You are on page 1of 9

CILI KULAI FERTIGASI

CILI (Capsicum annum) merupakan sejenis tanaman popular di Malaysia yang ditanam seluas
3.280 hektar dengan pengeluaran sebanyak 32,807 metrik tan pada tahun 2010 dengan nilai
pengeluaran sebanyak RM 206.7 juta. Pengeluaran cili di Malaysia adalah untuk tujuan
penggunaan segar. Cili Kering yang ada di Malaysia adalah diimpot dari India, China, Thailand
dan beberapa negara lain yang benilai jutaan ringgit setahun. Masakan masyarakat Malaysia
sememangnya menggunakan cili sebagai komponen utama untuk perisa makanan. Artikel saya
kali ini berkisar mengenai maklumat tanaman cili merah atau orang ramai kata cili kulai
berdasarkan pemerhatian, kajian dan pembacaan beberapa buku teknikal dan laman sesawang.

Di Malaysia terdapat banyak jenis cili yang di tanam untuk pelbagai kegunaan dan tujuan
pasaran. Petani menanam cili sebagai satu komoditi yang menguntungkan jika mencapai hasil
potensi dan harga jualan yang meemuaskan. Cili Besar dan Cili Padi adalah dua kategori cili yang
ditanam. Benih cili di perolehi daripada pembekal atau pekedai jual benih atau di buat sendiri
oleh petani. Kajian saya menunjukkan industri pengeluaran benih cili merupakan bidang yang
menguntungkan. Cili hibrid dikatakan mempunyai permintaan yang amat tinggi dikalangan
petani. Kajian saya mendapati antara jenis2 cili merah hybrid yang ada di Malaysia adalah
(a) Cili Kulai MC 11 yang mana tinggi pokok adalah 80–110 cm dengan panjang buah 8–10 cm
serta berat buah 7–10g/biji. Cili kedua ialah (b) Cili Kulai MC 12 dimana tinggi pokok 60–80 cm,
panjang buah 10–13 cm dan berat buah 12 – 14 g/biji. Kini ada cili terbaru iaitu (c) Cili Kulai
Hibrid F1 469 dengan ketinggian pokok 35 cm dan kapasiti buah sebanyak 180 biji sepokok.
Jenis lain ialah (d) Cili Hibrid 833ketinggian pokok 2- 6 kaki dan kapasiti buah sebanyak 55 biji
berat untuk 1 kg buah bagi sepokok.

Kajian saya menunjukkan juga beberapa jenis cili merah yang ada di Malaysia adalah seperti
berikut :
e) CA 905 - F1 Cili Kulai 905
f) CA 907 - F1 Cili Kulai 907
g) CA 910 - Kulai Tempatan
h) CA 914 - F1 Cili Kulai Pedas
i) CA 915 - F1 Cili Kulai Kering
j) CA 908 - Cabai Kulai Kerinting
k) Cili No. 8338 - Kulai King.

Penanaman cili perlukan penyediaan anak benih yang sempurna untuk mempastikan tidak
berlaku masaalah serangan aphids dan akan menyebabkan masaalah serangan viirus dan layu
bakteria. Biji benih perlu di semai dengan menggunakan struktur kalis serangga. Pastikan cara
cara memindah anak pokok ke polibag mengikuti amalan pertanian baik seperti menggunakan
tanah yang gembur. Kemudian untuk menanam perlu buat lubang untuk anak pokok yang
bersaiz lebih kurang sama dgn saiz corong tray dimana kedalaman tidak lebih dari ketinggian
corong tray. Picit sedikit bahagian bawah corong tray untuk melonggarkan anak pokok yang
hendak dipindah. Pegang pangkal anak pokok dan tarik keluar perlahan-lahan dimana jika gagal
ulang langkah 2. Letak kan anak pokok ke lubang dan pastikan akar berserta holland peat yang
melekat terletak secara baik. Kambus lubang tersebut dan tidak perlu timbus pangkal anak
pokok. Akhirnya gunakan tapak tangan tekan sedikit sekali di bahagian kiri kanan anak pokok.
Terdapat beberapa Sistem tanaman yang di amalkan untuk menanam cili merah sama ada
sistem terbuka diatas tanah , sistem fertigasi dan beberapa sistem lain. Penanaman di atas
tanah meliputi 95% dari keluasan penanaman cili di Malaysia seluas 3,800 hektar setahun.
Kawasan penanaman cili lazimnya di usahakan secara komersil oleh petani yang berpengalaman.
Cili Kulai (MC10) merupakan varieti yang paling popular berdasarkan kepada potensi hasil,
harga yang stabil dan permintaan yang tinggi. Lawatan saya ke Ladang GWG di Rawang
mendapati mereka mempunyai lebih dari 15 varieti cili kulai yang boleh di komersilkan. Apa
yang menarik perhatian saya adalah Cili Kulai Giant yang buahnya sepanjang 5-7 inci panjang
(belum ada di pasaran).

