You are on page 1of 3

PENGENALAN

Perkhidmatan bomba dan penyelamat memainkan peranan yang sangat penting kepada
Negara dan rakyat.
SEJARAH PENUBUHAN AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA DI
KAMPUNG WAKAF TAPAI, MARANG, TERENGGANU

Penubuhan latihan kebombaan telah bermula sejak sebelum merdeka lagi. Penubuhan latihan

kebombaan secara formal telah bermula pada tahun 1940 di bawah pemerintahan ‘British

Military Adminstaration (BMA)’ di Pulau Pinang. Latihan kebombaan ini telah diketuai oleh

A.J. Brown dan dianggotai seramai 150 orang pelatih. Penubuhan latihan kebombaan ini,

telah menjadi titik pencetus kepada perkembangan perkhidmatan bomba dan penyelamat di

Malaysia.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Kampung Wakaf Tapai

telah dibina pada tahun 2000. Sebelum itu, majlis pecah tanah pembinaan telah

disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato Dr.

Ting Chew Peh pada tahun 1999.ABPM Wilayah Timur di kampung Wakaf Tapai

mempunyai keluasan tapak seluas 350 ekar bersamaan dengan 144 hektar. Keluasan tapak ini

sekaligus menjadikan ABPM Wilayah Timur sebagai akademi bomba dan penyelamat yang

terbesar dan terbaik di Asia.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di kampung Wakaf Tapai

dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana yang terdiri daripada kemudahan

pentadbiran, akademik, penginapan pelatih, perumahan kakitangan, sukan dan rekreasi.

Terdapat juga kemudahan asrama pelatih yang terdiri daripada tiga blok yang dinamakan

sebagai Anggerik, Cempaka, dan Rafflesia . Selain itu, terdapat juga satu dewan makan

untuk pelatih lelaki dan perempuan. Tidak ketinggalan, masjid juga turut didirikan untuk

kemudahan para pelatih beragama islam untuk menunaikan ibadat solat dan aktiviti-aktiviti

keagamaan yang lain. Masjid ini diberi nama masjid al-Syakirin. Masjid ini boleh memuatkan

seramai 1000 orang pelatih pada suatu masa. Di samping itu, seluas 250 ekar tapak ABPM
Wilayah Timur di Kampung Wakaf Tapai telah dikhususkan sebagai kemudahan latihan dan

simulasi kebombaan dan menyelamat untuk para pelatih.

Pada 7 oktober 2002, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di

Kampung Wakaf Tapai mula beroperasi dan diketuai oleh Ketua Latihan Penolong Penguasa

Bomba, Mohd Kharu bin Sulaiman. Di bawah kendalian beliau, seramai 36 orang kakitangan

telah ditempatkan di akademi ini yang merangkumi pelbagai pangkat. Kakitangan ini

ditempatkan secara pentadbiran di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri dan

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu. Selain itu, pada 15 oktober

2002, seramai 236 orang pelatih Gred KB 11 telah melapor diri untuk mengikuti kursus Asas

Sains Kebombaan. 236 orang pelatih Gred KB 11 merupakan pelatih pertama yang mendapat

latihan dan bimbingan di ABPM Wilayah Timur di Kampung Wakaf Tapai.

You might also like