You are on page 1of 10

1

KOD DAN NAMA KURSUS:

SKKP2014 - KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI

SESI PENGAJIAN

SEMESTER 1 - 2019/2020

TAJUK TUGASAN

PROPOSAL TESIS: FILEM ANIMASI DAN PENGARUHNYA TERHADAP


TINGKAH LAKU PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
MENONTON FILEM DI PAWAGAM

NAMA PENSYARAH

PROF MADYA DR CHANG PENG KEE

NAMA DAN NO MATRIK

MUHAMMAD ARIF BIN ZAHRAN (A167792)


1
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Teori kegunaan dan kepuasan atau uses and gratification theory


menyatakan bahawa khalayak merupakan pengguna yang aktif dalam
menggunakan media untuk mencari kepuasan (Katz, Blumler dan
Gurevitch, 1974). Teori ini menyatakan bahawa penggunaan media
merupakan suatu proses di mana pengguna memilih media berdasarkan
sesuatu rangsangan dan bukanlah sesuatu proses yang pasif dan secara
tidak sengaja.

Industri filem di Malaysia merupakan industri yang masih muda.


Bermula pada tahun 1907 dengan pembinaan pawagam pertama di
Singapura, serta penayangan filem pertama di Tanah Melayu (sekarang
Malaysia) yang berjudul Laila Majnun pada tahun 1933.

Filem atau wayang, merupakan seni visual yang digunakan untuk


menyampaikan idea, cerita, pandangan, perasaan, kecantikan atau
persekitaran melalui gambar bergerak sama ada di pawagam mahupun di
kaca televisyen (Severny, A. 2013). Filem merupakan sesuatu media yang
penting dalam membentuk sesebuah masyarakat. Filem boleh dikatakan
dekat dengan masyarakat kerana ia merupakan sebahagian penting industri
hiburan tanah air. Ia juga mempunyai potensi membentuk pemikiran
sesebuah masyarakat (Berita Harian, 2017). Data dan statisitk juga
menunjukkan sejak tahun 2012, peningkatan keuntungan kasar berlaku
secara stabil. Ini juga diikuti dengan peningkatan bilangan panggung
wayang yang stabil tahun demi tahun, menunjukkan bahawa filem
merupakan suatu medium yang masih lagi relevan dalam industri hiburan
di Malaysia (FINAS. 2018). Filem secara amnya masih menjadi medium yang
besar dalam masyarakat terutamanya di kawasan Asia.
2

Animasi merupakan satu kaedah di mana gambar dimanipulasikan


supaya kelihatan bergerak. Antara cara terawal melakukan animasi adalah
menggunakan gambar yang dilukis. Kaedah ini dipanggil animasi-cel dan
menjadi kaedah yang sering digunakan pada zaman 1920-an. Gambar-
gambar dalam cel animasi ini dilukis dengan perbezaan yang sedikit, untuk
menunjukkan pergerakkan di atas skrin (Champoux, J., E. 2001).

Animasi di Malaysia bermula dalam bentuk wayang kulit, di mana


watak-watak utama dikawal oleh Tok Dalang. Pada Jun 1946, Unit Filem
Malaya ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan Kerajaan Kolonial British di
Tanah Melayu di Kuala Lumpur (Hee, W., S., 2017). Antara filem animasi
pendek pertama yang dikeluarkan oleh UFM ini merupakan Hikayat Sang
Kancil oleh Anandam Xavier pada tahun1978. Tidak lama kemudian, dua
studio animasi ditubuhkan iaitu FilmArt pada tahun 1982 dan Lensamation
pada 1985 (Hassan Abd Muthalib, 2009). Lebih kurang 10 tahun selepas itu,
siri animasi televisyen pertama di Malaysia dilancarkan pada tahun 1995,
yang berjudul Usop Santorian.

