You are on page 1of 24

UNDANG-UNDANG DAN FATWA DI MALAYSIA (IIM4009)

PENSYARAH: DR. MOHD HAFIZ BIN JAMALUDIN

TAJUK: AMALAN SIHIR DI KALANGAN MASYARAKAT

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK

1 AISYAH BINTI MOHD CHABIDI 17123999/1

2 NURUL IZZATTIE ELNYZ BT MAHADI 17126722/2

3 NUR AISHAH BT OMOR 17160115/2

4 WARDATI BINTI AHMAD 17063215/2

5 NURUL SYAHIRAH BT KAMARULZAMAN 17149357/2

SESI 2021/2022
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

1
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan ............................................................................................................. 3

2.0 Amalan Sihir dalam Kalangan Masyarakat............................................................ 5

3.0 Kes-Kes Kritikal berkaitan Amalan Sihir .............................................................. 8

4.0 Hukum Penggunaan Sihir .................................................................................... 11

5.0 Fatwa di Malaysia ................................................................................................ 15

5.1 Hukum mempelajari, mengajar dan mengamalkan sihir...................................... 15

5.2 Hukum berjumpa tukang sihir untuk ubati sihir .................................................. 16

5.3 Hukum membeli barang sihir ............................................................................... 17

6.0 Fatwa Luar Negara ............................................................................................... 18

6.1 Hukum Mendatangi Ahli Sihir ............................................................................. 18

6.2 Sihir Pemisah Rumah Tangga .............................................................................. 19

7.0 Penutup................................................................................................................. 22

8.0 Rujukan ................................................................................................................ 23

2
1.0 Pengenalan

Ilmu sihir adalah antara ilmu tertua yang diamalkan di dunia dan ianya juga telah
diwarisi dari generasi ke setiap generasi. Menurut (Azubir, 2009) sihir ialah suatu
pemujaan terhadap roh-roh jahat di samping mengharapkan kesaktian luar biasa darinya.
Selain itu ia juga merupakan persepakatan antara ahli sihir dengan syaitan yang
mensyaratkan ahli sihir tersebut melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di
samping menyerahkan segala bentuk ketaatan kepadanya (syaitan) demi memperolehi
bantuan dan pertolongan yang dihajati. Namun begitu, memandangkan ilmu sihir ini
merupakan suatu ilmu yang mistik, pendefinisian bagi ilmu ini juga sukar untuk diberikan
secraa tepat dan menyeluruh. Namun antara pandangan mengenai definisi bagi ilmu sihir
ialah menurut Ali Muhammad al-Bajawi1, sihir ialah amalan yang menimbulkan kaedah-
kaedah khusus melibatkan pemujaan syaitan. Ini juga disokong oleh pandangna dari
Muhammad Mushtafa al-Hadidi Atthair yang menyatakan bahawa sihir ialah perkara luar
biasa dan aneh. Ia bersifat khawriqul adat iaitu di luar kemampuan manusia biasa dan
seakan-akan dengan mukjizat, namun tidak tergolong sebahagian daripadanya 2. Dan
sebenarnya, terdapat banyak lagi pandangan yang telah memberikan definisi bagi ilmu
sihir. Namun menurut penulisan daripada Mohd Sabree (2015) 3, beliau telah meletakkan
tiga elemen penting dalam pendefinisian bagi ilmu sihir ini iaitu:

i) Ilmu sihir ialah suatu amalan yang melibatkan ikatan perjanjian dengan
mahkluk yang lain (jin atau syaitan)
ii) Pengamal ilmu sihir haruslah mematuhi syarat perjanjian yang telah diikat
(alatan atau bacaan mentera)
iii) Suatu perkara luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa,
namun ianya boleh terhasil daripada perjanjian dan syarat yang terbina.

Jadinya, apa yang boleh diperkatakan disini, walaupun setiap daripada amalan sihir ini
melibatkan perkara yang mistik dan ilmu ghaib yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar,
namun ianya tetap dipilih oleh segelintir masyarakat untuk mendalaminya. Mislanya jika
zaman dahulu nenek moyang lebih memanfaatkan imu ini untuk menjaga tanaman, rumah
dan sebagainya. Namun meniti zaman yang lebih luas kini, ilmu ini telah dimanipulasi

1
Ali Muhammad al-Bajawi, ahkam Al-Qur’an li Ibni al-Arabiyy, Juzu’ 1, Isa al-Babi al-Halabi wa al-Shurakah,
t.th, hlm. 31. Dipetik dari Abdul Basir Mohammed, 1999, hlm. 2.
2
Muhammad Mustafa al-Hadidi Al-Thair, Penyuluh Arwah. Jakarta: Pustaka Amani, 1987, hlm. 96
3
Mohd Sabree, N. (2015). Jenayah Sihir di Malaysia: Permasalahan dan Cadangan Pelaksanaan Undang-
undang. Jurnal Undang-Undang Malaysia. Hlm 52.
3
dlama pelbagai perkara sehingga boleh membawa maut dek memenuhi hasad dan
penyakit hati. Sehinggakan badan perlaksaan undang-undang juga sukar untuk
mentafsirkan perkara yang berkaitan dengan ilmu ini apatah lagi untuk membawa
keterangan bagi pembuktian kes-kes yang melibatkan perkara ghaib sebegini. Hal ini
kerana, proses pendakwaan atau prosedur untuk membuktikan perkara yang tidak boleh
dilihat oleh mata kasar dan hanya boleh dirasai pada pihak yang ‘terkena’ sahaja sangat
memerlukan kepada penelitian yang khusus dan menyeluruh dalam setiap aspek
pembuktian. Jadinya, dalam penulisan ini akan memberi focus kepada amalan msyarakat
akan ilmu sihir dan sejurus itu akan diberikan jawapan fatwa untuk isu yang dibawa dalam
penulisan ini.

