You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEKILAU

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NAMA MURID KELAS


TARIKH PERKARA OBJEKTIF
Sejarah dan Prinsip Asas Mememahami tentang isu kemanusian
29 JUN 2022/ Rabu
Bulan Sabit Merah yang ada prinsip asas

NOTA PEMBELAJARAN :
SEJARAH BSMM - Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan
bernama Jean Henry Dunant (1828-1910)
Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan sedih melihat mangsa perang antara
Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959.

Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Atas
kesedaran ini, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada
pengalamannya semasa membantu mangsa perang. Tajuk buku tersebut ialah: ‘A Memory
of Solferino'
Buku tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. •
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk.

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah
sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah
penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua
dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara
kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan
April 1948
Cawangan Semenanjung Malaysia • Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau
Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan
Februari 1951,Cawangan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss
Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah
British.

7 Prinsip Asas Palang Merah :


Kesejagatan (Universality)
Bersatu (Unity)
Sukarela (Voluntary Service)
Kebebasan (Independence)
Berkecuali (Neutrality)
Kesaksamaan (Impartiality)
Kemanusiaan (Humanity)
CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid akan diberikan video atau audio oleh guru pemimpin masing-masing semasa sesi PDPR
online dijalankan.
2. Selesai PDPR online dan mendapat keterangan daripada guru, murid akan melengkapkan
tugasan yang disediakan seperti di bawah.

BAHAGIAN A : JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Pengasas Palang Merah ialah seorang .........................


a. ahli politik
b. ahli perniagaan
c. ahli silap mata

2. Apakah nama pengasas Palang Merah Antarabangsa?


a. Henry Gurney
b. Jean Henry Dunant
c. Gurney Drive

3. Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan ............... melihat mangsa perang
antara .................. dan ................. dengan tentera Austria di Solferino, Itali.

4. Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Atas
kesedaran ini, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada pengalamannya
semasa membantu mangsa perang.
Tajuk buku tersebut ialah ..................... a. a. ‘A
Memory of Solferino'
b. ‘A Memory Lane’
c. ‘A Love Memory’

5. Bilakah cawangan pertama Palang Merah di buka di Sabah?

a. April 1984

b. April 1894

c. April 1948

BAHAGIAN B : LENGKAPKAN PETA BUIH DI BAWAH INI.


7
PRINSIP
ASAS
PALANG
MERAH

BAHAGIAN C : PILIH SATU (1) DARIPADA 7 PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN
TERANGKAN MAKSUDNYA.

You might also like