You are on page 1of 1

Ketika pertengahan zaman Darurat, Tanah Melayu diisytiharkan sebagai negara merdeka pada

31 Ogos 1957, diikuti penyerahan kalah oleh gerila Komunis 3 tahun berikutnya. Pada tahun
1963, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia.
Tarikh yang dicadangkan untuk pembentukan Malaysia adalah 31 Ogos 1963, sempena
sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemerdekaan Sarawak dan Sabah oleh British.
Upacara pengisytiharan persekutuan Malaysia ditunda hingga 16 September 1963 kesan
tentangan kerajaan Indonesia pimpinan Soekarno serta cubaan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak untuk menangguhkan pembentukan Malaysia.[45]

Dataran Merdeka di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi tapak sambutan Hari Malaysia pada


tanggal 16 September.
Zaman kemerdekaan menyaksikan "Konfrontasi" dengan Indonesia kerana pembentukan
Malaysia, dan rusuhan antara kaum pada tahun 1969.[46][47] Selepas peristiwa 13 Mei itu, Dasar
Ekonomi Baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, dengan tujuan
meningkatkan penguasaan ekonomi negara oleh bumiputera ("orang peribumi", termasuk orang
Melayu dan orang asli serta peribumi lain di Sabah dan Sarawak) berbanding kaum-kaum lain.
Oleh itu, sistem kerajaan cuba menggabungkan pembangunan ekonomi keseluruhan dengan
dasar politik dan ekonomi yang memupuk penyertaan sama-rata semua kaum. [48]
Ketika negara dipimpin oleh Mahathir bin Mohamad, Malaysia menyaksikan pertumbuhan
ekonomi sepanjang 1980-an dan 1990-an.[49] Pada masa itu, Malaysia beralih daripada ekonomi
berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian termasuk komputer dan
barangan elektronik pengguna. Pada masa yang sama, wajah bumi Malaysia berubah kerana
muncul pelbagai projek mega, antaranya ialah Menara Berkembar Petronas (yang mencapai
taraf bangunan komersial tertinggi di dunia sebaik sahaja siap dibina pada tahun
1998), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Projek Lebuhraya Utara Selatan, Litar
Antarabangsa Sepang, Koridor Raya Multimedia, empangan hidroelektrik Bakun dan pusat
pentadbiran persekutuan baru, iaitu Putrajaya.

You might also like