You are on page 1of 6

TEMA : SEJARAH TOKOH

TAJUK : PERANAN DAN SUMBANGAN USTAZ ZAHARI BIN AWANG DI KAMPUNG


MELAYU, KLUANG DARI TAHUN 2005 HINGGA 2010

Pengenalan

Bidang dakwah merupakan suatu bidang ilmu yang sangat penting bagi perkembangan

ilmu agama dalam kalangan masyarakat Islam. Di Kampung Melayu Kluang, Ustaz Zahari bin

Awang merupakan tokoh yang sangat disegani atas peranan dan sumbangannya dalam

menyebarkan dakwah Islamiyah.Tokoh ini juga, selain daripada tugas rasminya sebagai

Pengerusi Masjid Kampung Melayu Kluang, beliau juga bertindak sebagai Pengerusi

Permuafakatan Sekolah Agama Kampung Melayu yang majoriti penduduknya adalah Bergama

Islam. Dalam konteks kajian pensejarahan ini, pengkaji ingin mengenalpasti bagaimana tokoh

ini berperanan dalam memperkukuhkan kefahaman agama dalam kalangan masyarakat setempat.

Objektif kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penglibatan Ustaz Zahari

bin Awang dalam kerja-kerja dakwah di Kampung Melayu dari tahun 2005 hingga tahun 2010.

Secara tidak langsung, ini membolehkan penulis mengkaji mengenai peranan yang beliau telah

mainkan secara aktif sebagai seorang tokoh agama yang disegani dalam kalangan masyarakat

Kampung Melayu dalam tempoh tersebut.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan menilai sumbangan yang beliau telah berikan

kepada masyarakat Kampung Melayu dalam kegiatan mengembangkan ilmu agama dan kerja-

kerja dakwah.

1
Seterusnya, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti pencapaian dan anugerah

yang telah diperolehinya sebagai pengiktirafan terhadap segala usaha beliau dalam menyebarkan

ilmu agama di Kluang.

Permasalahan kajian

Kajian ini akan meneliti apakah peranan Ustaz Zahari bin Awang dari sudut dakwah dan

pendidikan yang berteraskan Islam dalam kalangan penduduk Kampung Melayu. Selaras dengan

ini kajian juga akan membincangkan tugas-tugas tokoh selaku Pegawai Pergerakan Sakinah

Daerah Kluang.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah sumbangan yang diberikan Ustaz

Azhari bin Awang dalam menyampaikan ilmu agama di Kampung Melayu, Kluang sepanjang

tempoh kajian. Dengan kajian ini dapat melihat cabaran-cabaran yang dihadapi beliau.

Di samping itu, kajian ini juga akan dapat meninjau pencapaian tokoh yang dikaji

sepanjang tempoh kajian. Justeru kajian ini akan dapat menyenaraikan pencapaian beliau

sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam tempoh kajian.

Skop kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Kampung

melayu yang terletak berhampiran bandar Kluang. Kampung Melayu terletak lebih urang 1 km

dari bandar Kluang. Majoriti penduduknya merupakan orang Melayu dan beragama Islam.

2
Dari segi tempoh kajian pula, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2005 higga

2010. Tempoh kajian ini dipilih kerana dalam jangka masa ini, beliau begitu aktif dalam kerja-

kerja dakwah, dan memberikan banyak sumbangan kepada penduduk setempat.

Manakala dari segi aspek yang dikaji pula, Terdapat 3 aspek utama yang menjadi fokus

pebincangan. Pertamanya, kajian menumpukan kepda peranan ustaz Zahari bin Awang dalam

menyebarkan ilmu agama Islam di Kampung Melayu khasnya dan di Kluang amnya. Melalui

kajian ini, dapat mengenalpasti peranan beliau sebagai Pegawai Pergerakan Sakinah daerah

Kluang.

Begitu juga kajian ini berfokus kepada penelitian terhadap sumbangan-sumbangan beliau

dalam meningkatkan kefahaman dan kesedaran agama dalam masyarakat Islam di Kampung

Melayu Kluang, sepanjang tempoh kajian.

Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pencapaian ustaz Zahari bin Awang

sepanjang beliau berkhidmat dalam bidang keagamaan di Kampung Melayu dalam tmpoh kajian.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Mithali Daerah Kluang bersempena sambutan Maal

Hijrah tahun 2014.