Salah satu sistem fertigasi yang di panggil sebagai MIRACLE SISTEM FERTIGATION (sila rujuk
diweb fertigasi.blogspot.com) dimana kaedah ini menggunakan konsep pembajaan dicampur
dengan racun organik, bahan media yang di campur dengan sekam wap, sekam kuning, baja
kompos, baja asas dan campuran topsoil. Pembacaan saya mendapati sistem ini iaitu
fertigasi miracle sistem mempunyai set pembjaan dan set racun yang tersendiri. Bagi SET
KAWALAN iaitu set AF 1- AF 9 (terdapat 9 jenis semburan kawalan) semburan ini dilakukan 5
hari sekali mengikut turutan. bermula dari AF1-AF 2 sampailah AF 9 kemudian diulang
kembali. SET PEMBAJAAN kaedah ini iaitu baja ketul ( baja tulin) dan AF-HUMIC(penggalak
bakteria) digunakan.
Kos penanaman cili cara fertigasi berbeza dengan kos pengeluaran untuk penanaman cili kulai
dia atas tanah biasa. Kajian menunjukkan Anggaran kos tanaman cili dengan fertigasi bagi 1,000
pokok cili adalah seperti berikut :-

1. Bekas Polytank 400 gallon =RM400.00


2. Sistem pam 0.75hp =RM250.00
3. Set main pipe poly 32mmx100m =RM120.00
4. Set poly tubing 13 mmx300m =RM120.00
5. Set dripper(putih)1000 =RM80.00
6. Set nipple 1000 =RM100.00
7. Keperluan media cocopeat 70 bag =RM315.00
8. Media sekam bakar 70 bag =RM175.00
9. Polybag 15 x 15 x 40kg. =RM300.00
10. Tong baja a/b x 2 =RM70.00
11. Tubing 4 mm 9 roll x 80m =RM198.00
12. Silver shine 0.035mm x 250m=RM70.00
13. Fitting lump sum =RM200.00
14. Set timer digital 1 minit cutoff =RM60.00
15. Alat tray semai anak benih 10kpg.=RM30.00
16. Biji benih 10 gm. =RM30.00
17. Set baja a/b 1 set 50kg. =RM240.00
18. Disk filter 1 kaki =RM55.00
JUMLAH DI ATAS SEMUA = RM2,813.00
Kos luar jangka dan operation cost spt. racun, baja ulangan dll. = RM 150.00
Kos Pembajaan baja asas fertigasi untuk penggunaan bagi 1000 pokok baja fertigasi ada 2 jenis
yang diperlukan iaitu set A dan set B, dimana dijual
'pakej siap lengkap' untuk set A 24 KG dan satu beg set B 24KG -RM160. Penyediaan campuran
set A dan set B bagi menyimpan air baja dalam satu tong 2700 liter (600 gelen). Bancuhan pati
baja Set A akan dibancuh dalam satu tong air 100 liter dan bancuhan pati baja Set B akan
dibancuh dalam satu lagi tong air 100 liter. Sebanyak 100 liter pati baja Set A - RM49.08
dan 100 liter pati baja Set B- RM65.84. Keseluruhan kos set pembajaan berjumlah
RM114.9262. Bagi satu tangki air 2700 liter (600 gelen)- 12 liter A + 12 liter B
Bacaan EC 1.9 dan PH 6.9. Anggaran tempoh kegunaan tangki 600 gelen (2700liter) adalah 5
hari. Dalam 1 bulan pengisian sebanyak 5 ½ kali
100% sabut kelapa, setiap pokok memerlukan 0.5 liter air baja setiap hari, maka bagi 1000
pokok kita memerlukan 500 liter air baja setiap hari maka
kos baja Set A + baja Set B bagi tanaman 1000 pokok/30 hari atau sebanyak RM114.9262 / 100
liter X (66.72 liter) iaitu = RM76.68.

