You are on page 1of 13

SUBJEK:

IIM2003 UNDANG-UNDANG PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH


(ISLAMIC LAW OF INHERITANCE, WILL AND GIFT)

TAJUK TUGASAN:

UMRA DAN RUQBA: ANALISIS PERLAKSANAANNYA PADA MASA


KINI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MAHASISWA/WI NO MATRIK


MOHD FARIDZHUAN FIRDAUS BIN MOHD IIM 160037
NANYAN
ALYA SAFA BINTI MOHD SAFIE IIM180006

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHD ZAIDI BIN DAUD

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

2019
HIBAH UMRA DAN RUQBA:
ANALISIS PELAKSANAANNYA PADA MASA KINI

Hibah Umra and Ruqba


The Application in Modern Days

Mohd Faridzhuan Firdaus bin Mohd Nanyan1


Alya Safa Binti Mohd Safie2

ABSTRACT

This study seeks to shed light on the issue of conditional hibah,


which has been adopted in the Islamic Financial Services Act
2013 (IFSA 2013) and resolved by the Syariah Advisory Council
of Bank Negara Malaysia. Hibah (gift inter vivos) is one of the
wealth distribution methods in Islamic law. It is considered as
one of the most effective methods because the property owner is
free to determine the beneficiary as well as the amount of
property to be disposed. However, the issue that is still
unresolved concerns the ‘umra and ruqba stipulated in the hibah
contract.To understand what is Hibah Umra and Ruqba, the
jurists opinion of it, this article tries to analyse the position of
the ‘umra and ruqba according to the perspective of Islamic Law
in Malaysia. Thus, analyses the inclusion of ‘umra and ruqba as
conditions of hibah contract and their effect on the contract. The
article focuses on the opinion of the Muslim scholars in the
various schools about these issues and will then be revised based
on the rules of Islamic law. and the apllication in this modern
days.

Keywords: hibah, umra ruqba, takaful, conditional hibah,


wasiyyah, tabarru’

1
4th Year Shariah & Law Student, Department of Shariah and Law,
Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur,
faridzhuanfirdaus@gmail.com
2
2nd Year Shariah & Law Student, Department of Shariah and Law,
Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur,
alya208@gmail.com
PENDAHULUAN

Marcapada, realiti semasa di dunia Islam khususnya di Malaysia


menunjukkan bahawa masyarakat beragama Islam di Malaysia
semakin didedahkan dengan kepentingan ilmu kehartaan menurut
syariah. Hal ini dapat kita tunjukkan dengan munculnya produk
produk baru dalam institusi perbankan Islam itu sendiri. Sebagai
contoh pembukaan akaun “Islamic” berasaskan konsep Qard, saham
pelaburan berasaskan kontrak syariah dan berbagai-bagai lagi. Dalam
ada masa yang sama tidak kurang juga seminar-senimar kehartaan
sering dianjurkan oleh syarikat-syikat yang menguruskan harta orang
Islam. Artikel ini akan menerangkan kedudukan umra dan ruqba
sebagai satu instrumen dalam pengagihan harta orang Islam dan juga
analisis semasa mengenainya.

KONSEP HIBAH

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, hibah


bermaksud pemberian hak (harta) secara sukarela kepada orang lain
dgn tujuan baik; menghibahkan memberikan (pada masa si pemberi
masih hidup).

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi


pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya
kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (‘iwad).
Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain
harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (‘iwad)
semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat
dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul
atau seumpamanya. (Mohd Zamro Muda, 2008).3

Firman Allah s.w.t. :

ًۚ
‫ْب لَ ُُك ْْم ََعن ََش ْْيء ِِّّم ْنُهُ َنَ ْْفسا فَ ُُكلُوهُ َهنِّيئا َِّّم ِّريئا‬ ِّ ‫وآتُوا النِّساء ص ُدقَ ِّاِتِّ َّن ِّ ِْنلَة فَِّإن‬
‫ط‬
َْ َ ََ َ
Maksudnya : Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang
kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian
jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu
dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu
(sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.