4
2.0 Amalan Sihir dalam Kalangan Masyarakat

Amalan sihir bukanlah isu yang asing dalam kalangan masyarakat Malaysia,
bahkan ia telah lama bertapak di dunia sejak bermulanya tamadun manusia. Buktinya,
menurut Walter Farber dalam artikelnya “Witchcraft, magic and divination in Ancient
Mesopotamia”, penggunaan sihir telah lama berlaku sejak zaman bermulanya tamadun
Mesopotamia4, manakala Geoffrey Scarre dalam artikelnya bertajuk “Witchcraft and
magic in 16th and 17th century Europe”, turut menyatakan bahawa amalan sihir telah
wujud sejak tamadun Rom lamanya. 5

Sejarah Islam pula mencatatkan bahawa, para ulama berpandangan amalan ilmu
sihir ini telah mula diamalkan sejak daripada zaman Nabi Idris A.S iaitu ketika turunnya
malaikat yang bernama Harut dan Marut di Babylon. 6 Bahkan, Rasulullah S.A.W juga
pernah disihir dan peristiwa ini berlaku pada tahun ketujuh Hijrah, iaitu selepas pulang
daripada Perjanjian Hudaibiyah, baginda Rasulullah S.A.W telah terkena sihir. Ketua-
ketua Yahudi telah datang berjumpa dengan Lubaid bin al-A’sam seorang penyihir
terkenal dalam kalangan ahli-ahli sihir Yahudi. Mereka mengadu mengatakan bahawa
mereka begitu kagum dengan kehandalan Lubaid dan mengaku pernah beberapa kali
menyihir Rasulullah S.A.W namun tidak berjaya. Atas faktor inilah, mereka datang
kepada Lubaid untuk meminta bantuan Lubaid menyihir Rasulullah S.A.W dengan
memberi upah kepada Lubaid sebanyak tiga dinar.7

Merujuk kepada kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, diriwayatkan Baginda
merasakan seolah-olah sudah menggauli salah seorang isterinya selama enam bulan
sedangkan Baginda tidak melakukan demikian. 8 Kerana itulah, sesetengah ulama telah
berhujah bahawa sihir tersebut telah menyebabkan Rasulullah S.A.W tertahan daripada
bersatu dengan isteri Baginda. Hadis ini turut mengisahkan bahan-bahan yang digunakan
untuk menyihir Rasulullah S.A.W adalah seperti sikat (‫ )المشط‬yang digunakan untuk
menyikat rambut dan janggut, serta rambut (‫ )مشاطة‬yang gugur ketika disikat dan beberapa
pelepah tamar. Bahan-bahan ini kemudiannya ditanam dalam perigi Zarwan, iaitu sebuah

4
Walter Farber, ‘Witchcraft, Magic and Divination in Ancient Mesopotamia’, Charles Scribner's Son (1898)
5
Geoffrey Scarre, ‘Witchcraft and magic in 16th and 17th century Europe’, (London: MacMillan Education
Ltd, 1987), hlm. 1898.
6
Muhammad Muṣṭafa al-Hadidi Al-Thair, 1987, Penyuluh Arwah, Jakarta: Pustaka Amani, hlm. 101.
7
Amran Kasimin, Amalan Sihir Masyarakat Melayu:Satu Analisis, Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn
Bhd, 1997, hlm. 16.
8
Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, Hadis no. 33.
5
perigi kepunyaan kaum bani Zuraiq.9 Berdasarkan peristiwa ini, maka jelas dan teranglah
bahawa amalan sihir ini bukan satu perkara yang baru bahkan ia telah lama wujud sejak
zaman awal Islam bertapak lagi.

Dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri, amalan sihir ini semakin


membimbangkan dan kebanyakan kes yang dikendalikan tidak dapat dibuktikan
kesalahannya ke atas pelaku. 10 Pada pandangan penulis, perkara ini berlaku adalah
disebabkan oleh kekurangan peruntukan fatwa yang khusus serta menyeluruh
pemakaiannya di Malaysia dan ketiadaan undang-undang spesifik yang membincangkan
mengenai undang-undang jenayah sihir. Sungguhpun amalan sihir bukanlah sesuatu yang
janggal dan terasing dalam kalangan masyarakat, namun ilmu sihir ini bukanlah sejenis
ilmu yang memberi manfaat kepada manusia, maka atas faktor inilah ia amat
merunsingkan penulis memandangkan, penggunaan ilmu hitam sihir ini semakin
meruncing di mana sihir digunakan dengan tujuan menyakiti dan menzalimi mangsa sihir.

Kenyataan ini disokong oleh William Shaw di mana menurut beliau, saban tahun
sebilangan rakyat Malaysia meyakini bahawa mereka telah menjadi mangsa buatan ilmu
sihir dan selain daripada mencari rawatan untuk ilmu sihir tersebut, mereka berusaha
untuk ‘menghantar’ semula buatan sihir itu kepada pelaku asal sihir dengan menggunakan
pelbagai medium seperti medium santau yang menggunakan perantaraan antara bomoh
dan jin.11

Tragisnya adalah, pelaku sihir tidak dapat dihukum dan mangsa sihir tidak dapat
dibela memandangkan Malaysia tidak mengkanunkan sebarang perundangan khas dalam
mencegah dan membasmi kesalahan jenayah sihir. Fatwa rasmi berkenaan pengharaman
ilmu sihir juga belum tiada tanda-tanda akan diselaraskan secara menyeluruh dan terpakai
di seluruh Malaysia. Rentetan daripada ketiadaan peruntukan undang-undang dan status
fatwa yang lebih terjamin ini masih belum dipastikan, maka sudah pasti ianya boleh
menjejaskan keamanan, keselamatan dan keadilan antara masyarakat sedangkan undang-
undang Malaysia amat menitikberatkan prinsip-prinsip keadilan sesama manusia selaras
dengan Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perundangan

9
Ibid, hlm. 18
10
Amidon bin Anan, “Perkongsian Pengalaman PDRM dalam Pengendalian Kes-Kes Berkaitan Sihir” (kertas
kerja dibentangkan dalam Muzakarah Bagi Membincangkan Kajian Undang-Undang Sihir, Hotel Eastin,
Petaling Jaya, Selangor, 28 hingga 30 April 2013), hlm. 9
11
William Shaw, Aspects of Malaysian Magic, (Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1975), hlm. 49
6
khas untuk membela hak-hak asasi manusia melalui Perkara 5 sehingga Perkara 13, maka
tidak dapat tidak, prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan ini wajar ditegakkan.

7
3.0 Kes-Kes Kritikal berkaitan Amalan Sihir

Kesinambungan daripada kupasan isu amalan sihir dalam kalangan masyarakat di


atas, bagi subtopik ini, penulis akan membincangkan beberapa kes kritikal berkaitan
amalan sihir yang berlaku di Malaysia yang terdiri daripada kes mal dan juga kes jenayah.
Bagi kes mal, kes yang akan dirujuk adalah kes Mustafa Batcha lawan Habeeba Abd.
Rahman.12 Dalam kes ini, perayu mendakwa telah melafazkan talaq dalam keadaan
beliau tidak sedar kerana dipengaruhi sihir. Menurut perayu, gangguan sihir yang dialami
beliau bermula setelah beliau berjaya mendapatkan sebuah projek tender kantin di sebuah
kilang. Semenjak itu, fikirannya menjadi tidak tenteram, berasa benci dan marah pada
isterinya tanpa sebab. Pernah beliau memukul isterinya sedangkan dia sendiri tidak
menyedari apa yang dilakukannya. Dalam keadaan tidak sedar juga beliau telah membuat
permohonan untuk menceraikan isterinya.

