You are on page 1of 57

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh
jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer
KOLEKSI SOALAN DAN JAWAPAN
tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas
ESEI EKONOMI 1 STPM
BAB 1 – BAB 5
dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
DISEDIAKAN OLEH:
PN. NORHAYATI BT ISMAIL
SMK SULTAN IBRAHIM (2), PASIR MAS,
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio
KELANTAN

pasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty
uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrty
uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc
BAB 1 PENGENALAN

1. (a) Huraikan sumber-sumber ekonomi / faktor pengeluaran yang digunakan dalam


proses pengeluaran. [8]

Sumber ekonomi terdiri daripada:

i. Tanah
Tanah merangkumi segala anugerah alam semula jadi yang ada di permukaan
bumi atau di dalam perut bumi seperti hasil hutan dan galian.
Penawaran tanah adalah tetap.
Ganjaran kepada tanah ialah sewa.

ii. Buruh
Buruh adalah tenaga kerja yang memberi sumbangan dari segi fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran.
Buruh mempunyai mobiliti tempat kerana mudah dipindahkan.
Ganjaran kepada buruh ialah upah.

iii. Modal
Modal ialah alat fizikal ciptaan manusia seperti alat jentera.
Digunakan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam proses
pengeluaran.
Ganjaran kepada modal ialah bunga atau faedah.

iv. Usahawan
Individu yang menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan.
Usahawan sanggup menanggung risiko ketidakpastian.
Ganjaran kepada usahawan ialah untung.

(b) Bagaimanakah teknologi mempengaruhi sumber ekonomi? [2]

Teknologi menyebabkan daya pengeluaran meningkat iaitu dengan jumlah sumber


ekonomi yang sama lebih banyak barang dapat dihasilkan.

Teknologi mengurangkan kos pengeluaran.

2
2. Berdasarkan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan antara:

(a) barang percuma dengan barang ekonomi [5]

i. Barang percuma ialah barang yang penawarannya tidak terhad. Contoh air laut.

Manakala barang ekonomi penawarannya terhad. Contoh kereta.

ii. Penggunaan barang percuma tidak melibatkan kos lepas dan harga. Contoh air laut
boleh diperoleh dan digunakan sebanyak mungkin tanpa perlu mengorbankan barang lain
dan nilainya tiada sebutan harga.

Penggunaan barang ekonomi melibatkan kos lepas dan harga. Contoh apabila sumber
ekonomi digunakan untuk mengeluarkan kereta maka ia tidak dapat digunakan untuk
mengeluarkan barang lain. Kereta mempunyai harga

(b) barang awam dengan barang persendirian [5]

i. Barang awam ialah barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian iaitu semua orang boleh
menggunakannya. Contoh lampu jalan.

Manakala barang persendirian mempunyai sifat kekecualian iaitu orang yang mampu membayar
sahaja yang boleh menggunakannya. Contoh rumah.

ii. Barang awam disediakan secara percuma oleh kerajaan untuk meningkatkan kebajikan
masyarakat.

Sebaliknya barang persendirian disediakan oleh firma dengan tujuan untuk memaksimumkan
keuntungan.

3. (a) Udara dan air paip merupakan dua jenis barang yang diperlukan oleh masyarakat.
Jelaskan tiga perbezaan antara dua barang tersebut. [6]

Tiga perbezaan antara udara dengan air paip ialah:

i. Harga -udara tidak mempunyai harga kerana udara tidak mempunyai sebarang kos
pengeluaran,manakala air paip pula mempunyai harga sebab air paip melibatkan kos
pengeluaran.

ii. Jenis barang -udara merupakan barang percuma, manakala air paip merupakan barang
ekonomi.

iii. Penawaran -penawaran udara adalah tidak terhad kerana ia anugerah Allah manakala
penawaran air paip adalah terhad kerana sumber ekonomi yg terhad dan melibatkan kos.

3
4. (a) Huraikan dua peranan usahawan. [4]

i. Membuat keputusan

Contoh menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan menentukan gabungan
faktor pengeluaran tanah, buruh dan modal untuk mengeluarkan sesuatu barang.

ii. Melibatkan diri dalam melakukan inovasi atau reka cipta baru.

Contoh membaiki teknik dan mutu pengeluaran

iii. Menanggung risiko

Iaitu ketidakpastian atau kerugian dalam pasaran

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma,
barang ekonomi dan barang awam. [6]

Barang percuma ialah barang yang diperoleh tanpa melibatkan kos pengeluaran atau tiada
kos lepas kerana ia adalah anugerah Allah. Contoh udara.

Barang ekonomi ialah barang yang mempunyai penawaran yang terhad atau ada kos
lepas. Contoh kereta.

Barang awam ialah barang yang penggunaannya tiada prinsip pengecualian iaitu semua
orang boleh menggunakannya. Contoh taman rekreasi.

5. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak mencukupi kerana sumber
ekonomi yang terhad. Bincangkan. [10]

Sumber ekonomi atau faktor pengeluaran adalah input bagi pengeluaran barang dan
perkhidmatan. Sumber ekonomi terdiri daripada tanah, modal, buruh dan usahawan dan ia bersifat
kekurangan atau terhad.

Maka wujud masalah pilihan di mana firma terpaksa memilih untuk mengeluarkan barang yang
paling menguntungkan. Maka barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan tidak dapat memenuhi semua
kehendak masyarakat .

Masyarakat juga perlu memilih kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu untuk
kegunaan sekarang dan kemudian.

Pilihan menyebabkan suatu barang dihasilkan dengan banyak dan barang lain dihasilkan secara
berkurangan.

Proses pilihan ini akan memaksimumkan utiliti bagi pengguna dan memaksimumkan keuntungan
bagi pengeluar.

4
Akibat daripada pilihan yang dibuat oleh masyarakat maka wujud masalah kos lepas. Kos lepas
ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk memilih barang yang terbaik.

6 (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [2]

Masalah asas ekonomi wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi
untuk mengeluarkan barang iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan adalah terhad.

(b). Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sebuah negara [8]

Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sebuah ekonomi ialah:

(i) Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan

Merujuk kepada jenis barang dan kuantiti sesuatu barang yg hendak dikeluarkan. Ini bergantung
kepada permintaan dan penawaran.

(ii) Bagaimana barang hendak dikeluarkan

Merujuk kpd pemilihan teknik pengeluaran yang paling cekap untuk mengeluarkan sesuatu
barang, iaitu sama ada menggunakan intensif buruh atau intensif modal untuk meminimumkan
kos pengeluaran atau memaksimumkan keuntungan .

(iii) Untuk siapa barang dikeluarkan

Merujuk kepada pengagihan barang atau pihak mana akan mendapatkan sesuatu barang. Ia
bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli pengguna. .

#Jika soalan mengaitkan masalah asas untuk pengeluaran sesuatu barang (ada nama
barang)yg disebut dalam soalan, mesti sebut nama barang itu dalam jawapan

7. Dengan menggunakan gambar rajah berangka, terangkan bagaimana bentuk keluk


kemungkinan pengeluaran dipengaruhi oleh

(a) kos lepas meningkat [5]

(b) kos lepas malar [5]

5
(a).

Barang Y (unit)
A
100

90 B

60 C

D
0 Barang X (unit)
1 2 3

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kos lepas meningkat iaitu bagi setiap
unit tambahan pengeluaran satu barang, kuantiti suatu barang lain yang dilepaskan semakin
banyak.

Katakan ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit barang X . Maka, 10 unit barang Y perlu
dilepaskan yg ditunjukkan oleh peralihan titik A ke titik B.

Seterusnya ekonomi ingin menambah 1 unit lagi barang X iaitu ke-2 unit. Maka,
ekonomi terpaksa melepaskan lebih banyak barang Y iaitu 30 unit seperti ditunjukkan oleh
peralihan dari titik B ke C.

Begitu juga penambahan barang X dari 2 unit ke 3 unit, semakin banyak barang Y
dilepaskan iaitu 60 unit.

Kos lepas meningkat menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.

6
(b) Barang Y (unit)

A
10

5 B

C
Barang X (unit)
0 1 2

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kos lepas malar iaitu bagi setiap unit tambahan
pengeluaran satu barang, kuantiti suatu barang lain yang dilepaskan adalah sama/tetap.

Katakan ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit barang X . Maka, ekonomi terpaksa melepaskan 5
unit barang Y seperti ditunjukkan oleh peralihan dari titik A ke titik B.

Jika ekonomi ingin menambah 1 unit lagi barang X ke 2 unit. Maka barang Y yang dilepaskan
juga sama banyak iaitu 5 unit.

Kos lepas malar menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran bergaris lurus.

8. (a) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran dan nyatakan andaian-andaian


untuk menerbitkan keluk tersebut. [4]

Keluk kemungkinan pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan jumlah maksimum


kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi secara
cekap pada tingkat teknologi tertentu.

Andaian-andaian:

i. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang


ii. Tingkat teknologi adalah tetap
iii. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
iv. Faktor pengeluaran adalah tetap

7
(b) Dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran jelaskan konsep
kekurangan, pilihan dan kos lepas. [6]

Barang Y (unit)
A

Y2 B *E

Y1 C

D
0 Barang X (unit)
X1 X2
Kekurangan berlaku akibat daripada sumber ekonomi yang terhad sedangkan kehendak tidak
terhad. Ini bermaksud tidak semua barang dapat dihasilkan dalam ekonomi.

Ekonomi hanya dapat mengeluarkan salah satu kombinasi pengeluaran pada titik A hingga D.
Masalah kekurangan ditunjukkan oleh titik di luar keluk kemungkinanpengeluaran, contoh titik E
iaitu pengeluaran yang tidak dapat dicapai.

