You are on page 1of 1

Setiap orang mempunyai bapa.

Saya juga mempunyai


seorang bapa. Nama bapa saya ialah Abu bin Ali. Bapa
saya berumur 45 tahun. Beliau bekerja sebagai cef di
sebuah restoran terkenal.

Bapa saya seorang yang sangat tegas namun baik


hati. Beliau seorang yang pemurah serta disenangi oleh
kami sekeluarga. Beliau juga tidak sombong dengan jiran
dan rakan-rakannya.

Selain itu, bapa saya juga amat mengambil berat


tentang hal keluarga terutamanya tentang pelajaran saya
dan adik-beradik. Beliau jarang marah-marah dan
sentiasa bersabar dengan sikap kami.

Saya amat menyayanginya. Saya berasa beruntung


kerana mempunyai bapa yang baik. Saya berjanji akan
membalas jasa bapa apabila dewasa nanti.

You might also like