You are on page 1of 1

FORUM BMM 1024

KESUSASTERAAN MELAYU MERUPAKAN IDENTITI BANGSA

AHLI KUMPULAN:

NIK AMIESYA HANIN (PENGERUSI)

NUR ALEEYA MAISARAH (PANEL 1)

AMIRA FATIN BATRISYA (PANEL 2)

ANISAH (PANEL 3)

Pengerusi Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia prihatin saya ucapkan
kepada warga dewan sekalian. Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli
panel undangan kita yang manis bak madu pada pagi yang mulia ini.
Topik forum yang bakal kita perbincangkan pada hari ini ialah
Kesusasteraan Melayu Melambangkan Identiti Bangsa. Sebelum saya
memulakan perbincangan pada hari ini,saya ingin memperkenalkan
barisan ahli-ahli panel yang bakal bersama kita pada hari ini. Bersama
saya adalah 3 orang ahli panel yang tampaknya sudah bersedia untuk
memulakan perbincangan kita pada hari ini.

Baiklah di sebelah kiri saya, ahli panel kita yang pertama Sekali pandang
iras-iras Mira Filzah, dua kali pandang iras Neelofa itulah dia panel kita
yang pertama saudari Prof. Datuk Dr Nur Mardziah binti Jufri yang
merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa khabar
saudari Mardziah ? Saudari Profesor Mardziah merupakan seorang
pengkaji dalam bidang sastera di bawah jabatan Dewan Bahasa dan
Pustaka dan telah berada dalam bidang ini selama 15 tahun. Selamat
datang saya ucapkan kepada saudari Profesor Mardziah.

Seterusnya ahli panel kita yang kedua lagi bergaya, saudari Puan
Norhayaty Binti Hariri

Saudari Hayaty merupakan seorang guru cemerlang dalam bidang


Bahasa dan telah berkecimpung dalam bidang Bahasa kira-kira 18 tahun
di sekolah Menengah Patak-patak. Selamat datang saya ucapkan.

Dan di hujung sana, tampak kemas orangnya siapa lagi kalua bukan
Saudari Doktor Nurizzratul Humaira Binti Abdul Razak yang ternyata
dikenali ramai kerana karyanya yang sangat hebat dan kritis dalam
bidang sastera sekaligus beliau diangkat sebagai Sasterawan Negara.
Antara karya yang dihasilkan beliau ialah karya Sinar Raudah,Hasanah
Baiti dan Lantera Bahasa .Selamatdatang saya ucapkan.

You might also like