Sejak daripada siri animasi pertama pada 1995, industri animasi di


Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 25 siri televisyen, empat telefilem
dan tiga filem animasi setakat tahun 2007. Bilangan ini jauh lebih banyak
daripada keseluruhan negara dalam rantau ASEAN. Peningkatan teknologi
juga membenarkan golongan belia menceburi bidang animasi yang semakin
tahun semakin terbuka kepada hampir semua orang. Walaubagaimanapun,
animasi dari Malaysia tidak meraih keuntungan yang memberangsangkan
akibat dijual dengan harga murah walaupun kos pemasarannya yang tinggi
(Hassan A Muthalib, 2007)

1.2 LATAR BELAKANG

Kajian ini berlatar belakangkan kepada pengaruh filem animasi terhadap


tingkah laku penonton filem di Malaysia. Pada tahun 2019, berberapa filem
animasi menggemparkan industri perfileman dengan meraih keuntungan
besar dalam negara. Daripada 10 filem tempatan paling untung, tiga filem
3
merupakan filem animasi. Atas sebab ini kajian ini dilakukan, untuk
melihat perilaku penonton filem di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada
masa yang sama, kajian ini berlatar belakangkan teori kegunaan dan
kepuasan, memberi fokus kepada aspek “kegunaan” dan “kepuasan yang
dicari” dan melihat adakah filem animasi memberi pengaruh kepada
motivasi pelajar menonton filem di pawagam (Austin, B., A., 1985).

Bilangan penonton filem meningkat dengan mendadak, mencecah lebih


sekali ganda daripada 25.92 juta pada 2005 menjadi 61.8 juta pada 2014
(Ubong Imang, 2015). Secara amnya, kajian menunjukkan filem ini masih
dilihat sebagai satu medium pengeluaran makna bagi masyarakat dalam
Dunia moden ini (Juliana & Mahyuddin, 2009; Ubong Imang 2015). Pada
masa yang sama, Malaysia tidak lari daripada perkembangan industri
perfileman. Malah, peningkatan bilangan serta kecanggihan fasiliti
menonton filem merupakan sebahagian daripada prose globalisasi di
Malaysia. Malah, industri filem di Malaysia berkembang pesat, dengan
bilangan filem daripada 7 pada tahun 2000 meningkat kepada 81 pada
tahun 2014.

Di samping itu, perbezaan kos pengeluaran dengan kos pemasaran


filem animasi di Malaysia membuatkannya suatu perlaburan yang
membuahkan hasil yang tinggi. Hal ini menguarangkan lagi insentif buat
penerbit untuk kekal mengeluarkan karya animasi di kaca televisyen
mahupun di layar Perak (Hassan A. Muthalib., 2007). Selain itu, motivasi-
motivasi pengguna pergi menonton filem sebagai suatu aktiviti yang
menyeronokkan, sebagai cara relaksasi, keseronokan, aktiviti sosial, serta
cara berkomunikasi juga didapati mempengaruhi motivasi penonton untuk
ke panggung wayang (Austin, B., A. 1985). Mengenal pasti motivasi serta
tarikan ke panggung wayang dapat membantu untuk mengenal pasti
pengaruh filem animasi terhadap motivasi-motivasi ini.

Pada masa yang sama, filem animasi yang secara amnya diberi
penarafan U untuk umum, ataupun PG (parental guidance) dalam sistem
penarafan Motion Picture Association of America (MPAA). Sistem yang telah
ditubuhkan pada tahun 1968 ini mengkategorikan filem mengikut
4
kesesuaiannya untuk lapisan penonton. Ini juga menjadi suatu faktor yang
mungkin mempengaruhi motivasi penonton filem untuk memilih filem. Di
Malaysia, sistem yang serupa diperkenalkan pada tahun 1996 dan
merangkumi 3 penarafan berbeza (Umum, Penjaga13 dan 18). Kajian ada
mendapati bahawa 10 filem paling menguntungkan sejak tahun 1980
bertaraf Umum (U) ataupun Penjaga13 (P13). Ini juga menjadi suatu faktor
dalam mempengaruhi penonton filem untuk pergi ke pawagam (Austin, B.,
A., 1980).

