, 2017

UPDATE: Pada akhir Mei 2019 lepas, persatuan Malabari Muslim Jama’at (MMJ) meminta kerajaan
mempertimbangkan status Bumiputera kepada masyarakat itu. Presidennya, Abu Bakar Koyakutty
berkata, etnik tu dah berada di sini sejak zaman Kesultanan Melaka lagi dan ketiadaan status tu
membuatkan mereka tak dapat keistimewaan sebagai Bumiputera.

You might also like