Perayu merayu agar mahkamah menyemak semula perceraian talaq tiga yang
telah direkodkan oleh mahkamah sebelumnya. Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan
kes ini belum didengar sewajarnya dan memerintah ianya dibicarakan semula ekoran
kegagalan Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk mendapatkan pendapat pakar
berkenaan isu tersebut. Y.A.A Hakim menyarankan agar perawat yang merawat perayu
dipanggil untuk diminta pendapatnya sebagai pakar. Oleh hal yang demikian, gesaan
daripada Y.A.A Hakim dalam kes ini perlu dilihat sebagai satu isyarat betapa perlunya
diwujudkan tatacara khusus bagi membicarakan kes-kes melibatkan sihir. Tatacara
tersebut termasuklah penguatkuasaan fatwa berkenaan larangan sihir yang pemakaiannya
mengikat kepada seluruh negara dan bukan hanya terhad kepada negeri-negeri tertentu
sahaja.

Kes seterusnya adalah kes jenayah bunuh yang tidak asing dan tidak bukan lagi
iaitu kes Juraimi bin Anor v PP, Mohd Affandi bin Abdul Rahman & Anor v PP. 13 Kes
ini pernah diklasifikasikan kes jenayah bunuh terkejam sekitar 29 tahun dahulu. Namun
apa yang menarik minat penulis untuk mengupas kes ini adalah kerana kes ini bukan
sahaja kes bunuh ngeri yang berprofil tinggi, bahkan fakta kes juga menunjukkan
berlakunya elemen penggunaan sihir dalam kes ini. Sebelum kejadian itu, arwah Dato’
Mazlan pergi menemui Mona Fandey yang pada ketika itu terkenal dan masyhur sebagai
bomoh bagi mendapatkan bantuan menaikkan kerjayanya dalam bidang politik.

12
[1410] JH 41 dan [1990] 7 JH 225
13
[1998] 1 MLJ 537
8
Mona Fandey berjanji kepada mangsa dengan menyatakan hasrat mangsa akan
tercapai sekiranya beliau memiliki tangkal azimat yang mengandungi sebilah rotan dan
penutup kepala, yang mana kedua-dua bahan ini dimiliki oleh Sukarno, mantan presiden
Indonesia. Selain daripada itu, Mona Fandey juga bertindak meyakinkan mangsa bahawa
jika mangsa memiliki tangkal tersebut, mangsa akan menjadi kebal. Pada hari kejadian,
mangsa menjalani upacara ‘penyucian’ di rumah Mona Fandey. Mangsa kemudiannya
diminta berbaring di atas lantai dan Mona Fandey menabur bunga-bungaan di atas
badannya dan diarahkan supaya menutup mata dan menunggu wang kononnya akan jatuh
daripada langit.

Juraimi, iaitu pembantu Mona Fandey seterusnya memenggal kepala mangsa


dengan menggunakan kapak sehingga putus. Kemudian, beliau memisahkan anggota
badan mangsa kepada 18 bahagian dan menanam kesemua ceraian anggota tubuh badan
mangsa itu ke dalam lubang di sebuah bilik stor. Ketiga-tiga perayu yang dijatuhkan
hukuman mati merayu kepada mahkamah atas sabitan tersebut namun rayuan mereka
ditolak. Untuk memahami kes dengan lebih lanjut, penulis akan menyimpulkan kronologi
kes berdasarkan rajah di bawah:

•Siasatan dimulakan setelah pihak


UMNO Bahagian Raub membuat 9 Februari 1995
laporan polis akan kehilangan
Dato' Mazlan. Hasil siasatan
mendapati mayat Dato' Mazlan • 16 Februari 1995 -
dijumpai di sebuah rumah di 20 Oktober 1997:,
Raub dan mayatnya dipotong 18 kesemua tertuduh
bahagian. •Ketiga-tiga tertuduh mengemukakan
•26 Oktober 1993 - siasatan awal notis rayuan di
didakwa mengikut Mahkamah Tinggi
kes pembunuhan bermula di seksyen 302 Kanun
Mahkamah Majistret Raub dan Temerloh dan
Keseksaan kerana Mahkamah Rayuan
18 Disember 1993 mereka
diperintahkan dibawa ke membunuh Dato' namun ditolak.
Mahkamah Tinggi Temerloh atas Mazlan dan dijatuhi • 2 November 2001:
tuduhan membunuh. 12 hukuman gantung 5.59 pagi, Mona
September 1994: Perbicaraan kes sampai mati oleh Fandey, Mohd
pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Affandi dan Juraimi
Mahkamah Tinggi Temerloh. Temerloh digantung serentak
Juraimi, Mohd Affandi dan Mona di Penjara Kajang.
mengaku tidak bersalah atas
tuduhan niat bersama 1995-2001
membunuh Dato' Mazlan.

Julai 1993 - September 1994

Kronologi: Kes pembunuhan Datuk Mohamad Mazlan Idris, ADUN Batu Talam

9
Sewaktu perbicaraan kes, perayu pertama turut mengemukakan pembelaan
dengan menyatakan tindakan beliau adalah di luar kawalan dan kesedarannya kerana
beliau yakin telah dipukau oleh Mona Fandey sehingga beliau melakukan apa sahaja yang
diarahkan tanpa sebarang bantahan. Walaupun elemen itu wujud, tetapi dalam kes ini,
mahkamah tidak dapat membahaskan penerimaan keterangan pembelaan sedemikian
dalam perbicaraan, kerana tiada peruntukan dalam undang-undang dan kurangnya
peruntukan hukum syarak melalui fatwa yang lebih mengikat berkenaan pengharaman
amalan sihir. Tumpuan hanyalah diberikan kepada aspek penerimaan keterangan yang
diambil tertuduh semasa dalam siasatan pihak polis. Tiada langsung usaha atau percubaan
untuk membongkar motif yang mendorong pembunuhan secara aneh ini dilakukan.