Matlamat utama kajian ini adalah untuk menyiasat dan meneliti


pengaruh dan pendapat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap
filem animasi dalam dan luar negara, untuk memahami dan menilai faktor-
faktor yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi keputusan
mereka untuk menonton filem di pawagam.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Menonton filem masih merupakan suatu bentuk hiburan yang popular di


kalangan masyarakat Malaysia. Walaubagaimanapun, industri perfileman
dalam negara mula menurun pada tahun 2014, jika dilihat melalui
pengeluaran filem tempatan. Akibat saingan yang sengit dengan filem-filem
barat, perfileman dalam Malaysia perlu berjuang untuk terus hidup dalam
industri yang memihak kepada filem barat. (Changsong, W. 2019). Pada
nasa yang sama, 3 daripada 10 filem tempatan terlaris di Malaysia
merupakan filem animasi, dan juga 1 daripaada 50 filem antarabangsa
terlaris di Malaysia ialah filem animasi (FINAS, 2019). Ini menunjukkan
bahawa filem animasi mempunyai tempat dalam kalangan penonton filem di
Malaysia, dan kajian lanjut perlu dijalankan bagi memastikan tempat
animasi dalam industri perfileman negara.

Kajian telah mendapati antara sebab utama penonton filem pergi ke


panggung wayang adalah untuk mengisi masa lapang. Malah, dalam kajian
yang sama, ia telah didapati bahawa terdapat berberapa faktor di mana
penonton ke panggung wayang seperti tabiat, meluangkan masa, ingin
menonton pelakon yang diminati, untuk menimba ilmu, kerana telah
5
membaca buku yang akan diadaptasikan dalam bentuk filem, mengelak dari
rutin harian ataupun kebosanan daripada menonton televisyen (Suhaimi
Salleh & Noraini Abdullah 2014).

Tambahan pula, animasi boleh dikatakan suatu bentuk filem yang


berbeza daripada filem biasa, dimana ia dikatakan sebagai suatu elemen
sokongan kerana asal usul animasi sebagai kesan khas atau special effects
di Hollywood pada peringkat animasi. Malah, animasi sering kali dilabelkan
sebagai berbeza daripada filem tradisional kerana terma “animasi”
digunakan untuk mengkategorikan sejenis filem tertentu (Ward, P. 2000).
Selain itu, sebuah kajian telah dilakukan untuk menentukan perilaku dan
corak tontonan khalayak Malaysia dan mendapati bahawa filem pelbagai
genre diperlukan untuk meningkatkan lagi industri perfileman di Malaysia
(Noraini Abdullah et al 2014).

Walaubagaimanapun, animasi dalam negara tidak mendapat sambutan


yang begitu memberangsangkan. Animasi di luar negara boleh dikatakan
murah dan berasaskan komik popular (Ward, P. 2000), manakala animasi
dalam negara memerlukan perbelanjaan modal yang lebih tinggi, dengan
pulangan yang tidak memberangsangkan (Hassan A. Muthalib , 2007). Oleh
itu, rangka kerja diperlukan untuk meneliti semula sebab penonton filem
mengunjungi pawagam dan melihat sama ada animasi memberi pengaruh
kepada sebab-sebab tersebut secara lebih mendalam.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Untuk melaksanakan sesebuah kajian dengan sempurna dan efektif


pengkaji haruslar memahami persoalan yang dapat dibangkitkan berkaitan
dengan apa yang hendak dikaji. Persoalan pemasalahan kajian ini akan
membantu pengakji supaya dapat focus kepada apa yang harus dikaji dan
tidak lari daripada isu yang ingin diterokai. Terdapat beberapa persoalan
kajian yang dapat dikenal pasti bagi menjalakan kajian ini. Antaranya
adalah :
i. Sejauhmanakah remaja india di Malaysia mengefahami identity
diri mereka
ii. Sejauhmanakah remaja di Malaysia mengenali kewujudan idola
tempatan
iii. Sejauhmanakah remaja di Malaysia mengikut jejak langkah idola
mereka

