You are on page 1of 2

KURSUS

SKMM 2043 SASTERA HIKAYAT


SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK TUGASAN
JELASKAN ELEMEN HAIWAN YANG TERDAPAT DALAM KARYA
SASTERA HIKAYAT.

PENSYARAH
DR. YUSMILAYATI YUNOS

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD HAQIEM BIN KARIM (A179801)
Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa Melayu
lama dengan laras bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur
hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Sastera hikayat ini dibahagikan
kepada tiga kelompok, iaitu sastera hikayat berunsur Hindu, sastera hikayat berunsur Hindu-
Islam dan yang terakhir ialah sastera hikayat berunsur Islam. Selain itu, terdapat juga
beberapa elemen haiwan yang diperlihatkan dalam karya sastera hikayat.

Antaranya ialah burung Garuda yang terdapat dalam karya hikayat Merong Mahawangsa.
Peristiwa ini dapat dilihat semasa peperangan angkata Merong Mahawangsa dengan burung
garuda. Terdapat juga petikan yang menunjukkan Raja Merong Mahawangsa berperang
dengan burung Garuda tersebut, Maka Raja Merong Mahawangsa pun segera memanah
dengan anak panahnya Berana Pura itu keudara bergemuruh perginya hendak mengenai
burung geruda itu. Kemudian, dalam hikayat Merong Mahawangsa juga terdapat satu lagi
elemen haiwan, iaitu burung Jentayu. Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal anak
panahnya itu tewas tiada jua memberi bekas pada burung geruda itu, maka terlalulah
marahnya lalu dibalas pula suatu anak panahnya, dipanahkan naik keudara bergempita
gemuruh bahananya di dalam laut itu, seketika datanglah seekor burung jentayu
menghambat burung geruda. Peristiwa tersebut dapat dilihat dalam peristiwa yang sama iaitu
semasa Raja Merong Mahawangsa berperang dengan burung Garuda tersebut. Jelaslah
bahawa, elemen haiwan seperti burung Garuda dan burung Jentayu ini digambarkan sebagai
satu unsur kesaktian dan juga unsur ajaib. Selain itu, elemen haiwan yang terdapat dalam
sastera hikayat ialah kisah tentang Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat tersebut mengisahkan
tentang kehidupan masyarakat di dalam rimba yang amat taat setia kepada Pelanduk Jenaka
yang menggelarkan dirinya sebagai Syeik Alam di Rimba. Pelanduk Jenaka ini digambarkan
sebagai satu watak yang yang pintar dan bijak dalam menangani pelbagai masalah dan
penyelesaian konflik di dalam rimba.

Kesimpulannya, elemen haiwan yang terdapat dalam sastera hikayat ini adalah untuk
menggambarkan bahawa terdapatnya unsur kesaktian dan juga keajaiban. Sastera hikayat
merupakan salah satu karya yang membawa cerita ajaib dan berunsur hiburan

You might also like