Fakta kes ini telah menunjukkan pembunuhan ADUN Batu Talam itu dilakukan
dengan kaedah dan upacara yang kelihatan agak luar biasa dan berlainan daripada kaedah
biasa sesuatu jenayah bunuh dilakukan. Hal ini demikian kerana upacara penyucian itu
menggunakan bunga-bungaan, kepala mangsa dipenggal dan anggota tubuhnya
diceraikan serta ditanam secara berasingan. Maka, penulis turut yakin bahawa
pembunuhan yang dilakukan di dalam kes ini berkemungkinan besar melibatkan upacara
korban dan pemujaan untuk makhluk halus dan ini membuktikan bahawa wujudnya
elemen ilmu sihir digunakan dalam melakukan jenayah bunuh ini.

10
4.0 Hukum Penggunaan Sihir

Sihir itu melibatkan mantera-mantera, jampi-jampi yang dapat mempengaruhi badan dan
jiwa, dan dapat menyebabkan orang sihat menjadi sakit, dapat membunuh serta dapat
mempengaruhi hubungan suami isteri sehingga menyebabkan terjadinya perceraian. Sihir
tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin (iblis dan syaitan). Inilah
di antara tipu helah iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia. Iblis telah bersumpah
kepada Allah SWT untuk menyesatkan mereka yang ada di muka bumi berdasarkan
firman Allah SWT:
ۡ ِ ۡ ۡ ۡ
﴾15:42﴿ ‫ﻚ ِﻣ َﻦ اﻟ ٰﻐ ِﻮ ۡﻳ َﻦ‬
َ ‫ﻚ َﻋﻠَﻴ ِﻬﻢ ُﺳﻠ ٰﻄ ٌﻦ اﱠﻻ َﻣ ِﻦ اﺗـﱠﺒَ َـﻌ‬
ۡ ۡ ِ ِ ِ
َ ‫ا ﱠن ﻋﺒَﺎدى ﻟَـﻴ‬
َ َ‫ﺲ ﻟ‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya kamu (iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba Ku kecuali mereka yang
mengikutimu iaitu orang yang sesat.”

(Al-Hijr :42)

Tipu daya iblis dan syaitan boleh menyebabkan manusia terpedaya, melakukan
dosa-dosa kecil yang berterusan ataupun dosa-dosa besar seperti zina, memakan harta
anak yatim atau melakukan sihir yang boleh menyebabkan mangsanya itu menderita
berpanjangan ataupun membawa maut. Oleh itu, bolehlah dikatakan sihir adalah
kesepakatan atau perjanjian antara tukang sihir dan syaitan dengan syarat pengamal sihir
tersebut harus melakukan perbuatan-perbuatan haram atau syirik sebagai balasan dari
bantuan dan kepatuhan syaitan kepadanya. 14

Menurut pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad, sihir itu ada
hakikatnya. Manakala berlainan dengan Imam Abu Hanifah yang berpendapat sihir itu
tidak ada hakikatnya. Para fuqaha bersepakat menghukumkan haram untuk mempelajari
sihir. Akan tetapi, mereka berselisihan pendapat dalam menentukan hukuman bagi orang
yang mempelajari sihir dan mengajarkannya.

Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat, orang tersebut
dihukum kafir. Namun sesetengah fuqaha Hanafiyyah pula berpendapat, jika ia belajar

14
H. Komaruddin Hidayat. (1996). Ilmu Sihir Dan Penangkalnya Tinjauan Al-Qur’an, Hadits Dan Ulama.
Selangor. Penerbit Edaran Kalam. hlm. 2.
11
untuk tujuan memelihara dan menjauhkan diri dari sihir maka ia tidak dihukum kafir.
Akan tetapi jika ia mempelajarinya dengan mempercayai bahawa sihir itu adalah suatu
perbuatan yang dibolehkan atau membawa kemanfaatan, maka ia boleh dihukum kafir.
Begitu juga jika ia mempercayai bahawa syaitan-syaitan dapat bekerjasama dengan
tukang sihir menurut perintahnya.15

Imam Syafi’i pula berkata, jika ia menyifatkan sihirnya dengan sesuatu yang
boleh menyebabkan kekufuran seperti yang diyakini penduduk Babilon kuno, iaitu
mendekatkan diri pada bintang yang tujuh, dan bintang-bintang tersebut dapat memenuhi
permintaannya, maka orang tersebut dihukum kafir. Jika ia menyifatkan dengan sesuatu
yang tidak membawa kekufuran tetapi ia berkeyakinan bahawa sihir itu dibolehkan, maka
tetaplah dihukum kafir juga.

Pada asalnya, istilah jampi, mantera ataupun serapah bukanlah ungkapan-


ungkapan yang dilarang menurut Islam. Ianya dilarang bilamana ungkapan yang dibaca
itu mengandungi kata-kata seruan terhadap nama-nama berhala, nama-nama jin,
menyebut kalimah-kalimah Allah yang dicampuradukkan dengan nama-nama iblis dan
syaitan untuk tujuan jahat, mengandungi kata-kata lucah dan lain-lain larangan
terutamanya ungkapan-ungkapan yang mengandungi kata-kata pemujaan terhadap iblis
dan syaitan.

Rasulullah SAW mengkategorikan ilmu sihir sebagai salah satu dosa besar yang
dapat merosakkan dunia secara umumnya, sekaligus menjadikan pengamalnya terhina di
dunia dan akhirat.16 Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِ ِ ِّ :‫ﺎل‬ َ َ‫ﻮل ا ﱠِ َوَﻣﺎ ُه ﱠﻦ؟ ق‬ ِ ‫اجتَنِﺒﻮا اﻟ ﱠسﺒع اﳌﻮبَِق‬


ُ‫ﺲ اﻟﱠِﱵ َحﱠرَم ا ﱠ‬
ِ ‫ َوقَـْت ُل اﻟنﱠـ ْف‬،‫اﻟس ْح ُر‬
ّ ‫ َو‬، ‫اﻟش ْرُك ﱠ‬ َ ‫ َ َر ُﺳ‬:‫ قَﺎﻟُﻮا‬،‫ﺎت‬
ُ َْ ُ ْ
ِ َ‫ﺎت اﻟﻐَﺎﻓِﻼ‬
ِ َ‫ﺎت اﳌ ْؤِﻣن‬
ِ َ‫ف اﳌحصن‬ ِ ‫ واﻟتـﱠﻮِّﱄ ﻳـﻮم ﱠ‬،‫ وأَ ْكل ﻣ ِﺎل اﻟﻴتِﻴ ِﻢ‬، ‫اﻟر‬
‫ت‬
ُ َ ْ ُ ُ ‫ َوقَ ْذ‬،‫اﻟز ْحف‬ َ ْ َ َ َ َ َ ُ َ َِّ ‫ َوأَ ْك ُل‬،‫إِﱠﻻ ِ ﳊَ ِّق‬

