You are on page 1of 2

Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet.

Dengan
ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi
dan sering bergelar "Bumbung Dunia."

Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi,
juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China
(Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam
Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada
penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.

Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an,
Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini[1], dipercayai merupakan
kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" [spyan ras gzigs] dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas
kasihan.

Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa
politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran[1] Tibet dari pusat kerajaan tradisinya
Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.[perlu rujukan]

Apabila Kerajaan Tibet dalam Buangan dan komuniti pelarian Tibet di rantauan menyebut Tibet,
maksud mereka ialah kawasan-kawasan yang terdiri daripada wilayah-wilayah tradisi Amdo, Kham,
dan Ü-Tsang, tetapi tidak termasuk Sikkim, Bhutan, dan Ladakh yang turut membentuk sebahagian
lingkungan kebudayaan Tibet.[perlu rujukan]

Apabila Republik Rakyat China (PRC) menyentuh Tibet, maksudnya ialah Kawasan Autonomi Tibet
(TAR): sebuah entiti peringkat wilayah yang, menurut tuntutan wilayah PRC, termasuk Arunachal
Pradesh (iaitu sebuah negeri India yang dipertikaikan oleh China). TAR meliputi bekas kawasan
kekuasaan Dalai Lama yang terdiri daripada Ü-Tsang dan Kham barat, sementara Amdo dan Kham
timur adalah sebahagian Qinghai, Gansu, Yunnan, dan Sichuan.

Perbezaan definasi ini merupakan punca pertikaian yang utama. Penaburan Amdo dan Kham timur ke
dalam wilayah-wilayah di sekeliling dimulakan oleh Maharaja Yongzheng ketika abad ke-18 dan sejak
itu sentiasa dipertahan oleh kerajaan China berturut-turut. Orang Tibet dalam buangan pula melihat
pertahanan penyusunan ini sejak abad ke-18 sebagai sebahagian dasar pecah dan perintah.[perlu
rujukan]

You might also like