You are on page 1of 12

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No.

BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

PENGARUH FILEM SERAM TERHADAP PEMBANTUKAN JATIDIRI REMAJA:


KAJIAN DALAM ASPEK PSIKOLOGI

Mohd Zohdi Mohd Amin


Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
zohdi@usim.edu.my

ABSTRAK

Filem seram mendapat sambutan yang luar biasa masyarakat moden hingga sebahagiannya mendapat
keuntungan jutaan ringgit. Eksploitasi kepercayaan hantu yang dicedok daripada budaya Melayu serta
menonjolkan perkara tahayul, khurafat dan syirik di dalam filem seram menimbulkan perdebatan dalam
kalangan cendekiawan apabila dikatakan menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membina
masyarakat produktif. Bahkan filem seram dikatakan memberi kesan negatif terhadap aspek psikologi.
Paparan filem seram hantu ini secara tidak langsung membentuk persekitaran negatif terutamanya
terhadap golongan remaja yang mana pembentukan jati diri dan perkembangan psikologi mereka sangat
berkait rapat dengan keadaan persekitaran dan individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja
dalam proses membesar dan meningkat dewasa akan berinteraksi dengan alam di sekitar mereka untuk
menentukan identiti dirinya. Sekiranya di peringkat ini menerima acuan yang songsang, maka identiti
songsanglah yang akan terbentuk. Kertas kerja ini menjelaskan hubungan di antara filem seram dengan
aspek psikologi remaja. Bagi tujuan tersebut, satu kajian kuantitatif dijalankan di Daerah Rompin,
Pahang (Luar Bandar) dan kawasan Cyberjaya serta Putrajaya (Bandar). Satu set soal selidik sebagai
instrumen kajian diedarkan kepada 385 responden sebagai sampel kajian. Persempelan proposionat
digunakan. Analisis data secara deskriptif dan inferens dijalankan bagi mengukur perkaitan gejala yang
di kaji ialah (i) perasaan takut, (ii) kurang keyakinan pada diri sendiri dan (iii) pemikiran negatif dengan
kepercayaan kepada hantu yang dipaparkan melalui filem seram. Kajian mendapati bahawa kepercayaan
khurafat dan tahayul yang berkaitan dengan unsur hantu yang dipaparkan melalui filem seram mampu
menjejaskan pertumbuhan jatidiri generasi remaja dalam bentuk kepincangan dalam aspek psikologi,
iaitu (i) Remaja yang membesar dalam keadaan takut terjejas dari sudut kesempurnaan kendiri dan
menyebabkan gangguan emosi; (ii) kurangnya keyakinan seseorang pada diri sendiri yang menunjukkan
berlakunya kepincangan psikologi yang akan mempengaruhi jati diri; (iii) cenderung kepada pemikiran
negatif dan tindakan tidak rasional seperti mempercayai perkara khurafat dan tahayul serta menjuruskan
kepada kepercayaan ‘kultus’.

Kata Kunci: Filem Seram, Hantu, Tahayul, Khurafat, Psikologi, Remaja

278
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

PENDAHULUAN

Istilah hantu dahulunya sering dikaitkan dengan penyakit, gangguan makhluk halus, bomoh, dukun dan
pawang (Rahim Syam & Norhala, 1985). Namun pada era Teknologi Maklumat dan Informasi [ICT],
istilah hantu kembali diperkatakan semula namun dalam konteks filem seram. Sekitar tahun 2007 hingga
2012 menyaksikan lambakan filem seram di pasaran. Fenomena seumpama cendawan tumbuh selepas
hujan ini, dilihat sejajar dengan sambutan yang luar biasa daripada masyarakat terhadap filem seram.
Sebahagian filem tersebut mendapat jolokan ‘pecah panggung’ dengan keuntungan jutaan ringgit.
Empat daripada tujuh filem cereka yang mendapat jualan tertinggi bagi filem tempatan Malaysia adalah
terdiri daripada filem seram hantu. Jumlah terkumpul jualan keseluruhan empat filem tersebut adalah
sebanyak RM32.69 juta (51.55%) daripada jumlah keseluruhan jualan RM63.42 juta (untuk 7 filem
tertinggi semenjak kemerdekaan Tanah Melayu). (FINAS, 6 November 2012),

