You are on page 1of 3

SJK TAMIL LADANG AIR HITAM 72120 BANDAR SERI JEMPOL

LAPORAN PENDAFTARAN MURID


PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1 / 2019

Pada 30 Disember 2018 bersamaan dengan hari Ahad SJK Tamil Ladang Air Hitam
telah mengadakan Program Transisi bagi murid-murid tahun 1. Program ini dilaksanakan
pada pukul 9.00 pagi di dewan sekolah.
Seramai 20 orang murid, ibubapa dan guru-guru telah hadir ke program ini. Program
ini dimulakan dengan Bacaan Thevaram oleh adik C.Indrasena.
En.M.Sandran selaku guru besar SJK (T) Ldg Air Hitam telah mengalu-alukan
kedatangan semua murid dan ibubapa ke program ini. Dalam ucapan beliau menyatakan
tujuan program ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah
menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Dalam ucapannya lagi, beliau mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada ibubapa yang telah memilih sekolah ini untuk mendapat
pendidikan anak mereka.
Beliau turut memperkenalkan guru kelas tahun 1, Pn.K.Sarasvathi dan guru-guru yang
akan mengajar murid-murid tahun 1 bagi tahun 2019 dan juga waktu permulaan sekolah dan
penghabisan waktu sekolah pada hari Isnin hingga Jumaat. Setelah ucapan guru besar, GPK
Penradbiran Ci.N.Vanja telah memberi penerangan mengenai bidang Kurikulum kepada
murid dan ibubapa. GPK Hem telah memberi penerangan tentang Sistem Maklumat Murid,
Rancangan Makanan Tambahan( RMT ), KWAPM, peraturan sekolah dan sebagainya.
Murid-murid telah memotong kek Hari Orientasi yang disediakan khas untuk mereka
bersama ibubapa dan guru-guru di kelas Tahun 1 Malligai. Acara persembahan diadakan di
Bilik ICT. Murid-murid turut menari untuk lagu ‘chicken dance’ dengan gembira.
Selain itu, murid-murid menulis huruf ‘ அ’ dipadi dibantu oleh ibubapa mereka.
Permainan turut diadakan dan ibubapa serta murid-murid bermain secara aktif dan gembira.
murid-murid telah diberi sedikit cenderahati iaitu kotak pensel dengan alat tulis.
Akhirnya, pada pukul 12.00 tengah hari, para hadirin dan murid-murid telah menjamu
selera dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Program ini telah tamat
pada pukul 12.30 tengah hari. Kesimpulannya, program transisi ini telah berjalan dengan
jayanya atas kerjasama daripada semua pihak dan seronok. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------ ------------------------

( PN.K.SARASVATHI) (EN.M.SANDRAN)

PENYELARAS PROGRAM TRANSISI GURU BESAR


Laporan Bergambar

You might also like