Pilihan berlaku akibat masalah kekurangan.Masalah pilihan ditunjukkan oleh titik-titik


kombinasi pengeluaran di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran iaitu titik A hingga D.

Kos lepas wujud akibat pilihan yang dilakukan iaitu sejumlah barang yang terpaksa dilepaskan
untuk menambah pengeluaran barang lain. Contoh untuk mengeluarkan X1X2 unit barang X maka
sebanyak Y2Y1 unit barang Y dilepaskan.

9. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kewujudan pengangguran, pertumbuhan


ekonomi dan agihan barang dalam suatu ekonomi. [10]

Barang Y (unit)

H
A
10

9 B

E
6 C

D J
0 Barang X (unit)
1 2 3
Pengangguran berlaku akibat kombinasi pengeluaran yang tidak cekap. Ia ditunjukkan oleh
titik-titik di bawah keluk kemungkinan pengeluaran. Contoh pada titik E di mana kombinasi

8
pengeluaran ialah I unit barang X dan 6 unit barang Y. Jika pengeluar ingin mengeluarkan pada
titik C, tiada barang yang perlu dikurangkan. Ini bererti sumber ekonomi belum digunakan
sepenuhnya. Ini menunjukkan berlaku pengangguran.

Pertumbuhan ekonomi menyebabkan pengeluaran barang bertambah. Pertambahan dalam


pengeluaran kedua-dua barang ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran ke
atas iaitu dari AD ke HJ. Ia boleh berlaku misalnya kesan daripada kemajuan teknologi.

Agihan barang ditunjukkan oleh titik-titik pengeluaran di atas suatu keluk kemungkinan
pengeluaran. Misalnya pada titik A hanya barang Y yang dikeluarkan manakala pada titik B kedua-
dua barang X dan Y dikeluarkan. Agihan barang bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh
masyarakat dan sumber ekonomi yang ada.

10 (a) Terangkan tiga ciri sistem ekonomi Islam. [6]

Tiga ciri sistem ekonomi Islam ialah:

i. Sistem membuat keputusan

Pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan ekonomi.


Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga.
Kerajaan tidak campur tangan selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam

ii. Sistem insentif

Matlamat kegiatan ekonomi ialah untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Pihak
swasta dibenarkan mendapat keuntungan tetapi mesti berlandaskan syariat Islam

iii. Sistem pemilikan

Sumber ekonomi adalah hak milik Allah swt dan individu hanya pemegang amanah.
Individu dan pihak swasta bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran asalkan
aktiviti ekonomi tidak bertentangan dengan hukum Islam.

(b) Terangkan dua perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan ekonomi
perancangan pusat. [4]

Dua perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas (EPB) dengan ekonomi perancangan
pusat (EPP) ialah :

i. Pemilikan sumber

EPB ; individu bebas memiliki sumber ekonomi tetapi/sebaliknya/manakala dalam

EPP pihak pemerintah/kerajaan yang memiliki semua sumber ekonomi

9
ii. Agihan barang dan perkhidmatan

EPB; individu yang mempunyai kemampuan membayar bebas memiliki sebanyak


mana barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan; tetapi/sebaliknya/manakala
dalam EPP pihak kerajaan akan menentukan agihan barang dan perkhidmatan.

11. Terangkan tiga ciri yg membezakan sistem ekonomi campuran dengan sistem ekonomi
pasaran bebas. [10]

Tiga ciri membezakan sistem EC dengan sis EPB ialah:

i. Sistem pemilikan

Dalam sistem ekonomi campuran (SEC) terdapat pemilikan persendirian (swasta) dan pemilikan
awam (kerajaan). Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran dan harta
persendirian. Manakala ada sumber tertentu dimiliki kerajaan.

Manakala dalam sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB) semua faktor pengeluaran dimiliki oleh
pihak persendirian. Mereka bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran untuk
mencapai matlamat masing-masing.

ii. Sistem membuat keputusan

a. Peruntukan sumber
Dalam SEC pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan ekonomi.
Keputusan ekonomi pihak swasta ditentukan oleh mekanisme harga yang akan menentukan
corak peruntukan sumber. Kerajaan akan mengawal melalui undang-undang.

Dalam SEPB, peruntukan sumber ditentukan sepenuhnya oleh mekanisme harga.

b. Agihan pendapatan
Dalam SEC, agihan pendapatan lebih setara . Contoh cukai dikenakan kepada golongan
kaya.
Dalam SEPB agihan pendapatan tidak setara kerana ditentukan oleh jumlah faktor
pengeluaran yang dimiliki. Semakin banyak faktor pengeluar semakin banyak pendapatan

iii. Sistem insentif

Dalam SEC pihak swasta dibenarkan mencari dan menggunakan kekayaan untuk mencapai
matlamat masing-masing. Terdapat unsur insentif yang mendorong mereka. Kerajaan juga
didorong untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.

Dalam SEPB, terdapat pelbagai insentif yang mendorong individu dan firma berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat masing-masing kerana mereka mempunyai
kebebasan sepenuhnya.
10
12. Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah:

(a) penggunaan sumber [3]

Menggunakan sumber yang sedikit tetapi menghasilkan keluaran yang banyak.


Menggunakan sumber dengan cekap iaitu pada kos yang paling rendah dengan matlamat
untuk memaksimumkan keuntungan.

(b) pengeluaran barang [4]

Apa barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga/pasaran.


Mengeluarkan barang yang mempunyai permintaan tinggi dari pengguna. Manakala
penawaran barang ditentukan oleh kos pengeluaran. Barang yang kos pengeluarannya
minimum akan dikeluarkan dengan lebih banyak.
Kombinasi kedua-dua keadaan di atas akan menentukan berapa banyak barang hendak
dikeluarkan.

(c) pengagihan barang kepada masyarakat [3]

Bergantung kepada kuasa beli pengguna.


Kuasa beli bergantung pada pendapatan yang diperoleh.
Lebih tinggi pendapatan lebih banyak barang yang dimiliki.

13. (a) Terangkan dua kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas. [4]

i. Mementingkan kebajikan individu.

Setiap individu bebas membuat keputusan ekonomi untuk memaksimumkan kepuasan masing-
masing.

ii. Menggalakkan perkembangan teknologi dan rekacipta baru

Persaingan menggalakkan perkembangan teknologi dan penciptaan barang baru di pasaran.


Daya pengeluaran meningkat dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

(b) Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas
ekonomi. [6]

i. Apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan

Ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. Pengguna
menentukan apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan melalui permintaannya. Barang
yang permintaannya tinggi akan dikeluarkan dengan lebih banyak oleh firma.

ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan

11
Pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran untuk mengeluarkan barang. Pengeluar akan
memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan
keuntungan.

iii. Untuk siapa barang dikeluarkan

Diselesaikan melalui agihan pendapatan dan kuasa beli.


Kuasa beli bergantung pada pendapatan yang diperoleh.
Lebih tinggi pendapatan seseorang maka lebih banyak barang yang dimiliki.

14. Jelaskan lima alasan /sebab/faktor campur tangan kerajaan dalam pasaran. [10]

Lima alasan campurtangan kerajaan dalam pasaran

i. Menyediakan barang awam


Sistem pasaran gagal menyediakan brg awam kerana tidak menguntungkan
Kerajaan dapat meningkatkan kebajikan masyarakat dgn menyediakan brg awam

ii. Mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi


Kegiatan ekonomi dirancang dengan rapi. Contoh melalui dasar fiskal dan dasar kewangan
untuk elak masalah inflasi dan kemelesetan.

iii. Memastikan agihan pendapatan yang lebih adil


Mengurangkan pendapatan golongan kaya dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi dan
mengagihkan hasil kerajaan melalui subsidi dan bantuan kebajikan kpd golongan miskin.

iv. Mengawal eksternaliti negatif


Melalui peraturan dan undang-undang tertentu kerajaan mengawal aktiviti firma yang
boleh memudaratkan masyarakat seperti pencemaran alam sekitar.

v. Mengawal wujudnya monopoli


Monopoli menyebabkan berlakunya kenaikan harga dan keluaran berkurang di pasaran.
Melalui kawalan kerajaan kebajikan masyarakat dapat dipertingkatkan.

15. Terangkan lima alasan mengapa sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB) tidak diamalkan
sepenuhnya oleh kebanyakan negara . (keburukan/kelemahan SEPB) [10]

a. Tiada pengeluaran barang awam


Firma bermatlamatkan keuntungan, sedangkan barang awam tidak menguntungkan

b. Wujud ketidakstabilan ekonomi


Ekonomi sering meleset atau melambung
c. Agihan pendapatan yang tidak adil
Kerajaan tidak campurtangan menyebabkan jurang pendapatan yang luas

12
d. Mewujudkan monopoli
Persaingan bebas boleh mewujudkan monopoli yang mendatangkan banyak keburukan
spt harga barang tinggi

e. Kesan eksternaliti negative


Firma utamakan keuntungan dan mengabaikan kesan luaran yang negatif

16. Huraikan lima bentuk kawalan langsung kerajaan @ campurtangan kerajaan untuk
mempengaruhi harga dan kuantiti keluaran sesuatu barang. [10]

Lima bentuk kawalan langsung kerajaan utk mempengaruhi hrg & kuantiti brg ialah;

i. Dasar harga maksimum


Penetapan tingkat harga yang lebih rendah dari harga pasaran
Tujuannya untuk mengawal kenaikan harga barang bagi menjamin kebajikan
pengguna.
Harga lebih rendah dan kuantiti keluaran berkurang

ii. Dasar harga minimum


Penetapan tingkat harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Tujuannya untuk menjamin pendapatan pengeluar yang lebih stabil.
Keluaran di pasaran bertambah.

iii. Subsidi
Bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar untuk mengurangkan kos pengeluaran
Penawaran barang meningkat dan harga turun

iv. Cukai
Dikenakan ke atas keluaran firma. Tujuannya untuk mengurangkan penggunaan
sesuatu barang dan memberi hasil kepada kerajaan.
Kesannya, Penawaran barang berkurang dan harga meningkat

v. Kuota
Kuantiti maksimum pengeluaran/penawaran sesuatu barang.
Bertujuan untuk menghadkan kuantti sesuatu barag di pasaran.
Harga akan meningkat, kuantiti berkurang

13
BAB 2 PASARAN BARANG DAN HARGA

1 (a) Terangkan perbezaan antara permintaan dengan penawaran. [4]

Permintaan ialah kuantiti barang yang sanggup diminta @ dibeli oleh pengguna pada suatu
tingkat harga tertentu.