1.5 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah remaja india di Malaysia


memahami identity mereka dan bagaimanakah mereka memilih idola
mereka. Ia juga akan fokuskan kepada apakah kriteria-kriteria yang mereka
melihat ketika memilih seseorang individu sebagai idola mereka. Kajian ini
juga bertujuan mengenalpasti adakah remaja india di Malaysia menyedari
kedudukan sosiaql mereka di Malaysia. Pengkaji juga ingin memahami
apakah yang mendorong kepada remaja india di Malaysia melibatkan diri
dalam jenayah manakala ada juga segelintir remaja india di Malaysia yang
berjaya dalam pelbagai aspek seperti sukan, pendidikan dan kerjaya.
Pengkaji ingin mengkaji apakah yang membezakan dua kumpulan remaja
ini dan bagaimanakah idola mereka memainkan peranan dalam proses ini.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut merupakan objektif kajian mengenal pasti Identiti Remaja India Di


Malaysia:

1.6.1 Objektif Umum


Untuk mengkaji bagaimana persekitaran, keluarga, tradisi dan idola-
idola tempatan mempengaruhi identiti remaja India di Malaysia.
7
1.6.2 Objektif Khusus
1. Untuk meneliti, mengenal pasti menganalisis hubungan di antara
sifat diri seseorang remaja dan identiti diri dan sosial mereka.

2. Untuk menganalisis hubungan antara identiti seseorang remaja


dan idola pilihan mereka.

3. Untuk menganalisis hubungan antara pandangan seseorang


individu terhadap bagaimana keadaan persekitaran membentuk
identiti seseorang remaja.

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini memberi fokus untuk mengenal pasti aspek-aspek yang


mendorong dan mempengaruhi seseorang remaja supaya mereka dapat
menilai identity mereka di Malaysia. Kajian ini juga akan memberi focus
untuk mengenal pasti bagaimana pemilihan idola mempengaruhi perlakuan
seorang remaja. Skop kajian ini berfokuskan remaja India di Malaysia.
Kajian ini tidak digeneralisasikan kepada semua remaja kerana fokus kajian
ini hanya untuk remaja India sahaja. Hasil kajian ini bergantung kepada
responden menjawab secara jujur. Kajian ini juga boleh digunakan untuk
rujukan pihak berkaitan sekiranya ingin mengkaji berkaitan identiti remaja
india di Malaysia.
8
1.8. KEWAJARAN KAJIAN

Kewajaran kajian merupakan suatu aspek penting dalam sebuah


penyelidikan dan amat dititikberatkan bagi melihat kepentingan sesebuah
kajian. Filem masih dapat dilihat sebagai satu pasaran penting bagi industri
perfileman negara kerana perkembagan teknologi yang membawa kepada
aktiviti strim filem di rumah menggugat lagi industri perfileman yang makin
tahun semakin ketinggalan. Pada masa yang sama, filem animasi juga
dititikberatkan kerana terdapat satu pasaran besar yang masih berkembang
dan boleh diterokai dan dikembangkan lagi di Malaysia. Malah, filem
animasi masih lagi dikategorikan sebagai filem kanak-kanak walaupun
membawa tema serta cerita yang lebih berat dan matang. Oleh itu, tingkah
laku penonton filem mengunjungi pawagam menjadi satu maklumat penting
bagi industri perfileman untuk berkembang dan berevolusi. Kajian ini juga
menjadi asas terhadap pandangan individu terhadap filem dalam
mempengaruhi pilihan penonton mengunjungi pawagam. Diharapkan kajian
ini dapat menerangkan lagi faktor yang membawa kepada penerimaan filem
animasi dalam masyarakat tempatan.
9

You might also like