3
Mohd Zamro Muda (2008). Instrumen Hibah : Analisis Hukum Dan
Aplikasi Di Malaysia. Konvensyen Faraid Dan Hibah Kebangsaan 2008.
Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
(Surah An-Nisa’ : 4)

‫ني َوِِّف‬ِِّّ َّ ‫يل و‬ ِّ َّ ‫ني وابْن‬ِّ ‫ال ََعلَ ٰى حبِّ ُِّه ذَ ِّوي الْ ُقر َٰب والْي تاِّم ٰى والْم‬
َ ‫السائل‬ َ ِّ ‫السب‬ َ َ َ ‫ساك‬ َ َ َ َ ََ َ َ ْ ُ َ ‫َوآتَى ال َْم‬
ِّ َ‫الرق‬
‫اب‬ ِّ

Maksudnya : “...dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang


ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan
kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-
hamba abdi...”

(Surah An-Nisa’ : 4)

Di Malaysia, tidak ada lagi statut atau undang-undang


substantif yang menjelaskan secara terperinci kaedah mahupun
definisi hibah ini. Hanya perkataan “pemberian” yang termaktub di
dalam Jadual 9 Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan
iaitu:

“....perkahwinan, nafkah, pengambilan anak angkat,


kesahtarafan, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan
amanah bukan khairat, wakaf Islam dan takrif serta peraturan
mengenai amanah khairat dan khairat agama...”

KONSEP HIBAH UMRA

Umra merupakan kata terbitan daripada kata kerja a’mara yang


bermaksud sesuatu pemberian kepada seseorang sepanjang hayat
penghibah atau umur penerima hibah.4 Istilah ini berasal daripada
perkataan al-umr yang bermaksud umur. Ianya dinamakan umra
kerana mempunyai kaitan dengan umur yakni jangka hayat seseorang.5
Istilah umra telah digunakan dalam al-Quran.

Firman Allah s.w.t. :

‫استَ ْع َم َرُك ْْم فِّ َيها‬ ِّ ‫شأَ ُكْم ِِّّم َن ْاْل َْر‬
ْ ‫ض َو‬ َ ‫ُه َو أََن‬

4
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad bin Mukram, Lisan al-‘Arab
(Kaherah: Dar al-Hadith, 2003).
5
Ibn Qudamah, al-Mughni, 335.
Maksudnya : “... Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan
bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya ...”

(Surah Hud,11: 61)

Menurut al-Mawardi, frasa ista’marakum fiha (‫ )ا ْست َ ْع َم َر ُك ْم فِي َها‬fiha


bermaksud mengkehendaki kamu tinggal di dalamnya selama tempoh
umur kamu.6 Maka di sini terbukti penggunaan umra sebagai umur
seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. Umumnya, dalam penulisan
kitab-kitab fiqh, definisi umra dari segi istilah syarak berbentuk
teknikal tidak diutarakan oleh para fuqaha. Yang ada cuma gambaran
bagaimana umra itu berlaku dalam bentuk lafaz sighah. Ilmuwan
bahasa, Abu al-‘Abbas Tha’lab menafsirkan al-umra seperti
memberikan rumah kepada seseorang dan berkata, “rumah ini untuk
awak, bergantung kepada hidup awak atau saya, dan sekiranya salah
seorang daripada kita meninggal dunia, rumah ini adalah untuk waris
keluarga mendiang.”7 Mazhab Maliki dan Shafi’i berpendapat dalam
menggantungkan pemilikan berdasarkan hayat penerima hibah.

PANDANGAN MAZHAB MENGENAI HIBAH UMRA

Para fuqaha berselisih pendapat tentang kesahihan akad hibah dengan


syarat umra. Namun Berdasarkan perbincangan ahli fiqh pelbagai
mazhab, terdapat tiga pendapat mengenai kesan umra terhadap kontrak
hibah.

Pendapat pertama adalah daripada jumhur fuqaha temasuk


Imam Shafi’i, Hanbali, dan Hanfi yang berpendapat bahawa hibah
tersebut sah namun syarat umra terbatal dan tidak diguna pakai.
Jumhur fuqaha dan Imam Shafi’i di dalam karyanya al-Umm berhujah
dengan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA. yang mengatakan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Umra itu adalah hak orang yang menerima hibah.”

Maka di sini jelas dapat disimpulkan bahawa harta yang dihibahkan


dengan syarat umra, tidak akan kembali harta itu kepada penghibah
walaupun penerima hibah meninggal dunia. Ini adalah kerana sabit
kepada hadis Rasulullah yang di atas.