Penawaran ialah kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar pada suatu tingkat
harga tertentu.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan harga barang
itu sendiri mempengaruhi kuantiti diminta suatu barang. [6]

Harga

P1

P0

P2

D
Kuantiti
0 Q1 Q0 Q2

Harga asal Po dan kuantiti Qo.

Apabila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1.

Apabila harga turun dari P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke Q2.

#Jika soalan berkaitan dgn hukum permintaan, guna g/rajah yg sama dan huraian yg sama, Cuma
jelaskan tentang hukum permintaan dahulu sebelum huraian g/rajah

2. (a) Terangkan tiga sebab mengapa keluk permintaan bercerun negatif @ harga dan kuantiti
diminta berhubungan secara negatif. [6]

i. Kesan pendapatan benar

Jika harga suatu barang naik, dengan pendapatan yang sama maka kuantiti yang akan diminta/dibeli
berkurang kerana pendapatan benar merosot.

ii. Kesan penggantian

14
Apabila harga suatu barang meningkat, pengguna akan beralih membeli barang pengganti yang
secara relatif lebih murah. Maka permintaan barang tersebut berkurang apabila harganya naik.

iii. Kesan utiliti sut berkurangan


Apabila penggunaan suatu barang meningkat maka utiliti sut (kepuasan) barang itu jatuh. Maka
harga yang sanggup dibayar oleh pengguna berkurangan. Oleh sebab itu, apabila harga suatu
barang jatuh, kuantiti diminta berkurang.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan daging ayam
apabila

i. harga daging ayam meningkat [5]

Harga

P1 b

P0 a

D
Kuantiti
0 Q1 Q0

Harga asal daging ayam ialah P0 dan kuantitinya Q0.

Apabila harga daging ayam meningkat iaitu dari P0 ke P1 maka permintaan terhadap daging ayam
berkurang iaitu dari Q0 ke Q1.

Keluk permintaan tidak beralih tetapi berlaku penguncupan permintaan yang ditunjukkan oleh
peralihan titik a ke b.

ii. tiba musim perayaan [5]

Harga D1
D

P0

D1
D
Kuantiti
0 Q0 Q1

15
Harga asal daging ayam ialah P0 dan kuantitinya Q0.

Apabila tiba musim perayaan maka permintaan terhadap daging ayam bertambah .

Keluk permintaan beralih dari DD ke D1D1 dan kesannya kuantiti permintaan daging ayam
bertambah dari Q ke Q0 (berlaku pertambahan permintaan daging ayam)

3. (a) Terangkan konsep perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan. [4]

Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan perubahan harga barang itu sendiri.
Ia melibatkan peralihan titik di atas keluk permintaan yang sama.

Perubahan permintaan pula berlaku disebabkan perubahan factor-faktor penentu permintaan


yang lain selain daripada harga barang itu sendiri.
Berlaku peralihan keluk permintaan ke kiri atau kanan.

#Jika soalan berbantukan g/rajah guna g/rajah di soalan 2 b (i) di atas untuk perubahan
kuantiti diminta dan g/rajah di soalan 2 b (ii) untuk perubahan permintaan.

# Mesti ada huraian g/rajah

(b) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan berlaku peningkatan permintaan suatu
barang. [6]

Tiga faktor peningkatan permintaan:

i. Kenaikan harga barang pengganti

Permintaan untuk suatu barang akan meningkat, apabila harga barang


penggantinya meningkat. Ini kerana pengguna akan beralih membeli barang yg
harganya relatif lebih murah.

ii. Penurunan harga barang penggenap

Jika harga barang penggenapnya turun, permintaan untuk suatu barang


meningkat kerana permintaan untuk barang penggenapnya telah meningkat.

iii. Peningkatan pendapatan pengguna

Peningkatan pendapatan pengguna akan meningkatkan permintaan pengguna


terhadap barang kerana kemampuan berbelanja meningkat.

16
iv. Peningkatan cita rasa

Jika cita rasa pengguna terhadap sesuatu barang meningkat iaitu pengguna
semakin menggemari suatu barang, maka permintaan untuk barang tersebut akan
meningkat

v. Jangkaan harga barang akan naik

Jika pengguna menjangkakan harga barang akan naik , maka pengguna akan
meningkatkan permintaan pada masa kini untuk mengelakkan daripada membayar
harga yang lebih mahal kemudian.

# Jika soalan – mengapa permintaan menurun…terbalikkan fakta dan huraian

# Jika ada nama barang, mesti masukkan dalam jawapan

4 Terangkan lima faktor yang menghalang peningkatan penawaran /mengurangkan penawaran


suatu barang. [10]

i. Harga input meningkat


Kesannya kos pengeluaran meningkat.
Firma mengurangkan kuantiti keluaran maka penawaran berkurang

ii. Teknologi usang


Penggunaan teknologi yang usang @ lama menyebabkan daya pengeluaran jatuh. Jumlah keluaran
merosot. Maka penawaran berkurang.

iii. Dasar kerajaan meningkatkan cukai


Maka kos pengeluaran meningkat, penawaran berkurang.

iv. Dasar kerajaan mengurangkan subsidi


Maka kos pengeluaran meningkat, penawaran berkurang.

v. Jangkaan harga barang akan naik


Maka firma mengurangkan penawaran sekarang untuk memaksimumkan keuntungan pada
masa depan

# Jika soalan – mengapa penawaran meningkat…terbalikkan fakta dan huraian

17
5 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit
akibat kenaikan harga minyak kacang soya. [6]
Harga
S1
S0

P0

S1 S0
Kuantiti
0 Q1 Q0

Kuantiti penawaran asal minyak kelapa sawit ialah Q0.


Minyak kacang soya adalah barang pengganti kepada minyak kelapa sawit.
Jadi apabila harga minyak kacang soya meningkat maka pengeluar minyak kelapa sawit akan
beralih mengeluarkan minyak kacang soya.
Ini menyebabkan penawaran minyak kelapa sawit berkurang dan keluk penawarannya beralih dari
S0S0 ke S1S1.
Kesannya kuantiti penawaran minyak kelapa sawit berkurang dai Q0 ke Q1.

6 (a) Apakah maksud keseimbangan pasaran? [2]


Keseimbangan pasaran ialah keadaan di mana kuantiti yang diminta sama dengan kuantiti
ditawar pada tingkat harga tertentu.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran


barang. @ terangkan proses keseimbangan pasaran tercapai apabila berlaku
lebihan permintaan dan lebihan penawaran [8]

Harga

D0 S0

a b
P1
E0
P0

P2
c d

S0
D0

Kuantiti
0 Q1 Q0 Q2
18
Keseimbangan pasaran berlaku pada titik E0, apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk
penawaran dengan harga keseimbangan ialah P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.

Pada harga P1 berlaku lebihan penawaran sebanyak ab. Harga akan turun. Proses ini berterusan
sehingga keseimbangan dicapai pada E0.

Pada harga P2 berlaku lebihan permintaan sebanyak cd. Harga akan naik. Proses ini berterusan
sehingga keseimbangan dicapai pada E0.

7 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan suatu barang apabila upah buruh meningkat. [5]
Harga
Harga
S1
S0
D0

P1 E1

P0 E0

S1

S0 D0
1
0 Kuantiti
Q1 Q0
0
Keseimbangan asal pada E0 apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran
dengan harga dan kuantiti keseimbangan ialah P0 dan Q0

Apabila upah buruh meningkat, kos pengeluaran meningkat, penawaran berkurang. Maka
keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1.

Keseimbangan baru dicapai di E1. Kesannya harga keseimbangan meningkat dari P0 ke


P1 dan kuantiti keseimbangan berkurang dari Q0 ke Q1.

19
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan kereta Proton jika harga kereta dijangka turun. [5]
Harga

D0 S0
D1

P0 E0

P1 E1

S0
D0
D1
Kuantiti
0
Q1 Q0

Keseimbangan asal kereta proton pada E0 apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk
penawaran @ apabila permintaan sama dengan penawaran. Harga keseimbangan Po dan kuantiti
keseimbangan Q0.

Apabila harga kereta dijangka turun, maka pengguna mengurangkan permintaan terhadap
kereta Proton sekarang. Maka permintaan jatuh. Keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1.

Keseimbangan baru dicapai di E1. Kesannya harga keseimbangan proton turun dari P0 ke
P1 dan kuantitinyaberkurang dari Q0 ke Q1.

20
8. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada
keseimbangan pasaran kereta tempatan kesan tindakan kerajaan menaikkan cukai import
kereta yang kadarnya lebih besar berbanding pengurangan cukai ke atas pengeluar. [10]

Harga
S0
D1 S1

D0

P1 E1
P0 E0

S0 D1
S1 D0
Kuantiti
0 Q0 Q1

Keseimbangan asal kereta tempatan pada E0 apabila permintaan sama dengan penawaran. Harga
Po dan kuantiti Q0.