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir,
membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba,

15
Syaikh al- ‘Allamah Muhammad bin ‘Abdurrahman ad-Dimasyqi (2001). Fiqih Empat Mazhab, Hasyimi
Press. hlm. 451.
16
Yusuf Al-Qardawi. (2007). Halal Dan Haram Menurut Perspektif Islam. Johor Bahru: Perniagaan
Jahabersa. hlm. 198.
12
makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman
yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11
Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat
telah membuat keputusan bahawa hukum pengamal sihir adalah kafir. Sekiranya
pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman
Qisas. Selain itu, hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza
berdasarkan situasi berikut:17

Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai
perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka
orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:

i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui
perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:

َ ‫ض ۡالغ َۡي‬
ُؕ ‫ب ا ﱠِﻻ ﱣ‬ َ ۡ ‫ت َو‬
ِ ‫اﻻ ۡر‬ ِ ‫قُلْ ﱠﻻ يَعۡ لَ ُم َم ۡن فِى السﱠمٰ ٰو‬

Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…”

(al-Naml: 65)

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan


membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik
itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad.”

(Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

17
Unknown. (2011). E-Sumber Maklumat Fatwa . Retrieved from Hukum Sihir : http://e-
smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12311
13
Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai
perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak
mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang
dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin
yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka
berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian
ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada
dosa-dosa yang besar.

Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah
melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai
halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya


tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40
malam.”

(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli
sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu
dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi
sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan
al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.

Di samping itu, orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan
hukuman Ta’zir. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir
sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka. Mempelajari ilmu
sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan dan semua pihak
adalah diharamkan daripada menyebarkan.

14
5.0 Fatwa di Malaysia

5.1 Hukum mempelajari, mengajar dan mengamalkan sihir

Seperti yang diketahui, sihir ini merupakan salah satu amalan yang amat dilarang
dan dibenci oleh Allah SWT kerana perbuatan tersebut adalah syirik dan menduakan
Allah SWT dengan beranggapan bahawa ada bantuan lain selain daripada Allah SWT.
Ulama terdahulu telah bersepakat bahawa hukum mempelajari ilmu sihir, mengajar dan
mempraktikkannya adalah haram dan tidak dibenarkan. Hal ini berdasarkan kepada hadis
riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

ُ ْ ‫ َو‬،‫ َوقَ ْلُ الن ْف ِس ال ِﱵ َحر َم ا ُ اﻻ ِ ﳊ ّ َِق‬،‫ َوا ِ ّلس ْح ُر‬، ِ ِ ُ‫الﴩك‬
‫ﰻ‬ ْ ّ ِ :‫ َ َر ُسو َل ا ِ َو َما هُن؟ قَا َل‬:‫ قَالُوا‬،‫ات‬ ِ َ‫ا ْج َنِ ُبوا الس ْب َع اﳌُو ِبق‬
‫ات الغَا ِف َﻼ ِت‬ ِ َ‫ َوقَ ْذ ُف اﳌ ُ ْح َصن‬،‫ َوالت َو ِ ّﱄ ي َ ْو َم الز ْح ِف‬،‫ﰻ َمالِ ال َي ِ ِﲓ‬
ِ َ ‫ات اﳌ ُ ْؤ ِم‬ ُ ْ ‫ َو‬، َ ‫ّ ِالر‬

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir,
membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba,
makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman
yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Maka, berdasarkan kepada hadis diatas, dapatlah disimpulkan bahawa amalan


sihir ini adalah haram dan tidak dibenarkan. Tambahan pula, ulama juga telah bersepakat
dalam pengharaman mengamalkan sihir sama ada mempelajari, mengajar dan
mempraktikkan berdasarkan kepada pandangan Ibn Qudamah yang berkata bahawa
“Sesungguhnya mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Tidak ada khilaf
padanya dalam kalangan ahli ilmu.” Ditambah pula dengan pandangan Imam al-Nawawi
dalam kitab Muslim bi Syarh al-Nawawi18 yang menyatakan bahawa “Adapun
mempelajarinya (sihir) dan mengajarkannya, maka hukumnya adalah haram.” Maka
berdasarkan hadis dan pandangan ulama, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 yang bersidang pada 11
Oktober 1993 berkenaan Amalan Ilmu Hitam/Sihir mengeluarkan kenyataan bahawa
perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum
mempelajarinya adalah haram.

18
Imam An-Nawawi (676 H) Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim lin Nawawi. Jil 14. Dar Al-Kotob Al-ilmiyah:
Beirut. h 176.
15
5.2 Hukum berjumpa tukang sihir untuk ubati sihir

Hukum berjumpa dengan tukang sihir ini boleh dibahagikan kepada dua situasi iaitu:

Pertama adalah hukum berjumpa tukang sihir dengan niat untuk meminta
bantuan untuk ubati sihir adalah haram dan dianggap sebagai kafir. Hal ini kerana
apabila seseorang itu bergantung bantuan kepada selain Allah SWT, maka dia telah
mensyirikkan Allah dan tidak mempercayai kekuasaan Allah SWT.

Maksudnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui
perkara yang ghaib kecuali Allah…” (surah Al-Naml: 65)

Sama juga dengan hukum mempercayai ahli sihir sebagaimana sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:

‫ فَقَدْ َكف ََر ِب َما ْ ِز َل َ َﲆ ُم َحم ٍد‬،‫ فَ َصدقَ ُه ِب َما ي َ ُقو ُل‬،‫ ْو عَرافًا‬،‫َم ْن َﰏ َﰷ ِهنًا‬

“Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai)
apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur
terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim
dari Abu Hurairah RA)

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata bahawa umat Islam


dilarang untuk pergi bertemu tukang sihir sama ada untuk melakukan atau mengubati
sihir, hal ini berdasarkan kepada hadis Nabawi yang menyatakan bahawa salah satu jenis
perbuatan yang mensyirikkan Allah SWT adalah apabila seseorang itu meletakkan
keyakinan dan kepercayaan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit
kepada selain Allah SWT.