Pendapat kedua pula daripada Imam Malik, Yahya bin Sa‘id,


al-Qasim bin Muhammad dan al-Layth yang berpendapat bahawa akad
dan syarat umra adalah harus dan hibah umra merupakan pemberian
manfaat harta sahaja. Harta yang dihibahkan hendaklah dikembalikan
kepada penghibah atau warisnya setelah penerima hibah meninggal

6
Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, 406.
7
al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, al-Kuwaytiyyah.
dunia. Sungguhpun demikian, jika penghibah menyatakan umra
tersebut juga untuk keturunan atau waris penerima hibah, maka
tempoh pemilikan harta itu dilanjutkan sehingga kematian ahli waris
penerima. Selepas tempoh tersebut, harta tersebut hendaklah
dikembalikan kepada penghibah atau ahli warisnya. Pendapat ini
adalah berasaskan hujah riwayat daripada ‘Abd al-Rahman bin al-
Qasim bahawa ia mendengar Makhul al-Dimasyqi bertanya kepada al-
Qasim bin Muhammad berkenaan dengan umra. Maka berkata al-
Qasim:

“Aku tidak tahu kecuali manusia itu berpegang kepada syarat-syarat


mereka pada harta dan apa yang mereka berikan.”

Pendapat ketiga pula daripada Imam Ahmad dalam satu


riwayat, Imam Malik, Imam al-Shafie dalam qawl qadimnya (pendapat
terdahulu), Jabir bin ‘Abd Allah, ‘Urwah bin al-Zubayr, Abu Salamah
bin ‘Abd al-Rahman, al-Qasim bin Muhammad, Zayd bin Qist, al-
Zuhri dalam salah satu pendapatnya, Ibn Abi Dhi’b, Abu Thawr,
Dawud al-Zahiri dan golongan Zaidiyyah berpendapat umra yang
mensyaratkan harta yang dihibahkan untuk penerima dan waris-
warisnya akan menjadi milik penerima dan waris-warisnya
sebagaimana pendapat golongan pertama. Namun sekiranya pemberi
hibah tidak menyatakan bahawa harta yang dihibahkan akan menjadi
milik waris penerima seperti dia berkata: “sekiranya kamu mati harta
tersebut untukku”, maka harta yang dihibahkan akan kembali kepada
pemberi hibah. Jabir RA berkata:

“Sesungguhnya ‘umra yang diharuskan oleh Rasulullah SAW adalah


apabila seseorang berkata, “Ia (mawhub) untukmu dan ahli
warismu”. Adapun jika dia berkata, “Ia untukmu selama mana kamu
hidup”, maka hendaklah ia dikembalikan kepada pemilik asalnya”.

Daripada ketiga-tiga pendapat ini, pendapat yang disepakati


jumhur menjadi pegangan untuk umat Islam kini. Namun, hibah umra
tidaklah termasuk dalam perkara yang dilarang kerana dalam
menetapkan syarat umra, terdapat hikmah disebaliknya iaitu hibah
umra berfungsi dalam menjaga kebajikan harta pemberi hibah agar
harta itu tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Umat Islam berhak untuk mempraktikkan hibah umra sepertimana
mazhab yang mereka pegangi.

HIBAH UMRA MENURUT UNDANG UNDANG SYARIAH DI


MALAYSIA SERTA ANALISIS

Secara realitinya, tidak terdapat akta mahupun enakmen mengenai


hibah dan hibah umra yang berdiri dengan sendirinya di Malaysia.
Istilah ‘alang’ digunakan sebagai ganti hibah tetapi tidak cukup dalam
mentafsirkan makna hibah itu sendiri. Malahan dalam seksyen tafsiran
enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri, tidak terdapat
tafsiran untuk istilah ‘alang’ walaupun telah diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan Senarai Dua Senarai
Negeri.8

Namun pendekatan dalam perundangan yang kita dapat lihat


bersamaan atau kurang lebih dengan hibah umra adalah melalui
pemilikan bersama atau joint tenancy. Pemilikan bersama merupakan
satu kontrak dalam undang-undang sivil yang menentukan bahawa
setiap pemilik bersama berkongsi bahagian yang sama dan adil dalam
harta yang dikongsi. Namun, pada makna kata ‘berkongsi bahagian
yang sama dan adil’ tidaklah berdasarkan kepada literal semata-mata.
Disebabkan itu, hak setiap seorang pemilik bersama tidak dapat
ditentukan secara jelas dalam kontrak sivil.