Apabila kerajaan menaikkan cukai import kereta, harga kereta import naik. Maka pengguna
meningkatkan permintaan terhadap kereta tempatan kerana kedua-duanya barang pengganti.
Maka keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1.

Kerajaan juga mengurangkan cukai ke atas pengeluar kereta, maka kos pengeluaran berkurang,
penawaran kereta tempatan meningkat. Keluk penawaran beralih dari SoSo keS1S1.

Peralihan keluk permintaan lebih besar daripada peralihan keluk penawaran.

Keseimbangan baru dicapai di E1. Kesannya harga kereta tempatan meningkat dari P0 ke P1 dan
kuantitinya juga meningkat dari Q0 ke Q1.

21
9. Dengan menggunakan gambar rajah terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti
keseimbangan suatu barang jika:

(a) permintaan dan penawaran berkurang pada kadar yang sama [5]

Harga
S1
D0
S0
D1

P0 E1 E0

S1 D0
S0 D1
Kuantiti
0 Q1 Q0

Keseimbangan asal pada Eo, di mana harga dan kuantiti keseimbangan asal ialah
Po dan Qo apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran.

Apabila permintaan dan penawaran berkurang pada kadar yang sama, keluk
permintaan beralih dari DoDo ke D1D1, manakala keluk penawaran beralih dari SoSo
S1S1.

Keseimbangan baru dicapai pada E1.


Kesannya harga keseimbangan tidak berubah iaitu kekal pada Po, manakala kuantiti
keseimbangan berkurang dari Qo ke Q1

22
(b) permintaan meningkat dan penawaran berkurang pada kadar yang sama

Harga
D1 S1

D0 S0

P1 E1

P0 E0

D1
S1
D0
S0

Kuantiti
Q0

Keseimbangan asal ialah Eo dengan harga dan kuantiti keseimbangan ialah pada Po
dan Qo apabila keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang.

Apabila permintaan meningkat dan penawaran berkurang pada kadar yang sama,
keluk permintaan beralih dari DoDo ke D1D1 manakala keluk penawaran beralih dari
SoSo ke S1S1.

Keseimbangan baru dicapai di E1.


Kesannya harga keseimbangan meningkat dari Po ke P1 manakala kuantiti keseimbangan
tidak berubah iaitu pada Q0.

#soalan 10 markah pun jawapan yg sama

10. (a) Bezakan di antara lebihan pengguna dengan lebihan pengeluar. [4]

Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna
dengan harga yang sebenarnya dibayar oleh pengguna iaitu harga pasaran.

Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara harga yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar
berbanding dengan harga yang sebenarnya diterima oleh pengeluar iaitu harga pasaran.

23
(b) Dengan menggunakan contoh berangka tunjukkan bagaimana lebihan pengguna
dihitung. [6]

Kuantiti Harga yg sanggup Harga yg sebenar Lebihan


(unit) dibayar (RM) dibayar (RM) pengguna (RM)
1 5 3 2
2 3 3 0
Jumlah 2

Lebihan pengguna dihitung dengan dengan mencari perbezaan antara harga yang sanggup
dibayar dengan harga yang sebenar dibayar oleh pengguna.
Contoh pada kuantiti 1unit, lebihan pengguna ialah RM5 – RM3 = RM2.
Pada kuantiti 2 unit lebihan pengguna ialah RM0.
Jumlah lebihan pengguna apabila membeli 2 unit barang ialah RM2.

11. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas jumlah perbelanjaan
apabila harga meningkat sekiranya:

(a) keanjalan permintaan harga tak anjal [5]

(b) keanjalan permintaan harga anjal [5]

#jawapan sama jika soalan tanya kesan ke atas jumlah hasil …tukar kpd jumlah hasil

Harga
(a) D

#keluk DD dilukis curam (keluk DD tak anjal)


P1 b
+
P0 a

D
Kuantiti
0 Q1 Q0

Pada harga P0 jumlah perbelanjaan ialah 0P0aQ0

Apabila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti berkurang.

24
Jumlah perbelanjaan yang baru ialah 0P1bQ1

Jumlah perbelanjaan bertambah kerana bahagian perbelanjaan yang bertambah (+) lebih
besar daripada bahagian yang berkurang (-)

Oleh itu barang yang keanjalan permintaan harganya tak anjal, kenaikan harga akan
menyebabkan jumlah perbelanjaan meningkat.

Harga
(b)

b #keluk DD dilukis landai (keluk DD anjal)


P1
+
a
P0

D
_

0 Kuantiti
Q1 Q0

Pada harga P0 jumlah perbelanjaan ialah 0P0aQ0

Apabila harga naik dari P0 ke P1, jumlah hasil baru ialah 0P1bQ1

Jumlah perbelanjaan berkurang yang ditunjukkan oleh bahagian perbelanjaan yang


berkurang (-) lebih besar dari bahagian yang bertambah (+)

Oleh itu barang yang keanjalan permintaan harganya anjal, kenaikan harga akan
menyebabkan jumlah perbelanjaan berkurang.

# jika harga turun, terbalikkan kesannya

12 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan? [2]

Keanjalan pemintaan ialah ukuran kadar perubahan kuantiti diminta suatu barang akibat
perubahan harga barang itu ,tingkat pendapatan dan harga barang lain.

25
(b) Huraikan jenis – jenis keanjalan permintaan. [8]

3 jenis keanjalan permintaan :

1) Keanjalan permintaan harga


2) Keanjalan permintaan pendapatan
3) Keanjalan permintaan silang

Keanjalan permintaan harga (Ed)

Keanjalan permintaan harga ialah ukuran peratus perubahan kuatiti diminta suatu barang
akibat peratus perubahan harga barang itu sendiri.

Ed = %ΔQdx

%ΔPx

Ed digunakan untuk menentukan kepentingan suatu barang kepada pengguna iaitu:

Barang yang penting Ed kurang drp 1,

Barang yg kurang penting Ed lebih drp 1

Keanjalan permintaan pendapatan (Ey)

Ialah ukuran peratus perubahan kuantiti diminta suatu barang (ΔQdx) akibat peratus perubahan
tingkat pendapatan (ΔY)

Ey = %ΔQdx

%ΔY

Ey digunakan untuk menentukan jenis barang iaitu sama ada barang biasa,mewah,bawahan dan
barang perlu iaitu:

Barang biasa Ey , lebih drp 0 kurang drp 1 ( 0 < Ey < 1)

Barang mewah, Ey lebih drp 1

Barang mesti, Ey = 0

Barang bawahan, Ey negatif

Keanjalan permintaan silang (Ec)

Ialah ukuran peratus perubahan kuantiti diminta suatu barang (ΔQdx) akibat peratus perubahan
harga barang lain (ΔPz)

26
Ec = %ΔQdx

%ΔPz

Ec digunakan untuk menentukan hubungan antara dua barang sama ada barang pengganti,barang
penggenap atau barang tidak berkaitan

Barang pengganti – Ec positif

Barang penggenap – Ec negatif

Barang tidak berkaitan – Ec sifar

13. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan tak anjal harga / permintaan tak
anjal ? [2]

• Permintaan tak anjal harga ialah keadaan apabila perubahan harga suatu barang hanya
menyebabkan perubahan yang sedikit kepada kuantiti diminta barang itu.

• Peratusan perubahan harga suatu barang lebih besar daripada peratusan perubahan kuantiti
diminta barang tersebut.

(b) Huraikan empat faktor yang menyebabkan permintaan suatu barang tak anjal /
tak anjal harga. [8]

1. Barang pengganti sedikit

Jika suatu barang tidak mempunyai banyak barang pengganti,maka permintaan terhadap
barang tersebut tak anjal harga.

Contoh minyak masak.

2. Kegunaan barang terhad

Jika suatu barang mempunyai kegunaan yang terhad,permintaan terhadap barang tersebut
tak anjal harga.

Contoh garam.

3. Nisbah perbelanjaan daripada jumlah pendapatan kecil

Jika perbelanjaan terhadap suatu barang melibatkan sebahagian kecil daripada jumlah
pendapatan pengguna,permintaan terhadap barang tersebut tak anjal harga.

Contohnya,perbelanjaan terhadap alat tulis.

4. Barang adalah penting

27
Jika suatu barang adalah penting seperti barang keperluan, permintaan terhadap barang
tersebut adalah tak anjal harga.

Contohnya, beras.

#Jika soalannya..sebab mengapa permintaan anjal…terbalikkan fakta dan huraian,


cth fakta (1) Barang pengganti banyak

#Beri faktor yg terus menjawab kehendak soalan

14.(a) Takrifkan keanjalan permintaan silang dan dengan menggunakan contoh


bagaimanakah ia diukur? [4]

Keanjalan permintaan silang (Ec) mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti permintaan suatu
barang kesan perubahan harga barang lain.

Keanjalan permintaan silang diukur menggunakan rumus:

Peratus perubahan kuantiti diminta barang X


Exy = ---------------------------------------------------------
Peratus perubahan harga barang Y

Contoh: Apabila harga barang Y naik dari RM2 kepada barang RM3, kuantiti diminta barang X
bertambah dari 10 kepada 12 unit.
12−10
Exy = 10 𝑥 100 = 0.4
−−−−−−−−−−−−−
3−2
−−−𝑥 100
2
(b) Terangkan kegunaan keanjalan permintaan silang. [6]

Keanjalan permintaan silang dapat menentukan perkaitan atau hubungan antara barang sama
ada suatu barang merupakan barang penggenap atau barang pengganti atau barang tidak
berkaitan dengan barang lain.

Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah negatif, dua barang tersebut merupakan barang
penggenap.

Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah positif, dua barang tersebut merupakan barang
pengganti.

Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah sifar, dua barang tersebut merupakan barang
yang tidak berkaitan.

28
15 Jadual di bawah menunjukkan harga barang X, kuantiti diminta barang Y dan kuantiti
diminta barang Z.

Harga barang X Kuantiti diminta barang Y Kuantiti diminta barang Z


(RM) (unit) (unit)

10 10 10
20 5 20

Berdasarkan konsep keanjalan silang, jelaskan hubungan di antara:

(a) barang X dengan barang Y [5]

(b) barang X dengan barang Z [5]

(a) Keanjalan permintaan silang = 5 - 10


---------- x 100
10
---------------------------
20 – 10
------------- x 100
10
= -0.5

Nilai keanjalan silang adalah negatif

Hubungan antara barang X dengan barang Y ialah barang penggenap

(b) Keanjalan permintaan silang = 20 – 10


------------- x 100
10
--------------------------
20 – 10
--------------- x 100
10

=1

Nilai keanjalan silang adalah positif

Hubungan antara barang X dengan barang Z ialah barang pengganti

29
16 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran tak anjal? [2]

Penawaran tak anjal ialah peratus perubahan kuantiti yang ditawar lebih kecil daripada
peratus perubahan harga barang tersebut.

(b) Terangkan empat faktor yang boleh menyebabkan penawaran menjadi tak anjal.[8]

1. Tambahan kos pengeluaran besar


Jika tambahan kos untuk meningkatkan penawaran suatu barang adalah besar
maka penawaran menjadi tak anjal.

2. Mobiliti faktor pengeluaran terhad


Jika faktor pengeluaran tidak dapat bergerak dengan mudah dari satu firma ke
firma lain dan dari satu jenis keluaran ke jenis keluaran lain maka penawaran menjadi tak anjal.

3. Jumlah firma dalam industri sedikit


Jika jumlah firma dalam industri maka keluaran bagi industri tersebut adalah
sedikit dan penawarannya menjadi tak anjal.

4. Tempoh mengeluarkan hasil panjang


Jika masa yang panjang diperlukan untuk mengeluarkan hasil maka penawaran
keluaran tersebut tidak anjal.

5. Bekalan faktor sukar


Jika firma sukar untuk mendapat bekalan faktor bagi meningkatkan keluaran maka
penawaran barang itu tak anjal.

#Jika sebab mengapa penawaran anjal…terbalikkan fakta dan huraian. Cth fakta (1)
Tambahan kos pengeluaran kecil

17. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran? [2]

Keanjalan penawaran ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang ditawar
akibat perubahan harga barang itu sendiri.

Es = % perubahan kuantiti ditawar


---------------------------------------
% perubahan harga

30
(b) Berdasarkan gambar rajah yang sesuai terangkan empat darjah keanjalan
penawaran. [8]

i. Tak anjal

P
S

S Q
0

Pekali keanjalan penawaran bernilai 0 < Es < 1.


Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih kecil daripada peratus perubahan harga.
Keluk penawaran berbentuk curam.

ii. Anjal

Q
0

Pekali keanjalan penawaran bernilai lebih dari 1.


Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar daripada peratus perubahan harga.
Keluk penawaran berbentuk landai.

31
iii. Tak anjal sempurna

P
S

S Q
0

Pekali keanjalan penawaran bernilai sifar.


Kuantiti ditawar tidak bertindak balas langsung terhadap perubahan harga.
Keluk penawaran selari dengan paksi harga.

iv. Anjal uniti /satu

Q
0

Pekali keanjalan penawaran bernilai satu..


Peratus perubahan kuantiti ditawar sama dengan peratus perubahan harga.
Keluk penawaran bermula dari titik asalan.

32
BAB 3 TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek dan jangka masa
panjang dalam suatu proses pengeluaran. [4]

Jangkamasa pendek ialah suatu tempoh apabila firma tidak dapat menyesuaikan tingkat
pengeluaran dengan input tetapnya. Proses pengeluaran menggunakan input tetap dan
input berubah.

Jangkamasa panjang ialah suatu tempoh apabila semua input yang digunakan untuk
mengeluarkan barang ialah input berubah.Tidak wujud lagi input tetap

(b) Nyatakan maksud kos purata dan kos sut . Dengan menggunakan gambar rajah
jelaskan hubungan antara kedua-duanya. [6]

Kos purata (AC) ialah kos bagi setiap unit output.

Kos sut (MC) ialah tambahan kos kesan daripada pertambahan seunit output.

Kos MC AC

0 Q0 Keluaran

Hubungan antara kos purata dengan kos sut :

i. Apabila MC lebih rendah daripada AC ,maka AC menurun


ii. Apabila MC lebih tinggi daripada AC ,maka AC sedang meningkat
iii. Apabila MC sama dengan AC maka AC adalah minimum iaitu pada Q0.

2. (a) Nyatakan maksud jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. [3]

Jumlah keluaran ialah jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input berubah/
buruh.

Keluaran purata jumlah output yang dihasilkan oleh seunit input berubah.

Keluaran sut ialah perubahan jumlah keluaran akibat tambahan seunit input berubah

33
(b) Dengan menggunakan gambar rajah , terangkan hubungan jumlah keluaran,
keluaran sut dan keluaran purata. [7]

Keluaran

TP

AP

0 L1 L2 L3 Buruh

MP

Hubungan jumlah keluaran (TP) dengan keluaran sut (MP):

Apabila TP meningkat, MP bernilai positif, iaitu dari buruh 0 hingga L3.


Apabila TP maksimum, MP bernilai sifar, iaitu pada penggunaan buruh L3.
Apabila TP menurun, MP bernilai negatif, iaitu selepas penggunaan buruh L3.

Hubungan keluaran sut (MP) dengan keluaran purata (AP)

Apabila AP meningkat, MP lebih tinggi daripada AP, iaitu dari buruh 0 hingga L2.
Apabila AP maksimum, MP menyamai AP, iaitu pada penggunaan buruh L2.
Apabila AP menurun, MP lebih rendah daripada AP, iaitu mulai buruh melebihi L2.

3 Terangkan tiga perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah. [6]

1. Kos tetap ialah perbelanjaan firma ke atas input tetap.

Manakala kos berubah ialah perbelanjaan firma ke atas input berubah.

2. Kos tetap adalah tetap pada setiap tingkat keluaran


Sebaliknya kos berubah akan meningkat apabila tingkat keluaran meningkat

3. Contoh kos tetap ialah sewa bangunan


Contoh kos berubah ialah upah pekerja

34
4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi pengeluaran satu input berubah? [2]

Fungsi pengeluaran satu input berubah ialah persamaan yang menunjukkan hubungan
antara jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pengeluar dengan mengubah satu
input berubah manakala input lain adalah tetap.

(b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan hukum pulangan berkurangan. [8]

Hukum pulangan berkurangan ialah apabila input ditambah secara berterusan pada input
tetap, sampai satu tahap jumlah keluaran akan bertambah pada kadar yang semakin
berkurang sehingga mencapai sifar. Ia ditunjukkan oleh keluaran sut yang bermula dari titik
maksimum sehingga sifar

KUANTITI BURUH JUMLAH KELUARAN KELUARAN SUT


(UNIT) (UNIT) (UNIT)
1 0 -
2 5 5
3 12 7
4 15 3
5 15 0

Apabila kuantiti buruh ditambah dari 1 hingga 3 unit buruh jumlah keluaran bertambah
dengan kadar yang semakin bertambah iaitu ditunjukkan oleh keluaran sut yang semakin
meningkat hingga mencapai maksimum pada buruh ke 3

Apabila kuantiti buruh ditambah melebihi 3 unit jumlah keluaran bertambah dengan kadar
yang berkurang sehingga mencapai sifar. Ini ditunjukkan oleh keluaran sut yang semakin
menurun sehingga menjadi sifar pada unit buruh ke 7

Hukum pulangan berkurang berlaku antara unit buruh ke 3 hingga 7 unit.

# Jika soalan hukum pulangan berkurangan guna g/rajah (guna g/rajah di soalan 2 (b)

Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila jumlah keluaran bertambah pada kadar yang semakin
berkurangan bagi setiap tambahan penggunaan faktor berubah.
Berdasarkan gambar rajah, hukum pulangan berkurangan berlaku pada ketika keluk keluaran sut
menurun tetapi masih positif iaitu bermula pada penggunaan buruh L2 hingga L3.

(b) Jelaskan perbezaan antara

i. kos eksplisit dengan kos implisit [4]

Kos eksplisit ialah perbelanjaan firma untuk memperoleh input pengeluaran yang bukan
milik firma. Contoh upah pekerja dan kos bahan mentah.

35
Kos implisit pula ialah kos lepas yang ditanggung oleh firma apabila firma menggunakan
input pengeluaran milik sendiri tanpa membuat sebarang pembayaran. Contoh sewa premis tidak
perlu dibayar kerana ia milik firma sendiri.

ii. kos ekonomi dengan kos perakaunan [4]

Kos ekonomi ialah jumlah kos pengeluaran firma yang meliputi kos yang dibayar (kos
eksplisit) dan kos yang tidak dibayar (kos implisit).

Kos perakaunan pula ialah jumlah kos pengeluaran firma yang meliputi semua kos
eksplisit iaitu yang dikira berdasarkan perbelanjaan yang dibuat oleh firma.