Filem seram mengeksploitasi kepercayaan hantu yang dicedok daripada budaya Melayu. Selain
menonjolkan perkara tahayul, filem seram juga sering kali memuatkan perkara khurafat dan syirik.
Walaupun sekali sekala diselitkan dengan unsur-unsur Islam, tempelan tersebut ada kalanya
menambahkan kekeliruan yang sudah sedia ada.
Perkembangan kurang sihat ini membimbangkan banyak pihak sehingga mencetuskan debat dan
polemik di antara para pemikir dengan penggiat seni (Farihat Shalla Mahmud & Suzalina Halid, 3
Oktober 2011). Ada pihak yang menyatakan kebimbangan kerana boleh menjejaskan akidah berikutan
promosi kepada perkara berunsur syirik, tahayul dan khurafat. Ada juga pihak yang menyifatkannya
sebagai sesuatu yang menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat produktif,
bahkan memberi kesan negatif terhadap aspek sosial, ekonomi, emosi dan psikologi (Paul Rogers,
Tiffany Davis dan John Fisk, 2009).
Paparan filem seram hantu ini secara tidak langsung membentuk persekitaran negatif terutamanya
terhadap golongan remaja. Pembentukan jati diri dan perkembangan psikologi remaja sangat berkait
rapat dengan keadaan persekitaran dan individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja dalam
proses membesar dan meningkat dewasa akan berinteraksi dengan alam di sekitar mereka untuk
menentukan identiti dirinya. Sekiranya di peringkat ini menerima acuan yang songsang, maka identiti
songsanglah yang akan terbentuk. Menyedari bahawa golongan remaja merupakan generasi pelapis,
maka permasalahan ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana akan menentukan masa depan
sesuatu bangsa.
Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana kepercayaan tahayul dan khurafat berkaitan
dengan filem seram dapat menjejaskan aspek psikologi masyarakat. Kajian ini merupakan sebahagian
daripada tesis Ijazah Doktor Falsafah penulis di Universiti Malaya yang bertajuk “Jin Menurut
Perspektif Sunnah Dan Budaya Melayu: Analisis Kesan Kepercayaan Dalam Kalangan Remaja”

Kepercayaan Tahayul dan Khurafat Berkaitan Dengan Hantu Dalam Masyarakat Melayu

Filem seram yang terdapat di pasaran negera kita lebih cenderung untuk mengaitkan keadaan seram
dengan satu entiti ghaib yang dikenali sebagai “hantu”. Menurut budaya Melayu, istilah ‘hantu’
merupakan satu entiti ghaib yang bersifat jahat dan mengancam manusia (Mohtar, 1977) Kepercayaan
279
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

ini diwarisi secara turun temurun daripada zaman sebelum kedatangan Islam, bahkan sebelum
kedatangan agama Hindu dan Buddha lagi (Abdul Rahman Abdullah, 2000). Setelah orang Melayu
menganut agama Islam, kepercayaan kepada hantu semakin berkurangan tetapi tidak terhapus
sepenuhnya. Istilah ‘hantu’ digantikan dengan istilah jin dan syaitan, namun konsep hantu masih
dikekalkan. Justeru itu, apabila disebut ‘hantu’ ianya difahami sebagai jelmaan jin atau syaitan tetapi
dalam masa yang sama dikaitkan dengan jelmaan roh orang mati, ataupun penunggu.
Menurut penjelasan Quran dan Sunnah, Manusia telah mempunyai sejarah perkaitan yang begitu lama,
bahkan sebelum kemunculan manusia pertama yang bernama Adam a.s yang menjadi bapa kepada segala
keturunan Manusia. Muncul rasa tidak senang dengan penciptaan manusia dan di lantik sebagai khalifah
di atas muka bumi berikutan rasa cemburu dan rasa bongkak makhluk yang bernama Iblis. Maka
bermulalah episod permusuhan terhadap manusia dari sekelompok bangsa jin yang diketuai oleh Iblis.
Kemudiannya diikuti oleh konco-konconya daripada kalangan jin yang dikenali dengan panggilan
syaitan. Dalam Quran terdapat 13 ayat yang menjelaskan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang
nyata. Ini bermakna kehidupan manusia sentiasa menerima ancaman dari jin khususnya syaitan, iaitu
konco-konco Iblis.
Iblis berusaha untuk menjerumuskan manusia ke dalam perkara yang mengundang kemurkaan Allah
s.w.t lantas menjauhkan manusia daripada rahmatNya. Wawasan tertinggi Iblis adalah untuk
menyebabkan setiap anak Adam dicampak ke dalam neraka bersama-samanya. Hakikat ini ditegaskan
melalui teguran Allah s.w.t terhadap anak Adam yang mengikut petunjuk syaitan [Al-Kahf 18:50]
mafhum Firmannya: dan [ingatkanlah peristiwa] ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah
kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia
menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka
itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Salah satu serangan konco-konco Iblis terhadap manusia ialah melalui jelmaan dalam bentuk yang
mengerikan dan menakutkan dan dikenali dengan nama “hantu”. Hantu ialah jelmaan jin, dengan
menggunakan kaedah sihir khayalan dan bukanlah rupa paras atau bentuk sebenar jin. Jin tidak mampu
mengubah bentuk yang Allah ciptakan semenjak awal.
Tujuan penjelmaan jin dalam bentuk yang menakutkan, ngeri, jijik, gagah, besar, ganas, bengis dan
sebagainya tidak lain hanyalah untuk memperdaya manusia. Objektifnya adalah untuk memberi
perspektif salah tentang jin, seolah-olah jin adalah makhluk yang kuat, gagah, hebat, menakutkan dan
mempunyai keupayaan luar biasa dan mampu mengancam manusia. Lantaran itu manusia merasa lemah,
kerdil dan takut kepada jin. Ianya sekaligus mencipta rasa kagum, hormat dan gerun kepada jin yang
mendorong usaha mengambil hati jin bagi mengelakkan kemudaratan atau mengundang kebaikan.
Bermula dari rasa takut dan gerun tersebut menyebabkan manusia terperangkap dengan perbuatan kufur,
syirik dan sekaligus menjejaskan aspek akidah manusia.
Kepercayaan kepada hantu menjadi pencetus dan pendorong kepada peranan bomoh, pawang dan dukun
yang mendakwa dapat berinteraksi dengan kuasa ghaib. Mereka berperanan dalam menyebarkan perkara
tahayul, khurafat dan syirik. Iaitu melalui amalan tilik atau tenung nasib, pantang-larang, sial-majal,
tangkal azimat, puja nasib, puja semangat, puja niat, puja pantai, puja kubur, jamu hantu, jamu penunggu,
jampi mantera, sihir, susuk, santau, saka dan amalan-amalan kebatinan yang berunsur mistik. Wawasan
golongan jin khususnya syaitan selaku konco-konco Iblis ialah untuk menjebak manusia ke dalam
perkara syirik, dosa besar dan melampaui batasan syarak. Lantaran itu, manusia bakal berhadapan
280
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

