You are on page 1of 9

PERTUBUHAN SUKARELAWAN

RAKYAT CINTAI SUNGAI


MALAYSIA
(WIRA SUNGAI)
pENGENALAN
Persatuan Wira Sungai ditubuhkan pada 2020 dengan tujuan dan visi untuk menjadi
suara di dalam isu sumber air dan menjadi platform kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga sumber air dan kepenggunaan berkaitan isu-isu perkhidmatan air.
Bermula dengan ahli seramai 15 orang, Wira Sungai kini mempunyai 30 orang ahli tetap dan
juga rangkaian kerjasama dengan 10 NGO lain di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah,
Perak, Kuala Lumpur, Perlis , Selangor dan Pulau Pinang.

Misi kami ada lah untuk menyediakan platform kesedaran nasional dan penggerak
utama mencari penyelesaian dalam isu air yang berbangkit dan memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan air.

Fokus utama Pertubuhan Wira Sungai adalah tentang isu-isu berkaitan sumber air
dan kepenggunaan air tanpa bias kepada mana-mana pihak. Selain itu, isu kelestarian sumber
air juga merupakan sebuah isu yang amat dititikberatkan oleh kami dalam memberi pendedahan
akan kepentingan memastikan sumber air kita terjamin.

Pelbagai program dan kempen telah dijalankan oleh Wira Sungai sepanjang
penubuhannya. Antaranya Kempen-kempen kesedaran Pengguna, Ceramah-ceramah dan juga
program-program lain berkaitan kelestarian sumber air.

Pihak Wira Sungai, akan terus komited dalam usaha mewujudkan sebuah komuniti
konsumer yang cakna terhadap isu air terutama dalam isu kelestarian air serta isu konsumerism
lain seperti isu kecurian air, penjimatan penggunaan air selain memastikan hak-hak pengguna
dipenuhi oleh operator dengan sebaik mungkin.
VISI

Menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang proaktif di dalam isu berkaitan kepenggunaan air
serta alam sekitar selain memastikan masyarakat yang cakna terhadap kelestarian air dan
memiliki kesedaran yang tinggi berkait konsumerisme penggunaan air.

MISI

1.) Menyediakan platform kesedaran nasional untuk pengguna dan operator air

2.) Bekerjasama mencari penyelesaian dalam isu air yang berbangkit.

3.) Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan sumber air dan kelestarian
sumber.

4.) Menjadi orang tengah antara operator dan pengguna dalam memastikan hubungan
sentiasa baik dan harmoni.

5.) Menyampaikan maklumat dan fakta yang telus tanpa bias kepada mana-mana pihak.

6.) Mewujudkan komuniti konsumer air yang cakna.


Maklumat ngo
PERSATUAN WIRA SUNGAI MALAYSIA
No Pendaftaran : PPM-011-14-18022022
Alamat : B-3A , BLOCK B , SEASON GARDEN
RESIDENCE JALAN 26/26 SEKSYEN 10 53300
WANGSA MAJU WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

No Akaun Persatuan : 8010921077


Bank : CIMB
Cawangan : KLCC

Mobile No (6011) 10081575


Email Address : wirasungaimalaysia@gmail.com
Aktiviti
1.) PROGRAM PELANCARAN WIRA SUNGAI MALAYSIA
JETI KUALA TAHAN, PAHANG
TARIKH : NOVEMBER 2021
2.) PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIH SUNGAI
Sg Teluk Buaya Kota Bharu Kelantan (Mac 2022)
3.) Program Kempen Jimat Air Dan Sayangi Sumber Air, Telipot Kota Bharu
Tarikh : Mac 2022
Senarai ahli jawatankuasa

PENGERUSI : NAZMAN BIN CHE IBERAHIM


TIMBALAN PENGERUSI : MOHD ZAKI BIN ZAKARIA
SETIAUSAHA : MOHD RIDZWAN HAFIZU BIN AZAHARI
PENOLONG SETIAUSAHA : NIK ASMAWIE BIN NIK ABDULLAH
BENDAHARI : WAN MOHD HUSNI BNIN WAN OTHMAN
AHLI JAWATANKUASA : AHMAD IMRAN FAUZI
: AISYAH MOHD NORDIN

You might also like