5. Terangkan maksud:

(i) Ekonomi bidangan dalaman [2]

Ekonomi bidangan dalaman ialah faedah yang dinikmati oleh sebuah firma daripada
pengeluaran secara besar-besaran akibat perkembangan firma itu sendiri yang menyebabkan kos
purata jangka panjang berkurang

(ii) Ekonomi bidangan luaran [2]

Ekonomi bidangan luaran ialah faedah yang dinikmati oleh sebuah firma kesan daripada
perkembangan industri secara keseluruhan yang menyebabkan kos purata jangka panjang
berkurang

6 Huraikan lima punca/faktor ekonomi bidangan dalaman / sebab kos purata jangka
panjang menurun di atas keluk LAC yg sama / sebab kos purata jangka panjang
menurun akibat perkembangan firma. [10]

i. Ekonomi teknikal
Penggunaan teknologi moden seperti penggunaan mesin akan meningkatkan produktiviti.
Ini mengurangkan kos purata jangka panjang.

ii. Ekonomi pemasaran


Aktiviti pemasaran seperti iklan akan menambahkan permintaan dan hasil firma.
Kos purata jangka panjang berkurangan..

iii. Ekonomi kewangan


Firma lebih mudah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.
Ini membolehkan firma menambahkan keluaran dan kos purata jangka panjang jatuh.

iv. Ekonomi pengurusan


Mampu mengupah pengurus-pengurus yang cekap.
Daya pengeluaran bertambah dan kos purata jangka panjang berkurang.

36
v. Ekonomi pengkhususan
Pengkhususan kerja seperti bahagian pembuatan, pemasangan, dan lain-lain
Daya pengeluaran meningkat dan kos purata jangka panjang berkurang

7. Huraikan lima faktor menyebabkan tak ekonomi bidangan dalaman / kos purata jangka
panjang meningkat di atas keluk LAC yg sama. / sebab kos purata jangkapanjang meningkat akibat
perkembangan firma . [10]

i. Tak ekonomi teknikal


Mesin-mesin yang digunakan mengalami kerosakan dan kehausan.
Kos operasinya meningkat dan pengeluaran menjadi tidak cekap.

ii. Tak ekonomi pemasaran


Apabila aktiviti pengiklanan dan promosi tidak berkesan.
Kos purata jangka panjang meningkat.

iii. Tak ekonomi kewangan


Apabila firma membayar balik pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi.
Kos purata jangka panjang meningkat.

iv. Tak ekonomi pengurusan


Apabila kawalan pengurusan dan perhubungan majikan dgn pekerja menjadi sukar
dengan perkembangan firma.
Daya pengeluaran merosot dan kos purata jangka panjang bertambah.

v. Tak ekonomi pengkhususan –


Apabila pekerja menjadi jemu kerana melakukan pekerjaan yang sama . Kualiti keluaran
akan terjejas, permintaan akan merosot dan kos purata jangka panjang meningkat.

8 Terangkan lima punca ekonomi bidangan luaran / mengapa keluk kos purata jangka
panjang (LAC) beralih ke bawah. / sebab kos purata jangka panjang menurun akibat
perkembangan industri. [10]

i. Ekonomi pemusatan / petempatan


Pemusatan firma-firma di sebuah kawasan perindustrian memudahkan firma mendapat
input daripada firma-firma lain yg mengeluarkan produk berkaitan. Kesannya kos purata
jangka panjang menurun.

ii. Ekonomi buruh mahir / pembangunan buruh


Perkembangan di dalam sebuah industri menarik ramai buruh mahir untuk mencari
pekerjaan di kawasan tersebut. Ini memudahkan firma untuk memperoleh pekerja mahir.
Kesannya kos operasi firma berkurang dan kos purata jangka panjang menurun.

37
iii. Ekonomi infrustruktur
Apabila firma beroperasi di kawasan yang menempatkan kemudahan asas seperti bekalan air,
jalan raya dan elektrik.
Kesannya kos operasi firma berkurang dan kos purata jangka panjang menurun.

iv. Ekonomi intergrasi


Penggabungan firma yang menghasilkan keluaran yang sama.
Dapat menghasilkan keluaran yang banyak dan kos purata jangka panjang berkurang.

v. Ekonomi bahan mentah


Bahan mentah yang diperlukan banyak dan senang diperoleh.
Firma boleh mengeluarkan keluaran dengan banyak dengan kos yang rendah. Kos
purata jangka panjang berkurang.

9. Terangkan empat faktor menyebabkan tak ekonomi bidangan luaran / mengapa keluk kos
purata jangka panjang beralih ke atas. [6]

i. Tak ekonomi faktor pengeluaran


Apabila faktor berkurangan dan sukar diperoleh kerana permintaan faktor
meningkat
Maka kos input /buruh meningkat, kos purata jangka panjang meningkat

ii. Tak ekonomi pencemaran


Pencemaran air dan udara menjejaskan operasi firma.
Firma terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi.
Kos purata jangka panjang meningkat

iii. Tak ekonomi kesesakan


Kesesakan jalan raya menyebabkan penghantaran input dan keluaran
lambat.
Kos pengangkutan meningkat. Kos purata jangka panjang meningkat

38
10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan dua faktor yang menyebabkan
peralihan keluk kos purata jangka panjang. [6]

Kos

LAC1

LAC0

LAC2

Kuantiti

Dua faktor yang menyebabkan peralihan keluk kos purata jangka panjang ialah:

i. Ekonomi bidangan luaran. Contoh ekonomi penempatan


Kos purata jangka panjang akan jatuh.
Keluk LAC bergerak ke bawah dari LAC0 ke LAC2.

ii. Tak ekonomi bidangan luaran. Contoh tak ekonomi pencemaran.


Kos purata jangka panjang akan meningkat
Keluk LAC bergerak ke atas dari LAC0 ke LAC1.

11. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perkara berikut


mempengaruhi keluk kos purata jangka panjang sebuah firma:

(a) Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana di kawasan perindustrian


[5]

Kos

LACo
LAC0

LAC1

Kuantiti

39
Kos purata jangka panjang akan jatuh kerana prasarana memudahkan proses pengeluaran.
Firma menikmati ekonomi bidangan luaran.
Keluk LAC bergerak ke bawah dari LAC0 ke LAC1.

(b) Kekurangan tenaga buruh [5]

Kos

LAC1
LAC0

LAC0

Kuantiti

Kos purata jangka panjang akan meningkat kerana persaingan antara firma untuk
mendapatkan buruh menyebabkan firma terpaksa membayar upah lebih tinggi.
Firma menghadapi tak ekonomi bidangan luaran.
Keluk LAC bergerak ke atas dari LAC0 ke LAC1.

(c) Pengambilan pekerja terlatih dalam proses pengeluaran [5]

Kos

LAC0
LAC0

a
b

0 Q0 Q1 Kuantiti

40
Pengambilan pekerja terlatih akan meningkatkan produktiviti firma serta mengurangkan
pembaziran.
Firma menikmati ekonomi bidangan dalaman kerana kos purata jangka panjang berkurang.
Keluk tidak beralih tetapi ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang LAC iaitu dari titik a
ke titik b.

BAB 4 STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT

1. Terangkan tiga ciri pasaran persaingan sempurna. [6]

i. Ramai pembeli dan penjual


Pembeli dan penjual secara individu adalah relatif kecil berbanding dengan seluruh
pasaran.
Kesannya tindakan setiap firma atau pembeli tidak mempengaruhi pasaran.

ii. Keluaran homogen


Barang –barang yang dikeluarkan oleh setiap firma adalah bersifat homogen iaitu
sama seperti dari segi bentuk dan bahan-bahan yang digunakan.
Barang-barang tidak dapat dibezakan.

iii. Firma sebagai penerima harga


Harga pasaran ditentukan oleh mekanisme harga. Oleh sebab firma terlalu ramai
dan relatif kecil maka firma tidak dapat mempengaruhi harga.
Maka firma menurut sahaja harga yang ditetapkan oleh pasaran iaitu sebagai
penerima atau pengambil harga.

2 Huraikan tiga kebaikan dan dua kelemahan pasaran persaingan sempura. [10]

Kebaikan pasaran persaingan sempurna ialah:

i. Mencapai kecekapan peruntukan kerana mengeluarkan output pada harga sama


dengan kos sut barang
ii. Mencapai kecekapan pengeluaran kerana barang dikeluarkan pada harga sama
dengan kos purata minimum.
iii. Harga barang adalah rendah dan kuantitinya banyak. Ini meningkatkan kebajikan
pengguna
iv. Firma dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu untuk melakukan iklan kerana
barang homogen.

Keburukan pasaran persaingan sempurna ialah:

i. Tidak menggalakkan R&D kerana dalam jangka panjang firma mendapat untung
normal sahaja.
ii. Pilihan pengguna terhad kerana barang adalah homogen

41
3. Huraikan lima perbezaan antara pasaran persaingan sempurna (PPS) dengan pasaran persaingan
tak sempurna. [10]

1. Bilangan firma PPS ramai sebaliknya PPTS iaitu tunggal (monopoli) tunggal dan sedikit
(bermonopoli)
2. Jenis barang dihasilkan oleh PPS homogen manakala PPTS tiada pengganti (monopoli)
dan pengganti hampir (bermonopoli)
3. Dalam PPS firma adalah penerima harga manakala PPTS penentu harga
4. Dalam PPS tiada persaingan bukan harga manakala dalam PPTS ada persaingan bukan
harga (bermonopoli)
5. Dalam PPS ada kebebasan keluar masuk pasaran sedangkan dalam PPTS tiada kebebasan
keluar masuk (monopoli)
6. Harga barang dalam PPS lebih rendah berbanding harga dalam PPTS.

4. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan keadaan keseimbangan firma pasaran


persaingan sempurna yang memperoleh untung kurang normal @ rugi dalam jangka
pendek. [6]

Harga
MC

AC

A
P1

P0 MR = AR
E0

Kuantiti
0 Q0

Firma mencapai keseimbangan pada titik E0 apabila MC sama dengan MR.


