You are on page 1of 1

Generasi baharu mungkin kurang faham pentingnya tarikh 16 September dalam catatan

sejarah negara. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 merangkumi Tanah


Melayu, Sabah dan Sarawak serta Singapura.

Bagaimanapun, Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965. Penubuhan Malaysia


menurut Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman, perlunya
diwujudkan satu persekutuan besar merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo
Utara (Sabah) dan Sarawak, Singapura serta Brunei ke dalam satu bentuk entiti politik
dan ekonomi yang sama.

Walaupun ia tinggal sejarah, kesan peristiwa penubuhan Malaysia ini memberi seribu
faedah kepada pembangunan agama, bangsa dan negara hari ini. yang pasti, sebuah
negara aman dan bebas daripada pengaruh dan anasir luar, khususnya komunis,
terbentuk.

Malaysia hari ini, antara negara bebas daripada pengaruh dan anasir asing. Ini manfaat
paling berharga dinikmati generasi baharu Malaysia kerana dapat hidup aman dan
damai. Berbeza kehidupan nenek moyang yang sentiasa hidup ketakutan, kerisauan,
kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman Komunis

You might also like