Kaedah untuk sukatan pada paket baja warna hijau muda tu kalau untuk semburan harian guna
1 sudu teh dalam 1 liter air maknanya berdasar kan apa yang saya faham setakat ni ada
21ppmN 21ppmP 21ppmK dalam 1000ml air, jadi bila tambah lagi 6000ml air ia tetap 21:21:21
tetapi dalam 7000ml air
RM 160 semusim baja fertigrasi tu untuk 1000 pokok..hasil lebih hebat dari baja. Baja ada dijual
dalam bentuk kristal warna hijau di jual di nurseri.
Bahan kimia untuk buat set baja A dan B adalah seperti berikut:-
1)Calcium Nitrate 25KG = RM55
2)Iron Chelate (EDTA) 1KG = RM42
3)Potassium Nitrate 25KG = RM70
4)Mono Potassium Phosphate 25KG = RM155
5)Magnesium Chelate 25KG = RM27.50
6)Manganese Chelate (EDTA) 1KG = RM42
7)Hybor 0.5KG = RM14 <<
8)Zink Chelate (EDTA) 1KG = RM42
9)Copper Chelate (EDTA) 1KG = 45
10)Ammonium Molybdate 0.5KG = RM190
11)Boron 25KG = RM50

Beberapa maklumat mengenai jenis dan varieti cili merah adalah seperti berikut untuk
makluman mereka yang hendak menanam cili secara fertigasi.
Info benih cili merah. Berikut ialah cili merah kulai dipasaran yang popular iaitu
CA 905 (F1 Cili Kulai 905), CA 907 (F1 Cili Kulai 907), CA 910 (Kulai Tempatan), CA 914 (F1 Cili
Kulai Pedas), CA 915 (F1 Cili Kulai Kering), CA 908 (Cabai Kulai Kerinting), 8338 (Kulai King.), MC
11, MC 12, Cili Hibrid 833, Cili S469 (amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm, amat
besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial, kurang digemari pengguna, -1gm
purata140-150biji)dan harga RM 9), Cili 568 (
kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz sama dengan Kulai).
Cili Kulai tempatan adalah varieti yang amat sesuai untuk tanaman secara komersial kerana cili
jenis ini lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos. Cili Hibrid 568 pula
akan memberikan buah pertama dengan sebanyak 40-90 biji (iaitu purata sebanyak 40-45
biji/kg) dimana setiap pokok boleh menghasilkan sebanyak 2-2.5 kg. Lazimnya tinggi pokok
jenis ini adalah 4 kaki dan buah kurang pedas. Pokok jenis ini sambil berbuah sambil berpucuk
dan berbunga dan pasaran tiada masalah langsung.