Situasi kedua adalah hukum seseorang itu bertemu tukang sihir, tetapi dia
tidak mempercayainya atau hanya untuk bertanya sahaja, maka dia dianggap telah
melakukan dosa besar dan solatnya tidak diterima selama 40 hari sebagaimana sabda
Rasulullah SAW:

ً َ ‫ﳽ ٍء لَ ْم تُ ْق َ ْل َ ُ َص َﻼ ٌة ْرب َ ِع َﲔ لَ ْي‬
ْ َ ‫َم ْن َﰏ عَرافًا فَ َس َ ُ ع َْن‬

Maksudnya: "Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya
tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam." Riwayat
Muslim (5957)
16
Maka berdasarkan kepada keterangan diatas, dapatlah disimpulkan bahawa
hukum berjumpa ahli sihir dengan niat untuk meminta bantuan dan mempercayainya
adalah haram dan dianggap kafir manakala bagi orang yang berjumpa ahli sihir namun
tidak mempercayainya ataupun sekadar untuk bertanya sahaja, maka dia dianggap
melakukan dosa besar dan solatnya selama 40 hari tidak diterima kerana perbuatan
tersebut telah menunjukkan bahawa dia telah menduakan dan mensyirikkan Allah SWT
yang Maha Kuasa untuk membantu hamba-Nya.

5.3 Hukum membeli barang sihir

Secara amnya, hukum jual beli barangan sihir adalah haram dan akad jual beli
tersebut terbatal kerana barangan sihir merupakan barang yang tidak sah untuk dijual beli.
Hal ini kerana sihir merupakan suatu amalan yang diharamkan dalam Islam dan umat
Islam dituntut untuk menjauhi perbuatan tersebut kerana ia mensyirikkan Allah SWT.
Berbalik kepada hukum jual beli, seperti yang diketahui hukum asal jual beli adalah harus
sebagaimana mengikut kaedah fiqh19 yang menyatakan bahawa

‫ا ٔصل ﰲ اﳌعامﻼت ا ٕﻻ ة‬

Maksudnya: Hukum asal dalam muamalat adalah harus.

Sesuatu jual beli itu dianggap sah selagimana ia menepati segala aspek dan rukun
jual beli seperti penjual, pembeli, ijab dan qabul berserta barang yang diniagakan. Dalam
isu ini, amalan sihir adalah tidak dibenarkan dan hukumnya adalah haram, maka secara
langsung, apa-apa berkaitan sihir adalah haram seperti menjual barang sihir. Hal ini
kerana barang yang dijual mestilah suci, boleh dimanfaatkan, diketahui dan boleh
diterima atau dimiliki oleh pembeli. Maka, fatwa mengeluarkan keputusan bahawa
hukum membeli barang sihir adalah haram dan jual beli tersebut tidak sah dan sekiranya
sudah beli, maka barang tersebut perlu dibuang dan dihapuskan.

19
Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Basaam. (1423 M) Taudhihul Ahkam min Bulughil Maram. Jil 4.
Al-Asadiyyah: Arab Saudi. h.553
17
6.0 Fatwa Luar Negara

6.1 Hukum Mendatangi Ahli Sihir

Ahli Sihir merupakan gelaran yang diberikan kepada individu yang mempunyai
kepakaran luar biasa, namun ada juga antara golongan ini hanya menggunakan teknik
petua orang terdahulu seperti rawatan dengan herba dan tumbuhan semula jadi. Oleh hal
yang demikian, masyarakat di dalam negara mahupun di luar negara menganggap bahawa
ahli sihir ini sebagai doktor-doktor biasa tanpa mengetahui bahawa amalan mereka
sebenarnya ialah bertentangan dengan agama Islam. Contohnya di Qahirah, ahli sihir ini
memutarbelitkan ayat al-Quran supaya dapat mengaburi mata pesakit-pesakit seperti
yang digambarkan didalam filem “SICCIN”.

Hukum mendatangi ahli sihir adalah haram kerana seolah-olah menidakkan


kekuasaan Allah yang berkuasa ke atas semua makluk ciptaanNya. Menurut Kitab Fatwa
Ulama Qaherah20, Alhamidiyyah menyatakan bahawa sihir ialah amalan jiwa yang
berniat jahat, sama ada melakukan perbuatan atau perkataan yang luar biasa dan hukum
mendatangi ahli sihir mahupun ahli nujum adalah tidak boleh malah diharamkan.
Pendapat ini dikukuhkan dengan Hadith Nabi SAW21 :

‫ﻣﻦ أﺗﻰ ﻋراﻓﺎ ﻓسﺄﻟﻪ ﻋﻦ ﺷﻲء ﱂ ﺗقﺒل ﻟﻪ ﺻﻼة أربﻌﲔ ﻟﻴﻠﺔ‬

Maksudnya: “Barang siapa yang mendatangi dukun lalu bertanya kepadanya tentang
sesuatu, maka shalatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam”

Kesimpulannya, Islam telah menyediakan jalan penyelesaian yang tersendiri iaitu


menggunakan ruqyah yang berasaskan ayat-ayat al-Quran dalam mengubati sihir
sepertimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id R.A, beliau berkata
bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Ya, Muhammad! Apakah tuan
sakit?” Jawab Baginda SAW: “Ya.” Lalu Jibril membacakan 22:

20
Jumhuriyyah Azhar Alqahirah : Fatwa Ulama’ Hasad Wal-Ain Wal-Sihr ( Dar Ibn Hazman: Qahirah
2007) h 111
21
Hadith Riwayat Muslim 2230
22
Hadith Riwayat Muslim 5829
18
‫ﻴﻚ ا ﱠِ ِ ْﺳ ِﻢ‬ِ ٍ ِ ِ ْ ‫ﺎﺳ ٍﺪ َﻋ‬ ِ ِ
َ ‫ﻳﻚ َﺷ ْﻰء ُك ِّل ِﻣ ْﻦ أ َْرق‬
َ ‫ﺲ ُك ِّل َﺷِّر ِﻣ ْﻦ ﻳـُ ْؤذ‬
ٍ ‫ﲔ أ َْو ﻧَـ ْف‬ ِ ‫ﻴﻚ ا ﱠ ح‬
َ ُ َ ‫ا ﱠ ِ ْﺳ ِﻢ ﻳَ ْشف‬
‫ﻴﻚ‬ِ
َ ‫أ َْرق‬.

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari
segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain.
Semoga Allah menyembuhkanmu.”