Elemen umra dalam pemilikan bersama terletak pada prinsip


right of survivorship iaitu apabila salah seorang pemilik dalam
pemilikan bersama meninggal dunia, maka harta si mati akan beralih
pemilikannya kepada pemilik bersama lain yang masih hidup.
Memandangkan hibah umra adalah berdasarkan jangka hayat
seseorang, maka contoh terdekat yang dapat diberikan adalah dalam
kes Peter Chong & Anor v. Khatijah Md Ibrahim. Dalam kes ini,
plaintif pertama merupakan pelanggan hartanah kepada plaintif kedua.
Plaintif kedua bernama Aishah merupakan kakak kepada defendan.
Konflik terjadi dalam menentusahkan transaksi yang berlaku antara
plaintif pertama dan plaintif kedua sebelum plaintif kedua meninggal
dunia yang akhirnya menjadi batu penghalang kepada defendan untuk
menguruskan haknya.

Pada awalnya, bapa plaintif kedua dan defendan telah


membeli sebidang tanah dan dihadiahkan kepada tiga orang anaknya
termasuk dirinya sendiri sebagai pemilik bersama tanah tersebut.
Tanah tersebut tekah disempurnakan pemilikannya melalui pemilikan
bersama dan Deed of Gift dengan menyatakan secara jelas bahawa
tanah itu adalah milik mereka sekeluarga bersama sehingga si bapa
meninggal dunia dan beralih pemilikan kepada pemilik bersama yang
lain. Pemilik-pemilik lain ialah abang kepada plaintif kedua dan
defendan, plaintif kedua, dan defendan. Selepas si bapa meninggal
dunia, pemilikan tanah jatuh kepada tiga lagi anaknya yang masih
hidup yang juga pemilik bersama tanah itu. Dalam konteks ini,
terdapat hibah umra di mana harta yang dihibahkan oleh si bapa
tidaklah kembali kepada si pemberi tetapi menjadi milik penerima
hibah iaitu anak-anaknya. Ini adalah bertepatan dengan pendapat

8
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang
yang menganut agama islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan
dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,
penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat;...
Imam Shafi’i yang menentukan bahawa hibah umra adalah sah
menurut syarat yang telah ditetapkan oleh bapa sewaktu membuat
pemilikan bersama tanah itu.9

Mahkamah memutuskan transaksi yang berlaku antara plaintif


pertama dan plaintif kedua adalah tidak sah kerana ketidaksempurnaan
prosedur akibat plaintif kedua meninggal dunia. Maka pihak yang
menerima kelebihan daripada transaksi tersebut hendaklah membayar
ganti rugi kepada defendan yang tertangguh keuntungan yang
sepatutnya diperolehi daripada harta yang pada asalannya adalah
miliknya.

Antara pendekatan lain seperti hibah umra adalah melalui


akaun amanah. Akaun amanah juga mempunyai pilihan pemilikan
sama ada pemilikan individu atau pemilikan bersama. Pemilikan
bersama turut disertai dengan prinsip right of survivorship kerana
prinsip ini terpakai kepada harta alih dan harta tak alih. Kebanyakan
pencarum akaun amanah menggunakan pemilikan bersama kerana
dapat memudahkan pentadbiran dan mengelakkan implikasi probet
selepas kematian salah seorang pencarum. Namun, isu timbul dalam
memastikan kesahan pemilikan bersama konvensional kerana dapat
diragukan kedudukannya dalam hukum syarak. Kerisauan timbul
sekiranya pemilikan bersama telah menyalahi prosedur pengagihan
harta pusaka orang Islam. Ini adalah kerana terdapat unsur gharar
yakni ketidakpastian apabila seseorang pemilik dalam akaun
pemilikan bersama ingin menuntut haknya tetapi tidak terdapat dalam
persetujuan seberapa banyak nilai yang ia berhak terhadap akaun
pemilikan bersama itu.

Untuk memenuhi maslahah umat, industri unit amanah telah


menubuhkan ‘Islamic Joint Ownership’ atau pemilikan bersama
Islamik di mana kontrak perkongsian dan kontrak hibah ruqba
digunakan. Dua kontrak ini dilihat lebih sesuai dan hibah ruqba
berfungsi menggantikan prinsip right of survivorship.

