You are on page 1of 2

KOD DAN NAMA KURSUS:

LMCR 3202 BAHASA MELAYU DALAM PENGURUSAN PEJABAT

TAJUK:
PENILAIAN SURAT RASMI

NAMA PENSYARAH:
PUAN NOR AZILAWATI BINTI MAT ISA

NAMA PELAJAR & NO. MATRIK:


MARIATUL IZZATIE BT IDEREH (A182621)
Mariatul Izzatie bt Idereh
Lot 1982-B Kampung Kubang Batang
Chabang Empat,
16210 Tumpat,
Kelantan. 9 Disember 2021

Lita Alis Holding SDN. BHD,


Jalan P9B/9 Presint 9,
62250 Presint 9,
Putrajaya.

Tuan/Puan.

MEMOHON PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya Mariatul Izzatie bt Idereh, merupakan


pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pada ketika ini, saya berada di tahun ketiga pengajian dan
salah satu syarat pengajian adalah dengan menjalankan Latihan Industri di agensi
yang berkaitan. Latihan Industri ini akan dilaksanakan selama 12 minggu.

3. Melalui hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati


ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri yang berkualiti dan juga
syarikat tuan/puan bersesuaian dengan bidang saya. Saya juga yakin bahawa saya
mampu memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan kepada syarikat
tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Untuk tujuan itu, saya memohon untuk melaksanakan Latihan Industri di syarikat
tuan/puan. Latihan Industri ini akan bermula 25 Disember 2021 sehingga 15 Mac
2022. bersama-sama ini saya sertakan surat sokongan daripada pihak fakulti untuk
penilaian pihak tuan/puan. Saya sangat berharap agar pihak tuan/puan
mempertimbangkan permohonan saya ini.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Yang Benar,
Mariatul Izzatie bt Idereh,

You might also like