kemurkaan Allah s.w.t sekaligus jauh daripada rahmatNya.


Pada masa yang sama, kepercayaan kepada hantu turut menjejaskan aspek psikologi yang mempengaruhi
pembentukan jatidiri manusia. Bahkan peranan filem seram yang mengetengahkan elemen hantu sebagai
entiti yang menakutkan berupaya menjejaskan pembentukan ummah sejagat.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian kuantitatif dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berhubung perkaitan kepercayaan kepada
hantu dalam memberi kesan terhadap psikologi remaja. Bagi tujuan tersebut, satu set soal selidik yang
berasaskan Skala Likert 5 mata dibangunkan. Sebanyak 385 sampel yang dipilih secara pensempelan
strata bagi mencerminkan komposisi populasi di tiga kawasan dipilih sebagai skop kajian iaitu daerah
Rompin Pahang bagi mewakili kawasan luar bandar serta kawasan Putrajaya dan Cyberjaya yang
mewakili kawasan bandar yang keseluruhan populasi remajanya berjumlah 42,405 orang.
Pensampelan rumpun dan rawak berlapis digunakan bagi membentuk proposionat iaitu komposisi
sampel adalah sama dengan komposisi populasi. Instrumen kajian telah melalui dua (2) kali kajian rintis
sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian kebolehpercayaan data ujian realibiliti dijalankan skala
Cronbach alpha menunjukkan Standardized Items Alpha adalah 0.840 atau 84.0%. Alpha ini
menunjukkan bahawa data adalah boleh dipercayai, kerana lebih dari 60% (Mohd Majid Konting, 1990;
Sidek Mohd Noah 2002) sekaligus menggambarkan data kajian mempunyai keboleh percayaan yang
tinggi. Responden 100% berbangsa Melayu dan beragama Islam 385 orang. 52% lelaki dan perempuan
48%. 44% responden ialah dari bandar [169 orang] dan 56% selebihnya dari kawasan luar bandar [216
orang]. Sejumlah 51% daripada responden berumur 13-18 tahun [196 orang] manakala responden
berumur di antara 19-23 tahun sebanyak 49% [189 orang].
Analisis data secara deskriptif dan inferens digunakan bagi tujuan mencari hubungan di antara
pembolehubah dan pembuktian hipotesis melalui penentuan wujudnya perbezaan signifikan atau
sebaliknya. Disamping itu analisis korelasi pearson turut digunakan untuk melihat perkaitan di antara
pemboleh ubah.

