You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SRI (22/23/PKP/SU Awam/bil(06)


Tarikh : 10 Jan 2023 bersamaan
17 Jamadilakhir 1444

KEPADA

IBU BAPA/ WARIS MURID TAHFIZ 4, 5 DAN 6

Tuan/ Puan,

MAKLUMAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Ujian Akhir Sesi Akademik akan
dilaksanakan pada 17 hingga 19 Januari 2023. Sasaran murid yang terlibat merupakan tahfiz 4, 5 dan 6.
Tujuan Ujian Akhir Sesi Akademik adalah menguji tahap kognitif murid.

3. Instrumen Pentaksiran ini melibatkan lima (5) mata pelajaran sahaja seperti berikut :

BIL SUBJEK KOD


1 Bahasa Melayu 011
2 Bahasa Inggeris 013
3 Matematik 015
4 Sains 018
5 Sejarah 019

4. Justeru itu, pihak sekolah berharap kerjasama ibu bapa untuk memastikan murid mengulang kaji pelajaran
dan hadir ke sekolah supaya murid mendapat penjelasan daripada Guru Mata pelajaran masing-masing.

5. Sebarang masalah berkaitan Ujian Akhir Sesi Akademik boleh menghubungi Muallimah Aznoor Salma
binti Rosle di talian 0175178893. Kerjasama dari pihak tuan/puan kami ucapkan terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

“BERILMU, BERAKHLAK”

Yang Menjalankan Amanah,

(AHMAD HAFIZ BIN MOHD)


Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Al-Ikram,
Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

You might also like