Sorotan kajian lepas

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan peranan dan

sumbangan tokoh di Malaysia. Namun kebanyakan kajian lebih tertumpu kepada tokoh-tokoh

politik seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir dan sebagainya yang mana

membincangkan sumbangan mereka terhadap kemerdekaan dan pemodenan Malaysia. Hanya

sebilangan kecil kajian tertumpu kepada tokoh agama. Antaranya adalah penulisan yang

dihasilkan oleh Aisyah Abdul Rahim bertajuk, “Tokoh Ulama Termasyhur Dalam

3
Perkembangan Islam di Selangor”. Kajian ini berkisar tentang tokoh-tokoh ulama termasyhur

yang banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan Islam di Selangor.

Selain itu, terdapat juga kajian yang telah dijalankan oleh Asyiqin Abdul Halim yang

bertajuk ‘Tuan Guru Dato’ Haji Muhamad Nor Penambang”. Kajian ini berkisarkan peranan dan

sumbangan seorang bekas mufti Negeri Kelantan yang merupakan seorang ulama yang masyhur

di zamannya.

Di samping itu, terdapat juga kajian yang dijalankan oleh Razi Yaakob yang bertajuk

“ Sumbangan Tokku Paloh Dalam Kegiatan Dakwah dan Pendidikan di Terengganu, Malaysia”.

Kajian ini berkisar tentang sumbangan dan usaha Tokku Paloh dalam mengembangkan ilmu

agama dalam bidang pendidikan.

Kaedah kajian

Bagi menjalankan kajian ini, dua kaedah digunakan oleh penulis untuk mendapatkan

maklumat. Kaedah yang perama ialah kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat

mengenai latar belakang peribadi beliau serta penglibatannya dalam kerja-kerja dakwah sejak

dahulu. Penulis juga akan menemubual individu-individu yang rapat dengan beliau seperti ahli

keluarga dan rakan seperjuangan. Kaedah ini juga digunakan untuk memperolehi sumber-sumber

primer yang terdapat dalam simpanan beliau.

Kaedah seterusnya penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi sumber primer dan

sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di Pejabat Agama Daerah Kluang, Perpustakaan

Desa Kampung Melayu, Rekod-rekod di Masjid Kampung Melayu, serta Perpustakaan Awam

Daerah Kluang. Ini semua dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai Ustaz Zahari Bin

Awang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Kluang dalam tempoh kajian.

4
Seterusnya, kadah kajian secara pemerhatian turut dijalankan. Melalui kaedah ini,

pengkaji akan membuat pemerhatian secara terperinci terhadap skop tugasan Ustaz Zahari Bin

Awang. Ini termasuklah mengikuti ceramah-ceramah yang telah disampaikan oleh beliau di

Masjid Kampung Melayu, sebagai contoh, kuliah subuh yang disampaikan selepas solat subuh di

masjid tersebut. Tidak ketinggalan, kaedah pemerhatian ini juga dijalankan dengan menghadiri

ceramah kursus haji yang disampaikan oleh beliau, selaras dengan jawatan beliau selaku

Penceramah Kursus Haji yang bertauliah.

Pembahagian struktur esei

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan membincangkan

secara umum tentang ketokohan beliau sebagai seorang pendakwah yang disegani di Kluang.

Dalam bahagian isi pula, penulis akan membahagikannya kepada beberapa aspek utama. Aspek

pertama ialah mengenai latar belakang peribadi beliau, termasuklah sejarah pendidikan awal

beliau dalam bidang keagamaan. Aspek seterusnya akan menyentuh tentang penglibatan beliau

dalam kerja-kerja dakwah di sekitar Kampung Melayu seperti mengetuai majlis-majlis

keagamaan di sekitar kampung tersebut, menjadi tenaga pengajar untuk kursus kepada bakal haji,

serta menjalankan kelas takmir mingguan di masjid.

Aspek yang terakhir akan membincangkan tentang pencapaian beliau dalam bidang

dakwah berdasarkan skop kajian. Penulis akan membuat kesimpulan dengan merumus hasil

kajian yang telah dilakukan.

Penutup

5
Kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh kelompok generasi muda untuk mengenali

tokoh tempatan serta menghargai sumbangan beliau dalam bidang yang dikaji. Melalui kajian ini

juga, diharapkan dapat menambah ilmu kepada pengkaji dan pembaca. maka, dengan terhasilnya

kajian ini akan menjadikan Ustaz Zahari Bin Awang sebagai inspirasi dan tauladan kepada

semua untuk terus berjaya melakar kecemerlangan dalam hidup.

You might also like