Pengaruh Kepercayaan Tahayul dan Khurafat Berkaitan Hantu Terhadap Remaja

Kajian lapangan yang dijalankan di kalangan remaja Melayu mendapati bahawa kepercayaan tentang
jin memberi kesan terhadap remaja dari tiga aspek utama, iaitu: aspek kepercayaan tentang makhluk
ghaib secara umum, aspek akidah dan aspek psikologi. Namun kertas kerja ini hanya akan
membincangkan kesan terhadap remaja dari aspek psikologi sahaja. Manakala kesan terhadap aspek
akidah telah dibincangkan di dalam artikal jurnal bertajuk “The Belief In Hantu In The Malay Culture
From The Perspective Of Islam” (Amin, Mohd Zohdi et al., 2017)
Manakala kertas kerja ini bertujuan untuk menjawab persoalan bagaimana kepercayaan berkaitan dengan
hantu dalam budaya Melayu memberi kesan terhadap psikologi remaja. Bidang psikologi melibatkan
perbincangan empat aspek utama iaitu: [i] cara berfikir [cognitive], [ii] kemahuan [volition], [iii] emosi
[affective] dan [iv] perilaku [psychomotor]. Ahli psikologi mengenal pasti kepincangan pada psikologi
seseorang berdasarkan kepada gejala yang ditunjukkan seperti: ketegangan [tension], rasa putus asa,
281
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

murung, gelisah, cemas, perilaku kompulsif, histeria, rasa lemah, tidak mampu mencapai tujuan, takut,
pemikiran negatif dan sebagainya. Penulis tidak membincangkan semua aspek psikologi, tetapi memberi
fokus kepada beberapa gejala gangguan psikologi yang boleh dikaitkan dengan kepercayaan kepada
hantu.
Analisi Data Kajian
Analisis kesan kepercayaan kepada hantu terhadap psikologi remaja terfokus pada beberapa gejala yang
menunjukkan kepincangan psikologi, secara khusus berkaitan dengan persoalan kepercayaan kepada
hantu. Gejala yang di kaji ialah (i) perasaan takut, (ii) kurang keyakinan pada diri sendiri dan (iii)
pemikiran negatif.

(i) Perasaan Takut

Hasil kajian mendapati 87% sampel bersetuju bahawa mereka merasa seram/takut [M=4.1948,
s.p=0.86] jika berada bersendirian di kawasan perkuburan pada waktu tengah malam. Biasanya
ketakutan dikaitkan kepada suatu kuasa yang boleh memberi bahaya dan ancaman kepada nyawa,
fizikal dan emosi.

Jadual 1: Kecenderungan Memusat min - Persepsi Remaja Berhadapan Dengan Jin/Hantu


Minimu Maksimu Sisihan
N Min
m m Piawai
Rasa Seram/Percaya wujudnya
385 1.00 5.00 4.1948 .86360
Hantu

Piawai Penilaian Min

Min Tahap Penilaian


1.000 - 1.8044 Sangat Sedikit Sangat Tidak Setuju
1.8045- 2.6044 Sedikit Tidak Setuju
2.6045 - 3.4044 Sederhana Tidak Pasti
3.4045 - 4.2044 Banyak Setuju
4.2045 - 5.000 Sangat Banyak Sangat Setuju

Berpandukan piawai penilaian min, skor min di antara (M=3.4045 – M= 4.2044) dapat difahami bahawa
sampel ‘bersetuju’ kepercayaan mereka terhadap kewujudan hantu menimbulkan perasaan takut atau
seram.

(ii) Kurang Keyakinan Diri

Kajian mendapati bahawa 73.50% remaja percaya bahawa hantu boleh mengancam manusia melaui
cara merasuk ke dalam tubuhnya dan mengakibatkan hilang ingatan [histeria](M=3.8961, s.p=0.88).
Ini bermakna remaja sudah sedia takutkan hantu kerana bimbang dirasuk [histeria]. Berpandukan
piawai penilaian min, skor min di antara (M=3.4045 – M= 4.2044) adalah dalam kategori ‘Setuju’
282
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

manakala skor min di antara M=2.6045 – M=3.4044 adalah dalam kategori ‘sederhana”. Ujian
Korelasi Pearson di antara perasaan takut responden dengan persepsi remaja berhadapan dengan
jin/hantu

Jadual 3: Korelasi Pearson di Antara Perasaan Takut Responden Dengan Persepsi


Remaja Berhadapan Dengan Jin/Hantu
Tindak balas remaja Merasa
Seram
Merasa Lebih Berani jika Ditemani Seseorang Korelasi Pearson .236(**)
Sig. (2-hujung) .000
N 385
Hantu Boleh Mencederakan/Membunuh Korelasi Pearson .136(**)
Mangsanya Sig. (2-hujung) .008
N 385
Hantu Boleh Merasuk Ke dalam Tubuh Badan Korelasi Pearson .201(**)
Dan Mengawal Akal Manusia Sig. (2-hujung) .000
N 385
Hantu Boleh Menyorokkan/Menyembunyikan Korelasi Pearson .229(**)
Manusia Sig. (2-hujung) .000
N 385
** Korelasi adalah signifikan pada keertian tahap 0.01 (2-hujung).

