You are on page 1of 3

PORTFOLIO

SENI

NAMA
KAUSHIK RAJ A/L GOPI RAJA

KELAS
2B3

NAMA GURU
PUAN SYAMSYARINA BT.REMLI
Nama : Allahyarham Tengku Ibrahim bin Tengku
Wook
Bidang Kraf : Hasil Rimba
Adiguru Kraf : Ukiran Halus Persenjataan
Negeri : Terengganu
Tahun Kelahiran : 1929
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1995
Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 199

Beliau menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka


corak ukirannya yang diilhamkan daripada unsur tumbuhan, awam
larat serta bentuk geometri

LATAR BELAKANG PENGLIBATAN


YM Tengku Ibrahim bin YM Tengku Wook atau
lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku
merupakan seorang pengukir tersohor yang
kaya dengan nilai falsafah dalam setiap hasil
ukiran beliau. Beliau dilahirkan di Kota Bharu
Kelantan pada tahun 1929 dan semasa hayatnya,
beliau menetap di Kampung Gong Kemuntong,
Besut, Terengganu. Kepakaran beliau dalam penghasilan seni ukiran halus senjata
tradisional tiada tolok bandingnya Bakat dan kemahiran diwarisi daripada bapa
beliau yang merupakan seorang pengukir terkenal suatu ketika dahulu. Sejak kecil
lagi beliau telah didedahkan dengan pelbagai teknik mengukir yang baik bermula
dengan produk-produk yang mudah dan kasar seperti tingkap rumah dan kepala
katil. Ketika berusia belasan tahun, beliau semakin serius mendalami seni ukiran
halus khususnya melalui ukiran ulu dan sarung keris. Antara produk lain yang beliau
hasilkan adalah seperti tongkat, katil dan rumah. Beliau juga turut memiliki
kemahiran mengukir pada tanduk, gigi ikan dan gading yang telah memberi nilai
tambah terhadap produk yang beliau hasilkan.
Ayah Ku merupakan seorang yang mahir dan
teliti dalam pemilihan bahan mentah, dan
lazimnya menggunakan kayu kemuning putih
dan hitam untuk membuat ukiran. Selain
daripada itu, beliau mempunyai kemahiran
untuk merekacipta peralatan mengukir yang
khusus bagi ukiran halus dengan sendiri
seperti pahat, set penebuk lubang, semawar serta mesin menajamkan pahat. Beliau
juga berkemahiran menghasilkan motif-motif ukiran dengan falsafah yang
tersendiri seperti motif awan larat membawa pengertian kurniaan Ilahi manakala
sulur kacang bermaksud elemen kemanusiaan yang sering berkait rapat antara satu
sama lain. Kehalusan dan mutu ukiran yang tinggi ini menjadikan barangan yang
dihasilkan oleh Ayah Ku sentiasa mendapat permintaan pasaran.Berkat
kesungguhan, ketelitian dan keinginan yang kuat dalam menghasilkan ukiran yang
berkualiti, nama beliau menjadi sebutan di bibir peminat-peminat seni ukiran
Melayu khususnya dari golongan Istana. Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan
kepada Ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong ke-9 Sultan Azlan Muhibbudin Shah
dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Karya beliau
juga mendapat tempat daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perdana
Menteri, Muzium Negeri Kelantan, Muzium Negeri Terengganu, Muzium Negeri
Pahang dan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Kehalusan hasil kerja ukiran Ayah
Ku diberi pengiktirafan apabila beliau menjadi antara salah seorang tukang kraf
yang ditampilkan dalam buku bertajuk ‘The Craft Of Malaysia’ oleh Yang Berbahagia
Datin Paduka Marina Mahathir.Pencapaian dan kebolehan Ayah Ku dalam seni
ukiran kayu sungguh membanggakan dan beliau telah diiktiraf sebagai Tokoh Kraf
Negara pada 1998 oleh Kerajaan Malaysia melalui Kraf Tangan Malaysia
.

You might also like