You are on page 1of 5

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun


1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri
Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15
anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah
Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba
dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan
terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan
dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar
Bandar.

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua,


pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah
dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,


Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada
kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran
Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar
mengikut
negeri
masing-masing.
Untuk
menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan
dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan
Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai


sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan
penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri
Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini
meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang,
Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.

Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba


Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri


telah bersetuju perubahan nama Jabatan
Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB
Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya
telah mengumumkan dan melancarkan
pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Malaysia di
Genting Highlands.

Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit
Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS
ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

VISI DAN MISI

VISI
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi."

MISI
"Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional
bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda."

Objektif dan Fungsi


OBJEKTIF
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA
(JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan
pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan
dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan
khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan
bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.
Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh
jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta
Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :
1.
2.
3.

Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.


Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan
pengawalseliaan yang sempurna.
4.
Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5.
Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa
dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1),
melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh
undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk
dilaksanakan.

OBJEKTIF KUALITI
Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cemerlang melalui inovasi dan kualiti
MS ISO 9001-2008.

You might also like