6.2 Sihir Pemisah Rumah Tangga

Penggunaan ilmu sihir bagi memisahkan hubungan suami isteri telah lama berlaku
dalam masyarakat di Malaysia mahupun di luar negara, namun kes ini seolah-olah tiada
penghujungnya kerana sihir merupakan amalan ilmu hitam yang sukar dibuktikan
walaupun dibicarakan di mana-mana Mahkamah. Perceraian dengan menggunakan ilmu
sihir ini biasanya berlaku dalam keadaan yang pelik dan luar dari kebiasaan, seperti
seorang suami telah mendakwa bahawa lidahnya seakan-akan dikuasai sesuatu sehingga
terlafaznya talaq tersebut malah ada juga kes suami berada dalam keadaan tidak sedar dan
tidak ingat, bahawa dia telah melafazkan kalimah cerai tersebut.

Menurut Syeikh Abi Bakr Usman, terdapat beberapa syarat yang perlu ada bagi
menjadikan lafaz talaq itu sah iaitu suami, isteri, sighah, qasad talaq dan kekuasaan suami.
Kekuasaan suami yang dimaksudkan ialah kemahuan hati yang disertai dengan
kewarasan dan pertimbangan akal yang sempurna. Ini adalah bertepatan dengan sabda
Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a23 :

‫ﻏﻼ ٍق‬ َ َ‫ﻻَ ﻃَﻼَ َق َوَﻻ ﻋِت‬


َ ِ‫ﺎق ِﰲ إ‬

Maksudnya: “Tiada talak dan tiada perceraian di waktu marah (ighlaq : marah yang
bersangatan”

Tegasnya, para ulama sepakat mengatakan bahawa talaq yang dilafazkan oleh
seseorang yang tidak berakal sempurna atau perasaannya dikawal oleh sesuatu adalah
tidak sah. Hal ini demikian kerana, mangsa yang terkena sihir ini akan mudah rasa

23
Dr Yusuf Alqardawi:Fatwa-Fatwa Mutakkhir (Pustaka Hidayah : Bandung 2000) 663
19
tertekan, berserabut, meluat atau sedih yang bersangatan disebabkan oleh penyihir itu
mungkin menggunakan bahan seperti tulang kucing dan anjing yang dipuja seolah-olah
rumah tangga yang aman itu akan bertukar menjadi huru hara dan selalu bertengkar ibarat
kucing dan anjing ataupun menggunakan kaedah-kaedah lain. Hal ini dikukuhkan lagi
dengan penulisan kitab fatwa24 iaitu “Dan adapun orang yang disihir yang mana sihir
tersebut menyebabkan hilang kewarasan dan kesedaran akalnya sehingga menyebabkan
dia mengucapkan apa yang dia tidak mahukan, maka sesungguhnya talaq yang
diucapkan ketika itu tidak berlaku.

Pendapat ini selari dengan fatwa Mesir daripada pendapat Syeikhul Islam Ibnu
25
Taimiyyah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang disihir sehingga ke tahap dia tidak
menyedari apa yang diucapkan maka talaq tersebut tidak berlaku. Manakala sekiranya
sihir yang dikenakan itu tidak menyebabkan perubahan pada kewarasan akal dan
kesedarannya seperti sihir untuk menghalangnya dari melakukan persetubuhan sahaja,
maka talaq itu sah”

Manakala, Syeikh Abdul Muhsin Ibn Hamd Al-Ibad, bekas Presiden Universiti
Islam Madinah pernah ditanya berkenaan hukuman bagi seseorang yang melakukan
kesalahan dalam keadaan dia dirasuk atau disihir. Beliau menjawab dengan maksud :
“Sekiranya dia melakukan kesalahan itu dalam keadaan akal yang tidak waras, maka dia
tidak dikenakan hukuman. Manakala sekiranya dia melakukan kesalahan tersebut,
sedangkan akalnya waras, maka dia dikenakan hukuman walaupun dia mengalami
kesakitan, kemurungan dan ketidakselesaan. Perkara yang hanya memberikan pelepasan
baginya hanya akal yang tidak waras.”

Oleh itu, sekiranya mana-mana suami telah melafazkan perceraian sewaktu dia
tidak sedar maka hukumnya adalah tidak sah, hukum ini terpakai di Malaysia mahupun
di Mesir berpandukan kata-kata Syeikh Abdul Muhsin Ibn Hamd Al-Ibad bahawa
perbuatan yang dilakukan sewaktu akal itu tidak sempurna maka dikira sebagai seorang
yang tidur, sepertimana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a 26 :

24
Imam Ibn al-Shalah : Kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum ( Dar al-Ma’rifah, Beirut Lubnan,
1986 M) juz 11 h 358
25
Ibn Taiymiyyah : Kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al Misriyyah(Dar Alkitab Alilmiyyah: Beirut Lubnan,777H)
h 544
26
Hadith Ahmad No.23553
20
‫ٍ‬ ‫ِ‬ ‫ﱠﱯ ﻋﻦ ﻋﺎﺋِشﺔَ ﻋﻦ ْاﻷ ِ‬
‫ﺎل َﻋ ﱠفﺎ ُن َح ﱠﺪﺛـَنَﺎ‬ ‫َﺳ َﻮد َﻋ ْﻦ إِبْـَراه َﻴﻢ َﻋ ْﻦ َﲪﱠﺎد َﻋ ْﻦ َﲪﱠ ٌ‬
‫ﺎد َح ﱠﺪﺛـَنَﺎ قَ َ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﻟنِ ِّ َ ْ َ َ َ ْ ْ‬
‫َ‬
‫ِ‬ ‫ث َﻋ ْﻦ اﻟْ َقﻠَ ُﻢ ُرﻓِ َع قَ َ‬
‫ﺎل َو َﺳﻠﱠ َﻢ َﻋﻠَْﻴﻪ ا ﱠُ‬
‫ﻆ ح ﱠﱴ اﻟنﱠﺎﺋِِﻢ ﻋﻦ ﺛََﻼ ٍ‬
‫َْ‬
‫ِ‬ ‫َْﳛتَﻠِ َﻢ َح ﱠﱴ اﻟ ﱠ‬
‫صِ ِّ‬
‫ﱯ َو َﻋ ْﻦ ﻳَ ْستَـْﻴق َ َ‬
‫ﻮن وﻋﻦﻳ ِ‬ ‫ِ‬
‫ﻌق َل‬ ‫ِ‬
‫ﺎل َوقَ ْﺪ ﻳـَ ْﻌق َل َح ﱠﱴ اﻟْ َﻤ ْﺠنُ َ َ ْ َ‬ ‫َح ﱠﱴ اﻟْ َﻤ ْﻌتُﻮﻩِ َو َﻋ ْﻦ َﲪﱠ ٌ‬
‫ﺎد قَ َ‬

