You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT 2

JLN SRI PANJI


16100 KOTA BHARU
KELANTAN

MINIT MESYUARAT HEM BIL 2, SESI 2022/23

Tarikh : 5 Oktober 2022


Masa: 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan , SKD 2

Kehadiran:

1. Pn. Mazinah Bt Othman

2. Pn. Siti Nurulaini Bt Ahmat

3. En. Mohd Shahriman Bin Md. Arafian

4. Pn. Hafizah Bt Ab. Rahman

5. En. Rusydi Bin Md.Noor

6. Pn. Noriza Bt Mohamed

7. Pn. Fadliah Bt Mahmud

8. Pn. Maizatul Hema Bt Mohammed

9. En. Ardy Zamani Bin Abdullah

10. En. Mohd Kamaruddin Bin Mohd Hussain

11. Pn. Hjh Ratnawati Bt.Noh Ali Piah

12. En. Mohd Nordin Bin Ismail

13. Pn. Rosriana Bt. Mohamad

14. Pn. Hjh Suhaira Bt Ibrahim

15. Pn. Maniana Bt Ab. Latif

16. En. Rushdan Bin Mohd Noor

17. Pn.Ruzana Bt Omar


Tidak Hadir :

1. En. Wan Ismadi Bin W. Ismail (Bersebab)

2. Pn. Rozila Bt Masal (Bersebab)

Mesyuarat di pengerusikan oleh Pn. Mazinah Bt Othman, PK HEM SKD 2.

1.0. UCAPAN PENGERUSI


1.1. PK HEM selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan Pn Hjh
Hasnah Bt Mamat, Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) yang mewakili Pn Rozila Bt
Masal, SU HEM PPKI.

1.2. Beliau mengharapkan kerjasama dari semua ahli unit , juga mengalu-alukan sebarang
pendapat untuk dikongsi dan dibincangkan demi memantapkan lagi pengurusan HEM .

2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadang oleh : En. Mohd Nordin Bin Ismail


Disokong oleh : Pn. Siti Aida Bt Ahmat

3.0. LAPORAN UNIT

Unit Disiplin (En. Wan Ismadi B. Wan Ismail-Laporan bertulis)

3.1. Taklimat disiplin semasa perhimpunan diadakan sepanjang masa mengikut keperluan
dan situasi

3.2. Setakat September seramai 5 orang guru telah ,melaporkan kes salahlaku.

3.3. Bilangan guru melapor amalan baik adalah seramai 12 orang.

3.4. Unit disiplin juga mengadakan pemeriksaan mengejut untuk memeriksa pakaian dan
rambut murid. Pemeriksaan ini di adakan sepanjang masa.

3.5. Pemeriksaan mengejut (Sport Check) di dalam kelas pula telah dilakukan sebanyak 2
kali.

3.6. Pemeriksaan ini dilakukan ekoran dari laporan kehilangan telefon dan juga operasi
merampas barang larangan seperti benda tajam, marker pen, barang mainan dan lain-lain
lagi
3.7. Bilangan Kes salah laku yang direkod:

i. Vape 24/7/2022-4 orang

Tindalan: Perjumpaan dengan ibu bapa dan amaran

ii. Murid bawa telefon-2 kes

Tindakan : Amaran dan maklum kepada ibu bapa melalui telefon

iii. Ponteng kelas -1 kes (6 orang)

Tindakan : Amaran

iv. Main bola di dewan/pecah lampu 1 kes

Tindakan: Amaran

v. Bercakap lucah dalam kelas 1kes (11 orang)

Tindakan: Amaran keras

Unit Pengawas (Pn Maizatul Hema Bt Mohamed)

3.8. Seramai 62 orang pengawas telah di lantik dan mereka telah di agihkan untuk
tugasan tertentu yang telah ditetapkan.

Unit Pencegahan dadah ( En Mohd Rusydi B. Mohd Nor)

3.9. Unit PPDA telah menyediakan papan kenyataan mengenai penyalahgunaan dadah.

Sudut akan ditambahbaik dari masa ke semasa.