Tanaman cili secara fertigasi perlukan kawalan dari musuh2 tanaman cili seperti ulat ratus, kutu
daun/afid. kutu trip, hama merah, hama kuning, lelompat daun, pelombong daun, lalat
putih, ulat pengorek buah, lalat buah dan juga ulat pangkas. Serangga ini boleh dikawal
menggunakan kaedah manual, IPM atau semburan racun serangga mengikut pengesyoran pada
label. Elakkan menyembur racun sesuka hati. Perlu diingat bahawa petani perlu ikuti "tempoh
dilarang mengutip hasil" yang di cadang kan oleh pengeluar racun adalah di uji di dalam
makmal. Lihat faktur sekitar seperti udara, hujan, keadaan cuaca panas serta lembab untuk
kawalan serangga perosak.

Antara kaedah atau tips untuk mengawal serangan lalat buah adalah dengan memerhatikan
sikap lalat buah ini yang akan menyerang buah cili yang masak dan muda. Akibat serangan ini
akan menyebabkan kerosakan boleh mencapai sehingga 60-80%. Perhatikan iaitu tanda
kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. Jika koyak makan kita akan
lihat ulat atau larva dalam buah yang berwarna kuning. Diluar buah cili kadang-kadang ada
tanda bintik kena cucuk. Kalau nak lihat rupa lalat buah ni warna kuning dan ada belang hitam
dengan sayap yang lut sinar. Kajian menunjukkan serangan boleh di kesan 3 minggu selepas
putik keluar. Cara kawalan ialah dengan mengutip semua buah yang kena serang dan masukkan
dalam plastik. Kemudian guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat
jantan. Cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan. Cara buat perangkap ialah dengan
mengambil botol air mineral dan potong buat tingkap (W 2 inci dan H 1 inci).
Masukkan dan campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung di kawasan
pokok cili. Sediakan lubang dan lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.
Botol yang di warna kuning terang mampu menarik serangga (attract serangga). Serangga yang
hinggap perlu sembur dengan NEOPACE (gam) pada permukaan botol kuning tu yang digantung
pada kawasan pokok cili. Maka lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab
NEOPACE tu ada gam.

Kajian menunjukkan harga silver shine untuk rumah kalis hujan sekitar -RM60.00 segulung
(250m panjang x 4kaki lebar) dan boleh dapat kat kedai racun/alat alat pertanian. Jika jangka
hayat pokok cili mengambil masa dari semai benih hingga mula tuai selama 2.5-3 bulan dan
memetik hasil maksimum 6 bulan. Kajian menunjukkan jangka hayat 8 bulan dari mula semai
(max. yield) dan Jangka Hayat cili sehingga 12 bulan dimana bulan ke-4 memberikan hasil.
Buahnya sederhana besar. Hasilnya mencapai sehingga 10kg sehari bagi 100 pokok (purata).
Analisa menunjukkan jangka hayat pokok berbuah untuk 6 bulan atau pun sebanyak 30 kali tuai.
Jika anggaran bagi sebiji cili ialah 7 gram makan jumlah hasil adalah 5 bijiX7gram iaitu 35 gram.
Jika harga ladang sekitar RM6.00 sekilogram maka pulangan dari setiap pokok sebanyakt RM
0.21 sen.

Penanaman cili kulai secara fertigasi adalah menguntungkan jika kita mendapat pulangan dan
harga yang baik. Kos awal adalah agak tinggi berbanding dengan kaedah penanaman terbuka.
Ramai petanid sekitar Kg Parit Jamil, Pagoh dan Bukit Pasir di Muar yang menanam cili dengan
sistem 'Open Fertigation. di sekeliling kawasan rumah. Ini kerana terdapat beberapa syarikat
bumiputra tempatan yang aktif mempromosikan kaedah pertanian cara ini. Pemantauan saya
keprojek tersebut bersama-sama DO Muar mendapati projek ini adalah berdaya maju dan
memberikan pendapatan tambahan kepada golongan belia-belia di kawasan tersebut.
CILI DITANAM ... CARA FERTIGASI...
GOLONGAN BELIA...TIDAK SANGSI...
TANAM CILI...KENA BERANI....
KALAU TAK UNTUNG..PASTI RUGI...

You might also like