You are on page 1of 2

LANGKAH LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Sejak negara kita menikmati arus kemodenan, tapak bumi bertuah dan menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia ini telah menjadi tempat yang tidak selamat untuk didiami. Hal ini wujud akibat daripada
isu pencemaran alam sekitar, iaitu pencemaran air, udara dan darat. Justifikasinya, isu jerebu yang
bukan sahaja menjejaskan kesihatan penduduk malahan juga mengancam ekonomi negara terutama
dalam industri pelancongan telah menjadi topik hangat yang dibincangkan dari kedai kopi hingga ke
Parlimen. Benarlah kata pepatah, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Sebenarnya,
sikap manusia zaman moden yang materialistik ini merupakan faktor utama berlakunya masalah
pencemaran. Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar? Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar?

[Isi] Pada pandangan saya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
menangani masalah pencemaran yang berlaku kini. Menurut hadis Nabi Muhammad SAW, anak
ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. [Mengapa] Hal ini demikian kerana ibu
bapa merupakan orang yang terdekat kepada anak-anak. Mereka sentiasa berdampingan dan
berbual-bual dengan anak. [Bagaimana] Oleh hal yang demikian, ibu bapa wajar mendidik mereka
untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. [Kesan] Kesannya, usaha ini akan menyedarkan
mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. [Ungkapan menarik] Uslub signifikan ini perlu
dilakukan sejak mereka kecil lagi kerana pepatah Melayu ada menyatakan bahawa melentur buluh
biarlah dari rebungnya. . [Penegasan] Sesungguhnya, semua warga bumi bertanggungjawab untuk
menjaga kebersihan alam sekitar.

lIsi] Peranan yang tidak kurang penting juga ialah pihak sekolah yang wajar memikul dan
melaksanakan obligasi untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar. [Mengapa] Hal ini
disebabkan oleh institusi sekolah dianggap sebagai rumah kedua kepada para pelajar kerana mereka
menghabiskan kira-kira lapan jam sehari di sekolah. [Bagaimana] Dalam hal ini, pihak sekolah
hendaklah mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah dan pameran Cintai Alam Sekitar
kepada pelajar. [Kesan] Natijahnya, para pelajar akan didedahkan dengan aktiviti penjagaan alam
sekitar secara intensif. [Ungkapan menarik] Pihak sekolah harus berpegang teguh pada peribahasa
hendak seribu daya tak nak seribu dalih dengan menjalankan usaha yang pragmatik dan sistematik in
secara berterusan. [Penegasan] Jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting untuk
menanam sikap memelihara alam sekitar dalam kalangan pelajar.

[isi] Minhaj yang seterusnya ialah perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik perlu
dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. [Mengapa] Hal ini berpunca daripada sikap
masyarakat yang suka membuang sampah sewenang-wenangnya seperti di tepi jalan dan di dalam
longkang. [Bagaimana] Dengan itu, pihak bertanggungjawab perlulah menjalankan kerja mengutip
sampah secara kerap di setiap rumah dan mewujudkan lebih banyak tong sampah berwarna
mengikut jenisnya. [Kesan] Usaha ini boleh menjimatkan penggunaan bahan sumber sekali gus
mengurangkan sampah sarap. [Ungkapan menarik] Hal ini sesuai dengan pepatah, sambil menyelam
minum air. Sebelum nasi menjadi bubur, pihak bertanggungjawab haruslah bijak untuk menarik
masyarakat supaya bekerjasama bagi menangani masalah ini bersama. [Penegasan] Jelaslah bahawa,
pihak bertanggungjawab hendaklah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar
daripada menjadi lebih serius.
[Isi] Lontaran idea yang seterusnya ialah pihak berkuasa juga harus menguatkuasakan undang-
undang yang lebih tegas dan berat. [Mengapa] Hal ini berpunca daripada undang-undang yang sedia
ada di Malaysia masih longgar dan lemah. [Bagaimana] Dengan itu, undang-undang baharu yang
lebih berat harus dikenakan kepada individu yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekitar. [Kesan] Natijahnya, sikap peka dan bekerjasama untuk mengutamakan kebersihan alam
sekitar akan wujud dalam golongan marhaen. [Ungkapan menarik] Hal ini bersesuaian dengan
peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. [Penegasan] Tegasnya,
penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar harus dijalankan untuk menangani masalah
pencemaran alam sekitar.

[Pandangan] Akhirulkalam, alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan
kepada manusia. [Cadangan] Oleh itu, masalah pencemaran alam sekitar perlu ditangani dengan
segera. Hal ini memerlukan kerjasama padu ibarat aur dengan tebing daripada semua pihak untuk
memastikan kemajuan yang ingin dicapai seiring dengan pemeliharan alam sekitar. [Harapan]
Impaknya, generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelestarian alam sekitar yang
menjadi idaman oleh manusia yang cinta akan keharmonian dan kesejahteraan.

-Ainil 5AH-

You might also like