Unit SPBT (En Mohd Kamarudin B. Mohd Hussein)

3.10. Buku teks telah diagihkan mengikut keperluan murid.

3.11. Tidak ada perubahan dari segi enrolment murid.

Unit Keceriaan (Pn Rozana Bt Omar)

3.12. Pemeriksaan tandas murid telah dilakukan dari masa ke semasa dan menambah
peralatan ditandas murid.
3.13. JK keceriaan juga telah membuat pemeriksaan mengejut kebersihan tandas.

Unit Kebajikan/ Keselamatan (Pn Hafizah Bt. Abdul Rahman)

3.14. Unit Kebajikan telah embuat kutipan sumbangan guru dan murid untuk murid yang
kematian ibu/ bapa.

Unit Denggi.(Pn Hjh Suhaira Bt. Ibrahim)

3.15. Unit Denggi Belum melaksanakan sebarang program ekoran endemic Covid.

Unit Kesihatan (Pn Maniana Bt Ab. Latif)

3.16. Menerima lawatan dari Klinik Pergigian untuk pemerikssan gigi untuk murid tahun 1
dan pra juga suntikan untuk murid tahap 1.

Unit PIBKS (En Mohd Rushdan B. Mohd Noor)

3.17. En Rushdan memaklumkan , SU PIBG dan SUPIBKS ibarat kapal tanpa nakhoda.
Kumpulan Wasap PIBG tidak mendapat sambutan dan ramai ibu bapa yang keluar (left
Group).

3.18. Pengisian PIBKS sebanyak 2 Fasa diisi secara online.

3.19. PK HEM memaklumkan keperluan untuk merekod aktiviti melibatkan PIBG seperti
sukan, penyampaian PBD kepada ibu bapa, gotong royong untuk dokumentasi.

Tindakan: En. Mohd Rusydan Mohd Noor

Unit Dokumentasi (En Mohd Nordin B. Ismail)

3.20. Setiap aktiviti yang dilaksanakan di dokumentasi dalam bentuk online dalam
telegram sekolah.

3.21. PK Hem memohon untuk di wujudkan satu album untuk menyimpan gambar aktiviti
dalam bentuk Salinan bercetak ( hard copy).

Tindakan: En Mohd Nordin Ismail

Unit Kaunseling (En. Ardy Zamani B. Abdullah)


3.22. En Ardy Zamani selaku guru kaunseling memaklumkan banyak aktiviti kaunseling
terpaksa ditangguhkan ekoran dari perubahan takwim persekolahan, dan pemansuhan
UPSR.

3.23. Berlaku perubahan untuk Ujian Psikometrik yang mana untuk tahun 2022 ianya
turut melibatkan murid tahun 4 dan 5.

3.24. Ada murid yang diketegorikan sebagai “bahaya” telah diberi kaunseling yang
sewajarnya.

3.25. Untuk Program ‘Ziarah Cakna’ guru termasuk PPKi perlu memaklumkan kepada Unit
kaunseling untuk rekod.

Unit KWAMP (Pn Rosriana Bt Mohamad)

3.26. Pn. Rosriana memaklumkan penyampaian bantuan KWAMP adalah sebanyak dua kali
dan kali terakhir adalah pada bulan julai yang lalu yang melibatkan 178 orang murid.

3.27. Nama penerima KWAMP diambil dari APDM dan ada murid yang tidak layak turut
menerima bantuan.

3.28. Pihak sekolah juga turut menerima bantuan dari pihak kastam semasa

Ramadhan yang lalu dan juga dari pihak Bank Rakyat .

Unit RMTS & Susu sekolah. (Pn. Fadliah Bt Mahmud)

3.29. Pn. Fadliah memaklumkan order RMT dibuat setiap hari

3.30. Jumlah murid yang menerima RMTS adalah seramai 223 orang.

3.31. Tuntutan (Claim) yang dibuat adalah sebanyak 222 orang memandangkan seorang
penerima dari PPKi tidak pernah hadir kesekolah.

