You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2,

JALAN PERWIRA

55100 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA

HARI SUKAN NEGARA

PERINGKAT SEKOLAH

2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2
JALAN PERWIRA,
55100 KUALA LUMPUR.
TEL: 03 92847052

KERTAS KERJA : HARI SUKAN NEGARA 2015


PANITIA / KELAB / PERSATUAN : UNIT KOKURIKULUM
TARIKH : 10 OKTOBER 2015 (Sabtu)

1. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun
Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia
adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan
agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan
setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut
yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor
awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan
aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan
budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan
masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara
maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
2. MATLAMAT / OBJEKTIF

Program ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif yang telah digariskan sama ada secara
individu atau berkumpulan yang dalam mencapai perkembangan kognitif, fizikal, emosi mahu
pun rohani secara menyeluruh dan bersepadu. Antara objektif-objektif lawatan tersebut ialah:

2.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.


2.2 Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
2.3 Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
2.4 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
2.5 Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan
diperingkat akar umbi.

3. TEMPAT

3.1 SK Puteri Pandan 2, Kuala lumpur

4. KUMPULAN SASARAN

 Semua murid dan guru.

5. TARIKH/ MASA

 10 Oktober 2015
 8.00 pagi – 12.00 tengahari

6. KESIMPULAN

Harapan kami semoga program Hari Sukan Negara ini dapat mencapai setiap objektif yang telah
digariskan.
TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 pagi Berkumpul di Dewan Baiduri

7.45 pagi Ucapan Pengacara Majlis

Nyanyian

Negaraku

Wilayah

Bacaan Doa

8.15 pagi Senamrobik

9.00 pagi Jalan Ceria

9.30 pagi Permainan Terompah Gergasi

10.00 pagi Rehat

10.30 pagi Permainan Bola Jaring

11.15 pagi Permainan Baling Tin

12.00 tengahari Permainan Tarik Guni

12.30 tengahari Perasmian Penutup

You might also like