You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG GAJAH

02600 ARAU, PERLIS

KOKURIKULUM

TAHUN

2023
TAKRIF / DEFINISI KOKURIKULUM

Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian )
Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta
Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U.
(A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan
kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

MATLAMAT KEGIATAN KOKURIKULUM

 Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
 Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat
dan potensi diri dalam semua bidang yang diceburi.

KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM, AKHTA PEKELILING DAN PERUNDANGAN

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut:
Penyertaan dalam sukan dan permainan
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
Penyertaan dalam badan beruniform
Penyertaan lain sebagai mana ditentukan oleh Menteri

Rujuk Sub Peraturan 3(3) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
yang diterbitkan sebagai P.U. (A)531/97

Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah


adalah wajib (Rujuk seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996, (Akhta 1950). Kegagalan atau
keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila
di sabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya

Rujuk sub seksyen 135(1) Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Dan jika kesalahan itu dilakukan berterusan maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu
dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan
kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah akta ini berkenaan
dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.
Rujuk sub seksyen 135(2) Akta 550

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib, Sehubungan itu kehadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986, KP(BS)8591/Jld 11(41) bertarikh 15 Januari 1986

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Pendidikan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu dalam kegiatan sukan, permainan, persatuan dan unit
beruniform untuk mendidik diri menjadi murid yang gigih berusaha dalam mencipta kekuatan
fizikal mental dan sahsiah demi melahirkan ahli masyarakat yang unggul sebagai generasi yang
akan membawa negara ke mercu kejayaan.

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

Memperkasakan 1 Murid 1 Sukan.


Pengurusan Kokurikulum yang bersistematik.
Penglibatan 100% murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
3 orang murid bertanding peringkat MSSPs dalam olahraga
100% murid memakai uniform bagi unit beruniform.

MOTO

KOKURIKULUM UNGGUL MENJANA GENERASI CEMERLANG

VISI

Menjana kecemerlangan kokurikulum agar dapat bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri
dan peringkat kebangsaan.

MISI

~ Mencungkil bakat dan kecemerlangan murid agar boleh bersaing di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan dalam semua aspek kokurikulum.
~ Menerapkan nilai-nilai positif tentang aktiviti kokurikulum di kalangan murid.
~ Menerapkan kefahaman yang jelas dan betul tentang tujuan kokurikulum di sekolah.
~ Menjadikan kokurikulum sebagai gedung mendidik minda kearah pembentukan disiplin yang
Cemerlang
OBJEKTIF KOKURIKULUM

1. Mencungkil dan mengembangkan bakat, kebolehan dan kemahiran pelajar dalam sukan,
permainan, unit beruniform serta persatuan dan kelab.
2. Mengasah minat, hobi atau kegemaran pelajar secara terancang, berhalatuju, sistematik
dan bermanfaat.
3. Membantu, memastikan dan menaikkan imej sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan
kebangsaan.
4. Membentuk murid yang berdisiplin dan mementingkan nilai kerjasama melalui aktiviti
kokurikulum.

PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM

MEMASTIKAN KEGIATAN KOKURIKULUM MERENTASI KURIKULUM

MENJADIKAN KOKURIKULUM ASAS DISIPLIN DIRI

MEMASTIKAN MURID DAPAT MENGEMBANGKAN BAKAT DARIPADA AKTIVITI


YANG DILAKUKAN

MELAHIRKAN MURID YANG CERDAS, AKTIF DAN BERKETRAMPILAN

MELATIH MURID UNTUK MEMBENTUK KARISMA DAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB

MENJADIKAN MURID LEBIH CERIA DAN BERSEDIA

You might also like