You are on page 1of 2

Makanan berkhasiat dan sihat

Di dalam sebuah kampung,tinggal dua orang kawan bernama Encik Abu dan
Encik Azrim.Mereka berdua rakan sejak zaman dari Sekolah Rendah.Tetapi,antara
mereka ada banyak perbezaan.Encik Abu makan makanan yang berkhasiat dan
sihat.Contohnya,beliau makan sayur – sayuran,buah-buahan dan
sebagainya.Tetapi,kawan Encik Abu iaitu Encik Azrim makan makanan yang tidak
berkhasiat dan tidak sihat.Contohnya,beliau makan Kfc,aiskrim dan
sebagainya.Sebagai kawan yang rapat Encik Abu sudah menasihati kawannya
tetepi beliau tidak dengarnya.

Pada suatu hari, Encik Abu mahu menziarahi kawannya Encik Azrim kerana
sudah lama berbual dengan kawannya.Beliau memandu kereta ke rumah Encik
Azrim.Isteri Encik Azrim telah menghidang bihun kepada Encik Abu.Encik Abu
berbual bual tentang makanan berkhasiat dan sihat dengan kawannya. Selepas itu
Encik Azrim bertanya “Kenapakah kita mesti makan makanan yang berkhasiat dan
sihat ?” “Kita mesti makan makan yang berkhasiat dan sihat kerana badan kita
cergas dan sihat,kita boleh hindar daripada penyakit seperti kencing manis,darah
tinggi obesiti dan sebagainya” jawab Encik Abu.“Ohhh dari hari ini saya akan makan
makanan yang berkhasiat dan sihat sahaja.

“Eeh saya ingat satu lagu berkaitan dengan makanan berkhasiat dan sihat”. “Tajuk
lagu itu adalah Makanan Sihat.”

“ Inilah lagu itu” kata Encik Azrim.

“Menariknya lagu ini. Terima kasih Azrim” kata Encik Abu.

“Terima kasih kepada kamu juga kerana memberi penjelasan yang terang” kata
Encik Azrim.

You might also like