You are on page 1of 2

Pemakanan Sihat dan Berkualiti

Di dalam sebuah kampung,tinggal dua orang kawan bernama Encik Abu dan
Encik Azrim.Mereka berdua rakan sejak zaman sekolah.Tetapi,antara mereka ada
banyak perbezaan dari segi perwatakan dan pelakuan seharian. Encik Abu suka
makan makanan yang berkhasiat dan sihat. Contohnya,beliau makan sayur-
sayuran, buah-buahan dan sebagainya.Tetapi,kawan Encik Abu iaitu Encik Azrim
suka makan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak sihat. Contohnya, beliau
makan KFC, aiskrim dan sebagainya.Sebagai seorang kawan Encik Abu menasihati
kawannya tetapi beliau tidak mendengarnya.

Pada suatu hari, Encik Abu mahu menziarahi kawannya Encik Azrim kerana
sudah lama tidak menegur rakanya. Beliau memandu kereta ke rumah Encik
Azrim.Isteri Encik Azrim telah menghidang bihun kepada Encik Abu.Encik Abu
berbual tentang pemakanan sihat. Selepas itu Encik Azrim bertanya “Kenapakah kita
mesti makan makanan yang berkhasiat dan sihat ?” “Kita mesti makan makan yang
berkhasiat dan sihat kerana badan kita cergas dan sihat,kita boleh hindar daripada
penyakit seperti kencing manis,darah tinggi, obesiti dan sebagainya,” jawab Encik
Abu.“Ohhh mulai hari ini saya akan makan makanan seimbang dan berkhasiat
sahaja.

“Eeh saya ingat satu lagu tentang makanan seimbang dan berkhasiat; Jom kita
menyanyi….”

Marilah adik sayangku

Mari amalkan pyramid makanan

Sayur dan buah perlu kita makan

Agar penyakit dapat dielakkan.

Marilah adik sayangku

Marilah mari kita makan

Makanan lazat, berzat dan seimbang

Dijamin sihat kita senanglah hati.


“Inilah lirik lagu itu”kata Encik Azrim.“ Terima kasih Azrim untuk lagu yang
menarik ” kata Encik Abu.“Terima kasih Abu kerana memberi penjelasan yang
terang.”kata Encik Azrim. “Sama- sama Azrim”kata Encik Abu.

You might also like