Harga dan kuantiti keseimbangan ialah P0 dan Q0.
Jumlah hasil ialah 0P0E0Q0 dan jumlah kos ialah 0P1AQ0.
Firma memperoleh untung kurang normal kerana jumlah kos melebihi jumlah hasil sebesar
P0P1AE0.

42
5( a) Terangkan dua ciri yang membezakan pasaran persaingan sempurna dengan
pasaran monopoli ? [4]

i. Bilangan firma
Pasaran persaingan sempurna (PPS) mempunyai banyak firma manakala pasaran
monopoli (PM) mempunyai satu firma tunggal sahaja.

ii. Jenis barang yang dikeluarkan

PPS mengeluarkan barang yang homogen dan pengganti sempurna manakala PM


mengeluarkan barang yang tiada pengganti hampir.

iii. Kebebasan keluar masuk industri

PPS bebas keluar masuk industri kerana tidak terdapat sebarang sekatan manakala PM tiada
kebebasan keluar masuk industri kerana terdapat pelbagai sekatan seperti keperluan modal
yang besar..

(b) Dengan menggunakan gambar rajah ,huraikan penentuan output keseimbangan


firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek . [6]

HARGA (RM) MC

E
P0 P=AR=MR

KELUARAN (UNIT)
Q1 Q0 Q2

Firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan pada titik E dan keluaran
keseimbangan ialah Q0 apabila kos sut (MR) menyamai hasil sut (MR).

Pada tingkat keluaran Q1 , MR melebihi MC

Setiap tambahan unit keluaran akan menyebabkan hasil sut meningkat lebih besar daripada
kos sut

Firma perlu menambahkan keluaran sehinggalah mencapai keseimbangan di Q0 apabila MR


= MC

43
Pada tingkat keluaran Q2 , MC lebih daripada MR

Setiap tambahan unit keluaran akan menyebabkan kos sut meningkat lebih besar daripada
hasil sut.

Maka firma perlu mengurangkan keluaran sehinggalah ke Q0 apabila MR = MC

Oleh kerana itu lah keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dicapai pada tingkat
keluaran Q0 apabila MR = MC.

6 (a) Takrifkan pasaran monopoli dan terangkan dua ciri pasaran itu. [4]

Pasaran monopoli ialah ialah satu pasaran yang terdapat sebuah firma tunggal
sahaja yang mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang tidak
mempunyai pengganti hampir.

Dua ciri pasaran monopoli:


i. Terdapat satu firma sahaja dalam pasaran
Firma merupakan pengeluar tunggal untuk sesuatu keluaran. Maka firma
juga merupakan industri

ii. Tiada kebebasan keluar masuk


Kebebasan keluar masuk tidak berlaku kerana terdapat pelbagai sekatan
seperti keperluan modal dan teknologi yang tinggi.

(b) Huraikan tiga faktor yang boleh mewujudkan monopoli. [6]

i. Halangan undang-undang

Perlindungan undang-undang terhadap keluaran firma seperti hak paten


menghalang firma lain daripada mengeluarkan barang yang sama.

ii. Kawalan ke atas faktor pengeluaran

Firma monopoli mengawal atau memiliki sebahagian besar faktor pengeluaran yang
diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang. Ini menghalang firma lain
mengeluarkan barang yang sama kerana kekurangan faktor pengeluaran.

iii. Saiz modal yang besar dan teknologi yang tinggi

Dalam industri tertentu firma perlukan modal yang besar dan teknologi yang tinggi
untuk menjalankan operasi dengan cekap. Contoh industri pengangkutan udara.

44
7 (a) Apakah maksud monopoli semula jadi? Mengapakah monopoli sedemikian wujud
dalam pasaran? [4]

Monopoli semula jadi ialah firma tunggal yang mengeluarkan keluaran untuk memenuhi
permintaan pasaran keseluruhan pada kos purata yang lebih rendah. Biasanya ia merupakan
monopoli kerajaan yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang penting kepada
rakyat

Monopoli semula jadi wujud kerana keperluan teknologi dan kos pengeluaran yang tinggi
dan barang yang dihasilkan adalah secara besar-besaran. Contoh pembekalan elektrik.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan penentuan output dan harga
keseimbangan monopoli semula jadi. [6]

Harga/Kos

P A
C B
E

LAC

LMC
MR AR Output
0 Q

Keluk kos purata jangka panjang (LAC) dan keluk kos sut jangka panjang (LMC)
mencerun ke bawah kerana kerana firma beroperasi secara besar-besaran dan menikmati faedah
ekonomi bidangan.
Keseimbangan firma berlaku pada titik E apabila MR = MC iaitu persilangan keluk MR
dengan LMC. Output keseimbangan sebanyak Q dan harga adalah P. Firma mendapat untung lebih
normal yang ditunjukkan oleh kawasan PCBA.

8. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan perbezaan antara pasaran persaingan


sempurna dengan firma monopoli dalam keadaan keseimbangan jangka panjang
berdasarkan:

(a) harga keseimbangan

45
(b) kuantiti keseimbangan

(c) keuntungan

(d) kecekapan pengeluaran [10]

Harga/Kos

P2
LMC

LAC

Pm A
P1` B
Ps MRs=ARs
Es
Em

ARm Kuantiti (unit)

MRm
P3

0 Qm Qs Kuantiti keluaran

(a) Harga keseimbangan firma PPS ialah Ps lebih rendah daripada harga keseimbangan firma
monopoli iaitu Pm.

(b) Kuantiti keseimbangan firma PPS ialah Qs melebihi kuantiti keseimbangan firma monopoli
iaitu Qm.

(c) Firma PPS memperoleh untung normal kerana jumlah hasil = jumlah kos iaitu 0P sEsQs
manakala firma monopoli mendapat untung lebih normal iaitu sebesar P mP1AB.

(d) Firma PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada output keseimbangan harga = kos
purata minimum. Firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada output
keseimbangan harga melebihi kos purata.

46
#Tambahan perbezaan:

Kecekapan peruntukan

Pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan peruntukan kerana harga sama dengan
kos sut (Ps=LMC) .Sebaliknya monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana
harga melebihi kos sut (Pm melebihi LMC).

Lebihan pengguna

Lebihan pengguna PPS ialah PsP2Es yang lebih besar drp lebihan pengguna monopoli iaitu
PmP2A

Lebihan pengeluar

Lebihan pengeluar PPS ialah PsP3Es yang lebih kecil drp lebihan pengeluar monopoli iaitu
PmP3EmA

9. Dengan menggunakan gambar rajah terangkan empat kebaikan pasaran persaingan


sempurna berbanding dengan pasaran monopoli. [10]

Harga/Kos

LMC

LAC
A
Pm

P1` B

Ps MRs=ARs
Es
Em
ARm
MRm
Kuantiti
0 Qm Qs

Empat kebaikan pasaran persaingan sempurna (PPS) berbanding dengan pasaran monopoli
ialah:

47
1. Harga
Harga PPS iaitu OPS lebih rendah berbanding dengan monopoli, iaitu OPM.

2. Output
Output PPS lebih banyak berbanding monopoli, iaitu 0QS melebihi 0QM.

3. Kecekapan pengeluaran
PPS mencapai kecekapan pengeluaran,iaitu kos purata minimum pada tingkat output
0QS. Sebaliknya, monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana kos
purata menurun pada tingkat output 0QM.

4. Kecekapan peruntukan
PPS mencapai kecekapan peruntukan kerana harga sama dengan kos sut (Ps=LMC).
Sebaliknya monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana harga melebihi
kos sut (Pm melebihi LMC).
10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan dasar kawalan monopoli yang berikut:

(a) Dasar perletakan harga sama dengan kos purata (harga pulangan adil) [5]

Harga/Kos

MC

AC
A
P0

P2 B
P
P1
P=AC

E0
AR
MR
0 Kuantiti
Q0 Q1

Keseimbangan monopoli sebelum kawalan kerajaan tercapai di E0 pada kuantiti Q0 dan harga
P0. Firma mendapat untung lebih normal sebanyak P0ABC.

Apabila kerajaan menetapkan harga sama dengan kos purata (P=AC) maka harga turun ke P1
dan output bertambah kepada Q1. Firma mendapat untung normal.

Kebajikan pengguna meningkat kerana harga lebih rendah dan kuantiti lebih banyak.

48
(b) Dasar perletakan harga sama dengan kos sut (harga optimum sosial) [5]

Harga/Kos

MC

AC
A
P0
P=MC
P1
B
CC
C
C
C
E0
AR
MR
Kuantiti
0 Q0 Q1
Q
Keseimbangan monopoli sebelum kawalan kerajaan di E0 pada kuantiti Q0 dan harga P0.
Firma mendapat untung lebih normal sebanyak P0ABP1.

Apabila kerajaan menetapkan harga sama dengan kos sut (P=MC) maka harga turun ke P1
dan output bertambah kepada Q1. Untung lebih normal firma berkurang.

Kebajikan pengguna meningkat kerana dapat menikmati harga barang yang lebih rendah dan
kuantiti lebih banyak.

49
11. Berbantukan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna
meneruskan operasi dalam jangka pendek walaupun rugi. [10]

Kos
MC
AC
AVC

P2 A
P0 E0 MR=AR
P1 B

0 Q0 Kuantiti

Firma mencapai keseimbangan pada E0 apabila kos sut (MC) sama dengan hasil sut (MR)

Harga P0 dan kuantiti Q0. Firma rugi sebesar P2P0E0A.

Untuk meneruskan operasi walau rugi syaratnya ialah jumlah hasil melebihi jumlah kos
berubah yg ditunjukkan oleh harga yg melebihi AVC.

Jumlah hasil firma 0P0E0Q0 dapat menampung semua kos berubah 0P1BQ0 dan
sebahagian kos tetap iaitu P0P1E0B.