Ini membuktikan bahawa kepercayaan kepada hantu menyebabkan remaja merasa takut, wujud rasa
kebergantungan kepada seseorang yang lain untuk menghadapi gangguan . Selain itu remaja juga
mempercayai bahawa hantu mempunyai kemampuan yang luar biasa hingga boleh merasuk dan
menyembunyikan manusia. Rasa kehebatan dan kemampuan luar biasa hantu ini menjadi mendorong
kepada rasa ketakutan, rasa kelemahan diri.

Berdasarkan kajian 83.6% sampel memberi mengakui bahawa akan merasa lebih selamat sekiranya
ditemani oleh seseorang ketika berada bersendirian pada waktu tengah malam di kawasan perkuburan.
Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara rasa takut responden
kepada hantu dengan kecenderungan remaja untuk mendapatkan teman (r=236, n=385, p<0.01).

(iii) Pemikiran Negatif

Ujian korelasi pearson yang dilakukan di antara “kepercayaan responden bahawa hantu boleh
membunuh atau mencederakan manusia” dengan “reaksi responden menghindari gangguan hantu
dengan menggunakan jampi serapah, kemenyan dan objek besi”. Hasil ujian korelasi pearson
membuktikan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara “kepercayaan bahawa hantu
dapat membunuh atau mencederakan manusia” dengan “tindakan responden menggunakan jampi
mantera (r=0.128, n=385, p<0.05), begitu juga dengan penggunaan kemenyan (r=0.151, n=385,
p<0.01) dan juga penggunaan objek besi (r=0.115, n=384, p<0.05). Perincian ujian adalah
sebagaimana jadual 4 di bawah.

283
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

Jadual 4: Korelasi Pearson di antara Kepercayaan Hantu Boleh Membunuh Dan


Mencederakan Dengan Reaksi Responden Berhadapan Dengan Hantu
Hantu Boleh
Mencederakan/
Membunuh
Mangsanya
Membaca Jampi Mantera Korelasi Pearson .128(*)
Sig. (2-hujung) .012
N 385
Menggunakan Kemenyan Korelasi Pearson .151(**)
Sig. (2-hujung) .003
N 385
Objek Daripada Besi Korelasi Pearson .115(*)
Sig. (2-hujung) .024
N 384
** Korelasi adalah signifikan pada keertian tahap 0.01 (2-hujung).
* Korelasi adalah signifikan pada keertian tahap 0.05 (2-hujung).

Walaupun nilai hubungan ini agak kecil, namun tetap menunjukkan bahawa adanya hubungan di antara
kedua-dua jenis pemboleh ubah tersebut.

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN


Analisis data kajian menunjukkan bahawa kepercayaan kepada hantu memberi kesan terhadap psikologi
remaja dalam menimbulkan tiga (3) gejala utama iaitu (i) perasaan takut, (ii) kurang keyakinan pada diri
sendiri dan (iii) pemikiran negatif. Ketiga-tiga gejala tersebut memberi kesan terhadap perkembangan
minda dan emosi remaja, iaitu:

(i) Perasaan Takut

Rasa takut menurut ilmu psikologi tidak sahaja dilihat sebagai sifat negatif bahkan merupakan
penghalang kepada pencapaian kesempurnaan kendiri seseorang. Perasaan takut kepada hantu semasa
peringkat umur remaja akan membentuk konsep kendiri yang negatif. Ketakutan kepada hantu
menghalang remaja untuk berada di tempat yang dipercayai ada hantu. Remaja yang membesar dalam
keadaan takut terjejas dari sudut kesempurnaan kendiri dan menyebabkan gangguan emosi.
Berdasarkan kepada teori Maslow (1943) peringkat penyempurnaan kendiri adalah peringkat yang
paling tinggi dan hanya diperoleh apabila keperluan-keperluan peringkat lebih bawah telah dipenuhi.
Keperluan menurut Maslow tersusun menurut hierarki, dan hierarki yang paling bawah merupakan yang
paling penting dan utama. Perkembangan berikutnya tertakluk dengan tercapainya keperluan utama.
284
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