3.32. Pn. Fadliah mahukan pencerahan samaada tuntutan (claim) boleh diteruskan
dengan jumlah murid sebanyak 222 atau mengekalkan jumlah asal.

3.33. PK Hem meminta perkara ini dibincangkan dengan bahagian kewangan sekolah.

3.34. Pesanan untuk susu perlu mengikut jumlah asal, dan mesti selari dengan pesanan
RMTS.

3.35. Untuk murid RMTS yang tidak hadir dalam tempoh yang lama, guru kelas mesti
menghubungi ibu bapa dan menulis surat makluman kepada pihak sekolah.
Tindakan: Pn. Fadliah Mahmud

Unit Kantin (Pn Siti Aida Bt Ahmat(wakil))

3.36. Pn Siti Aida yang mewakili Pn Noriza(S/U Kantin) , memaklumkan Ajk Kantin telah
menceriakan meja makan murid semasa cuti yang lalu.

3.37. PK Hem memaklumkan untuk meminta pengusaha menyediakan tambahan meja


makan murid.

3.38. Pn. Hjh. Hasnah meminta S/U kantin menyediakan buku laporan aduan kantin,
untuk memudahkan guru membuat aduan berkenaan kantin.

Tindakan: Pn. Noriza Mohammed

Unit Data HEM (En. Mohd Shahriman Bt Arifian)

3.39. En Shahriman selaku Guru Data memaklumkan jumlah murid semasa adalah
seramai 613 orang

3.40. Jumlah kelas adalah 18 dari arus perdana, 5 kelas ppki dan 2 kelas pra sekolah

4.0 Lain-lain Hal

4.1. Pn. Maizatul Hema bertanyakan status murid ketika rehat.


4.2. PK Hem memaklumkan murid tidak dibenarkan berada di dalm kelas semasa
rehat dan tidak dibenarkan bermain di laman bestari atau tapak perhimpunan
lama.
4.3. Pn Rosriana memaklumkan PSS sedang dalam usaha menyiapkan ‘speaker
corner’ di kantin, yang mana ‘speaker corner’ itu nanti bakal menjadi tumpuan
murid. Diharapkan ianya dapat mengelakkan murid berkeliaran di tempat yang
dilarang.
4.4. Buat sementara waktu murid digalakkan menghabiskan baki masa rehat di
PSS sekolah.
4.5. Pn Siti Aida memaklumkan ada beberapa jeriji longkang yang rosak dan
dikhuatiri membahayakan murid.
4.6. PK HEM memaklumkan , perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada AJK
PIBG sekolah dan dalam usaha mencari dana untuk dibaiki.
4.7. Isu Lambakan Test covid. Pk Hem memaklumkan supaya guru kesihatan
memaklumkan kepada guru kelas untuk mengagihkan test covid kepada murid
yang bergejala dan direkodkan penggunannya dalam buku rekod.
Tindakan: Pn. Maniana Ab. Latif

4.8. Pn. Hjh. Hasnah memaklumkan berlaku kerosakan saluran tandas PPKI
akibat saluran dipenuhi dengan kain dan benda yang tidak sepatutnya. Beliau
memohon kerjasama guru untuk mengingatkan murid tentang tatacara
penggunaan tandas yang betul agar masalah ini tidak berulang.

4.9. Pn. Hjh. Hasnah juga bertanyakan punca air yang jatuh dari tingkat atas
dan mengenai laluan /koridor PPKI.

4.10. Pn Siti Aida menjelaskan air itu adalah air hujan yang berpunca dari atap
yang bocor di kelas 4C.

4.11. PK HEM memaklumkan sistem sahsiah diri murid (SSDM) hendaklah diisi
dari masa ke semasa.

4.12. En. Shahriman memaklumkan untuk pengisian SSDM ialah dengan melayari
ssdm.moe.gov.my. Log masuk :DBA 1446 kata laluan: DBA1446skd2.

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh:

------------------- ----------------------

(Siti Nurulaini Ahmat@Ahmad) Mazinah Bt Othman

Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM

SK Demit 2 SK Demit 2

You might also like