Jika tutup firma rugi lebih besar iaitu sebanyak kos tetap P1P2AB.

12. Huraikan tiga ciri pasaran persaingan bermonopoli [6]

i) Bilangan firma yang banyak

Bilangan firma yang banyak menyebabkan setiap firma hanya menyumbang sebahagian
kecil daripada jumlah output di pasaran. Jadi kuasa firma agak terhad

ii) Pembezaan keluaran

Mengamalkan pembezaan keluaran kerana setiap firma mengeluarkan barang yang berbeza
sedikit dengan satu sama lain yang merupakan pengganti hampir .

50
iii) Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran

Kebebasan keluar dan masuk firma ke pasaran yang agak mudah menyebabkan semua firma
hanya memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

13. Terangkan lima bentuk persaingan bukan harga yang dijalankan oleh firma
bermonopoli untuk meningkatkan jualannya. @ bagaimana cara firma bermonopoli
membezakan keluarannya di pasaran. [10]

i. Pengiklanan

Pengiklanan membantu firma memaklumkan pengguna tentang kewujudan keluaran baru


serta kelebihan keluarannya berbanding dengan keluaran firma yang lain.

ii. Galakan jualan

Firma memberikan sampel percuma kepada pengguna untuk memperkenalkan keluaran


baru. Selain itu, firma memberikan baucer dan tawaran pembelian untuk meningkatkan
jualan.

iii. Khidmat selepas jualan

Firma memberi perkhidmatan percuma kepada pembeli selepas pembelian. Contoh servis
percuma, penghantaran percuma.

iv. Penjenamaan

Nama yang baik, unik atau reputasi tinggi di pasaran

v. Jaminan terhadap penggunaan barang

Contoh waranti setahun, cop SIRIM

51
BAB 5 PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

1 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan


sempurna dapat menentukan kuantiti buruh yang akan digunakan untuk memaksimumkan
keuntungan. [10]

(a) Upah

E MCF
W0

MRP
Buruh

0 L1 L0 L2

Untuk memaksimumkan keuntungan firma akan menggunakan sejumlah buruh sehingga


kos sut buruh (MCF) menyamai hasil keluaran sut buruh (MRP). Maka keseimbangan berlaku
pada titik E dengan kuantiti buruh L0.

Jika firma menggunakan buruh kurang dari L0 seperti di L1 MRP melebihi MCF. Maka
firma akan menambahkan buruh kerana ini akan menambahkan keuntungan firma. Proses ini
berterusan sehingga MRP = MCF

Jika firma menggunakan buruh lebih dari L0 seperti di L2 MCF melebihi MRP. Maka firma
akan mengurangkan buruh kerana firma mengalami kerugian. Proses ini berterusan sehingga MRP
= MCF

Oleh itu jumlah buruh yang akan memaksimumkan keuntungan firma ialah L0 apabila
MRP = MCF.

52
2. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh
diterbitkan. [10]

Upah

W3 MCF3 =ACF3
E2
W2 MCF2 = ACF2
E0 MCF0 = ACF0
W0
E1 ARP MCF1 = ACF1
W1

MRP

0 L2 L0 L1 Kuantiti buruh

Upah

W2 E2

W0 E0
E1
W1
DL

0 L2 L0 L1 Kuantiti buruh

Keluk permintaan buruh merupakan bahagian keluk MRP yang bermula daripada ARP maksimum.

Syarat keseimbangan penggunaan buruh ialah MRP = MCF

Andaikan upah asal W0. Maka keseimbangan pd titik E0,firma meminta buruh L0.

Jika upah naik ke W2, keseimbangan di E2, firma mengurangkan buruh ke L2.

Jika upah jatuh ke W1, keseimbangan di E1, firma menambah penggunaan buruh ke L1.

Firma tidak akan meminta sebarang buruh jika upah lebih tinggi daripada W2 contoh W3 kerana firma
rugi disebabkan hasil keluaran purata kurang daripada kos purata buruh.

Sambungan titik-titik keseimbangan E1,E2 dan E0 membentuk keluk permintaan buruh (DL) yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

53
3 Huraikan lima faktor yang meningkatkan kejayaan tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan
sekerja. [10]

i. Ekonomi dalam guna tenaga penuh.


Firma sukar untuk mendapatkan buruh/pekerja baru. Maka, kesatuan sekerja akan berjaya tuntut upah
yang lebih tinggi.

ii. Kesatuan sekerja yang kuat.


Contoh bilangan ahli yang ramai yg boleh menjejaskan operasi firma jika buruh mogok. Maka lebih
berjaya tuntut upah lebih tinggikedudukan kesatuan ini akan lebih kuat.

iii. Permintaan barang yang dikeluarkan firma tak anjal.


Majikan boleh memindahkan beban kenaikan kos upah kepada pengguna. Maka kesatuan sekerja
lebih mudah menuntut upah lebih tinggi.

iv. Upah adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran firma.
Ini tidak akan membebankan firma maka firma lebih mudah untuk memenuhi tuntutan
kenaikan upah

v. Daya pengeluaran sut buruh meningkat


Keuntungan firma akan meningkat, maka tuntutan lebih berjaya.

# Jika menyukarkan tuntutan, terbalikkan fakta dan huraian fakta

4. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja
boleh menuntut kenaikan upah yang lebih tinggi untuk ahlinya. [10]

i. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

Upah

D1 S0
D0

W1 E0

W0 E1

S0
D1
D0
S
1
0 Kuantiti buruh
Upah asal W0 danL0kuantiti
L1 buruh L0. Apabila daya pengeluaran sut buruh meningkat ,
permintaan terhadap buruh bertambah, keluk permintaan buruh beralih dari DO ke D1. Maka
tingkat upah meningkat ke W1.

54
ii. Mengurangkan /menghadkan penawaran buruh

Upah
S1
S0
D0

W1 E1

W0 E0

S1

S0
D0
0 Kuantiti buruh
L1 L0

Penawaran buruh boleh dihadkan contohnya dengan memanjangkan masa latihan /kuota
ahli. Upah asal ialah Wo dengan kuantiti buruh L0. Jika penawaran buruh dapat dihadkan maka
keluk penawaran buruh beralih dari S0 ke S1. Kesannya upah buruh meningkat ke W1.

iii. Menuntut tingkat upah yang lebih tinggi daripada tingkat upah keseimbangan

Upah

D0 S0

W1
E0
W0

S0
D0

Kuantiti
0 L1 L0 L2

0
Tingkat upah di pasaran ialah W0 dan kuantiti buruh L0. Tingkat upah yang lebih tinggi
daripada tingkat upah pasaran ialah W1 (upah minimum).

55
5(a) Nyatakan perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi [2]
(b) Terangkan empat cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah
yang tinggi untuk ahlinya. [8]

(a) Untung perakaunan ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eksplisit, manakala
untung ekonomi ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eskplisit dan kos implisit
[2]

(b)
1. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
Maka jumlah hasil firma meningkat , permintaan buruh meningkat,upah meningkat.

2. Menghadkan penawaran buruh melalui kuota ahli


Maka penawaran buruh berkurang, firma terpaksa membayar upah lebih tinggi.

3. Kesatuan sekerja boleh menuntut upah minimum


Maka buruh mendapat upah yang lebih tinggi dari upah pasaran

4. Tawar menawar/rundingan kolektif/mogok.


Kejayaan bergantung kepada kekuatan kesatuan

6. (a) Dengan menggunakan contoh berangka, beri maksud sewa ekonomi dan
perolehan pindahan. [4]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keadaan apabila sewa ekonomi
lebih besar daripada perolehan pindahan. / terangkan bahagian sewa ekonomi dan
perolehan pindahan jika penawaran faktor tak anjal [6]

(a) Sewa ekonomi adalah perbezaan bayaran terbaik dengan bayaran kedua terbaik ke
atas faktor pengeluaran.
Perolehan pindahan ialah bayaran minimum kepada suatu faktor pengeluaran untuk
mengekalkan faktor tersebut untuk kegunaannya yang terbaik.

Contoh, bayaran sewa sebidang tanah untuk tanaman kelapa sawit ialah RM2000 dan
untuk tanaman getah ialah RM1500. Sewa ekonomi adalah RM500 manakala perolehan
pindahan ialah RM1500.

56
(b)
Harga
D S

P0 E
Sewa ekonomi

Perolehan pindahan D

S
Kuantiti faktor
0 Q0

Sewa ekonomi lebih besar drp perolehan pindahan apabila keluk penawaran faktor tak anjal
Harga faktor ialah P0 manakala kuantiti faktor Q0
Jumlah pendapatan faktor ialah 0POEQ
Sewa ekonomi ialah 0POES yg lebih besar drp perolehan pindahan iaitu SEQ0
# semakin tak anjal, semakin besar sewa ekonomi dan sebaliknya

7 (a)Bagaimanakah upah wang dan upah benar berbeza? [4]

Upah wang ialah bayaran yang diterima oleh buruh dalam bentuk wang atas sumbangan
tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
Upah benar adalah kuasa beli upah wang iaitu keupayaan upah wang untuk membeli
barang dan perkhidmatan.

(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud kadar bunga nominal dan kadar
bunga benar [6]

Kadar bunga nominal ialah kadar bunga yang dikenakan ke atas sejumlah modal yang
dipinjam

Kadar bunga benar ialah kadar bunga selepas mengambil kira perubahan tingkat harga umum
iaitu perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi

Andaikan A meminjam sejumlah wang dari sebuah bank perdagangan. Kadar faedah
dikenakan sebanyak 10% dan kadar inflasi pula 4%.
Oleh itu, kadar bunga niminal adalah 10%
Kadar bunga benar = 10% - 4%
= 6%

57

You might also like