Kegagalan tercapainya keperluan ini menurut urutan hierarki menjejaskan tercapainya peringkat yang
berikutnya. Keperluan paling utama ialah keperluan fisiologi (85% mesti dipenuhi), keperluan
keselamatan (70% mesti dipenuhi), keperluan penghargaan dan kasih sayang (50% mesti dipenuhi),
penghargaan kendiri (40% mesti dipenuhi) dan keperluan kesempurnaan kendiri (10%) (Khaidzir Hj.
Ismail & Khairil Anwar,2011; Abraham H. Maslow, 1984)
Di antara keperluan yang paling penting selepas fisiologi ialah keperluan keselamatan. Keperluan
keselamatan termasuk keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa
takut dan bimbang. Pada pendapat Maslow (1943) keperluan keselamatan bukan sahaja sangat penting
pada peringkat kanak-kanak tetapi juga kepada golongan dewasa yang mengalami kejiwaan. Bagi
perkembangan insan amat penting seseorang merasa tenteram, damai, bebas dari perasaan resah, gelisah
dan ketakutan. Perasaan takut kepada jin atau hantu secara tidak langsung menjejaskan proses pencapaian
keperluan seterusnya iaitu keperluan penghargaan dan kasih sayang yang lazimnya berkembang semasa
peringkat remaja.
Manakala insan yang gagal mencapai keperluan penghargaan dan kasih sayang menurut teori Maslow
(1943) akan bersifat gelisah, kecewa dan tidak tenteram. Ia juga menyebabkan gangguan emosi.
Sedangkan insan yang cukup keperluan kasih sayang dan penghargaan mendapat kesempurnaan dari
aspek perkembangan emosi. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif.
Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah,
sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik oleh
orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri. Menurut Mohamed Hatta (2003) pengalaman
hidup yang menekankan emosi mampu mengakibatkan ketegangan jiwa yang hebat. Jika bebanan ini
tidak dapat dikurangkan dan di kawal dengan baik ia mencetuskan penyakit jiwa.
Menurut teori humanistik, apabila manusia diancam dan dalam keadaan ketakutan, manusia
mempunyai kecenderungan bertindak secara langsung seperti anti sosial, sehingga tergamak
menyakiti makhluk lain. Walaupun begitu, kajian ini hanya mengukur sejauh mana perasaan takut remaja
terhadap hantu dan tidak mengukur sejauh mana kesan perasaan takut tersebut menyumbang kepada
kepincangan psikologi secara spesifik.

(ii) Kurang Keyakinan Diri

Kepercayaan kepada hantu menyebabkan remaja merasa takut, wujud rasa kebergantungan kepada
seseorang yang lain untuk menghadapi gangguan . Selain itu remaja juga mempercayai bahawa hantu
mempunyai kemampuan yang luar biasa hingga boleh merasuk dan menyembunyikan manusia. Rasa
kehebatan dan kemampuan luar biasa hantu ini menjadi mendorong kepada rasa ketakutan, rasa
kelemahan diri.
Kepercayaan kepada wujudnya hantu yang mengancam manusia dibina di atas cerita-cerita yang sampai
kepada mereka melalui orang di sekeliling mereka atau paparan televisyen, filem dan sebagainya.
Meskipun perkara ini jarang-jarang berlaku namun remaja sebagai manusia mudah terpengaruh dengan
persekitarannya. Menurut teori tingkah laku, setiap insan berupaya untuk bertingkah laku secara positif
atau negatifyang dibentuk oleh persekitaran sosiobudayanya. Sebagai makhluk yang lemah manusia
tidak dapat menguasai tingkah lakunya dan akhirnya menjadi mangsa kepada alam persekitarannya yang
menjadi penentu hidupnya. Ini bermakna, persekitaran remaja banyak mempengaruhi pemikiran dan
285
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