KONSEP HIBAH RUQBA

Ruqba adalah satu pemberian yang menunggu kematian dariada


pemberi hibah (al-wahib) atau penerima hibah sebagai satu syarat
untuk pihak yang hidup memiliki harta hibah tersebut. Perkataan ruqba
terbit daripada bahasa Arab yang bermaksud “muraqabah” iaitu
bermaksud, untuk meneliti, melihat dan menilai jadi hibah akan jadi

9
“...hereby conveys to the Purchaser All those pieces of land and
hereditaments more particularly described in the First Schedule hereto To
Hold the same unto the Purchaser for and during his life and thereafter to
his children Mohamed Ismail, Aishah (f) aged 7 years and Khatijah (f) of 21
days as Joint Tenants." Daripada Peter Chong & Anor v. Khatijah Md
Ibrahim [2017] MLHRU 1185.
kepadaNya (al-Razi 2008; al-Fayyumi, 1323H)10. Majoriti ulama
melihat ruqba sebagai satu situasi yang mana, “Aku berikan kepada
engkau rumah ini sebagai ruqba, kalau kau mati sebelum aku rumah
ini akan kembali kepada aku dan jalau aku mati sebelum kau rumah
ini akan jadi milik engkau dan keturunan engkau.

PANDANGAN MAZHAB MENGENAI HIBAH RUQBA

Majoriti ulama menyatakan ruqba sebagai satu keadaan dimana


seseorang menyatakan kepada seorang yang lain “Aku berikan kepada
engkau rumah ini sebagai ruqba, kalau kau mati sebelum aku rumah
ini akan kembali kepada aku dan jalau aku mati sebelum kau rumah
ini akan jadi milik engkau dan keturunan engkau.”

Berbeda pula dengan Mazhab Maliki yang menyatakan ruqba


seperti “kalau kau mati sebelum aku (al-wahub) rumahmu akan
menjadi milikku dan jikalau aku mati sebelummu rumahku akan
menjadi milikmu. Jelas di sini konteks penggunaan ayat, iaitu majoriti
ulama menyatakan, ayat harta itu “kembali”, manakala bagi Mazhab
Maliki menggunakan konteks ayat “pemilikan”.

Ruqba adalah satu bentuk hibah yang telah wujud lagi


semenjak zaman sebelum kedatangan Islam. Ada zaman Jahilyyah,
seerti yang diamalkan, seseorang berkata kepada yang lain, “Aku
membuat pendermaan ruqba kepada kau, tanah ini dan seisinya
menjadi penentu dalam hidup. Kalau kau mati dahulu, harta yang
didermakan akan kembali keadaku dan jikalau aku mati dahulu
sebelummu, harta yang didermakan akan menjadi milikmu”. Pakar
Undang-Undang Islam berbeza pendapat mengenai kesahan hibah
ruqba ini.

Mazhab Hanbali & Shafi’i dan juga Abu Yusof dariada


Mazhab Hanafi berpendapat bahawa ianya sah. Harta yang
didermakan akan menjadi milik penerima manfaat dan tidak akan
kembali kepada pemberi hibah ruqba ini, dan hanya syaratnya sahaja
yang tidak sah. (al-Ramli, 1993; al-Shawkani, 2000; Ibn Qudamah,
2004; al-Bahuti, 1997)11. Pendapat ini berdasarkan hadis yang
menyatakan:

“Sesiapa sahaja yang telah diminta memakmurkan 'umra untuknya


dan anak keturunannya, maka sesungguhnya 'umra tersebut menjadi
milik orang yang diberikan, tidak kembali kepada orang yang

10
Al-Fayyumi and Ahmad Ibn Muhammad (1323H). Al-Misbah al-Munir fi
Gharib al-Sharh al-Kabir. Egypt, Maktabah Abd al-Wahid.
11
Al-Ramli, S. a.-D. (1993). Nihayat al-Muhtajila Sharh al-Minhaj. Beirut,
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
memberikannya. Ini kerana dia telah memberi satu pemberian yang
berlaku hukum warisan di dalamnya."

Dan sabda Rasulullah SAW lagi: “Jagalah harta kamu dan janganlah
kamu merosakkannya. Sesiapa yang mengucapkan ‘umra ia adalah
hak orang yang ditujukan ‘umra itu sama ada hidup atau mati dan
kepada keturunannya”.

Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa akad ‘umra adalah sah. Ia


menjadi hak milik penerima hibah sepenuhnya serta boleh diwarisi dan
tidak dikembalikan kepada pemberi hibah selama-lamanya. Ini
bermakna, ‘umra yang disyaratkan dalam pemberian hibah tersebut
tidak diambilkira. Dalam hal ini, Imam al-Syafi’i juga turut
menegaskan perkara yang sama ketika al-Rabi’ mengemukakan soalan
kepadanya dalam isu ini.

Natijahnya mengikut hadis Rasulullah ini, hibah umra dan


ruqba akan menjadi milik penerima hibah akan tetapi keadaan
mengembalikan semua pemberian harta hibah tersebut adalah tidak
sah. Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad berpendapat bahawa
hibah ruqba adalah tidak sah. Apabila penderma menyatakan “kalau
Aku mati sebelum kau harta ini akan menjadi milik kau, dan jika kau
mati sebelum aku ia akan kembali kepada aku”.

ANALISIS HIBAH RUQBA

Umum mengetahui bahawa produk-produk perbankan Islam semakin


berkembang pesat dengan adanya bank-bank konvensional yang telah
membuat produk perbankan Islam. Dalam keputusan hakim-hakim
syarie mengenai hibah ruqba in, hibah ruqba adalah sah tetapi
syaratnya sahaja yang batal.

Dalam kes Rafizah Binti Ab Karim v Kamar Bin Ab Karim dan


Empat Defendan Yang Lain (10100-044-0478-2011). Fakta kes ini
ialah ibu plaintif iaitu Lamah Binti Sa’at telah meninggal dunia pada
15 Mei 2011. Plaintif dalam tuntutan menyatakan bahawa ketika hayat
ibunya, beliau telah membuat hibah secara bertulis melalui dokumen
pengisytiharan hibah pada 20 Januari 2011 dengan menyatakan di
dalam dokumen tersebut bahawa harta yang dihibahkan menjadi
kepunyaan penerima hibah iaitu plaintif setelah ibu plaintif meninggal
dunia. Dalam kes ini, plaintif telah memohon supaya mahkamah
mengesahkan hibah yang dibuat oleh ibunya iaitu Lamah Binti Sa’at.
Mahkamah mendapati bahawa terdapat isu mengenai hibah ruqba
kerana di dalam lafaz yang diucapkan ketika akad hibah dikaitkan
dengan kematian salah satu pihak.

Berdasarkan hujah yang telah dibuat, merujuk kepada


Keputusan Majlis Penasihat Suruhanjaya Syariah Sekuriti yang
mengharuskan hibah ruqba dilakukan dalam pelaksanaan borang
akuan hibah untuk transaksi yang melibatkan akaun bersama tabung
unit amanah bagi akaun yang dipegang oleh orang Islam. Oleh yang
demikian, keputusan bagi kes ini adalah hakim memutuskan hibah
yang berkonsepkan hibah ruqba yang berlaku antara pemberi hibah
dan penerima hibah melalui dokumen pengisytiharan hibah adalah sah.

Antara lain, hubah dalam produk takaful berupa manfaat.


Dalam sebuah kes yang telah diutuskan, iaitu kes Mohd Akbar Bin
Shafawi v Fara Soraya Binti Tarmizi dan Khafil Rusyaidi Bin Kamarul
Rasydan (06100-044-0473-2014). Pemohon dalam kes ini iaitu Mohd
Akbar Bin Shafawi telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi
Syariah Kuantan untuk mengesahkan hibah yang telah dibuat olehnya
terhadap Responden pertama dan Responden kedua. Harta yang
dihibahkan oleh pemohon adalah terdiri daripada harta alih dan harta
tak alih. Berkaitan dengan isu hibah ruqba ini ialah terdapat harta
manfaat takaful yang ingin dihibahkan oleh pemberi hibah. Hakim
dalam kes ini membenarkan pengaplikasian hibah manfaat takaful.
Konsep hibah manfaat takaful adalah bersamaan dengan hibah ruqba
kerana ia dikaitkan dengan kematian peserta. Keputusan yang dibuat
oleh Hakim Syarie dalam kes ini adalah berpandukan kepada
keputusan mesyuarat ke-34 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
Malaysia (BNM).