‫‪Maksudnya: “Diangkat pena dari tiga golongan: Dari orang yang tidur sehinggalah dia‬‬
‫‪terjaga, dari kanak-kanak sehinggalah dia baligh dan dari orang gila hinggalah dia‬‬
‫”‪berakal atau sedar dari gilanya.‬‬

‫‪21‬‬
7.0 Penutup

Kesimpulannya, memandang kepada definisi bagi ilmu sihir terlebih dahulu iaitu
ia adalah ilmu yang melibatkan perjanjian dengan mahkluk yang lain (jin atau syaitan)
yang membawa kepada pematuhan syarat yang tertentu oleh pihak-pihak yang berjanji.
Kemudian, memandang pula kepada sejarah amalan ilmu sihir ini sendri telah berlaku
sejak di zaman Rasulullah sendiri dimana Rasulullah juga pernah terkena dengan
pembuatan ilmu sihir. Sejurus itu, ilmu sihir telah diwarisi sehingga kepada zaman nenek
moyang dan sehingga ke generasi sekrang masih lagi wujud pengamalan ilmu sihir ini.
Hal ini telah dibuktikan dalam beberapa kes, antaranya yang pernah menggemparkan
rakyat Malaysia ialah kes Juraimi bin Anor v PP, Mohd Affandi bin Abdul Rahman &
Anor v PP yang mana kes ini melibatkan seorang ahli politik dan juga seorang pengamal
ilmu sihir. Dan pada masa kini juga, tidak hairan jika sesetengah perkara atau
permasalahan yang berlaku dalam hidup boleh dikatakan masih ada lagi yang berpunca
daripada buatan ilmu sihir ini. Misalnya ialah sihir pemisah rumah tangga bagi
memisahkan hubungan suami isteri yang telah berkahwin namun tidak ada mawadah
rahmah dalam rumah tangga mereka. Jadinya antara pandangan yang boleh diusulkan
ialah pihak autoriti wajarlah mewujudkan satu peruntukan khusus bagi melarang atau
mengawal permasalahan yang berlaku yang berpunca daripada pengamalan ilmu yang
dilarang oleh hukum syarak ini. Hal ini kerana, jika terdapat terlalu banyak permaslahan
yang berpunca daripada ilmu sihir dan ianya tidak dapat dibuktikan di muka pengadilan
ianya adlaah suatu perkara tidak adil kepada mangsa-mangsa keadaan yang ‘terkena’
dengan ilmu sihir ini. Sedangkan mereka bukanlah pihak-pihak yang melakukan
perjanjian dengan mahkluk ‘lain’ namun, mereka adalah mangsa kepada pihak yang
mempunyai hasad dan memilih jalan untuk bersemuka secara tersirat.

22
8.0 Rujukan

Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, Hadis no. 33

Ali Muhammad al-Bajawi, ahkam Al-Qur’an li Ibni al-Arabiyy, Juzu’ 1, Isa al-Babi al-
Halabi wa al-Shurakah, t.th, hlm. 31. Dipetik dari Abdul Basir Mohammed, 1999

Amidon bin Anan, “Perkongsian Pengalaman PDRM dalam Pengendalian Kes-Kes


Berkaitan Sihir” (kertas kerja dibentangkan dalam Muzakarah Bagi Membincangkan
Kajian Undang-Undang Sihir, Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor, 28 hingga 30 April
2013)

Amran Kasimin, Amalan Sihir Masyarakat Melayu:Satu Analisis, Kuala Lumpur:


Percetakan Watan Sdn Bhd, 1997

Dr Yusuf Alqardawi:Fatwa-Fatwa Mutakkhir (Pustaka Hidayah : Bandung 2000) 663

Geoffrey Scarre, ‘Witchcraft and magic in 16th and 17th century Europe’, London:
MacMillan Education Ltd, 1987

H. Komaruddin Hidayat. (1996). Ilmu Sihir Dan Penangkalnya Tinjauan Al-Qur’an,


Hadits Dan Ulama. Selangor. Penerbit Edaran Kalam.

Ibn Taiymiyyah: Kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al Misriyyah(Dar Alkitab Alilmiyyah:


Beirut Lubnan,777H)

Imam An-Nawawi (676 H) Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim lin Nawawi. Jil 14. Dar Al-
Kotob Al-ilmiyah: Beirut.

Imam Ibn al-Shalah: Kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum (Dar al-Ma’rifah,
Beirut Lubnan, 1986 M) juz 11

Jumhuriyyah Azhar Alqahirah: Fatwa Ulama’ Hasad Wal-Ain Wal-Sihr (Dar Ibn
Hazman: Qahirah 2007)

Muhammad Muṣṭafa al-Hadidi Al-Thair, Penyuluh Arwah, Jakarta: Pustaka Amani.


1987.

Muhammad Mustafa al-Hadidi Al-Thair, Penyuluh Arwah. Jakarta: Pustaka Amani,


1987.

Mohd Sabree, N. (2015). Jenayah Sihir di Malaysia: Permasalahan dan Cadangan


Pelaksanaan Undang-undang. Jurnal Undang-Undang Malaysia.
23
Syaikh al- ‘Allamah Muhammad bin ‘Abdurrahman ad-Dimasyqi (2001). Fiqih Empat
Mazhab, Hasyimi Press.

Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Basaam. (1423 M) Taudhihul Ahkam min


Bulughil Maram. Jil 4. Al-Asadiyyah: Arab Saudi.

Unknown. (2011). E-Sumber Maklumat Fatwa . Retrieved from Hukum Sihir : http://e-
smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12311

Walter Farber, ‘Witchcraft, Magic and Divination in Ancient Mesopotamia’, Charles


Scribner's Son, 1898

William Shaw, Aspects of Malaysian Magic, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1975

Yusuf Al-Qardawi. (2007). Halal Dan Haram Menurut Perspektif Islam. Johor Bahru:
Perniagaan Jahabersa.

KES

Mustafa Batcha v Habeeba Abd. Rahman [1410] JH 41 dan [1990] 7 JH 225

Juraimi bin Anor v PP, Mohd Affandi bin Abdul Rahman & Anor v PP [1998] 1 MLJ
537

24

You might also like