tingkah laku remaja termasuk dalam perkara berkaitan dengan kepercayaan kepada jin atau hantu.
Kesan langsung daripada rasa takut terhadap hantu ialah kurangnya keyakinan seseorang pada diri
sendiri. Ianya menunjukkan berlakunya kepincangan psikologi yang akan mempengaruhi jati diri. Dalam
berhadapan dengan situasi takut sebahagian besar remaja didapati cenderung untuk mendapatkan kawan
atau teman. Meskipun tindak balas ini dilihat sebagai suatu tindak balas normal ketika takut, namun
ketakutan kepada sesuatu yang ilusi adalah tidak normal.
Rasa kebergantungan kepada seseorang yang lain, kurang keyakinan diri merupakan kesan kepada
keadaan emosi yang tidak stabil dan antara gejala kepincangan psikologi. Meskipun tindak balas ini
dilihat sebagai suatu tindak balas normal seorang yang ketakutan. Namun ketakutan kepada hantu adalah
ketakutan yang tidak berasaskan kepada suatu yang realiti tetapi berasaskan kepada ilusi yang berada
dalam minda mereka. Dari segi tindak balas langsung, remaja tidak akan berani untuk berada atau melalui
kawasan yang dijangka ada hantu secara bersendirian. Sekiranya terpaksa, mereka memastikan ada
seseorang menemaninya. Ianya merupakan satu bentuk pergantungan dan kurang keyakinan pada diri
sendiri yang menggambarkan kecacatan jati diri seseorang.
Rasa pergantungan kepada seseorang yang lain akan terbawa-bawa dalam kehidupannya. Maka
terbentuklah insan yang cacat jati dirinya dari sudut takut menghadapi risiko, rasa kebergantungan,
kurang keyakinan, rasa kekurangan apabila bersendirian dan seumpamanya.
Ketakutan kepada hantu tidak datang dengan semata-mata kerana terikut-ikut tetapi ianya muncul
daripada kepercayaan seseorang. Manusia merasa takut apabila wujudnya sesuatu yang dipercayai
mempunyai kuasa boleh memberi ancaman terhadap nyawa. Takut kepada hantu atau jin sebenarnya
dimulakan dengan kepercayaan wujudnya suatu makhluk yang mempunyai kuasa yang hebat dan merasa
terancam dengannya. Secara umumnya kanak-kanak merasa takut kepada orang dewasa yang tidak
dikenalinya mahupun dikenalinya sekiranya merasa terancam. Insan yang berjiwa lemah akan
mengagumi orang yang lebih berkuasa (Mohamed Hatta, 2003). Justeru itu kajian mengadakan ujian
sejauh mana remaja merasa terancam dengan kewujudan jin atau hantu.
Ketakutan ini menjadi tekanan ke atas emosi remaja. Sekiranya tersebar cerita gangguan hantu di sesuatu
tempat dan remaja sering memperkatakannya sesama mereka, dalam keadaan sedemikian emosi remaja
menjadi semakin tertekan mengakibatkan mudah mendapat gangguan jiwa. Biasanya peristiwa
sedemikian menyemarakkan kejadian histeria di asrama-asrama sekolah yang dihuni oleh remaja
perempuan. Tanpa menafikan kemampuan jin merasuk manusia, kajian mendapati bahawa tekanan
emosi di antara faktor utama kejadian histeria.
(iii) Pemikiran Negatif

Kepercayaan kepada hantu berkait rapat dengan pemikiran negatif dan tindakan tidak rasional seperti
mempercayai perkara khurafat dan tahayul. Dari sudut psikologi, naluri manusia bersifat ingin tahu
mengenai sesuatu hal mendorongnya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, dan akhirnya
menimbulkan minat, kerana mendapat kepuasan daripada apa yang diketahuinya. Di samping mengisi
masa lapang, minat dapat diperkukuhkan apabila sering dilakukan (Noraini Ahmad, 1994). Faktor ini
mendorong remaja untuk terlibat dengan perkara mistik tambahan pula mereka merupakan golongan
yang mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Justeru itu tidak hairan apabila data menunjukkan
bahawa 2 hingga 3 juta remaja di Amerika Syarikat menjadi ahli kultus (iaitu suatu kepercayaan
berbentuk pemujaan syaitan) yang melibatkan lebih 2500 organisasi kultus. Di Malaysia, gejala hampir
sama pernah berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi topik perbahasan di media massa. Kumpulan ini
286
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

lebih dikenali dengan nama Black Metal. Menurut laporan Utusan Melayu terdapat kira-kira 500
kumpulan Black Metal di Malaysia. Kebanyakannya dianggotai oleh orang Melayu Islam.( Utusan On-
Line, 6 Disember 2005)
Rasa kehebatan dan kemampuan luar biasa hantu ini menjadi mendorong kepada rasa ketakutan, rasa
kelemahan diri. Selain itu, ia juga mendorong seseorang untuk mendapatkan perlindungan daripada hantu
dan mengharapkan sesuatu keistimewaan daripadanya.
Dapat disimpulkan bahawa dengan mempercayai kekuasaan hantu dan ancamannya terhadap manusia,
mendorong manusia untuk cuba mendekati atau menjauhinya walaupun dengan melakukan perkara
tahayul.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara umumnya didapati bahawa kepercayaan khurafat dan tahayul yang berkaitan dengan unsur hantu
yang dipaparkan melalui filem seram mampu menjejaskan pertumbuhan jatidiri generasi remaja dalam
bentuk kepincangan dalam aspek psikologi.
Pertama; Ketakutan kepada hantu menghalang remaja untuk berada di tempat yang dipercayai ada hantu.
Remaja yang membesar dalam keadaan takut terjejas dari sudut kesempurnaan kendiri dan menyebabkan
gangguan emosi.
Kedua: Kesan langsung daripada rasa takut terhadap hantu ialah kurangnya keyakinan seseorang pada
diri sendiri. Ianya menunjukkan berlakunya kepincangan psikologi yang akan mempengaruhi jati diri.
Dalam berhadapan dengan situasi takut sebahagian besar remaja didapati cenderung untuk mendapatkan
kawan atau teman. Meskipun tindak balas ini dilihat sebagai suatu tindak balas normal ketika takut,
namun ketakutan kepada sesuatu yang ilusi adalah tidak normal.
Ketiga: Kepercayaan kepada hantu berkait rapat dengan pemikiran negatif dan tindakan tidak rasional
seperti mempercayai perkara khurafat dan tahayul. Tanpa didikan agama yang mantap boleh
menjuruskan kepada kepercayaan ‘kultus’ seperti ‘Black Metal’.
Adalah dicadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] dengan kerjasama
Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia mengeluarkan garis panduan filem yang lebih terperinci
berhubung unsur ghaib yang betul dan dibenarkan. Garis panduan tersebut adalah untuk rujukan kepada
pihak pembikinan filem, agar filem yang diterbitkan tidak mengandungi unsur khurafat dan tahayul.
Berdasarkan garis panduan tersebut juga dijadikan landasan penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian
Filem. Perlu juga disyaratkan agar salah seorang panel penilai mempunyai latar belakang dari pendidikan
Islam yang dilantik oleh JAKIM. JAKIM juga disyorkan mengeluarkan label tertentu yang dipamerkan
di kulit hadapan cakera DVD bagi setiap filem seram yang ingin ditayangkan atau dijual dalam negara.
Manakala filem dari luar negara perlulah dinyatakan status dari sudut syarak. Perlaksanaan tersebut
hanya dapat berfungsi dengan melibatkan penggubalan akta dan penguatkuasaan undang-undang.
Perlu di anjurkan satu seminar atau simposium dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia
[FINAS] bagi menemukan ahli akademik, ahli agama dan penggiat filem tanah air untuk mendapatkan
kesatuan idea dalam merencana pembinaan masyarakat yang bebas daripada kepercayaan tahayul dan
khurafat.
Memperingatkan kepada semua pihak khususnya kepada ibu bapa dan pendidik agar menghindarkan
remaja daripada menonton filem-filem seram, sama ada filem tempatan atau luar negara kerana rata-rata
287
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