Keharusan pengaplikasian hibah ruqba boleh diterima pakai


demi kemaslahatan umat manusia kerana ini merupakan satu inisiatif
supaya pemberi hibah tidak hilang haknya untuk menguasai harta
tersebut kerana bimbang kemungkinan penerima hibah akan
mengabaikan haknya apabila semua harta diserahkan kepada penerima
hibah. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Y.A.A Ketua Hakim
Syarie Pahang iaitu Dato Abdul Rahman Bin Md Yunos yang
menerima prinsip hibah ruqba di Mahkamah Syariah (Abdul Rahman
2015: 160)12. Menurut Nasrul Hisyam, syarat ruqba boleh
diaplikasikan melalui akad pinjaman kerana berdasarkan hibah ini,
penerima hibah boleh menggunakan manfaat namun belum lagi
mendapat milikan ‘ayn secara mutlak sehingga berlaku kematian salah
satu pihak yang berakad. Bagi membezakan sama ada prinsip yang
diguna pakai adalah hibah atau pinjaman, maka ia hendaklah
berpandukan kepada niat pemberi hibah (Nasrul Hisyam 2011: 183)13.
Selain itu, akad hibah yang dibuat dengan syarat umra dan ruqba ini
adalah sah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju dengan sukarela
terhadap syarat tersebut serta unsur gharar yang wujud di dalam syarat

12
Abdul Rahman bin Md. Yunos. 2015. Hibah dari Perspektif Aplikasi
Undang-undang Syariah di Malaysia. Prosiding Seminar Hibah dalam
Pengurusan Harta Islam, hlm. 156-161.
13
Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2011. Hibah dalam Undang-undang
Islam: Prinsip dan Amalan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
tersebut diketahui oleh pihak-pihak yang berakad (Noor Lizza 2015:
102).14

KESIMPULAN

Daripada kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa pelaksanaan hibah


umra dan ruqba masih lagi tidak diaplikasikan di Malaysia secara
menyeluruh. Perlunya kepada undang-undang hibah untuk
menentukan status harta umat Islam agar tidak mendatangkan
kekeliruan di masa hadapan. Malaysia boleh mengambil contoh
daripada negara luar yang telah pun menggubal dan merealisasikan
legalisasi hibah dalam undang-undang mereka. Sebagai contoh, dalam
Undang-Undang Sivil Mesir, Undang-Undang Sivil Syria, dan
Undang-Undang Sivil Lubnan telah pun diperuntukkan tentang hibah
umra dan ruqba dalam salah satu peruntukan mereka. Dalam
mengikuti jejak langkah untuk mewujudkan undang-undang hibah
yang berdiri dengan sendirinya, setiap pihak perlu bertindak secara
proaktif dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hibah
khususnya hibah umra dan ruqba seperti yang ditekankan dalam kajian
ini.

RUJUKAN

Nurul Syuhadah Binti Azalan Dan Noor Lizza Binti Mohamed Said
(2016). "Keputusan Hakim Syarie Dalam Kes-Kes Pengesahan
Hibah Ruqba." Journal of Contemporary Islamic Law.

Abdul Rahman bin Md. Yunos. 2015. Hibah dari Perspektif Aplikasi
Undang-undang Syariah di Malaysia. Prosiding Seminar Hibah
dalam Pengurusan Harta Islam.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2011. Hibah dalam Undang-undang


Islam: Prinsip dan Amalan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Al-Fayyumi and Ahmad Ibn Muhammad (1323H). Al-Misbah al


Munir fi Gharib al-Sharh al-Kabir. Egypt, Maktabah Abd al-
Wahid.

Al-Ramli, S. a.-D. (1993). Nihayat al-Muhtajila Sharh al-Minhaj.


Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

14
Nurul Syuhadah Binti Azalan Dan Noor Lizza Binti Mohamed Said
(2016). "Keputusan Hakim Syarie Dalam Kes-Kes
Pengesahan Hibah Ruqba." Journal of Contemporary Islamic Law, 1: 9 100.
Al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir.

Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, al-Kuwaytiyyah.

Mohd Zamro Muda (2008). Instrumen Hibah : Analisis Hukum Dan


Aplikasi Di Malaysia. Konvensyen Faraid Dan Hibah
Kebangsaan 2008. Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad bin Mukram, Lisan al-‘Arab


(Kaherah: Dar al-Hadith, 2003).

Ibn Qudamah, al-Mughni.

You might also like