kandungannya melibatkan unsur penjelmaan semula roh orang mati. Selain itu turut mengandungi unsur
tahayul dan khurafat yang menggalakkan kepercayaan kepada hantu, bomoh, tangkal azimat, pemujaan
dan unsur syirik..Selain daripada itu, perlunya kawalan terhadap bacaan berbentuk buku dan internet
yang berkaitan dengan kepercayaan kepada perkara mistik.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara (Kuala Lumpur: Utusan Publications,
2000) 27-28.

Abraham H. Maslow, Motivasi dan Keperibadian: Teori Motivasi Dan Ancangan Hirarki Kebutuhan
Manusia., terj. Nurul Iman (Jakarta: Pustaka Binoman Pressido, 1984), 178.336

AMIN, Mohd Zohdi et al. The Belief In Hantu In The Malay Culture From The Perspective Of Islam.
Online Journal of Research in Islamic Studies, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 31-48, dec. 2017. ISSN
2289-6821.

Arkib Utusan On-Line, 6 Disember 2005, "Hukuman penjara ahli Black Metal" di capai 4 Januari 2013,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1216&pub=utusan_malaysia&sec=
muka_hadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive

Farihat Shalla Mahmud dan Suzalina Halid, “Filem Hantu Cetus Debat”, Berita Harian, 3 Oktober 2011,
1&8

Khaidzir Hj. Ismail & Khairil Anwar, "Psikologi Islam: Suatu Pendekatan Psikometrik Remaja
Berisiko, e-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (1,) (2011), 80. dicapai 13
November 2012. http://journalarticle.ukm.my/2656,

Laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), 6 November 2012,
“Industri: Filem Cereka Top 20”, dicapai 8 November 2012. http:// www.finas.gov.my
/index.php?mod=industry&sub=top20.

Mohamed Hatta Shaharom, Psikologi & Kaunseling Remaja, Panduan Remaja Membimbing Diri
Sendiri (Bentong: PTS Publication, 2003), 37

Mohd, Muhiden b. Abd. Rahman, “Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian
alHadith: Kajian Terhadap Kitab al-Fawaid al-Bahiyyah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah”, 451.

Mohd Majid Konting Kaedah Penyelidikan Pendidikan, (Kuala Lumpur: Dewan


bahasa dan Pustaka, 1990

Mohtar bin H. Md. Dom, Bomoh dan Hantu (Kuala Lumpur: Federal Publication, 1977), 3.

Noraini Ahmad, Kaunseling Remaja Pengalaman Peribadi Sebagai Kaunselor (Petaling Jaya: Budaya
Ilmu, 1994), 138.
288
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM011
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020

Paul Rogers, Tiffany Davis dan John Fisk, “Paranormal Belief and Susceptibility to the Conjunction
Fallacy”. Applied Cognitive psychology 23 (May 2009), 524.

Rahim Syam & Norhala, Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985.

289

You might also like